Isnin, 17 September 2018

Yang bukan bersikap manusia mahu mengaku pahlawan? 8214.


Jawapan Tok Mat: “Saya akan tumpukan perhatian saya untuk DUN Rantau jika mahkamah putuskan perlu ada PRK di kawasan itu.”
Port Dickson? Ini Jawapan Anwar & Tok Mat Akan Lawan? - EkEleh!
http://www.ekeleh.com/port-dickson-ini-jawapan-anwar/

Ahli PAS berkurangan hampir 80,000 orang
MUKTAMAR | Jumlah keanggotaan PAS didapati menurun hampir 80,000 selepas parti itu melakukan "pemutihan".

Menurut Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berdasarkan rekod yang ada pada PAS jumlah anggota parti itu sekarang ialah 818,029 orang dan ada 7,140 cawangan di seluruh negara.

Berucap semasa sesi penggulungan petang ini Takiyuddin menjelaskan PAS Pusat juga mendapati ada 20 kawasan yang tidak memiliki dewan muslimat dan 11 kawasan tidak ada dewan pemuda.

Kata Takiyuddin, berbanding dengan 222 kerusi parlimen yang ada ketika ini ada 26 kawasan di tempat tertentu yang belum ditubuhkan organisasi parti itu.

Untuk rekod semasa muktamar PAS di Alor Setar pada tahun lalu Takiyuddin mengumumkan parti itu berjaya menambah hampir 100,000 anggota baru sejak pertengahan 2016.

Pertambahan itu menjadikan jumlah anggota PAS ketika itu seramai 897,800 orang, dan ia tidak mencapai sasaran sejuta ahli yang ditetapkan ketika itu.

Berdasarkan maklumat diberi Takiyuddin hari ini, terdapat penurunan 79,711 orang - atau 8.89 peratus - anggota PAS sekarang berbanding tahun lalu.

Bagaimanapun beliau tidak menjelaskan punca atau faktor penurunan jumlah keanggotaan berkenaan.

Arahan mesti laksana

Sementara itu Takiyuddin juga mendedahkan pengurusan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) masih belum memuaskan.

Beliau yang juga anggota parlimen Kota Bharu berkata DHPP baru dapat mengadakan konvensyen untuk kali pertama pada tahun ini dan ia akan dijadikan agenda tetap muktamar.

Bagi tahun ini kata Takiyuddin DHPP hanya berjaya menambah kira-kira 100 orang anggota baru, termasuk dari Sabah dan Sarawak.

"Ini menunjukkan sistem kita belum cukup sempurna dan efisyen," katanya.

Justeru Takiyuddin mengarahkan supaya timbalan yang dipertua PAS di sesuatu kawasan dilantik menjadi penyelaras DHPP bagi menarik lebih banyak sokongan kepada sayap parti

Di peringkat negeri pula katanya timbalan pesuruhjaya pula dilantik menjadi penyelaras DHPP sesebuah negeri.

"Tak mungkin ada kawasan yang tak ada orang bukan Islam.

"Ini arahan yang mesti dilaksanakan," katanya.
-malaysiakini
at 9/16/2018 07:00:00 PTG
KERENGGA: Ahli PAS berkurangan hampir 80,000 orang
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/09/ahli-pas-berkurangan-hampir-80000-orang.html

AHAD, 16 SEPTEMBER 2018 
KE DALAM TONG SAMPAH SEJARAH

WOIT TOWKAY MANA? SUDAH CABUT KE?
SYARIKAT TIADA DUIT BAYAR GAJI, WARTAWAN UTUSAN MAHU LANCAR PROTES


WARTAWAN Utusan Malaysia mahu melancarkan protes hanya bertugas di pejabat  selepas pihak pengurusan Kumpulan Utusan Melayu Berhad dua kali gagal membayar gaji mengikut jadual, kata Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia cawangan syarikat itu (NUJ-Utusan).

Khamis lalu, NUJ Utusan diberitahu oleh pihak pengurusan bahawa syarikat sudah tidak ada wang yang cukup untuk membayar gaji kakitangannya.

Keadaan ini akan menyukarkan kakitangan untuk bekerja seperti biasa, termasuk hendak mengisi minyak pergi bertugas khasnya bagi wartawan dan jurugambar yang selalu bertugas di luar, kata ahli majlis kesatuan itu.

SEDIH SEDIH AKHIRNYA AKHBAR KIRI DIAMBIL POLITIK KANAN KINI DIHUMBANKAN KE  DALAM TONG SAMPAH SEJARAH KAH KAH KAH

24/08/2018
Pertemuan Anwar – M.Nasir, Topi Pula Yang Menjadi Perhatian!
Pertemuan antara pemimpin dan insan seni, antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan komposer terkenal Datuk M.Nasir. Ada yang bertanya, kenapa mereka bertemu? Agaknya pertemuan biasa serta perbincangan untuk merancakkan industri seni negara.

Pertemuan selama sejam itu berlangsung di pejabat DS Anwar di Bukit Gasing semalam. “Lagu beliau berjudul ‘Bila Rumi Menari’ yang berirama rancak dan sarat dengan mesej cinta dan falsafah itu ternyata memberi kesan yang mendalam pada AI.

“M. Nasir juga turut ditemani nama besar lain S. Amin Shahab. Semoga mereka terus kreatif berkarya dan terus mewarnai industri muzik tanah air,” tulis DS Anwar di Facebooknya.

Ingatkah kenyataan kontroversi M.Nasir pada 1996, sehingga dia digam oleh  stesen televisyen dan radio tempatan. Soalan anak kelahiran Singapura itu,  ‘Siapa Mahathir’ membawa padah buat dirinya sehingga digam..
Mengenai pertemuan itu, ada yang diperhatikan netizen, topi 1Malaysia yang dipakai M.Nasir. 1Malaysia gagasan PM sebelum ini, kini 1Dunia pun tahu betapa tersohornya PM itu. 

http://www.ekeleh.com/pertemuan-anwar-m-nasir/

15/09/2018
Sultanah Nur Zahirah Nafi Terlibat Dengan TIA, Lho Dan 1MDB
Sultanah Terengganu tidak pernah pada bila-bila masa terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam apa-apa urusan pentadbiran kerajaan dan secara khususnya penubuhan Terengganu Investment Authority (TIA).
Setiausaha Dewan Pangkuan Diraja Terengganu berkata kenyataan dalam buku “The Sarawak Report: The Inside Story of The 1MDB Expose” yang mengaitkan Sultanah Nur Zahirah dalam isu berkenaan tidak benar sama sekali. 

Beliau menafikan sekeras-kerasnya kenyataan di muka surat 3 buku itu yang menyebut “Jho was also friendly with a key player in Terengganu, the wife of the Sultan, whose acquiescence was needed to set up the fund and he later cited her support as having been crucial to his obtaining the advisory position” 

“Sultanah juga tidak pernah pada bila-bila masa mengenali ataupun mempunyai sebarang hubungan dengan penama ‘Jho’ yang tersebut dalam buku itu,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Oleh demikian penulis buku berkenaan perlu mengambil langkah yang sewajarnya untuk membetulkan fakta dan memohon maaf kepada Sultanah Terengganu atas kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu. 

Buku “The Sarawak Report: The Inside Story of the 1MDB Expose” yang menceritakan kisah sebalik siasatan skandal 1MDB oleh editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown dilancarkan pada 8 September. 

Untuk rekod, 1MDB bermula sebagai TIA, iaitu tabung kekayaan berdaulat yang bertujuan memberi pembangunan ekonomi kepada Terengganu untuk jangka panjang dan melestarikan sosio-ekonomi rakyat negeri itu secara amnya. 

Ia ditubuhkan pada 2008 dan kemudiannya bertukar taraf kepada koperasi perbadanan diberi nama 1MDB pada Januari 2009.

Sultanah Nur Zahirah Nafi Terlibat Dengan TIA, Lho Dan 1MDB - EkEleh!
http://www.ekeleh.com/sultanah-nur-zahirah-nafi-terlibat-dengan-tia-lho-dan-1mdb/

25/08/2018
Siapa Sebenarnya Low Hock Peng, Bapa Kepada Jho Low?

Nama Tan Sri Larry Low Hock Peng menjadi hangat selepas Polis Diraja Malaysia hari ini mengumumkan akan mengemukakan permohonan notis merah daripada Interpolbagi mengesan dan menahan beliau dan anaknya iaitu Low Taek Jho atau Jho Low.

Kedua-dua ahli perniagaan itu berdepan sembilan pertuduhan berhubung pembabitan dalam skandal berprofil tinggi, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Nama Hock Peng mungkin jarang disiarkan di media berbanding Jho Low, namun beliau merupakan antara tokoh korporat terkenal di Malaysia dan Singapura.

Berikut adalah lima fakta mengenai Hock Peng, bapa kepada Jho Low:

1. Hock Peng pernah berkhidmat di lembaga MWE Holdings Bhd dari tahun 1985 hingga 2003. Fokus beliau di syarikat berkenaan adalah berhubung pembangunan perniagaan dan hal ehwal korporat.

2. Beliau pernah menjadi pengasas bersama Frenchken Group Limited pada tahun 1995 yang mempunyai operasi di Eropah, Asia dan Amerika Syarikat.

3. Beliau merupakan dermawan untuk Jynwel Charitable Foundation.

4. Kekayaan keluarga ini diwarisi oleh Datuk Low Meng Tak yang dilahirkan pada 1922 di Guangdong, China. Meng Tak melakukan pelbagai perniagaan seperti perlombongan bijih besi dan penyulingan minuman keras di China dan Thailand.

5. Hock Peng berdepan satu tuduhan sementara itu anaknya, Jho Low berdepan lapan pertuduhan susulan pembabitan dalam skandal 1MDB. Pihak mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap ke atas kedua-dua individu berkenaan.

Siapa Sebenarnya Low Hock Peng, Bapa Kepada Jho Low? - EkEleh!
http://www.ekeleh.com/siapa-sebenarnya-low-hock-peng/

Lengah Lantik Pegawai Menteri Harapan, Selepas Dihantar Kursus 7 Ditukar Serta-Merta
14/09/2018

Beberapa pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang didakwa melengahkan perlantikan dan pembayaran gaji pegawai menteri telah ditukarkan. Perkara tersebut disahkan Ismail Bakar, Ketua Setiausaha Negara yang baharu.

Menurut laporan The Malaysian Insight yang memetik beberapa sumber, kesemua pegawai tinggi yang terlibat seramai tujuh orang, melibatkan seorang pengarah dan enam timbalan pengarah.

Namun menurut Ismail, hanya sebahagian yang ditukar itu berkait dengan masalah tersebut.
“Sebahagian daripada mereka (berkait dengan kes) tapi bukan kesemuanya. Kami melihatnya dari mengikut kes.“Ini adalah prosedur biasa. Mereka sudah lama dalam perkhidmatan awam. Kita mahu beri mereka sedikit pengalaman dalam jabatan berbeza.” – Ismail 

Pada mulanya dihantar berkursus sebelum diarah bertukar oleh Ismail. 

“Minggu lepas (mereka) sudah dapat arahan kena keluar daripada JPA, seorang pengarah dengan enam timbalan pengarah.” – sumber 

Ia menimbulkan keresahan dan kemarahan dalam kalangan penjawat awam yang berpendapat mereka menjadi mangsa. 

Seperti laporan sebelum ini yang berpunca dari masalah kelayakan akademik dan masalah dokumen yang menyebabkan kelewatan tersebut. 

“Sebelum ini kecoh kata orang kerajaan sabotaj sebab tidak mahu lantik SUS (Setiausaha Sulit), PTTK (Pegawai Tugas-tugas Khas), SUA (Setiausaha Akhbar) dan semua pegawai menteri. Masalahnya mereka ini tidak layak dari segi akademik untuk jawatan itu.” – sumber. 

Mereka mempersoalkan tindakan tegas Ismail, yang didakwa “tunduk kepada tekanan politik” tidak sampai seminggu memegang jawatan selepas dilantik pada 29 Ogos lalu. 

“Manifesto (Pakatan Harapan) kata nak bebaskan perkhidmatan awam daripada pengaruh politik. 

“Pegawai dihantar kursus tapi lepas tu ditukarkan ke jawatan lain. Kononnya sebagai isyarat kepada semua pegawai kerajaan.”

Lengah Lantik Pegawai Menteri Harapan, Selepas Dihantar Kursus 7 Ditukar Serta-Merta - EkEleh!
http://www.ekeleh.com/lengah-lantik-pegawai-menteri-harapan/

31 July 2018
TERIMA KASIH PAHLAWAN MALAYSIA!
'Operasi iblis 1971' 

Operasi khas dilancarkan oleh Markas Briged Kedua Infatri Malaysia berikutan kehadiran pengganas komunis di kawasan Hutan Korbu, Sungai Siput dan Tanah Hitam, Perak pada 31 Mei 1971.

Misi Operasi untuk mencari dan memusnahkan Unit Penggempur Ke-5 Pasukan Gerakan Komunis (PGK) yang beroperasi merangkumi kawasan Bukit Berapit, Air Kala, Hutan Simpan Kinta dan Slim River, Perak.

Diketuai Kapten Mohana Chandran dari Batilion Keempat Rejimen Renjer Diraja (4 RRD) yang kemudian terkorban dalam operasi tersebut. 

***************** 

Mahu sebut dalam Buku Teks Sejarah, komunis itu pejuang? 

Komunis itu pembela kemerdekaan? 
Komunis itu juga berjasa kepada tanah air ini?
Komunis itu memelihara nasib hidup atok nenek dahulu? 

SILA PERGI MATI WAHAI PENGKHIANAT! 

Walau ada yang mengagung perjuangan komunis 
Walau ada yang menjunjung fahaman komunis 
Walau ada yang mengiktiraf pengganas komunis 
Walau ada yang membela kematian komunis 
Walau ada yang menuntut kepahlawanan komunis 

Ketahui lah Para Pahlawan sejati tanah air! 

Yang telah gugur mahupun yang masih tempur 

Bahawa majoriti kami masih tekad dan teguh 
Masih mengenang dan mengimbau 
Masih ingati dan hargai 

Segala jasa pengorbanan kamu semua 

Demi tanah air ini! 
Demi kelangsungan hidup bergenerasi! 
Demi kedamaian untuk kami hari ini! 

"Selamat Menyambut Hari Pahlawan Tahun 2018!"
"Terima kasih PAHLAWAN!" 
"Terima kasih PERWIRA!"
https://mohdnajib27.blogspot.com/2018/07/terima-kasih-pahlawan-malaysia.html

01 Ogos 2018 3:00 AM
Kekejaman pengganas komunis
PERSEMBAHAN pentomin Op Iblis 1971 yang memaparkan kekejaman pengganas komunis terhadap Orang Asli p
PERSEMBAHAN pentomin Op Iblis 1971 yang memaparkan kekejaman pengganas komunis terhadap Orang Asli pada Sambutan Hari Pahlawan 2018 di Putrajaya, semalam. – UTUSAN/ Shaifudin Mohd Nor

12,000 orang dibunuh (KES 1)

KUALA LUMPUR 31 Julai – Sesiapa sahaja yang menentang komunis, walaupun tidak bersenjata akan dibunuh hingga angka kematian termasuk anggota pasukan ke­selamatan dan orang awam mence­cah 12,000 orang.
KAMARUDIN HASHIM
KAMARUDIN HASHIM
Itu yang dikongsikan oleh bekas Timbalan Pegawai Turus Operasi Pasukan F, Cawangan Khas E3M, Bukit Aman, Kamarudin Hashim mengenai kekejaman komunis terhadap rakyat dan pasukan keselamatan.

“Kekejaman mereka memang tidak boleh diterima akal dan sesiapa sahaja yang bersimpati dengan komunis adalah orang yang tidak sedar diri.

“Komunis tidak membuat apa pun untuk kemerdekaan negara, sebaliknya mereka menentang negara dan membunuh pasukan keselamatan hanya kerana mahukan kuasa,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Kamarudin, dia sendiri melihat ba­gai­­mana ang­­gotan­ya dibunuh hingga terburai perut, dibakar dan pelbagai lagi ke­kejaman lain.

Jelasnya, pa­­sukan kese­la­ma­tan berjuang selama 20 tahun untuk menghapuskan komunis dan menjadi negara pertama yang menamatkan perjuangan bersenjata komunis.

“Pasukan keselamatan berkorban bermacam-macam untuk menangkap dan menghapuskan komunis sehingga ke akar umbi.

“Kalau betul mereka nak ubah sejarah, tambah sejarah perjuangan polis untuk kebebasan rakyat dan bukan me­ngangkat perjuangan komunis yang penuh dengan kekejaman,” jelasnya.

Kampung dibakar (KES 2)
ABDUL KALAM SUHAIMI
ABDUL KALAM SUHAIMI
KUALA LUMPUR 31 Julai – Sudah­lah ditembak hingga mati, mayat itu kemudian dipotong kemaluannya dan disumbat ke dalam mulut.

Itulah antara kekejaman komunis terhadap anggota polis yang masih ke­kal dalam ingatan bekas Pegawai Ope­rasi Pa­sukan F, Cawangan Khas E3 (M) Bukit Aman, Abdul Kalam Suhaimi.

“Ada juga kes di Serendah, Selangor, habis satu kampung dibakar hanya kerana menentang komunis. Tanaman orang kampung ditebang dan kereta api pula dibom hingga terbabas daripada landasan, sekali gus menyekat pergerakan rakyat ketika itu.

“Kekejaman tanpa perikemanusiaan ini dilakukan oleh komunis, jadi buat apa kita hendak iktiraf perjuangan mereka,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Abdul Kalam, sewaktu zaman komunis, hendak pergi ke Raub, Pahang dari Kuala Lumpur pun mengambil masa yang cukup lama disebabkan terlalu banyak sekatan jalan.

Pada waktu itu jelasnya, jangan bermimpilah nak makan durian, apatah lagi hendak berjalan-jalan hingga ke kawasan sempadan negara.

“Sebab itu, mereka yang melalui zaman komunis pasti tidak akan menyokong mereka kerana kekejaman yang dilakukan,” jelasnya.

Tidak berperikemanusiaan (KES 3)
HARBANS SINGH
HARBANS SINGH
PUTRAJAYA 31 Julai – Pengganas komunis pimpinan Chin Peng disifatkan sebagai sebuah pasukan yang sa­ngat ganas se­­hingga sanggup menyeksa serta membunuh orang tanpa berperikemanusiaan.

Bekas pegawai tentera yang terlibat dalam Operasi Iblis pada tahun 1971, Lef­tenan Kolonel (B) Harbans Singh berkata, terdapat banyak perwira-perwira negara yang diperlakukan dengan kejam oleh pengganas komunis.

Sehubungan itu katanya, sebarang cadangan untuk memasukkan fakta pergerakan pengganas-pengganas tersebut ke dalam buku teks Sejarah perlu ditolak sama sekali oleh semua pihak.

“Mereka sangat ganas.... Kalau anda tengok, selepas peristiwa melibatkan Operasi Iblis ini, ada satu peristiwa di Gubir, Kedah di mana mereka membuat serang hendap dan membunuh pegawai dengan mela­kukan bermacam-macam keganasan.

“Mereka memotong (disfigured) muka­nya dan memotong buah zakar mereka. Jadi bagaimana kita hendak iktiraf perge­rakan komunis? K­a­lau mereka fikir untuk negara, takkanlah mereka buat begitu?” katanya.

Menurutnya, beliau tidak boleh me­nerima langsung sebarang cadangan untuk mengiktiraf pengganas komunis kerana terdapat banyak anggota tentera telah maut dan cacat akibat kekejaman pengganas-pengganas terbabit.

“Saya selama 27 tahun berkhidmat sebagai renjer. Saya keluar masuk hutan, saya pun tidak tengok anak saya membesar. Semua ini demi kedaulatan negara dan menentang komunis. Ada dalam satu tahun sembilan bulan saya masuk hutan, justeru, susah hendak terima komunis sebagai perwira,” katanya.

Tag Berkaitan
Kuala Lumpur Tindakan Keganasan Aktiviti Gerila Semasa
Kekejaman pengganas komunis - Nasional - Utusan Online
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kekejaman-pengganas-komunis-1.720302


Tiada ulasan: