Khamis, 3 Januari 2019

Nilai persefahaman dalam kontek sosial sebenarnya begitu amat berharga sekali. In Syaa Allah. 8975.



Dari sudut Islam keutamaannya ialah dalam penjagaan adab perasaan dan rasa hati, yang seterusnya ialah MengEsakan Allah Subhanahu Wa   Ta'alla Yang Maha Menjadikan semua alam dan segala isinya. Aamiin.  
Ceramah Ustadz Abdul Somad Terbaru 2018 Di Masjid Ulul Azmi Universitas Airlangga, Surabaya
https://www.youtube.com/watch?v=vm9IwCj1pgo
Diterbitkan pada 8 Mei 2018
Ceramah Ustadz Abdul Somad Terbaru 7 April 2018 Di Masjid Ulul Azmi Universitas Airlangga Surabaya. CERAMAH UST ABDUL SOMAD TERBARU JAMA'AH MELIMPAH - https://www.youtube.com/watch?v=eDGw7... PLAYLIST CERAMAH USTADZ ABDUL SOMAD, LC,. MA : https://www.youtube.com/watch?v=Drv9q... Ceramah Ustad abdul Somad Full Lainnya : https://www.youtube.com/watch?v=NF3ds... Kumpulan Ceramah Terbaru Ustadz Abdul Somad, Lc, MA akan kami update selalu di channel ini, untuk itu pastikan sahabat muslim klik tombol subscribe untuk mendapatkan update ceramah ust. Abdul Somad untuk menambah iman dihati kita. Subscribe ke Inspirasi Hati Islam:https://goo.gl/30saFn _____________________________________________ Ikuti Fanpage dan Instagram official Kami di bawah ini: FB: https://www.facebook.com/inspirasihat... IG: https://www.instagram.com/inspirasiha... _____________________________________________ Bantu Kami menyebarkan Kebaikan islam dan dakwah medsos ini dengan membagikan Link channel ini, semoga setiap ada yang menonton dan mendapatkan hidayah bisa menjadi pahala yang terus mengalir buat kita semua, Aamiinn. Share Link Ini: http://www.youtube.com/c/InspirasiHat... _____________________________________________ Kami mohon dengan sangat penuh kerendahan hati kepada teman-teman semuanya yang menonton video di channel Inspirasi hati Islami ini untuk TIDAK SALING MENGHUJAT DAN MEJELEKAN SATU SAMA LAIN hanya karena berbeda ustadz panutan atau berbeda ustadz favorivenya, Karena saling menjelekan dan berdebat tidak dengan dasar ilmu justru akan menimbulkan perpecahan diantara sesama umat islam. Jika tidak suka dengan isi videonya mohon jangan berkomentar negatif atau menghina karena diam itu lebih baik. Bukan maksud kami menggurui, tapi demi kerukunan diantara kita sesama muslim agar lebih bersaudara dan saling membantu dalam menebar kebaikan. Kita kembalikan semua kebenaran pada Al-Qur'an dan hadist Shohih Nabi Muhammad sholullahu'alaiwassalam. *** MOHON MAAF JIKA KOMENTAR ANDA TERHAPUS KARENA MENGANDUNG UNSUR PERDEBATAN SERTA NADA KEBENCIAN. _____________________________________________ Jazaakumullahu Khairan Jazaa Sudah menonton, semoga bermanfaat Untuk Umat Muslim seluruhnya dan semoga kita kelak dikumpulkan dalam Surganya ALLAH ta'ala. ustadz abdul somad,ustadz abdul somad terbaru, ustadz abdul somad 2018, ustadz abdul somad lucu, ustadz abdul somad terbaru 2018, abdul somad, ceramah ustadz abdul somad, uas, ceramah agama, dakwah, remaja islam, ustadz somad,ustadz abdul somad tanya jawab,tanya jawab ustadz abdul somad.
Perlis pecat 25 imam
Wartawan NSTP cnews@nstp.com.my

SERAMAI 25 imam kariah sekitar Perlis dipecat, manakala lebih 10 lagi ditukarkan ke kariah lain tanpa alasan melalui surat berkuatkuasa Selasa lalu.

Surat yang dikeluarkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) bertarikh 31 Disember 2018 itu, dilihat seakan dibuat secara tergesa-gesa tanpa menyatakan sebab pemecatan bermula 1 Januari 2019 sehingga tiada nombor rujukan surat diisi dalam kurungan pada bahagian atas surat.

Antara imam yang dipecat adalah dari Masjid Batu 2, Masjid Kampung Guar Syed Alwi, Masjid Santan, Masjid Telok Jambu dan Masjid Padang Katong.

Semua imam terbabit sebelum ini dikatakan tidak mempunyai masalah dan disenangi dalam kalangan ahli kariah masing-masing.

Sumber berkata, pemecatan 25 imam dan pertukaran lebih 10 imam ke kariah lain dilakukan pihak berkuasa agama negeri yang menganggap mereka tidak sehaluan serta tidak mematuhi amalan dan cara yang diamalkan Perlis.

Beliau berkata, pemecatan dan pertukaran juga bersangkut paut dengan tindakan imam melakukan sesuatu perkara yang dianggap baik untuk kariah, tetapi tidak kepada pihak berkuasa agama.

“Lebih pelik ada imam dipecat dan ditukar kariah kerana melakukan aktiviti mengimarahkan masjid seperti nasyid, gotong-royong serta program ceramah sehingga ada antara aktiviti anjuran masjid ini menarik perhatian dan disiarkan dalam televisyen berbayar.

“Kebanyakan imam terbabit adalah yang disukai dan dipersetujui ahli kariah atas faktor kepemimpinan, keilmuan dan kesungguhan mereka memartabatkan syiar Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi amalan di negara ini.

“Mereka yang dipecat juga turut diberi amaran tidak membuat sebarang tindakan yang konon akan memalukan pihak berkuasa agama Perlis dan jika ia berlaku, mereka tidak akan memperoleh bayaran saguhati,” katanya yang ditemui hari ini.

Sumber berkata, tindakan ini juga jelas menunjukkan ia adalah rentetan pemecatan 16 guru takmir yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pihak berkaitan.

“Jika melihat kepada pemecatan dua imam Masjid Kampung Guar Syed Alwi, ia menjadi satu tindakan yang sangat mengejutkan semua pihak terutama ahli kariah.

“Sehingga saat ini, difahamkan beberapa ahli jawatankuasa kariah masjid turut meletak jawatan sebagai tanda tidak berpuas hati dengan pemecatan imam mereka.

“Sudah pastinya pihak berkuasa agama akan tampil mengatakan pemecatan dibuat atas faktor usia ataupun gagal mematuhi peraturan agama negeri, tetapi jika disiasat semua imam terbabit tidak melanggar peraturan malah ada yang sanggup ikut cara pihak berkuasa agama negeri,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga dimaklumkan perkara ini akan dibawa ke peringkat kerajaan negeri oleh beberapa kariah kerana tidak berpuas hati dengan tindakan pihak berkuasa agama yang dilihat mempunyai agenda tersembunyi.

“Difahamkan Ahli Jawatankuasa Masjid Beseri dan beberapa kariah lain akan mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kebajikan dan Bantuan Bencana dan Hubungan dan Kerjasama Sempadan negeri, Ruzaini Rais malam ini, yang diharapkan dapat menyelesaikan isu berkaitan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 January 2019 @ 10:45 AM
Perlis pecat, tukar 35 imam tergesa-gesa tanpa alasan jelas
Diterbitkan 1 jam yang lalu pada 03 January 2019
Oleh Aliff Fikri Aziz
Surat pemecatan dan penukaran imam yang dikeluarkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis tidak ada nombor rujukan. — Paparan skrin Google
Surat pemecatan dan penukaran imam yang dikeluarkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis tidak ada nombor rujukan. — Paparan skrin Google

KUALA LUMPUR, 3 Jan — Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) memecat 25 imam di negeri itu manakala 10 lagi ditukar melalui surat bertarikh 31 Disember 2018.

Berkuat kuasa Selasa lalu, surat itu dilihat dibuat tergesa-gesa berikutan tiada nombor rujukan dan alasan pemecatan tidak diberi, lapor Berita Harian yang memetik sumber. 

Sumber berkenaan juga menyifatkan tindakan tersebut “pelik” kerana imam terbabit “disukai dan dipersetujui ahli kariah” dan memartabatkan syiar Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Mereka juga diberi amaran supaya tidak memalukan pihak berkuasa agama negeri atau imam terlibat tidak akan menerima bayaran sagu hati. 

Imam yang dipecat adalah dari Masjid Batu 2, Masjid Kampung Guar Syed Alwi, Masjid Santan, Masjid Telok Jambu dan Masjid Padang Katong. 

Beberapa kariah dikatakan mahu membawa isu itu ke peringkat kerajaan negeri berikutan mereka tidak berpuas hati dengan tindakan berkenaan. 

Sementara itu, jemaah Masjid Santan mahu mengadakan bantahan secara aman selepas solat Jumaat esok susulan pemecatan tersebut. 
105 penuntut Malaysia 'terperangkap'
Siti Nur Mas Erah Amran cnews@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Seramai 105 penuntut tempatan ‘terperangkap’ ekoran penutupan universiti yang disebabkan pergolakan yang berlaku di Khartoum, Sudan sejak 19 Disember lalu.

Penuntut Pengajian Islam Pengkhususan Sirah dan Dakwah, Universiti Antarabangsa Afrika, Muhammad Syamim Sazli, 24, berkata rusuhan terbabit menyebabkan kebanyakan mereka tidak dapat menghabiskan peperiksaan yang sedang berlangsung.

Katanya, jadual peperiksaan banyak tertangguh membantutkan rancangan untuk pulang ke tanah air.

“Setakat ini, seramai 10 penuntut sudah membeli tiket kapal terbang, namun kita dimaklumkan peperiksaan hanya dijangka selesai pada 16 Januari ini.

“Justeru, tiada pilihan selain menunggu penyusunan semula jadual kerana kita hanya boleh balik selepas selesai peperiksaan.

“Kita sedang menunggu keputusan Kementerian Pendidikan Tinggi Sudan untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi wartawan semalam.

Mengulas lanjut, Muhammad Syamim berkata, pengalamannya berdepan dengan detik cemas rusuhan selepas menunaikan solat Jumaat minggu lalu agak mencemaskan.

Katanya, puluhan das tembakan dan gas pemedih mata yang dilepaskan oleh anggota keselamatan untuk menyuraikan sekumpulan jemaah yang berkumpul dan melaungkan slogan penentangan terhadap kerajaan sekarang.

“Setibanya di rumah, kedengaran bunyi tembakan dilepaskan ekoran segelintir perusuh membaling batu kepada anggota keselamatan yang bertugas mengawal keadaan.

“Tidak lama kemudian, keadaan kembali normal, namun ia akan berulang kembali sebelum lokasi rusuhan diubah ke kawasan lain,” katanya.

Sementara itu Penuntut Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam, Mohd Alif Mohd Ludin, berkata kebanyakan rakyat Sudan berpusu-pusu melakukan pengeluaran wang tunai di mesin ATM.

“Pertukaran nilai mata wang dolar Amerika Syarikat ke Pound Sudan juga agak sukar.

“Ada di antara mereka yang menawarkan untuk melakukan pembayaran menggunakan kad debit dan saya perlu membayarnya semula secara tunai semasa ke pusat beli-belah untuk membeli kelengkapan rumah baru-baru ini,” katanya.

Perusuh dan penunjuk perasaan membanjiri jalan raya Khartoum dan sekitar bandar lain selepas kerajaan membuat keputusan untuk menaikkan kos roti menyebabkan kos sara hidup semakin meningkat.

Kelmarin, beratus-ratus penunjuk perasaan berarak menggesa Presiden Sudan, Omar al-Bashir meletakkan jawatan.

Pelajar kita diminta pulang ke tanah air

Sementara itu, Kedutaan Sudan di Malaysia meminta 105 mahasiswa yang terperangkap untuk pulang ke tanah air ekoran penutupan universiti berpunca pergolakan di Khartoum dan beberapa bandar lain sejak 19 Disember lalu.

Dutanya, Mohamad Razdan Jamil, berkata, tidak mustahil situasi boleh menjadi lebih buruk dalam tempoh 24 jam dan pihaknya mengambil langkah berjaga-jaga bagi menjamin keselamatan mahasiswa terbabit.

“Kita akan minta mereka (mahasiswa) balik kerana universiti ditutup dan keselamatan mereka adalah keutamaan kami buat masa ini.

“Paling penting, kita akan pastikan mereka semua selamat terlebih dahulu sebelum memutuskan tindakan selanjutnya”

” Mahasiswa turut diingatkan supaya tidak mengambil bahagian dalam mana-mana perhimpunan politik dan menjauhkan diri dari tempat awam yang boleh menjejaskan keselamatan, katanya ketika dihubungi. Mengulas lanjut, beliau berkata, secara keseluruhannya terdapat 150 rakyat Malaysia yang menetap di Sudan merangkumi mahasiswa, diplomat dan ahli perniagaan.

Katanya, terdapat lima syarikat Malaysia yang beroperasi di Sudan iaitu PETRONAS, Nursyh Engineering Co Ltd, Hanas Services Co Ltd, DSV AL Anwar Trillion Gold Mining dan Beauty Bar. “Rakyat Malaysia yang ingin melancong ke Sudan dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga

“Beberapa lokasi berisiko tinggi seperti Omdurman, Souq Al-Araby di Khartoum, Madani, Atbara dan Port Sudan sewajarnya dielakkan bagi memastikan tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku,” katanya.

Perusuh dan penunjuk perasaan membanjiri jalan raya Khartoum dan sekitar bandar lain selepas kerajaan menaikkan kos roti menyebabkan kos sara hidup semakin meningkat.

Kelmarin, beratus-ratus penunjuk perasaan berarak menggesa Presiden Sudan, Omar al-Bashir meletakkan jawatan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 January 2019 @ 11:03 AM

ANIH tamatkan kontrak gerai nombor enam
Mohamad Azim Fitri Abd Aziz cnews@nstp.com.my

ANIH Berhad mengambil keputusan menamatkan kontrak pemilik gerai nombor enam di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gambang arah Timur, selepas didapati bersalah melanggar syarat ditetapkan pengurusan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) itu.

Pengurus Besar Kanan, Ketua ANIH Berhad Radzimah Mohd Radzi berkata, keputusan itu diambil selepas siasatan dalaman dijalankan pihaknya selain mengambil kira hukuman denda yang dikenakan Mahkamah Majistret Kuantan, Isnin lalu, terhadap enam lelaki yang terbabit memukul pemandu bas ekspres, pada 24 Disember lalu.

Beliau berkata, kontrak pemilik gerai berkenaan yang sepatutnya ditandatangani semula setiap tahun selepas tamat pada 31 Disember lalu tidak dipertimbangkan untuk disambung selepas kejadian itu baru-baru ini.

“Mereka didapati melanggar klausa 2.5 yang termaktub dalam kontrak yang mana penggerai atau pekerja dilarang menggunakan gerai untuk sebarang tujuan lain, berkelakuan kurang sopan dan bergaduh. 

“Atas pertimbangan itu kita ambil keputusan untuk tamatkan kontrak mereka. Tindakan ini juga menjadi pengajaran untuk peniaga lain supaya lebih berhati-hati dalam menjalankan urusan perniagaan,” katanya pada sidang media di R&R Gambang arah timur, Kuantan, hari ini.

Radzimah berkata, bagi memulihkan kembali situasi ekoran wujud dakwaan beberapa penggerai bahawa perniagaan mereka diboikot terutama dalam kalangan pemandu bas, Radzimah memaklumkan pertemuan dengan pengurusan Sani Express sudah dilakukan pada 26 Disember lalu.

Katanya, pertemuan itu bagi membincangkan permasalahan yang timbul selain mencari jalan penyelesaian bagi memulihkan keadaan.

Ditanya mengenai langkah keselamatan yang akan diambil pengurusan LPT itu, beliau berkata, ANIH Berhad sudah bersetuju memasang kamera litar tertutup (CCTV) dalam masa terdekat di semua R&R di bawah kendalian mereka.

Isnin lalu, Mahkamah Majistret Kuantan, menjatuhkan hukuman denda RM2,000 setiap seorang ke atas enam lelaki yang mengaku bersalah kerana memukul pemandu bas ekspres di R&R Gambang arah barat pada 1.30 pagi 24 Disember lalu.

Kejadian tercetus susulan pemandu bas berkenaan bertindak memukul dua pekerja gerai di R&R Gambang arah timur kerana berlaku salah faham antara mereka.

Pemandu bas berusia 32 tahun terbabit turut ditahan polis dan membuat pengakuan tidak bersalah serta minta dibicarakan oleh mahkamah pada Isnin lalu atas dua pertuduhan dikenakan ke atasnya.

Sementara itu, Radzimah berkata, sekiranya berlaku salah faham antara peniaga dan pelanggan ia boleh diselesaikan secara harmoni malah pelanggan yang tidak berpuas hati boleh membuat aduan di mana-mana platform disediakan ANIH Berhad.

INFO
•Sebanyak 32 gerai perniagaan terdapat di R&R Gambang di kedua arah.
•Secara purata terdapat 80 hingga 90 pekerja di R&R Gambang di kedua arah.
•Kira-kira 50 peratus kehadiran pelanggan merosot di kedua arah R&R Gambang disebabkan insiden pergaduhan yang tular.
•Orang ramai yang ingin membuat aduan boleh menggunakan saluran Twitter dan Facebook ANIH Berhad selain berhubung terus 09-5479111.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 January 2019 @ 12:53 PM


Menegaskan Identitas Gender 
Kamis, 3 Januari 2019 09:46
Foto: Gender
Penulis: Ainul Mizan

Sesungguhnya manusia itu diciptakan terdiri dari dua jenis kelamin atau gender  yakni laki – laki dan perempuan. Tentunya dalam penciptaan kedua jenis kelamin ini melekat karakternya masing – masing. 

Manusia hanya terima beres. Tidak ada andil manusia di dalam penentuan jenis kelamin ini.

Persoalan sosial yang lantas muncul adalah bagaimana penegasan identitas gender itu pada diri seseorang. Pendidikan dan lingkungan sosial turut serta berperan dalam upaya penegasan tersebut. Pada jenis kelamin laki – laki, karakter yang melekat padanya di antaranya adalah maskulin, tegas, tanggung jawab dan semisalnya. Perempuan itu dengan karakter yang melekat padanya di antaranya adalah feminine, lemah lembut, penuh kasih, perasa dan semisalnya. 

Di sinilah letak urgensi dari upaya perlunya menegaskan kembali identitas gender, supaya pemberian hak dan kewajiban masing – masing gender bisa tepat dan proporsional.

Pada tahapan awal, sejak dini anak harus sudah dimulai untuk diberikan penegasan akan identitas gendernya. Ketika masih berusia kurang dari setahun, anak perempuan sudah diberikan tindik anting – anting di telinganya. Secara tidak langsung, orang tua dalam hal ini, sudah memberikan ciri identitas yang jelas pada anak – anaknya. Dengan demikian secara psikologis anak – anak diajak untuk menyatakan bahwa dirinya itu laki – laki atau perempuan.

Sementara itu, orang tua seringkali menghadapi pertanyaan dari si kakak tentang perbedaan alat kelamin antara dirinya dengan adiknya. Momen ini muncul ketika si kakak melihat adiknya dimandikan oleh Ibu di bak mandi bayi. Orang tua harus segera memberikan pengertian kepada si kakak. Jangan pernah mengabaikan tentang apapun dari pertanyaan anak. Apalagi di dalam masalah gender. Dengan demikian anak bisa belajar tentang gender pada manusia. Apa yang dilihatnya, didengarnya, dan dirasakannya menjadi sumber belajarnya.

Kedua, Membedakan dengan tegas pakaian yang dikenakan oleh laki – laki dan perempuan. Laki – laki memakai pakaian khusus laki – laki. Sedangkan perempuan memakai pakaian yang khusus untuk perempuan. Standar pembedaan pakaian laki – laki dan perempuan adalah urf atau kepatutan yang ada dalam sebuah komunitas masyarakat. 


Ketiga, Membedakan jenis permainan di antara laki – laki dan perempuan. Permainan seperti sepak bola, perang – perangan dan lainnya, tentunya akan cocok dengan karakter seorang laki – laki. Adapun permainan seperti masak – masakan dan lainnya, tentunya akan cocok dengan karakter seorang perempuan. Pemilihan jenis permainan akan sangat berpengaruh besar pada aspek kejiwaan seseorang.

Sebgai contoh, permainan sepak bola jelas membutuhkan kekuatan, kelincahan dan ketepatan. Hal ini akan linear dengan aspek kemaskulinan seorang laki – laki. Dengan demikian, seorang anak laki – laki akan dengan tepat memvisualisasikan dirinya dengan tanggung jawab. Demikian halnya, bagi anak perempuan. Tatkala permainan yang dipilih itu linear dengan kefeminimannya, ia akan tumbuh dengan tanggung jawabnya sebagai perempuan.

Keempat, Melakukan pemisahan tempat tidur antara laki – laki dan perempuan. Ketika si anak sudah menginjak usia sekolah, tentu sejak dini harus sudah dikenalkan terkait pemisahan tempat tidur di antara laki – laki dan perempuan. Bahwa pemisahan temat tidur laki  laki dan erempuan dilakukan demi menjaga kemuliaan kemanusiaan mereka. Hal demikian sebagai upaya preventif dari terjadinya hal – hal yang mengandung keburukan yang bisa terjadi di antara kedua jenis kelamin tersebut.

Kelima, Melibatkan anak – anak di dalam kegiatan kedua orang tuanya. Untuk anak laki – laki diajak ayah ke tempat kerjanya. Ayah sambil menunjukkan berbagai perlengkapan kerja yang ada di tempat kerjanya, dan anak diminta juga untuk melihat bagaimana ayah bekerja. Untuk anak perempuan, diajak oleh Ibu untuk melakukan kegiatan – kegiatan di rumah, seperti menyapu, mencuci pakaian, dan memasak. Dengan melibatkan mereka di dalam kegiatan harian kedua orang tuanya akan tertanam akan kejelasan orientasi kehidupan dan pekerjaannya. 


Keenam, Di saat anak sudah bisa diajak memikirkan hal hal terkait dirinya seerti sekolahnya, pelajarannya, prestasinya, dan teman – teman pergaulannya, maka orang tua bisa mengambil peran sebagai sosok seorang guru dan sekaligus sebagai sosok sahabatnya.

Orang tua perlu untuk memberikan penjelasan akan hak – hak dan kewajiban – kewajiban sosial di antara laki –laki dan perempuan. Orang tua bisa mengajak anak diskusi dan berpendapat dalam hal ini. Sedangkan pada lain waktu, orang tua bisa menjadi teman curhat dan pendamping setia di masa tumbuh kembang anak.

Bekerja keras, mendidik keluarga yakni anak istrinya, dan menjadi pemimpin adalah tanggung jawab yang ada di pundak laki – laki. Oleh karenanya, keluarganya harus taat kepada laki – laki sebagai pemimpin di dalam keluarga. Mengandung, melahirkan, menyusui, mengasuh anak dan mendidiknya merupakan tanggung jawab yang ada di pundak perempuan. Oleh karena itu, hak sosial yang layak diterimanya adalah rasa bakti anak kepadanya, mendapat kasih sayang dan nafkah dari suaminya. Inilah fungsi kemaskulinan dan kefeminiman yang diletakkan Allah SWT sebagai kodrat kedua jenis kelamin tersebut.

Dalam tataran yang lebih luas yakni di masyarakat, penegasan gender ini akan menimbulkan keteraturan dan kerjasama yang baik di antara laki – laki dan perempuan . Perempuan menjadi mulia di masyarakat. Sedangkan laki – lakinya berfungsi layaknya pengayom dan penjaga kehormatannya.

Demikianlah beberapa hal yang bisa dilakukan dalam menegaskan identitas gender antara laki –laki dan perempuan. Pengasan gender ini menjadi hal yang sangat mendasar dalam membangun benteng kokoh dari serbuan penyakit LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender).

Kalau sudah begini, masihkah LGBT dijadikan sebagai pelarian ketika identitas gender itu sudah mulai kabur?? Syukuri saja apa yang kita miliki, anda laki- laki atau anda perempuan, niscaya hidup itu menyenangkan.


Kerajaan digesa kaji semula kebaikan ganja
Harish Kumar

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa mengkaji semula kebaikan kegunaan tumbuhan ganja yang didakwa dapat membantu ramai pesakit di negara ini sekaligus memberi impak positif kepada pertumbuhan ekonomi negara pada masa akan datang.

Setiausaha Persatuan Kesedaran Malaysia atau Malaysia Awareness Society (Masa), Harish Kumar Thanabalan berkata, penguatkuasa harus faham ganja dianggap bahan terapeutik oleh pengguna dan juga pakar perubatan di luar negara.

Katanya, pihak itu mengguna pakai tumbuhan itu di negara mereka lebih puluhan tahun lalu.

Menurutnya, kesan sampingan ganja kepada pengguna lebih selamat dan semulajadi serta tidak mampu menyebabkan ‘overdose’ yang memudaratkan.

“Tahun ini waktu genting bagi Malaysia guna kaedah lebih prihatin untuk mengatasi masalah penyeludupan dan penyalahgunaan bahan-bahan substantif.

“Langkah luluskan penggunaan produk perubatan ganja mampu kurangkan jenayah di negara ini dan beri peluang untuk kawal import, eksport dan pengedaran produk tersebut dengan lebih terperinci,” katanya.

Beliau berharap kerajaan dapat menyediakan rangka yang sesuai supaya perubatan ganja dapat dikawal dan diselia dengan betul.

Katanya, ia akan memastikan semua pesakit di Malaysia mampu memperolehi perubatan yang bersih dan efektif melalui badan yang sah dan pakar.

Menurutnya, sekiranya perubatan ganja dikaji dengan betul di negara ini dan disediakan di pasaran, pengguna akan beralih kepada pilihan yang selamat.

Adalah tidak wajar katanya menafikan akses pesakit-di negara ini daripada perubatan yang mampu menyelamatkan nyawa mereka kerana faktor-faktor berkaitan dengan penyeludupan dan penyalahgunaan bahan-bahan substantif.

“Statistik menunjukkan pengguna ganja hanya mewakili empat peratus daripada 26,791 jumlah orang mengikut pihak Agensi Anti-dadah Kebangsaan (AADK) berbanding bahan-bahan sintetik berbahaya lain iaitu 96 peratus dari jumlah yang dinyatakan,” katanya.

Sebelum ini, Senator Datuk Husam Musa berkata, ada beberapa jenis tumbuhan ganja tidak menyebabkan ketagihan kerana bakanya mengandungi bahan kimia psiko-aktif THC yang rendah.

Sebanyak 36 elemen tumbuhan ganja yang mampu merawat kanser seperti disebutkan Husam dapat diasingkan dan dikenalpasti melalui usaha ini.

Menurut Harish Kumar, negara di seluruh dunia kini mengkaji dan menggunakan perubatan tumbuhan ganja (Cannabis Sativa, Indica, Ruderalis) daripada baka (strain) yang berlainan.


Veep: MCA won’t close shop, will endure against ‘Mahathirism’ 
Published 1 hour ago on 03 January 2019 By Jerry Choong
Ti said Mahathir should refrain from using the party as his 'punching bag' in an effort to distract the public. — Picture by Yusof Mat Isa
Ti said Mahathir should refrain from using the party as his 'punching bag' in an effort to distract the public. — Picture by Yusof Mat Isa

KUALA LUMPUR, Jan 3 ― MCA will continue to oppose the so-called second wave of “Mahathirism” and remain a communal party so long as Malay-dominated parties such as Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Umno, and PAS exist, it said today.

Its vice-president Datuk Seri Ti Lian Ker said Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad should cease from using the party as his “convenient punching bag” in an effort to distract voters.

“Mahathir should leave the closing of shops to the shop-owners. Do not use your iron-fisted style to close down Umno and now MCA to remove all obstacles or resistance to your authoritarian rule now that you have successfully divided PKR and subjected DAP to kowtow to all your whims and fancies with no resistance,” Ti said in a statement.

“In conclusion, MCA will never close shop as long as there are Malaysians of Chinese origin who are part of Malaysian citizenry. Whether one or zero MP, MCA will consistently stand up to a second wave of Mahathirism,” he added. 

“Mahathirism” refers to a set of political ideology made of Dr Mahathir’s core ideas when it comes to nationalism, capitalism, Islam, and authoritarianism ― made popular during his previous term as the nation’s longest-serving prime minister.

MCA was part of BN during Dr Mahathir’s previous administration between 1981 and 2003.

This comes after Dr Mahathir was quoted in an interview with Chinese daily Sin Chew saying that MCA should consider shutting down as a political party.

The prime minister said it was clear that the public have rejected the Chinese component of BN.

In response, Ti pointed out that Pakatan Harapan’s (PH) policies have been particularly punishing for the Chinese community as well as lower-income families.

“Do not expect the Chinese to blindly vote for PH at the next general election, or even in the coming Cameron Highlands by-election. The Malaysian Chinese may have voted for a change or ‘ubah’ in the past but they have awakened to the political reality and lies of Pakatan,” he said, in reference to the DAP slogan.

“Instead of displaying arrogance and acts of vengeance, PH should remain humble and seek to fulfill its manifesto promises to the people. The excuses are wearing thin, they are now predictable and the butt of jokes.”

Ti said it is now up to MCA to provide check and balance towards Dr Mahathir, claiming DAP has failed in this role.

He also said it is unnecessary for Dr Mahathir to concern himself with MCA, claiming he already has a full plate in managing an allegedly ineffective Cabinet which has continuously made U-turns or blamed their own failures on others.

“Dr Mahathir is akin to a leopard that will not lose its spots. He has subjected the nation to numerous political crises and continue with the divide-and-rule tactics of the colonial masters as a result of which MCA has suffered collateral damage by association,” he said.






Tiada ulasan: