Isnin, 31 Disember 2018

Adab bertamu. 8933.


Butakan mata dan pekakkan telinga dalam menjaga hati sendiri dan hati orang lain. In Syaa Allah.
Mata jadi buta bila masuk ke rumah yang kita bertamu dan telinga jadi pekak apabila kita meninggalkan (keluar dari) rumah tempat kita bertamu.

Mata akan lupa dengan apa yang dilihat dan telinga akan amat berahsia dengan apa yang didengari. Inilah antara penjagaan hati dalam memenuhi adab bertamu.
Kita tidak akan menceritakan kepada orang lain hal buruk rumah tempat kita bertamu dengan apa yang kita lihat dan dengan apa yang kita dengar. Sebaliknya kita menjaga kebaikan tuan rumah yang menerima kita sebagai tamu, kerana Allah jua. Aamiin.


Tiada ulasan: