Rabu, 8 Ogos 2018

Singapura, Malaysia, Thailand. 7995.


Tiada teks alternatif automatik disediakan.

 Pulau Perak. 
 Bentuk Pulau Perak. 
Kedudukan Pulau Perak di antara Semenanjung Tanah Melayu dengan Utara Pulau Sumatera, Indonesia. 

Phuket Bike Week dan Sonkran Festival

Ride dari Singapura, Malaysia ke Thailand. Bila tengok/lihat peta/map neh ...teringat ride dgn kawan biker dari Labis dan Batu Pahat seramai 15 orang ke Phuket Bike Week dan Sonkran Festival di Pulau Phuket, Thailand. 

Bertemu seawal pagi dengan diaorang di RNR Seremban... Menjelang petang tiba di Changlun, Kedah. Menyeberang Thailand via Bukit Kayu Hitam dan bermalam di Dannok Thailand. 
 Changlun - Bukit Kayu Hitam - Dannok
Sempadan Malaysia (Bukit Kayu Hitam) - Thailand (Dannok) 
Dannok - Phattalung - Trang - Krabi 
Keesokannya dari Dannok, meneruskan perjalanan ke Pulau Phuket melalui Phattalung, Trang dan menginap semalam di Krabi. 

Hari ke tiga selamat sampai di Pulau Phuket melalui laluan Krabi - Phang Nga - Phuket dan menginap di sana selama tiga malam. 
 Solo ride di Pulau Phuket. Lepak sendirian di atas bukit yang menyerlahkan keindahan pantai dan panorama Phuket. 
Sepatutnya wilayah yang dijelajahi adalah sebahagian dari Semenanjung Tanah Melayu, tetapi penjajah British memandai dengan Siam buat sempadan baru yang terpakai hingga kini melalui Perjanjian Bangkok 1909. Sadisnya muka Melayu, makin ke Utara Thailand mereka hanya boleh berbahasa Siam. 

Perjalanan pulang menginap semalam di Hat Yai. Setibanya di Johor., join pula geng Segamat ke Sungai Golok Bike Week

Kemudian join geng Segamat, Bukit Gambr dan Kuala Lumpur, ke Pengkalan Hulu dan menyeberang ke Betong, Thailand. Singgah menjelajahi Awan Nano Betong dan cuma tiada kesempatan ke Terowong Komunis Betong. Dari Betong ke 3 Nation Bike Week di Pulau Mutiara (Pulau Pinang). end. 

.

Tiada ulasan: