Sabtu, 29 September 2018

Pakatan Harapan teras Malaysia Baru. 8268.


BERITA » Nasional
Sabtu, 29 September 2018 | 11:56am
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Agung Ke-73 
di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini setelah hampir 15 tahun 
selepas beliau pernah berucap di pentas PBB itu.
-- Foto BERNAMA

Tun M harap kelantangannya sedarkan kuasa besar

NEW YORK: Tun Dr Mahathir Mohamad berharap kelantangannya dapat menyedarkan negara kuasa besar untuk bersetuju mengubah sistem veto tidak adil yang diguna pakai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Negara kuasa besar ini, katanya, adalah hipokrit kerana mereka akan menuntut perubahan regim di negara lain atas nama demokrasi.

“Saya harap dapat memalukan mereka supaya menggugurkan kuasa veto mereka. Kita perlu memberitahu mereka bahawa ia sangat tidak demokratik.

“Jangan bercakap tentang perubahan regim di negara lain jika kamu tidak boleh memberi kami demokrasi dalam badan antarabangsa ini.

“Ini bukan perkara yang baik, itu hipokrit. Anda kata mereka semua mesti demokratik, anda menyebabkan perubahan rejim dan banyak perang saudara untuk (menegakkan) demokrasi.

“Tetapi di sini (PBB) apa yang perlu mereka lakukan adalah melepaskan kuasa veto tetapi mereka tidak suka berbuat demikian,” katanya.

Dr Mahathir berkata demikian ketika menjawab soalan berhubung harapan beliau terhadap gesaannya supaya sistem veto PBB diubah selepas gesaan sebelum ini tidak dihiraukan.

Dalam ucapannya di Perhimpunan Agung PBB semalam, Dr Mahathir mengkritik PBB kerana gagal untuk menamatkan dominasi lima anggota tetap Majlis Keselamatan PBB yang memegang kuasa veto.

Negara berkenaan ialah China, Perancis, Russia, Britain dan Amerika Syarikat,

Dr Mahathir berkata beliau mencadangkan supaya kuasa veto tidak hanya oleh satu anggota tetap tetapi sekurang-kurangnya dua kuasa besar yang disokong tiga anggota tidak tetap Majlis Keselamatan.

Perdana Menteri membuat cadangan serupa ketika kali terakhir beliau berucap di Perhimpunan Agung PBB pada 2003.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/09/479398/tun-m-harap-kelantangannya-sedarkan-kuasa-besar
 
Berita Harian Online • 8.6K tontonan Distrim pada 13 jam yang lalu 
NewYork LIVE Ucapan Tun Dr Mahathir Mohamad di Perhimpunan Agung PBB ke-73 #BHTV #NSTTV #METROTV.
Lihat Reaksi Orang Amerika Bila Tun Dr Mahathir Pertahankan PALESTIN Di PBB!
Drama One • 37K tontonan 10 jam yang lalu
Christian Chau7 jam yang lalu (diedit)
Ini membuktikan Tun Mahathir masih lagi tegas dan komited dengan pendiriannya dalam isu-isu antarabangsa meskipun kini beliau tidak bersama lagi dengan Barisan Nasional dan kini bersama Pakatan Harapan
Azlan MZ7 jam yang lalu
Itu bru kita Kata pmimpin yg brani mnyuarakn pndangan hasrat yg tulus bkn pndai bckp bgi duit pda US pnakut bacul. Tahniah TUN kmi rkyat Malaysia sntiasa mnyokong TUN. Moga Allah mmberkati TUN juga Malaysia. Aamiin!
Ismail Bin Dali8 jam yang lalu
Syabas Tun drp segala sudut. Khasnya drp penampilan, intipati pidato serta cara beliau memberi pidato di UN. Kita rakyat Malaysia drp segenap lapisan sungguh2 berasa megah dan boleh menonggak kepala dgn gahnya kerana mempunyai Tun sebagai pemimpin dinegara ini kecuali beberapa EKOR drp mantan kerajaan terdahulunya serta balaci2 dan kroni2 mereka di umno. Bila lihat beliau memberi pidato itu teringat pula saya akan tidak lama dahulu, menteri ponorogo pun pernah membuat ucapan di tempat yg sama. Betul2 spt bumi dan langit perbezaannya. Semasa menteri ponorogo itu membuat ucapan semua tak kena. Dgn tek ucapan yg serabut bersama nada yg sumbang. Kedua-dua tangannya menyimpang siur drp berbagai arah menunjukan beliau betul2 berasa rimas. Pada ketika itu, saya rasa sungguh malu kerana Malaysia di pimpini oleh orang yg berkaliber sebegitu. Nasib baik kerajaan bn telah kecundang dan kita tidak perlu dimalukan oleh badut2 sebegini...SYABAS TUN!
Juhedi Rawi7 jam yang lalu
THE BEST 93 YEARS OLD ATOK IN THE WORLD!!! SO PROUD OF YOU!!! LUV YOU TUN!!!
Nadia Lisa7 jam yang lalu
Charismatic leader May Allah bless you Ayahanda Tun M
Syarifah Nazliah6 jam yang lalu
This is what we called a very knowledgeable Prime Minister ... delivering factual speech without reading the text...salute u Tun M..u r indeed the most respectable PM in Malaysia..I am so proud to be a Malaysian now.. May Allah always bless u...and our country.
Siti Hawa7 jam yang lalu
Saya juga berbangga dgn Tun walau pun mungkin pernah dtohmah dgn hinaan TUN berdiri demi Malaysia dan Islam..
Jaslinda Jasmani9 jam yang lalu
📣hidup 📣hidup 📣hidup 📣hidup 📣hidup 📣hidup 📣hidup 🔔mahathir 🔔mahathir 🔔mahathir 🔔mahathir 👌
SAUFIQ AMRAN6 jam yang lalu
Permata MALAYSIA ADALH TUN. M.
Nassir6 jam yang lalu
CONGRATULATIONS TUN.. Siapa dulu yang kata TUN dah " nyanyuk " ye ??.. TUN PROUD FOR MALAYSIA.
Fatimah Ferdaus6 jam yang lalu
Kenyataannya ialah tiada pemimpin dunia yg berani berucap mcm Tun Dr M di pentas UNGA. Ada jumpa tak? Dari negara Asean ada tak? Jawapannya, tiada! Presiden Donald J.Trump pulak takmo jumpa Tun. Kenapa? Sbb Tun berpendirian tegas. Trump pulak dlm sehari blh tukar pendirian 3X. Ada Tun kesah? Tun pun tak heran nak jumpa si syaitan tu.
Normah Salim7 jam yang lalu
Alhamdulillah tahniah tun... ucapan tanpa baca tex....anugerah Allah terbaik...semuga Allah panjang kn umur tun sihat n selamat dunia akhirat
Mohd Rizal Mohd Mokhtar6 jam yang lalu
Rakyat Malaysia Bertuah dpt org yg Bijaksana macam Tun belajar menghargai sesuatu yg bernilai selagi Malaysia Memilikinya
Addie Adnan6 jam yang lalu
Mcm mane laa perasaan rakyat malaysia kehilangan dia nnty... Umur dah 93... Bila2 masa allah boleh tarik nyawa.. Ya allah panjang kan lahh umur pemimpin kesayangan rakyat malaysia nie..
Muz ir9 jam yang lalu
Hidup tun M perdana menteri legend
X.PH.X Ranger5 jam yang lalu
Mcam ni baru betul berjuang untuk suara2 islam sedunia.. bukan buat himpunan kat kaki lima naik sepanduk 10 kaki ajak kawan sedara mara hulur skit duit sruh laung islam.. islam.. melayu.. melayu.. pakai baju "save palestine" pastu balik pekene rojak isap rokok dh tersandar.. pastu berlagak pejuang agama bangsa..
HSCeria Channel • 10K tontonan 9 jam yang lalu
SEJURUS menghabiskan ucapan ikonik yang sarat dengan isu sejagat di pentas PErhimpunan Agung Pertubuhan ...

HSCeria Channel
Diterbitkan pada 28 Sep 2018
SEJURUS menghabiskan ucapan ikonik yang sarat dengan isu sejagat di pentas PErhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-73 di New York, Amerika Syarikat, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi tumpuan di belakang pentas, ibarat seorang bintang popular. Dalam sebuah rakaman video yang dimuat naik ke Twitter oleh salah seorang pegawai kanannya, Dr Mahathir dilihat dikerumuni delegasi dari pelbagai negara. "Terima kasih atas sokongan anda," ucap seorang delegasi yang bersalam dengan dr Mahathir, sambil disusuli sapaan delegasi lain yang mahu bersalam, bergambar dan bertanyakan sesuatu kepada beliau. Dalam ucapan Dr Mahathir, antara isu kritikal yang disentuh oleh beliau adalah tentang isu Palestin dan cengkaman kuasa Israel yang membawa pelbagai masalah sedunia. "Dunia tidak peduli walaupun Israel melanggar undang-undang antarabangsa, merampas kapal yang membawa ubat-ubatan, makanan dan bahan binaan di perairan antarabangsa," tegas beliau. Dr Mahathir juga membidas Myanmar atas apa yang berlaku terhadap nasib golongan Rohingya di Rakhine. Dengan mempersoal penerima Anugerah Nobel Keamanan Laureate, Aung San Suu Kyi, Dr Mahathir berkata tidak bererti sebuah negara yang merdeka, bebas untuk melakukan apa sahaja. Selain itu, Malaysia mengemukakan cadangan supaya kuasa veto PBB hanya dianggotai dua kuasa besar dunia, dan bukan lima. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kuasa veto itu juga perlu disokong oleh tiga lagi anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB. Malah, beliau mencadangkan sebarang resolusi perlu mendapatkan majoriti mudah anggota. #UNGA #Malaysia #PBB **PENAFIAN: HSCERIA CHANNEL tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui video ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih. ** DISCLAIMER: HSCERIA CHANNEL is not responsible for the opinions expressed through this video. It's a personal view of the owner of the account and does not necessarily reflect our position. All risks resulting from posted comments are the responsibility of the owner of the account itself. Thank you.

BERITA » Politik
Sabtu, 29 September 2018 | 11:47am

7 calon berentap di Port Dickson

Oleh Rizanizam Abdul Hamid - 
mrizanizam@nstp.com.myPORT DICKSON: Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson bakal menyaksikan pertandingan tujuh penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH), PAS dan Bebas.

Pertandingan itu disahkan selepas Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson, Khairy Maamor, mengumumkan senarai calon yang bertanding dalam PRK itu pada jam 11.09 pagi selepas tempoh proses penamaan calon di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson ditutup pada 10 pagi, disusuli tempoh bantahan selama sejam.

PH meletakkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai calon manakala PAS mempertaruhkan Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar.

Khairy berkata, lima calon yang bertanding atas tiket Bebas adalah Tan Sri Isa Samad, Saiful Bukhari Azlan, Lau Seck Yan, Stevie Chan Keng Leong dan Kan Chee Yuen.
(DARI kiri) Saiful Bukhari Azlan, Stevie Chan Keng Leong, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar, Tan Sri Isa Samad, Lau Seck Yan dan Yuen Kan Chee Yuen bergambar bersama selepas Pegawai Pengurus Pilihanraya Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson, Khairy Maamor mengumumkan senarai calon yang bertanding bagi PRK itu. - Foto Iqmal Haqim Rosman

https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/09/479393/7-calon-berentap-di-port-dickson

Semuga Allah kurniakan Ahli Parlimen PD yang benar-benar Allah redai dan rahmati. Semuga Allah beri petunjuk, taufik dan hidayah kepada mereka yang bertanding di PRK tersebut. Jika ada yang bertanding atas rasa khianat, hasad dengki, bersubahat, sombong dan tamak haloba semuga Allah berikan ruang untuk mereka kembali ke jalan yang benar. Insaf dan bertaubat. Aamiin Ya Robbalalaamiin.

Tiada ulasan: