Jumaat, 17 Ogos 2018

Sudah luar kotak baru pandai berkata-kata. Jika tidak, tidak lebih tidak kurang sebagai pengampu bodek belaka. 8060.


Assalammualaikum wr wb...

Allah selalu memberikan kelebihan dibalik kekurangan, juga kekuatan dibalik kelemahan..
Syukuri apa yang telah Allah berikan kini..
Sabar akan apa yang sedang kau hadapi sekarang ini..
Ikhlaskan apa yang belum ditakdirkan untuk kita..
InshaAllah hati pun tenang tentram mengiringi...

Foto
https://plus.google.com/communities/103471626542613787876

Sumpah Jawatan bila dilaksanakan sekadar tidak lebih tidak kurang sebagai pengampu bodek belaka, sebab berada didalam kotak keramat. Sekarang kotak keramat telah lebur, akibat dirosakan oleh orang dalam itu sendiri.  

Perletakan jawatan pegawai tertinggi syarikat berkaitan kerajaan

1.​Siri perletakan jawatan dan penamatan kontrak pelbagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Ahli Lembaga Pengarah Syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) semenjak peralihan kuasa dari Kerajaan Barisan Nasional amat menggusarkan.

2.​Ia kelihatan seolah-olah Pakatan Harapan mengambil pendekatan yang mirip diamalkan oleh Bekas Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush - ‘if you are not with us, you are against us’.

3.​Dalam konteks lain yang lebih ringkas, Kerajaan Pakatan Harapan boleh dianggap mengamalkan pendekatan ‘a zero sum game’ - sebelah pihak menang semua dan sebelah lagi tewas sepenuhnya.

4.​Pendekatan seperti ini gagal mengharmonikan kelebihan dan kekuatan sedia ada yang sepatutnya digunakan sepenuhnya demi mendapat hasil dan manfaat untuk rakyat dan negara. Perkara ini sangat merugikan semua pihak.

5.​Ia bercanggah dan mengkhianati aspirasi membangunkan tanah air ini bersama-sama, dengan memaksimumkan penggunaan bakat terbaik tanpa mengira kecenderungan politik.

6.​Saya berpendapat tindakan menyingkir dan memaksa perletakan jawatan pegawai tinggi GLC, sama ada secara langsung atau tidak langsung, adalah sangat bertentangan dengan semangat dan amalan politik baru yang seharusnya mengembleng semua potensi terbaik Malaysia untuk membangunkan Malaysia Baharu.

7.​Lebih-lebih lagi semua jawatan tertinggi di GLC diisi oleh individu dan tokoh yang mempunyai pengalaman, kepakaran dan percapaian yang terbukti serta kepimpinan yang teruji.

8.​Malah, dan lebih merugikan, tindakan Kerajaan PH untuk menyingkir dan memaksa perletakan jawatan pegawai tinggi ini sangat bersalahan dengan aspirasi membangunkan keupayaan ekonomi bangsa Melayu dengan lebih strategik.

9.​Saya berpendirian bahawa, salah satu strategi untuk membangunkan kebolehsaingan ekonomi orang Melayu dan menjayakan ekonomi Malaysia yang inklusif ialah dengan mengangkat dan mengiktiraf pemimpin korporat serta pengurus ekonomi dan kewangan yang kompeten dan berwibawa.

10.​Tindakan menyingkir atau menyebabkan tersingkirnya, mana-mana bakat terbaik Melayu dari memimpin GLC atas alasan kecenderungan politik tanpa disandarkan kepada faktor kegagalan mengurus dan prestasi yang buruk, adalah satu penganiayaan dan amalan yang wajar dihentikan serta merta.

11.​Saya menyeru dan amat berharap agar Kerajaan PH menghentikan segera tindakan pembersihan tokoh korporat atau ‘corporate figure cleansing’ ini.

Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin

: Pegawai syarikat letak jawatan kerana cara PH yang menyebabkan pelaburan negara makin merosot dan ini tidak membantu mereka untuk kekal ..

Replies


https://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/08/umno-pas-tak-perlu-kecoh2-tentang.html
Shahbudin dot com: UMNO, PAS TAK PERLU KECOH2 TENTANG MANIFESTO, KEGEMBIRAAN SEPANJANG HAYAT RAKYAT IALAH DAPAT MENUMBANGKAN NAJIB

12. Saya tambah ye Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin... Semasa sebagai MB Johor Jalan Persekutuan dari Gemas Baru ke Yong Peng pun terlambung-lambung, tidak diperbaiki sampai Umno kalah. Jalan berkenaan masih dalam keadaan begitu sehingga sekarang. 

13. Mereka yang disingkir dan meletak jawatan adalah pengkhianat, tidak jujur, sabotaj bukan sahaja kepada Kerajaan PH tetapi kepada Rakyat Malaysia khasnya. 

Khairy Jamaluddin sekolahkan pemimpin umno
Manifesto HARAPAN: Tak laksana pun rakyat tak kisah, kata Khairy

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berpendapat tidak penting untuk menilai prestasi 100 hari pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) kerana rakyat tidak ambil kisah sama ada janji mereka itu ditunaikan atau tidak.

“Media tanya saya berkenaan 100 hari kerajaan HARAPAN. Saya kata, rakyat tak kisah tentang janji 100 hari atau janji lain dalam manifesto.

“Tak laksana pun rakyat tak kisah. Mereka hanya mahu buang Umno-BN pada PRU14. Justeru, parti saya kena fikir strategi baharu,” cuitnya di Twitter, hari ini.

Khairy percaya, apa yang penting kepada rakyat ialah BN ditumbangkan dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diturunkan daripada terus mentadbir negara.

Malah, katanya rakyat juga berkata “lebih baik dari kamu (Umno-BN) dulu” dan “tak dapat tunai sebab hutang yang ditinggalkan BN.”

Justeru, katanya Umno dan BN hari ini terpaksa mencari naratif dan hujah baru.

“BN-Umno perlu halatuju baharu. Kepimpinan mesti berada di hadapan kelok perubahan.

“Dah sampai 100 hari. Patut fikir “what’s next?” Bukan masih jual naratif janji tidak ditunaikan. That’s done. Move on,” katanya.

Hari ini genap 100 hari pentadbiran HARAPAN menerajui Putrajaya selepas menumbangkan BN pada pilihan raya umum ke-14 pada 9 Mei lalu.

-malaysiakini
at 8/17/2018 09:16:00 PTG 
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/08/khairy-jamaluddin-sekolahkan-pemimpin.html















Tiada ulasan: