Rabu, 19 September 2018

Nak rosak kejap je, nak baik ambil time. 8224.


Hasil carian imej untuk makan bawang putih waktu perut kosong
mana tahu ada yang mual baca hal politik, bolehlah berbawang putih :)
Kamu bertanggungjawab, KJ beritahu Zahid selepas Tok Pa keluar Umno
Robin Augustin
PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin menyalahkan Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atas keputusan Datuk Seri Mustapa Mohamed meninggalkan parti itu.

Khairy di Twitter berkata dia lantang mengingatkan parti itu untuk tidak bersekutu dengan PAS tetapi diserang oleh rakan-rakan parti.

“Sekarang, kita sudah kehilangan seorang tokoh dalam parti kita. Seorang lelaki yang bijak dan baik. Tuan presiden, kamu bertanggungjawab.”

Terdahulu, Mustapa mengumumkan dia meninggalkan parti itu kerana hala tuju Umno tidak lagi selari dengan prinsipnya.

“Hala tuju yang diambil Umno pada masa ini tidak lagi selari dengan prinsip politik yang menjadi pegangan saya selama ini dan tidak ada banyak usaha yang meyakinkan bahawa proses rejuvenasi parti telah bermula,” kata ahli majlis tertinggi itu dalam kenyataan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Nazri Aziz bersimpati dengan bekas menteri itu dan bersetuju dengan Khairy barangkali Mustapa tidak gembira Umno bekerjasama dengan PAS.

“Saya faham sebab-sebab dan kekecewaannya. Saya juga percaya inklusif dalam politik. Saya doakan yang terbaik untuknya dan harap suatu hari nanti dia akan kembali kepada Umno,” katanya kepada FMT.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Bung Moktar Radin pula “terkejut dan sedih” kerana Mustapa seorang “pejuang tulin dan teguh dengan pendirian”.

Beliau berkata walaupun pemimpin datang dan pergi menjadi adat politik, Umno mesti mengubah pendekatan dan tidak boleh dilihat “syok sendiri”.

“Ada ramai lagi orang di luar sana dan kumpulan ini perlukan Umno untuk meyakinkan mereka ke arah mana negara dan rakyat dipacu pada masa akan datang.”

Penganalisis Awang Azman Awang Pawi berkata Umno sudah kehilangan salah seorang daripada “orang baik” dan menjangkakan ramai lagi wakil rakyat Umno akan meninggalkan parti itu untuk menyertai PPBM.

“Mustapa dijangka menyertai PPBM. Hal ini kerana Mustapa pernah menjadi setiausaha politik kepada Tun Daim Zainuddin, malah Daim bantu Mustapa jadi senator, timbalan menteri dan bertanding di Jeli,” katanya merujuk kepada bekas menteri kewangan yang dikaitkan dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata Zahid mesti bertindak sekarang untuk memulihkan keyakinan terhadap Umno.

Seorang lagi penganalisis, Kamarul Zaman Yusoff, pula mengajukan pandangan berbeza iaitu pemergian Mustapa selepas 4 dekad bersama parti itu kerana ikhtiar politik.

“Saya juga percaya Daim mempunyai pengaruh dalam keputusannya.

“Saya fikir ini berlaku sekarang kerana PPBM sedang menguatkan barisan ditengah-tengah desas-desus PKR akan bekerjasama dengan Umno,” kata Kamarul, yang pernah mengkritik Pakatan Harapan.

Semalam, Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mencadangkan penubuhan gabungan baharu bergelar Pakatan Malaysia yang terdiri daripada Umno, PAS, MCA, MIC, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Bersatu Sabah dan PKR.

at 9/19/2018 12:40:00 PG
KERENGGA: Kamu bertanggungjawab, KJ beritahu Zahid selepas Tok Pa keluar Umno
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/09/kamu-bertanggungjawab-kj-beritahu-zahid.html



Wednesday, September 19, 2018

Husam sifatkan tindakan Mustapa langkah waras

JELANG SUBUH
PENGERUSI Pakatan Harapan (PH) Keantan Husam Musamenyifatkan tindakan ahli Parlimen Jeli dan Adun Air Lanas Mustapa Mohamed meninggalkan Umno sebagai langkah semula jadi yang tepat bagi pemimpin yang waras.

Sambil mengalu-alukan langkah itu, menurut Husam, PH perlu membuka laluan kepada ahli parlimen bukan PH lain yang boleh dikategorikan positif serentak dengan membanteras MP yang telah terbukti merosakkan negara.

Dalam kenyataan sebagai mengulas tindakan Mustapa itu, Husam juga menyifatkan tindakan itu sebagai pembersihan ke atas salah laku pentadbiran lalu yang perlu digiatkan untuk meyakinkan rakyat bahawa PH menuju laluan  betul dalam memenuhi aspirasi rakyat.


Positif.

Dalam erti kata lain tindakan Mustapa itu menurut Husam sebagai mengiyakan tindakan kerajaan hari ini dan ia disambut dengan positif.

Husam yang kini seorang Senator berharap Mustapa akan bersama PH selepas bekas menteri MITI dan ahli Umno selama 40 tahun itu habis tempoh bertenang.

"Selaku pengerusi PH Kelantan, saya bersikap terbuka untuk Dato' Mustapa dapat bersama selepas 'cuti iddah' beliau," kata Husam.

Mustapa malam tadi telah mengumumkan keluar daripada parti yang disertainya selama 40 tahun antara lain memberi alasan kerana parti itu sudah hilang defisit keyakinan rakyat.

Sehubungan langkah mengejutkan Mustapa itu yang mengejutkan Umno Kelantan khasnya dan Umno Malaysia amnya tetapi disambut gembira oleh rakyat Kelantan.

Bagi rakyat Kelantan yang kecewa dengan kepimpinan kerajaan Kelantan kini melihat tindakan Mustapa itu membuka peluang untuk berkombinasi dengan Husam melakukan perubahan di Kelantan. [wm.kl.6:03 am 19/09/18]

Kenyataan penuh Husam seperti berikut: 

PAKATAN HARAPAN PERLU BUKA LALUAN KEPADA MP BUKAN PH

Langkah YB Dato Mustapa Mohamed adalah 'logik semula jadi yang tepat' bagi mana-mana pemimpin yang waras.

Pada masa yang sama, PH perlu membuka laluan kepada MP bukan PH yang boleh dikategorikan positif serentak dengan langkah membanteras MP yang telah terbukti merosakkan negara.

Jika PH dapat menggerakkan Konsolidasi Nasional berpaksikan sokongan kepada usaha Reform dan membangunkan semula negara yg dibawa oleh kepimpinan Tun Dr Mahathir, DSAI dan kepimpinan PH sekarang, ia boleh mengukuhkan lagi negara dan mempercepat pemulihan.

Serentak dengan itu, pembersihan ke atas salah laku pentadbiran yang lalu juga perlu digiatkan untuk meyakinkan rakyat bahawa PH menuju laluan yang betul dalam memenuhi aspirasi rakyat.

Dalam rangka ini, saya melihat langkah Dato Mustapa perlu disambut positif.

Saya juga berharap lebih ramai MP Umno lain mengikuti jejak beliau.

Selaku Pengerusi PH Kelantan, saya bersikap terbuka untuk Dato Mustapa dapat bersama selepas 'cuti iddah' beliau.

YB Senator Husam Musa,
Naib Presiden Parti AMANAH Negara,
Pengerusi PH Kelantan,
18 September 2018 
Posted by mohd sayuti Omar at 6:03:00 AM
.: Husam sifatkan tindakan Mustapa langkah waras 
https://msomelayu.blogspot.com/2018/09/husam-sifatkan-tindakan-mustapa-langkah.html

SELASA, 18 SEPTEMBER 2018
Bukti 'sumbangan' Saudi: Pendedahan terpilih Najib
Nigel Aw 
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak minggu lalu, atas sebab yang hanya diketahui oleh dirinya, mengeluarkan beberapa dokumen berhubung simpanan berbilion ringgit dalam akaun bank peribadinya.

Tujuan Najib adalah untuk mewajarkan kenyataannya bahawa beliau menerima "derma" dari keluarga diraja Arab Saudi, tetapi dokumen itu sekarang mengesahkan pelbagai laporan dan siasatan yang menunjukkan wang itu berasal dari 1MDB.

Sebagai contoh, dalam catatan Facebook semalam, Najib memetik Wall Street Journal dan sebuah buku yang ditulis oleh wartawannya, Tom Wright dan Bradley Hope Billion Dollar Whale yang menghuraikan skandal 1MDB, untuk mengesahkan bahawa beliau "memulangkan semula" apa yang disebut sebagai "sumbangan".

Kedua-dua wartawan itu memang berkata Najib telah memulangkan AS$620 juta daripada AS$681 juta yang diterima pada tahun 2013, tetapi mereka juga berkata wang yang dipulangkan kemudian digunakan untuk membeli, antara lain, loket berlian merah jambu berharga AS$27.3 juta untuk isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Jumlah ini terdiri daripada dua deposit atau lebih yang dimasukkan dalam akaun bank peribadinya.
Apa yang menghairankan, Najib meletakkan kepercayaan dan mengesahkan laporan antarabangsa mengenai 1MDB, yang sebelum ini dilabelkan oleh kerajaannya sebagai "berita palsu", tetapi pada masa yang sama mengabaikan bahagian-bahagian tertentu laporan yang sama.

Di sini, Malaysiakini menyenaraikan contoh-contohnya.

Putera Arab Saudi

Antara dokumen yang didedahkan oleh Najib adalah:

1) Penerimaan sebanyak AS$10 juta dari Putera Faisal Bin Turki pada 23 Feb 2011
2) Penerimaan sebanyak AS$10 juta dari Putera Faisal pada 13 Jun 2011

Tarikh dan jumlah itu selaras dengan urus niaga yang disebutkan dalam dokumen yang menyokong pemfailan saman pelucutan sivil Jabatan Keadilan AS.

DOJ mengesahkan bahawa jumlah itu memang berasal dari sebuah akaun di Arab Saudi tetapi terus mengesan sumber dana itu dengan 1MDB.

Khususnya, wang dari 1MDB bernilai AS$1.03 bilion itu bertujuan untuk usaha sama dengan PetroSaudi International tetapi dialihkan kepada Good Star Ltd, sebuah syarikat yang dimiliki oleh ahli perniagaan Low Taek Jho.

Good Star kemudian menyalurkan dana itu kepada putera Saudi, yang disebut oleh DOJ sebagai "Saudi Associate 1" dan rakan perniagaannya, Tarek Obaid, yang disebut sebagai "Saudi Associate 2".
Najib juga mendedahkan resit transaksi berikut berhubung dengan Putera Faisal:

3) Penerimaan sebanyak AS$50 juta dari Putera Faisal pada 24 April 2012
4) Penerimaan sebanyak AS$25 juta dari Putera Faisal pada 25 Jun 2012
5) Penerimaan sebanyak AS$10 juta dari Putera Faisal pada 23 Feb 2013

Resit ketiga dan keempat tidak terkandung dalam pemfailan DOJ tetapi telah diperincikan oleh pasukan penyiasat Malaysia.

Penyiasat Malaysia juga menyedari transaksi tambahan sebanyak AS$25 juta pada 15 Ogos 2012, dari Putera Faisal, yang tidak didedahkan oleh Najib dalam hantaran Facebooknya.

Walau bagaimanapun, penerimaan kelima sebanyak AS$10 juta tidak disenaraikan dalam pemfailan DOJ mahupun siasatan Malaysia.

Berdasarkan laporan umum, pemfailan dan butiran penyiasatan adalah domain awam, dianggarkan Najib menerima sekurang-kurangnya AS$120 juta dari Putera Faisal tetapi jika maklumat baru yang diberikan oleh bekas perdana menteri itu diambil kira, jumlah baru itu akan menjadi AS$130 juta.

Aliran wang ini disebut oleh DOJ sebagai fasa pengubahan wang haram Good Star, istilah serupa yang kini diterima pakai oleh penyiasat Malaysia.

Wang RM2.6 bilion

Najib juga telah mengeluarkan resit untuk dua urus niaga berjumlah AS$681 juta yang diperolehnya dari Tanore Finance Corporation antara 21 dan 25 Mac 2013 serta satu lagi resit yang menunjukkan bahawa wang AS$620 juta yang beliau "kembalikan" kepada Tanore.

AS$681 juta itu secara kolektif dirujuk sebagai RM2.6 bilion berdasarkan kadar pertukaran apabila ia mula-mula didedahkan oleh Sarawak Report dan Wall Street Journal pada tahun 2015.

Tarikh dan jumlah resit Najib sekali lagi disahkan apa yang terkandung dalam DOJ, yang digambarkan sebagai "fasa Tanore".

Bagaimanapun, apa yang Najib tidak dedahkan, adalah bagaimana Tanore mendapat wang itu dan apa yang berlaku selepas ia "dikembalikan", yang diperincikan oleh DOJ.

Menurut DOJ, dana Tanore berasal dari bon 1MDB yang bertujuan untuk usaha sama dengan Abu Dhabi Malaysia Investment Company Ltd (ADMIC) yang kemudiannya dialihkan dan digubah melalui luar negari sebelum dihantar ke Tanore.

Menurut DOJ, Tanore dimiliki oleh Eric Tan Kim Loong, sekutu rapat Jho Low dan juga menggunakan namanya sebagai alias.

Najib, bagaimanapun, menegaskan bahawa Tanore dimiliki oleh keluarga diraja Arab Saudi dan mengemukakan tiga surat oleh "Saud Abdulaziz Al Saud" dan dalam salah satu surat itu, penulis mengakui bahawa Tanore adalah milik putera itu.

Secara khusus, Najib mendedahkan tiga surat berikut:

1) Surat Saud Abdulaziz pada 1 Feb 2011 yang menjanjikan hadiah AS$100 juta kepada Najib.
2) Surat Saud Abdulaziz pada 1 Nov 2011 yang menjanjikan hadiah AS$375 juta kepada Najib.
3) Surat Saud Abdulaziz pada 1 Mac 2013 yang menjanjikan hadiah AS$800 juta kepada Najib.

The Edge Weekly, yang memetik sumber, melaporkan bahawa surat itu tidak pernah ditulis atau ditandatangani oleh Putera Saud Abdulaziz Al Saud, tetapi oleh Mohammad Abdullah Al-Koman yang mengaku sebagai wakil putera itu.

Najib mengakui perkara itu tetapi mendakwa bahawa adalah perkara lazim bagi wakil untuk menandatangani bagi pihak bos mereka.

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/09/bukti-sumbangan-saudi-pendedahan.html

SELASA, 18 SEPTEMBER 2018
Bawa pulang pesawat Jho Low dalam rundingan, kata Saifuddin
Bernama  
Kerajaan sedang dalam rundingan dengan pihak berkaitan bagi membawa pulang pesawat peribadi Jho Low di Singapura yang dipercayai dibeli dengan wang dicuri dari negara ini.

“Ya... memang ada rundingan mengenainya. Saya tidak kata dengan kerajaan Singapura tetapi dengan pihak-pihak yang terlibat,” kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.

“Ada pihak yang diamanahkan untuk membuat rundingan tersebut. Tetapi adalah lebih baik untuk saya tidak menghebahkan perkara ini kerana mungkin boleh menjejaskan proses rundingan tersebut,” katanya pada sidang media selepas menemui kakitangan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Menara DBP di sini, hari ini.

Menurut laporan media, jet peribadi Bombardier Global 500 itu dianggarkan bernilai US$35 juta (RM143 juta) didakwa dibeli oleh Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho dengan menggunakan wang milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dirampas pihak berkuasa Singapura pada 2017.

Sementara itu, Saifuddin berkata Kementerian Luar akan memainkan peranan dalam mempromosi bahasa kebangsaan di pentas antarabangsa menerusi kedutaan Malaysia di seluruh dunia.

“Kita akan mempopularkan bahasa dan istilah Bahasa Melayu menerusi ucapan-ucapan duta Malaysia yang dilantik agar ia mudah dikenali oleh masyarakat luar.

“Kementerian juga bercadang menukar cenderamata yang diberikan semasa sesi lawatan ke negara lain kepada buku-buku terbitan DBP,” kata Saifuddin.- Bernama

Dicatat oleh ELBI RISALAH di 9/18/2018 11:10:00 PTG
DIALOG RAKYAT: Bawa pulang pesawat Jho Low dalam rundingan, kata Saifuddin
http://dialograkyat.blogspot.com/2018/09/bawa-pulang-pesawat-jho-low-dalam.html

DIALOG RAKYAT

Membawa pelbagai topik semasa untuk perbincangan umum....

19 September 2018
Bukan mudah nak jel Najib...
Melakukan perubahan pentadbiran dan memenjarakan seorang bekas Perdana Menteri bukanlah semudah teriakan reformasi dan pangkah kertas undi.

Ia lebih besar dan sukar daripada itu. Janji mudah dibuat, tetapi sukar dipenuhi. Reformasi mudah diteriakkan, tetapi sukar dilaksanakan.

Inilah realiti politik perubahan – the politics of change.

Rakyat jelata memilih perubahan dengan mengundi Pakatan Harapan (PH) walaupun berbagai-bagai halangan dikenakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN). Tetapi kegigihan rakyat jelata mengatasi segala-galanya.

Maka memang patutlah rakyat jelata menuntut hak mereka. Hak untuk hidup lebih senang, aman dan tenteram. Sesukar mana pun, janji wajib ditepati.

Sebab itulah kita wajib kritikal dan bertindak tegas terhadap para pemimpin PH, khasnya yang menganggotai Kabinet dan Majlis Kerja Kerajaan Negeri (Exco), jika mereka tidak tekun menjalankan tugas apatah lagi menyeleweng dan mabuk kuasa.

Pemimpin PH wajib diawasi dan ditegur jika ternampak lebih mengutamakan kepentingan diri, kelompok, keluarga, intrigue dan persekongkolan daripada berkhidmat untuk rakyat jelata.

Sekarang adalah waktu bekerja untuk negara dan rakyat jelata bukan untuk berkomplot, memuaskan nafsu dan melakukan intrigue politik.

Serentak dengan mengisi keperluan harian rakyat jelata dan menunaikan janji-janji pilihan raya, rakyat juga perlu diberi tunjuk ajar bahawa bukan senang membuat perubahan, mereformasi institusi dan menyumbatkan penjahat ke dalam penjara.

Kita tahu rakyat jelata tidak sabar hendak melihat Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone Mohd Najib Abdul Razak dan konco-konco beliau dicampakkan ke dalam penjara. Kalau boleh sekarang juga.
Related image
Perbicaraan Makan Masa
Kita wajib ceritakan kepada mereka bahawa Najib dan orang yang bersekongkol dengan beliau akan menerima balasan, tetapi bukan esok atau lusa. Proses pengadilan adalah rumit dan memakan masa.

Dua kes awal terhadap beliau, iaitu pengubahan wang haram (money laundering) dan penyalahgunaan kuasa bersabit SRC International Sdn Bhd akan hanya dibicarakan tahun depan – antara 12 hingga 28 Februari dan 4 hingga 29 Mac.

Itu penetapan awal. Belum tentu lagi akan ditepati kerana pihak pendakwa dan pembela boleh memohon kepada mahkamah untuk membuat pindaan dan peguam-peguam bela Najib tentulah akan membuat berbagai-bagai helah untuk membebaskan beliau daripada tuduhan.

Kalau kita ambil kes yang melibatkan pemimpin politik, iaitu perbicaraan liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai contoh, ia mengambil masa lebih empat tahun (2010-2015) untuk diselesaikan. Beliau didapati bersalah, dipenjarakan selama lima tahun dan mendapat pengampunan diraja pada 16 Mei lalu.

Justeru itu kita kena faham dan sabar sikitlah jika perbicaraan Najib dan konco-konco beliau mengambil masa yang lama.

Setakat ini baru seorang konco beliau turut dituduh bersabit wang haram 1MDB/SRC iaitu peguam beliau, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah. Shafee adalah pendakwa raya kes liwat kedua Anwar. Baca seterusnya...
Perjalanan Dr M sebagai PM Malaysia ke-7
Related image


Dr. M:Mustapa's exit from UMNO 'a little late' 
Former international trade and industry minister Mustapa Mohamed left it a little late to make his exit from Umno, believes Dr Mahathir Mohamad.

Commenting on the resignation, the prime minister said Mustapa should have realised the damage within Umno earlier.

"Perhaps his realisation (about the state of Umno) is a little too late. He should have realised this early on.

"Umno is ruined. And he's only leaving now. But it's okay," he said, after attending the Malaysia Franchise Awards 2018 at the Putrajaya Marriott Hotel in IOI Resort City.

When asked if Mustapa would be welcomed into Pakatan Harapan, Mahathir said he would first have to show that he is "different."

"If he wants to join Harapan, he has to show that he is different from before," he said, without elaborating further.

Mustapa's announcement came as a shock as he had won a seat on the Umno supreme council with the largest share of votes in the recent party election.

He said that he decided to leave because the path being taken by Umno to revive itself was a departure from the inclusivity and moderation he believes it should stand for.

"Considering this, after self-reflection and deep thought, I have taken the decision to resign as an Umno member after more than 40 years of serving the party," he said, adding that the task of addressing Umno’s trust deficit has become increasingly difficult. - mk

Image may contain: 1 person, text

Image may contain: 5 people, people standing and text

Image may contain: 1 person, standing and text

Image may contain: text

Image may contain: 1 person, standing and text

cheers.
tumpang sekole...?: Bukan mudah nak jel Najib...
http://alditta.blogspot.com/2018/09/bukan-mudah-nak-jel-najib.html

nasi kandaq kedai mamak, anak mami juai pesemboq, lepaih baca jangan dok syiok, kalu-kalu SB jengok kot dapoq...
SELASA, 18 SEPTEMBER 2018
'Tok Pa harus letak jawatan MP jika ada maruah'
MALAYSIAKINI
Bekas ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Rafii menggesa Datuk Mustapa Mohamed supaya melepaskan jawatan sebagai Anggota Parlimen Jeli susulan keputusannya keluar Umno.

Mohd Razlan berkata bekas menteri Perdagangan, Antarabangsa dan Industri itu perlu berbuat demikian sekiranya masih memiliki maruah.

"Apa yang Tok Pa lakukan hari ini merupakan perkhianatan kepada kepercayaan parti.

"Beliau berkata tentang rejuvenasi parti walhal beliau yang seorang tua, sekian lama menjadi pemimpin parti pun bertanding pada PRU yang lepas. Lepas tu bertanding lagi sebagai ketua bahagian dan bertanding juga sebagai MT (Majlis Tertinggi Umno).

"Kalau ada maruah, sila letak jawatan sebagai ahli parlimen Jeli, sebagai manusia yang ada maruah dan berprinsip," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Terdahulu, Mustapa berkata beliau membuat keputusan keluar Umno setelah memerhatikan lanskap politik negara, hala tuju Umno dan BN serta masa depan negara.

Baca: Tok Pa umum keluar Umno

Mustapa yang menyandang kerusi Jeli sejak sekian lama memenangi kerusi itu dengan majoriti 6,647 undi pada pilihan raya umum ke-14.
Beliau juga mendapat undi paling banyak dalam pemilihan majlis tertinggi (MT) Umno.

'Ramai MP jumpa kumpulan tertentu'

Sementara itu, menurut Razlan kini terdapat khabar angin mengatakan ramai anggota parlimen sudah berjumpa kumpulan tertentu untuk mencari 'perlindungan politik'.

"Saya juga beri ingatan kepada mana-mana ahli parlimen dan ADUN yang mahu mengikut langkah Tok Pa seperti khabar angin untuk melepaskan jawatan Ahli Parlimen ataupun ADUN.

"Mereka semua adalah pengkhianat kepada perjuangan orang Melayu dan parti Umno.

Katanya apa yang disuarakan beliau hari ini merupakan suara akar umbi Umno yang tidak pernah hilang kepercayaan kepada dasar parti itu.

"Pemimpin datang dan pergi, tapi bukan perjuangan parti, sekiranya pemimpin ada cacat, kita boleh tukar dari dalam," kata Razlan.

ARMADA: Pengumuman tepat pada waktu

Sementara itu, langkah Mustapa meninggalkan Umno disambut baik Pemuda Parti Pribumi Bersatu (ARMADA) Jeli dan Kelantan.

Ketuanya, Asran Alias berkata pengumuman ini tepat pada waktunya dan dijangka dapat mengukuhkan struktur Pakatan Harapan untuk jangka masa panjang.

"Kami juga yakin banyak lagi Yang Berhormat daripada Umno di Kelantan khususnya di Jeli akan mengumumkan keluar daripada Umno.

"Pengalaman beliau di dalam pentadbiran kerajaan selama lebih 20 tahun sangat dialu-alukan untuk membantu pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri Malaysia.

"Pengumuman ini dijangka merubah landskap politik negara dan negeri," katanya yang mengucapkan tahniah kepada Mustapa.

Dicatat oleh ELBI RISALAH di 9/18/2018 10:34:00 PTG
DIALOG RAKYAT: 'Tok Pa harus letak jawatan MP jika ada maruah'
http://dialograkyat.blogspot.com/2018/09/tok-pa-harus-letak-jawatan-mp-jika-ada.html

SELASA, 18 SEPTEMBER 2018
Zakaria letak jawatan Presiden, CEO FGV
Bernama / ASTRO AWANI
Zakaria letak jawatan Presiden, CEO FGV
Zakaria digantung tugasnya untuk kali kedua pada Khamis lepas. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Datuk Zakaria Arshad telah meletak jawatan sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV Holdings Bhd.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata, dengan peletakan jawatan itu, penggantungannya yang diumumkan sebelum ini telah berakhir.

Bagaimanapun, penyiasatan forensik yang dinyatakan dalam kenyataan FGV daripada lembaga pengarah pada 28 Ogos akan diteruskan, katanya.

Siasatan yang dimulakan pada akhir 2017 untuk melihat pelbagai transaksi yang menyebabkan FGV terdedah kepada kerugian besar, dijangka selesai menjelang akhir tahun ini.

FGV juga memberi jaminan bahawa perniagaan kumpulan akan diteruskan seperti biasa.

"Seperti yang diumumkan sebelum ini, Jawatankuasa Lembaga Khas 2 yang terdiri daripada empat Pengarah FGV, iaitu Pengerusi, Datuk Wira Azhar Abdul Hamid, Datuk Dr Salmiah Ahmad, Dr Mohamed Nazeeb P. Alithambi dan Datin Hoi Lai Ping akan terus melaksanakan fungsi Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV," katanya.

Zakaria digantung tugasnya untuk kali kedua pada Khamis lepas.

FGV menjelaskan bahawa penggantungan itu berikutan berakhirnya siasatan dalaman mengenai 10 isu kritikal yang mengakibatkan kerugian kewangan bagi FGV dan pemegang sahamnya.- BERNAMA

Dicatat oleh ELBI RISALAH di 9/18/2018 10:26:00 PTG
DIALOG RAKYAT: Zakaria letak jawatan Presiden, CEO FGV
http://dialograkyat.blogspot.com/2018/09/zakaria-letak-jawatan-presiden-ceo-fgv.html

SELASA, 18 SEPTEMBER 2018
Kempen untuk Anwar, pengkhianat parti - Khairy
Sinar Harian / ASTRO AWANI
Kempen untuk Anwar, pengkhianat parti - Khairy
KHAIRY: Tataetika parti jelas. Kalau kempen untuk parti lawan, kena buang daripada UMNO. - Gambar fail/Astro AWANI

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berkata, mana-mana ahli parti UMNO berkempen untuk calon lawan pada PRK Port Dickson boleh disifatkan sebagai pengkhianat parti.

Katanya, perbuatan itu juga bertentangan dengan etika parti.

"Tataetika parti jelas. Kalau kempen untuk parti lawan, kena buang daripada UMNO.

"Itu bukan lagi meraikan perbezaan pendapat. Itu mengkhianati parti," katanya menerusi catatan di Twitternya.

Khairy berkata demikian membalas ciapan Norhafiz yang bertanyakan mengenai tindakan  Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri  Abdul Aziz yang bakal berkempen buat calon PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada PRK berkenaan.

Pertanyaan itu, berdasarkan kenyataan awal Khairy di Twitter yang mencadangkan agar UMNO/BN bertanding pada PRK Port Dickson

Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahamad Zahid Hamidi berkata Mohamed Nazri  tidak akan dikenakan sebarang tindakan disiplin parti sekiranya berkempen untuk Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di kerusi Parlimen Port Dickson.

BACA: Nazri, Jamal nak bantu kempen PRK? Saya bersyukur sahaja - Anwar Ibrahim

Zahid berkata pendirian itu diambil kerana beliau sering meraikan perbezaan pendapat dalam kalangan ahli UMNO.

Nazri mengesahkan akan berkempen untuk Anwar dan mahu agar partinya tidak meletakkan calon menentang Anwar di Port Dickson tidak lama lagi.

Selain Nazri, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos juga bersedia 'menawarkan diri' berkempen bagi pihak  Anwar, di kerusi Parlimen Port Dickson.

Jamal berkata, beliau sendiri akan memberikan sokongan terhadap Anwar dalam usaha mengangkat bekas timbalan perdana menteri itu sebagai perdana menteri kelapan.

Menurutnya, beliau menyokong Anwar menjadi perdana menteri adalah disebabkan kerana tidak yakin dengan kerajaan di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamed.

Dicatat oleh ELBI RISALAH di 9/18/2018 10:32:00 PTG
DIALOG RAKYAT: Kempen untuk Anwar, pengkhianat parti - Khairy
http://dialograkyat.blogspot.com/2018/09/kempen-untuk-anwar-pengkhianat-parti.html

Tiada ulasan: