Rabu, 19 September 2018

Bukan umno kalah tapi Melayu yg rebah. Betulkah? 8225.


Umno kalah sudaa, tetapi ramai ahli umno xdapat terima. Tuu jer...
Foto Adam Lawrence.
Aku bukan racis... tapi aku tulis utk ingatkan agar hidup reti hormat org

Sarawak asalnya dihuni bangsa iban melayu melanau bidayuh kenyah kayan kelabit penan dll...

Cina yg ajak org keluar Malaysia di Sarawak tu xde asal usul di Sarawak.. Xde sejarah tumpah darah melawan menjajah.. So xperlu nak ajak bangsa asal ni keluar Malaysia.. sejarah hidup sebagai komunis memerangi bangsa aku ada.. 

Tanah kami ada adatnya.. Ada cerita nya.. Mana bangsa kau masa James Brooke serang kami dlu.?

Kami Iban digelar Sea Dayak kerana datang dari hulu pedalaman ke tepi laut yg asing mempertahankan kedaulatan tanah kami..

Jgn hidup sebagai bangsa yg kurang ajar di tanah org.. duk elok elok cari makan. Keluarga aku ada cina.. Xde pun bengap mcm korang.. Duk ajak org keluar Malaysia.. Ape masalah otak korang ni.?

Tidak semua iban itu Kristian.. Tidak semua iban itu Islam.. Tidak semua iban itu Pagan.. Tp semua bangsa asal itu ada hak peribumi sebagai bangsa Bumiputera.

Jgn ingat kerana pemimpin kami lemah.. Kamu boleh pijak org bawah sesuka hati..


#Malaysia Baru
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1918226551564880&set=a.416333688420848&type=3&theater&ifg=1
Foto Unapia Sarabia.
Saat DSAI "Move On" PM ke 7 juga "Move On" 

Setelah Tok Pa, Animah Aman di khabarkan Hisyamudin Hussin on mengadap PM ke 7. Angin bertiup kencang KJ, Nazri dan ramai lagi bersiap sedia mengisi borang "pensucian dosa"dengan imbalan memperkukuhkan kekuatan Ketumbukan Bunga Raya dalam PH. Manakala Team "Kartel" di kabarkan bersiap sedia jika "Kalah" dalam pemilihan PKR kali ini.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengadakan pertemuan selama dua jam dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya, semalam. 
https://www.facebook.com/Amilinpas99/photos/a.724874781008676/1064581750371309/?type=3&theater&ifg=1
Foto Amilin Pas.
SOROTAN
Pemula Perbualan


Bukan umno kalah tapi melayu yg rebah..

Kerajaan pakatan bukan spt umno tadbir dimana "keistemewaan melayu terpelihara dan rakyat diutamakan"

Jgn kerana sekompok ketua2 melayu yg lupa perjuangan asal mereka, dap menjadikan negara ikut agenda mereka..

Barisan Nasional Vs Pakatan Rakyat
https://www.facebook.com/groups/BNVsPR/?multi_permalinks=2035652356519273&notif_id=1537335500250713&notif_t=group_highlights

RABU, 19 SEPTEMBER 2018
MERAKAM SEJARAH - DISINI IANYA BERMULA
Untuk berlaku adil kepada sejarah saya wajib merakamkan juga beberapa babak latar belakang  yang menuju kepada 9 Mei 2018. Saya wajib menuliskan pertemuan-pertemuan gelap dan  watak-watak gelap yang  memainkan peranan untuk membidani kelahiran 9 Mei.

Pada 5 Mei 2013 - Pakatan Rakyat gagal ke Putrajaya. Penipuan yang dirancang  licik  oleh SPR  cukup jelas. Penipuan SPR ini bertujuan untuk  memastikan Najib Rosmah dan United Malays National Organisation terus berkuasa.

Contoh terbaik ialah dakwat kekal  yang TIDAK kekal. Anak semua bangsa ditipu bulat-bulat oleh Najib dan SPR. Ketika ini penipuan dijalankan dengan angkuh sekali. SPR merasakan United Malays National Organisation  ini akan terus berkuasa hingga  dunia kiamat. Tidak ada kuasa dalam dunia ini yang dapat mengalahkan Najib Rosmah. Amin

Kemenangan yang dirampas dalam PRU13 cukup menyakitkan hati. Pada  malam Rabu 8 Mei 2013 satu berhimpunan besar telah diadakan di Stadium Kelana Jaya. Ini tanda bantahan terhadap penipuan SPR dalam PRU13.
Pada petang 6 Mei 2013 kawan lama saya Zahid Hamidi yang kini  menjadi orang kanan Najib telah manalipon saya. Zahid meminta saya mengalihkan perhimpunan ini ke Stadium Merdeka. Zahid Hamidi  tanpa diminta telah menyewa Stadium Merdeka dengan menggunakan duit poketnya sendiri. Saya  dengan sopan telah menolak permintaan Zahid.

Anak semua bangsa telah berbondong-bondong turun dari awal petang ke Stadium. Paling jelas ialah kedatangan anak anak muda. Paling jelas ialah sokongn ampoh anak muda China. Semua turun membantah.

Angka 300 ribu  yang turun ke stadium cukup menakutkan Najib. Tapi perhimpunan malam itu telah gagal kerana ini hanya bantahan yang tidak bergerak ke mana-mana. Tersadai dalam stadium. Akhirnya ianya hanya   menjadi berhimpunan melepas geram. 

Polis dan FRU tidak kelihatan pada malam itu. Ini cara Zahid yang tidak  mahu berkonfrantasi. 

Saya berpendapat pada  malam itu seharusnya Anwar Ibrahim bukan hanya labon  berceramah tetapi membawa  300,000 anak semua bangsa bergerak ke  ke Putrajaya. Saya yakin malam itu juga Najib dan Rosmah akan lari lintang pukang.

Satelah gagal di Kelana Jaya anak-anak muda turun pula ke Padang Merbok  - berhimpun bermalam - terus  membuat bantahan penipuan SPR.  Sasaran anak muda ialah bangunan Parlimen. Semangat lawan anak muda sesudah PRU13 cukup kental. 
#KL122
Najib mengambil tindakan  menangkap berbelas-belas anak muda . Mereka  yang ditangkap dihadapkan ke mahkamah.

Najib dengan licik telah menggunakan hukum dan hakam untuk mengalahkan musuh politik. Niat anak muda untuk membatalkan upacara angkat sumpah para YB di Parlimen telah digagalkan.

Sesudah semua ini berlaku maka ada semacam rasa kecewa. Ada semacam rasa ‘keletihan politik’. Ada semacam rasa putus asa. Ada semacam rasa mustahil untuk menumbangkan United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya. Dalam bahasa politik telah wujud ‘ political fatique’.

Tetiba pada 27 Januari 2014 tenaga dan kegairahan politik muncul semula. Rafizi memulakan ‘Langkah Kajang’. Saya menjadi penyokong awal memberi analisa tanda dan makna ‘Langkah Kajang’. Rafizi, Aru  PSM dan saya telah berforum di UBU Bangsar. Saya menyokong stratiji ini untuk mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Khalid  yang semakin tidak mengindahkan kepentingan Pakatan Rakyat wajib  digantikan dengan Anwar Ibrahim. 

Rancangan ini juga telah digagalkan. Kes Anwar ‘berjahat’ dengan Saifol dipercepatkan. Akhirnya Langkah Kajang gagal. Khalid digantikan oleh Azmin Ali. Kemuramam politik bertambah-tambah.

Dalam suasana keletihan politik ini Anwar telah didapati bersalah dan dimasukkan ke penjara untuk kali ke dua pada 20 Feb 2015. Seolah-olah jalan buntu telah ditemui.

Saya sendiri merasakan keletihan politik. Ini bukan letih pisikal tapi letih emosi. Satu demi satu saya bertemu dengan kegagalan. Malah saya telah menyatakan kepada Anak Muda Bangsar  - kita wajib tunggu  30  tahun - untuk sekali lagi pusingan politik anti kerajaan sampai. 

Pada ketika ini Mahathir Muhamad masih lagi  Mahafiraun. Saya yang terlibat dalam menyusun politik jalanan Reformasi98 telah berjaya mengcap Mahathir sebagai ikon kezaliman. Tulisan-tulisan saya telah menggariskan siapa dia si Mahathir ini. Hingga ke hari ini tulisan saya itu masih dirujuk untuk digunakan sebagai kutukan bahawa  Hishamuddin Rais hari ini telah ditimbus dedak.

Dalam suasana keletihan politik   saya mula terdengar sok seh sok seh  Mahathir telah mula mengkritik Najib. Sebab musabab masih tidak jelas.
Inilah latar  dimana saya mula merisik untuk mencari kawan baru. Masanya telah sampai untuk  memperbanyakkan kawan. Membuat pensejajaran semula  dan memencilkan musuh. Saya yang bermazhab kiri cukup yakin dengan teori ‘united front’ atau Barisan Bersatu. 

Saya bukan ahli parti. Dan saya juga bukan ahli mana-mana NGO. Saya hanya menjadi ‘sosok rujuk’ untuk BERSIH2.  Saya sedar bukan semua ahli Pemandu Bersih itu cekap politik. Malah banyak NGO dalam jaringan Bersih ini amat-amat bebal politik. Mereka tidak faham hal stratiji dan taktik untuk menjatuhkan kerajaan.

Saya terlibat dalam BERSIH hanya dengan satu tujuan. Untuk menyusun gerakan jalan raya. Mengumpulkan orang ramai  untuk menjatuhkan kerajaan. Pilihan raya bersih dan adil ialah stratiji untuk mengolah persetujuan orang ramai agar turun ke jalan raya. Dalam hal ini saya cukup jelas.

Kritikan Mahathir terhadap Najib makin lantang. Para aktivis Ngo dan parti politik masih melihat ‘pertelingkahan’ ini  hal dalaman parti. Untuk saya bunyi biola yang digesek oleh Mahathir ini amat menyegarkan.

Saya berkhayal dan membayangkan betapa indahnya  Si Mahathir  yang mengkeritik Najib dapat diajak bersama untuk menggalang barisan bersatu.

Justeru untuk menglunaskan niat, saya telah meminta pandangan dan bantuan Amin Blak seorang wartawan MalaysianInsider. Pada ketika ini portal ini  belum diarwahkan. 

Sebagai wartawan Blak  memiliki jaringan yang luas.  Dia memiliki hubungan dengan pemimpin parti politik dari kerajaan dan pembangkang. Blak juga ada hubungan dengan  sosok-sosok  ahli perniagaan. 

Lalu saya  menyatakan  keinginan saya untuk bertemu dengan Orang Tun. Maksud saya ialah berbincang dengan sosok yang memiliki hubungan intim dengan Mahathir Muhamad.
Perbincangan untuk   mencari Orang  Tun ini berlaku pada awal tahun 2015. Hakikatnya saya sebenarnya  sedang merancang Bersih4. Justeru saya wajib memperbanyakkan kawan dan mengurangkan  lawan.

Saya tidak memilik mandat dari Bersih atau dari sesiapa pun untuk memulakan perbincangan gelap ini.  Maria Chin atau Ambiga tidak mengetahui apa yang saya lakukan. Saya melakukan ini kerana saya yakin dengan teori United Front. Saya mahu menggalang barisan bersatu yang luas.

Malah saya tidak tahu siapa Orang  Tun yang akan saya temui.  Blak melontarkan beberapa nama. Semua nama-nama yang dilontar  saya tidak tahu atau kenal. Maka saya pulangkan proses penapisan ini kepada  Blak.
Pada bulan  Feb 2015 Blak membawa berita baik. Dia telah berjaya menghubungi Orang Tun. Sosok ini telah bersetuju untuk bertemu dan berbincang.  

Biasanya saya akan mengadakan perbincagan di Old Town Brickfield.  Dalam dunia romantik,  saya anggap Old Town Brickfeild ini sama saperti kedai kopi yang amat terkenal dalam dunia ini - Cafe de Flore St. Germain Paris. 

Cafe de Flore ialah tempat Jean-Paul Satre bertemu dengan buah hatinya Simon de Beauvoir. Tempat ahli falsafah ini menulis falsafahnya. Ianya juga tempat lepak Albert Camus. Kedai kopi ini telah dan masih menjadi  tempat lepak para aktivis politik dan intelektual kota Paris. 
Dalam kedai kopi ini garis politik  pemberontakan anak muda dan pelajar di Paris pada tahun 1968 telah dibincangkan. Kedai kopi ini telah menjadi salah satu simbol Paris.

Manakala di Old Town Cafe Brickfeild saya telah membincangkan keputusan untuk mengadakan Bersih 3, 4 dan 5. Disini juga pertemuaan awal merancang  antara Mat Sabu dan saya untuk mengadakan Himpunan Kebangkitan  Rakyat.

Rafizi, Mat Sabu, Rahim Ghaus, Tian Chua, Latifah Koya, Eli Wong, Salehuddin Ayub,  Suhaizan Kayat, Saifuddin Nasution, Sivarasa, Malek Husin, Rara, Jamaliah, Sheikh Omar, Dr S.Husin, Dr Jeya adalah  di antara nama-nama orang politik yang pernah datang berbincang dengan saya  di Old Town Cafe. 
Old Town saya pilih kerana saya boleh sampai dengan berjalan kaki dari bilik sewa saya. Sabenarnya nama Old Town itu hanyalah nama tempat bertemu. Kami  selalu duduk berbincang disebelah Old Town. Kami memesan minuman dari Restoran Husin atau membeli  chee cheong fun dari kereta tolak   dipermulaan  Jalan Thambypillay. Ini sejarah. Amin.

Justeru saya mencadangkan kepada Balak untuk bertemu Orang Tun di Old Town. Cadangan telah ditolak oleh Blak. Blak merasakan kedai kopi ini tidak sesuai. Maka dipersetujui untuk bertemu di Strawberry Cafe di Petaling Jaya. Ini lebih ‘up market’ berbanding  Jalan Merah Thambypillay.

Kami memilih hari bekerja agar tidak ramai pelanggan dalam cafe. Pertemuan jam 9.30 malam. Saya  dengan Blak datang awal dan menunggu.  Tepat jam 9.30 malam sosok ini sampai. Saya tidak akan menuliskan nama sosok ini. Kerana sosok ini adalah sosok belakang tabir yang pasti tidak mahu namanya diwar warkan.

‘ Datuk… saya berniat nak bekerjasama dengan Tun… ok ke?  Saya membuka gelangang.

‘ Kerja sama macam mana?
Saya terperangkap dengan soalan yang datang. Sabenarnya saya cuma merisik-risik.

‘ Dengan Bersih… kalau kami buat himpunan lagi… ‘

Pada ketika ini tidak ada sesiapa pun bersuara tentang Bersih 4. Tapi saya telah mula merisik secara gelap tanpa pengetahuan Maria Chin yang ketika ini menjadi Pengerusi Bersih.

‘ Kita tengok macam mana.. kita bincang nanti…’

Risikan saya tamat disini. Kemudian kami berlabun politik. Saya terus mengcungkil kesah politik Mahathir dengan Najib. Orang Tun ini juga berkesah itu dan ini. Pertemuan pertama mesra.  Apa terjadi sesudah pertemuan ini. Tunggu  minggu hadapan.  (tt)

NOTA
tulisan ini telah disiarkan dalam SUARA KEADILAN sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini sila pukul talipon 03-92-21-10-45

Pegawai JPA ditukar gara-gara lewat lantik pegawai menteri
SM Amin
Dikemas kini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2018 7:30PM
Ketua Setiausaha Negara Ismail Bakar mengesahkan bahawa pegawai berkenaan dikenakan tindakan tersebut ekoran masalah yang timbul berhubung pelantikan pegawai baharu anggota Kabinet. – Gambar fail The Malaysian Insight, 11 September, 2018.

BEBERAPA orang pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) disahkan dipindahkan ke jabatan dan agensi lain selepas didakwa terlibat melengah-lengahkan urusan pelantikan dan pembayaran gaji pegawai kepada menteri dan timbalan menteri.

Ketua Setiausaha Negara Ismail Bakar mengesahkan bahawa pegawai berkenaan dikenakan tindakan tersebut ekoran masalah yang timbul berhubung pelantikan pegawai baharu anggota Kabinet.

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/94987
Pegawai JPA ditukar gara-gara lewat lantik pegawai menteri | The Malaysian Insight
Foto Buletin Malaysia 2018.
Dato Mustapa yang saya cukup kenal dan rapat. Dia bukan ahli UMNO akar umbi macam kita.

Dia pegawai PTD dan menjadi ahli umno melalui Tun Daim. Mulanya menjadi SUSK Tun Daim, Menteri Kewangan . Lepas itu dilantik jadi SETPOL Tun Daim dan kemudinya dipilih menjadi calon MP . Kemudian jadi menteri.

Maka seluruh kasih sayang Dato Mustapa adalah kepada Tun Daim. Jadi kita jangan terperanjat dengan peristiwa ini.

- Dato Wira Othman Abdul mantan MP Pendang, kawan baik Tok Pa..

#Malaysia Baru
https://www.facebook.com/buletinmalaysiabaru/photos/a.499743763801453/538537366588759/?type=3&theater&ifg=1
Foto Tun Teja.
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/saya-masih-peguam-negara-tommy-thomas-185879

Penarikan balik laporan Tommy Thomas letak jawatan | ...
https://www.freemalaysiatoday.com/.../penarikan-balik-laporan-tommy-thomas-letak-j...
4 Sep 2018 - PUTRAJAYA: Peguam Negara, Tommy Thomas didesak meletakkan jawatan susulan tindakan pihak pendakwaan menarik balik kes rasuah ...
18 jam lalu - KUALA LUMPUR: “Beliau masih Peguam Negara dan kini berada di ... media bahawa Tommy tidak meletakkan jawatan seperti didakwa.
18 jam lalu - Peguam Negara Tommy Thomas hari ini menafikan yang beliau telah meletak jawatan. | Berita Terkini, foto dan video, dunia dan Malaysia.
19 jam lalu - Peguam Negara Tommy Thomas menafikan beliau meletakkan jawatan, sekali gus menjadi individu paling pendek menjawat jawatan itu ...
28 Mei 2018 - KUALA LUMPUR 28 Mei - Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali digesa untuk meletakkan jawatannya secara terhormat bagi ...
12 Mei 2018 - KERAJAAN akan melantik individu lain sebagai Peguam Negara menggantikan ... “Saya tidak akan letak jawatan yang mana jawatan ini telah ...
Berita boleh dikatakan sebagai:
1. Ilusi
2. Dream
3. Sabotaj sempena PRK Port Dickson
4. Propaganda untuk leraikan perpaduan Pakatan Harapan
5. Pecah Perintah (doktrin yahudi)
6. Khianat - Hasad dengki - Iri hati - Sakit hati.

Foto Negeri 9 Macam-Macam Ada.
Betulkah khabar angin serta poster yang kian tersebar di media sosial ini? Kemenangan DS Anwar Ibrahim di Port Dickson khabarnya akan merubah barisan kepimpinan Kerajaan?

BARISAN HARAPAN MALAYSIA

UMNO 51
PAS 18
GPS 19
PKR 25 (Team DSAI)
MCA 1
MIC 2
STAR 1
BEBAS 1

Jumlah : 118

PAKATAN HARAPAN

DAP : 42
PKR : 22 (Team Azmin)
PPBM : 13
AMANAH : 11
WARISAN : 8
BEBAS : 1

Jumlah : 97

Jumlah : 215/222 Parlimen

Setakat ini difahamkan DSAI ada majoriti mudah untuk Kerajaan pimpinan Tun Dr. Mahathir tumbang dalam masa terdekat.

DAP sedang 'negotiate' dan akan bersama gabungan baru dengan syarat Lim Guan Eng kekal di MOF selain MOT dan MITI diberikan kepada mereka.

Manakala status 7 orang lagi MP tidak memberi kata putus akan menyertai gabungan yang bakal dibentuk dalam waktu terdekat.

Sebaik sahaja DSAI memenangi PRK Port Dickson, jika tiada aral melintang dan Tun Dr. Mahathir tidak berjaya mencuri beberapa orang MP UMNO.

Gabungan Barisan Harapan Malaysia yang dibentuk di bawah kepimpinan DSAI akan menerajui negara dan rakyat Malaysia bakal menyaksikan ;

DS Anwar Ibrahim ditabalkan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-8.

DS Zahid Hamidi kembali menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Dan buat julung kali PAS mengisi pentadbiran negara, di mana TG DS Hadi Awang dilantik Timbalan Perdana Menteri II.

------------------

Admin sekadar kongsi ye...


#Malaysia Baru
https://www.facebook.com/2082596525401977/photos/a.2098704303791199/2119820981679531/?type=3&theater&ifg=1


Tiada ulasan: