Tingkah laku manusia penghujung akhir zaman - Astaghfirullahalazim. Nauzubillahminzalik.
20 ditangkap berzikir sebelah kandang babi di Sepang
Polis serbu markas silat IKS PI Kera Sakti dari Indonesia
Antara warga Indonesia yang ditangkap di Bagan Lalang, kelmarin, kerana terbabit dengan pemujaan menyalahi syariat Islam di sebelah kandang babi. - Gambar Utusan
BANGI, 14 Safar 1440H, Selasa – Polis menangkap 20 warga Indonesia, termasuk empat wanita, yang disyaki terbabit dengan pertubuhan seni mempertahankan diri haram, selain melakukan pemujaan menyalahi syariat Islam di sebelah kandang babi di Sepang, kelmarin.
Memetik laporan Utusan Malaysia, Komander Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tengah, Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, warga asing itu ditahan dalam Op Nyah 1 Selangor di Tanjung Sepat, Bagan Lalang, petang kelmarin.
Katanya, 18 anggota PGA menyerbu Ladang Tumbuk bersebelahan sebuah kandang babi pada jam 5 petang, dan mendapati kawasan itu dijadikan pusat pengembangan silat IKS PI Kera Sakti.
“Ketika serbuan dilakukan didapati sekumpulan warga Indonesia sedang melakukan aktiviti dalam keadaan mencurigakan.
Siasatan awal mendapati suspek terbabit dengan aktiviti pertubuhan seni bela diri haram dan dipercayai sesat,” katanya.
Beliau berkata, kumpulan itu juga melakukan pemujaan dengan beberapa persembahan seperti pulut kuning, buah-buahan dan haiwan panggang, selain berzikir beramai-ramai dengan menggunakan ayat tidak pernah didengari.
“Tempat itu juga dijadikan transit keluar masuk pendatang asing tanpa izin, selain dijadikan lokasi aktiviti pertubuhan silat berkenaan sejak beberapa bulan lalu,” katanya.
Abdul Ghani berkata, 11 daripada 20 suspek yang ditahan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Polis, katanya, turut merampas dua buah motosikal, lapan bengkung warna merah mengandungi ayat al-Quran, 23 topi bersulam ‘Pasker 1980’, enam lambang pertubuhan IKS PI Kera Sakti, 26 gegantung, 14 uniform, 24 sampul merah, 26 buku pelajaran Kera Sakti dan 20 batang lilin kecil warna merah.
“Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Pertubuhan 1966 kerana disyaki terbabit dengan pertubuhan haram dan dipercayai mengamalkan amalan yang menyeleweng serta pemujaan berdasarkan barang-barang rampasan,” katanya.
https://www.ismaweb.net/2018/10/23/20-ditangkap-berzikir-sebelah-kandang-babi-di-sepang/
Berita sisipan:
VIDEO | Tunang Khashoggi tulis ucapan menyentuh perasaan - Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb
https://www.ismaweb.net/2018/10/23/video-tunang-khashoggi-tulis-ucapan-menyentuh-perasaan/
Seekor kucing melompat naik ke atas ribaan Jamal Khashoggi ketika temu bual dengan sebuah stesen televisyen membuatkan beliau ketawa.
VIDEO Tunang Khashoggi tulis ucapan menyentuh perasaan
Tawamu yang indah kekal dalam jiwa saya selamanya: Hatice Cengiz
ISTANBUL, 14 Safar 1440H, Selasa – Hatice Cengiz, tunang kepada wartawan yang mati dibunuh, Jamal Khashoggi, menulis ucapan penghormatan terakhir yang menyentuh perasaan di laman Twitternya.
Cengiz turut memuat naik klip video Khashoggi ketika ditemu bual untuk dokumentari sebuah stesen televisyen.
Ketika rakaman dibuat, seekor kucing melompat naik di atas ribanya membuatkan Khashoggi ketawa.
“Awak harus meletakkan ini di dalam filem,” kata Khashoggi.
“Mereka mengambil tubuh anda daripada dunia saya. Tetapi ketawa anda yang indah akan kekal di dalam jiwa saya selamanya.” Demikian tulis Hatice dalam Twitternya.
Cengiz, seorang warga Turki, kali terakhir melihat Khashoggi ketika tunangnya itu memasuki bangunan Pejabat Konsul Besar Arab Saudi di Istanbul pada 2 Oktober lalu, dan menunggu selama 11 jam.
Khashoggi memberitahunya supaya menghubungi pemimpin Kesatuan Media Arab Turki, Turan Kislakci, jika beliau tidak keluar dari bangunan konsulat itu.
Pada masa sama, agensi berita Anadolu melaporkan Cengiz kini diletakkan di bawah program perlindungan 24 jam oleh polis Turki yang diuruskan pejabat gabenor Istanbul.
Dalam minggu berikutnya, pegawai Turki mengeluarkan beberapa kenyataan yang menunjukkan Khashoggi telah meninggal dunia, tetapi Cengiz enggan menerima sehingga berita kematian tunangnya diumum secara rasmi.
Sabtu lalu, Riyadh yang pada awalnya mendakwa tidak tahu kes berkaitan Khashoggi, akhirnya mengumumkan kolumnis The Washington Post itu terbunuh dalam pergaduhan dengan pihak yang menemui beliau dalam pejabat konsulat Arab Saudi di Istanbul. – Agensi
Munafiq si pemecah belah - Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb
https://www.ismaweb.net/2018/10/23/munafiq-si-pemecah-belah/
1. RASULULLAH ﷺ melancarkan peperangan kepada Bani Mustaliq setelah agen perisikan kaum muslimin (Buraidah al-Aslami) mengesahkan bahawa al-Harith ibn Dirar (pemimpin Bani Mustaliq) merancang untuk menyerang Rasulullah ﷺ dan Madinah.
Penodaan Agama Terus Terjadi karena Lemahnya Penegakan Hukum - Kiblat
https://www.kiblat.net/2018/10/23/penodaan-agama-terus-terjadi-karena-lemahnya-penegakan-hukum/
https://getshealthy.com/top-10-natural-foods-to-gain-muscle-effectively/
Top 10 Natural Foods To Gain Muscle Effectively
#10 – Beef
https://www.ismaweb.net/2018/10/23/munafiq-si-pemecah-belah/
Dr Ahmad Sanusi AzmiPendapatUtama
Munafiq si pemecah belah
1. RASULULLAH ﷺ melancarkan peperangan kepada Bani Mustaliq setelah agen perisikan kaum muslimin (Buraidah al-Aslami) mengesahkan bahawa al-Harith ibn Dirar (pemimpin Bani Mustaliq) merancang untuk menyerang Rasulullah ﷺ dan Madinah.
2. Dalam peperangan ini, berlaku beberapa insiden yang menarik untuk diteladani.
2.1 Pertama, berlakunya perselisihan antara Jahjah ibn Mas’ud (dari Muhajirin) dan Sinan ibn Wabr al-Juhani (dari kaum Ansar). Perselisihan ini berlaku di telaga al-Muraysi’ dan hampir mencetuskan peperangan di antara kaum Muslimin. Jahjah telah meminta bantuan kaum Muhajirn untuk berlawan dengan Sinan, begitu juga dengan Sinan. Sinan menyeru kaum Ansar untuk menyokong pergaduhan ini.
Mendengar pergaduhan ini, Rasulullahﷺ segera meleraikan dan menyifatkan pertengkaran ini sebagai sifat asabiyyah iaitu membantu kaum sendiri atas dasar kezaliman. Begitulah Rasulullahﷺ mendidik Muslim agar mengalah dalam perkara yang ranting dan mengutamakan kesatuan dan perpaduan Muslim.
3. Ketika perkara ini berlaku, Abdullah ibn Ubai (ketua Munafiq) merasa geram apabila melihat pergaduhan sesama Muslim ini tidak berlaku. Bahkan beliau merungut atas sikap Ansar yang selama ini banyak memberi bantuan kepada kaum Muhajirin.
4. Lihatlah sikap si munafiq ini. Mereka dari dahulu suka melihat perpecahan di kalangan Muslim berlaku dan mengambil kesempatan atas emosi dan perselisihan kaum Muslimin. Bahkan munafiq juga tidak suka melihat kebajikan yang dilakukan oleh kaum Ansar yang lebih banyak menguntungkan Islam. Muslim seharusnya bertindak dan menyokong pendirian yang memartabatkan Islam dan bertegas dalam perkara yang menguntungkan kafir dan kekufuran.
5. Insiden yang kedua pula berlaku setelah selesainya perang Bani Mustaliq ini. Kali ini, kaum munafiq bukan sahaja menimbulkan perpecahan dikalangan kaum Muslimin bahkan cuba mencalar kemuliaan keluarga Nabiﷺ. Saidatina Aisyah telah difitnah melakukan perbuatan yang tidak elok dengan Safwan ibn al-Mu’attal al-Sulami.
5.1 Lihatlah betapa jahatnya perancangan munafiq. Mereka bukan sahaja berusaha memecah-belahkan umat Islam, malah melemparkan fitnah kepada Rasulullahﷺ.
6. Hari ini kita dipecahkan oleh sesama Muslim. Ketahuilah bahawa perpecahan Muslim hanya menguntungkan si kafir sedangkan Rasulullahﷺ mendidik kita supaya bersatu dan mengalah dalam perkara yang menguntungkan Islam.
Kegagalan Muslim mencari titik persamaan dalam memartabatkan Islam hanya menyebabkan mereka menjadi lemah, bahkan Rasulullahﷺ turut dihina, malah Syariah Islam diperlekehkan.
Jangan sampai berlunak dengan kekufuran bahkan menekan agenda Islam sedang Allah memberi petunjuk yang jelas dalam Quran dan Sunnah.
Dr Ahmad Sanusi Azmi
https://www.kiblat.net/2018/10/23/penodaan-agama-terus-terjadi-karena-lemahnya-penegakan-hukum/
Penodaan Agama Terus Terjadi karena Lemahnya Penegakan Hukum
KIBLAT.NET, Jakarta – Ketua Bidang Advokasi DPP PBB, Ismar Syafruddin menegaskan bahwa fenomena agama menjadi bahan candaan terus terjadi karena penegakan hukum yang tidak tegas. Pernyataan ini menyusul adanya dugaan penodaan agama yang dilakukan oleh Komika Coki Pardede dan Tretan Muslim.
“Ini terus terjadi karena kurangnya persamaan di mata hukum, misalnya kasus penghinaan terhadap islam. Sudah berapa kali kita melakukan pelaporan, tapi tidak ada penindakan,” katanya saat dihubungi Kiblat.net pada Selasa (23/10/2018).
“Misalnya kasus Sukmawati, Ade Armando yang putusan pengadilan menetapkan harus ditetapkan sebagai tersangka kembali. Tapi sampai sekarang tidak ditetapkan,” sambungnya.
Ia menegaskan bahwa ketika orang yang melanggar hukum namun tidak ditangani, maka akan mengundang orang lain untuk melakukan penghinaan terhadap Islam. Ismar menekankan, harus dipahami bahwa Indonesia adalah negara mayoritas Islam dan kalau umat silam marah sangat berbahaya.
“ketika hukum tidak berpihak pada kebenaran akan bisa membawa Indonesia ke arah yang penuh dengan konflik. Ini akan menimbulkan kejadian yang luar biasa, kita tidak menginkan itu,” ucapnya.
Selain itu, ketimpangan dalam penegakan hukum dalam perkara penodaan agama akan membuat masyarakat semakin tidak percaya kepada kepolisian dan membuat masyarakat melakukan main hakim sendiri.
“Misalnya pembakaran bendera tauhid di Garut, reaksi masyarakat sudah berbahaya. Sudah ada yang mau mendatangi, ada yang siap jihad,” tukasnya.
Reporter: Taufiq Ishaq
Editor: Izhar Zulfikar
Editor: Izhar Zulfikar
https://getshealthy.com/top-10-natural-foods-to-gain-muscle-effectively/
Top 10 Natural Foods To Gain Muscle Effectively
#10 – Beef
The complete protein
5oz serving contains: 340 calories, 38grams of protein, 20 grams of fat and no carbohydrates.
Beef plays a major role in muscle building process. It contains an extremely high content of good quality protein. Additionally, beef contains amino acids which are known to interact with insulin to help promote the shuttling of proteins from the blood into the muscle tissue hence promoting muscle growth.
Beef also has lots of necessary minerals and vitamins like vitamin B, Zinc, Iron and another substance called Conjugated Linoleic Acid (CLA), all these are known to increase muscle growth.
mmm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan