Selasa, 9 Oktober 2018

Mahu dibawa ke mana kesombongan. 8335.



Swing Farah berkongsi foto.
Foto Asak Swing - Shahir.
Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam.
Firman Allah:
33)Wahai sekelian jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, hendaklah kamu lintasi. (Tetapi) kamu tidak dapat melintasi melainkan dengan kekuatan.
34) Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?
35)Dikirimkan kepadamu (wahai jin dan manusia) lidah api dan asap, lalu kamu tidak mendapat pertolongan.
36) Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?
37) Maka apabila terbelah langit, lalu ia menjadi merah mawar berkilat seperti minyak.
38) Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?
39)Pada hari itu tidaklah diperiksa manusia dan jin daripada dosanya (kerana masing-masing dapat dikenal menurut keadaannya).
40) Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?
41)Maka diketahui orang-orang yang berdosa dengan tanda-tandanya, lalu dipegang ubun-ubun dan kakinya (serta diseret ke neraka).
42) Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?
43)(Dikatakan kepadanya): Inilah neraka yang didustakan oleh orang-orang yang berdosa.
44)Mereka (terus diseksa) berulang-ulang di antara api neraka dengan air yang menggelegak.
45) Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?
(Surah AR-RAHMAN)
Benarlah Firman Allah yang Maha Agung.
#alhamdulillah #gerhanabulan
#1111likes
#asakswing
#fbkeneblok
#1001night
#1001likes #islamwillwin
#hangjebat
#allahuakbar #pulaubesarmelaka
#masjidsultanalariffinsheikhismail
#kubursultanalariffinsyeikhismail
#kubursyarifahrodziah
#assalam
#alfatihah #asakswingfbunblock20feb2018#kamisokongangkatantenteramalaysia
#baitulmuqaddis
#medina
#makka
#kaba #masjidilaqsa #masjidilharam
#madinah #mekah #alquran #palestin#islamakanmenang #masjidilnabawi
Fb Asak Swing & Swing Farah’s friends & JAC Worlds Group’s members.

Ðå£åm HåT¡ åÐå Tåkwå Ðåñ Imåñ™°·
https://www.facebook.com/asakswingshahir/photos/a.257909734748754/385152395357820/?type=3&theater&ifg=1


Swing Farah berkongsi video.
"Kenapa aku yang kena musibah?"
"Kenapa aku yang diberi ujian?"
"Kenapa kehidupan aku macam ni?"
"Kenapa tak orang lain?"

Cocombee
6 min
Foto Rin Du.
Halaman Disukai · 21 Julai 
Foto Cahaya Sunnah.
SEKADAR BERKONGSI INFO:

MASJID JAMEK SRI PETALING

Masjid Jamek Sri Petaling ini merupakan markaz ataupun pusat dakwah utama bagi Jemaah Tabligh seluruh Malaysia. Masjid ini dibina di atas bukit dan segala belanja adalah dari kutipan dari umat Islam dan persendirian, tiada bantuan dari pihak kerajaan ataupun mana-mana syarikat korporat. Ia juga dibina seratus peratus oleh orang Islam.

Masjid ini tersergam indah di atas sebuah bukit di Bukit Jalil tidak berapa jauh dari Stesyen LRT Bukit Jalil atau pun Sri Petaling. Kawasannya begitu luas kerana ia juga mempunyai sebuah Madrasah Tahfiz dan Alim bernama Madrasah Miftahul Ulum dan di sebelahnya sebuah kantin yang juga agak besar dengan ruang makannya. Ruang solatnya juga luas dan satu saf mampu memuatkan beberapa ratus Jemaah.

Bagi mereka yang pertama kali menjejakkan kaki dimasjid ini mesti merasakan satu kelainan berbanding masjid-masjid lain disekitar Lembah Klang ataupun di seluruh Malaysia. Suatu perasaan kerohanian di jiwa membuat hati merasa sayu dan tersentuh. Mungkin kerana masjid ini hidup dengan amalan seperti di Masjid Nabawi ketika zaman Rasulullah SAW dahulu dengan amalan Dakwah, Taalim, Ibadat dan Khidmat.

Jika diperhatikan dengan teliti pasti ramai yang perasan bahawa pintu masuk ke dalam masjid ini tidak mempunyai selak di mana-mana penjuru sama ada di pintu utama atau pun di sebelah kiri dan kanan masjid. Lebih unik lagi masjid ini tidak berkunci dan tidak boleh dikunci. Ia sentiasa dibuka 24 jam sehari dan sesiapa sahaja boleh keluar masuk ke dalamnya untuk beribadat tidak kira masa.

Memang ada Imam dan Bilal yang tetap didalam pentadbiran Masjid Jamek Sri Petaling. Mereka bertanggungjawab diatas urusan utama termasuk Azan, Solat Berjemaah dan juga aktiviti dan program lain seperti kelas agama dan sebagainya.

Namun demikian tugas-tugasan lain seperti keselamatan, pembersihan, tukang masak adalah secara sukarela dan bertukar setiap hari ataupun masa tertentu. Ini diberi kepada setiap Jemaah yang baru pulang dari keluar berdakwah samada didalam atau luar negara. Ada juga yang memberi masa selama 10 hari atau beberapa hari untuk menjadi sukarela berkhidmat kerana Allah.

Masjid ini sentiasa ada programnya setiap hari 24 jam dari Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isya sentiasa ada Jemaah yang sibuk dengan amalan samada infiradi (sendiri) ataupun secara Ijtima’I (beramai). Setiap waktu Solat akan dihadiri oleh ratusan makmum dibelakang seorang imam.

Suatu perkara yang unik dan tidak akan dijumpai di mana-mana masjid seluruh dunia adalah tiadanya tabung menderma didalam masjid ini. Bagi mereka yang pertama kali solat dimasjid ini dan mahu menderma pasti akan kecewa dan tertanya-tanya dimanakah tabung untuk menderma.

Segala perbelanjaan untuk pentadbiran masjid ini adalah dibuat secara persendirian oleh mana-mana ahli Jemaah dan individu yang telah mendapat persetujuan dari Ahli Syura, jadi kutipan wang tidak boleh diterima dari sumber yang tidak diketahui puncanya.

Masjid ini dilengkapi dengan tandas dan bilik mandi yang berjumlah ratusan untuk kegunaan ahli Jemaah dan keselesaan. Jadi Jemaah tidaklah menunggu begitu lama untuk urusan dibilik air.

Masjid ini juga pernah mengadakan Ijtima untuk ahli Jemaah Tabligh seluruh Lembah Kelang dan dihadiri hampir 30 ribu jemaah.

Setiap hari Sabtu malam Ahad ada program mingguan iaitu Bayan atau ceramah selepas Solat Maghrib sehingga Isya. Masjid ini akan dipenuhi oleh ribuan ahli Jemaah dari seluruh Lembah Kelang. Ceramahnya tidak berbau politik ataupun untuk kutipan derma tetapi lebih kepada usaha dakwah dan usaha atas iman dan akhirat. Di akhir bayan akan dibuat Tasykil ataupun mengambil nama untuk mereka yang bersedia berkorban harta dan masa keluar dijalan Allah.

Bagi sesiapa yang berkunjung di Bukit Jalil dan kawasan sekitarnya silalah datang kemasjid ini dan duduk didalam program yang disediakan untuk santapan rohani. Semoga masjid yang dibina atas dasar taqwa ini akan terus hidup dengan amalan seperti diketika zaman Rasulullah s.a.w dahulu.

Tuan-tuan dan puan-puan yang mulia jom buat sesuatu untuk agama

Bantu agama Allah ..Allah akan bantu kita ..Selain kita buat dakwah seperti mana yang di contohkan Nabi Muhammad saw...jom kita sampaikan dakwah juga tentang bahaya riba kaedah penyelesaian masalah hutang

tuan-tuan dan puan-puan boleh sertai group DPEIN
klik join group di bawah

👇👇

https://m.facebook.com/groups/485463115208262

Semoga Allah berkati kita semua ..Amin

Cahaya Sunnah - Siaran
https://www.facebook.com/420311034800966/photos/a.420767948088608/1027435420755188/?type=3&theater
Foto Cahaya Sunnah.
Halaman Disukai · 4 Julai 
Rahsia Sujud Di Dalam Solat (Ayuh Sebarkan!!!)

Tahukah kita solat 5 KALI sehari iaitu 17 RAKAAT telah berlaku 34 kali SUJUD. Di dalamnya terdapat 1001 hikmah yang terkandung. Antaranya:-

Seorang ahli Sains saraf otak Amerika, Dr. Fidelma O’leary mendakwa bahawa beberapa saraf di otak manusia tidak boleh dialiri oleh darah dari jantung kerana posisi jantung yang berada di dada tidak cukup kuat untuk menampung pembawaannya ke otak manusia. Padahal otak amat memerlukan oksigen dan bekalan darah yang mencukupi supaya dapat berfungsi secara normal. Beliau mengkaji dari tempoh masa yang lama untuk mencari jawapan. Dikaji dengan lebih serius akhirnya dia perolehi jawapan bahawa darah akan mengalir setiap inci ke otak manusia secara sempurna ketika seseorang itu melakukan sujud seperti yang dilakukan oleh orang-orang Islam dalam solat. Bila perkara ini berlaku,maka otak dapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi lalu dapatlah menghindarkan pelbagai jenis penyakit seperti stress, migraine, stroke , menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti kita (terutama ketika sujud waktu solat Subuh). Juga boleh membaiki posisi anak dalam kandungan rahim…dll.

Paling HEBAT lagi maka dia memeluk Islam…hebat tak kuasa SUJUD?

Sebenarnya:-

1. SUJUD PERTAMA tanda TAAT (PERINTAH ALLAH)
2. SUJUD KEDUA tanda SYUKUR (HAMBA KEPADA ALLAH)

Dalam khutbah Ramadhan Nabi s.a.w bersabda:,
Punggung-punggung kalian sudah berat menanggung dosa-dosa kalian. Ringankan lah beban kalian dengan memperbanyakkan sujud.

“Hendaklah kamu bersujud kepada Allah kerana sungguh tiada sekali engkau bersujud melainkan dengannya Allah mengangkat satu darjat dan menghapuskan satu dosa (kesalahan) darimu” ,(HR Muslim)

Firman Allah SWT yang bermaksud:-

” Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar” (Surah Al-Ankabut ayat:45)

Dari Sudut Tasawuf

Sujud adalah waktu di mana seorang hamba itu paling hampir dengan Penciptanya. Pergerakan sujud itu secara lahirnya telah menunjukkan “rasa menghina dirinya” seseorang hamba itu di depan Tuhannya di dalam keadaan menyerah diri, pasrah, berikrar dan mengaku bahawa“Ya Allah hanya Engkaulah Tuhan yang layak disembah, ditakuti, dicintai dan hanya pada-Mu sahajalah tempat berserah dan memohon pertolongan”.

Seorang sahabat Nabi SAW iaitu Huzaifah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:-“Tiadalah keadaan seorang hamba yang paling disukai oleh Allah daripada Dia melihat hamba-Nya itu di dalam keadaan bersujud, dengan meletakkan mukanya di tanah
( sebagai tamsilan tunduk, pasrah dan rasa hina seorang hamba kepada Allah)”. (Hadis Riwayat Imam Tabrani).

Firman Allah SWT yang bermaksud:- ” Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat Kami ialah orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri” (Surah As-Sajadah ayat 15).

Sujud bererti seseorang itu telah meletakkan wajahnya ditempat yang paling rendah di atas tanah ini bermakna ia telah meletakkan seluruh dirinya di atas tanah, mengingatkan dirinya terhadap punca asal kejadian manusia itu dari tanah dan mengembalikan dirinya kepada tanah. Apabila ia telah sanggup menghantar dahinya dan juga dirinya ke tempat yang hina maka tidak mungkin ia akan bersikap sombong lagi terhadap Allah yang menciptakan dirinya dari tanah itu.

Maka setiap kali sujud sewajarnya seseorang itu sentiasa ia mengingati akan mati, apabila ia ingat akan mati maka terasa seolah-olah bahawa solatnya itu sebagai solat penghabisan kerana ia akan menghantarkan dirinya ke tanah. Ia merasakan bahawa setiap kali ia sujud seolah-olah ia tidak akan bangun lagi. Sedangkan kematian itu merupakan pintu bagi seseorang memasuki gerbang akhirat.

Dalam keadaan demikian maka hati akan merasa gerun dan merasai kebesaran Allah dan ketika itulah ia membaharui lagi di dalam hatinya untuk mensucikan Zat Allah Yang Maha Tinggi disamping lidah tidak bertulang mengucapkan, “Subhana Rabbial- A’la wa-Bihamdih”.

P/S: Islam itu kan indah.. solat itu sempurnakan dan berikan kebaikan kepada Hambanya zahir dan batin. Bila kita sempurnakan hak Allah (solat) , Dia akan menyempurnakan hak kita sebagai hamba (hikmah dan kebaikan ) Konsep GIVE AND TAKE… 


Cahaya Sunnah - Siaran
https://www.facebook.com/420311034800966/photos/a.420767948088608/1010210985810965/?type=3&theater


Tiada ulasan: