Sabtu, 15 September 2018

Ngh bual hal moleh dgn hal sebaliknya naa. 8198.


Doakan yang baik-baik sahaja. Aamiin. 
Foto GEGAR Rakyat.
Makin pening PH lepas ni..haha 
◼️SILAP BESAR DAKWA TS SHAFEE◼️💪🏼
Abang-abang dan kakak-kakak semua dah tengok video TS Shafee selepas di dakwa semalam?
Mantap gilerrr TS Shafee niiii.....
Konfiden tahap dewa!
Semua dia balun dari Anwar sampai bini dgn anak Gopal Sri Ram kena tapau. 🤣
Otak TS Shafee ni macam komputer. Ingat fakta kes tahun 70 an termasuk nama-nama individu terlibat! Nabeel kuliah minggu lepas pun dah lupa. 😅

Serius....Nabeel layan 30 minit video TS Shafee ni mmg kagum.
Mental kuat dan tenang.
Malah gembira dapat bercakap dgn wartawan sebagai orang kena tuduh dan bukan sebagai peguam! Sebab menurut TS Shafee, sekarang beliau bebas berkata apa saja tanpa terikat kepada tataetika seorang peguam. 😆
Lagi pening Pakatan Harapanties. 👙
Dalam keadaan macam ni pun dia boleh selamba belasah orang-orang berkuasa. Dahsyat. Betul la macam orang Tampin kata, “Knowledge is power.”
Tan Sri siap kata dia dulu kerja sebagai DPP 9 tahun. Gopal Sri Ram baru dapat kerja DPP jgn la besar kepala sangat. Tan Sri Shafee buat Sri Ram macam senior ragging junior bai...😝
Nabeel rasa kalau macam ni elok Gopal Sri Ram excuse diri dia dari jadi DPP la. Messy giler trial jadinya nanti. Maki hamun semua keluar nanti.
Bekenaan tuduhan yang dihadapi beliau, argumen paling simple TS Shafee untuk beri wartawan dan semua orang awam faham:
1. Saya terima 9.5 juta tu tahun 2013, 2014 untuk hutang piutang BN bawah Mahathir, bukan untuk kes Anwar. Pada tahun-tahun tu, anda semua pernah dengar pasal 1MDB tak? Takkanlah saya tahu apa yang semua orang tidak tahu masa tu. Itu salah saya kah? 🤣
2. Katalah saya defend kes seorang pengedar dadah. Dia bayar yuran saya sebagai peguambela. Takkanlah nak dakwa saya sebab konon duit saya dapat itu adalah dari hasil jualan dadah? You gile ke? 😂
Lepas ni peguam-peguam nak defend kes jenayah macam mana? 😆
3. Pendakwaan ini hanyalah bermotif politik untuk menghalang saya defend DS Najib. I will still defend Najib and there is no way they can stop me.
Tengok video penuh di link ini: https://youtu.be/rJ3KdRRROCY

Distrim langsung pada 13 Sep 2018
#KualaLumpur Peguam terkemuka Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM9.5 juta daripada bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak. Beliau juga didakwa atas dua pertuduhan membuat penyata tidak betul dengan tidak memaklumkan RM9.5 juta jumlah pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Muhammad Shafee bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan hadapan Hakim Azura Alwi. Mahkamah membenarkan Muhammad Shafee diikat jamin RM1 juta dengan jumlah jaminan RM500, 000 dibayar hari ini manakala bakinya pada Selasa depan. #BHTV #NSTTV #METROTV

Foto GEGAR Rakyat.
PEGUAM TERBAIK NEGARA DITAHAN SUPAYA BELIAU TUTUP MULUT

Pagi tadi peguam terkenal, Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah ditangkap dan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan yang dikaitkan dengan 1MDB. 

Beliau ditangkap selepas membuat kenyataan pada akhbar mengenai tuduhan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim ke atasnya mengenai duit yang diterima daripada DS Najib semasa beliau mengetuai kes Liwat2. 

Muhammad Shafee berkata pembayaran itu adalah "lawyer fee" dan setiap peguam lain pun layak untuk mendapat bayaran guaman yang sepatutnya diterima setelah menjalankan tugas guaman.

Beliau juga berkata Tun Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri juga masih berhutang "lawyer fee" kepadanya ketika melakukan tugas guaman untuk UMNO/ Barisan Nasional pada ketika itu. Bayaran RM9.5juta itu adalah hanya sebahagian daripada jumlah RM20Juta yang sepatutnya beliau dapat daripada UMNO/BN.

Bekiau juga mendedahkan Tun Mahathir juga terlibat dalam usaha memilih beliau untuk mengetuai pihak pendakwaan dalam kes Liwat2 terhadap Anwar Ibrahim.

Selepas beberapa hari Muhammad Shafee membuat kenyataan tersebut, hari ini beliau terus ditangkap dan dibawa ke mahkamah.

Muhammad Shafee dituduh atas dua pertuduhan. Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Muhammad Shafee didakwa telah melibatkan diri dengan pengubahan wang haram iaitu dengan menerima hasil daripada aktiviti haram, masing-masing berjumlah RM4.3 juta dan RM5.2 juta melalui dua keping cek AmIslamic Bank Berhad milik Mohd Najib Hj Abd Razak yang telah dimasukkan ke dalam dua akaun CIMB Bank Berhad milik beliau.

Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta dan penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mengikut dua pertuduhan berkaitan Akta Cukai, tertuduh didakwa melibatkan diri secara langsung dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada akitiviti haram iaitu dengan membuat suatu penyata yang tidak betul yang bertentangan dengan Perenggan 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi Tahun Kewangan berakhir pada 31 Disember, 2013.

Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan dan peguam kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram mengetuai pasukan pendakwaan yang dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya, Kamal Baharin Omar, Ahmad Akram Gharib, dan Afzainizam Abdul Aziz.

Muhammad Shafee, 66, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan tersebut.

Seorang pemerhati politik berkata tujuan penangkapan peguam yang terkenal ini mungkin dibuat untuk menutup mulut Shafee dan juga bertujuan untuk memberi amaran dan menanam ketakutan kepada petugas keadilan, peguam dan Hakim yang memihak atau bekerja dengan pembangkang.

Muhammad Shafee diwakili peguam Harvinder Singh, Chetan Jethwani, Datuk Hasnal Rezua Merican, Sarah Abishegan, Rahmat Hazlan dan Muhammad Farhan Muhammad Shafee.

https://www.facebook.com/GegarRakyat/photos/a.1481769485390782/2252514981649558/?type=3&theater&ifg=1
Ramai Mahacai serang Mat King Leather sejak MP Port Dickson letak jawatan. 
Foto GEGAR Rakyat.
1. Wahai mahacai PH. Pru 13 calon PM Pakatan Rakyat adalah Anwar Ibrahim. Majoriti rakyat ketika itu telah undi PKR.

2. Bukti?
Undi PR ( Anwar ) adalah 5.6 juta.
Undi BN ( Najib ) 5.3 juta.

3. PR kalah kerana sistem Gerrymandering yang dibuat PM ke 4 sebelum bersara 2003.

4. Jadi hari ini kenapa ramai marah dia? Dulu andalah penyokong dia ketika PR dan sekarang anda juga sokong patut sokong dia iaitu Harapan.

5. Usah double standard or munafik minta dia tunggu Pru 15.
Kerana dalam janji PH tetapkan Tun M hanya jadi PM 2 tahun sampai 2020. Jika tiada PRK macam mana Pak Syeikh nak jadi PM bebal? Pru 15 tu 2023.

https://www.facebook.com/GegarRakyat/photos/a.1481769485390782/2251882765046113/?type=3&theater&ifg=1
Tahniah Pak Sheikh..game plan menjadi..otai masih berbisa..

PETALING JAYA: Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendedahkan dia dilantik untuk mengetuai pendakwaan dalam rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pensabitan liwat pada 2015 atas gesaan Tun Dr Mahathir Mohamad, kerana tidak meyakini kecekapan Jabatan Peguam Negara (AGC).

Peguam terkenal itu membuat pendedahan tersebut dalam kenyataan hari ini, menjawab afidavit seorang pegawai di AGC yang didedahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis.

Shafee menceritakan latar belakang kepada pelantikan ad hoc tersebut, 2 hari selepas Siti Rahayu Mohd Mumazaini, 34, mengeluarkan afidavit mendakwa 2 cek bernilai RM9.5 juta dikeluarkan oleh bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak kepada peguam itu.

“Najib tidak berminat dengan idea melantik saya sebagai pendakwa melalui FIAT untuk rayuan itu kerana tidak mahu menyinggung perasaan peguam negara ketika itu, Tan Sri Gani Patail. Malah, dia amat keberatan.

“Bagaimanapun, Dr Mahathir yang bertegas mahu saya dilantik sebagai pendakwaraya khas dalam rayuan Anwar kerana tidak yakin AGC boleh menguruskan rayuan itu dengan cekap,” katanya.

Shafee berkata ia mungkin kerana AGC kalah dalam kes Liwat I di Mahkamah Persekutuan dan kes Liwat II di Mahkamah Tinggi.

Menurut peguam itu, dia dipanggil menghadap Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya sekitar Jun atau Julai 2013 melalui seorang peguam, Matthias Chang.

“Kemudian, saya mendapat tahu Dr Mahathir berjaya memujuk Najib untuk meyakinkan peguam negara melantik saya melalui FIAT sebagai pendakwaraya khas dalam rayuan itu. Saya diberitahu perkara ini oleh Dr Mahathir sendiri selepas Najib meninggalkan Yayasan Kepimpinan Perdana.

“Saya mendapat tahu daripada Matthias bahawa pelantikan saya sebagai pendakwaraya khas sebahagian daripada 6 tuntutan Dr Mahathir kepada Najib dalam mesyuarat itu, yang jika tidak, dia akan menentang Najib.”

Shafee berkata beberapa hari selepas itu dia dimaklumkan oleh pejabat Dr Mahathir dan Pejabat Perdana Menteri untuk bertemu Gani bagi tujuan pelantikan itu.

“Saya bertemu Gani dengan kehadiran Datuk Hanafiah Zakaria. Satu perjanjian bertulis telah dirangka menggambarkan syarat-syarat pelantikan seperti yang telah saya sebutkan. Perjanjian ini dalam pengetahuan setiap individu yang terlibat dalam proses membuat keputusan itu.

“Oleh itu, tidak mungkin ada salah faham mengenai bayaran saya, iaitu tidak melebihi RM1,000,” katanya, dan menambah perkara ini boleh disahkan Hanafiah.

Kelmarin, Anwar menggesa pihak bertanggungjawab mempertimbangkan langkah-langkah memperbetul keadaan bagi memulihkan integriti sistem perundangan negara susulan pendedahan afidavit itu.

Anwar berkata afidavit Siti Rahayu membuktikan dakwaannya tentang pembayaran kepada Shafee.

Anwar tahun lepas memfailkan tuntutan untuk menggugurkan pensabitan liwat, mengatakan dia tidak diberi perbicaraan yang adil, dan mengatakan ada bayaran sehingga RM9.5 juta yang didakwa daripada Najib.

Mahkamah Tinggi pada November tahun lepas membatalkan tuntutan itu, mengatakan Anwar tidak menunjukkan bukti yang menyokong dakwaannya.

Shafee sebelum ini menepis dakwaan tentang beliau menerima RM9.5 juta daripada Najib sebagai “mengarut”.
Foto GEGAR Rakyat.
https://www.facebook.com/GegarRakyat/photos/a.1481769485390782/2249999541901102/?type=3&theater&ifg=1

Bualan dorang di blog: Shahbudin

....ABAI......
Buat orang PD dan yang mengenali pengundi PD.....

Anda mungkin selama ni nak pernah kempen.....tak peduli politik...

....kali ni anda kena peduli....bercakap..bercakap...bercakap dengan kenalan atau saudara anda.......

...supaya mereka lakukan protes keatas calon yang menyalahgunakan undang-undang.....

...iaitu sengaja buat PRK......kali kedua...dulu di Permatang Pauh......
DULU DI LEMBUKAN ORANG PERMATANG PAUH...KINI ORANG PD pulak.....apake jadahnya niii malaysia baru....

Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh 2008 merupakan pilihan raya kecil yang diadakan pada 26 Ogos 2008 setelah Ahli Parlimen P44 Permatang Pauh yang juga Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan jawatannya pada 31 Julai 2008. Pilihan raya kecil ini digelar sebagai "Ibu Segala Pilihan Raya Kecil" oleh media disebabkan oleh kemungkinan implikasi pilihan raya kecil tersebut dan juga profil Anwar Ibrahim yang tinggi.

Ada orang rasa dia boleh buat apa saja yang dia nak, tak peduli samada menyusahkan ibu-bapa kita untuk keluar mengundi atau tidak..........

Inikah pemimpin yang kita nak?
Ya, inilah yg kita nak
Pemimpin lembu yg melembukan kita
Tahukah anda.........

Bagaimana Bang Nuar boleh jadi PM dengan begitu cepat dan mudah, semudah A B C......

UMNO melalui telah menyatakan sokongan kepada Anwar Ibrahim. Sekiranya musuh menyokong maka ada yang tidak kena....

Anwar akan bertanding dan menjadi Ahli Parlimen. UMNO akan meletakkan calon yang lemah untuk memberi kemenangan kepada Anwar.

Kemudian...........selepas Anwar menang.....

"Undi Tidak Percaya" akan dilakukan terhadap Tun.

'Perlembagaan Persekutuan (Perkara 43 (4)) memperuntukkan, jika seseorang Perdana Menteri itu tidak lagi mendapat sokongan majoriti daripada Ahli Parlimen, beliau perlu meletak jawatan.'

Umno, Pas dan sebahagian MP dari PKR akan menyokong usul tersebut, maka Anwar akan dilantik menjadi PM menggantikan Tun.

Gabungan PKR + UMNO + PAS akan dibentuk dan kerajaan baru akan ditubuhkan.

50 PKR + 54 UMNO + 18 PAS = 122 kerusi rotan

Rakyat terutama orang Melayu akan menyokong kerana gabungan kerajaan baru ini dibina atas dasar memperjuangkan (baca : mempergunakan) Melayu, Islam dan Raja-raja. Orang melayu ni suka diperjuangkan (baca : dipergunakan).......

PM : Anwar
TPM 1 : Zahid
TPM2 : Hadi

Jadi tercapailah cita dan azam sejak kecil nak jadi PM.
Tak perlu pun tunggu dua atau tiga tahun kannn.......
MIC taknak bertanding, MCA senyap membisu, PAS serah pada UMNO, Umno nak sokong Anwar, permainan apakah ini..kegilaan orang politik.. tiada penghujung. Rakyat jadi mangsa.
logik....
Anwar semua generasi lama tahu perangai dia.....masa dlm umno lebih umno dari umno...

masa tu PAS , Dap dll semua dia kutuk....

bila kena buang...penjara...dan PakLah bebaskan...sanggup dia menyembah TGNA, TGHH, LKS dll...tubuhkan pakatan rakyat...

lepastu kena troll lagi dgn liwat ll ...masuk penjara..keluar...baik dgn T M....
secara kebetulan Najib begitu teruk...dan PH menang PRU...PH menang bukan lerana Anwar...tetapi mmng nk buang Najib dan yakin dgn TM...sbb pengalaman...

dulu lepas PRU 12..Anwar sibuk nk rampas kuasa dgn offer MP2 BN join PR...tapi gagal...

kali ni tak mustahil dia akan buat dengan UMNO , PAS atas alasan Melayu, Agama dan Raja....belum jadi PM mcm mcm dia buat apa lagi dah ada kuasa di tangan....

maka meloponglah rakyat sekalian kena tipu...
Port Dickson blues..

Pas tarik diri..
komponen BN serabai bagai..UMNO teragak2 siap ada s d tu pulak..MCA senyap.. MIC angkat tangan..
Terkonteng2 PH sorang2..
keh keh keh eh hahahaha Anwar menang..
Hidup Pakatan Harapan..
Hidup Anwar..

#$/^?,:$5&,*^@&$:8^;$..macai blues!
GENG NAJIB14 September 2018 at 21:28
Kalau kita rajin membuat kajian...dah tentu kita akan dapati...Rakyat Msia majoritinya menyokong hasrat DSAI utk bertanding di PD tu. ini lah satu2nya cara untuk memastikan hajat DSAI utk menjadi PM ke 8 akan tertunai.

Dengan jadi MP, takde alasan lagi untuk Tun membuat bermacam2 alasan tak masuk akal utk tidak menunaikan janjinya terhadap DSAI dulu.

DSAI kena paksa Tun dengan cara ni ..kalau tak melepas lah dia. DSAI tak mau terhutang budi dgn Tun jika masuk parlimen dengan cara dilantik oleh Tun sebagai senator. lagi pun tak gentleman jika jadi PM tanpa menang jadi MP terlebih dulu.

MB N9 ialah dari PKR..dah tentu lah seluruh jentera kerajaan N9 boleh digunakan utk berkempen memenangkan DSAI. Itu pun jika tiada sabotaj dari ADUN2 Bersatu dan Amanah di situ.

Yang pasti..Tun dan Azmin takkan beri laluan mudah kepada DSAI kat situ..dah tentu ada perancangan teliti untuk mensailang DSAI di PD !!!
umno pun pening kepala nak buat....nk lawan Anwar macam hipokrit...xnk lawan nnti rakyat tahu rahsia Anwar dan umno...
last sekali umno sokong Anwar mcm Nazri buat....
Sobat2 yang dihorna=mati sekelian... Tentu korang dah mula perasan...Azmin ni dah nampak sangat mula main wayang politik longkangnya tu kan !!!!

Hari ni dia kata PKR dan PH akan pastikan DSAI menang kat PD tu. Itu cakap luaran aje..dalam hati, tentu dia dan kartelnya taknak DSAI menang. Jika DSAI menanag kat situ...ini meruokan satu bencana besar kepada segala perancangannya selam ini untuk menggantikan Tun sebagai PM ke 8.

MB Selangor, Amiruldin pun dah cakap sebikij macam Zuraida Mak Lampir. Dia pertikaikan peranan dalang dan kongsi gelap dalam PKR..tu mesti dia smash si Pizi tu. Semua ahli2 PKR tau... Amiruldin ni kan dari kartel Azmin dan Mak Lampir....dah tentu suara mereka senada aje..nak cantas DSAI dan pastikan PKR tak jadi parti anak beranak !!!!

Kini...harapan terakhir Kartel Azmin ialah kepada sokongan kuat dari Tun . Tun sebagai Otai politik..dah tentu aad perancangannya untuk memastikan hasrat DSAI tu terbantut.

Tak mustahil..Langkah PD ni akan menjadi kubur tak bertanda untuk karier politik DSAI..sayonara DSAI !!!
...ada tengok tak wawancara Mak Lampir berkaitan dengan langkah PD ni kat BNC tadi ???

Nampak sangat betapa kelat dan ketatnya muka dia bila membangkitkan lagi pasal kartel kongsi gelap yang kini mendominasi PKR. Mereka membuat keputusan mengadkan PRK tu tanpa berbincang dan meminta pendapat dari pimpinan2 tertinggi PKR yang lain..termasuk lah Timbalan Presiden.

Tambahnya lagi..ini menunjukkan seolah2 demokrasi dan ruang dan peluang untuk ahli2 PKR memberi pendapat telah dimatikan dalam parti tu. Mak Lmapir juga mendedahkan dalang dan ketua kongsi gelap ni adalah golongan orang2 yang ternyata kecewa kerana tidak mendapat jawatan dalam kerajaan baru PH. Seolah2 segala pengorbanan mereka untuk berkempen ke seluruh negara tidak dipandang langsung oleh Tun.

fuuuh...semakin hangat lah perbalahan dalaman dalam parti yang dikatakan mempunyai MP teramai dalam PH ni. Apa tah lagi..kenyataan DSAi yang menegaskan pemilihan jawatan2 tertinggi dalam PKR akan diteruskan ikut jadual dan takkan ditunda berikutan PRK PD ni.

Ranai penganalisa2 politik tempatan non partisan sependapat mengatakan PRK PD ni juga bakal memberi kelebihan kepada kartel Pizi yang disokong kuat oleh DSAI. Dah tentu dengan kesibukan pemimpin2 PKR berkempen untuk PRK tersebut, ini dah tentu akan merencatkan kempen dari kartel Azmin untuk meraih undi dalam pemilihan PKR tersebut.

Jika karetl Azmin melebihkan kempen untuk diri mereka, dah tentu ini akan memberi gambaran tidak baik kepaad mereka. Seolah2 mereka lebih mengutamakan pemilihan dalam parti dari berusaha untuk memenangkan DSAI di PD. Nampak betapa bijaknya kartel Pizi dan DSAI untuk membantutkan kempen kartel Azmin.

DSAI aamt2 mengharapkan agar Pizi adn gengnya menang dalam pemilihan parti tu. Byangkan lah..denagn Pizi menjadi Timbalan Presiden, Nurul Izzah menang Naib Presiden dan begitu juga Dollah sani, johari Abdul di baridan naib presiden, ini tentu adalah pukulan maut kepaad kartel Azmin. Pengaruh dan sokongan terhadap Azmin akan terus dilenyapkan dan DSAI bebas berbuat apa saja daalm parti tanpa sebarang gangguan2 yang tak sepatutnya dari Kartel Azmin.

Haarpan DSAI ialah...bila Azmin kalah, pastinay Azmin akan keluar dari PKR dan membawa bersama2 dengannya MP2 sewrta ADUN2 yang menyokonganya . Dah tentu...Bersatu lah yang akan menjadi pilihan utama Azmin. Yang untung ialah Tun kerana Azmin bakal menambahkan bilangan MP2 Bersatu dalam parlimen dan kerajaan.

Langkah seterusnya ialah..DSAI akan masuk parlimen dalam bulan Oktober. Dia akan mengusulakn undi tak percaya kepada Tun dan memaksanya turun dari Kerusi PM. Dah tentu usul ni akan disokong oleh MP2 UMNO. PAS dan juga sebahagian MP OKR yang taksub kepada DSAI. Sekarang ni pun DSAI dah buat kautim dengan MP2 Serawak dan Abaang Jo. Warisan takde masaalah..ini parti laalng macam Amanah..akan menyokong mana2 pihak yang akan mengekalkan jawatan dan kuasa mereka dalam kerajaan.

DSAI bakal mendapat majoriti mudah dalam parlimen dan membentuk pakatan baru yang akan menjadi kerajaan. Tun dan Bersatu serta MP2 PKR yang masih setia dengan Azmin akan menjadi pembangkang baru. DAP pula..biasa lah...hubungan rapat mereka dengan DSAI sejak era PR dulu akan kukuh bersama DSAI dan pakatan baru tu. Ini lah senario yang bakal berlaku...dan ternyata lah...penantian selama berpuluh2 tahun untuk DSAI menduduki kerusi paling empuk dalam negara ni aakn menjadi kenyataan akhirnya !!!! Wallahhuaklam Bissawab... 
Port Dickson Blues.

Hebatnya UMNOBN siap s d..
Hebatnya UMNO 60+ kuasa diri..
Hebatnya UMNo membangkang x reti2..sudah jauh berjalan rakyat kasi..hahah..kini jumpa jln mati..dah x boleh pegi..

Pakatan Harapan/Anwar julang tangan..menang no saingan lg..
Hidup Pakatan Harapan!
So someone somebody will sing a nice rhythm of macai-macai blues..$@#^*(94::';6488^/#@&*(?"'?:
Tun, muhyudin, madsabu, azmin n guan eng x pernah menimbulkan perasaan takut dan gubra kpd rakyat krana nak paling tadah kpd umno. Detik sabesar biji sawi pun xde. Mengapa pemimpin2 umno saperti nazri ghairah sgt nak nuar mng dan jadi pm.lembu kerbau pun tau ada niat nak main belakang olih si nuar n geng. Adakah agong layan jika mak jijah, saifudin n piji yg usaha dan mohon untk nuar dbersihkan semua rekod kriminalnya. Sabaliknya bila dah dlakukan dgn baik olih tun, tanpa buang masa dia bongkok cium tangan sultan yg mmg anti tun. Apa punya maknusia ni. Jika team nuar piji kalah, x dapat coup detat tun, maka terjunlah nuar dgn piji dgn otai2 dgn labu labinya. Allahwaklam.
memang betul apa lu cakap ,sawal
Tun, muhyudin, madsabu, azmin n guan eng x pernah menimbulkan perasaan takut dan gubra kpd rakyat krana nak paling tadah kpd umno. Detik sabesar biji sawi pun xde. Mengapa pemimpin2 umno saperti nazri ghairah sgt nak nuar mng dan jadi pm.lembu kerbau pun tau ada niat nak main belakang olih si nuar n geng. Adakah agong layan jika mak jijah, saifudin n piji yg usaha dan mohon untk nuar dbersihkan semua rekod kriminalnya. Sabaliknya bila dah dlakukan dgn baik olih tun, tanpa buang masa dia bongkok cium tangan sultan yg mmg anti tun. Apa punya maknusia ni. Jika team nuar piji kalah, x dapat coup detat tun, maka terjunlah nuar dgn piji dgn otai2 dgn labu labinya. Allahwaklam.
Dr M sokong kempen Anwar di PD
Mohamad Fadli -
September 14, 2018 8:59 PM
161
Shares
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyokong kempen Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya kecil Port Dickson nanti, yang jika berjaya akan menyaksikan perdana menteri menanti itu kembali ke Parlimen.

Perdana menteri juga mengesahkan bakal presiden PKR itu memaklumkan rancangannya untuk bertanding di Port Dickson.

“Ya betul dia ada huhungi saya sewaktu dia di Hong Kong.

“Biasanya saya beritahu Anwar saya tidak akan pergi dan berkempen. Tetapi saya akan sokong kempennya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PPBM di Yayasan Selangor
majoriti rakyat telak menolak umno dan paspispus dalam pru14 yg baru lalu.
jangan khianati amanah rakyat dgn bersekongkol bersama sama parti yg telah ditolak oleh majoriti rakyat malaysia.
tunggu lah pru15, bertandinglah secara gentlemen.
Tuan Budin , apa yang saudara luahkan , pernah terlintas difikiran saya .

Memerhatikan tingkah laku Anwar lebih 4 dekad , kemungkinan apa yang Budin nyatakan tidak mustahil bolih berlaku .Bermula dari titik mula Anwar melangkah kedunia politik , sudah dapat di rasakan dia ini sungguh "self-centered" . Bagitu juga dengan kaum2 yang rapat mengelilingi dia termasuk Rafizi .

Ada beberapa individu yang bergerak bersama Rafizi yang bergerak di belakang tabir . Mereka2 ini sehingga kini tiada langsung mengeluarkan 'bunyi' . Saya ada duduk dimeja bulat bersama mereka termasuk Danyal Balagopal dan saya tidak selesa dengan topik2 percakapan yang keluar .

Saya berada bersama hanyalah atas dasar memberi sokongan kepada prinsip2 asas dan dasar perjuangan .
Jadi kita tunggu dan lihat rentetan seterusnya ....
Mana2 individu yang berhasrat untuk membawa pas dan umno jadi kerajaan akan kami terajang habis-habisan hingga melingkup!!
Haaaip....ingat diorang tu semua macam batang pisang aje ke...tak reti nak balas balik ??? Bukan kah penggabungan UMNO dan PAS ni bakal memastikan ketuanan melayu, kesyumulan Islam dan kedaulatan institusi kesultanan terus kekal utuh di negara kita??? Takkan lah benda yang simple macam ni pun kau orang tak boleh nampak haah ???
xpelah...biarkanlah apa niat tak baik yg dia org nak buat...rakyat marhaen tahu dan Allah lebih mengetahui.....

semoga Allah melaknat org org yang nk atau sedang merancang sesuatu yg tak baik utk rakyat m'sia amnya....amminn
Pak diny...Tentu Pak diny terperasan bahawa Najib Razak sekali lagi telah Troll Lim Guan Eng Dan Lim Kit Siang. Dah terlalu bayak sangat diorang ni kena troll dengan DSNR, sampai tak terbilang kali ke berapa !!!!


Pak diny ..dengar baik2 apa yang DSNR perkatakan tu dan cuba lah hadamkan dengan minda dan hati yang tenang yeer !!!

Hari ini, Lim Kit Siang mengeluarkan kenyataan bahawa saya tak sepatutnya keluarkan bukti dana 1MDB kerana kes saya masih di mahkamah.

Jelas kelihatan Kit Siang tidak gembira apabila saya paparkan bukti-bukti itu.


Nampaknya Kit Siang sudah tersalah kes. Nasib baik bukan tersalah faham titik perpuluhan, salah faham dan hantam cukai ke atas barang basah, salah tarikh ataupun salah negara.

Untuk makluman Kit Siang, saya didakwa berkaitan SRC dan bukan 1MDB di mana saya yakin akan dapat mempertahankan diri dalam kes ini.

Justeru, saya berhak untuk mempertahankan diri dan beri penjelasan tentang tuduhan-tuduhan terhadap saya mengenai isu 1MDB.

Baru-baru ini, saya mencabar Kit Siang untuk mengakui bahawa beliau tahu saya sudah kembalikan wang yang disebut RM2.6b itu tetapi Kit Siang memilih untuk tidak menjawab.

Semalam saya telah memuatnaik dokumen-dokumen dari bank yang menunjukkan wang yang disebut ramai sebagai RM2.6 bilion ini telah dikembalikan kepada sumber sama yang menghantarnya.

Penjelasan saya mengenai RM2.6b ada dihantaran semalam di link ini: https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10155586360370952

Bila agaknya Kit Siang dan pemimpin-pemimpin PH akan mengakui bahawa saya tidak merompak, menyamun, mencuri dan menyimpan dalam poket wang RM2.6b ini untuk membeli cincin dan beg tangan?

Saya juga dapati pihak polis turut mengeluarkan kenyataan semalam bahawa RM2.9 bilion pernah masuk ke dalam akaun peribadi.

Namun, saya dapati mereka tidak menyatakan bahawa saya sudah memulangkan wang RM2.6b itu dan tidak menyebut bahawa sekurang-kurangnya US$200 juta ialah dari Kementerian Kewangan Arab Saudi dan dari Putera Faisal bin Turkey bin Al Saud.

Kalau Pak tanya mana2 rakyat Msia yang waras, dah pasti lah mereka akan bersetuju dengan penerangan panjang lebar dari DSNR tu..takkan lah Pak diny nak menongkah arus pulak kan ???

Friday, 14 September 2018
AKUAN BERSUMPAH BUKTI UMNO SEDANG MENUNGGU PELUANG UNTUK BERSAMA ANWAR DAN PKR

Pendedahan Nazri Aziz tentang wujudnya akuan bersumpah melibatkan majoriti Ahli Parlimen UMNO yang memberi kuasa kepada Presiden UMNO, Zahid Hamidi untuk berunding dengan parti-parti dalam Pakatan Harapan dalam usaha kembali menjadi kerajaan, tidaklah begitu memeranjatkan sebenarnya.

Pertama, ia kerana UMNO pada hakikatnya tidak biasa menjadi pembangkang dan akan berusaha sedaya upaya untuk kembali hidup dalam lingkungan glamour kuasa.

Setelah 61 tahun selesa sebagai kerajaan, UMNO jelas mula rimas dengan kedudukannya sebagai pembangkang, walaupun baru empat bulan melalui kehidupan tanpa kuasa dalam tangan.

Untuk itu, usaha mencari jalan singkat untuk kembali sebagai kerajaan adalah pilihan yang mesti dimanfaatkan, tambahan lagi Zahid Hamidi bukanlah watak pemimpin yang mampu menerajui UMNO untuk mencipta kejayaan semula kepada parti itu dalam PRU15 akan datang.
Kedua, Zahid Hamidi melihat kedudukan Anwar sebagai bakal Perdana Menteri menggantikan Tun Mahathir Mohamad adalah kesempatan terbaik buatnya untuk membawa UMNO kembali menjadi kerajaan memandangkan hubungannya yang rapat dengan Presiden PKR itu sejak mereka sama-sama dalam UMNO lagi.

Meskipun akuan bersumpah itu memberi kuasa kepada Zahid Hamidi untuk berunding dengan parti-parti dalam Pakatan Harapan, tetapi tentulah sasaran yang sebenarnya ialah Anwar dan PKR, bukannya selagi Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Ada juga pihak berpandangan, sebab utama Zahid Hamidi ghairah untuk menjadi Presiden UMNO sebelum ini tidak lain ialah semata-mata untuk merebut peluang membawa UMNO menjadi kerajaan, selain dirinya yang mungkin kembali sebagai Timbalan Perdana Menteri, sebaik Anwar menggantikan Tun Mahathir.

Kewujudan akuan bersumpah sebagaimana yang didedahkan oleh Nazri bukan saja menunjukkan UMNO begitu terdesak untuk mengejar kuasa bersama tertabalnya Anwar sebagai Perdana Menteri, tetapi juga mengesahkan mengapa Zahid Hamidi sehingga tidak berbuat apa-apa untuk memulihkan UMNO yang sudah kehilangan kuasa itu.

Dalam fikiran Zahid Hamidi, beliau hanya mahu menunggu waktu yang sesuai saja untuk menawarkan kerjasama UMNO kepada Anwar yang dalam waktu yang sama dilihat akan mengukuhkan lagi kedudukan Presiden PKR itu apabila beliau menerajui negara nanti.

Terdapat juga cakap-cakap bahawa sebaik menjadi Ahli Parlimen melalui Langkah Port Dickson ini, Anwar akan mula menekan Tun Mahathir untuk berundur dengan segera, atau jika enggan berbuat demikian, beliau akan melakukan "rampasan kuasa" dengan sokongan UMNO, Pas serta sebilangan wakil rakyat dari Sabah dan Sarawak.

Realitinya, perkara itu memang tidak mustahil boleh berlaku. Cuma, apakah Anwar sanggup melakukannya yang bermakna beliau mengkhianati pengundi yang telah menumbangkan UMNO dan BN dalam PRU14 yang lalu?

Apakah setelah pengundi membuang UMNO, maka Anwar tergamak mengutip kembali parti itu dan membawanya semula ke persada kuasa?

Berapa ramai pula Ahli Parlimen PKR akan bersama dengan Anwar jika kerjasama PKR dengan UMNO dan Pas itu benar-benar berlaku?

Bagaimana dengan DAP, Amanah dan Bersatu?

Bagaimana jika sebahagian Ahli Parlimen PKR, terutama yang bukan Melayu beserta dengan DAP menarik diri dan membuat keputusan meninggalkan Anwar?

Apakah stabil sebuah kerajaan pimpinan Anwar ketika itu yang hanya ditunjangi oleh sebahagian PKR, UMNO dan Pas, selain daripada Sabah dan Sarawak atau dalam erti kata lain hanya kerajaan Melayu sahaja?

Selamatkah Anwar dalam pilihanraya berikutnya?

(ShahbudinHusin 14/09/2018)
Posted by Shahbudin Husin at 21:22
Shahbudin dot com: AKUAN BERSUMPAH BUKTI UMNO SEDANG MENUNGGU PELUANG UNTUK BERSAMA ANWAR DAN PKR
http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/09/akuan-bersumpah-bukti-umno-sedang.html

Usul tahaluf dengan Umno hangatkan Muktamar Pemuda PAS
MUKTAMAR PAS | Dewan Pemuda PAS menerima usul politik yang memohon supaya PAS pusat menentukan rakan politik menerusi kaedah tahaluf sebaliknya bukan melalui kaedah taawun.

Perkara itu dibangkitkan oleh Pemuda PAS Kawasan Kota Raja selepas sesi perbahasan ucaptama ketua pemuda sempena Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-59 di Kuala Terengganu, hari ini.

Ia sekali gus mencetuskan sedikit kehangatan selepas perjalanan acara yang berlangsung dengan agak sejuk sejak pagi tadi.

Melalui wakil Pemuda PAS Kota Raja usul kerjasama dengan Umno itu dipecah seperti berikut:

"(Usul) nombor satu, desakan kepada PAS Pusat supaya menentukan rakan politik menerusi kaedah tahaluf dan bukannya taawun yang terlalu anjal.

"(Usul) nombor dua, juga mengambil langkah mengukuhkan Gagasan Sejahtera dengan menzahirkan keihlasan PAS menerusi lantikan politik dalam kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu kepada rakan daripada Gagasan Sejahtera.

"(Usul) nombor tiga, sekali gus secara terbuka untuk mereka menjadi agen semak dan imbang, manakala sebarang hubungan dengan Umno-BN mestilah diikat oleh garis-garis yang jelas dan berprinsip, selain dibuktikan menerusi lantikan politik kepada wakil PAS dan Gagasan Sejahtera di dalam kerajaan Umno-BN di Pahang dan Perlis," kata wakil pembahas Pemuda PAS Kota Raja.

Sementara itu, usul tersebut dibantah wakil Pemuda PAS Shah Alam sambil menegaskan pembentangan kertas-kerja kerja oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung perkara itu disifatkan sebagai konsep yang luas.

"Saya bantah kerana pendekatan (kerjasama) politik itu luas, bukan sahaja tahaluf. Jadi saya membantah kerana kita boleh buat taawun seperti yang dibuat sekarang.

Sebaliknya, wakil Pemuda PAS Tumpat pula bangkit menyatakan sokongan usul tersebut dengan pindaan dengan menggugurkan pecahan usul nombor satu dan tiga.

Susulan itu, Timbalan Pengerusi Tetap Muktamar Dewan Pemuda PAS, Dr Ridhuan Mohd Nor mengadakan satu undian bagi bantahan usul atau menyokong usul dengan pindaan.

Undian tersebut akhirnya berpihak kepada sokongan dengan pindaan terhadap usul apabila memperolehi undian sebanyak 273 undi, manakala undi terhadap bantahan usul menerima 58 undi.

Justeru, Muktamar Dewan Pemuda PAS memutuskan usul dengan pindaan tersebut akan dibawa ke Muktamar PAS Pusat untuk dibahaskan.

Terdahulu, sebelum perbahasan usul tersebut perwakilan Pemuda Teluk Intan memohon supaya sesi tersebut berlangsung tanpa disiarkan secara langsung melalui Facebook, manakala wakil Pemuda PAS Teluk Intan memohon supaya media keluar daripada dewan bagi memberi laluan kepada perbahasan,

Timbalan pengerusi tetap bagaimanapun membuat keputusan supaya siaran langsung di Facebook dihentikan kerana usul tersebut sensitif, tetapi membenarkan pengamal media mengikuti perbahasan usul tersebut.

-malaysiakini
at 9/15/2018 12:09:00 PG
KERENGGA: Usul tahaluf dengan Umno hangatkan Muktamar Pemuda PAS
http://gigitankerengga.blogspot.com/2018/09/usul-tahaluf-dengan-umno-hangatkan.html

... 

Tiada ulasan: