Jumaat, 3 Ogos 2018

Raja Berperlembagaan sebagai Institusi membela rakyat dan mengekang kerakusan Ahli Parlimen menyalah-gunakan kuasa. 7972.


Gambaran Kekejaman Komunis Di Tanah Melayu 
By Freddie Aziz Jasbindar - 6 November 2017
https://www.orangperak.com/gambaran-kekejaman-komunis-di-tanah-melayu.html
Progerak menambah 6 foto baharu
Biarlah buta IT (Information Technology) tapi jangan sesekali buta sejarah. 

Amat kecewa sehingga menitis air mata, inilah perasaan seorang warga tua yang merupakan bekas perajuit tanah air apabila melihat generasi muda hari ini semasa editor orangperak.com bersembang dengan beliau di sebuah gerai cendol di pekan Parit, Perak. 

Generasi pada hari ini tidak tahu erti penderitaan hidup pada zaman komunis. Kita semua selaku generasi yang hidup selesa pada hari ini hanya mendengar cerita daripada datuk dan nenek dan tidak pernah membayangkan bagaimana situasinya berada pada zaman tersebut. 

Apa yang sedihnya, ada segelintir daripada mereka yang menyatakan hal itu adalah mitos dan cerita yang dibuat-buat untuk mainan politik semata-mata. 

Hal ini seharusnya dibendung agar sikap patriotisme dalam individu dapat disemat di dalam hati agar negara kita sentiasa aman, makmur dan sentosa. 

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, sikap pengganas komunis yang terdesak untuk mendapatkan tanah melayu sebagai negara republik dibawah naungan mereka ini terselit dengan kekejaman dan penindasan terhadap orang awam yang tidak bersalah. 

Antara kekejaman yang pernah berlaku adalah:

Tubuh manusia dihiris sedalam setengah inci dengan menggunakan pisau yang tajam dan kemudian, bahagian hirisan tersebut akan dijirus dengan air garam. Maka tersiksalah mangsa yang dihiris menahan kepedihan yang teramat pada luka yang dalam.

Cukup terkenal dengan sikap yang tidak menghormati ajaran agama orang lain. Inilah faktor utama mengapa pengganas komunis disebut sebagai ateis iaitu orang yang tidak percaya akan Tuhan. 

Habis semua Al-Quran yang ada di surau dan masjid akan dikoyakkan, dipijak-pijak dan dilumur dengan najis kemudian dibakar.

Kerap juga berlaku dengan membakar rumah orang awam dengan penghuninya sekali. Jika penghuni cuba keluar dari rumah yang terbakar itu, mereka akan dibunuh serta merta tidak kira anak kecil ataupun sesiapa sahaja. Inilah antara salah satu sikap pengganas komunis yang tidak berhati perut.

Membakar manusia hidup-hidup adalah siksaan kegemaran pengganas komunis pada orang awam di tanah melayu. Warga emas kebiasaannya akan dimasukkan ke dalam guni sebelum dicampak ke dalam api yang sedang marak manakala kanak-kanak pula dicampak terus ke dalam api dengan begitu sahaja.

Mana-mana wanita yang bertudung akan dirogol dan mereka yang warak dalam agama Islam iaitu ustaz, imam, bilal akan dipaksa makan daging babi yang mana mereka tahu ianya haram buat penganut agama Islam. Setelah dipaksa makan daging babi, mereka ini akan ditembak mati agar dakwah agama Islam dapat dihentikan.

Ada juga yang disuruh minum air sabun sehingga kembung perut dan kemudian dipijak-pijak perutnya sehingga mati. Ianya adalah sejenis siksaan yang dibuat kepada orang awam dan untuk menakut-nakutkan orang awam agar sentiasa mendengar tunjuk arah mereka sahaja. 

Ini cuma beberapa contoh dan gambaran tentang kekejaman pengganas komunis dan mengapa orang lama di negara kita sangat bencikan mereka. Warga emas yang pernah merasa hidup di zaman tersebut tidak mungkin akan dapat melupakan keganasan yang dilakukan oleh pengganas komunis. 

“Janganlah anak muda lupa pengorbanan kami pertahankan negara. Kami tersiksa dahulu, anak-anak semua senang sekarang”, kata-kata dari bekas perajuit tanah air yang pernah mempertahankan negara dan kini tinggal di pekan Parit, Perak menghabiskan sisa baki hidup.

Sumber: 
https://www.orangperak.com/gambaran-kekejaman-komunis-di-tanah-melayu.html
Progerak sedang bersama Zikri Celet.
Nak jadi rakyat negara Malaysia, jangan asyik suruh orang Melayu ubah sejarah tradisi dan fakta. Belajar jadi orang Malaysia yang semuanya termaktub dalam perlembagaan. Jangan fikir tuntutan kamu ikut sedap mulut hati kamu. Tuntutan asas dalam rukun negara dan perlembagaan pun kamu tak ikut, iaitu BAHASA KEBANGSAAN ADALAH BAHASA MELAYU!
Rupanya banyak fakta dan jasa Raja-Raja Melayu disembunyikan.
Rupanya banyak fakta dan jasa Raja-Raja Melayu disembunyikan. 

Mungkin ini yang dikhuatiri oleh Chauvanist dan Komunisme. 
Penjelasan oleh Dr. Shamrahayu: Peranan Raja-Raja Melayu Berpaksi Perlembagaan Persekutuan. 

Salam Ukhuwah dari Pengasas & Keluarga PROGerak https://www.facebook.com/feruddin
Foto Malaysia Third Force Third Way.

Foto Malaysia Third Force Third Way.

Foto Malaysia Third Force Third Way.
Saya Harjit Singh Gill mahu kerajaan persekutuan membuat pindaan di bawah Perkara 181 (1), dalam parlimen agar ia menjadi undang-undang dalam perlembangaan persekutuan. 

Di sini saya harap rakyat Malaysia di luar sana teliti dulu sebelum setujui/menolak usul/cadangan saya ini.

Sila baca dengan penuh teliti pindaan yang saya nak parlimen luluskan dan ia menjadi sebahagian undang-undang dalam perlembangaan persekutuan.

Pindaan Perkara 181 (1), seperti berikut di bawah.

(1) Ketua kerajaan (perdana menteri)/mana-mana penjawat awam atau 2/3 parlimen atau sepenuhnya parlimen WAJIB mendapat tandatangan persetujuan dari DYMM Seri Paduka Baginda YDPA utk apa-apa keputusan baru/tindakan/dan sebagainya melibatkan ketiga- tiga cabang: Pemerintah, Perundangan dan Kehakiman. 

Seperti: dalam apa jua urusan dalam negara, mana-mana aktiviti-aktiviti kewangan dan bukan kewangan/transaksi perbankan/project dalam negara/dan sebagainya yang menelan Kos melebhi 15,000 ringgit (Lima belas ribu ringgit) atau cadangan/usul untuk naikan harga barangan atau caj bayaran perkhidmatan dalam ekonomi keseluruhan (petrol, bahan mentah lain, semua barangan dan perkhidmatan yang ada, serta apa jua caj bayaran untuk kesihatan/perubatan/pendidikan/denda/kompuan/saman dan sebagainya.) Semua ini WAJIB dapatkan tandatangan persetujuan dari DYMM Seri Paduka Baginda YDPA.

(2) DYMM Seri Paduka Baginda YDPA mempunyai kuasa penuh untuk membuat keputusan muktamad di bawah (2) tandatangani surat perletakan jawatan awam/swasta tertentu. Jawatan awam (perdana menteri, timbalan perdana menteri, ketua peguam, ketua mahkamah/ketua atau timbalan agensi/jabatan/kementerian/dari mana-mana ketiga-tiga cabang.) Hanya jawatan-jawatan tertentu termasuk Menteri/timbalan menteri/menteri besar/ketua menteri/setiausaha/jawatan-jawatan berprofile tertentu sahaja. 

Tanpa kelulusan/mandat parlimen. Jika mendapat rungutan/aduan bersertakan dengan bukti kukuh dari rakyat/pegawai sulit khas peribadi DYMM Seri Paduka Baginda YDPA.

(3) Ketua kerajaan(perdana menteri) /mana-mana penjawat awam atau 2/3 parlimen atau sepenuhnya parlimen WAJIB mendapat tandatangan persetujuan dari DYMM Seri Paduka Baginda YDPA untuk

Pinda perlembangaan, meluluskan/hapuskan/pinda Akta, rang undang-undang enakmen dan sebagainya.

(4) Sebahagian kuasa khas DYMM Seri Paduka Baginda YDPA
Menyoal penjawat awam/swasta tidak Kira kedudukan, status, pangkat ,dan sebagainya jika Di Minta hadir istana untuk di soal siasat/atau apa jua tujuan.

(5) Pegawai sulit khas peribadi DYMM Seri Paduka Baginda YDPA selaku individu/orang kanan khas peribadi DYMM Seri Paduka Baginda YDPA yang tiada hubungan/kaitan dengan mana-mana pertubuhan/kumpulan/parti politik/ hanya bertindak bebas akan membuat segala pemantaun pentabiran kerajaan persekutuan serta tindak tanduk kerajaan pembangkang, persiapan kertas kerja seperti menyediakan persoalan, laporan, dan sebagainya untuk rujukan DYMM Seri Paduka Baginda YDPA, agar DYMM Seri Paduka Baginda YDPA dapat membuat keputusan nya dan ambil tindakan selanjutnya.

(6) JIKA PERLU,
DYMM Seri Paduka Baginda YDPA boleh meminta pandangan/cadangan dari Pegawai sulit khas peribadinya atas apa jua perkara sekali pun, JIKA PERLU.

(7) Pegawai sulit khas peribadi tidak akan tampil ke depan untuk memberi pandangan/cadangan nya/nasihat nya kepada DYMM Seri Paduka Baginda YDPA, jika tidak di minta sedemikian oleh DYMM Seri Paduka Baginda YDPA.

Nota:
DYMM Seri Paduka Baginda YDPA perlu lantik pegawai khasnya itu. 

Ciri-ciri yang WAJIB ada pada pegawai itu seperti bijak, tegas, Telus, jujur, rajin, serta berkebolehan berfikiran jauh, tajam, di luar kotak. Serta boleh di percayai sepenuhnya.

Perdana menteri/kerajaan mempunyai hak sepenuhnya seperti tertakluk dalam undang-undang, iaitu perdana menteri berhak memberi nasihat/cadangan/usul kepada DYMM Seri Paduka Baginda YDPA seperti biasa. 

Dalam hal ini, terpulanglah kepada DYMM Seri Paduka Baginda YDPA untuk berkongsi/berbincang usul/cadangan/nasihat itu dengan pegawai sulit khas peribadi itu, hanya untuk mendapat kepastian tiada "conflict of interest" dalam nasihat/usul/cadangan yang di beri oleh perdana menteri/kerajaan/pembangkang.

DYMM Seri Paduka Baginda YDPA boleh membuat apa jua keputusan muktamad tentang apa jua isu/tindak tanduk sekali pun dalam negara.

Kenapa pindaan ini di perlukan?

Kerana rakyat mudah terpengaruh, gagal fahami banyak perkara, aspek ekonomi/bukan ekonomi serta pergerakan ahli politik/pemimpin politik dalam pentabiran Negara. 

Banyak sebelum ini ketirisan/penyelewengan/pembaziran Dan sebagainya berlaku, tindakan ini mencegah dari berlakunya ketirisan, penyelewengan, pembaziran dan sebagainya.

Menurut Perkara 66(4A) Perlembagaan Persekutuan, jika sesuatu RUU tidak diperkenankan oleh YDPA dalam masa 30 hari dari tarikh RUU tersebut dikemukakan, maka RUU seolah-olah diperkenankan oleh YDPA dan menjadi akta, secara ‘automatik’ 

Saya pasti ramai rakyat Malaysia tak nampak dan paham dari kenyataan di atas? apa yang saya dan paham dari kenyataan di atas, pada tahun 1993, Mahathir serta majority ahli parlimen telah meluluskan banyak rang undang-undang untuk menindas rakyat dari bersuara dan sebagainya. 

Dan paling hebat Maha thir telah berjaya meluluskan rang undang-undang di atas juga. Parlimen merupakan tempat untuk membuat undang-undang untuk kepentingan masing-masing.

Saya pasti dalam tahun-tahun akan datang nanti, DYMM YDPA, malah raja-raja melayu tidak berupaya membela rakyat dari pelbagai penindasaan kerajaan. Ia sudah pun berlaku dari 1993 sehingga Hari ini.

Di sini saya harap pakar perundangan tentu paham apa yang saya cuba katakan.

Parlimen di jadikan tempat nak kayakan diri, saudara mara, kroni-kroni dan membuat sesuka hati, sesiapa shj yang menang, mereka mula tunjuk belang mereka, byk akta-akta diluluskan di bawah pentabiran dulu Mahathir, Najib dan sekarang kembali Mahathir. Tiada beza di antara mereka. 

Sudah tentu ahli parlimen tidak mahu rakyat bersuara, tidak mahu DYMM YDPA menyelebahi rakyat, ahli parlimen bijak, lalu pinda beberapa perkara dalam perlembangaan persekutuan, agar DYMM YDPA malah raja-raja melayu tidak menjadi halangan kpd ahli parlimen utk meneruskan agenda masing-masing. 

Dalam hal ini ahli parlimen gunakan akta-akta tertentu untuk menindas, menekan rakyat demi kepentingan masing-masing, tanpa masuk campur dari DYMM YDPA atau raja-raja melayu.

Bijak benar ahli parlimen ...

Bkn bijak nak selesaikan masalah rakyat. Bijak nak tindas rakyat, menghadkan kuasa DYMM YDPA serta raja-raja melayu agar tidak dpt Bela rakyat.

Perkara ini dah lama saya simpan, pernah dulu di ketengahkan pada tahun 2005, saya di minta mendiamkan diri.

Akhir kata siapa lebih berkuasa?

Raja-raja melayu? DYMM YDPA? Ahli parlimen? Anda bijak menilai... 

Saya sesorang pemerhati bebas, saya akui saya mengkritik tindak tanduk segelitir Sultan yg bertindak memetingkan diri, mengkritik semua penjawat awam, tidak kira jawatan, kedudukan, status, parti politik sekali mana pun, mengkritik pembangkang, mengkritik sektor swasta, mengkritik pertubuhan, kumpulan, tidak Kira apa jua pun,, saya mengamalakan prinsip Non-partisan so Anda tentu paham. 

Dlm usaha mengkritik selama ini, dah bertahun saya mengkritik. Sejak kebelakangan ini, saya melihat ada usaha menghapuskan system monarki. Usaha ini utk jadikan Malaysia republic. 

Disini saya ingin tegaskan bahawa apa jua berlaku dlm Negara, saya tidak akan berjaya Kan usaha nak republickan Malaysia! 

Saya bertentangan dgn usaha ini! Dlm apa jua keadaan sekali pun saya akan pastikan system monarki, terutama YDPA kekal sebagai tungak dlm system monarki. 

Kewujudtan YDPA sebagai ketua negara WAJIB bagi saya. Di sini saya sanggup bertentangan dgn segelintir bgsa melayu yg bersekongkol dgn bkn melayu dlm usaha ini. 

Saya bersedia menghadapi apa jua risiko dlm usaha mengkekalkan YDPA sebagai ketua negara, iaitu icon utama sebahagian system monorki. 

Apa jua kritikan atau teguran itu, bahawa sesorang rakyat itu sayang terhadapnya. 

Disini saya juga ingin tegaskan, bahawa saya sesorang pemerhati politik yang amat tegas dlm kritikan serta teguran saya, agar apa jua ketirisan, penyelewengan dlm Negara memberi natijah kesan buruk kpd rakyat jelata. 

Sedemikian Kita rakyat mempunyai " preception" dgn izin bahawa DYMM YDPA sebagai ketua Negara akan membela rakyat jika k,jaan (ketua kJaan serta kJaannya) mula menekan rakyat dlm apa jua keadaan. 

Seperkara lagi, Apa jua berlaku, Di sini dgn izin, "I would like to remind that I willing to take dozens of bullets in my chest in order to protect the DYMM YDPA" that's my commitment! At whatever cost I would like to say to my fellow Non-Muslim and some Muslims that At whatever cost, I want his existence at whatever cost!" 

Sila memahami APA yg saya katakan di atas, saya nampak kesan buruknya jika tiada system beraja berpelembangaan dlm Negara, kerana ada beberapa minority dlm kumpulan etink minority akan juga ditindas jika system ini gagal berfungsi spt mana ia sepatutnya. Dgn izin, there is a reason, as I could see it. 

Selama ini, dlm usaha saya cuba bawa kesedaraan demi kebaikan, apa jua kritikan-kritikan serta teguran-teguran saya memang amat pahit ditelan. Jika Ada kritikan-kritikan saya terlanjur, harap di tegur dan dinasihati.

Ada pihak mempersoal saya, kenapa kamu begitu memberi perhatian kpd isu-isu bangsa melayu, raja-raja melayu, byk isu berkaitan dgn bangsa melayu padahal kamu bkn melayu pun?

Jawapan saya,

Mungkin saya mempunyai byk majority kenalan, rapat, majority my fellow malays. 

Dgn izin Bahasa Melayu mungkin td begitu baik, sometimes ada perkataan Bahasa engris di gunakan. Persekitaran di mana saya di besarkan majority kawan, jiran bangsa melayu, so I am adopted to the environment. 

Dari masa ke masa saya memahami kelemahan serta kekuatan setiap bangsa di Negara ini. Dlm hal ini saya tahu siapa perlu saya mempertahankan. Saya hanya mahu melihat sistem berjalan di landasan yang betul di mana tiada rungutan dari mana-mana rakyat negara ini.

Jika ada satu pun rungutan yg munasabah pun dari jum 30 Juta rakyat, maka kerajaan itu gagal menjalankan amanah itu, maka satu tindakan drastik perlu, ubah.

Sekian dgn ini saya mengakhir artikel saya ini.
Harjit.

"Go to hell" kata Tajuddin kepada Muhyiddin
Malaysianews TVIkuti
252K Tontonan
lebih kurang 4 bulan yang lalu

Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman memarahi Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dewan Rakyat.

"Go To Hell" gesa beliau kepada Ahli Parlimen Pagoh.


Tonton: Yang DiPertua Dewan Rakyat Zaman Kleptokrasi. Nampak memihak. Tajuddin langsung xditegur... 


Repost from my previous Article.

Memahami bgsa cina Dan melayu amat mudah.

Dari permulaan cina memahami kelemahan melayu, melayu penjawat awam dari president hingga kerani am, semua nak hidup senang, nak kaya cepat, bermula lah era rasuah. Cina tawarkan rasuah kpd melayu utk apa jua urusan.

Sebelum itu cina berjaya keluarkan Singapore dari Malaya, agar Singapore td menjadi spt Malaysia.

Penghargaan di beri kpd Maha thir bapak segala rasuah, kroni, dan mcm2 lagi. Maha thir tahu kelemahan penjawat awam melayu, maka kroni cina tawarkan mcm2 tawaran kpd penjawat awam melayu waktu itu. Hasrat Maha thir penganti nya terima system kronyism, rasuah, dsb, Abdullah td mahu kekalkan system korup, maka di paksa bersara awal, Najib pula mahu kroni nya, menikmati segala nya, maka sudah tentu , degil sehingga kalah pilihanraya. 

Demi kekalkan system yg penuh korup, daim, semua protégé, kroni2 kembali spt dulu.

Cina tahu siapa Maha thir, dan sikap tamak penjawat awam melayu, maka, urusan rasuah lebih mudah...

Hakikat Tuan tanah begitu tamak sehingga sanggup mengadaikan bgsa nya, agama nya demi Wang ringgit.

Kini Mahathir melantik bkn melayu dlm beberapa jawatan penting, ini kerana maha thir tahu kelemahan melantik bgsa melayu, walau bagaimana pun hanya beberapa jawatan shj, hanya utk nak buktikan bahawa nak bawa perubahan.

Kelemahan siapa?

Sudah tentu penerima rasuah, jika penerima itu lemah, tamak, pegangan agama lemah, dsb maka semua boleh tergadai.

Apa jua pun , kuasa ekonomi di kuasai oleh cina, boleh beli apa shj, Wang tentukan.

Bgsa sendiri bersekongkol dgn bgsa lain utk menjahanamkan bgsa , agama dan negara, semua ini kerana Wang ringgit.

Harap kepahitan Ini boleh di telan....

Friday, August 3, 2018
Apa yang dibuat Arul Kanda sampai dibayar sehingga RM5 juta?
Pada 3 Ogos 2018 oleh Pentadbir
Beberapa hari lepas, Dewan Rakyat sekali lagi dikejutkan dengan pendedahan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng tentang bayaran berjumlah RM5 juta untuk mantan presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy untuk ‘perkhidmatan’ beliau sepanjang Januari hingga Jun lalu.

Untuk tempoh ‘perkhidmatan’ enam bulan terbabit, RM2.5 juta sudah pun dibayar, manakala bakinya ditahan apabila kontraknya dibatalkan pada 28 Jun 2018.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, turut mendedahkan bagaimana kontrak terbabit diluluskan sendiri oleh mantan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dan ditandatangani oleh mantan ketua setiausaha perbendaharaan, Tan Sri Irwan Serigar.

Lanjutan kepada pendedahan terbabit yang menyebabkan bekas-bekas menteri Barisan Nasional terduduk dan bungkam di Dewan Rakyat; Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua hari ini mempersoal apa sebenarnya pencapaian si Arul Kanda ini sehingga dibayar begitu mahal untuk tempoh bekerja sekadar enam bulan?

Ketika masih digaji di bawah kontrak ini, Arul Kanda turut diusung jentera Barisan Nasional ke sana ke mari untuk berceramah memberi penerangan tentang skandal 1MDB, mengikut naratif beliau sendiri; termasuk ketika tempoh kempen Pilihanraya Umum ke-14.

Arul malah memberanikan diri berceramah di Lucky Garden, Bangsar; di hadapan khalayak yang melontarkan pelbagai persoalan tanpa memberikan sebarang jawapan bagi memuaskan hati penduduk Bangsar yang rata-rata sangat bermaklumat dan mempunyai latar ekonomi serta sosial yang bertaraf tinggi.

Mantan perdana menteri sebelum ini, setelah mengakui bahawa 1MDB telah mengumpul keterhutangan sebanyak RM50 bilion menyatakan bahawa Arul berjaya mengurangkan hutang tersebut sehingga RM30 bilion.

Namun Tony kemudiannya mempersoalkan bagaimana sebenarnya hutang terbabit berjaya dikurangkan sehingga Arul layak menerima bayaran sehingga RM5 juta untuk enam bulan kerja?

“Perkara pertama yang dibuat Arul Kanda ialah melupuskan satu-satunya aset 1MDB yang membawa keuntungan, loji janakuasanya untuk RM9.83 bilion. Pun begitu, seperti yang berkali-kali dinyatakan, perniagaan janakuasa 1MDB itu diperolehi pada harga RM12.2 bilion.

“Ini bererti penjualan aset tersebut menghasilkan kerugian sebanyak RM2.27 bilion untuk 1MDB,” ujar Tony dalam kenyataan hari ini.

Itu katanya belum lagi mengambil kira idea hebat Arul Kanda memindah hakmilik aset hartanah 1MDB kepada Kementerian Kewangan.

“Namun apa yang tidak diakui oleh Arul ialah, beliau bukan sahaja memindahkan hartanah Tun Razak Exchange dan Bandar Malaysia kepada Kementerian, tetapi bersekali dengan sukuk bernulai RM2.4 bilion serta pinjaman berjumlah RM800 juta daripada Perkeso.

“Cerdiknya Arul Kanda mengurangkan hutang 1MDB sebanyak RM3.2 bilion lagi,” ujarnya sinis.

Arul juga katanya telah mengelirukan orang ramai apabila mengumumkan bahawa 1MDB telah berjaya melangsaikan hutang-hutang sebanyak RM7 bilion, padahal hakikatnya Kementerian Kewangan lah yang melunaskan bayaran-bayaran tersebut secara terpaksa.

Ketika mantan anggota kabinet ditanya oleh Menteri Kewangan di Parlimen tentang pembayaran RM7 bilion itu, rata-rata mereka terdiam membisu. 

Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Friday, August 03, 2018
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: Apa yang dibuat Arul Kanda sampai dibayar sehingga RM5 juta?
http://wrlr.blogspot.com/2018/08/apa-yang-dibuat-arul-kanda-sampai.html

...

Tiada ulasan: