Khamis, 13 September 2018

Keajaiban dengan izin Allah selepas PRU Malaysia ke 14 (9 Mei 2018). 8188.


ادعوا بها إلى الله
Foto
Yang hilang kuasa bukan Melayu, tetapi pemimpin yang kononnya Melayu dan Islam, yang tidak Amanah. Bangkit untuk apa? 

Melayu. 1. Kehilangan beberapa bidang tanah felda di Kuala Lumpur. 

Melayu. 2. Hilang sebagai tuan di Singapura, bila bekas kaum pendatang menjadi penguasa. Sekarang Singapura berwenang seolah-olah menjadi negara kembar kepada yahudi, menjadi sebagai pemangkin, pemantau dan pengintai Islam di Nusantara, terutama kepada Negara Indonesia dan Malaysia. Setelah Islam di Myanmar, Kemboja, Selatan Thai, Laos, Vietnam, Filipina dan Singapura, terpencil dengan kekuasaan kafir. Bertepuk mereka bila Indonesia dengan Malaysia saling selisih faham dan berlaga. 

Melayu. 3. Tanah rezeb Melayu pun tinggal 12% sebelum PRUM ke 14 9 Mei 2018 yang lalu. 

Melayu. 4. Hilang maruah di Pulau Batu Putih serta kehilangan hak selagi bulan dan bintang kepada landasan keretapi Woodlands dan Tanjung Pagar. Salahkah Melayu menolak Umno atas sebab-sebab di atas? 

Hilang kuasa sebab kejahatan kepimpinan sendiri yang tidak pernah ditegur. Tegur kena singkir, kena fitnah serta kena penjarakan. Akhirnya Kuasa Allah yang menggerakan kepimpinan sebegitu tertolak. Bukan sekejapan Rakyat Malaysia beri kepercayaan dan amanah kepada Umno mengukuhkan Islam, Melayu, Rakyat Malaysia (Bangsa Lain) Bahasa Melayu, Raja-Raja Melayu dan Mempertahankan Hak-hak Keistimewaan Melayu. Sebagai contoh siapa pecah amanah sehinggakan Tanah Rezeb Melayu tinggal 12%? Bangkit untuk pertahan sang bekas-bekas pemimpin kaki kelepet, kaki sangap, kaki songlap... Buat apa. Buatlah hal yang benar yang diredhai Allah Subhanahuwatalla. 

Thursday, September 13, 2018
Shafee Mengaku Tidak Bersalah 4 Tuduhan, Ikat Jamin RM1 Juta
Peguam terkemuka, Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah, 66, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas empat pertuduhan menerima wang RM9.5 juta daripada Datuk Seri Najib Razak hasil aktiviti pengubahan wang haram serta membuat penyata tidak betul kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). 

Beliau memohon untuk dibicarakan selepas Pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.  

Muhammad Shafee didakwa membabitkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu menerima hasil daripada aktiviti haram melalui cek milik Datuk Seri Najib Razak yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank Berhad miliknya.

Beliau didakwa menerima cek sebanyak RM4.3 juta pada 13 September 2013 dan RM5.2 juta pada 17 Februari 2014.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Berhad, J2 dan K1, Taman Tunku, Bukit Tunku.  

Bagi perbuatan itu, Muhammad Shafee didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) yang membawa hukuman denda RM5 juta atau penjara lima tahun, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Muhammad Shafee juga berhadapan dua pertuduhan membabitkan diri secara langsung dalam transaksi hasil daripada aktiviti haram iaitu dengan membuat penyata yang tidak betul dan bertentangan dengan perenggan 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Ia bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2013 dan 31 Disember 2014.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di LHDN cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tunku Abdul Halim pada 3 Mac 2015 dan pada 29 Jun 2015.

Bagi perbuatan itu, Muhammad Shafee berhadapan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang dari lima kali ganda jumlah hasil aktiviti haram.

Mahkamah membenarkan Muhammad Shafee diikat jamin RM1 juta dengan jumlah jaminan RM500,000 dibayar hari ini manakala bakinya pada Selasa depan.

Mahkamah juga memerintahkan pasport milik Muhammad Shafee diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai Mahkamah menetapkan 2 Oktober ini untuk sebutan semula kes 

lapor BeritaHarian
Posted by Anak Sungai Derhaka at Thursday, September 13, 2018 Labels: PASCA PRU14, SPRM
https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2018/09/shafee-mengaku-tidak-bersalah-4-tuduhan.html

Ha ha ha lebai kata PAS beri laluan kepada Umno di Port Dickson
Hariz Mohd

PAS akan memberi laluan kepada Umno untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson, kata ketua dewan ulamanya, Datuk Dr Mahfodz Mohamed.

Beliau berkata parti itu mengadakan mesyuarat semalam dan membuat keputusan untuk menyokong Umno dalam pertandingan menentang Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya ingat semalam telah binncang mengenai PRK di PD, maknanya kita bagi laluan pada Umno untuk bertanding.

“Kita lebih suka kalau bertanding satu lawan satu... kita akan bg sokongan seperti Umno dah beri sokongan pada PAS di Seri Setia.

“Semalam (diputuskan) PAS takkan bertanding. Pasal kita beri laluan pada Umno,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan muktamar sayap ulama di Kuala Terengganu hari ini.

Timbalannya, Datuk Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata parti-parti pembangkang termasuk di Sabah dan Sarawak juga mencapai persefahaman supaya hanya satu parti bertanding menentang calon Pakatan Harapan pada mana-mana pilihan raya kecil akan datang.

“Ya, keputusan parti- parti pembangkang hari ini dah dapat satu benda yang boleh kita bekerjasama iaitu parti-parti pembangkang kita bentuk kekuatan yang ada termasuk di Sabah dan Sarawak. Makna kita dah berjaya di tahap itu.

“Dalam erti kata lain mana-mana kawasan berlaku pilihan raya, yang bertanding parti dari pembangkang satu saja,” katanya.

Menurut Muhammad Zawawi, meskipun persetujuan itu tidak mengikat secara undang-undang, persefahaman antara parti sudah berlaku.

Sementara itu, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob dipetik sebagai berkata parti itu untuk bersedia membantu BN atas semangat kerjasama sesama pembangkang bagi menentang Anwar di Port Dickson.

Namun, katanya, setakat ini PAS belum membuat sebarang ketetapan sama ada akan bertanding di kerusi itu. Beliau berkata, sekiranya pertembungan satu lawan satu antara calon BN dan Pakatan Harapan, pihaknya tiada masalah untuk membantu BN dan Umno.

“Keputusan untuk hantar calon perlu tunggu pimpinan tertinggi dan kita pun selepas ini ada muktamar untuk bincang.

“(Tetapi) atas semangat blok pembangkang kita akan bantu BN dan Umno,” katanya yang dipetik portal Utusan Malaysia Online selepas Majlis Amanat Khas Menteri Besar Kepada Anggota Perkhidmatan Awam Negeri di Kota Bharu, hari ini.

Semalam, penyandang kerusi Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah mengumumkan peletakan jawatan serta merta bagi memberi laluan kepada Anwar memulakan langkah sebagai Perdana Menteri ke 8.
at 9/13/2018 03:00:00 PTG
http://gigitankerengga.blogspot.com/2018/09/ha-ha-ha-lebai-kata-pas-beri-laluan.html

Thursday, September 13, 2018
SPRM Tahan Shafee Abdulllah
KUALA LUMPUR: Peguam Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Shafee Abdulllah dijangka akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini atas empat pertuduhan pengubahan wang haram.

Menurut sumber, beliau telah ditahan di sekitar Kuala Lumpur, awal pagi ini.

“Beliau didakwa melakukan kesalahan dibawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Sebelum ini, Shafee didakwa menerima bayaran sebanyak RM9.5 juta dari bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak. pada tahun 2013 dan 2014.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki, ketika dihubungi Astro AWANI, mengesahkan tentang tangkapan tersebut.

"Saya boleh mengesahkan bahawa Tan Sri Shafee Abdullah telah ditangkap pada pagi ini.

"Beliau akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk dituduh di bawah beberapa pertuduhan, di bawah Akta Pengubahan Wang Haram.

Menurutnya, petuduhan itu akan dibuat ecepat mungkin, sekitar jam 9 pagi ini.

"(Selebihnya) akan mengikut proses mahkamah, di mana kes akan didaftarkn dulu. Kemudian, kebiasaannya mahkamah akan memulakan kes lebih kurag pukul 10 pagi.

"Kes akan dipanggil dan pertuduhan akan dibacakan terhadap beliau. Urusan tu sdg dibuat pegawai2 saya," ujar Azam lapor AstroAwani

Sementara itu The Malaysian Insider melaporkan

Shafee ialah ketua pasukan peguam pembela untuk Najib dalam beberapa kes pengubahan wang haram. Bekas perdana menteri itu juga difahamkan akan dipanggil berhubung kes Shafee.

Difahamkan Shafee akan didakwa di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Amla).

Perkembangan itu susulan pengumuman bakal presiden PKR Anwar Ibrahim minggu lalu bahawa Pejabat Peguam Negara mengeluarkan afidavit mendakwa Shafee menerima bayaran sejumlah RM9.5 juta daripada Najib pada 2013 dan 2014.

Wang itu didakwa bayaran sebagai pendakwa raya khas dalam perbicaraan liwat kedua Anwar.

Mengulas kenyataan Anwar, peguam terbabit mengeluarkan kenyataan mendakwa RM9.5 juta yang diterima Najib adalah untuk kes terdahulu di mana beliau mewakili Umno dan bukan untuk tugas mengetuai pendakwaan dalam kes liwat kedua.

Shafee berkata bekas peguam negara Gani Patail, Najib dan Hanafiah Zakaria daripada Jabatan Peguam Negara tahu perkara ini.

“Saya ambil tugasan (sebagai pendakwa raya) boleh kata seperti pro bono,” kata Shafee.

Anwar mendakwa Najib membayar Shafee bermula September 2013 hingga Februari 2014 apabila peguam itu dilantik sebagai pendakwaraya khas dalam rayuan terhadap pembebasannya bermula Julai 2013 hingga selesai di Mahkamah Persekutuan pada Februari 2015.

Shafee dalam kenyataannya sebelum ini menafikan dakwaan yang beliau menerima jumlah wang tersebut kerana mendakwa Anwar dalam rayuan kes liwat keduanya dan sudah menafikan dakwaan tersebut dalam afidavit pada Ogos 2017.

Bagaimanapun, peguam Umno itu mengakui ada menerima RM9.5 juta untuk bayaran perundangan bagi kerja-kerja yang pernah dibuatnya untuk Umno dan Barisan Nasional.

Katanya, beliau merupakan peguam kepada parti itu sejak 1990-an lagi dan sudah menjalankan pelbagai kerja tetapi tidak dibayar sehinggalah Najib membuat tawaran mahu membayarnya pada 2013 dalam satu mesyuarat
Posted by Anak Sungai Derhaka 
at Thursday, September 13, 2018 
Labels: PASCA PRU14, SPRM
Anak Sungai Derhaka: SPRM Tahan Shafee Abdulllah
https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2018/09/sprm-tahan-peguam-najib.html
Melayu Bangkit
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=113468432938706&set=a.104128453872704&type=3&theater

Thursday, 13 September 2018
APAKAH 'LANGKAH PORT DICKSON' AKAN JADI MODAL KEMPEN KEM RAFIZI MENJATUHKAN AZMIN YANG AKHIRNYA MENJADIKAN PKR TERBELAH DUA?

Di sebalik Anwar Ibrahim mungkin sedang teruja untuk kembali sebagai Ahli Parlimen melalui "Langkah Port Dickson" yang diumumkan semalam dan seterusnya makin mendekatkannya kepada pengejaran cita-cita menjadi Perdana Menteri, hakikat yang tidak harus dinafikannya juga ialah PKR yang baru diterajuinya kini semakin melebar perpecahannya.

Bermula dengan tindakan Rafizi Ramli menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR untuk menentang Azmin Ali, ia kemudian disusuli dengan pelbagai serangan terhadap Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu.

Yang nyatanya kem Rafizi seolah-olah tiada modal kempen lain selain isu Anwar sebagai Perdana Menteri ke-8 dan di ketika yang sama melakukan serangan berterusan kononnya Azmin tidak membantu ke arah itu.

Rafizi juga mendakwa hanya jika beliau menang sebagai Timbalan Presiden PKR, maka  barulah Anwar dapat jadi Perdana Menteri.

Meskipun pertandingan tersebut adalah soal dalam parti, tetapi dengan Rafizi agak berleluasa berkempen sedemikian rupa, PKR dengan sendirinya mula meretak secara perlahan-lahan, tambahan lagi Anwar pula tidak pernah memberi peringatan tegas dalam soal adab dan keceluparan ketika berkempen itu.

Anwar juga seolah-olahnya seronok apabila Rafizi berkempen bermodalnya isu Perdana Menteri itu sedangkan semua pihak maklum ianya adalah permuafakatan Pakatan Harapan yang di dalamnya ada PKR, DAP, Amanah dan Bersatu.

Apakah Anwar sebenarnya memang memihak kepada Rafizi dan sudah lupa kesetiaan Azmin sejak 20 tahun lalu bersama PKR?

Ia kemudian berterusan lagi apabila hanya kem Rafizi yang dilihat sibuk-sibuk mengumumkan tentang hasrat mahu kembalinya Anwar sebagai Ahli Parlimen dan kawasan mana yang akan ditandinginya di mana akhirnya diberitahu sudah ada tiga kawasan sebagai pilihan.

Apabila dua pemimpin PKR, Tian Chua dan Zuraidah Kamaruddin mempertikaikan perkara tersebut dengan mengatakan ia tidak pernah dibawa dalam mesyuarat, Rafizi membalasnya bahawa ia hanya dibincangkan di kalangan beberapa pemimpin tertentu dalam PKR saja.

"Kenapa hanya dibincangkan di kalangan pemimpin tertentu saja? Sejak bila PKR bertukar menjadi kumpulan kongsi gelap?" soal Tian Chua.

Pertanyaan Tian Chua itu memang tepat dan berasas, lebih-lebih lagi PKR selama ini kononnya amat menjunjung tinggi soal muafakat dan ketelusan, malah seringkali membidas pihak lain yang tidak mengamalkannya.

Walaupun pertanyaan Tian Chua tidak mampu dijawab oleh Rafizi dan beliau terus terdiam sehingga ini, tetapi elemen kongsi gelap dalam PKR rupa-rupanya belum berakhir lagi.

Dalam sidang media semalam ketika mengumumkan perletakan jawatan secara sukarela Ahli Parlimen Port Dickson, Danyal Balagopal Abdullah untuk memberi laluan kepada Anwar untuk muncul kembali sebagai Ahli Parlimen, jelas menunjukkan ia hanya dihadiri oleh majoriti daripada kem Rafizi semata-mata.

Di mana pemimpin-pemimpin PKR yang lain dan kenapa dalam soal yang sepenting ini, sidang akhbar itu seolah-olah hanya dihadiri oleh satu pihak saja?

Bukanlah lebih cantik jika sidang akhbar itu dibarisi oleh semua ahli pimpinan pusat PKR yang secara tidak langsung dapat menunjukkan kebulatan muafakat PKR dalam meletakkan Anwar bertanding di Port Dickson dan seterusnya sebagai bakal Perdana Menteri?

Dengan keputusan mewujudkan "Langkah Port Dickson" dan Danyal Balagopal juga sudah pun menghantar surat perletakan jawatannya sepantas semalam, bermakna pilihanraya kecil akan diadakan dalam tempoh terdekat dan mungkin bertembung dengan tarikh pemilihan  PKR yang melibatkan pertandingan antara Rafizi dengan Azmin yang tempoh pengundiannya adalah antara 23 September hingga 22 Oktober depan.

Apakah ini bermakna "Langkah Port Dickson"  sengaja diwujudkan bersekali dengan pemilihan PKR untuk membolehkan kem Rafizi menjadikan kempen pilihanraya kecil itu sebagai modal kempennya untuk menjatuhkan Azmin sebagai Timbalan Presiden PKR?

Dalam hal ini, adakah pemimpin PKR dalam kem Azmin seperti Tian Chua, Zuraidah dan Latheefa Koya akan turun sama berkempen membantu Anwar di Port Dickson atau mereka akan memboikotnya?

Yang lebih penting dan menjadi jangkaan banyak pihak - tidak kira sama ada Azmin menang atau Rafizi kalah, lebih-lebih lagi kalau Azmin kalah dan Rafizi menang - PKR memang tidak dapat dielakkan akan mengalami perpecahannya.

Apakah PKR selepas ini sekadar berpecah saja atau akan terbelah dua?

Jika PKR terpecah dua, masih mampukah Anwar menjadi Perdana Menteri ke-8? 

(ShahbudinHusin 13/09/2018).
Posted by Shahbudin Husin at 11:38
Shahbudin dot com: APAKAH 'LANGKAH PORT DICKSON' AKAN JADI MODAL KEMPEN KEM RAFIZI MENJATUHKAN AZMIN YANG AKHIRNYA MENJADIKAN PKR TERBELAH DUA?
http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/09/apakah-port-dickson-akan-jadi-modal.html
#Malaysia Baru - https://www.facebook.com/photo.php?fbid=532363367227865&set=p.532363367227865&type=3&theater&ifg=1

Thursday, September 13, 2018
Pas perlu memuktamadkan kerjasama dengan Umno
PANDANGAN
Kemesraan pemimpin Umno dan Pas di Pirake.
PARTI agama (Pas) akan mengadakan muktamar tahunan bermula esok 14 September bertempat di Terengganu. Seperti selalunya muktamar Pas akan menjadi perhatian. Muktamar ini adalah pertama kali selepas Pas yang membentuk Gagasan Sejahtera yang tidak kesampaian untuk menguasai Malaysia dalam pilihan raya umum lalu.

Kapal GS karam sebelum diturunkan ke air lagi, apabila sebuah parti gabungannya menarik diri saat pilihan raya berlangsung.

Pencapaian Pas dalam Piraum lalu jauh meleset apabila hanya menang di Terengganu dan berjaya mengekalkan kerajaan peninggalan Nik Aziz di Kelantan sahaja. Keparahan besar Pas ialah di Selangor apabila 15 kerusi Adun miliknya hampir lupus apabila hanya menang satu sahaja di Sijangkang.

Isu atau pose mortem kekalahan itu nanti pasti akan ditunggu-tunggu.

Selain itu, isu yang bakal menjadi tumpuan di muktamar itu ialah berkenaan kerjasama di antara parti itu dengan Umno. Kerjasama yang dahulunya dikenali dengan ta'awun untuk kebaikan bersama, Islam dan Melayu sudah mulai terheret ke dalam kerjasama menyerang kerajaan lebih serius dan berusaha menjatuhkannya. Dalam kata lain kerjasama untuk membentuk kerajaan bersama.

Beberapa kelakuan yang dipamerkan Pas dengan Umno kini menunjukkan kerjasama itu sedang berjalan dan digerakkan dengan baik dan serius. Ahli dan penyokong bawahan diberi semangat dan keyakinan secukupnya. Cara bersosial orang Pas dengan Umno juga dirapat dan diperluaskan lagi. Mereka kini sudah boleh duduk bersama, saling menjulang panji dan melaungkan takbir yang senada.

Misalnya apa berlaku dalam Pirake Sungai Kandis dan Seri Setia yang lalu, kedua parti saling bertukar sokongan dan menyokong di antara satu sama lain. Pemimpin Pas dan Umno sudah berganding bahu berarak mengiringi calon. Tidak cukup itu mereka juga sudah duduk sepentas dan berpelukkan. Doa-doa pemimpin yang sebelum ini mendoakan agar Umno dilaknat Allah sudah pun diamin oleh orang Umno.

Meskipun kerjasama di dua pilihan raya itu tidak begitu membanggakan tetapi ia menunjukkan tanda-tanda positif. Umno dan Pas benar-benar sudah membuang yang keruh menceduk yang jernih.

Terbaharu pula Presiden Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man bersama Setiausaha Agung Takyuddin Hassan telah mengadakan kunjungan mahabbah ke atas Timbalan Presiden Umno Mohamad Hassan. Kunjungan segera sebaik diketahui kerusi Port Dickson dikosongkan itu menunjuk betapa akrabnya Pas dengan Umno. Perancangan awal yang menyeluruh sudah disusun aturkan.

Lantaran itu mana-mana pihak dalam Pas maupun Umno tidak boleh menafikan kerjasama ini. Menafikan perkara yang sudah nyata satu hal tidak bijak. Orang sudah hamil sembilan bulan tidak boleh diselindungi dengan baju labuh lagi. Perut tetap membonjol. Ia sama dengan orang menafikan dia tidak berak sedang tahi berbau di sekelilinginya. Sebenarnya baik Umno dan khasnya Pas tidak perlu segan dan takut untuk bekerjasama secara nyata dan menerusi satu prikatan. Kenapa harus takur kepada kebenaran yang diyakini?

Keadaan dan senario politik hari ini sangat memerlukan paduan Pas dengan Umno, menjadi wadah pembela dan pejuang bangsa dan agama. Jika Umno dan Pas yakin kerajaan Harapan hari ini memburukkan keadaan nasib Melayu dan Islam, nah mereka harus bangkit terus dengan penuh yakin. Melainkan isu itu hanya ciptaan untuk mengabui mata rakyat agar membencikan Kerajaan,  kerjasama itu tidak perlu.

Justeru, dalam muktamar ini satu sikap perlu diambil khasnya oleh Pas. Muktamar di Terengganu itu elok dijadikan pemuktamadan hubungan Pas dengan Umno secara absah. Jadikan muktamar itu sebagai pemeteraian kerjasama yang komprehensif dan ideal. Pas jangan peduli lagi kepada kecaman dan ejekan dengan kerjasama ini. Pas perlu memikirkan survival perjuangannya untuk mencapai apa yang lama dicita-citakan.

Bagi pihak Umno tampaknya sudah tidak ada masalah. Umno kini berharap nyawa dengan Pas. Bagi Umno Paslah satu-satu titian ampuh buatnya menyeberang sungai. Apakah titian itu kuat, kukuh atau sebaliknya tetapi itu sahaja pilihannya. Begitu juga bagi Pas.

Kita faham ada juga kalangan dalam Pas bimbang dengan rancangan ini. Masih ada ahli dibawahan yang tidak dapat menerima Umno kerana kesan sejarah lama. Ini ditakuti pemimpin Pas, protes ahli yang tidak dapat terima Umno. 

Tetapi perkara itu boleh diatasi. Didikan dan doktrin ke atas ahli dan penyokong Pas supaya taat dan wala' kepada pemimpin, menjadi modal utama untuk Pas bertindak melaksanakan cita-cita itu. Ahli dan penyokong Pas akan taat apa sahaja yang pucuk pimpinan diputuskan. Mereka akan berpegang kepada kata-kata dan juga keputusan dibuat pemimpin kerana mereka sudah menyerah diri sepenuhnya kepada jihad sabililah Pas.

Siapa yang tidak mahu memasuki syurga? Syurga menjadi umpan besar kepada Pas untuk memberkas hati dan jiwa ahli dan penyokongnya.

Sebaik-baiknya dalam muktamar ini Dewan Ulama sendiri yang membawa usul kerjasama Pas dengan Umno. Dewan ini diyakini akan kesucian nawaitu itu. Apabila Dewan Ulama membawanya pasti tidak ada siapa yang akan berani membantah dan menentangnya. Sesiapa yang membantah mereka adalah orang yang tidak taat, dan tempat orang ingkar dari sisi perjuangan Pas ialah neraka Wail.

Dan mana-mana penentang kerjasama itu nanti bolehlah digolongkan kumpulan pengkhianat yang perlu berada di luar Pas atau dikeluarkan Pas. Proses apa dinamakan penyaringan ahli-ahli beriman dan bertakwa demi mencapai keredhaan Allah boleh dilakukan dalam agenda untuk memeteraikan kerjasama itu. Ahli Dewan Ulama tentu mempunyai banyak kitab-kitab Hadith dan reti mengeksploitasikan ayat-ayat Quran untuk menghalalkan sesuatu yang dulunya diharamkan.

Pemuktamadan kerjasama itu sangat mendesak kini. Masa terbaik ialah dalam muktamar di Terengganu itu nanti. Apa lagi saat hendak berlangsungnya pilihan raya kecil Port Dickson mebabitkan Anwar Ibrahim. Dalam pilihan itu nanti Pas perlu memastikan Anwar tewas, kerana kemenangan Anwar bermakna memanjangkan ranjau perjuangan Pas. Atau sebaliknya, jika Pas mengira saat Anwar jadi PM akan membuka semula seleranya untuk bersama kerajaan, walahu'alam.

Ada juga di kalangan pemimpin Pas berteori peluang Pas untuk menjadi peneraju politik negara lebih terbuka dan cerah tatkala Anwar mengambil alih kepimpinan negara daripada Dr Mahathir Mohamad kelak. Alasannya mereka menyimpan dan mengetahui banyak rahsia Anwar berbanding rahsia Dr Mahathir. Mereka akan guna itu untuk mengepong Anwar. Begitu juga jalinan Umno yang kini diketuai Zahid Hamidi memudahkan mereka untuk bersama Pas. Zahid selamanya menjadi khadam penarik tali unta kepada Anwar.

Kedudukan dan kapasiti Zahid itu boleh ditumpangi Pas dan Zahid sendiri tentu seronok apabila beliau berjaya memperalatkan Pas bagi mendapat kekuatan untuk menyakinkan Anwar kepadanya.

Apapun hendaknya muktamar di Terengganu nanti akan membekas sesuatu yang berimpak tinggi demi bangsa dan negara. 

[wm.kl.11:39 am 13/09/18]
Posted by mohd sayuti Omar at 12:00:00 PM
.: Pas perlu memuktamadkan kerjasama dengan Umno
http://msomelayu.blogspot.com/2018/09/pas-perlu-memuktamadkan-kerjasama.html

Foto Melayu Bangkit.
#Malaysia Baru - https://www.facebook.com/photo.php?fbid=134854677466748&set=a.104128453872704&type=3&theater&ifg=1
Melayu Bangkit - https://www.facebook.com/photo.php?fbid=134854677466748&set=a.104128453872704&type=3&theater

Papan tanda paling mengelirukan di dunia?
Ia kelihatan seperti tampalan beberapa papan tanda.
HALIFAX - KANADA. Papan tanda ini sememangnya mengelirukan pemandu.

Ini kerana papan tanda di lebuh raya di wilayah Nova Scotia di Kanada ini kelihatan seperti tampalan beberapa papan tanda jalan dan penduduk turut bimbang ia akan menyebabkan kemalangan.

Penduduk Port Mouton, Beverly Burlock terletak kira-kira 160 kilometer dari Halifax berkata, dia mula menyedari kewujudan papan tanda itu pada akhir minggu lalu.

"Perkara pertama yang muncul di dalam fikiran saya adalah, Ya Tuhanku, apa pelancong akan fikir apabila melihat papan tanda itu. Perkara lain yang saya khuatiri adalah ia mungkin akan mengakibatkan kemalangan terutamanya di kawasan selekoh tajam di Lebuh Raya 103," ujarnya.

Jelasnya, dia telah membuat aduan kepada jabatan pengangkutan wilayah selain menghantar salinan laporan kepada pejabat perdana menteri wilayah.

Sementara itu, jabatan pengangkutan memaklumkan papan tanda itu akan ditutup atau dipindahkan untuk mengelakkan sebarang kekeliruan kepada pengguna lalu lintas.

Pada 2009, Lebuh Raya 103 yang menghubungkan Halifax ke Yarmouth itu pernah diisytiharkan sebagai laluan paling berbahaya di Kanada dan satu kajian keselamatan telah dilancarkan di wilayah itu pada 2014. - BBC
at 9/13/2018 01:00:00 PTG
KERENGGA: Papan tanda paling mengelirukan di dunia?
http://gigitankerengga.blogspot.com/2018/09/papan-tanda-paling-mengelirukan-di-dunia.html
Benarkah ini berita dari Malaysiakini

Foto Melayu Bangkit.
Melayu Bangkit - https://www.facebook.com/photo.php?fbid=134578620827687&set=a.104128453872704&type=3&theater

kaki sakat
Blog ini adalah medan perkongsian pengalaman sama ada pengalaman kehidupan, membaca, menonton, menghadiri aktiviti seni baik teater, puisi dan kesan terhadap buku, filem, teater dan sebagainya. Selamat menikmati! Terima kasih.

PILIHANRAYA KECIL P132 PORT DICKSON PENUHI AGENDA NEGARA 
September 13, 2018
Ramai yang melihat dan mengikuti dengan rapat perjalanan politik mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak beliau dipecat dari kabinet pada September 1998.  Selepas menunggu selama dua dekad, semalam Parti Keadilan Rakyat mengumumkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal bertanding di kerusi Parlimen P132 Port Dickson.  Kerusi ini dimenangi oleh calon PKR – Datuk Danyal Balagopal Abdullah pada Pilihanraya Umum yang baru lalu dengan majoriti sebanyak 17,710 undi.

Sebenarnya tiada apa yang memungkinkan pemegang kerusi ini mengosongkan kerusinya selain  memberi laluan kepada Presiden partinya bagi membolehkan menjadi Ahli Dewan Negara dan seterusnya diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-8.  Itu sahaja, tiada agenda lain.

Pilihanraya Kecil seumpama ini bukanlah perkara yang baru, ianya telah dilakukan berkali-kali, namun yang menariknya pada kali ini adalah pilihan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di kerusi Parlimen P132 Port Dickson yang bakal menjadi denai laluannya ke Parlimen.

Parti PAS melihat bahawa mengadakan pilihanraya kecil khususnya yang terbaru sebagai satu pembaziran wang dan masa rakyat.  Betul, hal ini memang tidak dapat dinafikan.  Siapa pun tidak dapat menyangkal bahawa mengadakan pilihanraya kecil apatah lagi dalam keadaan sekarang tentulah dilabel sebagai pembaziran. 

Memanglah benar, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir memberikan tempoh memerintah hanya untuk dua tahun sahaja sebelum peralihan kuasa dapat dilakukan.  Namun siapa sahaja yang pernah bersemuka dan melihat sendiri keadaan Tun Dr. Mahathir tentu dapat menerima bagaimana perlunya perjalanan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Parlimen perlu disegerakan.  

Dengan usia mencecah 93 tahun, walaupun masih kuat daripada segi mentalnya, namun fizikal Tun Dr. Mahathir tentulah tidak dapat dibohongi.  Memanglah rakyat melihat keadaan Perdana Menteri di kaca televisyen, namun hakikat keadaan fizikal beliau walaupun tidak merosot, jelas kelihatan pergerakannya yang terbatas.

Adakah kita sebagai seorang anak mahu melihat ‘bapa’ yang berusia 93 tahun, mahu terus dihambat memikirkan hal-hal negara jika pilihan untuk penggantinya telah tersedia.

Rakyat Malaysia tentulah tidak lupa bagaimana munculnya Parti Keadilan Rakyat yang menggunakan simbol ‘mata’ daripada insiden ‘lebam mata itu’.  Tidakkah mereka boleh berfikir secara rasional bagaimana hak politik Datuk Seri Anwar Ibrahim dinafikan selama dua dekad.  Apakah Tun Dr. Mahathir mahu terus diheret dalam usia emasnya. 

Pandangan peribadi saya, pilihanraya kecil P132 Port Dickson atau apa sahaja kerusi yang difikirkan wajar harus dilihat sebagai sesuatu yang mendesak demi memastikan kesinambungan politik dan memenuhi agenda negara supaya peralihan kuasa dapat dilaksanakan secara tertib.

Biarlah Tun Dr. Mahathir diberikan ruang secukupnya untuk berehat dan menikmati hasil usahanya menerajui Pakatan Harapan dalam usaha menumbangkan regim Barisan Nasional dalam pilihanraya umum yang baru lepas.  Selepas lebih enam dekad Barisan Nasional memerintah negara, menafikan kemenangan BN bukanlah satu hal yang mudah dan remeh, Tun Dr. Mahathir berjaya melakukannya.

Jika parti PAS menganggap bahawa pilihanraya kecil P132 Port Dickson sebagai satu pembaziran, sepatutnya memilih untuk memberi laluan supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim menang tanpa perlu pertandingan, tentulah parti PAS akan sentiasa dikenang dalam sejarah politik negara sebagai parti yang menyelamatkan duit rakyat. 

Gaya berfikir PAS tentulah lebih ke hadapan, pilihanraya kecil memberi laluan untuk bakal Perdana Menteri – membazir, membeli dan menggunakan kereta Mercedes Benz adalah satu keperluan!

Selamat berpilihanraya kecil P132 Port Dickson!
PILIHANRAYA KECIL P132 PORT DICKSON PENUHI AGENDA NEGARA
https://kakisakat.blogspot.com/2018/09/pilihanraya-kecil-p132-port-dickson.html

#NSTFlash: Police this morning detained Tan Sri Shafee Abdullah, lawyer of former prime minister Datuk Seri Najib Razak. He is expected to be charged at the KL sessions court today with four counts of money laundering.

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

KEMELUT PERSATUAN SUKAN ...

MENGIMBAU BALING SELEPAS 38 TAHUN



Melayu Bangkit - https://www.facebook.com/photo.php?fbid=113468872938662&set=a.104128453872704&type=3&theater

Peguam terkenal Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah hadapi empat tuduhan, mengaku tak salah

Peguam terkenal Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah didakwa di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini atas dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM9.5 juta daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan dua pertuduhan membuat penyata yang tidak betul di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.

Muhammad Shafee, 66, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram dan dua pertuduhan membuat penyata yang tidak betul tanpa menyatakan jumlah RM9.5 juta dalam penyata cukainya yang bertentangan dengan Akta Cukai Pendapatan 1967.

Pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Muhammad Shafee didakwa telah melibatkan diri dengan pengubahan wang haram iaitu dengan menerima hasil daripada aktiviti haram, masing-masing berjumlah RM4.3 juta dan RM5.2 juta melalui dua keping cek AmIslamic Bank Berhad milik Mohd Najib Hj Abd Razak yang telah dimasukkan ke dalam dua akaun CIMB Bank Berhad milik tertuduh.

Muhammad Shafee dituduh melakukan kedua-dua kesalahan itu di CIMB Bank Berhad, J2 & K1, Taman Tunku, Bukit Tunku dekat sini pada 13 Sept, 2013 dan 17 Feb, 2014.

Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta dan penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mengikut dua pertuduhan berkaitan Akta Cukai, tertuduh didakwa melibatkan diri secara langsung dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada akitiviti haram iaitu dengan membuat suatu penyata yang tidak betul yang bertentangan dengan Perenggan 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi Tahun Kewangan berakhir pada 31 Dis, 2013.

Bagi pertuduhan itu dia didakwa meninggalkan pendapatan yang telah diterima pada 13 Sept, 2013 berjumlah RM4.3 juta dan pendapatan yang diterima pada 17 Feb, 2014 berjumlah RM5.2 juta melalui dua keping cek AmIslamic Bank Berhad milik Mohd Najib Hj Abd Razak yang dimasukkan ke dalam dua akaun CIMB Bank Berhad milik tertuduh, yang mana tertuduh dikehendaki oleh Akta Cukai Pendapatan 1967 untuk membuat penyata bagi pihak tertuduh.

Muhammad Shafee didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Lembaga Hasil Dalam Negeri, Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini pada 3 Mac, 2015, dan 29 Jun, 2015.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFAPUA) yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 15 tahun dan boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan dilakukan atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan dan peguam kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram mengetuai pasukan pendakwaan yang dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya Kamal Baharin Omar, Ahmad Akram Gharib, dan Afzainizam Abdul Aziz.

Muhammad Shafee diwakili peguam Harvinder Singh, Chetan Jethwani, Datuk Hasnal Rezua Merican, Sarah Abishegan, Rahmat Hazlan dan Muhammad Farhan Muhammad Shafee.
-Bernama
at 9/13/2018 02:00:00 PTG

KERENGGA: Peguam terkenal Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah hadapi empat tuduhan, mengaku tak salah
http://gigitankerengga.blogspot.com/2018/09/peguam-terkenal-tan-sri-muhammad-shafee.html

Thursday, September 13, 2018
ANWAR DI CLSA FORUM
Image may contain: text

Image may contain: 1 person, smiling, text
Salah Undi
9 September jam 11:45 PTG
BERBEZA DENGAN PEMERINTAHAN MAHATHIR SEMUA SYARIKAT KRONINYA PUNYA. NAJIB MENJELASKAN 4 SYARIKAT YANG DIDAKWA BUKAN KRONINYA PUNYA
Foto Salah Undi.
KUALA LUMPUR 8 Sept. - Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pelik apabila empat syarikay yang terlibat dalam projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura di katakan kroni beliau.

Katanya, keempat-empat syarikat berkenaan ialah Gamuda, MRCB, TH Properties dan YTL.

"Empat syarikat ini didakwa kroni saya terlibat dalam projek HSR ini ialah Gamuda, MRCB, TH Properties dan YTL.

"Pemegang saham terbesar Gamuda ialah KWSP selain Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Wawasan (ASW).

"KWSP juga pemilik saham terbesar MRCB manakala TH properties dimiliki Tabung Haji," katanya dalam entri terbaharu di facebook beliau.

Najib berkata. YTL pula bukan terkenal sebagai ‘kroni’ ataupun proksi beliau tetapi sering dikaitkan dengan seorang individu lain.

Sebab itu beliau merasa pelik bagaimana keempat-empat syarikat berkenan didakwa sebagai kroninya.

"Lagipun, tender HSR merupakan tender terbuka antarabangsa dibuat bersama Singapura dan juga akan ditimbang dan diputuskan bersama Singapura belum tutup lagi. Bagaimana pula Azmin Ali boleh menuduh bahawa ada banyak unsur rasuah dalam projek ini?

"Kepentingan saya dalam projek HSR hanya satu. Kerana saya percaya projek ini ada impak besar kepada masa depan dan ekonomi Malaysia dan Asia Tenggara di mana ibukota untuk dua negara akan dihubungkan dan dapat saling merancakkan negara masing-masing.

"Saya harap rakyat boleh selidik dengan sedikit mendalam lagi dan tidak lagi mudah terperdaya dengan propaganda yang tidak berasas. Kita bukan ‘uneducated’ seperti digelar baru-baru ini oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir.- UTUSAN ONLINE

http://m.utusan.com.my/berita/nasional/najib-pelik-empat-syarikat-terbabit..



















Tiada ulasan: