Sabtu, 29 September 2018

Kisah Ringgit Malaysia, felda dan forex di tahun 2015, 2016 dan 2017. 8265.


Sudah terantuk baru tengadah.

Sekarang Kerajaan Persekutuan Malaysia dipimpin oleh gabungan Pakatan Harapan. Kelihatannya parti pembangkang sekarang begitu teruja dengan kejatuhan nilai Ringgit Malaysia dewasa ini. Sedangkan semasa mereka dan parti yang didokong masih menjadi kerajaan, hal sebegini penting, langsung tidak dipeduli, malah dianggap sebagai fitnah atau dakyah parti pembangkang waktu itu.

Lebih tepat situasi ini sebagai langkah salahkan atau mengkambing hitamkan pihak lain, akibat kedurjanaan semasa menerajui kerajaan, supaya rakyat tidak tahu kejahatan mereka. Nauzubillahminzalik.

Isnin, 7 September 2015

Nampaknya mmg Ringgit terus jatuh menjunam seawal tahun 2015 lagi DAN TERUS JATUH LAGI !!! 

BERSIAP SEDIALAH ANDA SEMUA... 
"RINGGIT JATUH BAIK UNTUK PELAJAR ASING" -Idris Jusoh 
"RINGGIT JATUH BAIK UNTUK PELANCONG ASING"  -Nazri Aziz 
"RINGGIT JATUH BAIK EKSPORT FGV" -Isa Samad 
"DENGAN GST BOLEH SELAMATKAN RINGGIT" -Ahmad Maslan
Sumber: (SINI)
Isnin, 7 September 2015

BARU SAJA GENAP SEBULAN ringgit dah cecah RM4.33..

Bagus gak Najib kekal PM.. Tak sabar rasanya 
NAK CECAH RM5.00...
Ringgit Malaysia - Peringatan Allah.
http://peceq.blogspot.com/2015/09/5939-ringgit-malaysia-peringatan-allah.html

6083. Felda United. 

THURSDAY, 28 JULY 2016 

Bismillahi Walhamdulillah.
Fikir-fikirkanlah. 
TMJ 'gerun' pada skuad Najib
Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan saingan JDT untuk meraih gelaran juara Liga Super musim ini bakal berlangsung sengit.

Antara lain, kata beliau, pasukannya perlu berdepan dengan skuad Felda United yang dianggapnya memiliki kelebihan sebagai 'pasukan perdana menteri'.

"Mana saya boleh lawan, ini pasukan Datuk Seri Najib (Razak). JDT pasukan yang kecil saja, jadi saya rasa Felda mempunyai peluang yang sangat baik.

"Bagaimanapun, saya bangga kerana saya tidak menggunakan wang kerajaan yang sepatutnya milik rakyat untuk membina sebuah kelab bola sepak.

"Saya tidak membina stadium menggunakan wang peneroka atau wang dari kontraktor yang melobi bagi mendapatkan projek di dalam Felda," katanya dalam satu wawancara disiarkan di Facebook rasmi JDT sebentar tadi.

Seleweng dana orang miskin

Selepas 15 perlawanan JDT kini berada di puncak Liga Super dengan pungutan 39 mata, meninggalkan Felda United di tempat kedua dengan perbezaan dua mata.

Tunku Ismail berkata, Felda ditubuhkan oleh bapa Najib Allahyarham Tun Abdul Razak untuk membasmi kemiskinan.

Bagaimanapun menurutnya hari ini wang yang sepatutnya digunakan oleh peneroka dibelanjakan secara sewenang-wenangnya untuk kontraktor tertentu Felda.

Ia juga dakwa TMJ membolehkan beberapa individu yang memegang jawatan tinggi Felda 'membuat wang'.

"Ini adalah kes yang jelas penyelewengan dana yang diperuntukkan untuk golongan miskin. Saya bangga dengan kelab yang saya telah bina dan terkenal di Asia Tenggara.

"JDT diiktiraf di peringkat global, di mata dunia. JDT dibiayai oleh penaja dan juga para pelabur yang melabur di negeri Johor," jelasnya.

Tambah beliau, Najib diharap boleh memberi sedikit nasihat kepada pihak yang bertanggungjawab.

"Wang kerajaan mesti digunakan untuk kebaikan rakyat dan keutamaan perlu diberikan kepada rakyat.

"Saya amat berbangga dengan Kerajaan Johor dan saya memuji mereka atas kerja keras dan dedikasi mereka terhadap rakyat," jelasnya.

- Malaysiakini 


http://babab.net/out/tmj-belasah-najib-dan-felda-united.html

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

6734. RCI Forex: Mahathir Saman Najib, Kerajaan.

RCI Forex: Mahathir Saman Najib, Kerajaan


Published on Tuesday, 19 December 2017 20:33

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini memfailkan saman pemula terhadap enam anggota Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kerugian pertukaran asing pada tahun 1990-an kerana ia dikatakan tidak lengkap.
Beliau menamakan semua enam anggota RCI iaitu Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Datuk Wira Kamaludin Md Said, Datuk Seri Tajuddin Atan, Tan Sri Saw Choon Boon, K Pushpanathan dan Datuk Yusof Ismail bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kabinet dan kerajaan sebagai defendan.

Saman itu difailkan oleh firma undang-undang Haniff Khatri di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. 

Mahathir memohon pengisytiharan bahawa laporan RCI tidak sah mengikut undang-undang dan tidak boleh diterima kerana ia tidak termasuk semua kenyataan saksi atau keterangan mereka yang hadir termasuk permintaan bertulis atau lisan dalam bentuk transkrip atau rakaman video dan hujah yang dibuat oleh peguam. 

Beliau juga memohon kos saman ditanggung oleh defendan. 

Mahathir dalam surat tuntutannya pada 4 Disember lalu mendakwa bahawa laporan setebal 495 muka surat itu tidak memasukkan transkrip semua saksi, hujahan dan bukti. Beliau juga memberikan RCI tarikh akhir 8 Disember untul memasukkan semua itu dalam laporannya. 

Saman pemula itu menyatakan bahawa tujuan permohonan adalah kerana bahawa beliau menganggap laporan RCI tersebut sebagai tidak sah dan tidak lengkap tanpa dokumen-dokumen dilampirkan bersama terhadap laporan akhir bertarikh 13 Oktober tahun ini. 

Ini termasuk transkrip saksi yang memberikan keterangan atau rakaman video yang tidak dilampirkan bersama, termasuk semua permohonan yang dibuat oleh pelbagai pihak, dan bukti dalam bentuk dokumentasi juga tidak dimasukkan. 

- mynewshub.cc 
Sumber: http://www.malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/713757-rci-forex-mahathir-saman-najib-kerajaan.html 


..............

Tiada ulasan: