Jumaat, 19 Oktober 2018

Islam bukan Agama ciptaan manusia. Islam adalah Agama Allah. 8460.


Islam dengan cabaran luaran dan dalaman yang dihadapinya. 

Terapi Nur Syifa
Terapi Nur Syifa - Halaman Utama
https://www.facebook.com/TerapiNurSyifa/photos/rpp.420778701355702/1457546784345550/?type=3&theater
Foto Terapi Nur Syifa.
Memelihara Agama: Mengapa Rasulullah ﷺ Hancurkan Berhala?

1. Ketika berjaya menguasai Mekah, Rasulullah ﷺ mengarahkan para sahabat supaya meruntuhkan semua berhala. Menurut al-Bukhari terdapat hampir 360 buah berhala dan Rasulullah ﷺ sendiri yang memukulnya dengan tongkat Baginda
 . Apakah Rasulullah ﷺ tidak menghormati hak kemanusiaan Quraysh untuk beragama? 

2. Malah Rasulullah ﷺ memerintahkan para sahabat untuk meruntuhkan berhala disekitar Mekah. Khalid al-Walid meruntuhkan berhala terbesar iaitu al-Uzza yang terletak di Nakhlah (HR al-Nasai’i & al-Bayhaqi). Saidina Amru al-As pula menghancurkan berhala Suwa’ (Ibn Sa’d, al-Tabaqat), manakala Sa’d ibn Zaid pula menghapuskan berhala Manah.

3. Mengapa Rasulullah ﷺ mengarahkan sahabat untuk menghancurkan berhala sembahan Qurasyh? Apakah Baginda ﷺ tidak menghormati dan memberi hak beragama Quraysh? Atau apakah iman para sahabat senipis kulit bawang? Takkan tengok berhala sahaja boleh menyebabkan mereka ingin kembali kepada kekufuran?

4. Dari satu aspek, al-Imam Ibn Hajar menjelaskan bahawa arahan Rasulullah ﷺ ini adalah bagi memelihara Muslim itu sendiri dari terpedaya atau terpesona untuk kembali kepada kekufuran. Lihatlah bagaimana sahabat yang mempunyai keimanan yang tinggi tersebut masih boleh terdedah kepada fitnah aqidah ini. Sekalipun Baginda ﷺ ada di sisi mereka, Baginda ﷺ memastikan agama seorang Muslim itu terpelihara dahulu.

5. Dengan sebab itu ketika mana Saidina Umar membawa Taurat dan dibaca di sisi Rasulullah ﷺ, Baginda
 ﷺ menjadi marah dan berkata: Apakah engkau terpesona dengannya wahai Ibnu al-Khattab? (HR Ahmad & al-Nasai’i). 

Menurut al-Qurtubi, larangan Rasulullah ﷺ ini bagi mengelakkan mereka yang tidak mahir dengan agama lain daripada terpengaruh sehingga meninggalkan Islam. (al-Qurtubi, al-Jami’ li Ahkam al-Quran).

6. Rasululllah
 ﷺ sentiasa mengingatkan sahabat supaya menjauhi kesilapan umat terdahulu dalam bab aqidah. Apabila lalu dikawasan tinggalan kaum Thamud, Baginda ﷺ berpesan:

لا تدخلوا على هؤلاء المعذبين إلا أن تكونوا باكين ، أن يصيبكم مثل ‏ما أصابهم


“Janganlah kamu melalui tempat mereka (kaum Thamud ini) melainkan dalam keadaan yang menangis (menginsafi), kerana bimbang akan ditimpa seperti mereka."

Perkampungan Kaum Nabi Thamud ini terletak di luar Mekah. Benar, Rasulullah tidak meruntuhkan perkampungan Nabi Thamud, tetapi Baginda akan sentiasa mengambil langkah pencegahan bagi melihara aqidah kaum Muslim.

7. Apa sahaja yang dinilai memberi kebimbangan terhadap Aqidah Islam maka Rasulullah
 ﷺ akan mengambil pencegahan segera sama ada meruntuhkannya seperti berhala atau tidak meruntuhkannya seperti perkampungan Kaum Thamud. Keutamaan dalam menjaga aqidah Muslim.

8. Lihatlah bagaimana Baginda ﷺ mengutamakan memelihara agama dan aqidah Muslim itu sendiri dengan tindakan yang sangat tegas. Bukan kerana iman sahabat Nabi
 ﷺ itu senipis bawang, tetapi kerana langkah pemeliharaan aqidah itu sangat utama.

Mudah-mudahan Allah memelihara umat Islam.
Oleh Dr. Ahmad Sanusi Azmi 
Foto Terapi Nur Syifa.
"KENALI WAHHABI DAN KESESATANNYA"

Wahhabi yang diasaskan oleh Muhammad bin Abdul Wahhab 1206H sehingga mendorong pengikutnya mengkafirkan umat islam dan menghalalkan darah mereka.

Sudah pasti manusia yang lebih mengenali perihal Muhammad bin Abdul Wahhab adalah saudara kandungnya dan bapanya sendiri.

Saudara kandungnya Syeikh Sulaiman bin Abdul Wahhab sering memberi peringatan kepada umat Islam dizamannya agar tidak mengikut ajaran baru Muhammad bin Abdul Wahhab kerana ajaran itu menghina ulama Islam serta mengkafirkan umat Islam.

(Sebagai bukti sila rujuk 2 kitab karangan Syeikh Sulaiman tersebut: “Fashlul Khitob Fir Roddi ‘Ala Muhammad bin Abdul Wahhab” dan “Sawaiqul Ilahiyah Fi Roddi ‘Ala Wahhabiyah”).

Bapanya juga iaitu Abdul Wahhab turut memarahi anaknya iaitu Muhammad kerana enggan mempelajari ilmu Islam dan beliau menyatakan kepada para ulama: “Kamu semua akan melihat keburukan yang dibawa oleh Muhammad bin Abdul Wahhab ini”. ( Sebagai bukti sila rujuk kitab “As-Suhubul Wabilah ‘Ala Dhoroihil Hanabilah” cetakan Maktabah Imam Ahmad m/s 275). Demikianlah saudara kandungnya sendiri mengingatkan umat Islam agar berwaspada dengan ajaran Takfir yang dibawa oleh Muhammad bin Abdul Wahhab.

Mufti Mazhab Hambali Muhammad bin Abdullah bin Hamid An-Najdy 1225H menyatakan dalam kitabnya “As-Suhubul Wabilah ‘Ala Dhoroihil Hanabilah” m/s 276 : “Apabila ulama menjelaskan hujah kepada Muhammad bin Abdullah Wahhab dan dia tidak mampu menjawabnya serta tidak mampu membunuhnya maka dia akan menghantar seseorang untuk membunuh ulama tersebut kerana dianggap sesiapa yang tidak sependapat dengannnya adalah kafir dan halal darahnya untuk dibunuh”.

Mufti Mazhab Syafi’e Ahmad bin Zaini Dahlan 1304H yang merupakan tokoh ulama Mekah pada zaman Sultan Abdul Hamidmenyatakan dalam kitabnya ” Ad-Durarus Saniyyah Fir Roddi ‘Alal Wahhabiyah m/s 42: “Wahhabiyah merupakan golongan pertama yang mengkafirkan umat Islam 600 tahun sebelum mereka dan Muhammad bin Abdul Wahhab berkata: Aku membawa kepada kamu semua agama yang baru dan manusia selain pengikutku adalah kafir musyrik”.

Sejarah membuktikan Wahhabi telah membunuh keturunan Rasulullah serta menyembelih kanak-kanak kecil di pangkuan ibunya ketika-mana mereka mula-mula memasuki Kota Taif. (Sila rujuk Kitab Umaro’ Al-bilaadul Haram m/s 297 – 298 cetakan Ad-Dar Al-Muttahidah Lin-Nasyr).

Demikian tinta sejarah yang tidak boleh dipadamkan lagi perihal menceritakan kisah sejarah Wahhabi sebenar dari ulama Islam yang thiqah.

Dimanakah kesalahan dan penyelewengan Wahhabi ?

1-Kesalahan & penyelewengan Wahhabi dari segi Aqidah:

Pengkaji sejarah ajaran Wahhabi mendapati fahaman ini mirip kepada sistem akidah dibawa oleh seorang bergelar Jahmu bin Sofwan.

Dia meletakkan sistem akidahnya yang celaru berdasarkan kaedah yang digelar“tasybih la tasybih” atau “tajsim la tajsim”iaitu menyamakan dan mentajsimkan Allah dengan makhlukNya kemudian dihujung kenyataan tersebut menafikan pula.

Ini dikenali oleh ulama tauhid sebagai “tamwih” iaitu berdusta dengan cara memutar belit fakta.

Asas akidah Wahhabi adalah memilih seluruh ayat mutasyabihat sebagai sumber rujukan utama akidah dan membelakangi ayat muhkamat dengan hanya mempercayai zahir maknanyasahaja.

Inilah punca utama asas sistem akidah mereka terpesong dari akidah Islam.

Di antara akidah golongan Wahhabi yang jelas bercanggah dengan akidah salaf dan khalaf serta bercanggah dengan akidah Islam adalah :

1- Wahhabi mempercayai bahawa Allah duduk diatas Kursi.

Lihat kitab Wahhabi Fathul Majid Syarah Kitabut Tauhid m/s 485 cetakan Maktabah Muayyad dan Maktabah Darul Bayan karangan Abdur Rahman bin Hasan yang merupakan cucu kepada Muhammad bin Abdul Wahhab.

Ini merupakan akidah yang bercanggah dengan Islam kerana menyamakan Allah dengan makhlukNya, ianya juga tidak dinyatakan dalam Al-Quran dan Al-Hadith serta bercanggah dengan usul keimanan mensucikan Allah dari sifat makhlukNyasepertimana dinyatakan oleh Allah di dalam surah Al-Ikhlas ayat 4 yang bermaksud :

“ Dan tiadalah bagiNya persamaan dengan sesuatu ”.

*2- Wahhabi beriktikad bahawa Arash merupakan tempat bagi zat Allah.*

Lihat kitab yang sama m/s 627, 629. Ini merupakan mirip kepada akidah yahudi yang sering menyatakan perkara sama di dalam kitab Injil Muharrafah mereka.

Sedangkan akidah Islam perihal kewujudan Allah adalah Dia tidak memerlukan tempat kerana Dia yang mencipta tempat maka wujudNya tidak di tempat dan akidah Wahhabi bercanggah dengan sabda Rasulullah yang bermaksud:

“ Dan Engkau Ya Allah, Yang Az-Zhohir, maka tiada sesuatu diatasMu, dan Engkau Ya Allah, Yang Al-Bathin, maka tiada sesuatu dibawahMu ”. Sohih Muslim.

Di dalam hadith yang sama riwayat Imam Baihaqi didalam kitab beliau yang berjudul Al- Asma’ Wa As-shifat m/s 400dinyatakan selepas sabda Nabi :

“ Maka, jika diatas Allah tiada sesuatu dan dibawahNya pula tiada sesuatu ini menunjkkan bahawa Allah bukan ditempat ”

*3- Wahhabi menyatakan bahawa Allah mempunyai kedua belah kaki dan Allah akan meletakkan kakiNya didalam api neraka.*

Lihat kitab Syarah Tafsir Ayatul Kursy oleh Soleh Uthaimin m/k 19 cetakan Maktabah Ibnu Jauzy .

Ini merupakan persamaan Allah dengan makhlukNya dan ia jelas bercanggah dengan akidah Islam kerana Allah telah berfirman di dalam Surah An-Nahl ayat 74 yang bermaksud :

“ Maka janganlah kamu menyamakan Allah ”.

Ini semua merupakan akidah tasybih, dibawa serta diakui oleh mereka sendiri sedangkan ianya bercanggah dengan akidah Islam yang menafikan sifat kaki, bertempat dan duduk bagi Allah Ta’ala.

Sekiranya hendak saya nyatakan kesemua, maka kita akan dapati lebih dari 20 perkara akidah mereka terpesong dari landasan akidah para Nabi, sahabat, ulama Islam dan seluruh umat Islam sedunia yang lebih ramai bilangannya dari puak Wahhabi.

*2- Kesalahan Pendekatan Fiqh Wahhabi:*

Dalam segi fekah, golongan Wahhabi mirip kepada Al-La Mazhabiyah iaitu yang mengetepikan dari mengikut hukum hakam yang telah di istimbatkan oleh mana-mana mazhab muktabar dalam Islam.

Walaupun demikian mereka tetap mendakwa sebagai pengikut mazhab Hambali untuk mengaburi mata masyarakat agar tidak membenci mereka.

Tujuan mereka agar kesemua umat Islam mengikut mereka dari segala aspek hukum dan akidah.

Selain itu hukum bid’ah membid’ah juga menjadi cara utama mereka dalam menetapkan sesuatu hukum.

Contohnya, Wahhabi membid’ahkan dan menyamakan sambutan Maulidur Rasul dengan yahudi. Lihat kitab At-Tauhid karangan Soleh bin Fauzan m/s 116 cetakan Riyadh, Saudi. Ini membawa kepada kekecohan umat Islam sejagat. Sedangkan hukumnya adalah diharuskankerana Rasulullah telah bersabda apabila ditanya mengenai puasa sunat hari Isnin baginda menjawab :

“ Hari itu adalah hari kelahiranku ”. HR Sohih Muslim.

Begitu juga mereka mengharamkan pengkhususan solat dan puasa pada nisfu sya’ban. Lihat kitab yang sama m/s 101. Kenyataan yang popular dari kalangan Wahhabi ini sebenarnya jelas bercanggah dengan hadith yang bermaksud :

“ Apabila tiba malam nisfu sya’ban maka bangunlah pada malamnya (qiamullai) dan berpuasalah pada siangnya ”
Hadith riwayat Ibnu Majah.

Sememangnya dari segi fekah, cara pendekatan mereka cukup terkenal dengan hukum hakam yang ganjil. Jika hendak disenaraikan disini tidak mencukupi kerana ianya melebihi puluhan perkara.

"BERHATI-HATILAH, KERANA GOLONGAN INI SANGAT LICIK DALAM MENYEBARKAN DAKYAH SONGSANG MEREKA DAN SERING BERSELINDUNG DIRI DAN MENDAKWA MEREKA AHLUL SUNNAH WAL JAMAAH YANG BETUL....."

"WAHABBI TERKENAL DENGAN KERJA MEMBIDAAHKAN ORANG , MENOLAK HADITH DHAIF (MAUDHU' BAGI MEREKA) DAN MENTAFSIR SECARA SALAH AYAT AL QURAN DAN HADITH"

"AWAS.....MEREKA DI MANA-MANA. TIDAK SUKA BERSERBAN DAN BERJUBAH DAN SELALU BERBANGGA DENGAN KELULUSAN AKADEMI (PHD DALAM TAFSIR AL QURAN DAN HADITH)"


Terapi Nur Syifa - Halaman Utama
https://www.facebook.com/TerapiNurSyifa/photos/rpp.420778701355702/1439069202859975/?type=3&theater
Foto Terapi Nur Syifa.
Ada orang yang memasuki aliran kesufian dengan tujuan mendapatkan kebolehan yang luar biasa kerana mereka terpesona melihat kekeramatan yang keluar daripada wali sufi.

Bidang kekeramatan yang paling digemari adalah keramat zahir iaitu kebolehan luar biasa dalam bidang keduniaan. 

Jika sufi beramal kerana mahu menyucikan hati bagi mengabdikan diri kepada Tuhan. 

Kumpulan sufi celup itu pula menggunakan amalan sufi untuk mendapatkan kebolehan yang luar biasa dan ilmu yang mampu menguasai sesuatu perkara bagi kepentingan duniawi.

Amalan yang dilakukan orang kerana Allah s.w.t diceduk untuk dijadikan amalan kerana kepentingan diri sendiri.

Pekerjaan ibadat menurut peraturan syariat digubah menjadi khurafat.

Pengalaman kebatinan pada alam khadam dikatakan alam ketuhanan.

Apabila memperolehi keramat khadam mereka mendakwa diri mereka sudah menjadi wali yang agung.

Bila sudah menguasai sesuatu kebolehan yang luar biasa mulalah mereka mendakwa ketuhanan diri lalu menanggalkan kehambaan dan mencampakkan syariat.

Mungkinkah mereka adalah puak yang sesat dan kufur!

Terapi Nur Syifa - Halaman Utama
https://www.facebook.com/TerapiNurSyifa/photos/rpp.420778701355702/1558150954285132/?type=3&theater

LAGI YANG MENARIK


  • Terima kasih pemuda PAS, akhirnya kedai ini dah tak jual arak

    Oktober 13, 2018
  • Tun Mahathir bayang boleh bersukan dalam pesawat untuk gerakkan otot

    Oktober 13, 2018
  • Sejuta umat Islam sedang terseksa di penjara China, polisi kejam negara Komunis

    Oktober 12, 2018
  • Aku "budak" Pondok... bergelar Yang Berhormat

    Oktober 12, 2018
  • Baca ni : Di khemah merah kecil itu ada anak muridku...

    Oktober 12, 2018
  • Laporan polis untuk halang orang Islam hadir ke pesta arak

    Oktober 11, 2018
  • Allah cerai beraikan hidupnya

    Oktober 11, 2018
  • Bila kereta tenggelam air / banjir.. korang baca ni

    Oktober 11, 2018
  • Mufti mana pulak yang tolak kereta hujan-hujan ni

    Oktober 11, 2018
  • Ini yang dikongsikan, Kota Palu dibersihkan

    Oktober 11, 2018
  • Penduduk Kota Palu tetap teruskan amalan syirik walau ditimpa gempa bumi

    Oktober 10, 2018
  • Boikot negara China, barangan halal dilarang jual disana

    Oktober 10, 2018
  • VIDEO akak ni cerita apa yang sebenarnya berlaku antara Exco Melaka dengan penduduk Kampung berkenaan isu jalan

    Oktober 10, 2018
  • Kisah bani Israel yang disumpah menjadi kera

    Oktober 10, 2018
  • VIDEO pesta arak di Malaysia, jawapan pelancong asing ini telah memalukan kita

    Oktober 09, 2018
  • Bila anak Melayu berkawan dengan anak "Dagestan"

    Oktober 09, 2018
  • Kisah lagend Pyanhabib "selamber" tolak anugerah FFM ke 6 depan Timbalan Perdana Menteri

    Oktober 09, 2018
  • VIDEO penyokong McGregor kena lanyak dengan fans Khabib sebab provokasi melampau

    Oktober 08, 2018
  • VIDEO detik-detik bersejarah penemuan Mat Kilau yang belum pernah tersiar

    Oktober 08, 2018
  • Haji Abdul Hamid mewarisi ilmu kebatinan Kiyai Salleh

    Oktober 07, 2018

  • Kerana mabuk, pelancong asing berpesta bogel di tepi Sungai Melaka

    POPULAR MINGGU INI


    LAGI YANG MENARIK





    Anda mungkin juga meminati:

    Benarkah orang Melayu berasal daripada Bani Israel yang ...



    Tiada ulasan: