Hadis Rasulullah ﷺ yang memberi maksud:
"Akan ada setelahku nanti para pemimpin yang berdusta. Barangsiapa masuk pada mereka lalu membenarkan (menyetujui) kebohongan mereka dan mendukung kezaliman mereka maka dia bukan dari golonganku dan aku bukan dari golongannya, dan dia tidak bisa mendatangi telaga (di hari kiamat). Dan barangsiapa yang tidak masuk pada mereka (penguasa dusta) itu, dan tidak membenarkan kebohongan mereka, dan (juga) tidak mendukung kezaliman mereka, maka dia adalah sebahagian dari golonganku, dan aku dari golongannya, dan ia akan mendatangi telaga (di hari kiamat).” (HR. Ahmad dan An-Nasa’i)
Siapakah Luqman Al-Hakim Yang Disebut Dalam Al-Quran
Luqman itu adalah anak kepada Faghur bin Nakhur bin Tarikh (Azar), dengan demikian litu Luqman adalah anak saudara kepada Nabi Ibrahim a.s.; atau dikatakan juga Luqman itu anak saudara kepada Nabi Ayub a.s.
Diriwayatkan juga bahawa Luqman telah hidup lama sampai seribu (1,000) tahun sehingga dapat menemui zaman kebangkitan Nabi Daud a.s., bahkan dia juga pernah menolong Nabi Daud a.s. dengan memberikan kepadanya Hikmah atau kebijaksanaan. Luqman pernah menjadi Kadi, yakni hakim, untuk mengadili perbicaraan kaum Bani Israel.
AI-Allahamah AI-Alusy berkata: “Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa beliau hidup di zaman Nabi Daud a.s.” Katanya lagi: “Orang juga berselisih pendapat, adakah beliau seorang yang merdeka atau seorang hamba? Kebanyakan pihak mengatakan beliau adalah seorang hamba Habsyi”
Dipetik dari Ibnu ‘Abbas katanya: “Luqman bukanlah seorang nabi mahu pun raja tetapi beliau hanyalah seorang pengembala ternakan yang berkulit hitam. Lalu Allah telah memerdekakannya dan sesungguhnya Dia redha dengan segala kata-kata dan wasiat Luqman. Maka kerana itu, kisah ini diceritakan di dalam AI-Quran agar kita semua dapat mengambil pedoman dan berpegang dengan wasiat-wasiatnya.”
Ibnu Kathir berkata: ‘Ulama’ salaf berselisih pendapat tentang diri Luqman; adakah dia seorang nabi atau pun seorang hamba yang soleh tanpa taraf kenabian? Di antara dua pendapat ini, kebanyakan mereka berpegang dengan pendapat yang kedua.’
Para ulama’ semuanya sepakat mengatakan Luqman itu seorang bertaraf wali dan Ahli Hikmah (bijak bistari), bukan seorang nabi, kerana lafaz hikmah dalam ayat di atas dimaknakan ‘kenabian’. Dan dikatakan juga apabila Luqman disuruh pilih antara Hikmah (kebijaksanaan) dengan Nubuwwah (kenabian), dipilihnya Hikmah. Di antara para ulama’ tersebut ialah seperti Mujahid, Sa’id bin AI-Musayyab dan Ibnu Abbas. Wallahu A’lam.”
Ibnu Kathir ada menyebutkan di dalam kitab sejarahnya: “Beliau ialah Luqman bin Unqaa’ bin Sadam.” Diceritakan dari As Suhaili, dari Ibnu Jarir dan AI-Qutaibi: “Beliau ialah Luqman bin Tharan”
Dikatakan bahawa beliau ialah anak kepada AI- Baura’. Ibnu Ishaq ada menyebutkan beliau ialah Luqman bin AI Baura’ bin Tarikh iaitu Aazar Abu Ibrahim AI-Khalil.
Adalah diceritakan, bahawa Luqman telah tidur di tengahari lalu kedengaran suara memanggilnya: “Hai Luqman! Mahukah kalau Allah jadikan engkau seorang Khalifah di bumi yang memerintah manusia dengan hukuman yang benar?” Dijawabnya: “Kalau Tuhanku menyuruh pilih, akan saya pilih ‘Afiat (selamat) dan saya tidak mahu bala (ujian). Tetapi kalau saya ditugaskan juga saya akan turut. Kerana saya tahu bahawa Allah Taala kalau menetapkan sesuatu kepada saya pasti Dia menolong dan memelihara saya.”Kemudian dikatakan para malaikat pula bertanya: “Hai Luqman! Adakah engkau suka diberi Hikmah?” Dijawabnya: “Sesungguhnya seorang hakim kedudukannya berat, dia akan didatangi oleh orang-orang yang teraniaya dari segenap tempat. Kalau hakim adil akan selamat, dan kalau tersalah jalan akan tersalah pula jalannya ke neraka. Siapa yang keadaannya hidup di dunia, itu lebih baik daripada dia menjadi mulia. Dan siapa yang memilih dunia lebih daripada akhirat, akan terfitnah oleh dunia dan tidak mendapat akhirat.”
Para malaikat pun takjub mendengarkan kebagusan kata-katanya itu. Apabila Luqman tertidur semula, dia dikurniakan Hikmah, lalu terjaga dan berbicara dengan kata-kata yang berhikmah selepas itu.
Juga diriwayatkan bahawa Luqman itu seorang hamba bangsa Habsyi, kerjanya sebagai tukang kayu, tukang jahit dan seorang penggembala kambing. Apabila bertemu dengan seorang lelaki dia bercakap dengan penuh Hikmah, sehingga orang lelaki itu takjub lalu berkata: “Bukankah engkau seorang penggembala kambing?” Dijawabnya: “Benar!” Lalu ditanya orang lelaki itu lagi: “Bagaimana engkau telah dapat mencapai kedudukan engkau yang begini (bijak bestari)?” Luqman menjawab: “Saya mendapatnya dengan bercakap benar, memelihara amanah dan tak ambil tahu apa yang bukan urusan saya.”
Ada juga diriwayatkan bahawa Luqman berasal dari Sudan/Mesir, berkulit hitam, bibirnya tebal dan kulit kakinya pula retak-retak. Juga dikatakan bahawa sebaik-baik orang dari benua Afrika itu adalah 3 orang, iaitu: Bilal bin Robah, Mahja’ (yakni hamba sahaya Sayidina Umar ibn Khattab) dan Luqman al-Hakim. Orang yang ke empat pula ialah an-Najasyi (Raja Habsyah yang beriman di zaman Nabi Muhammad s.a.w.)
Ibnu Qutaibah berkata: “Luqman adalah seorang hamba Habsyi kepada seorang lelaki dari kalangan bani Israil. Kemudian beliau dibebaskan dan diberikannya harta.”
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., dia telah berkata: Rasullullah ﷺ pernah bersabda:

“Adakah engkau semua tahu siapakah dia Luqman? “Mereka pun menjawab: “Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih tahu.” Baginda bersabda: “Dia adalah seorang Habsyi.” Pendapat yang mengatakan dia adalah seorang habsyi, adalah dari lbnu Abbas dan Mujahid.
As-Suhaili berkata: “Luqman adalah Naubah dari penduduk Ielah (Sebuah bandar di tepi laut merah)” Demikian juga dipetik oleh Qatadah, dari Abdullah bin Az-Zubair: Aku telah bertanya kepada Jabir bin Abdullah: “Apakah cerita terakhir yang sampai kepadamu tentang perihal diri Luqman? “J abir menjawab: “Dia adalah seorang yang pendek, pesek hidungnya dari keturunan Naubah.” lanya juga sebagaimana yang disebutkan dari Sa’id bin AI Musayyab, katanya: “Luqman adalah dari Sudan, Mesir.”
AI-Hassan AI-Basri pula berkata: “Luqman telah membina sebuah singgahsana di Ramlah, Syam. Pada masa itu, tempat tersebut masih lagi belum dibangunkan. Dia berada di sana sehinggalah Ian jut usianya dan meninggal dunia.”
Ibrahim bin Adham berkata: “Aku telah diberitahu bahawa kubur Luqman adalah di antara Masjid Ar-Ramlah dan tempat didirikan pasar pada hari ini.Di tempat tersebut terdapat 70 kubur nabi-nabi sebelum Luqman.
Dilaporkan, bahawa Luqman adalah seorang mufti sebelum Nabi Daud a.s dibangkitkan. Apabila baginda diutuskan kepada umatnya, Luqman berhenti dari memberikan fatwa. Ada orang bertanyakan; padanya tentang hal itu lalu dia pun berkata: “Adakah aku tidak mahu berhenti apabila aku telah merasa cukup?!! “
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, dari Mujahid: “Beliau adalah seorang Qadhi di kalangan kaum bani Israil di zaman Nabi Daud a.s”
Demikianlah siapa itu Luqmanal Hakim. Tidak kira siapapun dia, yang penting beliau adalah seorang yang mempunyai hikmah kebijaksanaan. Kata-katanya diberkati Allah dan dirakamkan didalam Al Quran.
Rahmat Rahman - Subhanallah, Inilah Mukjizat Al-Quran tentang...
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=596256150517423&set=a.521244958018543&type=3&theater
Nama : Tuan Guru Hj Salleh bin Musa
Tarikh Lahir : 08.02.1929
Ayah : Tn Guru Hj Musa bin Salleh
Ibu : Khatijah bt Md Saad Mehamad
Tempat lahir : Pekan Sik Kedah
Bil Adik beradik : 8 orang
Anak ke : 3
Pendidikan :
1. Sek Rendah Keb Sik (Dan ke Pondok Tn Hussin Kedah, kemudian ke Pondok Tn Guru Hj Mad Nawawi Gurun Kedah, ini kurang mashur kerana Tn Guru Sekejap sahaja disana)
2. Pondok Pak Chu Him Gajah Mati Pendang Kedah
3.Darul Ulum Makkah dan menamatkan sijil kepujian Aliy
4. Kemudian mendalami ilmu di Masjidil Haram Makkah bersama syeikh-syeikh terkemuka diantaranya Syeikh Ismail Fatani , Syeikh Yassin Al Fadani , Syeikh Abd Qadir Mandili , Syeikh Syed Alawi Al Malikki , Syeikh Syed Amin Qutubi dan syeikh muktabar lain .
Berkahwin dengan Hj Hatiah bt Hanafi
Mendapat 2 orang cahaya mata semasa berlajar di Makkah.
Tn Guru memiliki 11 orang cahaya mata semuanya.
Kini isteri beliau sudah meninggal dunia dan Tn Guru sekali lagi berkahwin dengan Hj Sofiah bt Hj Awang.
Tahun 1964 Tn Guru pulang ke Tanah air dan terus berkhidmat membantu mengajar di pondok ayah beliau di Pekan Sik .
Tn Guru menggantikan ayah beliau sebagai mudir Madrasah Ar Rahmaniah hingga sekarang .
Sekarang Tn Guru dibantu oleh anak beliau Syeikh Muslim sebagai Timbalan Mudir .
Tn Guru menumpukan dakwah sepenuh masa di Pondok hingga sekarang dan beliau menyampaikan dakwah di setiap daerah di sekitar negri Kedah Darul Aman .
KDYMM Sultan Kedah telah anugerahkan beberapa pingat kebesaran , diantaranya B.K.M , S.D.K dan Tokoh Pendakwah Negeri Kedah tahun 2009,
Pada tahun 2010 MB Kedah YAB Dato’ Seri Di-Raja Ust Azizan Abd Razak meanugerahkan Tokoh Pondok Negeri Kedah , 2011 beliau dinobat Tokoh Ilmuan Daerah Sik Oleh Pegawai Daerah Sik
SEKARANG ULAMA ARAB TERUTAMANYA YAMAN , JORDAN, MESIR SERING MENZIARAHI TN GURU KERANA TN GURU MERUPAKAN ULAMA YANG SEMPAT MENDALAMI ILMU DENGAN ULAMA MUKTABAR MASJIDIL HARAM MAKKAH SATU KETIKA DULU INSYALLAH
Antara masyaikh hafizahumullah yang menziarahi beliau :
Syeikh Yussuf Al Hassani (Lubnan)
Syeikh Muhammad Ibrahim (Mesir)
Habib Kazim ( Yaman )
Habib Abdullah ( Jeddah)
Syeikh Habib ( Jordan)
Saudara yang saya kasihi ,Tn Guru Hj Salleh merupakan ulama yang terkenal di Kedah sekarang kerana beberapa faktor ketokohan beliau , diantaranya beliau merupakan Tn Guru Pondok yang paling tua nisbah umur dikalangan Tn Guru Pondok disekitar Kedah .
-ke 2 Beliau merupakan tokoh ulama Tauhid di alam melayu sekarang , seluruh pelajar pondok seluruh Malaysia , Thailand akan berkumpul di Pondok Tn Guru Hj Salleh Sik setiap bulan Ramadan semata-mata untuk belajar ilmu tauhid dengan Tn Guru Hj Salleh
- Ke 3 Beliau sangat petah dalam penyampaian ilmu dan dakwah , mudah difahami apa yang beliau syarahkan. Kuliah minguan beliau setiap hari Jumaat tidak kurang dari 3000 orang yang hadir . Setiap hari beliau gigih mengajar di Madrasah Ar Rahmaniah dan beliau keluar menyampaikan dakwah di seluruh daerah didalam Kedah , hampir 24 tempat beliau jelajah setiap bulan , Allah beri taufiq pada beliau , walau usia 83 tahun tetapi beliau masih bertenaga menyebarkan ilmu dan berjuang .
-Ke 4 Ketokohan beliau tidak dapat dinafikan oleh kawan dan lawan ,tegas dalam hukum menyebabkan ramai suka dengan beliau . Allahyarham Pak Teh Keroh pernah berpesan pada muridnya “Kamu semua kena (perlu) pakai (ikut ) segala fatwa dari Tn Guru Hj Salleh Sik”
-ke 5 Beliau sangat aktif berjuang untuk memastikan Islam tertegak didalam negara Malaysia yang kita cintai. Wadah yang beliau pilih adalah Parti Islam Se-Malaysia(PAS) kerana ini merupakan amanat dari dua orang Guru Mulia beliau di Makkah iaitu Syeikh Qadir Mandili dan Syeikh Wan Ismail ( Pak Da Eil)
-ke 6 Fikiran beliau sangat terbuka
-ke 7 Beliau merupakan tempat rujuk kepada pimpinan tertinggi parti Parti Islam Se-Malaysia Peringkat Pusat & Negeri.
Seorang ulama di negeri Kedah apabila saya ziarahi beliau, beliau berkata ” Tn Guru Hj Salleh merupakan setengah daripada orang yang memiliki wilayah yang luas dan punya sahabat dan musuh semua tunduk padanya”
BERASA DOSA andai tidak perkenalkan Ulama yang dikenali kepada Umum .
Masyarakat sekarang selalunya kenal ulama setelah ulama itu meninggal , Alhamdulillah, sekarang mari kita mula berazam untuk memperkenalkan ulama tempatan seramai mungkin kepada masyarakat umum , mudahan dengan usaha ini ramai masyarakat dapat mengenali ulama kita yang masih wujud untuk kita sama-sama ambil menafaat dengan mereka .
ULAMA PEWARIS ANBIA , seharusnya kita mendekati mereka.
Rahmat Rahman - Subhanallah, Inilah Mukjizat Al-Quran tentang...
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=599803380162700&set=a.521244958018543&type=3&theater
Mohd Idris bin Abdul Rauf al-Marbawi atau lebih dikenali dengan panggilan Idris al-Marbawi, seorang ulama terkenal di Nusantara, Mesir dan Mekah. Beliau terkenal dengan kefahaman dalam ilmu bahasa Arab, Ilmu Hadith, Tafsir dan Fiqah.
Mohd Idris dilahirkan pada tahun 1893 di Mekah. Keluarganya berpindah dan pulang semula ke Malaysia pada tahun 1913. Pada usia 10 tahun, beliau Berjaya menghafal 17 juzuk Quran dan beberapa buah kitab. Ketajaman fikiran beliau membuktikan beliau tergolong dalam kelompok manusia yang cerdik pandai.
Pendidikan
Mohd Idris mendapat pendidikan secara formal di Sekolah Melayu lubuk Merbau, Perak. Beliau juga belajar dibeberapa buah sekolah pondok seperti Sekolah Pondok Syeikh Wan Muhammad di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Pondok Tuan Hussain Al-Masudi di Kedah, pondok Syeikh Ahmad Fatani di Bukit Mertajam dan Pondok Tok Kenali di Kelantan. Ilmu agama yang dipelajarinya itu menjadikan beliau seorang yang faqih dalam ilmu agama.
Kerjaya
Selepas Mohd Idris menamatkan pengajian dibeberapa buah sekolah pondok itu, beliau ditawarkan bekerja sebagai guru agama di salah sebuah sekolah di Perak. Pada waktu itu juga beliau berkahwin dengan pilihannya sendiri. Kemudian pada tahun 1924, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Azhar Mesir. Kepandaian beliau terserlah apabila beliau Berjaya memperolehi pencapaian tertinggi dari universiti itu.
Semasa berada di Universiti Al-Azhar, Mohd Idris mengenal pasti masalah dalam kalangan pelajar-pelajar Melayu. Kebanyakan dari mereka sukar bertutur dan memahami bahasa Arab. Beliau mengambil langkah dengan menyusun sebuah kamus Arab – Melayu bersama-sama lima orang rakan lain. Namun, pada pertengahan jalan dalam penulisan kamus itu, seorang demi seorang rakannya menarik diri.
Penarikan oleh rakan-rakannya tidak mematahkan semangatnya dalam menerbitkan kamus Arab – Melayu. Berkat usahanya yang gigih, pada tahun 1927 sebuah kamus Arab – Melayu berjaya diterbitkan dengan judulnya Qamus al- Marbawi. Kamus itu mendapat sambutan ramai hingga penerbitnya terpaksa mengulang cetak berpuluh-puluh kali.
Sumbangannya dalam Bidang Penulisan
Kejayaan dalam menghasilkan kamus Arab- Melayu itu adalah batu loncatan bagi dirinya terlibat secara aktif dalam penghasilan karya-karya ilmiah yang lain. Karya yang memberi sumbangan penting dalam pengajian hadith di Malaysia adalah kitab Bahr al-Mazi. Kitab ini adalah ringkasan kepada sunan al-Tarmizi. Kitab ini menghuraikan hadith dalam bentuk fiqah, tasawuf, akidah dan muamalat. Kitab ini menggunakan tulisan jawi terbesar dan ia antara kitab terawal diterbitkan dalam kalangan orang Melayu.
Beliau juga menterjemahkan kitab Bulugh al-Maram. Kitab ini adalah karya asal seorang tokoh hadith yang bernama Ibn Hajar al-Asqalany. Kitab ini diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Selain itu, beliau juga terlibat dalam menghasilkan Tafsir Surah Yassin, Tafsir al-Quran al-Marbawi, Tafsir Juz Amma, Tafsir Al-Fatihah, Tafsir al-Quran Nur al-Yakin, Terjemahan Tafsir Fath al-Qadir, dan penulisan karya yang bertajuk Quran Bergantung Makna.
Beliau juga menulis dalam bidang fiqah, akidah dan falsafah. Antara karya beliau yang terkenal ialah Kitab Nizam al-Hayah, kitab Pati Hukum-hukum Ibadah, kitab Usul Islam Pada Membicarakan Mengambil Air Sembahyang, ensiklopedia Kamus Segala Ilmu, Punca Agama, Perbendaharaan Ilmu dan lain-lain.
Sumbangan besarnya dalam bidang agama dan persuratan Arab-Melayu diiktiraf oleh Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau dianugerahkan ijazah Kehormat Doktor Persuratan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada 5 Julai 1980. Kemudian pada 1 Muharam 1408 Hijrah, Syeikh Idris Al-Marbawi dianugerahkan gelaran tokoh Ma’al Hijrah 1408.
Sumbangannya itu menyebabkan namanya dikenang hingga ke hari ini. Nama beliau diabadikan disalah sebuah Kolej yang terdapat di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kolej itu diberi nama Kolej Idris al-Marbawi. Sekolah pertama tempat beliau belajar dahulu juga mengambil sempena namanya iaitu Sekolah Kebangsaan Syeikh Mohd Idris Al-Marbawi.
Pada 13 Oktober 1989, Syeikh Mohd Idris al-Marbawi meninggal dunia pada umur 96 tahun di Hospital Besar Ipoh. Jenazahnya dikebumikan di Kampung Lubuk Merbau, Perak.
Rahmat Rahman - Subhanallah, Inilah Mukjizat Al-Quran tentang...
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=603075013168870&set=a.521244958018543&type=3&theater
Semalam sewaktu kuliyah kitab Riyadhus Sholihin di Masjid Al-Islamiah, Kampung Lindungan, Ustaz Syed Mohd Norhisyam sempat bercerita tentang kisah Abu Dahdah, seorang sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam di kalangan kaum Ansar yang mendapatkan sepohon kurma di dalam syurga. Berikut adalah kisahnya yang didapati dari Tafsir Al-Quran dan Al-Hadith.
Diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas’ud, dia berkata: “Ketika ayat berikut diturunkan, iaitu firman-Nya:
“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (membelanjakan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipatgandakan pembayaran kepadanya.” (Al-Baqarah: 245)
Maka Abu Dahdah Al-Ansari berkata: “Wahai Rasulullah, apakah memang Allah menginginkan pinjaman dari kami?” Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: “Benar, Abu Dahdah.” Abu Dahdah berkata: “Wahai Rasulullah, hulurkan tanganmu.” Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menghulurkan tangannya kepada Abu Dahdah, lalu Abu Dahdah berkata: “Sesungguhnya aku meminjamkan kepada Tuhanku kebun milikku.”
Abdullah bin Mas’ud melanjutkan kisahnya bahawa di dalam kebun milik Abu Dahdah terdapat enam ratus pohon kurma, sedang isteri dan anak-anaknya tinggal di dalam kebun itu. Maka Abu Dahdah datang ke kebunnya dan memanggil isterinya: “Hai Ummu Dahdah.” Ummu Dahdah menjawab: “Labbaik!” Abu Dahdah berkata: “Keluarlah kamu, sesungguhnya aku telah meminjamkan kebun ini kepada Tuhanku.”
(Tafsir Ibnu Katsir, juz 2, hlm. 644-645)
Dalam riwayat lain, Anas bin Malik berkata: “Ada seorang lelaki (anak yatim) berkata: “Wahai Rasulullah, si fulan memiliki pohon kurma yang tumbuh di kebunku yang aku usahakan. Tolong, perintahkan dia agar memberikannya padaku sehingga aku dapat menyempurnakan kebunku itu.” Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda (kepada si fulan): “Berikan saja pohonmu, dan (dijamin) bagimu pohon kurma di syurga.” Sayangnya dia menolak.
Lalu Abu Dahdah (yang mengetahui peristiwa itu) mendatangi pemilik pohon itu dan berkata: “Tukarlah pohon kurmamu dengan (seluruh) kebunku”, dan akhirnya orang itu bersetuju. Maka Abu Dahdah mendatangi Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan berkata: “Wahai Rasulullah, telah aku tukar pohon kurmanya dengan kebunku.” Rasulullah lantas bersabda: “Dan sekarang berikan pohon kurmamu kepadanya (anak yatim) kerana aku telah memberikan (jaminan) pohon kurma syurga padamu.” Lantas Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Berapa banyak pohon kurma yang Abu Dahdah nikmati di syurga kelak.” Rasulullah mengucapkannya berulang kali.”
Anas bin Malik berkata: “Kemudian Abu Dahdah mendatangi isterinya dengan berkata: “Wahai Ummu Dahdah, keluarlah dari kebun, aku telah menukarnya dengan pohon kurma di syurga.” Ummu Dahdah lalu berkata: “Sungguh beruntung perniagaan ini”, atau dengan kalimah yang semisalnya.”
(Musnad Ahmad, no. 12025)
Diriwayatkan bahawa Abu Dahdah meninggal dunia dalam perang Uhud. Jabir bin Samurah menceritakan: “Kami bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengiringi jenazah Abu Dahdah, beliau berada di atas kudanya sedang kami berjalan di sekelilingnya.” Seorang lelaki dari suatu kaum berkata: “Lalu Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Betapa banyak tangkai-tangkai kurma yang menggantung di syurga untuk Abu Dahdah.”
(Musnad Ahmad, no. 19989)
Rahmat Rahman - Subhanallah, Inilah Mukjizat Al-Quran tentang...
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=615129098630128&set=a.521244958018543&type=3&theater
Persahabatan Dengan Jin Islam
Berkaitan dengan persoalan bersahabat dengan Jin Islam yang taat, apa yang kita perlu fahami bahawa berinteraksi atau bergaul dengan jin merupakan sesuatu yang mengandungi bahaya besar dan ia merupakan salah satu pintu keburukan dan kerosakan.
Cukuplah dalam hal ini bahawa kemusyrikan tidaklah masuk ke dalam diri manusia kecuali melalui jalan mereka (jin), sebagaimana dinyatakan oleh Rasulullah ﷺ tentang pengajaran Allah Subhanahu Wa ta'ala kepada hamba-hamba-Nya,
”Dan sesungguhnya Aku menciptakan hamba-hamba-Ku seluruhnya dalam keadaan lurus maka kemudian datanglah syaitan dan menyimpangkan mereka dari agama mereka. Dia mengharamkan bagi mereka apa yang Aku halalkan bagi mereka serta memerintahkan mereka agar menyekutukan-Ku dengan apa-apa yang tidak Aku turunkan kepadanya suatu penjelasan.” (HR. Muslim)
Walaupun di antara golongan jin ada yang beriman dan muslim sebagaimana di antara mereka juga ada yang kafir dan fasiq namun kerana mereka tidak dapat dilihat secara zahir akan menyebabkan manusia tidak tenteram atau tidak menentu terhadap siapa pun di antara mereka (jin) dan menjadikan manusia khuatir dengan tipu daya mereka, yang boleh menyesatkan manusia kerana mereka boleh menyamar sebagai beriman sedangkan mereka kafir, fasiq atau munafiq seperti yang ada pada manusia, malah tidak mendatang manfaat seperti yang difirmankan Allah Subhanahu Wa ta'ala:
وَأَنَّهُ كَانَ رِجَالٌ مِنَ الْإِنْسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٍ مِنَ الْجِنِّ فَزَادُوهُمْ رَهَقًا
Dan bahawasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan. (Surah Al Jin 72 : 6)
Untuk itu fatwa ahli ilmu mengharamkan adanya saling memberikan dengan jin dan bergaul dengan mereka secara mutlak—baik terhadap jin yang mukmin maupun kafir diantara mereka—dan yang penting adalah tidak mempermudahkan permasalahan ini serta sebagai tindakan mencegah (preventif) dari terbukanya pintu fitnah dan kecemasan, dan memelihara hati manusia untuk tetap terisi oleh fitrah imaniyah.
Di dalam al Mausu’ah al Fiqhiyah (14/18): “Adapun meminta pertolongan kepada selain Allah Subhanahu Wa ta'ala., baik kepada manusia atau jin.
Apabila meminta pertolongan kepada jin maka hal ini terlarang, kerana boleh mengakibatkan kemusyrikan dan kekufuran, sebagaimana firman Allah ta’ala yang bermaksud:
"Dan bahawasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan." (Surah Al Jin 72 : 6)
Syeikh al Albani didalam kitabnya “As Silsilah ash Shahihah” (pada hadis no. 2760) mengatakan, ”Dan sisi ini, sebahagian orang secara demonstratif mengubati manusia, yang umumnya mereka disebut dengan “Doktor Rohani (bomoh)” baik dengan cara-cara kuno berupa berhubungan dengan kawannya dari golongan jin—sebagaimana pernah dilakukan pada masa jahiliyah—atau dengan cara yang saat ini dikenal dengan menghadirkan arwah, dan sejenisnya, menurutku, “Hipnotis”, maka sesungguhnya itu semua merupakan cara yang tidak disyariatkan kerana hal itu kembali kepada meminta tolong kepada jin yang merupakan sebab kesesatan orang-orang musyrik, sebagaimana disebutkan didalam Al Qur’an al Karim yang bermaksud: “Dan sesungguhnya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki di antara jin, Maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan.” (Surah Al Jin : 6)
Setengah orang yang meminta bantuan kepada golongan jin beranggapan mereka meminta pertolongan kepada jin-jin yang soleh di antara mereka maka ini adalah anggapan yang tidak betul, kerana mereka tidaklah mungkin—umumnya—bercampur dan berinteraksi dengan jin-jin itu sehingga dapat menyingkap kesolehan atau kerosakan mereka.
Kita mengetahui melalui pengalaman bahawa kebanyakan manusia yang bersahabat atau berteman rapat dengan jin-jin ternyata pada akhirnya anda mendapatkan kejelasan bahawa jin-jin itu bukanlah termasuk dari yang soleh, firman Allah SWT:
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا إِنَّ مِنْ أَزْوَاجِكُمْ وَأَوْلَادِكُمْ عَدُوًّا لَكُمْ فَاحْذَرُوهُمْ وَإِنْ تَعْفُوا وَتَصْفَحُوا وَتَغْفِرُوا فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ
"Wahai orang-orang beriman, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
Ayat di atas membicarakan tentang manusia yang kita boleh nampak, oleh itu bagaimana pula terhadap jin yang Allah Subhanahu Wa ta'ala sebut:
يَابَنِي ءَادَمَ لَا يَفْتِنَنَّكُمُ الشَّيْطَانُ كَمَا أَخْرَجَ أَبَوَيْكُمْ مِنَ الْجَنَّةِ يَنْزِعُ عَنْهُمَا لِبَاسَهُمَا لِيُرِيَهُمَا سَوْآتِهِمَا إِنَّهُ يَرَاكُمْ هُوَ وَقَبِيلُهُ مِنْ حَيْثُ لَا تَرَوْنَهُمْ إِنَّا جَعَلْنَا الشَّيَاطِينَ أَوْلِيَاءَ لِلَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ
"Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari syurga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya `auratnya. Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dan suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpim bagi orang-orang yang tidak beriman."
Kesimpulannya, cukuplah kita hanya berlindung dengan Allah Subhanahu Wa ta'ala, meminta dengan Allah dan tidak perlu meminta perlindungan dari makhluq Allah sebagai perantara kita dengan Allah. Perbuatan menjadikan perantara ini boleh menyebabkan kita melakukan perbuatan syirik, wal'iyazubillah.
Wallahu A’lam
Rahmat Rahman - Subhanallah, Inilah Mukjizat Al-Quran tentang...
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=585585568251148&set=a.521244958018543&type=3&theater
Tiada ulasan:
Catat Ulasan