Sabtu, 16 Mac 2019

Apakah kita sememangnya mematuhi Etika di media sosial. 100% kita xsalahkah bila follower buat kita marah. 9252.


5 Etika Bagikan Foto di Instagram Agar Tak Mengganggu Follower


Ilustrasi Instagram (iStockPhoto)
Liputan6.com, Jakarta Saat ini Instagram menjadi salah satu platform yang sangat digemari banyak orang dari berbagai belahan dunia. Di Instagram, kalian bisa berbagai momen lewat foto maupun video.

BACA JUGA: 

7 Potret Karya Seni dari Pasir, Bikin Kalian Berpikir "Kok Bisa Sih?"
Berubah Drastis, Begini 7 Potret Perubahan KRL Dulu vs Sekarang
Arie Untung Unggah Video Penembakan Selandia Baru, Diingatkan Malah Diserang 

Banyak orang yang membagikan berbagai foto serta video di akun Instagram pribadi mereka. Kebanyakan orang berpikir bahwa mereka bebas mengunggah apapun di akun mereka. Padahal tahukah kalian jika mengunggah foto di Instagram pun butuh etika loh.

Situs friendship.about.com, menyebut perilaku ini “instaquette” yang merupakan singkatan dari "Instagram Etiquette". Etika foto yang dimaksud ialah ketika memposting foto sebaiknya tidak membuat followermu terganggu. Lalu apa saja etika lainnya? Berikut ulasannya:

1. Jangan Terlalu Sering Selfie
Ilustrasi Orang lagi selfie (iStockPhoto)

Memang sih kalian bebas mengunggah foto selfie di akun Instagram pribadi kalian. Namun Instagram dimaksudkan untuk berbagi mengenai kehidupan pribadi, bukannya galeri wajah sendiri. Maka itu cobalah ubah variasi tampilan fotomu dengan mengindari terlalu banyak selfie.

2. Unggah Banyak Hal

Terlalu banyak selfie menunjukkan kamu seorang yang narsis. Terlalu sering foto peliharaan lucu, lama-kelamaan juga tidak akan terlihat lucu lagi. Kerap berbagi foto anak, bisa memicu rasa kesal para pengikut yang belum berkeluarga. Intinya, unggahlah foto yang menceritakan banyak hal.

Saksikan Video Pilihan di Bawah Ini:
https://www.liputan6.com/citizen6/read/3918329/5-etika-bagikan-foto-di-instagram-agar-tak-mengganggu-follower?

Ini Maksud-Maksud Tulisan Pada Senapang Yang Digunakan Dalam Serangan Tembakan Masjid di New Zealand
Oleh  pada 16 Mar 2019 kategori 
(Brenton Tarrant, pengganas yang melakukan serangan tembakan di masjid di Christchurh New Zealand)

Sekali lagi dunia dikejutkan dengan berita keganasan di mana satu siri serangan dilancarkan ke atas 2 buah masjid di Christchurch, New Zealand.

Menurut sumber, 49 orang disahkan terkorban dengan lebih daripada 20 orang cedera parah.

Mudah untuk kita kategorikan serangan ini sebagai satu tindakan pengganas.

Dan lebih dahsyat, serangan ini dilakukan kerana ingin membalas dendam dan menuntut bela.

Senapang yang digunakan dalam serangan ini dipenuhi dengan tulisan yang mencerminkan keganasan Kristian ekstremis.

Banyak tarikh dan nama telah ditulis di seluruh senjata yang mana kebanyakan daripada angka-angka yang ditulis dihormati dalam ideologi pelampau Kristian untuk sekian lamanya.

Tapi, apakah makna-makna tulisan pada senapang pengganas ini?

iluminasi.com kongsikan 11 maksud tulisan pada senapang yang digunakan dalam serangan tembakan masjid di Christchurch, New Zealand.

1. Charles Martel
Charles Martel adalah Raja Francia (kini Perancis) dan terkenal dalam sejarah Eropah untuk satu perkara.

Dia adalah individu yang  menghentikan kemaraan Khalifah Islam ke Eropah Barat dalam pertempuran Tours pada tahun 732 CE.

Oleh sebab itu, dia dihormati dan diletakkan dalam status ilahi dalam ajaran pelampau Kristian.

2. Tours 732
Pertempuran Tours pada tahun 732 CE mungkin adalah pertempuran paling mendesak dalam sejarah Eropah.

Tentera Islam Khalifah Umayyad memusnahkan kerajaan-kerajaan Kristian Sepanyol dan menaklukki seluruh Sepanyol, serta maju tanpa saingan ke arah menawan Eropah Barat.

Sekiranya kita membandingkan keseimbangan kuasa pada masa itu, Khalifah Ummayad adalah satu-satunya kuasa "super" dunia, dan jauh lebih maju daripada Kerajaan Kristian Eropah dari segi ketenteraan dan teknologi. 

Satu-satunya kerajaan pada ketika itu yang mampu bersaing dengan khalifah yang kuat ini di seluruh Eropah adalah Kerajaan Francia (Perancis).

Pertempuran ini pada awalnya berjalan dengan sangat baik bagi umat Islam, di mana mereka hampir berjaya menang.

Tetapi tentera-tentera khalifah menjadi tamak melihat harta rampasan perang dan kekayaan yang terdampar di medan perang dan mengingkari perintah komander Abdul Rahman Al Ghafiqis untuk mengambil harta tersebut.

Melihat situasi ini, tentera Kristian bersatu dan menyerang orang Islam. Ketika itu, kebanyakan tentera Islam tidak bersenjata kerana mereka meletakkan senjata mereka untuk mendapatkan seberapa banyak kekayaan yang mereka mampu.

Terkejut dengan serangan musuh, tentera-tentera Khalifah Ummayad melarikan diri dari pertempuran, meninggalkan komander Abdul Rahman Al Ghafiqi yang meneruskan perjuangan menentang musuh dan berakhir dengan mati syahid.

Kebanyakan ahli sejarah meramalkan bahawa jika umat Islam memenangi pertempuran Tours ini, umat Islam akan menakluki seluruh Eropah Barat.

3. Vienna 1683
Pertempuran Vienna pada 1683 CE adalah serangan jihad yang terakhir dalam sejarah yang diketuai oleh Khalifah Islam.

Kekhalifahan Uthmaniyyah pada abad ke-16 adalah kuasa besar dunia, tenteranya sangat besar dan tidak dapat ditandingi.

Sejak awal Kekhalifahan Uthmaniyyah, ia telah menakluki Eropah dengan mudah.

Pope telah memulakan banyak Perang Salib dan mewujudkan banyak gabungan Kristian untuk menghentikan kemaraan Uthmaniyyah.

Dan walaupun seluruh Eropah bersatu, mereka masih tidak dapat menghentikan ancaman yang semakin meningkat oleh kerajaan Islam ini.

Pada tahun 1683 CE, tentera Uthmaniyyah mengepung bandar Vienna, ketika itu bandar ini dikenali sebagai 'jantung Eropah'. Kekuatan tentera Uthmaniyyah sangat besar iaitu seramai 300,000 orang.

Namun tentera Uthmaniyyah tewas dalam pertempuran ini kerana keangkuhan dan keingkaran Panglima Uthmaniyyah iaitu Kara Mustaphas. Dan dengan perintah Sultan, Kara Mustaphas dihukum mati.

Kekalahan di Vienna pada tahun 1683 adalah bencana bagi dunia Islam. Ia menjadi pencetus kemerosotan Ummah Islam secara perlahan-lahan dan kerana tidak ada lagi perkembangan wilayah Islam, inovasi teknologi dan pemikiran dari dunia Islam juga mula runtuh.

1683 adalah tahun di mana umat Islam kehilangan status "Super Power" di dunia.

4. Clavijo 844
Menurut sumber-sumber gereja Sepanyol, Pertempuran Calivjo adalah 'kemenangan' yang besar bagi orang Kristian terhadap umat Islam.

Namun begitu, kebanyakan ahli sejarah Eropah moden telah menyatakan bahawa tidak ada pertempuran seperti itu dan itu merupakan mitos yang dibuat oleh gereja Sepanyol untuk meningkatkan kebencian terhadap umat Islam.

Tiada bukti sejarah mengenainya.

Perkara yang paling melucukan adalah menurut sumber-sumber gereja Sepanyol, rasul Yakobus, anak Zebedeus, sahabat Jesus yang meninggal 800 tahun yang lalu, tiba-tiba 'muncul' dan memimpin tentera Kristian untuk mendapatkan kemenangannya.

5. Odo the great
Odo the Great adalah penguasa negeri Frank Aquitaine di Perancis pada tahun 700-an dan terkenal di dunia Eropah sebagai raja Kristian pertama yang mengalahkan Khalifah Umayyah dalam pertempuran pada 721 CE.

Oleh itu, dia mendapat nama samaran 'hebat'. Walau bagaimanapun, pada tahun 732 CE, dia tewas dengan hinanya kepada Panglima Abdul Rahman Al Ghafiqi dalam Pertempuran Sungai Garonne.

6. Alexandre Bissonnette
Alexandre Bissonnette adalah nama pengganas yang melakukan serangan tembakan di masjid The Quebec City di Kanada pada 29 Januari 2017.

7. Skanderbeg
Skanderbeg (1405-1468) adalah seorang bangsawan Albania yang pada mulanya berkhidmat di Empayar Uthmaniyah tetapi kemudian mengkhianati mereka dan mengetuai pemberontakan terhadap Kesultanan Uthmaniyyah.

Dia begitu kejam dalam perangnya terhadap orang Uthmaniyyah.

Oleh kerana dia tidak mempunyai keupayaan tentera untuk mengalahkan pasukan Uthmaniyyah yang hebat, Skanderbeg menggunakan perang gerila dan mencetuskan masalah besar di Albania, wilayah Uthmaniyyah.

Dia sangat kejam terhadap kaum Muslimin sehinggakan dikatakan bahawa dia pernah menyeksa kanak-kanak Islam di hadapan ibu-ibu mereka yang ditelanjangkan. 

Sultan Mehmed II kemudiannya menghancurkan pemberontakan Skanderbeg.

Dia begitu kejam dan dahagakan darah sehinggakan bangsawan Kristian yang menyertai pemberontakannya sendiri meminta Sultan Mehmed II untuk menghilangkan kezalimannya.

Pemberontakannya gagal menghentikan kemaraan tentera Uthmaniyyah.

8. Anton Lundin Pettersson
Anton Lundin Pettersson adalah pengganas yang melakukan serangan di sekolah Trollhättan di Sweden pada 22 Oktober 2015.

Dia berusia 21 tahun yang radikal oleh ajaran Kristian ekstremis, yang kemudiannya membunuh kanak-kanak di sebuah sekolah di mana majoritinya adalah umat Islam.

9. Marco Antonio Bragadin
Marco Antonio Bragadin (21 April 1523 - 17 Ogos 1571) adalah seorang pegawai tentera di Republik Venice.

Pada tahun 1569, dia dipilih sebagai Ketua Kerajaan Cyprus dan berpindah ke Famagusta. Dari situ, dia menyerang kapal-kapal Islam dan kapal-kapal yang membawa jemaah haji ke Mekah dan Madinah.

Para tahanan Muslim yang ditangkap telah diseksa dan dihukum mati tanpa belas kasihan.

Pada 17 September 1570, Tentera Laut Uthmaniyah mengepung bandar Famagusta. Kerana tidak mampu mengatasi taktik dan teknologi Ottoman yang unggul, kota itu runtuh dan tewas.

Marco Antonio Bragadin kemudiannya dihukum bunuh oleh Kerajaan Uthmaniyyah atas kejahatan yang dilakukannya terhadap umat Islam.

10. Kebab
Istilah moden 'Kebab' adalah istilah penghinaan bagi umat Islam. Ia telah digunakan semasa zaman Uthmaniyyah oleh negara-negara Kristian untuk merujuk kepada Uthmaniyyah oleh kerana Uthmaniyah mencipta Kebab.

11. For Berlin, For Madrid
Merujuk kepada serangan yang dilakukan oleh ISIS di bandar Berlin dan Madrid.

Seperti yang terbukti dengan tulisan-tulisan pada senjata api yang digunakan dalam tembakan ini, sangat jelas serangan tersebut adalah pembunuhan bermotivasi agama.

Ia merupakan perbuatan ekstremisme Kristian dan satu tindakan keganasan yang didorong oleh fanatik terhadap agama.

Rujukan:
tags :       
Ini Maksud-Maksud Tulisan Pada Senapang Yang Digunakan Dalam Serangan Tembakan Masjid di New Zealand | Iluminasi



Tiada ulasan: