Jumaat, 14 September 2018

Sampah Umno dalam PKR dan PPBM masih bersisa. Kisah Sukamiskin. 8197.


Pembersihan terbaik ialah melalui pemilihan pucuk pimpinan parti, selain dari pemecatan. 

Pembersihan dalaman amat perlu bagi ke dua-dua buah parti berkenaan. Supaya parti tidak mengalami nasib yang sama seperti umno di masa depan. Antaranya bagaimana ahli politik PKR melompat parti hingga meruntuhkan Kerajaan Perak satu waktu dulu. Itulah petualang dan pengkhianat kesetiaan dan kejujuran. Jangkanya bila meninggalkan parti bawa hal yang baik, buruk itu bukan hal untuk dihebah-hebahkan. Bila individu politik bersikap sedemikian, Allah tunjuk jelas kepada kita siapa dia sebenarnya. Allah tutup aib hamba-hamba Nya

PRK Port Dickson antara hikmahnya ialah menyerlahkan musuh dalam selimut. Gunting dalam lipatan, Musang berbulu ayam, Api dalam sekam dan Talam dua muka. Tidak menarik didengar, abang bercakap kepada adik yang merupakan calon pilihan raya, "Kalau engkau menang, untuk aku RMSejuta cukuplah" Inilah jenis-jenis perosak Islam dan Melayu. Jangan bila sudah tewas, tidak berkuasa, baru sedar diri untuk memantau, bangkit bagai. Masa berkuasa tidak pula sudi memantau atau bangkit bagai, sebab ambil tindak mengampu, supaya dapat projek, dapat duit terpijak, walhal cara itu haram. Nauzubillahminzalik. 

Semasa DSAI di penjara. DSAI dipenjarakan apakah benar atau sekadar fitnah politik. Bukan niat mempertikai, tetapi bila melihat perjalanan perbicaraan, In Syaa Allah, Allah akan tunjukan hal yang benar, sedikit masa lagi. Ikut logiknya beliau pun, Allah beri ruang banyak bermuhasabah diri, serta kenal pasti siapa yang berpura-pura dan siapa sahabat sejati. Alhamdulillah bila DSAI dan keluarga "sangat boleh" memaafkan Tun Dr Mahathir. Ya benar. Allah Maha Pengampun. 

Dalam urutan kenal pasti siapa yang berpura-pura dan siapa sahabat sejati. Mereka itu semua akan menampakan muka melawan, menunjukan belang serta taring, bila tidak dapat bahagian, banyak cakap kosong, cakap yang mendatangkan mudarat kesatuan dalam berparti atau gabungan, serta jenis-jenis yang suka mengungkit. Ikhlaskan hati kerana Allah dalam perjuangan sebagai bekal perjalanan menghadap Nya nanti. In Syaa Allah. Aamiin. 

Mukhriz Mahathir FC
DR MAHATHIR SAHKAN ANWAR TELAH MAKLUMKAN KEPUTUSAN BERTANDING DI PORT DICKSON

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Dr Mahathir Mohamad berkata Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim berhak mencatur langkah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson dan hasrat itu disuarakan ketika beliau berada di Hong Kong pada Selasa lalu.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat parti itu di ibu pejabatnya di Petaling Jaya, Selangor, sebentar tadi.

Beliau yang juga Perdana Menteri menambah, pendirian BERSATU bahagian Port Dickson untuk menghalang Abdullah Sani Abdul Hamid dan Rafizi Ramli berkempen di Port Dickson adalah pendapat mereka sendiri dan itu tidak selari dengan pendirian pimpinan parti di peringkat pusat.

Penggantinya sebagai Perdana Menteri telah ditetapkan iaitu Anwar dan akan melepaskan jawatannya dalam tempoh dua tahun kerana ketika itu beliau telah pun berusia 95 tahun.

Pemuda AMANAH sokong Anwar, sedia gempur PRK Port Dickson
3:41 PTG      Pejuang Perubahan
Pemuda AMANAH sokong Anwar, sedia gempur PRK Port Dickson
Kepimpinan Pemuda bagi Parti Amanah Negara (AMANAH)  menyokong Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di kerusi Parlimen Port Dickson dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan diadakan tidak lama lagi.

Ketua Pemuda Mohd Sany Hamzan berkata, Pemuda AMANAH menyambut baik pengisytiharan pengosongan kerusi Parlimen Port Dickson oleh penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding sekaligus kembali ke Parlimen.

“Kembalinya Datuk Seri Anwar sebagai ahli Parlimen akan membantu ke arah melengkapkan pelan peralihan kuasa yang telahpun dipersetujui secara bersama oleh rakan-rakan komponen Pakatan Harapan melalui Muafakat Pakatan Harapan bertarikh 6 Januari 2018.

“Pemuda AMANAH Nasional melihat laluan kepada Datuk Seri Anwar untuk kembali ke Parlimen adalah sangat penting dan akan memberi impak yang besar kepada Parlimen khususnya dengan melihat kepada peranan beliau sebagai ketua pembangkang di sesi lalu sebelum dikenakan pertuduhan politik yang menghalang karier beliau.

“Menyedari keluhan sesetengah anggota masyarakat mengenai satu lagi pilihanraya kecil, Pemuda AMANAH Nasional ingin menegaskan bahawa ketokohan Dato Seri Anwar Ibrahim adalah sangat diperlukan ketika ini khususnya bagi membantu memulihkan negara,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Sany yang juga Adun Taman Templer berkata,dengan semangat muafakat Pakatan Harapan, Pemuda AMANAH Nasional sebagai rakan komponen akan teguh bersama dengan muafakat tersebut dan bersedia menggempur Parlimen Port Dickson bagi membantu memenangkan Anwar.

“Sesungguhnya kemenangan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan sekaligus melengkapkan Muafakat Pakatan Harapan yang telah mempersetujui Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-8,” ujarnya.
mdl
Pemuda AMANAH sokong Anwar, sedia gempur PRK Port Dickson ~ AGEN PERUBAHAN ®
http://agendsai.blogspot.com/2018/09/pemuda-amanah-sokong-anwar-sedia-gempur.html

Bekas speaker Dewan Perwakilan Rakyat jual harta bayar kembali wang rasuah
Bernama
Setya Novanto kini sedang menjalani hukuman penjara 15 tahun di Penjara Sukamiskin, Bandung. (Gambar AFP)
JAKARTA: Bekas speaker Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia, Setya Novanto dilaporkan terpaksa menjual asetnya bagi tujuan membayar balik wang yang dilesapkannya dalam kes rasuah projek e-KTP (Kad Tanda Penduduk elektronik).

Menurut media Indonesia, Setya yang sedang menjalani hukuman penjara 15 tahun atas kesalahan jenayah itu, terpaksa berbuat demikian untuk membayar kembali wang berkenaan kepada Komisi Pembanterasan Rasuah (KPK) Indonesia.

Jurucakap KPK, Febri berkata setakat ini, Setya yang membuat bayaran secara ansuran membayar sejumlah Rp5 bilion dan US$100,000. “Bayaran terakhir yang dilakukan semalam iaitu berjumlah Rp1.1 bilion, jumlah yang dibayar setakat ini dalam rupiah ialah Rp5 bilion dan dalam dolar AS berjumlah US$100,000,” katanya.

Setya dikatakan menjual rumah dan tanahnya di Jakarta dan Bogor bagi tujuan pembayaran balik itu. Menurut peguamnya, Firman Wijay, Setya juga bakal menjual beberapa lagi asetnya yang lain. Setya ketika ini sedang menjalani hukuman penjara 15 tahun di Penjara Sukamiskin, Bandung.

Pada April lepas, mahkamah Indonesia menjatuhkan hukuman 15 tahun penjara dan denda Rp500 juta selepas dia didapati bersalah dalam kes rasuah dan penyelewengan projek e-KTP yang dipercayai membabitkan kerugian Rp2.3 trilion kepada negara.

Setya juga dihukum supaya mengembalikan wang berjumlah US$7.3 juta kepada pemerintah menerusi KPK. Kes rasuah dan penyelewengan projek e-KTP itu turut melibatkan beberapa pegawai pemerintah termasuk 4 ahli DPR Indonesia dengan beberapa kes berkaitan projek e-KTP tersebut masih dibicarakan di mahkamah.
at 9/14/2018 09:25:00 PTG
KERENGGA: Bekas speaker Dewan Perwakilan Rakyat jual harta bayar kembali wang rasuah
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/09/bekas-speaker-dewan-perwakilan-rakyat.html


Tiada ulasan: