Khamis, 13 September 2018

Abis Subuh di Masjid atau Surau lepak kedai Mamak. 8189.


أحبك يا الله

حبك يا رسول الله
Aku tak mampu nak tegah Melayu kaki kedai mamak. 

Bukan duit engkau. Aku punya sukalah. Bila rabak perut sebab salah makan, hospital dicari. Paling kurang makan ubat. Yahudi haramkan ganja dan daun ketum, nanti ubat-ubatan yang ada geletin babi tak laku. Percaya ke ubat langsung xde campuran babi? 

Abis Subuh di Masjid atau Surau lepak kedai Mamak sampai ramang-ramang tanah menghilang berganti cukup cerah. Sarapan lagi. Lunch lagi. Tea break dan bersambung ke malam menjelang sebelum lelap. Kedai tu ada layar besar dan wifi free - Yang percuma memang Melayu suka. Majoriti pelanggan sure Melayu. Islam pulak tuu. Islam ikut keturunan. Islam genatik. Islam turun temurun. Itukah punca ada Melayu be change ke Kristian? Nauzubillahminzalik. Astaghfirullahalazim. 

Melayu berpolitik. Ada yang babi xtinggal dalam cacian atau gelaran mereka. Walhal babi wirid 700 kali sehari semalam pada Allah Subhanahuwatalla yang menjadikannya. Malu banyak kat babi, wahai manusia Melayu. Apakah itu juga sebabnya kerajaan dari dulu luluskan peternakan babi dan menjadi Negara Islam pengeluar babi terbesar dunia. Ngenangkan wirid 700 kali sehari semalam, itu tadi? 

Ah teringat peristiwa beribu-ribu anak ayam dibakar hidup-hidup satu masa dulu, sebab harga ayam jatuh. Teringat kawan aku cerita, pungut sayur part memang nak buang ke tong sampah hyper. Kawan aku kena tanya, Y. Nak bagi makan ayam itik angsa ... Mari RM5.00 satu bakul. Nada sedih kawan aku cerita, sayu. 

Itulah Melayu dapat, sebab dengan paksa rela mewarganegarakan mereka secara free, sebab kejar untuk merdeka 1957 dulu. Sayangnya Tanah Melayu late beberapa detik untuk Istihar Kemerdekaan 1945 bersama-sama Indonesia dulu, selepas Jepun ngaku kalah bila Nagasima dan Nagasaki  (Jawi: ڤڠبومن اتوم هيروسهيما دان ناڬساکي) Amareka Syarikat boh little baby bom atom, sebagai penyudah Perang Dunia Ke Dua. Haram Amareka Syarikat tidak terdakwa sebagai penjenayah perang, hingga ke dewasa ini. 

Genarasi Melayu hari ini dan akan datanglah yang menggunung menanggungnya. 

Tanah cantik juga milik mereka, oleh orang Melayu yang bekerja di pejabat. Melayu tu pun mati dah rasanya. Rasuah sikit tak mengapa kata mereka. Rupa-rupanya bila Melayu ceroboh tanah di Tanah Melayu, habis kena sergah dihalau. Puncanya dari lain daerah, anak Melayu daerah tempatan komplen, tak puas hati. Beribu-ribu ekar mereka open hutan belantara, sampai kebas Rezeb Kem ATM. Benarkah kalau nak ambil semula, kena bayar pampasan. Melayu ceroboh, pampasan pun xdapat. Xkena tangkap dan didakwa itu sudah untung. Kata mereka yang berwajib. Kini zaman itu sudah termati tiba-tiba sejak 10 Mei 2018. 

Kawan bikers aku ada buka kedai makan. Dengar aku sentuh bab beras murah yang Melayu niaga makan guna. Dia ubah kepada beras yang lebih baik nasi putih melepas dan berbau menyelerakan. Alhamdulillah. Makin maju kedai my friends. 

Aku cerita beza Melayu niaga kerana Allah dengan sekadar kerana nafsu niaga. Kejap aja kedai nafsu niaga melingkup, mula salahkan jiran niaga pekena, pulak tuu jumpa bomoh seelebet yang memang suka memecah belahkan Melayu. Dah syak wasangka dan tuduh menuduh, dengki mendengki dalam alam perniagaan Melayu. Masak pun xbaca Bismillah macam mana nak sedap. Beli sayur Bismillah, tuang minyak car Bismillah, In Syaa Allah berkat dan beroleh rahmat Allah. Aamiin. 

Thursday, September 13, 2018
Mengapa PD: Danyal tetap akan bantu saya – Anwar
Posted By: Pentadbiron: September 13, 2018 Print Email
Mengapa PD: Danyal tetap akan bantu saya - Anwar
Selepas menimbangkan sejumlah kerusi, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau memilih untuk bertanding di Port Dickson selepas melihat betapa seriusnya anggota parlimen di situ, Datuk Danyal Balagopal Abdullah, menawarkan kerusinya.

Kata Anwar lagi, beliau tambah tertarik selepas Danyal menyatakan hasrat untuk kekal membantunya di kawasan parlimen itu.

“Bukan beliau saja (yang tawarkan). Biasa dalam politik ada yang enggan, ada yang umum tapi tak berani lepaskan, ada yang serius, dan dia serius…Saya hanya pertimbang (tawaran) yang serius.
“Saya juga terkesan dengan personaliti Danyal. Beliau tak berbicara soal undur (sebagai MP), tapi bicara soal mahu bersama (sebagai) satu pasukan mantap… Beliau mahu terus aktif bersama saya di Port Dickson,” kata bakal presiden PKR itu dalam wawancara menerusi Skype bersama Astro Awani.

Danyal hari ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai anggota parlimen Port Dickson bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil untuk Anwar.

Ia menjawab teka-teki kerusi yang bakal ditandinginya untuk kembali ke Parlimen.

Mengulas lanjut, Anwar berkata telah bertemu dengan Danyal (kanan) untuk bertanya sendiri sebab mahu melepaskan jawatan itu.
“Beliau kata mahu kekal membantu di Port Dickson. Maknanya secara teknikal (Danyal) bukan undur… Dia juga kata ini satu penghormatan kepada Port Dickson dan Negeri Sembilan.

“Beliau beri hujah yang baik. Jika diteliti kenyataannya, saya amat terkesan,” katanya lagi sambil berkata sudah lama mengenali bekas pegawai kanan TLDM itu yang sebelum ini aktif dalam PKR Perak.
Jika dipilih, kata Anwar, beliau akan memberi perhatian kepada aspek pembangunan, pelancongan dan pemuliharaan alam sekitar.
Pengumuman hari ini tidak tanpa kontroversi apabila penyandang ketua wanita PKR Zuraida Kamaruddin mendakwa ia diputuskan tanpa mengikut saluran parti yang betul. 

Naib presiden Tian Chua juga membidas calon timbalan presiden Rafizi Ramli – yang turut sama dalam sidang media pengumuman hari ini – kerana menurutnya merancang PRK itu secara rahsia.
Pada PRU ke-14, Danyal mendapat 36,225 undi – atau 59 peratus daripada undi keseluruhan – berbanding calon BN V Mogan (18,515) dan calon PAS Mahfuz Roslan (6,594).

Parlimen Port Dickson – atau nama lamanya Teluk Kemang – telah dipegang PKR sejak 2008.

Kawasan itu merangkumi 45 peratus pengundi Melayu dan 55 peratus pengundi bukan Melayu (Cina 33 peratus, India 22 peratus).

Ni kesah Melayu niaga makan minum tetapi yang kategori penipu. Yang Melayu niaga xmenipu tidak terkait k. Adeh terkulat-kulat habiskan makan nasi goreng cam xde rasa. Mentang-mentang kangkong murah boh kangkung kejung keras membatang dalam nasi gorengan tersebut. Tomato murah xnak boh pulak huhuhu. Memang kedai kangkong, profesor kangkong, pewanginya pun kangkong. (pengampu kerajaan kangkong) Beras yang diguna Allahu Akbar ... beras paling murah, kaler pun xcantik. Harga makan ikut macam beras jadi nasi putih melepak dan berbau harum. Hmm waa pernah laa makan di kedai Makan Melayu di Singapura, Thailand dan Indonesia. Beza sangat peniaga Melayu Tanah Melayu yang dah bertukar Malaysia ini. 

Beberapa hari lepas ada diceritakan tentang Melayu kalau masuk industri penyediaan makanan untuk kenduri kendara, kenduri kahwin bagai atau untuk makan minum orang Masjid dan Surau. Majlis kenduri kahwin mula jam 11:00 pagi - sampai jam 11:30 pagi... Majlis ke 3 jam sampai kira-kira jam 12:45 petang. Tiga-tiga tempat tuu nasi dah 'sejukkk' Ayam memang xmakanlah sebab tahu sangat proses masakannya untuk kenduri kahwin neh. Kalau aku makan juga, memang memulas perut. Mula-mula ayam digoreng, dah siap letak kat bekas, kadang xbertutup pun ... pastu masukan dalam periuk, than tuang kuah kononnya ayam masak merah kat gorengan ayam tadi tuu. Ayam dah laaa keras kejung. Kesian woo tuan rumah, tuan punya majlis bayar kadang satu kepala RM15:00 tapi ada majlis jam 2:00 lauk dah abis. Mulalah penyedia makan minum kata tuan rumah oder 2,000 orang jer. Sure ke dari jam 11:00 hingga 2:00 petang dah dua ribu datang. Mengom majlis jadi begini. 

Melayu. Cerita bab pelamin hoi... RM7k RM15k kena tibai tuan rumah sebab ikutkan resmi anak yang nak dimerahkan majlisnya, yang kadang bangun pagi pun berat. Kena wirid panggil kejut bangun. Dua kali kawan jiran tetangga aku, minta aku buatkan pelamin untuk dua majlis kahwin anaknya. Beliau saran guna barang terbuang. Hasilnya tak habis pun RM300.00 untuk satu majlis. 

Melayu. Fuiii duit pelamin RM7k/RM15k tukar jadi modal menjamu, kambing 20 ekor pun tak habis banyak berpuluh-puluh ribu untuk modal pelamin. Sekarang ramai Melayu komplen pasal LGBT, tapi bila majlis kahwin anak, suruh sang lembut atau sotong jadi mak andam, jantan kuis-kuis kulit anak daranya, nak solek bagai. Itu anak daranya yang nak diserahkan kepada si lelaki yang bakal jadi suami anak daranya dan menantu beliau. Itu sebab geng lgbt marak hidup di kalangan Melayu. Melayu ini sebenarnya pantang dimuakan. Nanti pijak kepala. Macam manja-manjakan anak, berpada-pada, nanti angkat satu baldi air pun macam orang xmakan seminggu dengan muka ketat. Tanyalaa orang Kuala Lumpur yang alami bila xada air. 

Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Thursday, September 13, 2018
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: MENGAPA PD: DANYAL TETAP AKAN BANTU SAYA – ANWAR
https://wrlr.blogspot.com/2018/09/mengapa-pd-danyal-tetap-akan-bantu-saya.html

Thursday, September 13, 2018
PRK PD: Pembangkang tak perlu letak calon – Penganalisis
Posted By: Pentadbiron: September 13, 2018 Print Email
PRK PD: Pembangkang tak perlu letak calon - Penganalisis
Penganalisis berpendapat pembangkang tidak perlu meletakkan calon dan bertanding pada kerusi Parlimen Port Dickson yang dikosongkan hari ini oleh penyandangnya kerana berdasarkan iklim politik semasa mereka mustahil untuk memenanginya.

Penganalisis politik Prof Dr Sivamurugan Pandian berkata sebaliknya parti pembangkang sewajarnya menumpukan kepada usaha memperkukuhkan parti masing-masing.

Beliau menyifatkan keputusan meletakkan calon menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim itu tidak akan memberikan impak yang besar walaupun meletakkan calon heavyweight di kerusi itu.

Katanya, pendirian itu dibuat berdasarkan pemerhatian beliau pada peratusan keluar mengundi tiga pilihan raya kecil (PRK) lepas yang mengambarkan rakyat masih mengharapkan janji yang dibuat ketika Pakatan Harapan (HARAPAN) Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.

“Jika keputusan untuk tidak bertanding dibuat, ini bukan bermakna tidak menghormati demokrasi kerana mereka (Umno) pernah lakukan dalam PRK Parlimen Gelugor dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Cempaka dahulu,” katanya.

Anggota Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah dalam satu sidang media khas di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini mengumumkan pengosongan kerusi tersebut bagi memberi laluan kepada Anwar, dalam usaha HARAPAN mengangkat beliau sebagai perdana menteri kelapan.

Namun begitu bagi Pensyarah Sains Politik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar adalah lebih baik parti pembangkang meletakkan calon bagi memberikan kenyataan politik walaupun jangkaannya Anwar akan menang selesa.

“Kalau diikutkan PRK DUN Seri Setia misalnya kerjasama Umno dan PAS berjaya meningkatkan jumlah undi sokongan kepada pembangkang dan walaupun tidak menang ia akan memperlihatkan sesuatu, berjaya kurangkan majoriti.

“Jadi, tidak semestinya automatik keputusan tiga PRK lepas memihak kepada HARAPAN dan pembangkang mengambil keputusan tidak mencuba walaupun nama yang bertanding itu Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Mengenai sama ada keputusan pembangkang meletakkan calon tempatan sebagaimana cadangan Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan, Tunku Mohar berkata ia bukan isu yang penting kerana ini melibat pertandingan seseorang yang mempunyai nama besar dalam politik.

Sementara itu anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya berkata keputusan Anwar bertanding sebagai sesuatu yang tepat bagi Ketua Umum PKR itu untuk membina semula karier politik yang diperjuangkan sejak mula terjun ke dunia politik sekitar tahun 1982 bersama Umno.

“Tindakan dan keputusan ini merupakan hak beliau kerana umum mengetahui sebagaimana dijanjikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, jawatan ketua negara itu akan di­serahkan kepada Anwar dalam tempoh masa dua tahun pentadbiran HARAPAN.

“Umno akan memberi sokongan penuh kepada mana-mana calon yang akan bertanding di parlimen itu, sudah tentu kita tidak akan biarkan HARAPAN menang kali ini,” katanya.

Senada dengan Fathul Bari, Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Md Shukri Shuib berkata langkah berani tersebut membuktikan Anwar juga mahu mengembalikan kewibawaan beliau selain mengukuhkan kedudukannya dalam PKR.

“Jika Anwar menang pada PRK tersebut, ia melicinkan perancangan beliau untuk dilantik sebagai perdana menteri,” katanya.

Bagaimanapun, bagi Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berpandangan bahawa mengadakan pilihan raya dengan cara sengaja melepaskan jawatan yang dipilih rakyat seolah-olah mempersendakan undian rakyat pada PRU14.

Katanya, lebih buruk lagi apabila melibatkan pembaziran wang rakyat untuk mengadakan PRK yang sengaja diadakan ketika rakyat diminta berjimat cermat dan berkorban demi negara.
“Hakikatnya dengan peratusan keluar mengundi yang terlalu rendah dalam sejarah PRK di ketiga-tiga PRK lalu jelas mengisyaratkan bahawa rakyat sudah muak dan jemu dengan fenomena berpolitik dengan tiada perubahan janji kos sara hidup yang diharap menurun selepas perubahan kerajaan,” katanya.
Pada PRU14 lalu, Danyal memenangi kerusi Port Dickson dengan majoriti selesa 17, 710 undi.

Danyal memperoleh 36,225 undi, mengalahkan calon Barisan Nasional V.S. Mogan (18,515 undi) dan calon PAS Mahfuz Roslan (6,594 undi). 
Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Thursday, September 13, 2018
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: PRK PD: PEMBANGKANG TAK PERLU LETAK CALON – PENGANALISIS
https://wrlr.blogspot.com/2018/09/prk-pd-pembangkang-tak-perlu-letak.html

Ada talam 2 muka dalam PKR. 

Thursday, September 13, 2018
KRONOLOGI SEDIH KEGAGALAN KARTEL ‘GENG KONGSI GELAP’

22 September 2015
Gagal membunuh Pakatan Harapan. Sedangkan Presiden telah melakukan Solat Sunat Istikharah memohon petunjuk namun dimaki hamun. Parti komponen mula curiga dengan puak penentang PH tetapi berjaya ditenangkan dan PH berjaya ditubuhkan. Inilah wujudnya kata kata Istana Segambut bagi memerli Wan Azizah.

6 April 2016
Pertembungan sesama sendiri antara DAP dan KEADILAN dek kerana sengaja melanggar keputusan pembahagian kerusi PRN Sarawak. Niat cuma satu, memalukan Presiden tetapi watikah tambahan dikeluarkan Timbalan Presiden yang membuatkan Lim Guan Eng marah kepada pengeluar watikah ‘pintu belakang’.

25 November 2016
Penyerahan tugas jawatan Setiausaha Agung dari Rafizi Ramli kepada Saifuddin Nasution Ismail. Geng 25 gagal memecat Rafizi sebaliknya membiarkan pekung mereka terbongkar sendiri. Ini pun dibantah dengan menelefon Kak Wan memandangkan pelepasan jawatan ini kepada Saifuddin kononnya tidak sah. Wan Azizah di kecam.

15 Januari 2018
Pemimpin Pas Selangor membocorkan rahsia mereka masih berunding dengan kartel di Selangor. Konon tanpa Pas, semua kerusi akan kalah namun tanpa Pas, mereka yang cuma tinggal satu kerusi Dun. Muka tak tahu malu.

4 Mei 2018
Memperlekehkan kajian dapatan Invoke yang meramalkan PH akan menang 115 kerusi parlimen. Sedangkan IDE belaan mereka sendiri mendakwa tetap meramalkan BN kekal di Putrajaya.

10 Mei 2018
Kebimbangan mereka cukup jelas. Anwar Ibrahim pasti akan dibebaskan segera. Cari jalan supaya proses pembebasan ditangguhkan selama mungkin. Namun bila dah kantoi cuba jadi hero bawa surat dari Istana Negara enam hari kemudiannya.

7 September 2018
Mesyuarat kedua akhir bagi memutuskan kerusi buat Anwar. Geng kongsi gelap dapat menghidu namun tidak mampu berbuat apa-apa. Keputusan sudah dibuat. Cuba halang juga konon selesaikan pemilihan parti dulu baru tumpu kerusi sesuai. Sebenarnya mereka mahu Anwar disusahkan laluannya kembali ke parlimen. Adakah Anwar tidak tahu segala peristiwa isteri beliau di"buli" ketika beliau dipenjara?

11 September 2018
Geng kongsi gelap hilang sabar kononnya mereka tidak dijemput dalam mesyuarat biro politik tetapi mereka yang tidak mahu hadir. Alasannya mereka sendiri sahaja yang tahu. Laskar upahan dikerah serang di media sosial tetapi sudah terlambat. Tunggu plan seterusnya tidak lama lagi. 
#kopiais
Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Thursday, September 13, 2018
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: KRONOLOGI SEDIH KEGAGALAN KARTEL ‘GENG KONGSI GELAP’
https://wrlr.blogspot.com/2018/09/kronologi-sedih-kegagalan-kartel-geng.html

29 September 2017
Rungutan Melayu/Islam. 
Copy/paste drp wasaap.

Bila buat pesta teguk arak, "ohh this is for non-muslim only, why bother?", bila orang Islam buat dobi untuk orang Islam jer, kalian yang melompat macam tak cukup lantai. Padahal ini "untuk orang Islam jer, why bother?".

Bila orang Islam buat RUU 355, kita cakap kat diaorang "this is for muslim only, why bother?" Tapi diaorang mana pedulik. Diaorang jawab. "but Im a Malaysian too and I have right to against this law." Tapi right tu hilang pada orang Islam bila depa nak buat pesta arak yang tak ada kaitan dengan agama dan budaya diaorang.

Bila ada job vacancies cakap "Chinese Only", kita semua masih boleh bertoleransi. Yeah... itu diaorang punya bisnes. Mende kecik jer pun. Kita duduk kat negara berbilang kaum. Jangan besar-besarkan. Padahal hak "chinese only" tu tak termaktub pun dalam perlembagaan macam Hak 153 Bumiputera.

Tapi bila buat kedai dobi muslim only... ia seolah-olah jadi isu yang sangat besar.

Aku bukan nak bekap kedai dobi tu. Sebab aku tahu tak perlu pun kedai dobi macam tu sebab Islam tak sejumud macam pegangan kedai dobi tu.

Apa yang aku rungutkan ialah bagaimana respon masyarakat Malaysia tentang isu perkauman di negara kita. Bila kena tang minoriti, siap sultan bersuara. Bila majoriti kena, kita semua tutup mata.

Sampai bila kita dari raja-raja sampai rakyat marhaen nak jadi Melayu dan Islam yang sangat apologetik sampai macam ni sekali?
#kopiais
‪#‎kopiais‬ - Carian Facebook
https://www.facebook.com/hashtag/kopiais?source=feed_text&__tn__=*NK-R

Thursday, September 13, 2018
Shafee Abdullah ditahan
Posted By: Pentadbiron: September 13, 2018 Print Email
Shafee Abdullah ditahan
Peguam  Shafee Abdullah ditahan dan akan didakwa di mahkamah Jalan Duta atas kesalahan berkaitan RM9.5 juta yang diterima daripada bekas perdana menteri Najib Razak.

Sumber berkata pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan peguam itu semalam.

Shafee ialah ketua pasukan peguam pembela untuk Najib dalam beberapa kes pengubahan wang haram. Bekas perdana menteri itu juga difahamkan akan dipanggil berhubung kes Shafee.

Difahamkan Shafee akan didakwa di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Amla).

Perkembangan itu susulan pengumuman bakal presiden PKR Anwar Ibrahim minggu lalu bahawa Pejabat Peguam Negara mengeluarkan afidavit mendakwa Shafee menerima bayaran sejumlah RM9.5 juta daripada Najib pada 2013 dan 2014.
Wang itu didakwa bayaran sebagai pendakwa raya khas dalam perbicaraan liwat kedua Anwar.

Mengulas kenyataan Anwar, peguam terbabit mengeluarkan kenyataan mendakwa RM9.5 juta yang diterima Najib adalah untuk kes terdahulu di mana beliau mewakili Umno dan bukan untuk tugas mengetuai pendakwaan dalam kes liwat kedua.

Shafee berkata bekas peguam negara Gani Patail, Najib dan Hanafiah Zakaria daripada Jabatan Peguam Negara tahu perkara ini.

“Saya ambil tugasan (sebagai pendakwa raya) boleh kata seperti pro bono,” kata Shafee.

Anwar mendakwa Najib membayar Shafee bermula September 2013 hingga Februari 2014 apabila peguam itu dilantik sebagai pendakwaraya khas dalam rayuan terhadap pembebasannya bermula Julai 2013 hingga selesai di Mahkamah Persekutuan pada Februari 2015.

Shafee dalam kenyataannya sebelum ini menafikan dakwaan yang beliau menerima jumlah wang tersebut kerana mendakwa Anwar dalam rayuan kes liwat keduanya dan sudah menafikan dakwaan tersebut dalam afidavit pada Ogos 2017.

Bagaimanapun, peguam Umno itu mengakui ada menerima RM9.5 juta untuk bayaran perundangan bagi kerja-kerja yang pernah dibuatnya untuk Umno dan Barisan Nasional.

Katanya, beliau merupakan peguam kepada parti itu sejak 1990-an lagi dan sudah menjalankan pelbagai kerja tetapi tidak dibayar sehinggalah Najib membuat tawaran mahu membayarnya pada 2013 dalam satu mesyuarat. 
Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Thursday, September 13, 2018
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: SHAFEE ABDULLAH DITAHAN
https://wrlr.blogspot.com/2018/09/shafee-abdullah-ditahan.html

Thursday, September 13, 2018
Kecoh selit kain lap meja tepi tong sampah... netizen sindir kedai nasi kandar

PETALING JAYA: Tanpa mengambil iktibar insiden sebuah restoran yang tular kerana pekerjanya membasuh pinggan menggunakan air lopak, terkini premis di Pulau Pinang pula umpama memperlekehkan kesetiaan pelanggan.

Menerusi video yang dikongsikan di halaman Facebook ‘Penang Kini’ pada Rabu, ia dikatakan kiriman seorang pelanggan restoran berkenaan.

Menurut keterangan status yang memuat naik video tersebut, premis tersebut dipercayai menyajikan nasi kandar di Georgetown, Pulau Pinang.

“Kelihatan pekerja sedang mengelap meja menggunakan kain, dan kemudian bila dah habis lap, kain itu diselitkan di sebelah tong sampah.

“Ini merupakan perlakuan yang tidak sepatutnya kerana kain itu tidak sesuai digunakan untuk mengelap meja kerana tidak lagi bersih dan mengandungi banyak bakteria berbahaya,” menurut kenyataan itu sambil meminta pandangan netizen. 
Setakat ini, video tersebut mendapat hampir 40,000 tontonan dan dikongsi lebih 400 kali.

Bagaimanapun, ia menimbulkan pelbagai reaksi termasuk menyalahkan individu yang merakamkan video berkenaan.

“Dia letak kain bukan dalam tong sampah. Dia letak tepi saja. Pergi restoran makan nasi bukan makan meja lah,” katanya.

“Dia letak tepi tu pun. Bukan letak dalam tong sampah. Nama pun kain, memang kotor,” ujar seorang lagi netizen.

Namun terdapat netizen yang turut tidak bersetuju dengan tindakan kain itu diletakkan di tempat yang tidak sepatutnya. 
Kain lap meja yang diletakkan di sebelah tong sampah di dalam restoran. 
Malah segelintir mereka meminta supaya pihak berkuasa mengambil tindakan dengan menjalankan pemeriksaan terhadap premis berkenaan. 

“Tak payah selit kat tong sampah. Kain tu dah kotor sangat. Dah lap entah berapa buah meja masih tak cuci,” kata seorang netizen. 

“Kenapa ada orang yang menyebelahkan kat depa (pihak restoran) ni? Memang tak faham. Kalau dah kotor macam ni kat depan, kat dapaur tak tau lah,” soal seorang lagi netizen yang menyifatkan aspek kebersihan di restoran perlu diutamakan.
Tidak kurang ada yang memberikan komen berbaur sindiran buat mereka yang tidak mengambil serius terhadap kebersihan di premis makanan.

“Okaylah letak tepi tong. Kalau lepas tu dia ambil pergi lap pinggan pula siapa pun tak tahu,” katanya.

Pada Mei lalu, Raj Banana Leaf di Bangsar menjadi perhatian selepas tular video di media sosial menunjukkan kakitangannya mencuci bekas makanan di kawasan air lopak di luar premis itu. Ia menyebabkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengeluarkan arahan menutup operasi serta-merta dan pembatalan lesen perniagaan.

Bagaimanapun, selepas ditutup hampir tiga bulan, restoran tersebut kembali beroperasi dengan melakukan penambahbaikan menyeluruh termasuk penjenamaan semula rangkaian restorannya menggunakan nama Restoran RBL Banana Leaf.

Posted by Abu Luqman at 4:54 PM

Modal Melayu bila parti dan pemimpin pujaan hati kecundang. Keramat pun boleh roboh. - Bukan sebab silap pengundi, cermin diri, betulkah pemimpin itu ada jati diri terhadap Allah Subhanahuwatalla semasa berkuasa? 

Allah dah kurnia 7 kali nombor 7 untuk Umno pimpin Malaysia dari zaman Persekutuan Tanah Melayu lagi sehingga beberapa Pulau tergadai, Tanah felda di Kuala Lumpur tergadai, Genting Highland terbina sebagai pusat judi terkenal dunia, KTMB di Singapura pun dah berkubur dan Tak sempat habis bergadai dengan Negara China, sebab dah kalah tidak bermaruah lagi, bila beberapa pemimpin dan peguam telah tertuduh dan menunggu dibicarakan.  

1957 - 7 pertama. 1967 - 7 ke dua. 1977 - 7 ke tiga. 1987 - 7 ke empat. 1997 - 7 ke lima. 2007 - 7 ke enam. 2017 - 7 ke tujuh dan terakhir. Muailah berkuasa selama 60 tahun. 





Modal Melayu yang telah memperdaya Islam dan Melayu. Main beza bangsa. Walhal Allah suruh bersatu padu walau berbeza bangsa.



 Dulu umno xpandang pun org cam neh...
Dia neh ada kes x pasal UiTM tuuuuh...

Taat kepada pemerintah. Umno dulu masa parti pembangkang lawan - kan nasihati parti pembangkang jangan lawan kerajaan. Guna pakailah bila dah jadi pembangkang. Siap menyeru dengan suara ustaz barang naik terimalah ketentuan dan takdir Allah. Aamiin.
RUU 355 pun xlulus...



Jawab di mahkamah boss, In Syaa Allah nanti leh x terpenjara... Aamiin.
Benar atau fitnah - siapa punya kerja Melayu?
 Bila acc kena ban dgn fb - marahkan org lain...

Rumusan pembangkang...
Nasihat
Puak ini lagi...
Melawak ke apa?
Nasihat Imam Malek Ibnu Anas.
Peguam yang banyak help Umno...


Orang ini berjasa kepada PKR kerana sanggup beri laluan dan bercita-cita untuk terus berkhidmat di Parlimen Port Dickson. Bukan undur.









Tiada ulasan: