Rabu, 20 Februari 2019

Politik kita dok diam-diam. Undi hak kita. 9175.


Mengapa Sikap Rasis Menjadi-Jadi, Tanya Asyraf Wajdi 
Feb 19, 2019

SHAH ALAM – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mempersoalkan mengapa di zaman kerajaan PH, semakin menjadi-jadi sikap rasis dan tindakan penghinaan terhadap Islam.

Malah dakwanya, sekiranya kesalahan itu dilakukan terhadap bangsa tertentu pasti tindakan segera dilakukan oleh penguat kuasa.
“Rakyat tentunya tertanya-tanya kenapakah di zaman kerajaan PH yang kononnya peneraju Malaysia Baharu kini, makin menjadi-jadi sikap rasis dan tindakan penghinaan kepada Islam? Semacam ada dua piawai yang berbeza diguna pakai.
“Apabila orang Melayu-Islam dituduh rasis begitu pantas sekali tindakan diambil. Sedangkan beberapa kes sebelum ini yang menyaksikan kebiadaban segelintir individu seperti Foo Sin Wei ini begitu lambat tindakan diambil walaupun berpuluh laporan polis dibuat,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Beliau berharap kerajaan tidak bersikap pilih kasih terhadap sesiapa yang memainkan sentimen perkauman dan penghinaan terhadap mana-mana agama sehingga mengganggu gugat ketenteraman awam.
Asyraf Wajdi turut mendesak polis agar segera bertindak terhadap pemilik laman sosial Facebook, Foo Sing Wai yang secara biadab menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW melalui beberapa status yang dimuat naik.
“Foo Sing Wai yang juga penyokong tegar Pakatan Harapan nampaknya begitu angkuh walaupun sebelum ini dikritik oleh pelbagai pihak di kalangan warga netizen di laman Facebook beliau,”katanya.
Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebelum ini menggesa semua pihak lebih bertanggungjawab dan saling menjaga sensitiviti agama serta bangsa lain. – Sinar harian
Mengapa Sikap Rasis Menjadi-Jadi, Tanya Asyraf Wajdi – MYNEWSHUB

Najib Saran PH Mandi Air Terjun Kalau ‘Panas’
Feb 19, 2019
KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara sinis menyaran PH supaya mandi air terjun di Semenyih andai ‘panas’ dengan kehadirannya sempena PRK DUN berkenaan.

Najib menegaskan, sekiranya PH ‘panas’ sekalipun, beliau tidak wajar diserang dalam kempen PRK Semenyih memandangkan dirinya bukan calon.

“Saya bukan calon di Semenyih. Saya juga bukan presiden UMNO atau BN. Buat apa nak serang saya? Saya cuma pergi ke Semenyih untuk beli sedikit barang di Tesco dan sekali-sekala ke sana untuk cuba mikrofon.

“Itupun PH mahu panas tiap-tiap hari. Kalau panas sangat, Semenyih ada air terjun. Mandi air sungai, sejukkan badan,” katanya dalam entry terbaharu Facebooknya, hari ini.
Pagi ini saya baca balik Manifesto PH untuk PRU14.
Cari punya cari, saya tak nampak pun antara janji-janji yang ditabur mereka termasuk janji untuk menyerang saya tiap-tiap hari selama 5 tahun.
Maka, menyerang saya tiap-tiap hari tidak bermaksud ekonomi akan bertambah baik atau agama telah dipertahankan.
...Lihat Lagi

Najib juga memerli PH di mana dalam manifesto PH sempena PRU14 lalu tidak mengemukakan janji menyerang dirinya dalam tempoh lima tahun memerintah.
“Pagi ini saya baca balik Manifesto PH untuk PRU14. Cari punya cari, saya tak nampak pun antara janji-janji yang ditabur mereka termasuk janji untuk menyerang saya tiap-tiap hari selama 5 tahun,” katanya.
Kehadiran Najib sempena PRK Semenyih disambut baik penduduk tempatan di sana sehingga tidak disenangi oleh pemimpin PH.
Najib yang kini menjadi fenomena di Facebook antara penyebab kemenangan BN dalam PRK Cameron Highlands sebelum ini. – Sinar Harian
Najib Saran PH Mandi Air Terjun Kalau ‘Panas’ – MYNEWSHUB

“Kegawatan Politik Pakatan Harapan” 
Feb 19, 2019

1. BERDASARKAN kiraan masa, hari ini sudah genap 9 bulan 10 hari Pakatan Harapan memegang tampuk pemerintahan negara sejak Pilihanraya Umum ke-14. Kalau diikutkan proses kehamilan manusia, selepas 9 bulan, seorang bayi yang cukup sifatnya bakal lahir ke dunia. Berita gembira buat si ibu dan keluarga. Namun begitu, lain pula ceritanya dalam politik tanah air. Janji 10 perkara dalam masa 100 hari masih samar-samar. Terbaru, berlaku pula pergelutan kuasa sesama sendiri, hingga mengheret parti pembangkang seperti PAS untuk memperbaiki keadaan.

2. Hari ini, seorang pemimpin DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau, menerusi laporan portal berita online, mendesak Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad, meletak jawatan kerana memperlekeh manifesto Pakatan Harapan (PH) pada PRU-14 yang lalu. Beliau turut menyelar tindakan PPBM menerima bekas ahli Parlimen UMNO.

3. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia menggesa kepimpinan Pakatan Harapan agar fokus dalam mentadbir negara dan kurangkan drama politik. Sejak memegang tampuk pemerintahan negara, nilai matawang Ringgit jatuh merundum berbanding matawang lain, termasuk Thai Baht dan Singapore Dollar. Sehingga kini tiada pelaburan besar dibawa masuk oleh Menteri-Menteri, menyebabkan Perdana Menteri terpaksa mewujudkan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN). Di sebalik kegawatan ekonomi yang tidak dapat diperbetulkan oleh Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng, beliau pula kelihatan teruja untuk memberi komen mengenai perjumpaan antara Perdana Menteri dan pemimpin PAS.

4. Namun begitu, hari ini terbukti bahawa perkara yang diberitahu oleh pemimpin PAS semalam, merujuk kepada solidariti YB Ahli Parlimen PAS seramai 18 orang untuk menyokong kepimpinan Tun Mahathir sehingga PRU-15, adalah suatu perkara yang benar. “Open attack”daripada pemimpin DAP Johor tersebut merupakan serangan awal pertama yang ditujukan kepada pentadbiran Perdana Menteri.

5. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia juga mendapati bahawa kempen PRK Semenyih Pakatan Harapan tidak semeriah PRK sebelumnya, kerana pemimpin dari parti lain dalam Pakatan Harapan kebanyakannya tidak hadir berkempen. Tiada kelibat Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan YB Lim Kit Siang. Ini jelas menunjukkan petanda berlakunya “masalah rumah tangga” yang parah. Nampaknya, DAP, PKR dan PAN sudah tidak sebulu dengan PPBM.

6. “Perkahwinan” antara Pakatan Harapan ini dilihat sudah retak. Berkemungkinan besar, tempoh 9 bulan ini hanyalah tempoh “pernikahan” paling singkat dalam sejarah Malaysia sebagai sebuah pakatan yang membentuk kerajaan. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia sekali lagi menggesa agar pemimpin politik kerajaan memberi fokus kepada hal ehwal negara dan kebajikan rakyat, bukan lagi bermain politik siapa yang menjadi Perdana Menteri. Rakyat sudah memilih pada PRU-14 dengan memberikan kemenangan kepada Pakatan Harapan. Rakyat di bawah mahukan kerajaan yang boleh beroperasi demi kebaikan rakyat dan negara.

7. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia berpendirian bahawa Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir perlu diberi ruang untuk memimpin Malaysia, tanpa gangguan politik yang melemahkan pentadbiran kerajaan. Cubaan untuk menukar Perdana Menteri secara mendesak bukan sahaja merumitkan perjalanan pentadbiran negara, malah memberi impak besar kepada ekonomi Malaysia dan reputasi negara di peringkat antarabangsa.

Demi Bangsa Malaysia!

Shahir Adnan
Ketua Pemuda Parti IKATAN Bangsa Malaysia, 
Timbalan Ketua Pemuda Gagasan Sejahtera
“Kegawatan Politik Pakatan Harapan” – MYNEWSHUB

Bantuan Sara Hidup: RM100 Untuk Si Bujang 
Feb 19, 2019

PUTRAJAYA – Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 sebanyak RM100 akan diberikan kepada individu di bawah kategori bujang pada hujung Mac ini, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Beliau berkata, bayaran kepada golongan bujang yang berdaftar dalam pangkalan data BSH 2018 itu akan memanfaatkan lebih tiga juta individu dan melibatkan peruntukan sebanyak RM300 juta.
“Bayaran dimasukkan terus ke dalam akaun bank mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Berhubung bayaran selanjutnya, Guan Eng berkata, kadar bantuan BSH 2019 untuk golongan bujang akan dikaji semula dan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk dimuktamadkan.
Bagi pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2747 serta e-mel kepada: bsh@treasury.gov.my. – BERNAMA
Bantuan Sara Hidup: RM100 Untuk Si Bujang – MYNEWSHUB

Malaysia-Singapura Runding Semak Harga Air Mentah 
Feb 19, 2019

KLANG – Rundingan semakan semula harga air mentah dengan Singapura dimulakan sebulan lalu, kata Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata, rundingan itu dilakukan Peguam Negara, Tommy Thomas dengan peguam negara republik berkenaan dan beberapa pertemuan akan diadakan berhubung perkara tersebut.

“Perbincangan tentang perjanjian air telah bermula. Kita ada 8 perkara yang sedang dirunding dengan Singapura dan perjanjian air adalah satu daripadanya.

“Ini kita anggap penting kerana sebelum ini, kita tidak dapat duduk semeja tentang isu tersebut,” katanya selepas melawat Rohingya Education Centre (REC) Klang, hari ini.

Mengenai respons Singapura berhubung rundingan itu, Saifuddin berkata, masih terlalu awal untuk membuat sebarang rumusan, namun beliau menyifatkan usaha memulakan perbincangan itu satu langkah ke depan.
Ahad lalu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, Saifuddin akan mengetuai kumpulan pegawai Malaysia dalam semakan semula harga air mentah yang dijual kepada Singapura.
Tanpa mendedahkan butiran terperinci bila rundingan akan dilakukan, Dr. Mahathir berkata, kumpulan pegawai yang berunding itu “sedang mengusahakannya” dan ia turut dianggotai pegawai berkaitan dari Johor.
Isu berkaitan perjanjian itu muncul kembali pada pertengahan tahun lalu, apabila Dr. Mahathir mengkritik harga air mentah yang dijual kepada Singapura sebagai “tidak masuk akal” dan berkata, beliau bercadang merundingkan semula terma perjanjian itu.
Perjanjian air itu yang berakhir 2061, memberi hak kepada Singapura untuk mendapatkan sehingga 250 juta gelen sehari (mgd) air mentah dari Sungai Johor.
Singapura membayar 3 sen bagi setiap 1,000 gelen air mentah dan menjual semula air terawat kepada Johor pada harga 50 sen setiap 1,000 gelen.
Johor memperoleh bekalan harian air terawat sehingga 2% atau 5 mgd air yang dibekalkan kepada republik itu. – BERNAMA
Malaysia-Singapura Runding Semak Harga Air Mentah – MYNEWSHUB

Pengguna FB Hina Islam, NGO Buat Laporan Polis 
Feb 19, 2019

KUANTAN – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Kebajikan Ukhwah dan Silaturahim Pahang (Ukhwah) membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini hari ini berhubung dua individu yang memuat naik status menghina Islam di laman Facebook sehingga tular.

Presiden Ukhwah, Zulkefly Senek berkata, beliau menyedari status dimuat naik pengguna akaun Facebook, Sakar Tanesan dan Foo Sing Wai yang bersifat penghinaan kepada Islam dan Nabi Muhammad pada kira-kita pukul 9 malam tadi.
“Perkara seperti ini tidak sepatutnya dibuat oleh sesiapa untuk tujuan menghina mana-mana agama sekali pun.
“Kami menyerahkan kepada polis untuk menyiasat dan mengambil tindakan ke atas kedua-dua individu berkenaan,” ujar beliau.
Status berunsur penghinaan terhadap Islam ysng dimuat naik dua pengguna Facebook itu mula tular di laman sosial tersebut sejak malam tadi, sekali gus mengundang kemarahan netizen.
Bertindak balas terhadap penghinaan tersebut, seramai 50 ahli Ukhwah di sini mengiringi Zulkefly membuat laporan di IPD Kuantan pada tengah hari tadi.
Sementara itu, Penasihat Ukhwah, Tengku Najirulzamal Tengku Jamaluddin menyeru pelbagai pihak membuat laporan polis terhadap sesiapa sahaja yang membuat penghinaan terhadap mana-mana agama.
“Sebelum ini, Yang Di-Pertuan Agong dihina dan kali ini, Nabi Muhammad pula dihina. Perkara seperti ini juga semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.
“Tetapi janganlah kita ambil tindakan sendiri. Sebaik-baiknya buatlah laporan kepada polis dan serahkan kepada undang-undang,”kata beliau. – K! ONLINE

Pengguna FB Hina Islam, NGO Buat Laporan Polis – MYNEWSHUB

Kerajaan Kekang Bocor Rahsia, Keluar Garis Panduan
Feb 19, 2019

KUALA LUMPUR – Kerajaan melarang penggunaan telefon bimbit dan beberapa peralatan komunikasi dalam mesyuaratnya yang membincangkan perkara rahsia dan keselamatan negara bagi mengekang kebocoran.

Dalam satu surat bertarikh 31 Januari lalu berkaitan larangan itu kepada ketua setiausaha kementerian dan ketua jabatan, Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan, Datuk Sanusi Sidek, turut menyertakan lampiran ‘Garis Panduan Larangan Penggunaan Telefon Bimbit atau Alat Komunikasi Lain Dalam Mesyuarat Kerajaan’.
“Penggunaan telefon bimbit dan alat komunikasi lain secara tidak terkawal dalam agensi kerajaan boleh mendatangkan implikasi buruk serta membahayakan di samping boleh melanggar peruntukan Akta Rahsia Rasmi 1972 sekiranya berlaku kebocoran atau kecurian maklumat,” katanya dalam surat itu.
Isu kerahsiaan itu dibangkitkan oleh Polis Diraja Malaysia menerusi surat Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman kepada Ketua Setiausaha Negara baru-baru ini yang disifatkan semakin membimbangkan.
Selain larangan telefon bimbit, peralatan lain yang disebut dalam surat berkenaan ialah kamera digital, jam pintar, perakam video dan pen pintar.
Sanusi dalam surat itu berkata penggunaan peralatan terbabit tanpa kawalan juga mempunyai pelbagai implikasi negatif seperti penyalahgunaan mengumpul, merakam, menyiar, menular dan menyampaikan maklumat kerajaan kepada pihak lain tanpa kebenaran.
“Mengikut kepada situasi masa kini, trend penyebaran atau kebocoran maklumat kerajaan menerusi telefon bimbit semakin membimbangkan.
“Bagi tujuan kawalan, ketua jabatan hendaklah menentukan zon larangan penggunaan peralatan komunikasi yang mampu merakam maklumat.
“Di samping itu, ketua jabatan juga perlu menetapkan kaedah penggunaannya bagi memastikan maklumat rahsia rasmi kerajaan diberikan perlindungan sepenuhnya.
“Penentuan zon larangan ini termaktub dalam Perenggan 130, Arahan Keselamatan (Semakan dan Pindaan 2017) dan perlu dipatuhi semua jabatan dan agensi kerajaan,” katanya dalam surat berkenaan.
Keperluan penetapan zon atau tempat larangan berkenaan perlu mengambil kira risiko kebocoran maklumat yang berkemungkinan berlaku dalam mesyuarat penting kerajaan membabitkan keputusan dasar di peringkat Persekutuan atau negeri.
Dalam surat itu, Sanusi memaklumkan antara mesyuarat yang dikelaskan sebagai berisiko itu ialah mesyuarat Kabinet, mesyuarat EXCO, berkaitan keselamatan negara, dasar luar yang memberi impak tinggi kepada keputusan kerajaan, mesyuarat pengurusan tertinggi kementerian, jabatan atau agensi; mesyuarat lembaga perolehan tender atau sebut harga dan operasi penguatkuasaan.
Sanusi berkata kegagalan mematuhi larangan dikuatkuasakan boleh mengakibatkan rahsia rasmi kerajaan terdedah kepada ancaman kebocoran maklumat sehingga boleh menjejaskan imej pentadbiran kerajaan dan keselamatan negara. – BH Online
Kerajaan Kekang Bocor Rahsia, Keluar Garis Panduan – MYNEWSHUB

Edry cabar individu fitnah DAP buat laporan polis, hurai dakwaan dalam sidang media
Pada oleh 
Adun DAP hari ini membuat laporan polis berhubung penularan sebuah artikel di media sosial yang mendakwa DAP kononnya mempunyai ‘agenda anti Melayu, anti Islam, pro-Komunis dan pro-Zionis’.
Adun Dusun Tua, Edry Faizal Eddy Yusof berkata, laporan berkenaan dibuat supaya siasatan dan tindakan sewajarnya boleh diambil terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah dan tuduhan palsu berniat jahat itu.
“Laporan polis juga dibuat ke atas satu pautan yang disertakan bersama mesej tular itu,” katanya dalam kenyataan media selepas membuat laporan di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur lewat pagi tadi.
Mesej fitnah berkenaan disertakan dengan artikel di laman sesawang The Third Force yang memetik kenyataan Mohamad Razali yang antara lain menuduh bahawa DAP kononnya menghina kesucian Islam.
Berhubung perkara itu, Edry mencabar Mohamad Razali agar membuat laporan polis jika beliau yakin dengan apa yang didakwanya itu.
“Sekiranya individu bernama Mohamad Razali Bin Abdul Rahman ini benar-benar wujud dan bercakap bersandarkan fakta, saya mengambil kesempatan ini mencabarnya untuk keluar dari persembunyian dan membuat laporan polis terhadap setiap dakwaannya itu.
“Ini kerana agenda-agenda yang dia sebutkan itu bertaraf pengkhianatan terhadap Raja dan Negara dan sepatutnya dia melaporkannya kepada polis.
“Dan jika apa yang dikatakannya benar sudah tentu pihak berkuasa akan bertindak,” katanya yang juga Ahli Jawatankuasa DAPSY Kebangsaan.
Beliau turut mendesak agar Razali mengadakan sidang media dan menghuraikan kesemua tuduhannya terhadap DAP.
“Inilah yang sepatutnya dia lakukan atas semangat ‘berani kerana benar’ dan bukannya baling batu tapi sembunyi tangan di dalam seluar.
“Jika tidak, kita boleh terus simpulkan dakwaan-dakwaannya itu tidak lebih sekadar dongengan dan omong kosong,” ujarnya.
Turut menemani Edry membuat laporan polis adalah Adun Ketari, Young Syefura Othman dan peguam merangkap Setiausaha Politik Lim Kit Siang, Syahredzan Johan. – Roketkini.com
Edry cabar individu fitnah DAP buat laporan polis, hurai dakwaan dalam sidang media | roketkini.com

Pemuda PAS keanak-anakan, lemah mantiq – Edry Faizal
Pada oleh 

Tindakan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Muhammad Khalil Abdul Hadi adalah keanak-anakan dan menunjukkan kelemahan mantiq, apabila dia menyuruh agar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bertanya sendiri kepada Tun Mahathir selepas Lim Guan Eng meminta Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan mengemukakan bukti wujudnya dua parti komponen Pakatan Harapan yang akan membentangkan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri.

Sebagai sebuah parti yang seringkali mendakwa mereka yang paling Islam berbanding orang Islam yang lain, adalah amat membingungkan apabila Ketua Pemudanya sendiri gagal memahami dan mengamalkan kaedah al-bayyinah ‘ala al-mudda’i yakni pembuktikan adalah ke atas orang yang membuat dakwaan.
Selepas insiden cakap berbelit Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang sekejap menafikan rakaman audio mengenai penerimaan wang daripada UMNO dan sekejap mengakui berbohong atas permintaan parti, PAS sepatutnya bermuhasabah kembali dan berhenti mengeluarkan kenyataan yang bukan-bukan kepada umum. Ini kerana tindakan sebuah organisasi menggunakan nama Islam mengeluarkan kenyataan-kenyataan cetek ilmu seperti mengelak membawakan bukti atau berbohong kerana wang mencemarkan nama Islam itu sendiri.
Hanya kerana terdapat perkataan ‘Islam’ pada nama parti, tidak bermakna segala kata-kata lagha dan dusta boleh dihalalkan atas nama Tuhan dan Agama. Berbanding menyuruh Ketua Pemudanya membuat kenyataan berunsur komedi, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan sepatutnya mendedahkan bukti kepada dakwaannya selepas dicabar oleh Lim Guan Eng.
Atau adakah itu satu lagi pembohongan dengan restu Presiden parti yang dihalalkan atas nama strategi seperti dakwaan Datuk Takiyuddin ketika mempertahankan Nik Abduh?
Pantun Melayu ada menyebut:
Siakap senohong gelama ikan duri
Bercakap bohong lama-lama mencuri
Adakah disebabkan itu PAS mudah mesra dengan UMNO dan Datuk Seri Najib Razak? – Roketkini.com
*Edry Faizal adalah Ahli Dewan Negeri Kawasan Dusun Tua merangkap Ahli Jawatankuasa DAPSY Kebangsaan.


Pemuda PAS keanak-anakan, lemah mantiq – Edry Faizal | roketkini.com


1 ulasan:

Kim Wani berkata...

Salam kepada semua warganegara Malaysia, indonesia dan semua ASIA, nama saya ialah Puan Kim Wani, tolong saya berkongsi kesaksian saya tentang kehidupan di sini di platform ini untuk semua warganegara Indonesia, Malaysia dan semua warga Asia, terutamanya warganegara Malaysia saya berhati-hati dengan pemberi pinjaman pinjaman di internet, Allah telah benar-benar menyokong saya melalui ibu yang baik Puan Ivana Pedro

 Selepas beberapa tempoh cuba mendapatkan pinjaman dari institusi kewangan dan ditolak, jadi saya memutuskan mendaftar melalui pinjaman dalam talian tetapi saya ditipu dan saya kehilangan RM 3,500 dengan pemberi pinjaman yang berbeza selepas membayar beberapa yuran dan tidak mendapat pinjaman .

Saya menjadi sangat terdesak untuk mendapatkan pinjaman, jadi saya berbincang dengan rakan saya yang kemudiannya mengadu saya kepada Puan Ivana, yang merupakan seorang Pengarah syarikat LoanMe, jadi kawan saya meminta saya memohon dari Puan Ivana, jadi saya berkumpul berani dan hubungi Puan Ivana.

Saya memohon pinjaman sebanyak RM 150,000 dengan kadar faedah sebanyak 2%, jadi pinjaman itu diluluskan tanpa tekanan dan semua pengaturan dibuat atas pemindahan kredit, kerana hakikatnya ia tidak memerlukan cagaran dan jaminan untuk pemindahan pinjaman saya hanya diperintahkan untuk mendapatkan sijil perjanjian lesen permohonan mereka untuk memindahkan kredit saya dan dalam masa kurang dari dua jam wang pinjaman telah dimasukkan ke dalam akaun bank saya.

Saya fikir ia adalah satu jenaka sehingga saya menerima panggilan dari bank saya bahawa akaun saya dikreditkan dengan jumlah sebanyak RM 150,000. Saya sangat gembira bahawa Allah akhirnya menjawab doa saya dengan memerintahkan pinjaman saya dengan pinjaman asal saya, yang memberi saya keinginan hati saya.

Mereka juga mempunyai satu pasukan pakar yang akan menasihatkan anda mengenai jenis perniagaan yang anda ingin melabur dan bagaimana melabur wang anda, jadi anda tidak akan pernah bangkrut lagi dalam hidup anda.

Semoga ALLAH memberkati Puan Ivana Pedro untuk memudahkan kehidupan saya, jadi saya menasihatkan sesiapa yang berminat untuk mendapatkan pinjaman untuk menghubungi Puan Ivana melalui e-mel: (ivanapedro85@gmail.com) untuk pinjaman anda

Terdapat syarikat palsu lain dalam talian menggunakan kesaksian saya untuk mencapai keinginan mementingkan diri mereka, saya satu-satunya dengan kesaksian yang benar ini, sila berhati-hati terhadap orang-orang ini.

Akhirnya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda kerana meluangkan masa untuk membaca kesaksian yang benar tentang hidup saya mengenai kejayaan saya dan saya berdoa Allah akan melakukan kehendak-Nya dalam hidup anda.
Sekali lagi nama saya ialah Kim Wani, anda boleh menghubungi saya untuk mendapatkan maklumat lanjut melalui e-mel saya: kimwani305@gmail.com