Ahad, 5 Ogos 2018

Tiada kata "KALAU" bila kita percaya Allah. 7980.


Sunday, 5 August 2018
NAJIB KENA DUDUK DIAM2 DI RUMAH, JANGAN GANGGU LAGI URUSAN UMNO/BN DAN JANGAN SESEKALI CUBA TURUN DI SERI SETIA NANTI

Keputusan pilihanraya kecil Sungai Kandis semalam yang menyaksikan PKR berjaya mengekalkan kerusi tersebut menatijahkan tiga gambaran yang paling nyata.

Pertama, hasrat UMNO dan BN untuk menjadikan keputusan pilihanraya kecil itu sebagai referendum rakyat untuk menuntut janji-janji PRU14 Pakatan Harapan langsung telah ditolak mentah-mentah oleh pengundi.

Pengundi secara umumnya faham bahawa untuk menunaikan janji dalam manifesto, di sebalik terlalu banyak kerosakan dalam negara yang diakibatkan oleh kepimpinan teruk oleh Najib Razak, tidaklah semudah yang disangka dan memerlukan sedikit masa.

Meskipun peratusan keluar mengundi terlalu rendah iaitu hanya 49.4 peratus saja, tetapi peratus perolehan undi calon PKR secara relatifnya lebih tinggi berbanding PRU14 lalu.

Dalam PRU14, undi yang diperolehi oleh calon PKR, Allahyarham Shuhaimi Shafie ialah 23,998 atau 55.6 peratus, tetapi kali ini PKR melalui calonnya, Zawawi Mughni telah memperolehi 15,427 undi atau 61.5 peratus.

Peratusan yang rendah tidak dapat dielakkan kerana pengundi tiada lagi keghairahan untuk menukar kerajaan, keputusan pilihanraya tidak mengubah apa-apa, baik kepada PH atau BN dan jarak masa pilihanraya kecil ini dengan pilihanraya umum lalu terlalu dekat masanya.

Oleh itu, ramai yang memilih untuk tidak keluar mengundi, manakala yang keluar pula hanya mahu memastikan kemenangan berpihak kepada Pakatan Harapan.

Kedua, keputusan pilihanraya Sungai Kandis juga memperlihatkan kerjasama UMNO dan Pas tidak menjadi kenyataan dan tidak diterima oleh penyokong peringkat bawahan.

Jumlah undi UMNO dan Pas jika dicantumkan berdasarkan keputusan pilihanraya lalu ialah 19,091, tetapi meskipun Pas tidak bertanding dan ada kerahan agar penyokong Pas memberi undi kepada calon BN, Lokman Noor Adam, undi yang diperolehinya hanyalah 9,585 undi saja.

Ini bermakna masih ramai ahli dan penyokong Pas tidak tergamak lagi untuk memangkah lambang dacing dan oleh yang demikian, sebahagiannya memilih untuk tidak keluar menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Ketidaksediaan penyokong Pas memberi undi kepada BN ini tidak mustahil akan memberi kesan yang serupa kepada Pas dalam pilihanraya kecil Seri Setia tidak lama lagi.

Oleh kerana dalam pilihanraya itu nanti, UMNO sudah membuat keputusan tidak bertanding dan memberi laluan kepada Pas meletakkan calon sebagai bukti menunjukkan wujud kerjasama antara parti agama dan parti assabiyah, tidak mustahil penyokong UMNO akan membalasnya pula dengan tidak memberi undi kepada calon Pas yang akan menggunakan lambang bulan.

Bermakna, tidak menangnya BN di Sungai Kandis turut memberi harapan yang kabur untuk Pas di Seri Setia nanti.

Ketiga, di sebalik ada sebab-sebab lain yang menjadi punca kekalahan calon BN, sebab yang turut menyumbang kepada kekalahan serta merosotnya perolehi undi BN ialah kehadiran Najib dan Rosmah yang seolah-olah mereka tiada perasaan malu untuk berkempen sama di Sungai Kandis.

Najib dan Rosmah seharusnya sedar mereka adalah pasangan paling dibenci oleh rakyat Malaysia, bukan saja kerana keterlibatan dalam skandal 1MDB yang memalukan negara di persada dunia, tetapi juga berikutan penemuan beratus juta wang tunai, bergantang barang kemas, jam tangan mewah serta beg tangan mahal di kediamannya yang nilai keseluruhannya dianggarkan melebihi RM1.1 bilion.

Perlakuan itu menunjukkan Najib dan Rosmah lebih buruk dan teruk jika dibandingkan dengan pasangan Marcos dan Imelda sekali pun serta tidak ada rakyat yang waras dapat menerima perlakuan serta ketamakan mereka.

Kedatangan pasangan itu berkempen telah membuatkan pengundi lebih menolak BN dan sebahagian yang tidak keluar mengundi mungkkn berbuat demikian sebagai protes kerana kehadiran pasangan kleptokrat tersebut.

Kehadiran Najib turut berkempen berkali-kali, sedangkan beliau sepatutnya hanya duduk diam-diam di rumah dan menumpukan sepenuh perhatian kepada kes mahkamahnya, memberi gambaran bahawa UMNO masih tidak berubah dan lebih ke arah menjadikan pilihanraya kecil itu sebagai medan cubaan memulihkan kembali namanya.

Seharusnya Najib tidak perlu campurtangan atau sibuk-sibuk lagi dengan urusan UMNO dan BN kerana beliau sudah pun meletakkan jawatan dan merupakan ahli biasa saja. Lagi pun, beliau sudah ditolak dalam PRU14 dan kini  hanya tinggal sejarah saja lagi.

Lebih daripada itu, UMNO juga sudah ada barisan kepimpinan baru yang mana mereka inilah yang sepatutnya menumpukan kepada kerja-kerja parti atau pilihanraya secara total.

Untuk itu, dalam pilihanraya kecil di Seri Setia nanti, Pas mesti bertegas bahawa jika mahu peluang yang lebih baik melalui kerjasama dan saling membantu dengan UMNO, mereka mesti bertegas kepada Presiden UMNO, Zahid Hamidi agar tidak membenarkan sama-sekali Najib, lebih-lebih lagi Rosmah, untuk turun atau sibuk-sibuk mahu berkempen sama. Jika tidak, keputusan lebih buruk buruk bakal menimpa dan lebih memalukan Pas akhirnya. (ShahbudinHusin 05/08/2018)

https://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/08/najib-kena-duduk-diam2-di-rumah-jangan.html
Shahbudin dot com: NAJIB KENA DUDUK DIAM2 DI RUMAH, JANGAN GANGGU LAGI URUSAN UMNO/BN DAN JANGAN SESEKALI CUBA TURUN DI SERI SETIA NANTI



Fukai Mori Alhamdulillah.. Mohd Zawawi menang PRK Sungai Kandis !!

PKR pertahankan DUN Sg Kandis dengan peratusan undi lebih tinggi meningkat..

*PRK 2018* - 4.8.2018
PKR: 15,427 (61.44%)
BN: 9,585 (38.17%)
Bebas: 97 (0.39%)
Jumlah: 25,109 (100%)


*PRU ke-14* - 9.5.2018
PKR: 23,998 (55.60%)
BN: 11,518 (26.68%)
PAS: 7,573 (17.54%)
PRM: 76 (0.18%)
Jumlah: 43,165 (100%)



Ben Hifni ANALISIS DATA PRK SG. KANDIS

Jumlah keluar mengundi
PRU14 = 50.8 ribu
PRK = 25.1 ribu
Peratusan pengurangan pengundi = 50.6%
Jumlah pengundi PKR
PRU14 = 24 ribu
PRK = 15.4 ribu
Peratusan pengurangan pengundi = 35.7%
Jumlah pengundi BN
PRU14 = 11.5 ribu (BN) 7.5 ribu (PAS) = 19 ribu
PRK (+ PAS) = 9.9 ribu
Peratusan pengurangan pengundi = 49.8%

Analisa pihak calon yang dikira sebagai pemenang no 2 lah. 
tanda2 awal kemerosotan n hilang kepercayaan rakyat...TAHNIAH PENGUNDI SG KANDIS


Jom kita tepuk CAI....
#TerbaikPH

PH menang..tapi sokongan
"merosot teruk" diSg. Kandis
*amaran awal rakyat*

Tiada kata "KALAU" bila kita percaya Allah dan yakin dengan takdir dan ketentuan Nya. Aamiin.

Kalau pengundi PAS turun bantu BN...mungkin PH tumbang Sg. Kandis. 
😎

KJ anggap Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman tak waras?
'Kerajaan Kristian DAP': KJ kata masih ada yang waras dalam Umno

Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin mengulas isu kaum dan agama yang dimainkan Umno, seperti amaran ancaman 'DAP Kristian'.

"Ini merupakan existential dilemma (dilema kewujudan) Umno sekarang. Ada yang terus guna retorik DAP Kristian dan lain-lain. Tapi ada juga yang masih waras," kata Khairy pada suatu hantaran Twitter malam ini.

Semalam, ketika penghujung kempen PRK Sungai Kandis, Anggota Parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman menggesa pengundi tidak menyokong kerajaan Pakatan Harapan yang dipimpin oleh "Kristian".

Tajuddin juga mendakwa bahawa ahli politik Kristian dalam DAP menggunakan jawatan dalam kerajaan untuk menyebarkan agama mereka.

Antara yang dinamakannya ialah pemimpin DAP Lim Guan Eng, Anthony Loke, Teresa Kok, Hannah Yeoh dan Tony Pua.

Ditanya bagaimana Khairy, yang dikenali sebagai KJ akan mengatasi masalah dilema Umno, bekas ketua pemuda parti itu berkata beliau akan cuba mengambil ahli politik baru dengan pandangan dunia yang progresif dan menganjurkan pendidikan semula politik yang komprehensif kepada anggota sedia ada.

Khairy juga menjelaskan apa yang penting adalah kepimpinan Umno dan berkata :"Itulah sebabnya saya bertanding presiden parti."

Beliau kalah dalam usahanya menjadi presiden Umno pada Jun lalu kepada Ahmad Zahid Hamidi.

-malaysiakini
at 8/05/2018 01:30:00 PG
KERENGGA: KJ anggap Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman tak waras?
http://gigitankerengga.blogspot.com/2018/08/kj-anggap-ahli-parlimen-pasir-salak.html

......................

Tiada ulasan: