Rabu, 17 Oktober 2018

Boleh jer berjasa walau berkurun lamanya jadi ahli politik parti pembangkang. 8440.


Jawablah yer di alam kubur, sebelum hari dibangkitkan dan diadili di Pengadilan Allah di Padang Mahsyar. Ingatkan diri sendiri jer. 

Tentu semua xmahu diazab di alam kubur. Alhamdulillah.

Sekarang bolehlah macam-macam - Jawab dalam Facebook, bertelingkah di Facebook, menyatakan kebenaran atau menegakan benang basah. Boleh pilih peguam terhandal luar negara bagai, kat alam kubur mulut terkunci wey. Teruk roh menjawab. Kenapa engkau benarkan tanah milik Allah jadi pusat judi? Engkau tindas dan beri kata dua kepada yang tidak bersubahat dengan engkau. 

Alangkan ada pembangkang pun, kerajaan yang sedia ada dulu melingkupkan warisan Melayu. Tanah Rezab Melayu, Tanah Melayu jadi Pusat Judi terkenal dunia [semua ini menjemput azab, bala dan mencabar kekuasaan Allah Subhanahuwatalla] Ikut hukum manusia jadi macam-macam. Bila Allah perintahkan Bala Tentera Nya, terbelah bumi - padang jarak padang tekukur Genting Highland. Jangan ceritalah jauh dari pantai or xada laut. Singapura, Pulau Batu Putih dan tanah-tanah Melayu semua dah terjual kepada bangsa yang asalnya bangsa asing, bangsa pendatang. 

Insan terpilih bukan Insan terpalit korupsi, kroni dan kletokrasi. 

Akhirnya lagu WARISAN - budak kecik main api hanya penyedap halwa telinga untuk kosmetik umno sedangkan pemimpinnya penggadai khazanah Melayu, yang baru dinoktahkan sejak awal pagi 10 Mei 2018 setelah tewas PRU ke 14 9 Mei 2018 yang KONONnya KEMENANGAN TERTANGGUH. Ngakal kuat. Nauzubillahminzalik.  

Islam pun makin tercabar di Tanah Melayu yang bertukar nama jadi Malaysia seperti yang telah yahudi laknatullah rencanakan sejak abad ke 16 dahulu. 
tanahmelayumap
https://www.malaysia-today.net/2009/12/02/the-great-tanah-melayu-debate/
https://www.orangperak.com/gambaran-kekejaman-komunis-di-tanah-melayu.html
Gambaran Kekejaman Komunis Di Tanah Melayu
https://www.orangperak.com/gambaran-kekejaman-komunis-di-tanah-melayu.html

Apa nak gundah dengan gelaran dunia wey

Gelaran xbawa apa-apa kecuali bergelar dan takut pada Allah Subhanahuwatalla. Xlaa keluar berita bertajuk "Bergelar datok ditangkap rasuah" Konon nama xbubuh terus sebab jaga malu datok tuh. Lantak individulah nak terima atau tidak gelaran datok tu. Rebutlah jadi "Golongan yang tidak merugi di Akhirat kelak" Aamiin Ya Allah Ya Rohman Ya Rohim. 

RE STORIES Warta Perak, 

Akhbar Melayu Pertama Bertulisan Jawi Di Ipoh 23 March 2017 

Kisah Daerah Dinding Yang Terpisah 109 Tahun Dari Perak 3 April 2018 

Fakta Tasik Bukit Merah, Tasik Buatan Pertama Malaysia 26 February 2018 

Lebuhraya Bertol Pertama Asia Adalah Di Slim River 23 February 2017 

Satu-Satunya Pelajar Wanita Tunggal Di MCKK 24 February 2017 

Kenapa Ada Batu Nisan Dalam Masjid Kota Lama Kanan Di Kuala... 16 January 2017

Artikel Penuh: https://www.orangperak.com/gambaran-kekejaman-komunis-di-tanah-melayu.html
© orangperak.com

Terima gelaran Datuk: Apa jasa mereka terserlah sejak jadi menteri?

A Kadir Jasin 

ULASAN l Hal yang hendak saya kupas ini mungkin sensitif dan menyinggung perasaan. Jadi saya mulakan dengan memohon ampun kepada sesiapa juga yang berasa tersinggung.

Ada dua aliran pemikiran dalam hal yang hendak saya bahaskan ini.

Pertama diwakili oleh seorang Tun Dr Mahathir Mohamad yang menghantar pesanan WhatsApp (tolong, bukan wasap) menyatakan kejelikan melihat menteri setahun jagung (sebenarnya baru empat bulan lebih kurang) dianugerahkan bintang kehormatan (honorific title) negeri Melaka.

Kedua, seorang penggiat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang juga menghantar pesanan WhatsApp, menuduh langkah Parti Tindakan Demokratik (DAP) menolak bintang kehormatan sebagai “protes atas ketuanan raja-raja Melayu.”

Saya amat setuju dengan orang tua bergelar Tun itu. Gunakanlah alasan dan kayu ukur apa pun, tindakan lima menteri itu menerima bintang kehormatan negeri Melaka adalah tidak bijak.

Ia memberi gambaran bahawa tidak ada sebarang perbezaan di antara menteri Pakatan Harapan (HARAPAN) dengan para pembesar kerajaan Barisan Nasional yang gilakan pangkat, gelaran dan kekayaan.

Maaf cakaplah kalau saya katakan ramai dalam parti masing-masing belum jelas apakah jasa mereka sehingga melayakkan mereka menerima darjah kehormatan itu.

Namun begitu saya tidak menafikan ada sebahagian kecil mereka yang berjasa dan terbukti kerana lama berjuang dalam pembangkang.

Tetapi yang rakyat nilai sekarang adalah jasa dan prestasi mereka sebagai menteri kabinet HARAPAN.

Jengkel dan loya

Rakyat jelata jengkel. Perbahasan dalam media sosial jelas menunjukkan majoriti rakyat jelata tidak bersetuju malah berasa loya dengan penganugerahan dan penerimaan bintang penghormatan tersebut.

Soalnya, apakah mereka ini diberikan bintang kerana pangkat mereka besar atau jasa mereka yang besar?

Adakah bintang kehormatan diberikan kerana pangkat dan kedudukan atau jasa bakti kepada masyarakat, negeri dan negara?

Kalau kerana pangkat mereka besar, siapakah yang memberikan mereka pangkat itu?

Adakah mereka mendapat restu orang atau pihak yang memberikan mereka pangkat yang besar itu sebelum bersetuju menerima bintang kehormatan tersebut?

Kalau kerana berjasa, apakah jasa mereka yang terserlah sejak menjadi menteri?

Sebaliknya, di warung kopi pasar tani Pendang, Kedah, semalam saya mendengar rungutan rakyat jelata tentang menteri, menteri besar dan timbalan menteri HARAPAN yang tidak nampak kelibat sejak menang pilihan raya.

Mereka juga bersungut mengenai banyak masalah harian yang belum diatasi.

Seorang daripada mereka bertanya, bolehkah menteri yang lahir dan membesar di bandar raya faham susah payah hidup rakyat jelata di kampung dan desa?

Menteri yang dimaksudkan itu berkata anugerah bintang Melaka yang diterimanya akan memberikannya semangat untuk lebih tekun berkhidmat kepada rakyat jelata.

Apakah undi dan mandat rakyat jelata belum memadai untuk memberikan beliau semangat?

Perlu peka

Kalau pemimpin PH peka atau dalam lain bahasa, lebih baik daripada pemimpin BN, mereka perlulah sedar bahawa kita kini berada dalam persekitaran baru.

Kita sedang menyusun semula keutamaan dan tingkah laku politik kita. Gerak geri kita sedang diperhatikan oleh semua pihak.

Kita kena ingat bahawa ketika pilihan raya umum lalu, ada di kalangan anggota golongan feudal yang “berkempen” untuk mengekalkan BN dengan menghina HARAPAN, khususnya pengerusi HARAPAN, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Saya setuju dengan pendirian DAP tidak menggalakkan pemimpinnya mengutamakan bintang kebesaran sebaliknya menumpukan perhatian kepada menunaikan amanah rakyat jelata.

Bagi saya, ini bukan soal “protes atas ketuanan Raja-raja Melayu” atau apa-apa, tetapi isu dasar. Sepatutnya semua parti HARAPAN mengutamakan khidmat kepada rakyat jelata dan membentuk persekitaran yang lebih sama rata (egalitarian) bukan memanjangkan amalan feudalisme, kelas dan kasta.

Lagipun bintang kehormatan semakin hari semakin tidak bermakna apabila diberikan seumpama “door gift” majlis kenduri kepada orang yang entah apa-apa latar belakangnya – termasuk ketua kongsi gelap, kaki pukul dan gedebe.

Melaka bukanlah sebuah negeri besar. Tapi dalam majlis penganugerahan kali ini, selain lima orang menteri, 414 yang lain turun terima bintang dan gelaran.

Saya harap, dalam Malaysia baru ini marilah kita muliakan balik institusi-institusi negara agar masing-masing berada di tempat yang diperuntukkan oleh Perlembagaan.

Ingatlah tidak seorang pun yang memijak bumi Malaysia dan menjunjung langitnya berada di atas Perlembagaan. Kita semua tertakluk kepada Perlembagaan.

Dan selagi kerajaan HARAPAN berkuasa – atas penentuan rakyat jelata - tolonglah utamakan perkhidmatan. Belum terlambat memperbetulkan kesilapan. Jadikan cerita bintang Melaka ini sebagai teladan dan sempadan.

at 10/17/2018 12:30:00 PTG https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/10/terima-gelaran-datuk-apa-jasa-mereka.html
KERENGGA: Terima gelaran Datuk: Apa jasa mereka terserlah sejak jadi menteri?
mmm



DAP JADIKAN GELARAN DATUK LEBIH BERNILAI TINGGI

Berikutan rungutan dan ketidakselesaan orangramai terhadap kecenderungan pemimpin Pakatan Harapan yang dilihat sama kemaruk terhadap gelaran Datuk dan Datuk Seri, DAP dengan segera bertindak pantas dalam menanganinya.


Jawatankuasa Pusat DAP dalam langkah terbarunya memutuskan pemimpin parti itu hanya boleh menerima gelaran tersebut setelah mereka bersara daripada berkhidmat dengan kerajaan, tidak kira sama ada sebagai menteri, timbalan menteri, exco kerajaan negeri atau wakil rakyat.

Bagi pemimpin yang masih berjawatan pula, jika menerima tawaran gelaran Datuk atau Datuk Seri, mereka dikehendaki merujuknya kepada Jawatankuasa Pusat parti yang akan memutuskan sama ada dibenarkan menerima atau sebaliknya.

Kedua-dua ketetapan DAP ini adalah sesuatu yang harus dipuji bagi memastikan gelaran tersebut tidak sewenang-wenangnya diterima oleh pemimpin parti.
Dalam erti kata lain, hanya pemimpin yang benar-benar layak dan dirasakan sesuai oleh Jawatankuasa Pusat DAP saja yang dibenarkan menerima gelaran Datuk, Datuk Seri dan sebagainya.

Dengan menetapkan syarat selepas bersara saja baru boleh menerima pingat, bintang dan gelaran pula, DAP dengan sendirinya mahukan semua pemimpinnya menumpukan khidmat kepada rakyat dan negara terlebih dahulu sebelum mengejar apa-apa ganjaran yang bergelar.

Lagi pun, bukankah pingat, bintang dan gelaran kepada mana-mana pemimpin itu sepatutnya hanya diberikan setelah terlihat jasa dan sumbangannya kepada rakyat dan negara?

Untuk melihat kemurnian jasa dan sumbangan seseorang pemimpin, sudah tentu hanya setelah bersara saja mereka layak diberikan pengiktirafan dalam bentuk gelaran.

Jika sedang berkhidmat, apa lagi jika jika baru lima bulan bergelar menteri, timbalan menteri, exco kerajaan negeri atau wakil rakyat, bukan saja jasa dan sumbangan belum kelihatan, bahkan tidak diketahui apa jadi seterusnya kepada pemimpin yang menerima pingat, bintang dan gelaran itu.

Boleh jadi semasa berkhidmat mereka mungkin didapati terbabit dengan jenayah, rasuah, menipu, pecah amanah dan sebagainya.

Dengan yang demikian, jika itu yang berlaku, sudah tentu pingat, bintang dan gelaran yang diberi sebelum ini tidak lagi memberi makna atau sudah tercemar kemuliaannya.
Dalam hal ini, DAP nampaknya harus  dipuji kerana melalui peratutan itu tidak lain bertujuan mahu meletakkan pingat, bintang dan gelaran yang dianugerahkan oleh Raja, Sultan dan Yang Dipertuan Negeri itu sentiasa bernilai tinggi dan ada nilai kehormatannya di sisi masyarakat.

Jika tiada peraturan atau kawalan dan sesiapa saja boleh menerimanya seperti sekarang, segala pingat, bintang dan gelaran sudah tidak ada nilainya lagi.

Tetapi, adakah hanya DAP saja yang ada peraturan serta ketetapan sedemikian?

Bagaimana dengan Bersatu, PKR dan Amanah?

Tak mahukah mereka menetapkan apa-apa peraturan atau sebahagian mereka juga sedang beratur panjang untuk turut bergelar Datuk dan Datuk Seri di majlis penganugerahan di banyak lagi negeri selepas ini? (ShahbudinHusin 17/10/2018)

Shahbudin dot com: DAP JADIKAN GELARAN DATUK LEBIH BERNILAI TINGGI
http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/10/dap-jadikan-gelaran-datuk-lebih.html







mmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm






Tiada ulasan: