Jumaat, 17 Ogos 2018

Umno penggadai yang jahatnya ramai tidak tahu. 8061.


Tuesday, April 23, 2013
Akhbar Singapura dedahkan pemimpin UMNO jual tanah dengan harga rendah kepada Robert Kuok..

Isu yang sering diutarakan oleh pemimpin-pemimpin UMNO dalam apa saja majlis atau ceramah yang dihadiri mereka ialah, Melayu akan terpinggir jika DAP diberikan kuasa..

Menjadikan Pulau Pinang sebagai contoh menurut mereka kebanyakkan Melayu Pulau Pinang telah dipinggirkan dan seterusnya disingkirkan dari Pulau Pinang kerana tanah milik mereka telah diambil oleh DAP kononnya..

Namun begitu hakikat sebenarnya ialah.. Kebanyakkan Melayu di Pulau Pinang ini telah terpinggir dan tersingkir dari Pulau Pinang angkara mereka..

Merekalah yang telah menjadi orang tengah untuk membeli dengan harga murah kemudiannya menjualkannya dengan harga yang tinggi kepada pemaju untuk dibangunkan..

Hari ini akhbar berpengaruh dari seberang tambak mendedahkan tanah di Johor telah dijual pada harga jauh lebih rendah dari harga pasaran semasa oleh pemimpin UMNO kepada seorang Billionair berbangsa cina.. 

Dengan keluasan 12.5 ekar nilai tanah di Nusajaya dianggarkan sudah mencecah RM13.4 bilion pada harga RM720 sekaki persegi..

Tetapi ianya telah dijual pada harga jauh lebih rendah dari harga pasaran iaitu RM182Juta sahaja..

Baca apa yang dilaporkan oleh Jalan Pulang berdasarkan laporan oleh Straits Times Singapore itu.. 

Mengejutkan! Pendedahan terbaru sebuah laporan akhbar di Singapura, The Straits Times mengesahkan bahawa bilionair terkenal, Robert Kuok sudah pun membeli tanah di Iskandar Malaysia di Nusajaya pada harga RM182 juta (SGD74 juta). 

Pembelian itu dibuat kurang dari dua minggu sebelum pilihanraya umum 5 Mei ini menerusi usahasamanya dengan cabang pelaburan kerajaan Malaysia, Khazanah Nasional (Khazanah). 

Dua lot tanah presint di Nusajaya telah dibeli dengan pegangan ekuiti 70 peratus dimiliki oleh Robert sementara selebihnya oleh Khazanah. 

Dalam pelaburan yang dijangka memperolehi pulangan sehingga RM12 bilion (SGD3.7 bilion) dalam masa 15 tahun, Robert yang merupakan manusia terkaya di Asia Tenggara sudah memulakan projek berskala besar di pusat pentadbiran kerajaan Johor itu sebaik sahaja pembelian selesai. 

Kekayaan terkini Robert di seluruh dunia dianggarkan bernilai USD12.7 bilion (RM40.64 bilion). 

Menerusi syarikat induknya, Kuok Brothers, Khazanah dan syarikat Kuok tersebut akan bergabung menjadi entiti dinamakan Southern Marina Development untuk membangunkan tanah seluas lima hektar di Puteri Harbour di Nusajaya dari pemilik tanah asal, UEM Berhad (UEM). 

Menurut laporan The Straits Times yang disiarkan di ruangan Asia Report itu, Southern Marina akan membangunkan lot kediaman termasuk kondominium bernilai tinggi, lot perniagaan dan pusat membeli belah terbaru di Johor Bharu dengan nilai anggaran kasar pembinaan mencecah RM1.2 bilion (SGD479 juta) dalam tempoh tersebut. 

Kuok yang menetap di Hong Kong terkenal dengan monopoli gula sebelum diambil alih oleh seorang lagi taikun Melayu yang rapat dengan Umno, Syed Mokhtar al-Bukhary pada 2010. 

Dijangka lebih banyak tanah Melayu akan tergadai sekiranya Johor kekal dikuasai Barisan Nasional (BN) selepas pilihanraya umum 5 Mei ini. 

Nusajaya terletak dalam parlimen Gelang Patah yang menyaksikan pertembungan dua gergasi antara Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang dengan BEKAS menteri besar Johor yang disingkirkan, Abdul Ghani Othman. 

Tanpa menunggu keputusan pilihanraya umum, Kuok dengan berani melabur sejumlah besar hartanya kerana disokong oleh kepimpinan Ghani sejurus sebelum parlimen dibubarkan 3 April lalu. 

Persoalan yang timbul adalah bagaimana tanah bernilai tinggi kepunyaan kroni Umno itu boleh terlepas dengan mudah ke tangan Kuok dan Khazanah pada harga begitu murah sedangkan nilai tanah di Nusajaya sudah mencecah RM13.4 bilion pada harga RM720 sekaki persegi? 

Apakah ini satu lagi kaedah digunakan Ghani untuk memperoleh wang berkempen menerusi penjualan tanah pada harga yang sangat murah? ~ Jalan Pulang

Hayatilah lagu popular dari BTN ini... dan fikirlah dengan hati yang terbuka angkara siapa sebenarnya bumi yang dipijak ini menjadi milik orang... 
Jadi.. untuk mengelakkan dari terpinggir dan tersingkir.. Melayu Johor sewajarnya menolak siapa saja yang dicalonkan oleh Najib sebagai calon UMNO/BN di Johor.. Oleh itu UNDILAH CALON PAKATAN RAKYAT!!!.. kalau tak nak merempat di tanah air sendiri...

Posted by Anak Sungai Derhaka at Tuesday, April 23, 2013 
https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2013/04/akhbar-singapura-dedahkan-pemimpin-umno.html

Skandal tukar status hartanah Bumiputera gemparkan Johor
FMT Reporters | December 31, 2017
Seorang bekas exco kerajaan negeri didakwa atas 33 pertuduhan membabitkan rasuah RM30.3 juta dan 21 pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram RM35.7 juta.
arrest-sprm
arrest-sprm
PETALING JAYA: Ketika rakyat menghadapi kesukaran memiliki kediaman sendiri, skandal menukar status hartanah Bumiputera kepada bukan Bumiputera di Johor tentunya menggemparkan.

Lebih-lebih lagi apabila seorang bekas exco kerajaan negeri didakwa di mahkamah sesyen atas 33 pertuduhan membabitkan rasuah RM30.3 juta, di mana beliau mengaku tidak bersalah.

Berikut kronologi skandal hartanah Johor sepanjang 2017.

24 Februari – Enam lelaki termasuk anak serta pegawai khas seorang penjawat awam Johor ditahan SPRM dalam siasatan ke atas dakwaan rasuah dan penyelewengan hartanah di negeri itu.

Media melaporkan semua suspek disyaki bersubahat dalam kes pengurangan premium tanah yang diluluskan untuk projek perumahan dan perindustrian serta penukaran status premis.

SPRM turut merampas 21 kereta mewah, 5 motosikal berkuasa tinggi, wang tunai kira-kira RM500,000 termasuk mata wang asing dan dokumen yang dipercayai dapat membantu siasatan. Selain itu, sebanyak 45 akaun bank milik semua suspek melibatkan lebih kurang RM15.5 juta juga dibekukan.

28 Februari – SPRM menangkap seorang kontraktor bagi membantu siasatan ke atas dakwaan rasuah dan penyelewengan melibatkan hartanah di Johor. Beliau dibebaskan atas jaminan SRPM selepas direman selama 7 hari.

1 Mac – Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abd Latif Bandi diumumkan bercuti sehingga tempoh yang tidak diberitahu selepas tangkapan anaknya, Ahmad Fauzan Hatim, 25, dan pegawai khasnya, Muhammad Idzuan Jamalludin.

9 Mac – Abd Latif ditahan SPRM bagi membantu siasatan sementara anak dan pegawai khasnya dibebaskan. Media melaporkan sejurus penahanan itu, SPRM turut merampas kira-kira 150 beg tangan berjenama mewah, sebuah Toyota Vellfire dan wang tunai RM41,000 dalam serbuan ke atas kediamannya.

19 April – Abd Latif dan seorang perunding hartanah, Amir Shariffuddin didakwa di mahkamah sesyen dengan 33 pertuduhan membabitkan rasuah RM30.3 juta.

Abd Latif didakwa bersubahat dengan Amir untuk menerima suapan sebagai mendapatkan kelulusan pelepasan sejumlah lot Bumiputera serta pengurangan bayaran wang sumbangan Tabung Perumahan Negeri Johor.

Mereka mengaku tidak bersalah.

20 April – SPRM mengenal pasti kelemahan dalam sistem dan prosedur perumahan Bumiputera di Johor.

14 Jun – Abd Latif bersama anaknya, Ahmad Fauzan Hatim, dan Amir didakwa di mahkamah sesyen dengan 21 pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram RM35.7 juta.

Mereka mengaku tidak bersalah.

27 November – Adun Senai Wong Shu Qi diarah keluar daripada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor kerana enggan menarik balik kenyataan berhubung skandal hartanah di negeri itu.

Wong ketika membahaskan Bajet Johor 2018 meminta Menteri Besar Johor Datuk Mohamed Khaled Nordin menjelaskan tuduhan menerima RM12 juta daripada pemaju pada Mac untuk mengubah status perumahan lot Bumiputera kepada lot bukan Bumiputera.

Wong mendakwa mendapat tahu mengenai perkara itu melalui dokumen lebih 140 muka surat “dokumen siasatan SPRM berserta jadual transaksi wang” yang dimuat naik di satu laman web, dan meminta menteri besar menjawab dakwaan itu.

28 November – SPRM membuat laporan polis berhubung kebocoran dokumen kenyataan rakaman percakapan tertuduh dalam kes rasuah hartanah melibatkan bekas exco Johor.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Azam Baki berkata pembocoran dokumen itu bersifat prejudis dan dikhuatiri akan mengganggu prosiding mahkamah memandangkan kes itu masih dalam perbicaraan.

“Berhubung satu jadual pembayaran yang dimuat naik di media sosial yang dikaitkan dengan siasatan tersebut, SPRM berpendapat ia telah sengaja diadakan-adakan untuk mengelirukan masyarakat,” tambahnya.

30 November – Amir membuat laporan polis selepas mendapat tahu satu dokumen yang dikatakan dokumen siasatan SPRM berkait dirinya tersebar dalam sebuah laman blog dan satu akaun Facebook.

Amir menegaskan dokumen yang dimuatnaik itu bukan dokumen yang beliau serahkan kepada peguam, dan terdapat perbezaan ketara dan banyak halaman yang ditinggalkan serta wujud dokumen langsung tidak ada dalam pengetahuan beliau atau peguam bela.

Abd Latif mengalu-alukan siasatan polis ke atas dokumen tersebut dan berkata maklumat yang dipertikaikan itu bukan daripadanya.

“Tidak ada apa nak sembunyi,” kata peguamnya, Hasnal Rezua Merican.

4 Disember – Khaled Nordin menafikan sekeras-kerasnya tuduhan menerima suapan jutaan ringgit seperti yang terkandung dalam “dokumen” yang dikatakan dokumen siasatan SPRM.

“Pentadbiran saya tidak menerima apa-apa suapan, tidak akan menerima apa-apa suapan dan akan menentang segala usaha untuk memberi apa jua bentuk suapan,” katanya.

8 Disember – Polis menahan seorang penulis blog, Yusof Al-Siddique Suratman atau dikenali sebagai Milo Suam, dan direman selama 3 hari berhubung kebocoran dokumen yang dikatakan dokumen SPRM.

10 Disember – Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong mempertikaikan tindakan SPRM tidak menjalankan siasatan terhadap Khaled sejak skandal terbongkar pada Februari atau selepas dakwaan terhadapnya ditimbulkan oleh Adun Senai di DUN Johor.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/12/31/skandal-tukar-status-hartanah-bumiputera-gemparkan-johor/

BERITA

Lim: Pemimpin Umno yang beli dan jual tanah Melayu

Susan Loone  |  Diterbitkan   |  Dikemaskini 

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memberitahu hadirin Melayu di satu majlis di Bayan Baru semalam bahawa pemimpin Umno Pulau Pinang yang membeli dan menjual tanah mereka.

Lim berkata Umno telah memfitnah DAP dan kerajaan Pulau Pinang, dengan berkata parti itu telah membeli tanah di Balik Pulau, pada apa harga sekalipun, untuk "menghalau orang Melayu".

Katanya, pemimpin dari Umno yang mengkhianati orang Melayu dengan menjual tanah mereka untuk mendapat keuntungan.

Lim menegaskan demikian ketika berucap kepada hadirin di majlis itu untuk meraikan penjaja Melayu Bukit Gedung yang memenangi anugerah peringkat kebangsaan tahun ini bagi kebersihan, keselamatan dan kesihatan.

Lim menuduh Umno berbohong kerana DAP tidak pernah membeli walau seinci pun tanah di Balik Pulau.

DAP hanya membeli sebuah bangunan di Rangoon Road di George Town untuk dijadikan ibupejabat parti itu di Pulau Pinang, katanya.

Lim berkata demikian sebagai menjawab perwakilan Wanita Umno, Rohaya Abu Ismail yang mengecam DAP dan kerajaan Pulau Pinang kerana didakwa "menindas orang Melayu" di negeri ini, terutama dalam soal tanah dan rumah.

Rohaya mendakwa DAP mempunyai "agenda tersembunyi" untuk menghalau orang Melayu dari Balik Pulau.

Lim kemudian memberikan satu contoh kes di Kampung Terang, Balik Pulau, di mana 10 ekar tanah telah dibeli pada 31 Januari 2012 pada harga RM8.6 juta.

Plot itu telah dibeli dari lebih 31 pemilik tanah oleh Maison Height Sdn Bhd, katanya.

Tiga bulan kemudian, katanya, pada 16 Mei, plot tanah yang sama, telah dijual pada harga RM13.5 juta, dengan keuntungan sebanyak RM5 juta, kepada pihak ketiga.

Lim mendedahkan bahawa Maison Height dimiliki ketua Umno Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Ketua Umno Bukit Gelugor, Datuk Omar Faudzar.

Katanya, kedua-dua pemimpin Umno itu perlu dikecam kerana mengaut keuntungan daripada penjualan tanah Melayu di Balik Pulau.

"Sebaliknya, saya telah dipersalahkan walaupun saya tak dapat satu sen pun," katanya.
[Baca berita penuh/asal]
https://www.malaysiakini.com/news/281931
Lim: Pemimpin Umno yang beli dan jual tanah Melayu


Tiada ulasan: