Rabu, 24 Oktober 2018

Pakar Akuan Silap. 8514.


Berhutang bayarlah - biar hutang segera langsai. ISLAM Addin. 

LGE Terkhilaf, Kelantan Bukan Peminjam Terbesar
By MT Webmaster  On Oct 24, 2018

(HARAKAH) – Saya merujuk kepada kenyataan Menteri Kewangan bertarikh 23 Oktober 2018 yang menyatakan Kerajaan Negeri Kelantan masih belum membayar balik pinjaman Pendahuluan sebanyak RM388 juta, yang menjadikan Kerajaan Negeri Kelantan penghutang terbesar pinjaman Pendahuluan sehingga 31 Disember 2017.

Namun, fakta dan angka yang terkandung di dalam Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2017 menunjukkan statistik yang berbeza. Untuk makluman, penyata tahunan ini telah diserahkan oleh Akauntan Negara Malaysia kepada YB Menteri Kewangan melalui ‘Surat Penyampaian’ bertarikh 6 Ogos 2018 untuk dibentangkan di Parlimen.

Di dalam Lampiran 3 Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2017, terdapat perincian jumlah Pinjaman dan Pendahuluan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan seperti berikut:

a) Baki Pinjaman 2017 Mengikut Negeri (Lima Tertinggi), m/2 243.

i. Pahang RM3.06 bilion
ii. Sabah RM2.8 bilion
iii. Kedah RM2.6 bilion
iv. Sarawak RM2.5 bilion
v. Kelantan RM1.4 bilion

b) Baki Pendahuluan 2017 Mengikut Negeri (Lima Tertinggi), m/s 245.

i. Melaka RM414 juta
ii. Kelantan RM364 juta
iii. Perlis RM243 juta
iv. Pahang RM152 juta
v. Kedah RM147 juta

Ternyata Menteri Kewangan telah terkhilaf dalam meneliti fakta dan angka ini, apabila menyatakan Kelantan merupakan penghutang tertinggi pinjaman Pendahuluan bagi tahun 2017, sedangkan yang tercatat adalah negeri Melaka dengan jumlah RM414 juta.

Malah angka Pendahuluan Kerajaan Kelantan berjumlah RM388 juta yang disebut oleh Menteri Kewangan juga berbeza dengan angka RM364 juta yang tercatat di dalam Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2017.

Persoalannya, adakah Menteri Kewangan tersilap merujuk fakta dan angka rasmi Kerajaan atau mengulangi kesilapan beliau yang sering tersilap titik perpuluhan.

Konsep Pinjaman Pendahuluan

Perlu difahami bahawa pinjaman Pendahuluan ini adalah mekanisma biasa yang diambil oleh kerajaan mahupun syarikat, untuk menampung kekurangan aliran tunai (shortfall) bagi memenuhi komitmen pambayaran semasa, dengan jangkaan akan menerima hasil dalam masa akan datang. Ianya dipanggil ‘advancement’ atau ‘bridging-loan’ dalam pengurusan kewangan.

Malah dalam konteks Kerajaan Kelantan dan kerajaan Negeri yang lain, cabarannya adalah kekurangan aliran tunai (cashflow) untuk membuat pembayaran dalam tempoh 14 ke 30 hari dalam bulan tertentu, dengan jangkaan hasil (revenue) yang akan dipungut hanya akan diterima dalam tempoh lebih 30 hari.

Inilah hasrat yang terkandung di dalam surat Kerajaan Negeri Kelantan bagi memohon pinjaman pendahuluan kepada Kerajaan Persekutuan. Situasi ini bukan hanya dialami oleh Kelantan, dan tidaklah boleh dikira sebagai lemah dalam menguruskan kewangan.

Kerajaan Persekutuan perlu menghormati dasar federalisme yang memberikan hak kepada Negeri dalam aspek peruntukan dan pinjaman kewangan, tanpa mempolitikkan tanggungjawab ini.

Malah, semua pihak perlu menilai dengan adil tahap pengurusan, urustadbir, dan integriti yang telah ditunjukkan oleh Kerajaan Kelantan sejak tahun 1990, sehingga mampu bertahan dan melaksanakan 1001 program kebajikan kepada rakyat, dalam keadaan sumber hasil yang terhad, kekangan kewangan dan sekatan royalti oleh Kerajaan Persekutuan.

Jika situasi yang ditanggung Kelantan dihadapi oleh Kerajaan Negeri lain, belum tentu kerajaan tersebut boleh bertahan sehingga hari ini. Inilah fakta dan angka yang perlu difahami.

Syahir Sulaiman
Pengarah Strategi DPPM
LGE terkhilaf, Kelantan bukan peminjam terbesar – Malaysia Today
https://www.malaysia-today.net/2018/10/24/lge-terkhilaf-kelantan-bukan-peminjam-terbesar/

Guan Eng dedah surat Kelantan mohon bantuan dana Persekutuan
Pada 24 Oktober 2018
oleh RoketKini
Menteri Kewangan Lim Guan Eng mendedahkan surat dari Pejabat Perbendaharaan Kelantan meminta bantuan kewangan daripada kerajaan Persekutuan untuk membayar gaji penjawat awam kerajaan negeri.

Surat bertarikh 18 Jun 2018 itu antara lain meminta kerajaan Persekutuan menyalurkan dana pendahuluan sebanyak RM97 juta pada Julai bagi menampung perbelanjaan luar jangka serta ketiadaan punca baru sumber hasil.

Surat itu turut menjelaskan mengenai bagaimana Kelantan mencatat aliran menaik defisit akaun semasa dengan jumlah terkumpul berjumlah RM19.46 juta dan defisit kumpulan wang pembangunan berjumlah RM45.03 juta, tidak termasuk tanggungan semasa berjumlah RM49.73 juta.

“Implikasi shortfall ini akan menyebabkan kerajaan negeri terdedah kepada kelewatan pembarayan gaji kakitangan termasuk sambilan sebanyak RM24.5 juta sebulan, serta bayaran bil-bil melebihi 14 hari,” kata surat itu.

Surat berkenaan ditandatangani oleh Pegawai Kewangan Negeri Kelantan Datuk Nik Kazim Nik Yusoff.

Ditanya tentang kelulusan pinjaman pendahuluan yang diluluskan pada Jun iaitu sebanyak RM22.5 juta berbanding permohonan sebanyak RM24.5 juta, beliau berkata ia adalah pemberian bagi memenuhi keutamaan semasa.

“Ini untuk gaji, jadi (kita) cuba cepat-cepat bagi dahulu.

“Apabila kita beri (begitu saja kepada) sesiapa yang minta, saya rasa itu bukanlah tindakan belanjawan yang berhemah.

“Jadi kita bagi apa yang perlu dahulu iaitu (untuk membayar gaji) kakitangan kerajaan negeri,” katanya.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP turut mendedahkan bahawa Kelantan sekali lagi membuat permohonan terbaharu dan telah diluluskan.

Beliau bagaimanapun tidak mahu mendedahkan jumlah permohonan baru itu buat masa ini. – Roketkini.com

Guan Eng dedah surat Kelantan mohon bantuan dana Persekutuan | roketkini.com
https://www.roketkini.com/2018/10/24/guan-eng-dedah-surat-kelantan-mohon-bantuan-dana-persekutuan/


Tiada ulasan: