Jumaat, 14 Disember 2018

Salah erti penyakit dikata ilmu hitam. 8886.



Zaman Dahulu, 4 Penyakit Ini Dikira Disebabkan Ilmu Hitam

Zaman Dahulu, 4 Penyakit Ini Dikira Disebabkan Ilmu Hitam

Karena keterbatasan pengetahuan dan ilmu kedokteran, pada zaman dahulu beberapa penyakit sering dikaitkan dengan ilmu hitam. Beberapa kebudayaan juga mengaitkannya dengan perbuatan setan atau hukuman dewa.

Tapi seiring dengan perkembangan zaman, penyakit-penyakit tersebut pun dapat diungkap apa penyebabnya. Melansir dari Medical Daily, berikut penyakit-penyakit yang dulunya dikira disebabkan oleh ilmu hitam.

Sumber Refrensi

1. Epilepsi


Epilepsi yang sering juga disebut sawan ini sebenarnya merupakan kondisi neurologikal yang terjadi karena aktivitas di otak terganggu. Saat ini, epilepsi diperkirakan telah menjangkiti 65 juta orang di seluruh dunia.

Saat penyakit ini menyerang, si penderita bisa mengalami kejang-kejang atau pingsan. Pada masa lalu penyakit ini dikira disebabkan oleh ilmu sihir karena gejala kejang dan tak sadar tersebut membuat si penderita tak bisa menguasai dirinya sendiri.

2. Gangguan jiwa


Gangguan kejiwaan banyak macamnya. Sebut saja schizophrenia, gangguan identitas disasosiatif, dan lainnya. Ini biasanya memengaruhi perubahan kepribadian dan emosional seseorang.

Pada masa lalu, si penderita disembuhkan dengan cara eksorsis karena dianggap kesurupan roh jahat. Bahkan, praktik seperti ini masih dilakukan di beberapa tempat karena dianggap gangguan mental dan ilmu hitam memiliki hubungan.
3. Keracunan jamur [cendawan]


Zaman Dahulu, 4 Penyakit Ini Dikira Disebabkan Ilmu Hitam


Konsumsi jamur yang mengandung racun seperti jamur ergot dapat menyebabkan penyakit. Penyakit yang terjadi yakni otot menegang, muntah-muntah, halusinasi, serta sensasi aneh di kulit.

Karena seperti gejala epilepsi atau gangguan kejiwaan, pada zaman dahulu banyak yang mengaitkannya dengan serangan ilmu hitam.
4. Encphalitis lethargica


Penyakit ini membuat menyebabkan seseorang tak mampu bangun dari pembaringan atau bahkan seperti batu. Karena tidak diketahui penyebabnya, pada zaman dahulu penyakit ini dikira disebabkan oleh ilmu hitam.

Tanda-tanda dari penyakit ini yakni demam tinggi, kepala pusing, pandangan mata berkunang-kunang, respons mental dan fisik yang lambat, serta lambat berpikir. Malahan bila semakin parah dapat membuat penderitanya koma bahkan meninggal.


Zaman Dahulu, 4 Penyakit Ini Dikira Disebabkan Ilmu Hitam | KASKUS
https://www.kaskus.co.id/thread/5c13b110337f935329107bc2/zaman-dahulu-4-penyakit-ini-dikira-disebabkan-ilmu-hitam

Bersatu terima bekas ahli UMNO yang ‘baik’ sahaja
Dulu DAP dan PKR juga terima saya, kata Dr Mahathir
 siti hafidah  14/12/2018
KUALA LUMPUR, 6 Rabiulakhir 1440H, Jumaat – Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad kekal dengan pendiriannya untuk menerima bekas ahli UMNO menyertai parti itu, meskipun tidak dipersetujui sekutu gabungan Pakatan Harapan (PH) – DAP dan PKR.
Beliau berkata, perkara itu bukan luar biasa kerana beliau juga dulunya adalah bekas pemimpin UMNO tetapi diterima DAP dan PKR.
“Saya sendiri ahli UMNO (dulu), mereka (PH) terima saya. Kit Siang terima saya. Ahli UMNO bukan pasal ahli, tetapi pasal apa kita buat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-20 Muzium Kesenian Islam, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai kritikan DAP dan PKR terhadapnya yang memutuskan menerima bekas ahli UMNO.
Dalam pada itu, Dr Mahathir bagaimanapun berkata, hanya ahli UMNO yang ‘baik’ sahaja akan diterima menyertainya.
“Ada orang UMNO yang baik pun ada, yang jahat pun ada. Yang jahat kita tak terima, yang baik kita terimalah,” katanya.
Ketika ditanya sama ada enam Ahli Parlimen UMNO yang keluar parti hari ini akan diterima masuk Bersatu, Dr Mahathir sekali lagi menegaskan ada syarat untuk menyertai parti itu.
Beliau berkata, Bersatu menetapkan syarat yang mana mereka perlu mengisytiharkan sebagai pihak Bebas dan perlu dilihat menyokong kerajaan.
“Nak masuk Bersatu ada syarat. Dia kena keluar, jadi (Ahli Parlimen) Bebas, kena sokong kerajaan. Selepas itu akan ada penilaian individu, baru boleh masuk,” katanya.
Terdahulu, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Shamsul Anuar Nasarah mengesahkan enam lagi Ahli Parlimen UMNO keluar daripada parti itu hari ini, termasuk Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
Yang lain ialah Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid; Datuk Dr Latiff Ahmad (Mersing); Datuk Shabudin Yahaya (Tasek Gelugor); Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam); dan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah).
Bersatu terima bekas ahli UMNO yang ‘baik’ sahaja - Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb
https://www.ismaweb.net/2018/12/14/bersatu-terima-bekas-ahli-umno-yang-baik-sahaja/


Jumaat, 14 Disember 2018 @ 4:04 PM
Enam lagi ahli Parlimen keluar UMNO [METROTV]
Wartawan NSTP cnews@nstp.com.my 
ENAM lagi Ahli Parlimen UMNO mengumumkan keluar parti berkuat kuasa hari ini.

Mereka ialah Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid; Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad dan Ahli Parlimen Tasik Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya.

Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh dan Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Menurut sumber NSTP, surat peletakan jawatan itu sudah diserahkan kepada Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Disember 2018 @ 4:04 PM
Berita lanjut menyusu
Hamzah (dari kiri), Rosol dan Shabudin

Jumaat, 14 Disember 2018 | 9:35am
ISA Samad tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur berhubung kes pembelian hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC). - NSTP/Saddam Yusoff
Isa Samad hadapi 10 tuduhan
Oleh Murni Wan Omar murni@nstp.com.my

KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan pecah amanah dan sembilan pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM3 juta membabitkan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching Sarawak oleh FELDA Investment Corporation Sdn Bhd (FIC).

Mohd Isa membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan hadapan Hakim Azura Alwi. Bagi pertuduhan pertama, Mohd Isa didakwa sebagai Pengarah Syarikat Felda Investment Corporation Sdn Bhd melakukan pecah amanah ke atas dana syarikat itu dengan meluluskan cadangan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching, Sarawak dengan harga RM160 juta tanpa kelulusan Anggota Lembaga Pengarah Felda.

Perbuatan itu bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Anggota Lembaga Pengarah Felda Bilangan 303 bertarikh 25 Jun 2013 yang dibuat berkenaan pelaksanaan amanah itu di mana Anggota Lembaga Pengarah Felda memberi mandat kepada Anggota Lembaga Pengarah Syarikat FIC Sdn Bhd dalam membuat keputusan pelaburan membabitkan projek bernilai RM100 juta ke bawah.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di tingkat 60 Menara Felda, Platinum Park, No 11 Persiaran KLCC di sini pada 29 April 2014. Bagi perbuatan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dengan sebat dan denda.

Manakala bagi pertuduhan kedua hingga kesepuluh, Mohd Isa didakwa secara rasuah menerima suatu suapan untuk dirinya iaitu wang tunai berjumlah RM3,090,000.00 daripada Ikhwan Zaidel iaitu ahli lembaga pengarah Syarikat Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd.

Ia dibuat melalui Muhammad Zahid Md Arip sebagai upah bagi membantu meluluskan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suit di Kuching Sarawak oleh pihak Syarikat Felda Investment Corporation Sdn Bhd yang bernilai RM160 juta.

Mohd Isa didakwa melakukan kesemua perbuatan itu di Tingkat 49 Menara Felda Platinum Park, No11 Persiaran KLCC di sini antara 21 Julai 2014 dan 11 Disember 2015.

Bagi perbuatan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang Tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Umar Saifuddin Jaafar manakala Isa diwakili peguam Datuk K. Kumaraendran dan Ridha Abdah Subri.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM800,000 dengan seorang penjamin.

Pasport juga perlu diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 25 Januari depan untuk sebutan semula.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/12/508868/isa-samad-hadapi-10-tuduhan

Jumaat, 14 Disember 2018 | 11:15am
ZAHID keluar dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur selepas menghadiri sebutan semula kes yang didakwa menerima upah dan rasuah berjumlah RM21.25 juta berhubung pemberian projek kerajaan kepada beberapa syarikat ketika menerajui Kementerian Dalam Negeri (KDN). - NSTP/Saddam Yusoff
Zahid mengaku tidak bersalah pecah amanah
Oleh Nor Azura Abdul Jalil zura_jalil@nstp.com.my

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas satu pertuduhan tambahan iaitu melakukan pecah amanah jenayah membabitkan wang RM10 juta milik Yayasan Akalbudi, tiga tahun lalu.
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu mohon dibicarakan selepas pertuduhan tambahan itu dibacakan di hadapan Hakim Rozina Ayob.



Berikutan itu, Zahid, 65, kini berdepan dengan keseluruhan 46 pertuduhan membabitkan pecah amanah jenayah, rasuah dan pengubahan wang haram.
Mengikut pertuduhan, Zahid sebagai ejen iaitu Pemegang Amanah Yayasan Akalbudi dan dalam kapasiti itu telah di amanahkan dengan harta iaitu wang RM10 juta milik yayasan berkenaan telah melakukan pecah amanah jenayah ke atas harta itu di mana beliau telah dengan curangnya memberi pinjaman kepada Armada Holdings Sdn Bhd.
Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di Affin Bank Berhad, Cawangan Jalan Bunus, No 133, Jalan Bunus, Off Jalan Masjid India di sini pada 8 Disember 2015.
ZAHID Hamidi. - NSTP/Saddam Yusoff
Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih 20 tahun dan dengan sebatan dan hendaklah juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran tidak bercadang untuk menambah jumlah jaminan terhadap tertuduh dan berikutan itu mahkamah mengekalkan jaminan RM2 juta ke atasnya.
Dalam prosiding yang sama, pihak pendakwaan telah meminda 10 pertuduhan berkaitan pecah amanah jenayah terhadap Zahid dengan memperincikan butiran pertuduhan itu.
Mahkamah menetapkan 20 Februari depan untuk sebutan semula kes.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/12/508907/zahid-mengaku-tidak-bersalah-pecah-amanah

Jumaat, 14 Disember 2018 | 3:23pm
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin. - Foto Danial Saad
KJ gesa UMNO adakan pemilihan parti
Oleh Nur Lela Zulkipli nurlela@nstp.com.my

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, hari ini menggesa UMNO mengadakan pemilihan parti secepat mungkin ketika seorang demi seorang pemimpin UMNO meninggalkan parti itu.
“Setuju. Pemilihan parti diadakan serta-merta,” katanya membalas tweet, @SyedRifqi99 yang berpendapat semua sayap UMNO dan anggota majlis tertinggi parti itu perlu menuntut Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan sebagai Presiden parti.
“Selain itu, UMNO mesti mengadakan mesyuarat agung serta merta bagi membolehkan parti memilih pemimpin baharu.
“Hanya anggota UMNO yang boleh selamatkan UMNO. BERSATU, Anwar dan PAS tak boleh,” kata Khairy menerusi akaun Twitter.
Kenyataan Khairy itu dikeluarkan beberapa jam selepas Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Radzi Sheikh Ahmad, disahkan keluar dari parti itu dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Hari ini, Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abd Aziz, pula mengumumkan meninggalkan UMNO.
Khairy sebelum ini sudah beberapa kali menunjukkan rasa tidak setujunya terhadap pendekatan UMNO di bawah pimpinan Ahmad Zahid, termasuk kerja sama dengan PAS.
Ahmad Zahid pula hari ini dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan pecah amanah membabitkan dana sebanyak RM10 juta.
Sebelum ini, Presiden UMNO itu dikenakan 45 tuduhan rasuah dan salah guna kuasa sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini adalah sebanyak 46 tuduhan.
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/12/508974/kj-gesa-umno-adakan-pemilihan-parti


Tiada ulasan: