Selasa, 16 Oktober 2018

Bicara Rukun Islam dan Rukun Iman. 8435.


Apa itu Rukun Islam?

06. OCT

 

Rukun-Islam-Ada-Lima-Malaya-Journal
Segala Puji bagi Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana. 
Apa-Itu-Islam-Malaya-Journal
Semalam saya telah menonton sebuah video online iaitu tentang nilai masa di sisi Ulama . Yang telah disampaikan oleh Dr. Abdul Basit. Jika anda mahu melihat video tesebut, sila click sini.
Pada akhir video tersebut, saya tersentap dibuatnya apabila guru beliau yang merupakan seorang syeikh telah bertanya kepada anak muridnya yang beribu-ribu di hadapannya satu soalan yang agak pelik. Soalannya berbunyi: masih adakah lagi penuntut ilmu? Anak muridnya bertanya siapakah yang dimaksudkan dengan penuntut ilmu itu?
Iaitu orang-orang yang membaca atau mangulang kaji semula ilmu yang telah dipelajari sebelum ini dan membaca dahulu kitab-kitab sebelum belajar serta mengaji bersama gurunya. Supaya apabila gurunya tersalah sebut semasa menelaah kitab teresebut, anak muridnya boleh membetulkannya. Itulah yang dimaksudkan oleh syeikh tersebut. Lalu kesemua anak muridnya terdiam malu.
Jadi, pada hari ini saya rujuk kembali nota tentang kuliah subuh bersama Syeikh Zaini Ahmad tentang apa itu rukun Islam? Dan rupanya penerangan ringkas tentang rukun Islam telah saya catit di dalam buku nota tersebut. Juga ada disediakan di gambar rajah atas.
Tambahan pula, jika anda mahu penerangan lebih lanjut akan diterangkan oleh saya di bawah. Tetapi penerangan ini tidaklah begitu details kerana saya tidak cukup ilmu untuk menerangkannya seperti sejarah atau asbabun nuzul tentang turunnya wahyu zakat, puasa, solat dan sebagainya.

Rukun Islam ada lima.

1. Mengucap dua kalimah syahadah.

Dengan erti kata lain, mengucap dua kalimah syahadah ini adalah perkara pertama untuk memeluk agama Islam. Jadi, setiap orang Islam sudah semestinya sudah mengaku dan mengucapkan kalimah di bawah. Tetapi, jika anda seorang non Muslim dan mahu memeluk Islam, saya syorkan mencari ustaz atau rakan-rakan Muslim terdekat anda supaya dapat membantu anda melafazkan dua kalimah syahadah di bawah. Atau contact saya di sini.
Ucapan Syahadah adalah seperti di bawah:
Kalimah-Syahadah-Malaya-Journal
Maksudnya: Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad adalah Rasulullah.

2. Solat Fardhu 5 Waktu.

Iaitu solat lima waktu yang wajib dilakukan oleh setiap orang Muslim yang beriman. Solat lima waktu tersebut adalah:
  1. Solat Subuh (2 rakaat).
  2. Solat Zohor (4 rakaat).
  3. Solat Asar (4 rakaat).
  4. Solat Maghrib (3 rakaat).
  5. Solat Isyak (4 rakaat).
Selain itu, solat fardhu yang lima ini juga merupakan tiang kepada agama seseorang Muslim sama ada lelaki atau wanita. Yang bermakna, jika seseorang Muslim itu tidak melakukan solat fardhu lima waktu, dia diibaratkan kafir oleh sesetengah ulama’ salafus soleh.
Dan jika anda seseorang lelaki, pastikan anda memperbanyakkan solat berjemaah di masjid lebih-lebih solat Subuh dan solat Isyak. Kerana pahala orang yang solat Subuh dan Isyak secara berjemaah adalah seperti orang yang bersolat sepanjang malam.

3. Menunaikan Zakat.

Yang dimaksudkan dengan zakat adalah mengeluarkan harta untuk orang yang memerlukan. Dan faedah zakat tersangatlah banyak antaranya dapat membantu orang-orang fakir miskin dan mengelakkan orang-orang kaya mengumpulkan harta terlalu banyak. Juga, jangan risau semasa membayar zakat kerana harta anda tidak akan habis dengan membayar zakat.
Hal ini demikian kerana Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik daripada harta anda tersebut. Sama ada di dunia atau pun di akhirat. Percayalah pada janji Allah. Sebagai contoh, pernahkah anda melihat lembu menjadi pupus disebabkan korban di bulan haji? Sudah tentu tidak. Atau pun ikan di laut yang telah ditangkap pada setiap hari berkurun lamanya semakin berkurangan? Jawanpannya tidak juga. Malah lembu untuk di korban dan ikan di lautan masih terlalu banyak walupun berkurun lamanya di makan oleh manusia pada setiap hari. Inilah antara bukti kekuasaan Allah S.W.T.
P.S. Jika anda orang Selangor dan mahu mebayar zakat pendapatan secara online, anda boleh membayarnya di sini.

4. Puasa di Bulan Ramadhan.

Puasa bererti menahan diri daripada makan dan minum serta tidak melakukan perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar sehingga terbenam matahari. Jika di Malaysia, berpuasa pada bulan Ramadhan lebih kurang 14 jam dan selama 30 hari berturut-turut. Juga, bulan Ramadhan merupakan bulan yang sangat ditunggu-tunggu oleh orang-orang Muslim kerana pengampunan Allah sangat mudah untuk mendapatkannya berbanding bulan-bulan yang lain.
Serta, bulan Ramadhan inilah di mana orang-orang Islam bertungkus-lumus mempertingkatkan ibadah kita kerana pahalanya yang berlipat ganda. Terutamanya, pada malam lailatul qadar.

5. Menunaikan Haji.

Haji bermaksud tujuan. Iaitu pergi dengan tujuan untuk mengabdikan diri kepada Allah Azza Wa Jalla. Dan rukun Islam ini hanya bagi mereka yang berkemampuan sahaja. Kerana kos menunaikan haji semakin lama semakin tinggi dan jika tidak mampu, anda diberikan keuzuran daripada Allah. Tetapi anak-anak anda perlulah melakukan upah haji bagi pihak anda sebagai melepaskan tanggungjawab anda untuk menunaikan haji tersebut.
Akhir sekali, kelima-lima rukun Islam di atas wajib dilakukan oleh setiap Muslim. Dan kelima-lima perkara ini memang memerlukan kesabaran untuk melakukannya. Lebih-lebih lagi kita hidup di akhir zaman. Penuh dengan halangan duniawi yang sangat mudah kita terlalai. Dan cara terbaik untuk melawan mereka (bisikan syaitan dan nafsu) adalah  dengan mempelajari ilmu al-Quran dan menghidupkannya di dalam diri anda.
Justeru, tanyalah diri anda sendiri, sejauh mana ilmu al-Quran kita? Dan sejauh mana kita mengamalkannya? Tepuk dada tanyalah iman anda. Semoga kita selamat dunia dan akhirat dengan memahami dan mengamalkan al-Quran dalam diri kita. Aamin. InsyaAllah.

Nota Dari Kelas Agama

Hidupkan hati yang mati dengan ilmu.

February 23rd, 2013, 07:07 pm

Rukun Iman

12 RABIULAKHIR 1434 HIJRAH

Blooming Daisy from AnimateIt.netErti iman ialah kepercayaan yang ada dalam hati. Wajib diisi dalam iman itu 3 perkara iaitu:-

1) Pengenalan kepada ALLAH melalui sifat-sifat wajib, mustahil dan harus.
2) Pengenalan kepada Nabi melalui sifat wajib, mustahil dan harus.
3) Pengenalan kepada perkara-perkara sami'yat iaitu berita-berita ghaib yang disampaikan oleh Nabi Muhammad saw.

Untuk percaya kepada sesuatu kita mestilah mengenali apa yang hendak dipercayai itu. Adalah mustahil pada akal untuk percaya kepada sesuatu yang tidak dikenal. Maka itu perkara-perkara yang menjadi akidah atau kepercayaan di dalam hati wajib dikenal terlebih dahulu. Iman yang sah diterima ialah apabila kita kenal apa yang kita percayai.

Iman tidak kekal di dalam diri seseorang itu. Ertinya iman itu boleh bertambah dan menjadi kuat atau boleh berkurang dan menjadi lemah. Iman juga boleh menjadi rosak atau menjadi tidak berfungsi atau menjadi batal. Jika iman  menjadi batal maka orang itu telah terkeluar dari agama Islam.

Iman yang diterima (sah) adalah iman yang mengandungi syarat dan rukun yang ditetapkan.


  • Syarat iman ada 10 perkara.

  • Rukun iman ada 6 perkara.
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Blooming Daisy from AnimateIt.net Rukun Iman 

Rukun ertinya wajib ada. Rukun iman mengandungi kepercayaan-kepercayaan yang wajib ada dalam iman itu. Rukun iman tidak boleh ditambah atau dikurangkan sesuka hati. Jika ditambah atau dikurangkan jumlah rukun iman maka gugurlah keseluruhan iman itu iaitu terkeluar dari agama Islam. Ada 6 kepercayaan yang terkandung di dalam rukun iman iaitu:-


  • Percayakan ALLAH

  • Percayakan Malaikat ALLAH

  • Percayakan Nabi ALLAH

  • Percayakan Kitab ALLAH

  • Percayakan Hari Kiamat

  • Percayakan Qadak dan Qadr ALLAH

emoticon-object-1031) Percayakan ALLAH 

Kepercayaan kepada ALLAH adalah asas agama Islam. Untuk percaya kepada ALLAH mesitlah kenal siapa yang bernama ALLAH itu. Mengenal ALLAH ialah dengan mengenali sifat-sifat yang ada pada ALLAH. ALLAH mempunyai sifat-sifat wajib, mustahil dan harus. Mengenal sifat-sifat ALLAH adalah fardu ain atas setiap mukhalaf. Sebuah hadith Rasulullah saw mengatakan, yang bermaksud, bahawa tidak sah ibadah jika tidak kenal siapa yang disembahyang. Begitulah amat pentingnya untuk mengenal ALLAH.

Ada 4 peringkat untuk mengenal ALLAH iaitu:-


  • Kenal pada nama

  • Kenal diri yang empunya nama

  • Kenal sehingga datang rasa cinta

  • Kenal sehingga hilang diri dalam kewujudanNYA
Ini semua dapat dipelajarai melalui ilmu mengenal ALLAH iaitu Ilmu Tauhid. Tauhid ertinya mengesakan. Iktikad Islam adalah seperti berikut:-
Apa yang ada pada ALLAH tidak boleh ada pada yang selain ALLAH.
Apa yang ada pada yang selain ALLAH tidak boleh ada pada ALLAH.

Ini adalah sifat ketuhanan. Dengan iktikad ini kita tidak akan mensukutukan (samakan) ALLAH dengan yang selain ALLAH (alam/makhluk). Menyamakan ALLAH dengan makhluk atau menyamakan makhluk dengan ALLAH adalah syirik. Syirik adalah dosa besar yang tidak akan diampunkan jika mati tanpa sempat bertaubat. Balasan orang yang syirik adalah Neraka Jahannam dan kekal hidup di dalamnya.

Mengenal sifat-sifat ketuhanan ALLAH adalah dengan dalil (bukti). Bukti bahawa ALLAH itu ada ialah adalah alam ini. Alam adalah lambang atau logo ciptaan ALLAH. Lihat dan kenal alam dan kita akan kenal ALLAH. Apabila telah kenal ALLAH akan datang rasa percaya. Kepercayaan kepada ALLAH letaknya di dalam hati. Hati adalah tempat letaknya iman.


emoticon-object-1032) Percayakan Malaikat ALLAH

Malaikat ALLAH tidak terbilang banyaknya. Malaikat terbahagi kepada 2 golongan iaitu:-


  • golongan biasa

  • golongan darjat tinggi
Malaikat golongan biasa adalah yang terbanyak bilangannya. Mereka sentiasa taat melaksanakan segala perintah ALLAH. Malaikat golongan darjat tinggi adalah Malaikat yang diberi tugas-tugas yang berat seperti membawa wahyu, menjaga kubur, menjaga Syurga dan Neraka, menulis amal-amal manusia dan sebagainya.

Terdapat 10 Malaikat yang berdarjat tinggi dan wajib dikenali nama-namanya oleh orang-orang yang mengaku beriman.


  • Malaikat Jibri - pembawa wahyu

  • Malaikat Mikail - pengatur rezeki

  • Malaikat Israfil - peniup sangkakala

  • Malaikat Israil - penyabut nyawa

  • Malaikat Malik - penjaga Neraka

  • Malaikat Reduan - penjaga Syurga

  • Malaikat Raqib - penulis amal baik

  • Malaikat Atid - penulis amal buruk

  • Malaikat Mukar - penyoal dalam kubur

  • Malaikat Nakir - pengazab dalam kubur
Malaikat adalah makhluk yang dicipta dari nur (cahaya). Ia adalah makhluk yang tidak diberi hawa nafsu dan keinginan seperti manusia. Maka Malaikat tidak terdorong kepada perkara-peraka maksiat. Mereka sentiada 100% taat kepada perintah ALLAH. Malaikat tidak berjantina dan boleh menyerupai sebagai manusia lelaki. Bagaimanakah rupa Malaikat yang sebenarnya?

ALLAH menerangkan keadaan rupa Malaikat dalam surah Faatir ayat 1, yang bermaksud; "Segala puji bagi ALLAH yang menciptakan langit dan bumi, yang menjadikan Malaikan utusan-utusan yang bersayap; dua, tiga dan empat; (ALLAH) menambah pada bentuk kejadian makhluk yang diciptakanNYA apa juga yang dikehendakiNYA; sesungguhnya ALLAH Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu."

Tidak percaya akan wujudnya Malaikat bererti gugur rukum iman yang kedua. Bila gugur salah satu rukun iman maka gugurlah keseluruhan imannya.


emoticon-object-1033) Percayakan Nabi ALLAH

Nabi ALLAH adalah seorang manusia lelaki yang mempunyai pancaindera dan akal yang sempurna. Tidak ada Nabi perempuan dalam Agama Islam. Ada pendapat ulama yang mengatakan bilangan Nabi ALLAH adalah seramai 126 000 orang. Kesemua Nabi ALLAH menerima wahyu yang dibawa oleh Malaikat Jibril. Orang Islam wajib percaya kepada kesemua para Nabi ALLAH sama ada yang diketahui namanya atau tidak diketahui. Nabi ALLAH yang wajib dikenal namanya ada seramai 25 orang. Nama-nama Nabi ALLAH yang seramai 25 itu dicatit dalam kitab suci al-Qur'an.



Dari bilangan Nabi ALLAH yang ramai ini, 313 dari mereka diangkat menjadi Rasul. Maka itu mesti dikatakan: "Kita beriman kepada para Nabi ALLAH" dan bukan "Kita beriman kepada Rasul ALLAH" tanpa disebut kalimah Nabi. Setiap Rasul itu adalah Nabi tetapi tidak semua Nabi diangkat menjadi Rasul. Jika berkata; "beriman kepada Rasul" bererti para Nabi yang tidak menjadi Rasul akan tertolak. Sedangkan rukun iman yang ketiga ialah percaya kepada Nabi ALLAH. Menyebut Nabi ALLAH akan termasuk juga Nabi yang menjadi Rasul. Jika ingin menyebut "beriman kepada Nabi dan Rasul ALLAH" ini adalah lebih baik.

Rasul menerima tugas menyebarkan wahyu ALLAH kepada umat. Mereka bertanggungjawab menegakkan syari'at (undang-undang) ALLAH di atas muka bumi. Ini adalah satu amanah besar dan berat yang dihadapi para Rasul. Mereka akan ditanya dan dipertanggungjawabkan terhadap amanah ini kelak di akhirat.

*** Nabi ulul-azim
Nabi ulul-azim adalah Nabi ALLAH yang menjadi Rasul yang menerima cabaran-cabaran yang amat berat dan sukar dalam menyeru umat ke jalan ALLAH. Nabi ulul-azim ada 5 orang iaitu :-


  • Nabi Nuh as.

  • Nabi Ibrahim as.

  • Nabi Musa as.

  • Nabi Isa as.

  • Nabi Muhammad saw.
Perjuangan para Nabi ulul-azim dirakam di dalam al-Qur'an.

*** Nabi yang membawa syari'at
Syari'at ertinya undang-undang ALLAH. Ada 6 orang Nabi yang membawa syari'at untuk umat masing-masing.


  • Nabi Adam as.

  • Nabi Nuh as.

  • Nabi Ibrahim as.

  • Nabi Musa as.

  • Nabi Isa as.

  • Nabi Muhammad saw.
Syari'at yang dibawa oleh para Nabi ALLAH ini berubah dari Nabi yang terdahulu kepada Nabi yang kemudian kerana keadaan umat yang berubah mengikut masa / zaman. Para Nabi yang tidak membawa syari'at sendiri, akan mengikut syari'at Nabi yang sebelum mereka. Namun akidah tauhid yang dibawa mereka adalah sama dan tidak berubah dari Nabi Adam as sehingga kepada Nabi Muhammad saw. Iaitu meng-ESA-kan ALLAH swt.

*** Nabi Muhammad saw
Nabi Muhammad saw adalah Nabi akhir zaman. Tiada lagi manusia lelaki yang akan menjadi Nabi ALLAH setelah Nabi Muhammad saw. Beliau adalah penutup para Nabi ALLAH. Malaikat Jibril tidak lagi turun membawa wahyu kepada manusia selepas kewafatan Nabi Muhammad saw. Syari'at Agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw. adalah syari'at yang kekal hingga ke Hari Kiamat.

Sumber rujuk penting hukum agama adalah dari wahyu ALLAH (yang diterima Nabi Muhammad) dan hadith (perbuatan, perkataan dan diam Nabi Muhammad saw). Barang siapa yang menolak hadith bererti menolak kenabian Nabi Muhammad saw. Menolak kenabian Nabi Muhammad saw ertinya tidak percaya kepada Nabi ALLAH. Siapa yang tidak percaya kepada Nabi ALLAH gugurlah keseluruhan imannya.


emoticon-object-1034) Percayakan Kitab ALLAH

Kitab yang wajib dipercayai ialah Kitab yang turun dari langit iaitu wahyu yang disampaikan Malaikat Jibril kepada manusia lelaki yang dipilih menjadi Nabi ALLAH. Tidak semua Nabi itu akan mendapat Kitab. Ada yang hanya mendapat suhuf-suhuf iaitu lembaran-lembaran wahyu yang tidak lengkap. Suhuf-suhuf ini sudah tidak lagi wujud di masa kini.

Kitab yang wajib dipercayai ada 4 buah:-


  • Kitab Zabur - diturunkan kepada Nabi Daud as.

  • Kitab Taurat - diturunkan kepada Nabi Musa as.

  • Kitab Injil - diturunkan kepada Nabi Isa as.

  • Kitab al-Qur'an - diturunkan kepada Nabi Muhammad saw.
Selain dari 4 kitab ini, tidak ada lagi kitab yang wajib dipercayai. Perlu difahami bahawa walaupun wajib percaya kepada 4 Kitab ALLAH ini tetapi yang kekal menjadi pegangan orang Islam ialah Kitab al-Qur'an sahaja. Kitab Zabur, Kitab Taurat dan Kitab Injil yang asli tidak lagi wujud di masa kini. Kitab Taurat dan Injil pada masa kini bukanlah kitab yang asli dan telah banyak dirosakkan isi kandungannya oleh tangan-tangan manusia.

*** Kitab al-Qur'an 
Kitab al-Qur'an diturunkan selama 28 tahun. Ia adalah Kitab yang melengkapi segala kitab yang terdahulu. Kitab al-Qur'an dijamin ALLAH kekal hingga Hari Kiamat.

Firman ALLAH dalam surah al-Maidah ayat 3, yang bermaksud; "... Pada hari ini AKU telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan AKU telah cukupkan nikmatKU kepada kamu, dan AKU telah reda Islam itu menjadi agama untuk kamu... 
"

Ertinya telah sempurna al-Qur'an menjadi asas syari'at agama Islam dan wajib mempercayainya. Sesiapa yang mendustakan atau mempersendakan ayat-ayat al-Qur'an bererti dia telah menolak al-Qur'an sebagai rukun Islam. Menolak salah satu rukun iman akan menggugurkan keseluruhan imannya.
emoticon-object-1035) Percayakan Hari Kiamat 

Kepercayaan kepada Hari Kiamat merangkumi kepercayaan kepada perkara-perkara sami'yat yang disampaikan oleh Nabi Muhammad saw. Perkara-perkara sami'yat ialah berita-berita ghaib yang wajib dipercayai oleh orang-orang yang beriman.

Perkara-perkara sami'yat:-

  • arasy

  • loh mahfuz

  • qalam

  • alam kubur

  • soalan kubur

  • azab kubur

  • hari kiamat

  • syafa'at

  • rahmat

  • mizan

  • haud

  • syirat

  • syurga

  • neraka
Percayakan Hari Kiamat bererti percaya bahawa ada kehidupan sesudah mati. Setelah manusia mati dia akan hidup di alam kubur (alam barzakh). Setelah alam semesta mati (kiamat) manusia akan hidup di alam akhirat. Kehidupan di alam akhirat terbagi kepada beberapa peringkat iaitu:-

  • Hari Kebangkitan

  • Hari Perhimpunan

  • Hari Pembahagian Kitab Catitan Amal

  • Hari Pengadilan

  • Hari Pembalasan
Di Hari Kebangkitan manusia yang telah mati akan dihidupkan kembali jasadnya. Kemudian roh manusia itu akan dikembalikan kepada jasad tersebut. Lalu sekelian umat manusia akan berkumpul di Padang Masyar untuk menerima kitab catitan amal masing-masing. Setelah itu manusia akan diadili di Makhamah Agung ALLAH dan diberi pembalasan yang setimpal dengan apa yang telah mereka usahakan semasa hidup di dunia.

ALLAH menyediakan 2 jenis pembalasan kepada umat manusia iaitu:-


  • Alam Syurga bagi manusia yang beriman dan taat kepada perintah ALLAH swt.

  • Alam Neraka bagi manusia yang kufur, ingkar dan durhaka terhadap perintah ALLAH swt.
Bagi manusia yang percaya kepada al-Qur'an (Kitab ALLAH) pasti akan percaya kepada Hari Kiamat juga. Mereka akan membuat persiapan dan persediaan bagi menghadapi hari yang dasyat itu. Namun bagi yang enggan percaya mereka akan terus lalai dengan kehidupan dunia ini sehinggalah mereka melihat nereka itu di hadapan mata mereka. Itulah hari penyesalan bagi manusia-manusia yang enggan percaya akan adanya Hari Kiamat.

emoticon-object-1036) Percayakan Qadha' dan Qadar ALLAH 

Qadha' ALLAH ertinya penentuan ALLAH. Qadar ALLAH ertinya pelaksanaan Qadha' itu. Qadar tidak boleh menyalahi akan Qadha'. Untuk memahami konsep Qadha' dan Qadar seorang itu mestilah terlebih dahulu mengenali dan memahami 3 sifat wajib yang ada pada ALLAH iaitu:-


  • Sifat Ilmu - Maha Mengetahui

  • Sifat Qudrah - Maha Berkuasa

  • Sifat Iradah - Maha Berkehendak
Segala sesuatu adalah dengan penentuan ALLAH. ALLAH menentukan dan menetapkan segala sesuatu adalah dengan sifat Ilmu. ALLAH Maha Mengetahui segala sesuatu tanpa batas masa, tempat atau zat. Adalah mustahil ALLAH tersalah membuat penentuan (Qadha') kerana itu bererti ALLAH tidak mengetahui sedangkan sifat wajib yang mesti ada pada ALLAH adalah sifat Ilmu.

ALLAH Maha Berkuasa dan Maha Berkehendak untuk melaksanakan Qadha' yang telah ditentukan. Qadha' ALLAH telah tertulis di satu masa yang tidak ada permulaannya.

Maksud firman ALLAH dalam surah al-Hadiid ayat 22; "Tidak ada sesuatu bencana yang terjadi di bumi atau pada diri kamu sendiri melainkan perkara itu sudah ada di dalam Kitab (Loh Mahfuz), sebelum KAMI melaksanakan terjadinya perkara itu. Sesungguhnya yang demikian atas ALLAH adalah mudah."

Maksud firman ALLAH dalam surah al-An'am ayat 56; "Pada sisi ALLAH anak-anak kunci bagi segala yang ghaib yang tiada siapa mengetahuinya melainkan DIA sahaja; dan DIA mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tiada sehelai daun yang gugur melainkan DIA mengetahuinya; dan tiada sebiji benih yang tertimbus di dalam kegelapan bumi; dan tiada sesuatu yang basah dan yang kering melainkan kesemuanya itu sudah ada di dalam sebuah Kitab (Loh Mahfuz) yang nyata."

Dari kedua-dua ayat ini dinyatakan dengan jelas bahawa segala sesuatu itu telah ditetapkan di dalam Kitab Loh Mahfuz. Dan apa yang telah ditulis dan ditetapkan di Loh Mahfuz akan tetap terjadi (terlaksana) tanpa ada yang dapat menghalang atau menukarkannya. Maka jelaslah Qadar ALLAH tidak boleh menyalahi Qadha' ALLAH.

Apakah ini bererti manusia tiada pilihan melainkan berserah pada nasib yang telah ditentukan ALLAH?

Sebenarnya Qadha' ALLAH adalah perkara yang ghaib dari pengetahuan manusia. Manusia tidak mengetahui apa yang telah ditentukan bagi dirinya sehinggalah Qadha' itu terlaksana (sampai Qadarnya). Manusia dikurniakan akal untuk berfikir supaya dapat membuat pilihan yang baik bagi dirinya. Jika manusia tidak boleh memilih mengapakan ALLAH memberi kita akal? Dengan akal manusia dapat berfikir kemudian berusaha kemudian berdoa dan akhirnya bertawakal (berserah diri kepada ketentuan ALLAH).

Kepercayaan kepada Qadha' dan Qadar ALLAH akan mendatangkan rasa reda, tabah dan sabar dalam menghadapi ujian hidup ini. Hanya iman yang kuat sahaja yang dapat menolong kita menerima sesuatu musibah yang tidak disangka-sangka. Untuk kuatkan iman ialah dengan menguatkan ilmu tauhid. Apabila kita sudah dapat mengenal ALLAH kita akan faham mengapa ada perkara-perkara yang kita tidak sukai terjadi juga dan apa yang kita suka dan harapkan terjadi tidak pula terjadi.

Dari surah al-Baqarah ayat 216, maksudnya; "... dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu; dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu; dan (ingatlah) ALLAH jua Yang Mengetahui (semua itu) sedang kamu tidak mengetahui."

Inilah inti pati Qadha' dan Qadar ALLAH.


XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Kenapa penting untuk kuatkan iman? 

Pentingnya kuatkan iman ialah untuk menghadapi ujian ALLAH dalam kehidupan kita. Ujian ALLAH ke atas orang yang beriman ialah untuk mengukur tahap keimanan seorang hamba itu. Tiada seorang pun manusia yang akan terlepas dari ujian ALLAH. Maka adalah sangat perlu bagi manusia itu bukan sahaja mempunyai iman tetapi juga sentiasa menguatkan imannya yang telah sedia ada bagi menghadapi dugaan dan ujian yang tidak diduga. Iman yang ada hendaklah dijaga dan ditambah kekuatannya kerana iman itu boleh berkurangan dan menjadi lemah. Tanpa iman yang kuat dan kukuh, seorang yang hanya mengaku beriman pun akan tewas dalam menghadapi ujian hidup dari ALLAH.

Cara untuk kuatkan iman:-


  • Belajar mengenal ALLAH melalui ilmu tauhid dan akidah secara tetap dan berterusan.

  • Banyakkan buat amal-amal soleh dan sunat-sunat sehingga dapat merasakan kemanisan ibadah itu.

  • Sentiasa mendengar nasihat dengan menghadiri majlis-majlis ta'lim dan kelas-kelas ilmu.

  • Sentiasa berdoa supaya diberi taufik dan hidayah dalam kehidupan kita.

  • Lihat alam dan fikirkan tentang kebesaran dan kehebatan cipataan ALLAH.
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Rukun Iman - Nota Dari Kelas Agama
https://kalam-insani.livejournal.com/49147.html
2.1.2 MENYATAKAN RUKUN IMAN
http://abusuffian3366.weebly.com/212-menyatakan-rukun-iman.html

pilar
[pi.lar] | ڤيلر

Definisi : tiang tegak yg diperbuat drpd batu dll, digunakan sbg penyokong hiasan dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Carian Umum
http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=pilar




Tiada ulasan: