Ahad, 16 September 2018

Sebenarnya Tun Dr Mahathir dengan kadar segera perlukan DS Anwar membantunya. 8213.


Tun Dr Mahathir perlukan DS Anwar dalam memantapkan Kabinet Kerajaan Persekutuan Malaysia.” 

Kembali kepada fitrah kehidupan, bersangka baik pada Allah Subhanahuwatalla. Itulah pemikiran positif yang sebenar-benarnya dalam Islam. Bukankah molek kita doakan yang baik-baik. Sebagai contoh doanya ialah semuga Allah kurniakan kepada kita semua petunjuk, taufik dan hidayah. In Syaa Allah. 

Kata itu DOA.” 

Ini doakan dan cakap yang bukan-bukan. Sesama dan seagama, mengapa jadi begitu? Sebab ada penyakit hati? Nauzubillahminzalik. 


Allah berfirman:  
Yang bermaksud: SAHIH INTERNATIONAL: In their hearts is disease, so Allah has increased their disease; and for them is a painful punishment because they [habitually] used to lie. (Qs Al Baqarah : 10) 

ABDULLAH MUHAMMAD BASMEIH: Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran). (Qs Al Baqarah : 10) 

https://quran.com/2
Foto Rin Du.
Dalam pada itu, itulah hal sebenarnya mengapa DS Anwar perlu segera menjadi Ahli Parlimen. Pengakuan Tun Dr Mahathir bahawa anggota kabinetnya tidak berpengalaman, adalah satu titik kepuasan, titik permulaan Tun Mahathir, sejak menerajui kembali Kerajaan Persekutuan Malaysia. Islam bukan Agama yang melaga-lagakan orang. Ramalan kononya PH hanya bertahan selama setahun sahaja lagi adalah bertentangan dengan Islam yang tidak membenarkan amalan ramalan dalam kehidupan yang mengEsakan Allah Subhanahuwatalla. 

Semuga Allah merahmati Bumi Malaysia dengan syarat terutamanya orang Islam yang berbeza kerusi meja politik, damaikanlah hati masing-masing, kerana Allah. Yang penting kepada yang beroleh kemenangan jangan bongkak dan kepada yang kalah serta bersama-samalah menerima hakikat yang telah Allah tentukan dan takdirkan. 

Bermaaf-maafan. 

Selesai PRU Malaysia ke 14 sepatutnya bersatu kembali sebagai Rakyat Malaysia. Yang menang dan yang kalah, sama-sama mantapkan parti dan pasukan masing-masing. Betulkan mana yang salah dan kemas dayakan.” mana yang sudah bagus. Paling cantik sama-sama bermaaf-maafan, tentu ada salah silap. Islam ajar jangan malu meminta maaf dan memaafkan. Allah Maha Pengampun.” 

Kalah dan menang, sama-sama kita bercermin diri dan dengan lain kata bermuhasabah diri kerana Allah Subhanahuwatalla. Sabarlah sabar, panjang umur PRU Malaysia ke 15 In Syaa Allah akan menjelma jua. Aamiin. 

Sebagai bekalan mari kita ulang kaji tentang ajaran dan saranan Nabi Muhammad Sallallahualaihiwassalam supaya kita mengikut Sunnah dan menyisihkan bid'ah dalam kehidupuan. (Kiriman Ahmad Sanusi Husain - SUNDAY, SEPTEMBER 16, 2018) yang bertajuk HADIS - ikuti Sunnah dan jangan ikuti bid'ah.

حَدَّثَنِي يَحْيَى بْنُ أَبِي الْمُطَاعِ قَالَ سَمِعْتُ الْعِرْبَاضَ بْنَ سَارِيَةَ يَقُولُ قَامَ فِينَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ فَوَعَظَنَا مَوْعِظَةً بَلِيغَةً وَجِلَتْ مِنْهَا الْقُلُوبُ وَذَرَفَتْ مِنْهَا الْعُيُونُ فَقِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَعَظْتَنَا مَوْعِظَةَ مُوَدِّعٍ فَاعْهَدْ إِلَيْنَا بِعَهْدٍ فَقَالَ عَلَيْكُمْ بِتَقْوَى اللَّهِ وَالسَّمْعِ وَالطَّاعَةِ وَإِنْ عَبْدًا حَبَشِيًّا وَسَتَرَوْنَ مِنْ بَعْدِي اخْتِلَافًا شَدِيدًا فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ الْمَهْدِيِّينَ عَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ وَإِيَّاكُمْ وَالْأُمُورَ الْمُحْدَثَاتِ فَإِنَّ كُلَّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ

Telah menceritakan kepadaku Yahya bin Abi Al Mutha' ia berkata; aku mendengar 'Irbadl bin Sariyah berkata; "Pada suatu hari Rasulullah SAW berdiri di tengah-tengah kami. Baginda memberi nasihat yang sangat menyentuh, membuat hati menjadi gemetar, dan airmata berlinangan. Lalu dikatakan; "Wahai Rasulullah, engkau telah memberikan nasihat kepada kami satu nasihat perpisahan, maka berilah kami satu wasiat." Baginda bersabda: "Hendaklah kalian bertakwa kepada Allah, mendengar dan taat meskipun kepada seorang hamba Habasyi. Dan sepeninggalku nanti, kalian akan melihat perselisihan yang sangat dahsyat, maka hendaklah kalian berpegang dengan sunnahku dan sunnah para khulafaur Rasyidin yang mendapat petunjuk. Gigitlah sunnah itu dengan gigi geraham, dan jangan sampai kalian mengikuti perkara-perkara (bid’ah) yang dibuat-buat, kerana sesungguhnya semua bid’ah itu adalah sesat." (HR Ibnu Majah No: 42) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

Rasulullah SAW meninggalkan wasiat untuk kita laksanakan:

1.  Hendaklah kita bertakwa kepada Allah, mendengar dan taat kepada pemimpin yang benar dan hak, meskipun kepada seorang hamba Habasyi.

2.  Sepeninggalan Rasulullah SAW,  akan berlaku banyak perselisihan yang dahsyat. Sebagai orang beriman, kita mesti berpegang teguh (menggigit dengan gigi geraham)  sunnah Rasulullah SAW dan sunnah para khulafa ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk. Mengigit dengan gigi geraham lebih kuat dan mantap berbanding mengigit dengan gigi kacip yang boleh terlepas.

3.  Berpegang teguh dengan sunnah yang dimaksudkan ialah teguh dan berterusan mengikuti dan mencontohi semua jalan hidup, pemikiran, amalan dan tunjuk ajar Rasulullah SAW dalam segenap lapangan hidup. Juga mengikuti jalan hidup khulafa ar-Rashidin.

Jadilah seperti Saidina Abu Bakar Ash Shiddiq RA yang menyatakan:

لَسْتُ تَارِكًا شَيْئًا كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ يَعْمَلُ بِهِ إِلَّا عَمِلْتُ بِهِ إِنِّي أَخْشَى إِنْ تَرَكْتُ شَيْئًا مِنْ أَمْرِهِ أَنْ أَزِيْغَ

“Tidaklah aku biarkan satupun yang Rasulullah SAW amalkan kecuali aku mengamalkannya kerana aku takut jika meninggalkannya sedikit saja, aku akan menyimpang.” (HR. Abu Daud No. 2970. Syaikh Albani mengatakan bahwa atsar ini sahih)

4.  Jangan terlibat dengan perkara bid’ah yang dikeji. Bid’ah yang dikeji mengikut Ibnu Hajar al-Asqalani adalah menambah atau mengurangkan dalam hal agama yang tiada dalil syarak dan ia adalah amalan yang dikeji oleh Syarak.

#Hadis #SunanIbnuMajah #Sunnah #Muslim #Islam
Posted by Editor at 12:22

In Syaa Allah sama-sama kita beroleh manfaat untuk kebaikan bukan sahaja kita hari ini tetapi untuk Islam dan Melayu masa depan. Aamiin. 
eno.wir
Foto Beranimasi
Sunday, September 16, 2018
Anwar tolak kerjasama PH, PKR – Umno
Posted By: Pentadbiron: September 16, 2018
Anwar tolak kerjasama PH, PKR - Umno
Pemimpin tertinggi PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tiada kerja sama antara Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Umno, paling tidak buat masa sekarang.

“Sudah pasti tiada dan semestinya bukan pada sekarang. Kami tidak pernah mempertimbangkan hal ini. Mereka (Umno) bersama dengan PAS pagi ini dalam suatu persidangan,” beliau memberitahu pemberita di Singapura hari ini merujuk pimpinan Umno hadir Muktamar PAS ke-64.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat meramalkan apa yang akan terjadi pada masa hadapan.

“Hal akan datang itu que sera sera (masa hadapan di luar kawalan). Tetapi buat masa ini, tidak ada langsung dalam pertimbangan,” katanya ketika ditanya mengenai kemungkinan kerjasama akan datang.

Anwar membuat kenyataan selepas Anggota Parlimen Umno dari Padang Rengas Datuk Seri Nazri Aziz mengumumkan mahu membantunya dalam pilihan raya kecil Port Dickson.

Khamis lalu, Nazri berkata beliau mahu Umno bekerja sama dengan PKR supaya bekas parti pemerintah itu dapat kembali menjadi kerajaan.

Sementara itu, mengenai dakwaan Umno mengkaji bercantum dengan BERSATU, Anwar berkata beliau tidak bimbang.

“Kenapa risau? Mereka boleh berbincang dengan sebarang anggota gabungan HARAPAN. Tiada masalah,” katanya.

Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan awal hari ini bahawa kesemua anggota parlimen parti itu telah menandatangani pengisytiharan bagi memberi kuasa kepada beliau mengkaji kerja sama dengan kesemua parti-parti politik, termasuklah HARAPAN dan PAS.

Beliau juga tidak menolak bekerja sama dengan parti komponen HARAPAN walaupun baru-baru ini Umno cukup dekat dengan PAS mengatakan “pintu senantiasa terbuka.”


WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: ANWAR TOLAK KERJASAMA PH, PKR – UMNO
http://wrlr.blogspot.com/2018/09/anwar-tolak-kerjasama-ph-pkr-umno.html
Foto Rin Du.
Sunday, September 16, 2018
Langkah PD: DAP aktif jentera sokong Anwar – Guan Eng
Posted By: Pentadbiron: September 16, 2018

SELAIN DAP, AMANAH, DAN BERSATU TELAH MENGELUARKAN ARAHAN KEPADA PENYOKONG MASING MASING.
Langkah PD: DAP aktif jentera sokong Anwar - Guan Eng
DAP menzahirkan sokongan padu terhadap keputusan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di kerusi Parlimen Port Dickson untuk kembali ke parlimen berikutan tempoh untuk Presiden PKR yang menang tanpa bertanding itu kembali ke parlimen telah “lama tertangguh”

Dalam kenyataan, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata Anwar akan mewakili visi Pakatan Harapan (HARAPAN) bagi pembinaan negara dan perpaduan nasional di bawah kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Keputusan Anwar untuk bertanding di Port Dickson tiba pada saat kritikal untuk mengesahkan dan memperkukuhkan jiwa Malaysia sebagai negara demokratik, menghormati kedaulatan undang-undang, mendukung integriti dalam kepimpinan, keadilan sosial dan ekonomi, toleransi, meraikan kepelbagaian dan keterangkuman.

“DAP percaya pengundi di kawasan Parlimen Port Dickson akan memberikan kemenangan besar kepada Pakatan dan Anwar,” katanya.

Lim yang juga Anggota Parlimen Bagan berkata DAP akan mengarahkan Jawatankuasa Negeri Sembilan untuk mengaktifkan jentera dan menggerakkan sokongan bagi memastikan kejayaan Anwar dan Pakatan di Port Dickson.

Pada Rabu, kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan untuk memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding selepas penyandang kerusi itu Datuk Danyal Balagopal Abdullah mengumumkan peletakan jawatannya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Danyal Balagopal memenangi kerusi Port Dickson dengan majoriti 17,710 undi selepas meraih 36,225 undi manakala VS Mogan daripada Barisan Nasional memperoleh 18,515 undi dan calon PAS Mahfuz Roslan mendapat 6,594 undi.

Lim berkata pembangkang akan bertanding menentang Anwar untuk mempromosikan politik mereka yang bersifat memecah-belahkan, cauvinis etnik, dominasi perkauman dan ekstremisme agama.


WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: LANGKAH PD: DAP AKTIF JENTERA SOKONG ANWAR – GUAN ENG
http://wrlr.blogspot.com/2018/09/langkah-pd-dap-aktif-jentera-sokong.html

Sunday, September 16, 2018

Cara peniaga layan calon UPSR risik harga ‘superbike’ layak dapat 5 bintang
PETALING JAYA: Umurnya mungkin baru 12 tahun, tapi impiannya untuk memiliki motosikal Ducati berharga RM339,900 tidak sama sekali diperlekehkan peniaga motosikal berkuasa tinggi.

Kanak-kanak yang namanya tidak didedahkan itu menghantar mesej peribadi kepada Pengarah Urusan Madani Bikes untuk 'merisik' harga motosikal Ducati 1299 R pada Isnin.

Hairi Jasadi membalas pertanyaan tersebut dengan menyatakan harga 'superbike' berkenaan sebelum mengetahui umur sebenar pelanggannya itu.

Hairi menjemput pelanggan itu untuk datang melihat sendiri motosikal pilihannya di premis yang terletak di Wisma Pahlawan, Kuala Lumpur.

Namun, jawapan yang diberikan pelanggan itu sungguh mengejutkan dan amat mencuit hati pengarah urusan tersebut.

"Tak boleh sekarang (datang ke kedai) sebab saya belum Tingkatan 1 pun lagi, kalau saya nak beli pun tiga tahun akan datang.

"Agaknya, tiga tahun akan datang ada lagi tak motor macam ni?," soal pelanggan itu.
Paparan skrin perbualan antara Hairi dan pelanggan ciliknya.

Kanak-kanak tersebut sempat bertanya sama ada harga Ducati 1299 R akan turun dalam masa lima tahun akan datang.

"Yes, turun," jawab Hairi ringkas.

Perbualan melucukan itu dimuat naik oleh Hairi pada Selasa lalu dan menjadi tular di Facebook.
Setakat ini, posting tersebut menerima lebih 1,100 perkongsian dan mendapat lebih 2,200 tanda suka.
Rata-rata netizen menghormati dan mengagumi cara Hairi melayan pelanggan dengan penuh rasa sabar.

Hairi berkata, beliau tidak pernah membezakan layanan yang diberikan kepada semua pelanggan dan sentiasa memberikan yang terbaik biarpun pelanggan tersebut tidak serius untuk membuat pembelian.
"Saya dah biasa dapat pelanggan macam adik ni selama enam tahun menguruskan Madani Bikes.

"Orang tanya pelik-pelik pun, saya layan macam biasa je sebab bagi saya ini adalah ujian," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Sabtu.

Tambah beliau, semua kakitangannya juga diminta melakukan perkara sama kepada semua pelanggan tanpa melihat latar belakang mereka.

Jelasnya, sebagai manusia biasa, kesabarannya pernah teruji tapi beliau tidak akan sekali-kali menunjukkan rasa tidak selesa atau membalas pertanyaan pelanggan dengan cara tidak menyenangkan.
Hairi merupakan Pengarah Urusan Madani Bikes.

"Mereka semua tu pelanggan. Kadang-kadang yang 'walk-in' pakai selipar, naik motor kapcai, tapi tak sangka dia betul-betul nak beli.

"Kita tak boleh pandang rendah pada semua orang. Ramai je pelanggan yang tanya macam serius tapi tak beli pun, ada juga yang tanya sekali terus datang kedai dan beli," ujarnya.

Menurut Hairi, Madani Bikes menumpukan kepada jualan 'superbike' jenis Ducati dan beberapa jenama lain serta beberapa aksesori permotoran.

Semua motosikal yang terdapat di premisnya adalah jenis berkuasa tinggi iaitu 400 CC ke atas.

Harga bagi sebuah motosikal Ducati di Madani Bikes bermula antara RM50,000 hingga RM173,000.

Bagaimanapun, Ducati 1299 R bernilai RM339,900 itu hanya dipamerkan selama sehari di premisnya.

http://kachipemas.blogspot.com/2018/09/perghh-cara-peniaga-layan-calon-upsr.html

MENCONTENG UNTUK PERUBAHAN™
merentasi realiti ..bukan sekadar bawah tempurung media pengampu ...
PH hanya berkuasa setahun sahaja lagi?
APABILA kerjasama PAS dan UMNO sudah dizahirkan secara tidak berselindung lagi, sewajibnya Pakatan Harapan sudah boleh menjangkakan satu tekanan kuat buat mereka. Tekanan dan ancaman ini jika tidak diurus dengan baik akan mengundang padah yang besar kepada kekuasaan yang sedia ada pada hari ini.

Peratus melayu yang mengundi Pakatan Harapan bukanlah suatu angka yang besar. Dan tidak mustahil peratusan itu akan terus merosot dari hari ke hari.

Ini sebenarnya suatu amaran buat pendesak yang ada di dalam Pakatan Harapan terutama berkaitan dengan kedudukan orang melayu dan Islam. Jika terus menerus mendesak terhadap perkara yang dikira sensitif dikalangan orang melayu, akhirnya pasti anda akan gigit jari.

~ Menconteng Untuk Perubahan™

Kita tidak boleh menafikan sama sekali, ada sesetengah isu yang dipolimikkan hanyalah isu yang dibesar-besarkan. Jangan lupa juga ada sesetengah isu yang dibawa oleh PH sebelum menjadi kerajaan, ada juga yang dibesarkan melalui media sosial. Walaupun PH boleh menafikan beberapa isu, mereka juga tidak boleh menepikan pengaruh dan ledakan media sosial. Jika masih ditahap 'honeymoon' dan tidak cepat bertindak, peratusan untuk melayu menyokong PH semakin menipis.

Dalam bulan Jun dan Julai saya pernah meramalkan bahawa PAS dan UMNO akan bekerjasama/bersatu. Kini melalui muktamar PAS, UMNO dilihat hadir dan lebih mesra untuk mencorak satu kerjasama kukuh bagi menghadapi PH.

Najib tidak lagi dilihat sebagai suatu beban kepada UMNO dari kaca mata PAS. PAS boleh melupakan semua keburukan yang dilakukan oleh bos UMNO terdahulu. Dan selepas selesai perbicaraan Najib kelak, UMNO seolah-olah dilihat 'bersih' oleh PAS dan rakyat.

Selepas itu, fokus PAS dan UMNO adalah untuk menawan Putrajaya. Kita boleh jangka, isu melayu dan Islam selepas ini akan digembur habis- habisan.

MCA dan MIC jika mahu terus menerus relevan, mahu atau tidak akan tunduk dan patuh kepada dua parti besar orang melayu ini. Mungkin Barisan Nasional akan terkuvbur dan satu nama lain akan diwujudkan.

Suatu perkara lagi yang harus diberi perhatian adalah persaingan dua kem di dalam PKR.

Tidak mustahil juga, ada kelompok - kelompok tertentu akan berhijrah ke kem pembangkang yang akan diwujudkan kemudian. Akibat kalah dan parah, siapa boleh menjangkakan semua ini.

Saya melihat perkara yang paling utama adalah perlu golongan pendesak di dalam PH untuk berfikir kembali tindakan mereka.

Mahu terus mendesak atau terus gigit jari!
PH hanya berkuasa setahun sahaja lagi? ~ Menconteng Untuk Perubahan™
https://penburukonline.blogspot.com/2018/09/ph-hanya-berkuasa-setahun-sahaja-lagi.html

BERITA
PATRIOT kecam perbarisan anggota PAS dalam seragam serupa tentera
Diterbitkan 16 Sep 2018, 11:35 pagi  |  Dikemaskini 16 Sep 2018, 11:40 pagi
Persatuan Patriot Kebangsaan (PATRIOT) menggesa Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan berhubung pakaian perbarisan yang terdiri daripada Jabatan Amal yang disifatkan menyerupai pakaian tentera.
"Menyaksikan Hadi membuat pemeriksaan perbarisan yang memakai pakaian yang sangat menyerupai seragam dan medal tentera nombor satu menimbulkan rasa terkejut dan tidak percaya di kalangan pesara tentera.
"Seksyen 140 Kanun Keseksaan (Akta 574) menyatakan bahawa adalah satu kesalahan bagi sesiapa yang bukan anggota tentera memakai pakaian, atau membawa sebarang tanda penghargaan yang menyerupai pakaian atau medal tentera," kata Presiden PATRIOT Datuk Mohamed Arshad Raji.

Arshad berkata demikian sebagai merujuk program perasmian Muktamar PAS ke-64 yang dirasmikan Hadi di Kuala Terengganu, semalam.

"Sebelum perkara ini menjadi tidak terkawan, PATRIOT menggesa Kementerian Pertahanan dan KDN mengambil tindakan yang sewajarnya," katanya.

Arshad menjelaskan bahawa seragam tentera Malaysia nombor satu biasanya dipakai oleh tentera pada majlis rasmi atau program penting.

"Pemeriksaan perbarisan di dalam tentera dan polis, yang diadakan dengan pakaian rasmi (tentera), biasanya untuk penghormatan kepada golongan istana, perdana menteri, timbalan perdana menteri, menteri pertahanan dan panglima.

"Ini merupakan perkara serius dan tidak seharusnya digunakan oleh mana-mana organisasi yang dianggap menghina tradisi tentera," katanya.

Arshad turut menegaskan bahawa Angkatan Tentera Malaysia perlu menjaga tradisi ketenteraan.

"Seragam tentera perlu dijaga daripada disalahgunakan oleh pihak lain yang tidak layak memakainya. Dalam kejadian pemeriksaan perbarisan anggota PAS yang memakai pakaian seperti seragam tentera nombor satu, PATRIOT berharap panglima tentera atau ketua pegawai menjadi yang terawal menegur perkara ini.

"Maruah, integriti dan tradisi tentera dan polis perlu diangkat. Ini masa yang tepat bagi menghentikan pihak yang bukan tentera atau organisasi bukan tentera memakai seragam tentera atau yang kelihatan seperti seragam tentera," katanya.

[Baca berita asal]
PATRIOT kecam perbarisan anggota PAS dalam seragam serupa tentera
https://www.malaysiakini.com/news/443364

Foto Ruslandi Lan.
Sunday, 16 September 2018
ANWAR SEPATUTNYA DIBERI KEMENANGAN YANG SELESA DI PORT DICKSON, TAPI....

Entah mengapa, malah semacam  tiba-tiba, sentimen berkaitan pilihanraya kecil Port Dickson yang tujuannya mahu meletakkan semula Anwar Ibrahim sebagai Ahli Parlimen, telah berubah menjadi bercabang-cabang dan tidak seperti yang diharapkan.

Terikat dengan janji bahawa Anwar telah dipersetujui untuk menggantikan Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ke-8, pilihanraya kecil Port Dickson sepatutnya disambut dengan rasa gembira oleh semua pihak dalam Pakatan Harapan.

Setidak-tidaknya, dengan Anwar sudah bergelar Ahli Parlimen, jika apa-apa terjadi kepada Tun Mahathir, soal pengganti Perdana Menteri tidak lagi menjadi masalah kepada gabungan itu.

Berbanding Anwar tidak bergelar Ahli Parlimen dan kalau tiba-tiba secara tidak semena-mena berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada Tun Mahathir, sudah tentu akan berlaku sedikit kekalutan dalam soal menentukan siapa yang mahu diletakkan sebagai penggantinya.

Apakah ketika itu Dr. Wan Azizah Wan Ismail akan dilantik sebagai pemangku Perdana Menteri atau terus mengambil alih jawatan Perdana Menteri?

Sebab itu, bagi Pakatan Harapan seluruhnya, Langkah Port Dickson ini harus diterima dan dihadapi dengan satu sentimen dan komitmen yang jelas iaitu menjamin kemenangan yang selesa buat Anwar.

Hanya dengan kemenangan selesa kepada Anwar saja dapat meredakan segala keributan dan syak wasangka berkaitan Pakatan Harapan dan juga tentang hubungan Presiden PKR itu dengan Tun Mahathir.

Selebihnya, kemenangan selesa itu, menuruti kemenangan dalam tiga pilihanraya kecil sebelum ini, adalah ubat paling mujarab untuk terus mendiamkan UMNO dan Pas daripada berterusan berpencak yang bertujuan mengkucar-kacirkan Pakatan Harapan.

Bayangkan betapa meraknya tocang UMNO dan Pas jika di Port Dickson ini, Anwar hanya menang tipis atau lebih parah, kalau ditimpa kekalahan?

Oleh yang demikian, demi kestabilan, kekukuhan dan terus memudahkan Tun Mahathir dalam mentadbir negara, tiada pilihan selain memastikan kemenangan selesa serta bergaya buat Anwar di Port Dickson.

Namun, di sebalik itu, sentimen lain yang wujud kebelakangan ini jelas tidak berapa sedap kedengaran di mana terdapat suara-suara di kalangan penyokong Pakatan Harapan sendiri yang lebih suka melihat agar Anwar tidak menang di Port Dickson.

Alasan yang ditampilkan ialah Anwar dilihat begitu tergesa-gesa mahu mengambil alih jawatan Perdana Menteri, meskipun Tun Mahathir sudah membayangkan hanya akan memegang jawatan itu selama dua tahun saja.

Mereka berhujah, mengapa tidak Anwar kembali sebagai Ahli Parlimen setelah setahun atau setahun setengah Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri?

Kenapa hanya baru empat bulan Tun Mahathir jadi Perdana Menteri dan masih dalam bertungkus lumus hendak memulihkan negara, Anwar tiba-tiba sudah mahu jadi Ahli Parlimen?

Apakah beliau masih meragui janji Tun Mahathir dan tidak mempercayai konsensus Pakatan Harapan mengenai kedudukannya sebagai Perdana Menteri ke-8?

Lagi pula, untuk apa Anwar tergesa-gesa hendak masuk ke Parlimen, sedangkan isterinya sudah memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan anaknya, Nurul Izzah turut merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh?

Selain itu, mengapa Anwar memilih Port Dickson dan tidak Pandan atau Permatang Pauh yang kini diwakili oleh isteri dan anaknya tidak kurang menjadi persoalan ramai.

Kata mereka yang berhujah, jika benar Dr. Wan Azizah Wan Ismail akan meletakkan jawatan sebaik Anwar menjadi Perdana Menteri, bukankah lebih baik beliau bertanding di kawasan Pandan yang sekarang diwakili isterinya itu?

Tidak kurang yang mempersoalkan di mana janji Anwar sebaik keluar penjara dan diberi pengampunan sebelum ini yang mahu menghabiskan sekurang-kurangnya dua tahun untuk bercuti dan memberi syarahan di universiti-universiti luar negara?

Berdasarkan semua alasan itu, ramai yang berhujah bahawa lebih baik Anwar kalah dalam pilihanraya kecil Port Dickson dan kemudian boleh kembali sebagai Ahli Parlimen dalam PRU15 pada tahun 2023 akan datang.

Ia bahkan dikatakan selain untuk memberi pengajaran kepada Anwar yang dilihat tidak sabar dan mementingkan diri sendiri, turut memberi ruang yang cukup selesa kepada Tun Mahathir dan kabinet sedia ada menyelesaikan pelbagai permasalahan negara yang ditinggalkan oleh Najib Razak.

Apa pun, sementara tarikh penamaan calon dan pengundian belum ditetapkan lagi dan tempoh bertenang masih ada lebih kurang 60 hari daripada sekarang, Pakatan Harapan dan PKR khususnya, harus menguruskan sentimen penolakan itu dengan sebaik-baiknya.

Apatah lagi, sentimen itu melibatkan nama-nama yang dikenali ramai seperti S Ambiga, bekas Pengerusi Bersih, selain Langkah Port Dickson juga dikatakan hanya cetusan kehendak Rafizi Ramli dan tidak dibincangkan dalam Biro Politik PKR.

Sentimen itu, kalau tidak diuruskan dengan baik dan kemudian berkembang dengan meluas di media-media sosial, ia tidak mustahil akan memberi kesulitan kepada langkah Anwar untuk mencapai kemenangan di Port Dickson. Bahayanya jika Anwar kalah di Port Dickson ialah ia tidak saja akan mengkucar-kacirkan Pakatan Harapan, malah sama seperti menghadiahkan ufti kemenangan kepada pihak lawan iaitu UMNO dan Pas. Apakah itu lebih baik? 

(ShahbudinHusin 16/09/2018). 
Posted by Shahbudin Husin at 13:14 
Shahbudin dot com: ANWAR SEPATUTNYA DIBERI KEMENANGAN YANG SELESA DI PORT DICKSON, TAPI....
https://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/09/anwar-sepatutnya-diberi-kemenangan.html


Tiada ulasan: