Sabtu, 29 September 2018

Kisah keluarga Melayu bila Islam adalah sekadar warisan atau keturunan. 8264.


Melayu semua kena kembali kepada Islam. Islam wajib berguru, dipelajari, dikaji, diamal, disyukuri dan dinikmati. Islam warisan atau keturunan tidak menjamin Syurga seperti yang Allah telah janjikan. 



Ikuti · 9 Jun 2016 berhampiran Kuala Lumpur 
Salam encik azmi.. 
Nama saya as on fb. Regarding case yg tgh encik bangkitkan, i would like to share my own experience with you. Im going to write in malay so everyone (terutama org kampung kita) can understand and i wish they "terhantuk and terjaga".

Please hide my indentiti ye. 

Masa umur saya 2 tahun bapa saya meninggal jadi mak saya kena kerja. Mak saya tinggalkan saya dengan nenek. Di sinilah mula sejarah hitam bila nenek saya selalu tinggalkan saya main dengan pakcik saya. Saya tak tau umur dia berapa. Dia akan ajak saya main dalam bilik upah keropok. Masa tu umur saya 3 atau 4 tahun. Pakcik saya suruh hisap kemaluan dia, dia cakap akan bagi upah keropok. Saya ambik keropok dan lari sekuat hati keluar rumah pergi rumah kawan. 

Bila malam, nenek suruh tidur dengan pakcik, saya tanak, saya nagis lepas tu nenek pukul. Saya tak kisah, saya tidur depan bilik tidur nenek saya, asalkan bukan dengan pakcik. Pakcik selalu suruh duduk atas peha tapi saya tanak. Semua orang cakap saya budak jahat. Dorang kata saya budak degil. Tak menurut cakap. Saya nak mengadupun mesti dorang tak percaya jadi saya diamkan je.

Tapi.. 
Cerita saya tak habis kat situ je.

Saya cakap dengan mama, saya nak ikut kerja, tanak dah tinggal dengan nenek. Mungkin nama saya kesian, jadi setuju bawa saya sekali.

Masa tinggal dengan mama abang sulung selalu ada kat rumah sebab dia taknak pergi sekolah, dia bergaul dengan budak budak dari indonesia pekerja ladang kat kampung kami, orang2 tu tengok video lucah dia pun tengok. 

One day, saya terjaga sebab saya rasa ada orang tarik seluar saya, saya terus bangun lari keluar rumah. So dia gagal hari tu.

Saya bagitau mama, mama tak percaya. Mama cakap saya buat cerita. Mama suruh saya tidur dengan abang sulung lagi. Sebab saya takde kakak kat rumah, kakak saya kat asrama. Saya tanak, saya nagis dan kena pukul lagi. 

Bulan demi bulan abang sulung try lagi buat benda yg sama. Saya nagis kuat kuat sampai mama terjaga. Mama pukul lagi. Haih.. 

Akhirnya saya dah darjah 1 dan sya dapat duduk asrama. Rumah dengan sekolah jauh so sekolah sediakan asrama. Memang sangat gembira jauh dari semua lelaki jahat. Tapi.. kat sekolah saya semua cikgu lelaki. Ada sorang cikgu tu dia memang gatal, nak minta cium la apa la. Pernah sekali dia nak raba pelajar perempuan. Emm.. sory to say la tapi budak kampung memang naif tak reti apa, budak tu biar je. Dia darjah 6 saya baru darjah 1 time tu. Saya geram saya lapor kat warden asrama. Tapi tak taulah ada tindakan ke takde.

Saya pindah sekolah, ikut mama ke kuala lumpur sebab dia kawin baru. Alhamdulillah.. jauh dari dorang semua. Mama saya dah balik semula ke kampung tapi saya taknak ikut, mama saya tak kasi duduk sini tapi saya cakap saya tanak jumpa sesiapa kat kampung. Saya tak bagitau la pasal apa yang mereka buat sebab tau dah mama takan percaya. 

Saya ambil keputusan kahwin even baru 18 tahun time tu sebab better kahwin ada orang lindungi saya daripada balik sana jumpa manusia manusia yang bersifat haiwan. 

Mereka berani buat jahat sebab ibu bapa bukan percayapun kalau budak2 bagitahu. Dorang akan pukul kata budak jahat dan macam2.

Saya taklah benci mak dan nenek saya tapi sebab mereka tidak peka benda benda macam ni boleh jadi kat saya. 

Patutnya adik beradik lelaki dan perempuan pisahkan bilik dan awasi pergualan mereka. Begitu juga dengan pakcik semua tu. Tolonglah jangan percaya dorang jaga anak kita. 

Berpuluh tahun saya simpan rahsia ni sebab taknak malu, tapi benda ni makin serius dan ada yang tak percaya benda ni jadi. Mereka ingat rogol semua ni cuma orang luar je boleh buat. Mereka terlalu percayakan ahli keluarga sendiri sampai lupa nak lindungi kanak-kanak.

Alhamdulillah.. Allah lindungi saya. Saya tak jadi mangsa rogol sebab saya jenis degil, kalau orang buat saya nagis je, takpun saya jerit atau gigit lepas tu lari. 

Apa jadi kalau saya bukan jenis yang degil? Bukan jenis suka melawan? 

Saya nak share detail cerita tapi pahit sgt nak kenang. Bila teringat rasa meluap luap benci kat mereka.

Terima kasih encik azmi. Keep the good work encik. Semoga Allah menerima segala kebaikan yang encik buat :).

Please share this for our Malay readers as requested by the original writer. Please change your setting to public to increase the awareness. 
Foto Syed Azmi.
Nurul Shyarina Ni la masalahnya ramai yg dengar cerita gini, terus2 tak percaya/ragu2 akan sahihnya cerita ni. Its really happening bro. Really happening around us. I perempuan, ramai kawan2 i cerita dr kecik2 dulu apa dieorg kena dgn lelaki keluarga sendiri. Kecik lg like 7-9 tahun.. Sayangnya org dewasa (mak dia) tak percaya cerita dia..

Syed Azmi - Salam encik azmi.. Nama saya as on fb. Regarding case...
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10153791095971478&set=a.10151566130451478&type=3&theater
Tragedi Pedofilia #1: "Pakcik saya suruh hisap kemaluan dia, dia cakap akan bagi upah keropok."
https://ohsemmama.com/tragedi-pedofilia-1-pakcik-saya-suruh-hisap-kemaluan-dia-dia-cakap-akan-bagi-upah-keropok/

'Ustaz' pedofilia dijel

Sarah Zulkifli
Foto Rin Du.
ZAHARI Alwi ketika dihadapkan di Mahkamah Ampang Februari lalu. FOTO Rosdan Wahid
BEKAS pengasas pusat kebajikan, Zahari Alwi, 56, dipenjara 15 bulan oleh Mahkamah Majistret Ampang hari ini atas dua pertuduhan, mengaibkan kehormatan kanak-kanak berusia 10 tahun 3 bulan dengan cara membuka pintu bilik air ketika dia berada di dalamnya dan memiliki video lucah mangsa.

Majistret Haslinda A Raof menjatuhkan hukuman itu selepas Zahari yang juga dipanggil ‘ustaz’ itu menukar pengakuan kepada bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan yang dibacakan semula oleh jurubahasa mahkamah.

Mahkamah memerintahkan Zahari dihukum penjara 15 bulan bagi tuduhan mengaibkan kehormatan kanak-kanak itu, manakala bagi tuduhan memiliki bahan berunsur lucah, tertuduh dihukum penjara 13 bulan.

Kedua-dua hukuman itu diperintahkan berjalan serentak, pada 16 Januari lalu.

Tertuduh yang mempunyai dua isteri itu tenang di dalam kandang tertuduh sepanjang prosiding berkenaan.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan kesalahan itu dengan maksud ingin mengganggu kesantunan kanak-kanak perempuan itu di bilik air rumah di Taman Seri Keramat pada Disember 2015.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan kedua, Zahari didakwa memiliki filem lucah yang bertentangan dengan kesopanan awam di dalam komputer riba di alamat yang sama pada 7 petang, 10 Januari lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, peguam Mohd Shukri Ahmad Mansor yang mewakili Zahari memohon hukuman penjara berjalan serentak bagi kedua-dua pertuduhan atas alasan anak guamnya perlu menyara dua isteri.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Raihanah Abdul Razak pula memohon hukuman berat mengambil kira keseriusan kes ini yang membabitkan mangsa berusia 10 tahun malah kanak-kanak perempuan itu masih trauma serta malu dengan kejadian yang menimpa dirinya.

“Tertuduh dengan sengaja mengambil peluang untuk melakukan kesalahan ini dan ia sekali gus mencemarkan nama baik pertubuhan kebajikan,” katanya.

Pada 2 Februari lalu, Zahari mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret dan Sesyen di sini atas pertuduhan merogol, mencabul dan memiliki bahan lucah iaitu gambar, filem dan zakar palsu lelaki.

Pada 29 Januari lalu, isteri tertuduh, Khairulbariah Mian, 30, mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan bersubahat dengan Zahari untuk mencabul dua kanak-kanak perempuan di dua premis, tiga tahun lalu.

Akhbar Harian Metro sebelum ini melaporkan sebuah pusat kebajikan di pinggir ibu kota ibarat ‘neraka dunia’ bagi kanak-kanak perempuan miskin dan anak yatim apabila mereka dijadikan alat pemuas nafsu pemilik pusat berkenaan yang dikenal pasti sebagai penjenayah pedofilia.

Lelaki itu juga dikatakan suka merakam gambar bogel kanak-kanak perempuan berkenaan mandi selain mencabul dan merogol mereka.

Difahamkan, aktiviti `gila’ itu dilakukan pemilik terbabit di pusat kebajikan ditubuhkannya di ibu kota sejak setahun lalu.

https://www-hmetro-com-my.cdn.ampproject.org/v/s/www.hmetro.com.my/node/380797/amp

Berita berkaitan:
• Mohon bicara terhadap tiga pertuduhan
• Geleng kepala berdepan sembilan pertuduhan seksual
... 

Tiada ulasan: