Jumaat, 19 Oktober 2018

Islam, Melayu dan Nusantara. 8459.


LAGI YANG MENARIK


  • Terima kasih pemuda PAS, akhirnya kedai ini dah tak jual arak

    Oktober 13, 2018
  • Tun Mahathir bayang boleh bersukan dalam pesawat untuk gerakkan otot

    Oktober 13, 2018
  • Sejuta umat Islam sedang terseksa di penjara China, polisi kejam negara Komunis

    Oktober 12, 2018
  • Aku "budak" Pondok... bergelar Yang Berhormat

    Oktober 12, 2018
  • Baca ni : Di khemah merah kecil itu ada anak muridku...

    Oktober 12, 2018
  • Laporan polis untuk halang orang Islam hadir ke pesta arak

    Oktober 11, 2018
  • Allah cerai beraikan hidupnya

    Oktober 11, 2018
  • Bila kereta tenggelam air / banjir.. korang baca ni

    Oktober 11, 2018
  • Mufti mana pulak yang tolak kereta hujan-hujan ni

    Oktober 11, 2018
  • Ini yang dikongsikan, Kota Palu dibersihkan

    Oktober 11, 2018
  • Penduduk Kota Palu tetap teruskan amalan syirik walau ditimpa gempa bumi

    Oktober 10, 2018
  • Boikot negara China, barangan halal dilarang jual disana

    Oktober 10, 2018
  • VIDEO akak ni cerita apa yang sebenarnya berlaku antara Exco Melaka dengan penduduk Kampung berkenaan isu jalan

    Oktober 10, 2018
  • Kisah bani Israel yang disumpah menjadi kera

    Oktober 10, 2018
  • VIDEO pesta arak di Malaysia, jawapan pelancong asing ini telah memalukan kita

    Oktober 09, 2018
  • Bila anak Melayu berkawan dengan anak "Dagestan"

    Oktober 09, 2018
  • Kisah lagend Pyanhabib "selamber" tolak anugerah FFM ke 6 depan Timbalan Perdana Menteri

    Oktober 09, 2018
  • VIDEO penyokong McGregor kena lanyak dengan fans Khabib sebab provokasi melampau

    Oktober 08, 2018
  • VIDEO detik-detik bersejarah penemuan Mat Kilau yang belum pernah tersiar

    Oktober 08, 2018
  • Haji Abdul Hamid mewarisi ilmu kebatinan Kiyai Salleh

    Oktober 07, 2018

  • Kerana mabuk, pelancong asing berpesta bogel di tepi Sungai Melaka

    POPULAR MINGGU INI


    LAGI YANG MENARIK




    Anda mungkin juga meminati:

    Benarkah orang Melayu berasal daripada Bani Israel yang ...






    Siri peperangan bangsa Melayu yang paling digeruni penjajah

    Jika ditanya kepada anak muda Melayu hari ini berkenaan sejarah perang bangsanya sendiri menentang penjajah, ramai yang buta sejarah mengomel dengan sinis kononnya Melayu itu lemah, mundur persenjataan yang mundur dan selalu kalah. Mereka hanya melihat kepada jatuhnya kota Melaka kepada Portugis sebagai gambaran keseluruhan lemahnya bangsa Melayu walhal alam Melayu terbentang luas dari kepulauan Maluku hingga ke Acheh.

    Jadi adakah benar bangsa kita selalu kalah bertempur dengan penjajah? Baik, mari kita tengok beberapa peristiwa peperangan atau siri pertempuran yang berlaku di sekitar Nusantara pada zaman kolonial Belanda yang jarang kita tahu. Antaranya ialah ;

    Pertempuran Perak-Belanda (1651) –Belanda terpaksa berdamai dengan Perak setelah beberapa kali pos Belanda diserang orang  Perak. Buktinya anda boleh tengok bekas tinggalan kubu Belanda di pulau Pangkor. Kubu ini telah beberapa kali diserang oleh orang Melayu sehingga Belanda terpaksa meminta damai.

    Pertempuran Batak-Belanda (1878-1907)-Dalam serangan pertama seramai 200 orang tentera Belanda terkorban dan ramai lagi yang tercedera. Kerugian yang ditanggung Belanda adalah amat besar berbanding tentera Batak. Seluruh kubu Belanda tersebut dibakar hangus. Sisinga Mangaraja terus berjuang menentang Belanda hingga akhir hayatnya dan berjaya membumihanguskan banyak kubu-kubu Belanda dan membunuh beratus-ratus tentera Belanda. Belanda sangat takutkan Sisinga Magaraja kerana kepakarannya dalam taktik pertempuran.

    Pertempuran Selangor-Belanda (1784-1785)- Pada Julai 1784 angkatan Belanda yang membawa 11 buah kapal pimpinan Jacob Pieter Van Braam memerangi Selangor kerana tindakan Sultan Ibrahim menyerang Belanda di Melaka bersama Raja Haji. Sultan Selangor kemudian membalas kembali serangan dengan bantuan orang Pahang untuk merebut kembali Selangor. Dua pihak akhirnya terpaksa berdamai dengan menandatangani perjanjian pada 29 jun 1786 kerana kekuatan kedua-duanya sama hebat sahaja .

    Pertempuran Johor-Belanda (1782) - Gabenor Belanda di Melaka menghantar angkatan perang dibawah pimpinan Toger Aboe membawa 6 buah kapal perang, 910 askar mengepung Riau . Pertahanan Riau yang kukuh menyebabkan Belanda terpaksa menghantar bantuan ke Riau iaitu 7 buah kapal perang seramai 594 askar. Seterusnya pada akhir 1782 Belanda menghantar lagi bantuan dengan 17 buah kapal kecil dan 600 askar yang menaiki kapal besar Malaka's Welvaren, tetapi kedua-duanya diletupkan tentera Johor-Riau dan semua anak kapal terbunuh dan Belanda terpaksa pulang ke Melaka dengan tangan kosong.

    Perang Siak- Belanda (1752) – Siak telah menang besar dalam pertempuran ini dimana banyak askar Belanda yang terkorban bersama kapal-kapal mereka yang berjaya dikaramkan oleh tentera Melayu Siak. Sejarah perang ini dinukilkan dalam Syair Perang Siak. Dalam syair ini kita akan dapat mengetahui jenis-jenis senjata api yang digunakan oleh orang Melayu Siak serta taktik dan strategi mereka. Antaranya ialah menggunakan 'kubu kapal' atau kapal bertutup yang dilengkapi meriam dan bom.

    Perang Aceh-Belanda (1873-1874) - Dipimpin oleh Panglima Polim dan Sultan Mahmud Syah melawan Belanda yang dipimpin Köhler. Köhler dengan 3000 askarnya dapat dikalahkan, dimana Köhler sendiri tewas pada tanggal 14 April 1873. Sepuluh hari kemudian, perang berkecamuk di mana-mana. Pertempuran paling sengit ialah saat merebut semula Masjid Raya Baiturrahman. Walaupun pada tahun-tahun berikutnya Belanda berhasil menawan Banda Aceh namun perjuangan rakyat Aceh tak pernah berhenti sehingga zaman pemerintahan Jepun. Malah ada yang menyebut hampir 30 ribu tentera Belanda terkorban di Aceh iaitu yang terbesar dalam sejarah peperangan Belanda.
    Tentera Acheh
    Apa yang saya paparkan ini sebenarnya sebahagian sahaja daripada pertempuran-pertempuran yang berlaku diantara penjajah dengan kita yang dimenangi oleh kita atau diakhiri dengan perjanjian damai. Belum lagi jika dimasukkan Perang Naning (1831) yang membingungkan pihak British dan Perang Kastilan (1578) yang membuka mata orang Sepanyol akan kekuatan ketenteraan Melayu Brunei.

    Dan adakah anda tahu akan Perang Aceh-Belanda yang diketuai oleh para wanita seperti Laksamana wanita terulung Cut Keumalahayati yang beberapa kali berjaya mengalahkan tentera Belanda di laut malah pernah berlawan satu lawan satu dengan seorang Admiral Belanda di atas kapal? Begitu juga dengan pahlawan wanita Aceh yang lain seperti Cut Nyak Dhien, Tengku Fakinah, Cut Meurah Intan, Po Cut Baren, Cut Meutia, dan Cut Gambang? Bayangkanlah bagaimana panglima-panglima wanita Aceh ini berjaya membunuh beratus-ratus tentera Belanda dengan menggunakan pasukan gerila mereka dan sanggup syahid bersama anak dan suami mereka.

    Sebenarnya kalau anda semua nak tahu,  kejatuhan kebanyakan kerajaan-kerajaan Melayu di seluruh Nusantara bukanlah akibat daripada kita kalah berperang dengan mereka atau sebab kita tiada strategi dan persenjataan yang setaraf, tetapi disebabkan TIPU HELAH dan PECAH BELAH. Dengan cara yang licik inilah penjajah Belanda dan seterusnya diperkemaskan pelaksanaannya oleh British telah menjahanamkan negeri-negeri Melayu Nusantara dan merosakkan pemikiran anak bangsa. Maka anak bangsa pun tertanya-tanya mengapa sekian kali berperang nenek moyang tak pernah menang? Namun sayang, mereka tak mengetahui sejarah yang sebenar, mereka telah tertipu dengan sejarah versi Orientalis. 

    Sekian. Wallah hu’lam.
    Siri peperangan bangsa Melayu yang paling digeruni penjajah - Kriss Merah.com
    http://www.krissmerah.com/2018/08/siri-peperangan-bangsa-melayu-yang.html

    Terapi Nur Syifa
    Jin masuk dalam tubuh manusia melalui laluan darah

    Diriwayatkan daripada Sofiah binti Huyai ra berkata: Pada suatu malam ketika Nabi saw sedang beriktikaf aku datang menghampiri baginda. Setelah puas berbincang-bincang dengan baginda, akupun berdiri untuk pulang. Rasulullah s.a.w ikut berdiri untuk menghantarku. Tempat tinggal Sofiah adalah di rumah Usamah bin Zaid. Tiba-tiba datang dua orang Ansar. Ketika mereka melihat Nabi saw mereka mempercepatkan langkahnya. Lalu Nabi saw bersabda: "Perlahankanlah langkahmu. Sesungguhnya ini adalah Sofiah binti Huyai. "

    Kedua-dua orang ansor itu berkata, "Maha suci Allah, wahai Rasulullah." Lalu Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya syaitan itu berjalan pada aliran darah manusia Sebenarnya aku risau ada tuduhan buruk atau yang tidak baik dalam hati kamu berdua," (Riwayat Bukhari di dalam kitab I'tikaf hadis nombor 1894, 1897, 1898. - Etika hadis nombor 5751. / Riwayat Muslim di dalam Kitab Salam hadis nombor 4041. / Riwayat Abu Daud di dalam Kitab Etika hadis nombor 4342. 4. Riwayat Ibnu Majah di dalam Kitab Puasa hadis nombor 1769).

    Jin boleh keluar masuk dalam tubuh kita dengan sekehendak hati mereka. Mereka boleh tinggal di mana saja dalam jaringan urat darah kita yang mereka kehendaki, padahal kita tidak pernah merasakan kehadiran mereka.

    Barangkali kita semua memang harus diruqyah, supaya jin yang tinggal dalam urat darah kita itu tidak mampu menyekat aqidah Islamiyah kita, sehingga kita terhindar dari perbuatan syirik dan bid'ah, tidak terkecuali orang-orang yang ahli meruqyah?

    Jin mempunyai keupayaan untuk masuk ke pembuluh darah yang mempunyai sifat seperti sentruman yang dapat mengalir ke tubuh. Jin juga boleh membisik-bisik, menghasut, dan membakar hati manusia supaya menuruti hawa nafsunya. Jin menyusup melalui peredaran darah untuk mengganggu mekanisme tubuh dan jin menguasai frekuensi gelombang otak untuk mempengaruhi sistem saraf yang berkaitan dengan fikiran, emosi, dan gerakan.

    Jin yang masuk ke dalam pembuluh darah terus ke otak dan melalui otak, jin boleh mempengaruhi bahagian mana saja kerana jin sudah menguasai otak. Ini dibuktikan oleh perubatan bahawa para pesakit yang tidak sedarkan diri memiliki gelombang otak yang sangat halus dan aneh.

    Kesimpulannya, jika benar jin berjasad halus seperti udara, maka tidak mustahil bagi jin untuk masuk ke tubuh manusia seperti udara dan nafas keluar-masuk tubuh manusa. Ia masuk ke tubuh manusia seperti wang dimasukkan ke dalam sampul surat.

    Al-Qadhi Abdul Jabbar al-Hamadzani berkata: "jika benar kesimpulan kami bahawa jin berjasad halus seperti udara, maka tidak mustahil baginya untuk masuk ke tubuh manusia sebagaimana udara dan nafas keluar masuk ke tubuh manusia. Hal ini tidak mengakibatkan bertumpuknya beberapa subtansi dalam satu wadah kerana hal tersebut tidak akan bertemu kecuali dengan cara beriringan, bukan dengan cara menyatu. Ia masuk ke tubuh manusia seperti wang masuk ke dalam sampul surat.

    Foto Terapi Nur Syifa.
    Waktu Jin dan syaitan berkeliaran

    "Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:" Apabila petang hari menjelang malam tiba, tahanlah (di dalam rumah) anak-anak kecil kamu, kerana pada saat itu syaitan berkeliaran. Apabila permulaan malam sudah tiba, diamkanlah anak-anak kalian di dalam rumah, tutuplah pintu-pintu (termasuk tingkap) kalian dengan terlebih dahulu menyebut nama Allah kerana syaitan tidak akan dapat membuka pintu yang dikunci dengan menyebut nama Allah sebelum ini, dan ikatlah kendi-kendi air kamu (qirab adalah jama dari qurbah yakni tempat air yang diperbuat dari kulit dan di hujungnya biasa diikat dengan tali untuk menghalang kotoran masuk) sambil menyebut nama Allah, tutuplah bekas-bekas atau wadah-wadah kalian sambil menyebut nama Allah meskipun hanya ditutup dengan sesuatu alakadarnya dan matikanlah lampu-lampu kalian (apabila tidur), "(HR. Bukhari Muslim).

    Dalam hadis di atas Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam menganjurkan lima hal ketika petang hari menjelang malam tiba.

    1. menyuruh masuk dan diam anak-anak,

    2. menutup pintu, kerana dengan demikian, syaitan tidak akan mengganggu kanak-kanak tersebut juga syaitan tidak akan dapat masuk ke dalam rumah yang sudah dikunci dengan menyebut nama Allah sebelum ini.

    3. mengikat (menutup) tempat air.

    4. menutup bekas dan bekas-bekas, kerana syaitan juga tidak akan dapat membuka tempat air dan bijana yang disebutkan nama Allah sebelumnya, dan matikanlah lampu apabila menjelang tidur.

    5. matikan lampu sebelum tidur kerana dengan demikian, kita akan terhindar dari bahaya kebakaran yang seringkali dilakukan syaitan. Syaitan seringkali bermaksud untuk membakar rumah dan penghuninya dengan jalan menyerupai seekor tikus lalu memecahkan tempat lampu tersebut sehingga api boleh menjalar. Untuk itu Rasulullah menganjurkan agar lampu dimatikan sebelum tidur. Hal ini sebagaimana dijelaskan dalam hadis berikut:

    "Ibnu Abbas berkata:" Suatu hari seekor tikus datang menyeret kain yang dipintal kemudian dilemparkan ke hadapan Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam yang sedang duduk di atas tikar. Kemudian kain dipintal yang dibawa tikus tadi terbakar seperti sebesar wang dirham. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam Kemudian bersabda: "Apabila kamu tidur, matikanlah lampunya, kerana syaitan seringkali wujud seekor tikus yang membawa sesuatu (yang mudah dibakar) yang ditujukkan ke lampu tersebut sehingga dapat membakar kamu," (HR. Abu Daud dengan sanad shahih ).

    Dalam hadis lain juga dikatakan:

    "Dari Jabir, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:" Janganlah kamu melepaskan binatang kesayangan dan anak-anak kamu ketika matahari terbenam sehingga hitam legammnya petang hari betul-betul hilang, kerana syaitan-syaitan berkeliaran ketika matahari terbenam sampai saat dimana hitam legamnya petang hilang (sampai waktu malam tiba) "(HR. Muslim).

    Mengapa syaitan berkeliaran pada waktu menjelang malam? Menurut Ibn al-Jauzi, kerana gerak geri syaitan pada waktu malam jauh lebih cergas dan kuat dari pada waktu siang. Kerana waktu gelap bagi syaitan adalah waktu yang lebih fresh dan lebih menguatkannya, di samping memang kegelapan dan warna hitam adalah kesukaan syaitan. Kerana itulah, dalam salah satu hadis Rasulullah SAW mengatakan: "Anjing hitam itu adalah syaitan".



    Tiada ulasan: