Ahad, 9 September 2018

Merealisasikan pengisian kemerdekaan yang sebenar. 8167.



Pengisian Kemerdekaan. 

Bismillahi Walhaldulillah. Secara peribadi Pengisian Kemerdekaan Malaysia sejak 1957 akan jadi lebih bermakna dengan tiadanya Umno sebagai parti pemerintah sejak 10 Mei 2018. Lebih baik mereka merasa berpuluh-puluh tahun sebagai pembangkang, sehingga yang membuat onar dalam Umno telah berganti sepenuhnya. In Syaa Allah. Aamiin. 

Perlembagaan Negara. 


Penjelasan tentang PERLEMBAGAAN NEGARA amat penting sebagai bahan pemahaman rakyat dan bukan hal untuk disembunyikan. 


Bila rakyat tidak ketahui dan tidak mendapat penjelasan Perlembagaan Negara maka mudah fakta diputar belitkan oleh politik berhaluan kiri yang berteraskan perkauman. 


Rakyat perlu ambil tahu tentang Perlembagaan Negara dan kandungannya. Antaranya melalui Dasar Pelajaran Negara dengan pemberatan pengajaran dan pembelajaran dari peringkat Sekolah Rendah lagi, setelah anak-anak mencapai usia selewat-lewatnya sepuluh tahun atau di darjah empat. 


Disamping adanya kebaikan Semangat Kenegerian terdapat juga keburukannya, kerana kepala kepada pemerintah dari sekian negeri. Sebagai contoh, oleh kerana kepala itu berasal dari Pulau Tioman, maka keutamaan diberikan kepada pulaunya dan negeri Pahang. Pengabaian kepada Pulau Pemanggil, Pulau Pangkor, Pulau Babi, Pulau Perak dan negeri-negeri lain seperti Sabah dan Sarawak. 


Tiada senario buruk kepada bangsa, agama setelah Pakatan Harapan ambil alih Putrajaya. 


Islam, Ekonomi, Rasuah dan Salah Laku, Hal Tidak Disangka-sangka, Kesetabilan, Raja dan Hubungan Global antara punca lumpuhnya Umno untuk kekal sebagai kerajaan dan sudah tentu hal ini menjadi pertimbangan Kerajaan Pakatan Harapan sekarang untuk terus kekal sebagai kerajaan. 

Kerajaan sekarang kena buktikan seperti apa yang pernah diperkatakan oleh Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang dalam kenyataan medianya sebelum PRUM14 iaitu tiada senario buruk akan berlaku ke atas mana-mana bangsa dan juga agama sekiranya Pakatan Harapan (PH) menerajui pemerintahan negara seperti yang didakwa oleh pemimpin Umno dan Pas. 

“Secara semula jadi dalam sistem pemilihan lima tahun sekali, jika PH menggantikan Umno-BN sebagai Kerajaan Pusat di Putrajaya, kerajaan PH yang baharu perlu membuktikan bahawa ia lebih baik daripada kerajaan Umno-BN dalam melindungi dan meningkatkan hak serta kepentingan semua kaum dan agama di negara ini terutama Melayu. 


Melayu bukanlah dikenali sebagai bangsa yang mundur dari segi pemikirannya. Kejumudan itu memang benar meliputi sebahagian besar Melayu yang rata-ratanya beragama Islam. Persoalannya apakah mereka sendiri yang sebenarnya mahu menjadi bangsa paling belakang dalam pengamalan semua cabang, tidak kira ekonomi, politik dan sosial? Jawabannya hampir pasti tidak mudah untuk kita jawab walau sejak azali kita lahir sebagai Melayu. Kematian minda Melayu ini (Minda Melayu yang telah lama mati) hakikatnya telah berlaku sekian lama. Kelesuan pemikiran Melayu menatijahkan pelbagai kesan yang menjadi bukti persoalan sikap, daya saing, persepsi positif dan sebagainya. 


Malaysia telah pun berkerajaan baru Pakatan Harapan (HARAPAN). Pengundi Melayu memilih HARAPAN. Ini adalah realiti. Sebelumnya sesetengah penganalisis politik dan ahli politik enggan memahami dinamik pilihan raya dan demografik berkenaan faktor yang akan menentukan keputusan pilihan raya umum (PRU) yang baru lalu. Klise politik dan realiti adalah masalah paling besar di kalangan sesetengah Melayu yang kononnya cerdik politik. 

Islam 

Hakikatnya Agama Adalah Kepercayaan Mengenai Tuhan. Persoalan mengenai bagaimana menangani kegiatan golongan Ateis ditimbulkan oleh YB Kota Raja waktu itu Dr. Siti Mariah Mahmud di Parlimen dan ianya dijawab Timbalan Menteri kerajaan dulu Dr. Asyraf Wajidi. Malangnya jawapan Timbalan Menteri tidak memberikan langkah-langkah konkrit yang boleh diambil. Selain dari menyatakan bahawa ianya di bawah kuasa Negeri, Timbalan Menteri menyebut Akta Hasutan dan Perlembagaan sebagai sebahagian dari jawapannya. 

Wanita cina dijatuhkan hukuma penjara 6 bulan dan denda kerana hina Nabi Muhammad Salallahualaihiwassalam. IPOH 2017: Seorang suri rumah dipenjara 6 bulan dan didenda RM15,000 oleh Mahkamah Majistret setelah didapati bersalah mengeluarkan kata-kata menghina Nabi Muhammad  Salallahualaihiwassalam pada tahun 2016. Majistret Siti Hanum Mohmad Sah memerintahkan tertuduh dikenakan hukuman penjara 3 bulan bagi setiap pertuduhan jika gagal membayar denda RM15,000 yang dikenakan. Bernama


Ekonomi. 

Orang muda kecewa dengan kegagalan dasar-dasar ekonomi UMNO. Kekecewaan golongan muda terhadap bekas parti politik pemerintah dan pemimpin negara ini bukan sekadar persepsi kosong namun mempunyai asas yang kuat. 

Sudah tentu, kekecewaan itu tidak akan hilang hanya dengan janji-janji manis menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sebagaimana yang galak ditabur pemimpin-pemimpin parti itu dalam Perhimpunan Agung UMNO 2017. Waktu itu Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dalam ucapannya telah berjanji kononnya parti tersebut akan mengambil inisiatif dan tindakan tertentu demi menjamin masa depan golongan muda negara ini. 


Apakah berakhirnya 'Najibnomics' setelah Putrajaya dapat PH tawan. Kadar sewa pejabat di KL yang dijangka akan merosot pada 2018? Ia berikutan pertambahan ruang pejabat baharu manakala tahap penghunian rendah dalam tempoh 12 bulan akan datang. 

KUALA LUMPUR: Kadar sewa pejabat utama di Kuala Lumpur diramal terus merosot dalam tempoh 12 bulan akan datang berikutan pertambahan ruang pejabat baharu manakala tahap penghunian rendah menjadi kebimbangan industri tersebut. 

Menurut “Indeks Sewa Pejabat Utama Asia Pasifik Untuk Suku Ketiga (Q3) 2017” oleh perunding hartanah global, Knight Frank, sewa pejabat utama merosot 0.4% pada suku ke-3 (Q3) berbanding suku sebelumnya. 
Selepas Putrajaya dapat PH tawan takkanlah kisah seperti ini mahu diteruskan oleh Kerajaan Pakatan Harapan hari ini. 

Antaranya telatah waktu itu Perdana Menteri, Najib Razak serta Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Mas Ermieyati Samsuddin saja yang cuba main wayang dan mementaskan drama lakonan masing-masing untuk menonjolkan diri dalam isu IMAMS yang jelas menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan rakyat. Rupa-rupanya Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz juga ada drama dan lakonannya yang tersendiri. Bercakap dari Jerman, Nazri berkata, pembatalan sistem IMAMS adalah disebabkan salah faham di kalangan pegawai kementeriannya sendiri dan apa yang dilaksanakan sekarang bukanlah seperti apa yang dirancangkan. 

Begitu juga dengan cerita Kerajaan Pas Kelantan tentang KPK dan Bandar Baru Dabong yang pernah dipersoalkan oleh Pemuda AMANAH. 

December 18 , 2017 3:11 pm Satu ketika dahulu, Timbalan Menteri Besar Kelantan Dato’ Mohd Amar Abdullah pernah berkata bahawa Bandar Baru Dabong yang akan dilaksanakan oleh Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK) dengan kerjasama DPS Group of Companies berkonsepkan pembinaan bandar bercirikan konsep Islam serta mengutamakan tuntutan Allah Subhanahuwatalla. 

Waktu itu Pemuda AMANAH Kelantan diketuai Hazmi Hasan singgah di Dabong untuk melihat perkembangan projek bandar baharu itu yang telah dilancar sejak 5 tahun yang lalu. “Saya mencari di mana 48 unit rumah teres kos sederhana rendah. 

Kononnya “Derita di bawah DAP Hadi berpusing-pusing?”  

December 18, 2017 Pegawai Penerangan di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Wan Ji Wan Hussin hari ini mendakwa Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat dakwaan palsu berkenaan Pulau Pinang. Wan Ji berkata demikian sebagai merujuk kenyataan presiden PAS itu dalam satu wawancara Berita Harian yang bertajuk ‘Derita Bawah Naungan DAP’ yang disifatkan sebagai dakwaan palsu dan berbohong.

‘Umno tidak peduli barang naik, hanya tumpu dapatkan undi Melayu’ takkan Kerajaan Pakatan Harapan mahu tiru. 

December 18, 2017 – Sikap pemimpin Umno sepanjang perhimpunan agung parti itu pada 5 – 9 Disember lalu yang tidak memperdulikan kenaikan kos hidup rakyat terus dikecam pemimpin Pakatan Harapan. Terbaharu, Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata, perhimpunan itu hanya membahaskan cara untuk menarik undi Melayu semata-mata tanpa memberi penyelesaian kepada masalah utama yang dihadapi. 

Dalam pada itu harus diingat sebelum PRU 14: PH tentang BN, tiada pilihan ketiga. 

December 18, 2017 Pemimpin Pas, Dr Syed Azman Syed Ahmad terus konsisten mengulangi pendiriannya bahawa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) adalah medan jelas Pakatan Harapan menentang rejim korup Umno-BN. Beliau yang ditemui Malaysia Dateline selepas menghadiri perhimpunan membantah Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di ibu negara hari ini berkata, hanya dua blok itu sahaja untuk rakyat pilih pada pilihan raya PRU 14. (Pas waktu itu masih dalam PH) 

Kerajaan Pakatan Harapan wajib ambil peduli kos sara hidup tinggi, miskin bandar Malaysia terjejas teruk, seperti apa yang pernah Bank Dunia laporkan. 

Kumpulan isi rumah berpendapatan rendah di bandar membelanjakan 40% pendapatan untuk makanan berbanding 25% yang dibelanjakan kumpulan berpendapatan tinggi. ISI rumah miskin adalah kelompok paling terjejas disebabkan peningkatan kos sara hidup yang disebabkan peningkatan kadar inflasi yang tidak selari dengan peningkatan gaji, menurut laporan terbaru Malaysia Economic Monitor dikeluarkan Bank Dunia. Laporan itu menyebut yang tekanan inflasi bertambah sejak beberapa tahun lepas mewujudkan kesan sampingan yang lain. 

Blogger pro-Pakatan buat laporan polis atas kerugian rizab BNM

Mohd Hanizam Yunus, atau lebih dikenal sebagai 'Blue Ocean' berkata, lebih banyak laporan polis akan dibuat oleh blogger-blogger Pakatan Harapan lain di seluruh negara hari ini, sebagai sebahagian daripada usaha untuk menekan kerajaan. SEORANG blogger pro-Pakatan Harapan (PH) telah membuat laporan polis, mendesak pihak berkuasa menyiasat kerugian rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) yang didakwa bernilai RM160 bilion. 

Sesuatu yang tidak kesampaian: PAS kunci utama kemenangan BN dalam PRU14, kata penganalisis. Tetapi Kerajaan Pakatan Harapan wajar sentiasa berwaspada. 

PENGANALISIS politik, Dr Hoo Ke Ping berkata kerjasama tidak rasmi antara PAS dan Umno akan membolehkan Barisan Nasional (BN) menang besar dalam pilihan raya umum akan datang dan meraih semula majoriti dua pertiga di Parlimen. Kemenangan itu juga akan diperkuat dengan keyakinan pengundi Cina yang beralih sokongan kepada BN kali ini, kata Khoo yang juga seorang pengkaji ekonomi. 

Dulu berhenti kerana ideologi, sekarang kerana gaji.....

Dengan izin sebuah catatan ringkas yang berunsur peribadi mengenai media massa sebagai jawapan kepada komen pembahas ‘Kluangman’ dalam tampalan (posting) bertajuk “Apandi, Sumpah Bohong dan Hipokrasi Orang Islam” tanggal 12 Disember. Beliau berkata (verbatim): “Saya percaya jika Zam, Johan Jaffar dan Dato' sendiri kalau masih kekal atau dilantik semula sejak awal sebagai Ketua Pegarang atau Ceo Media Prima akan mengambil pendekatan yang sama seperti sekarang, berpihak kepada Najib!!!” 

Waktu di bawah Umno Barisan Nasional (UBN) Putrajaya tekan syarikat, pembayar cukai agar henti biaya pembangkang

Dr Mahathir Mohamad mendakwa Perdana Menteri Najib Razak sedang mencari wang untuk menambah tabungan kerajaan menjelang Pilihan Raya Umum ke-14. PERDANA Menteri Najib Razak sedang "menekan" individu dan syarikat untuk menambah tabungan kerajaan menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Dr Mahathir Mohamad dalam catatan blog terbarunya. Pada masa yang sama, Putrajaya juga menghalang pengumpulan dana pihak pembangkang dengan memberitahu ahli perniagaan agar tidak memberi sumbangan, tambah bekas perdana menteri.

Penyamun 1MDB: ‘Jho Low sambut tahun baru 2013 di dua negara pada malam sama’

Ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang, Low Taek Jho, atau lebih dikenali sebagai Jho Low dan rombongannya meraikan sambutan tahun baru 2013 sebanyak dua kali - di Sydney dan kemudiannya di Las Vegas - lapor akhbar *The Australian* hari ini. Memetik laporan yang pertama kali diterbitkan oleh laman web *Sarawak Report* berhubung catatan di media sosial mengenai sambutan itu, *The Australian* berkata "gambaran yang diberikan mengenai pesta mereka adalah cukup mewah, termasuk cip perjudian bernilai sekurang-kurangnya AS$700,000 di sebuah bilik VIP - Sovereign Room - di kasino The Star d... 

Jangan Kerajaan PH buat projek jadi lagu ni: Kedai Buku 1Malaysia dah 'tutup kedai'?

Rangkaian Kedai Buku 1Malaysia (KB1M) yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikatakan sudah memberhentikan operasinya. Semakan *Malaysiakini* mendapati beberapa rangkaian KB1M sudah berbuat demikian. Antaranya cawangan KB1M yang bertempat di Pusat Trasnformasi Bandar (UTC) Ipoh Perak, UTC Alor Setar Kedah, UTC Gong Badak Terengganu dan Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM), Wangsa Maju. Difahamkan, cawangan di ITBM merupakan KB1M yang terakhir ditutup dan kedai tersebut kini telah diberi nafas baru sebagai kedai milik ITBM. 

Dewan Negara sebulat suara lulus RUU Perbekalan 

Dewan Negara meluluskan RUU Perbekalan 2018 yang memperuntukkan sejumlah RM280.25 bilion untuk perbelanjaan kerajaan. 

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2018 yang memperuntukkan sejumlah RM280.25 bilion untuk perbelanjaan kerajaan bagi tahun berkenaan. Ia diluluskan selepas dibentangkan Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani untuk bacaan kali ke-3 dan disokong Timbalan Menteri Perumahan Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Mohamed Sadique. 

Dr M salah kaitkan skandal kepada dagangan forex, sembang BN

Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik BN Eric See-To berkata ada perbezaan antara judi haram dan fungsi biasa BNM dalam menguruskan ketakstabilan mata wang. 

Tidak adil sekiranya Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan kerugian RM31.5 bilion dalam skandal forex Bank Negara dengan mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerugian RM160 bilion dalam rizab mata wang asing antara 2013 dan 2016. Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik BN Eric See-To berkata ada perbezaan besar antara judi haram

Rintihan Rakyat Ibarat Jenaka Pada UMNO???

Harga Minyak Terkini 14 Disember 2017Addin pada Addin - 5 hari yang lalu *Harga Minyak Terkini 14 Disember 2017* Harga petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun 4sen dan 5sen akan dijual dengan harga RM2.25 dan RM2.52 seliter untuk minggu mendatang. Diesel pula turun 1sen dan akan dijual dengan harga RM2.20 seliter. *Harga Minyak Terkini 14 Disember 2017*. Minggu lalu harga semua petrol turun 1sen dan diesel pula jatuh 4sen. Harga baru ini akan berkuat kuasa mulai jam 12.01 tengah malam ini. *Harga Minyak Terkini 14 Disember 2017* Sistem harga minyak mingguan ditentukan berdasarkan harga minyak Mean of Platts Singapore (MOPS) dan kekuatan ringgit berbanding dollar US. 

JUAL TANAH: KU NAN MAHU JAWAB DI DUNIA ATAU AKHIRAT? 

Dilaporkan sejak Tengku Adnan Tengku Mansor menjadi Menteri Wilayah Persekutuan, sebanyak 45 bidang tanah di Kuala Lumpur telah dijual tanpa melalui tender terbuka. Kepada siapakah tanah-tanah tersebut telah dijual dan kenapa dilakukan tanpa tender terbuka? Sediakah Ku Nan menyenaraikan nama-nama syarikat yang membeli 45 bidang tanah itu? Adakah tauke kain termasuk dalam senarai tersebut dan jika ada, berapa banyakkah tauke kain tersebut dapat membeli tanah di Kuala Lumpur ini? Bila Ku Nan mahu menjelaskan perkara ini – di dunia atau di akhirat nanti? 

PAU 2017 PATUT BINCANG EKONOMI MELAYU, BUKAN HENTAM DAP

PAU 2017 patut bincang ekonomi Melayu, bukan hentam DAP] Posted By: Selena Tayon: 

December 12, 2017 Print Email Perhimpunan Agung Umno 2017 (PAU) beberapa hari lalu berakhir sia-sia apabila tidak mencapai apa-apa solusi memperbaiki ekonomi orang Melayu, sebaliknya menjadi tempat menghentam DAP, Tun Mahathir, Anwar Ibrahim dan musuh-musuh politik parti Melayu itu sahaja. Timbalan Pengerusi DAP Pahang, M. Manogaran berpendapat, PAU hanya menumpukan agenda “kalau Umno tumbang, hak Melayu akan hilang sama sekali” 


RASUAH, KETIRISAN, SALAH URUS dan SALAH LAKU. 

Guan Eng, Kit Siang Berbohong, Boleh Didakwa Kerana Fitnah TGHH - Harakah Daily.
Oleh : Harakah Daily 
Disebabkan kehangatan yang melanda ekoran tersiarnya laporan kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di dalam akhbar Berita Harian dan New Straits Times pada 16 Disember 2017, saya telah mengambil inisiatif untuk mendengar sendiri sekali gus membuat transkripsi wawancara Datuk Seri Abdul Hadi yang dilangsungkan pada 15 Disember 2017 itu. Wawancara ini sebenarnya hanya merangkumi empat soalan sahaja. 

Jika kalah saman RM1 billion kena bayar, Hj Hadi kena jelaskan.
Tasik Kenyir Hj Hadi sebagai Menteri Besar Terengganu pada 1999-2004 kena beri penjelasan pendedahan Exco Terengganu berkaitan saman RM1 billion oleh Syarikat Riyapadu. Hj Hadi kena berani menjelaskan RM1 bilion sangat banyak jika Kerajaan Negeri Terengganu kalah saman itu. ..Klik baca berita Penglibatan Kerajaan PAS sepenggal, jika fitnah samanlah ........................ 
Pendedahan Exco Terengganu bahawa Kerajaan Negeri perlu membayar saman RM1 billion akibat tindakan kerajaan PAS 1999 - 2004 wajar diberikan perhatian. Saman yang dibuat oleh syarikat konsesi balak

Kalau DAP sokong Hadi sebagai calon PM, adakah ia bersih semula?

Serangan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggesa rakyat Malaysia supaya menolak DAP dengan alasan ia ‘tidak bersih’ dan bukan muslim menimbulkan persoalan. Adakah sekiranya DAP menyokong Hadi sebagai calon Perdana Menteri, ia akan kembali suci murni di mata Ahli Parlimen Marang itu? Persoalan itu ditimbulkan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam kenyataannya, membalas serangan Hadi melalui wawancaranya yang disiarkan akhbar UMNO, Berita Harian minggu lalu. “Selama tujuh tahun, dari 2008 hingga 2015, Hadi mengetuai PAS untuk bekerjasama dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat. 

MCA dan PAS kini bekerjasama kitar semula dakyah Kit Siang bakal PM

Propaganda UMNO kononnya Lim Kit Siang akan menjadi Perdana Menteri apabila Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan terus dimainkan walaupun pemimpin veteran itu telah menegaskan bahawa beliau tidak akan menjadi PM. Lebih rancak lagi, kini MCA dan PAS dilihat saling berganding bahu melancarkan serangan terhadap Ketua Parlimen DAP itu, di saat-saat Pilihanraya Umum ke-14 kian menghampiri. “Kit Siang sudah kata berkali-kali, beliau langsung tidak ada kehendak untuk menjadi Perdana Menteri. “Tetapi kerajaan seperti sudah ketandusan idea sehingga terpaksa menggunakan propaganda lapuk ini. 

Invoke: Malaysia Negara Pelbagai Cukai


Hak guru berhimpun sokong 'Cikgu Azizan', sembang Menteri Umno

Kementerian Pendidikan tidak akan menghalang mana-mana guru yang ingin berhimpun dan memberikan sokongan jika ada guru terlibat dalam kes mahkamah. Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu seorang guru yang dikenali sebagai 'Cikgu Azizan' yang dihadapkan ke mahkamah esok atas dakwaan menyerang pelajar. Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) dalam kenyataan 15 Disember lalu menggesa guru di seluruh negara memberikan sokongan kepada 'Cikgu Azizan' dengan hadir ke perbicaraan di Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan. 

Politik ala King Maker yang tak menjadi itulah Keajaiban politik. 
TAKSUB KEPADA PEMIMPIN BOLEH MENJADI PUNCA PENYELEWENGAN 

Agak menarik membaca kenyataan Naib Presiden PAS, Idris Ahmad bahawa presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menjadi perdana menteri jika ia menang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14). Bagaimana Hj Hadi boleh jadi Perdana Menteri sedangkan Pas mahu menang 40 kerusi parlimen sahaja daripada 222 kerusi? Jawapannya adalah sebagaimana yang Mohd Amar nyatakan sebelum ini bahawa “Keajaiban politik” boleh berlaku pada pilihan raya akan datang, walaupun parti itu disebut-sebuh akan menghadapi kekalahan teruk. 

Adakah DAP "najis" kerana ia tidak menyokong Hadi sebagai Perdana Menteri?

Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengulas kenyataan Hadi kononnya DAP tidak mampu menjadi kerajaan yang bersih dan tidak patut bercita-cita menjadi perdana menteri. “DAP tidak mampu menjadi kerajaan yang bersih dan banyak cerita dilaporkan mengenai kepincangannya," kata Hj Hadi di sini Lim Kit Siang yang sebelum ini menafikan pernah bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia, dalam penghujahannya telah menampilkan beberapa bukti dan fakta mengenai kegagalan negara-negara Islam yang diterajui kepimpinan Muslim berbanding dengan negara-negara bukan Islam tetapi lebih berjaya. 


PRU 14 APRIL ATAU OGOS BN TETAP AKAN KALAH – IR NIZAR
Selena Tayon: 

December 18, 2017 Print Email Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara negeri Perak, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin berkata BN tetap akan kalah walaupun menangguhkan pilihan raya umum (PRU) ke 14 selepas Parlimen terbubar secara automatik pada Jun 2018. Katanya, BN kini gelisah kerana pengundi Melayu luar bandar yang setia kepada parti itu mula menunjukkan perubahan arah sokongan yang ketara. Kemerosotan ekonomi, tambah Nizar, menjadikan orang Melayu lebih sedar. 

Projek China Komunis itu pelaburan atau pinjaman?...
DAIM HITS BULLSEYE: THESE ARE LOANS NOT FDI – SHREWD DAIM SEES THROUGH NAJIB’S ECRL ‘INVESTMENTS’

Sejumlah projek yang mendapat sokongan Beijing mungkin menjadi bukti kepada Putrajaya bahawa pentadbiran Datuk Seri Najib Razak memiliki kuasa tarikan pelaburan asing yang berkesan. 

Namun tanggapan itu tidak dikongsi bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin. Ditanya mengenai pelaburan China untuk projek Rangkaian Kereta Api Pantai Timur (ECRL) Daim sebaliknya menyoal sama ada kerajaan perlu membuat bayaran semula kepada pembiayanya. 


Sejarah Umno akan ditentukan di Batu Pahat, Johor

PADA Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), buat pertama kali PKR menawan Parlimen Batu Pahat. Calon PKR Mohd Idris Jusi memperoleh 38,667 undi atau mewakili 51% undi manakala Mohd Puad Zarkashi, yang sebelum itu timbalan menteri pelajaran, tewas apabila hanya memperoleh 36,935 undi atau 49% undi. Pada PRU12 sebelum itu, Puad menewaskan calon PAS, Muhammad Abdullah dengan majoriti sebanyak 12,704 undi. Ada perbezaan undi yang sangat besar, iaitu daripada memperolehi 12,704 undi pada tahun 2013 kepada tewas dengan defisit undi sebanyak 1,724 undi. Pola sokongan undi yang turun ini sebenarnya. 

PRU14: Anak muda tak perlukan parti untuk jadi kuasa politik utama

Dr Teo Lee Ken mengatakan anak muda Malaysia perlu bersatu untuk mewujudkan gerakan mengubah naratif dan lanskap politik Malaysia berdasarkan penghargaan kepada budaya dan sastera negara ini. ANAK muda Malaysia boleh menjadi kuasa politik utama negara tanpa perlu bergantung kepada parti politik walaupun kadar keluar mengundi mereka secara sejarahnya rendah, kata sebuah pergerakan belia. Dakwaan itu timbul ketika timbul kebimbangan yang anak muda masih tidak mendaftar atau tidak keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum. 

Kenapa Hj Hadi panjangkan dakyah BTN?

Penulis ada emak saudara,sepupu dan anak saudara duduk dan beli rumah di Pulau Pinang tidak pula mendengar cerita mereka derita dan sengsara di bawah Ketua Menteri Lim Guan Eng. Siapalah penasihat yang memberi nasihat kepada Hj Hadi. KASIHAN Hj Hadi ketinggalan maklumat. Kasihan Hj Hadi panjangkan "dakyah" BTN, IKSIM dan JASA.

Zaman Kleptokrasi: 1,390 orang pekerja syarikat pembuatan kertas dapat ‘surat pemberhentian sementara’

Pemberhentian sementara itu berkuatkuasa 1 Januari depan sehingga Jun 2018, kata Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-Pekerja Perkayuan Sabah. 

KUALA LUMPUR: Seramai 1,390 orang daripada kira-kira 2,000 pekerja sebuah syarikat pembuatan kertas di Sipitang, Sabah diberikan surat pemberhentian sementara pada 11 Disember lalu. Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-Pekerja Industri Perkayuan Sabah Engrit Liaw mendedahkan surat pemberhentian sementara itu berkuatkuasa 1 Januari depan sehingga Jun 2018 dan mereka hanya akan diberikan separuh daripada gaji selama 6 bulan. 

Zaman Kleptokrasi: Gaji rendah tapi komitmen tinggi, peminjam PTPTN serba salah

Penuntut masuk dalam kategori B40 secara automatik selepas tamat pengajian di IPT. Ditambah dengan komitmen dan hutang lain, peminjam PTPTN terasa bebannya. GAJI yang rendah dan tanggungan tinggi membataskan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk mengutamakan pembayaran balik pinjaman tersebut. Tekanan ini paling kuat dirasai oleh golongan yang masuk dalam kategori isi rumah berpendapatan rendah (B40) secara automatik selepas tamat pengajian di institusi pengajian tinggi.  

HJ HADI BANTU NAJIB SIBARKAN FITNAH BERUNSUR HASUTAN SENTIMEN MELAYU ISLAM

Susah nak percaya bila seorang ulama bertaraf donia seperti Hj Hadi boleh terlibat dengan penyibaran fitnah yang diada-adakan oleh Najib Tun Razak yang kononnya Lim Kit Siang mahu menjadi Perdana Menteri dan jika UMNO kalah, Melayu dan UMNO akan punah di Malaysia. Penasihat DAP, Lim Kit Siang percaya dua fitnah tersebut yang berunsur hasutan membangkitkan sentimen Melayu dan Islam akan berterusan diguna pakai oleh Umno dan Pas sehingga menjelang PRU14 nanti. Sebelum ini, blog alhusseyn telah mengulas kenyataan PJ Razman Zakaria kerana telah menggunakan unsur fitnah yang sama. 

PRU14: Cybertrooper Umno pikat golongan muda di media sosial....

Zahid minta cybertrooper Umno pikat golongan muda di media sosial. Konvensyen Biro IT Umno Sabah yang diadakan di Kota Kinabalu hari ini. CYBERTROOPER Umno diminta untuk meningkatkan kehadiran sosial mereka untuk menangkis serangan pembangkang dan bagi memikat pengundi muda kepada Barisan Nasional (BN) memandangkan pilihan raya umum ke-14 semakin hampir. Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi turut meminta 1,300 penyokong Umno dan cybertrooper parti itu untuk bersatu. 

'Saya tidak tahu ada bukan Muslim dalam IMAMS' sembang Timb Menteri Umno

Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsuddin hari ini berkata beliau tidak tahu apa-apa tentang penglibatan bukan Bumiputera dalam syarikat yang bertanggungjawab melaksanakan sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS). Mas Ermieyati berkata demikian selepas sistem yang diperkenalkan kementerian itu mendapat aduan pelbagai pihak dan dibatalkan hari ini selepas diumumkan semalam. “Malah sehari sebelum *pitching* (pembentangan) saya tanya lagi pegawai saya, ada tak (melibatkan) bukan Bumiputera dan sebagainya? “Daripada maklumat yang saya terima, tak ada.” 

Gabungan: 
RAKYAT MARHAEN (sudah tidak dapat diekses) 
al- Husseyn (sudah tidak dapat diekses) 
ref: 
p3C3q™: 6717. Petanda BN menang besar PRU14.
http://peceq.blogspot.com/2017/12/6717-petanda-bn-menang-besar-pru14.html
“Derita di bawah DAP Hadi berpusing-pusing?” 

Dari:
http://prpmv1.dbp.gov.my/Search.aspx?k=culas
culas sangat malas; tidak tangkas: ~ bekerja. Kamus Pelajar Edisi Kedua
culas III Mn curang, tidak jujur. Kamus Dewan Edisi Keempat
culas II Kl liar (binatang). Kamus Dewan Edisi Keempat
culas I malas, tidak cergas: ~ bekerja. Kamus Dewan Edisi Keempat
culas sangat malas; tidak tangkas: ~ bekerja. Kamus Pelajar

licik
1. licin (bkn jalan yg berlumpur dll);

2. pandai menipu atau memperdaya orang lain, culas, curang: dia menuduh Agnes seorang oportunis yg ~ yg menggunakan orang lain utk kepentingannya;

3. Jw mudah kalah, penakut; kelicikan kepintaran menipu, keculasan (hati). Kamus Dewan Edisi Keempat

merekomenkan 1 mengatakan sesuatu yg baik-baik bkn sesuatu atau seseorang; memberikan akuan ttg kebaikannya (bkn sesuatu atau seseorang); memberikan sokongan: Oleh sebab dia culas bekerja, ketuanya enggan ~ dia utk naik pangkat. 2 memberikan cadangan supaya diikut; memberi nasihat atau akuan: Siapa yg ~ kamu supaya memakan pil ini? Kamus Pelajar Edisi Kedua
rekomen /rékomén/; merekomenkan 1 mengatakan sesuatu yg baik-baik bkn sesuatu atau seseorang; memberikan akuan ttg kebaikannya (bkn sesuatu atau seseorang); memberikan sokongan: Oleh sebab dia culas bekerja, ketuanya enggan ~ dia utk naik pangkat. 2 memberikan cadangan supaya diikut; memberi nasihat atau akuan: Siapa yg ~ kamu supaya memakan pil ini? Kamus Pelajar Edisi Kedua

rekomen/rékomén/; merekomenkan 1 mengatakan sesuatu yg baik-baik bkn sesuatu atau seseorang; memberikan akuan ttg kebaikannya (bkn sesuatu atau seseorang); memberikan sokongan: Oleh sebab dia culas bekerja, ketuanya enggan ~ dia utk naik pangkat. 2 memberikan cadangan supaya diikut; memberi nasihat atau akuan: Siapa yg ~ kamu supaya memakan pil ini? Kamus Pelajar

serigala sj binatang liar (rupanya spt anjing dan berwarna kuning kekelabu-kelabuan), Canis lupus; anjing ~ sj anjing hutan, Cyon rutilans; ~ berbulu domba prb orang yg kelihatan bodoh dan penurut tetapi sebenarnya culas, jahat lagi curang; ~ dgn buah anggur prb orang yg mencela sesuatu yg diingininya kerana ia tidak berupaya utk mendapatkan benda itu. Kamus Dewan Edisi Keempat

... 

Tiada ulasan: