Jumaat, 1 Mac 2019

Dunia Perjuangan dan Gapaian Cita-cita Politik. 9208.



Perjuangan kemerdekaan bangsa dan tanah air akan bergolak terus walaupun Malaya merdeka pada 31 Ogos 1957 ini. Kemerdekaan itu harus diisi dengan kenyataan-kenyataan, dengan realiti-realiti kemakmuran ekonomi rakyat, dengan realiti, dengan kenyataan ketinggian akhlak rakyat.”– pidato Dr. Burhanuddin Al-Helmy


Pahlawan

Jika hilangmu tanpa pusara
Jika pusaramu tanpa nama
Jika pusaramu tanpa bunga
Mereka mengatakan kau penderhaka
Engkau tetap pahlawan
Sungai Pahang berubah merah
Rumput tebingnya segala musnah
Satu satu pahlawan rebah
Arus merahnya menjulang mayat
Pahlawan bangsa pahlawan rakyat
Tujuh liang dadanya tersayat.
  • Usman Awang
Pantun Pusaka
Di atas robohan Kota Melaka
Kita dirikan jiwa merdeka
Bersatu padulah segenap baka
Membela hak keadilan pusaka.

Dr. Burhanuddin Al-Helmy

PEJUANG KEMERDEKAAN
Pada tahun-tahun 30-an, tokoh-tokoh ini ....dan ramai lagi telah melantangkan MERDEKA!

POPULAR POSTS




SIAPA ABDULLAH C.D.

Mat Amin pada Kini Dan Silam - 3 tahun yang lalu
Abdullah C.D. adalah seorang tokoh yang sangat diingini dan diburu sama ada hidup atau mati oleh kaum penjajah Inggeris dan kaum berkuasa UMNO. Tokoh ini dilabel sebagai pengganas dan tidak mempercayakan agama. Beliau pernah mendapat pendidikan di Clifford School, Kuala Kangsar. Kerana fikiran beliau yang cerdas terbuka, beliau telah menerima pengaruh progresif dari bangku sekolah lagi, khasnya oleh guru-guru yang demokratik, ahli-ahli KMM dan tokoh veteran revolusi Indonesia tahun 1926 yang tinggal di Malaya (kini Malaysia). Demi cita-cita kemerdekaan tanah air, beliau telah menye... lagi »

SIAPA ABDULLAH C.D.
- ON 6:06 PG

Abdullah C.D. adalah seorang tokoh yang sangat diingini dan diburu sama ada hidup atau mati oleh kaum penjajah Inggeris dan kaum berkuasa UMNO. Tokoh ini dilabel sebagai pengganas dan tidak mempercayakan agama.

Beliau pernah mendapat pendidikan di Clifford School, Kuala Kangsar. Kerana fikiran beliau yang cerdas terbuka, beliau telah menerima pengaruh progresif dari bangku sekolah lagi, khasnya oleh guru-guru yang demokratik, ahli-ahli KMM dan tokoh veteran revolusi Indonesia tahun 1926 yang tinggal di Malaya (kini Malaysia). Demi cita-cita kemerdekaan tanah air, beliau telah menyertai KMM, PKMM dan PKM. Beliau adalah rakan seperjuangan akrab tokoh nasional yang terkemuka seperti Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Ahmad Boestamam, Ishak Haji Mohamad, Mustapha Hussein dan lain-lain. Pada bulan Mei 1949, beliau telah mengasas dan memimpin Rejimen ke-10, satu-satunya pasukan Melayu yang berjuang melawan penjajah British secara bersenjata untuk kemerdekaan tanah air. Kemudian, pada tahun 1985, beliau dipilih sebagai Pengerusi PKM.

Untuk mengetahui lebih lanjut siapa Abdullah C.D. sila ikuti wawancara yang dibuat oleh wartawan majalah Suluh Rakyat  pada tahun 1989.

Soalan: Banyak orang, khasnya angkatan baru, sangat ingin mengetahui tentang Bapak secara lebih dekat. Mereka bukan sahaja mahu menambahkan pengetahuan sendiri, bahkan mahu merakamkan perjuangan Bapak dalam lembaran sejarah tanah air. Ada orang mengatakan kisah perjuangan Bapak selama kira-kira setengah abad sudah menjadi legenda, Bapak seorang keramat dan lain-lain.

Abdullah C.D.: (ketawa) Saya bukan keramat, saya manusia biasa saja.

Soalan: Bolehkah Bapak terangkan sedikit tentang latar belakang Bapak?

Abdullah C.D.: Saya anak Perak, lahir di Lambur Kiri, Daerah Parit, pada bulan Oktober 1923. Bapa saya bernama Anjang Abdullah, seorang petani sedang. Dia juga ketua kampung. Emak bernama Halimah, seorang suri rumah tangga. Kami hanya dua beradik, iaitu seorang kakak dan saya sendiri.

Soalan: Kami difahamkan nama Abdullah C.D. bukanlah nama sebenar Bapak, tetapi “nama perjuangan”. Benarkah?

Abdullah C.D.: Benar. Nama lahir atau nama sebenar saya ialah Cik Dat. Tapi, selepas perang, ketika saya terlibat dalam gerakan buruh dan PKMM, kerana keperluan perjuangan, saya menggunakan Abdullah C.D.

Soalan: Bagaimana tentang pendidikan Bapak?

Abdullah C.D.: Mula-mula saya belajar di Sekolah Melayu Lambor, Parit, dan tamat Darjah Lima. Kemudian, saya masuk Sekolah Inggeris Tapah, tapi lepas itu, Sekolah Inggeris Clifford, Kuala Kangsar. Saya sempat belajar Inggeris setakat Darjah 7 saja kerana tercetusnya perang.

Soalan: Benarkah Bapak terlibat dalam gerakan kemerdekaan masa di sekolah lagi?

Abdullah C.D.: Benar.

Soalan: Apakah yang mula-mula mempengaruhi Bapak?

Abdullah C.D.: Bapa saya, guru-guru, dan kegiatan di sekolah setelah berdirinya Kesatuan Melayu Muda (KMM).

Soalan: Bolehkah Bapak ceritakan sedikit soal ini?

Abdullah C.D.: Saudara pun tahu, rakyat Perak memang terkenal dengan semangat anti-penjajah. Pengaruh Perang Maharajalela pada tahun 1875 memang mendalam. Sungguhpun perang itu gagal, tapi semangat rakyat terus membara. Awal abad itu, kalau tak silap tahun 1930-an, rakyat Perak nak berontak lagi – di Kuala Kangsar, Parit dan lain-lain tempat. Salah seorang penganjurnya ialah Raja Chulan, keluarga diraja Perak. Pemberontakan ini ditindas oleh British dan ramai orang ditangkap. Tapi Almarhum Sultan Perak ampunkan mereka. Bapa saya salah seorang yang terlibat dalam gerakan ini. Kisah-kisah perjuangan begini selalu bapa saya ceritakan kepada saya.

Soalan: Bagaimana dengan guru-guru Bapak?

Abdullah C.D.: Saya bernasib baik kerana ketika di sekolah Melayu, ada seorang guru, Cikgu Karib namanya, sangat ambil berat terhadap saya. Beliau lulusan Tanjung Malim (Maktab Perguruan Sultan Idris) yang merupakan tempat semaian semangat kebangsaan Melayu. Beliau mengajar saya di sekolah waktu siang. Waktu malam pula, bapa saya hantar saya belajar di rumahnya. Cikgu Karib menanam semangat patriotisme pada diri saya.

Seperkara lagi, semasa di Sekolah Inggeris Clifford, Mr. Lewis, seorang Inggeris yang menjadi guru besar di situ, agak maju juga. Beliau menjelaskan kepada saya tentang keburukan kapitalisme serta menganjurkan supaya saya membaca buku-buku Marx dan belajar falsafah Marxis.

Soalan: Babak ada menyatakan bahawa bapak membaca buku-buku Marx dan belajar falsafah Marxis. Apa pandangan Bapak tentang falsafah Marxis?

Abdullah C.D.: Bagi saya falsafah Marxis itu adalah satu senjata yang terbaik dalam perjuangan untuk kemerdekaan tanah air dan untuk kemajuan masyarakat umat manusia. Kami tidak memandang Marxisme itu sebagai “dogma”, atau pegangan ketat yang kaku dan tidak boleh berubah, tetapi memadukannya sesuai dengan syarat dan keadaan di Malaya.

Akan tetapi, dalam masalah ini, ada orang menganggap kerana kami menggunakan Marxisme, maka kami tidak beragama atau menentang agama. Pandangan seperti ini sebenarnya telah diracuni oleh hasutan penjajah. PKM melaksanakan dasar kebebasan beragama dan menghormati adat istiadat rakyat semua bangsa. Saya dilahirkan sebagai Islam dan dibesarkan dengan didikan Islam. Di mana juga saya berada, pegangan ini tetap tidak berubah.

Soalan: Ada orang Melayu yang menolak PKM kerana menganggap komunis telah keluar dari agama Islam. Apa pandangan Bapak tentang hal ini?

Jawapan: Komunisme adalah musuh kapitalisme. Fikiran antikomunis sebenarnya ditimbulkan oleh penjajah sebagai bapa kapitalisme. Apa yang saya nampak dalam perjuangan orang Melayu selepas Perang Dunia Kedua iaitu tahun-tahun 45-48, orang Melayu yang progres (kiri) atau yang mahukan kemerdekaan pada umumnya tidak antikomunis, tetapi mereka yang lebih rapat dengan penjajah yang diwakili UMNO yang kuat antikomunis.

Dalam perjuangan besar untuk kemerdekaan tanah air, kaum komunis, nasionalis, dan agama telah bersatu melawan penjajah. Di Malaya PKM dan PKMM bekerjasama sangat rapat. Dr. Burhanuddin seorang tokoh agama yang berpandangan jauh adalah rakan seperjuangan saya yang paling rapat. Front Persatuan Putera-AMCJA merupakan contoh nyata gabungan berbagai kekuatan tersebut. Sebagai taktik dengn penjajah British, PKM tidak tampil ke depan, tetapi ia memainkan peranan terpenting di belakang barisan bersatu tersebut. Hal ini berlaku juga di Indonesia. Mereka telah membentuk front persatuan di atas dasar NASAKOM iaitu nasionalis, sosialis, agama dan komunis.

Dalam perjuangan bersenjata melawan penjajah British kali ini pula ramai tokoh agama yang menyokong perjuangan bersenjata khasnya Rejimen Ke-10, mereka menganggap perajurit Rejimen Ke-10 sebagai jihad untuk memperjuangkan tanah air dan agama.

Soalan: Bagaimanakah penglibatan Bapak dengan Kesatuan Melayu Muda (KMM)?

Abdullah C.D.: Pengaruh KMM sudah meresap ke Sekolah Clifford kira-kira tahun 1939. Banyak buku dari Indonesia sudah sampai ke tangan kami. Waktu malam kami adakan perbincangan politik secara rahsia. Kami tertarik dengan semboyan “Merdeka” yang dilantangkan oleh KMM. Jadi apabila cawangan KMM ditubuhkan, saya pun menjadi anggotanya. Kemudian, saya dipilih menjadi Setiausaha KMM cawangan Lambur, iaitu kampung halaman saya.

Soalan: Bolehkah Bapak ingat antara buku dari Indonesia yang benar-benar membangkitkan semangat juang Bapak? 

Abdullah C.D: Buku-buku itu memang banyak. Saya sudah lupa tajuknya. Salah satu yang saya masih ingat ialah karya Tan Melaka.

Soalan: Siapakah antara tokoh revolusioner Indonesia yang pernah Bapak hubungi?

Abdullah C.D.: Ada beberapa orang. Antaranya Pak Jenain (Sutan Jenain), Alimin, Musso dan Suparto. Pak Jenain banyak membantu KMM dan PKMM. Alimin pernah singgah di Kuala Lumpur sekembalinya dari Moscow selepas perang dan menjelajahi seluruh Malaya mengadakan kursus. Apabila beliau pulang ke Indonesia, beliau hantar pula Suparto ke Kuala Lumpur.

Soalan: Apakah Bapak kenal tokoh kebangsaan waktu itu seperti Ibrahim Yaacob, Mustapha Hussain, Pak Sako dan Ahmad Boestamam?

Abdullah C.D.: Sebelum perang, saya masih lagi budak-budak, umur baru belasan tahun. Tokoh seperti Ibrahim Yaacob, Mustapha dan Ishak (Pak Sako) sudah dewasa. Ibrahim Yaacob saya kenal selaku Presiden KMM saja, tidak kenal secara peribadi. Mustapha dan Pak Sako saya kenal dan mendampingi mereka setelah kami bergerak dalam PKMM selepas perang. Boestamam agak sebaya dengan saya. Beliau lebih tua cuma beberapa tahun saja. Beliau penanggungjawab KMM di Ipoh, selainnya Taiping. Saya sudah rapat dengannya sejak sebelum perang lagi.

Soalan: Bagaimana dengan Dr. Burhanuddin?

Abdullah C.D.: Saya dan Doktor berkenalan sejak tahun 1945 semasa dalam PKMM. Sejak itu, kami sering bergerak ke sana ke mari bersama dan menjadi rakan seperjuangan yang akrab. Beliau dan saya bersama-sama mengetuai rombongan Malaya ke Persidangan Se-Asia di New Delhi, India, pada tahun 1947 untuk menentang kolonialisme.

Soalan: Dengan Pak Rashid Maidin, bagaimana?

Abdullah C.D.: Rashid anak Perak juga, berasal dari sebuah kampung dekat Gopeng, tak jauh dari Lambur. Saya kenal rapat dengannya sejak perang anti-Jepun, dan kami menjadi rakan seperjuangan yang paling akrab sampai hari ini.

Soalan: Ada orang menyatakan Pak Rashid sudah meninggal. 

Abdullah C.D.: (ketawa) Itu cuma khabar angin. Beliau masih hidup, bahkan masih sihat dan aktif memimpin. Beliau seorang yang sangat gigih.

Soalan: Bolehkah Bapak ceritakan keadaan setelah Jepun menceroboh dan British menyerah diri?

Abdullah C.D.: Keadaan masa itu sangat kemelut. Pokoknya ada dua perkembangan penting dari segi perjuangan rakyat. Pertama, PKM, yang ditubuhkan pada tahun 1930, telah menyusun sebahagian rakyat melancarkan perjuangan. PKM mempunyai pengaruh yang luas di kalangan orang Cina. Di kalangan orang Melayu dan India, tak ada kader, hanya pada penghujung perang, pengaruhnya mula meluas. Untuk melawan Jepun, PKM tubuhkan Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya (TAJRM) dan melancarkan perang gerila. PKM juga bekerjasama dengan British dan mendapatkan sedikit senjata.

Kedua, semasa awal pendudukan Jepun, KMM dibenarkan bergerak secara terbuka. KMM mengambil sikap bekerjasama dengan Jepun untuk melawan British demi kemerdekaan Malaya. Ini sama seperti yang dilakukan Sukarno di Indonesia. Setelah KMM diharamkan pada tahun 1942, Ibrahim Yaacob dan beberapa tokoh lagi menubuhkan Malai Gyu Gun, atau PETA, iaitu sebuah pasukan tentera Melayu yang mengambil kesempatan daripada kemudahan yang diberikan Jepun dengan tujuan mencapai kemerdekaan. Sebelum Ibrahim berundur ke Indonesia, beliau cuba mengatur beberapa orang membawa PETA bergabung dengan pasukan TAJRM untuk sama-sama melawan British. Sayangnya, kerana keadaan berubah, rancangan itu gagal.

Soalan: Mengapa KMM diharamkan pada tahun 1942?

Abdullah C.D: Telah saya jelaskan di atas ialah KMM berjuang untuk kemerdekaan Malaya. Pada tahun 1942, Mustapha Hussein bagi pihak KMM mengajukan tuntutan untuk merdeka kepada pihak Jepun. Saya dan kawan-kawan KMM cawangan Lambor juga ikut menandatangani surat tuntutan tersebut. Kerana itulah pihak Jepun mengharamkan KMM.

Soalan: Apakah yang Bapak lakukan semasa pendudukan Jepun?

Abdullah C.D.: Mula-mula, saya bergerak terus dalam KMM selaku Setiausaha KMM di Lambor. Masa itu, saya sudah ada hubungan dengan pasukan gerila anti-Jepun. Kemudian, apabila Jepun mengharamkan KMM, saya, bersama beberapa orang lagi, masuk gerila TAJRM di Perak. Selain tugas tentera, saya juga melakukan kerja propaganda untuk melawan Jepun.

Soalan: Mengapa Bapak memilih TAJRM?

Abdullah C.D: Setelah KMM diharamkan oleh fasis Jepun, saya dan kawan-kawan sudah hilang organisasi untuk meneruskan perjuangan. Pada masa itu, hanya TAJRM satu-satunya tentera yang melawan fasis Jepun di bawah pimpinan PKM. Tentera British telah cabut lari dan menyerah kalah.

Soalan: Apakah tanggungjawab Bapak dalam Parti Komunis Malaya selepas perang?

Abdullah C.D.: Pada tahun 1946, saya dilantik menjadi Setiausaha Jabatan Kerja Melayu Jawatankuasa Pusat PKM, bertanggungjawab atas kerja Melayu dalam PKM serta gerakan massa Melayu.

Soalan: Bolehkah Bapak jelaskan sedikit tentang gerakan massa Melayu?

Abdullah C.D: Orang Melayu tinggi semangat juangnya. Dalam masa perang dunia kedua, kedua-dua belah tebing Sungai Perak menjadi pangkalan gerakan anti-Jepun yang kuat. Dalam masa aman pula, maksud saya selepas Jepun kalah, mereka menyokong gerakan PKMM sehingga anggota parti itu berjumlah 100,000 orang lebih. Setelah meletusnya darurat, orang Melayu di banyak tempat memanggul senjata melawan penjajah British seperti di Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Selangor, Pahang, Kedah dan lain-lain. Kawasan Temerloh Pahang umpamanya, lebih separuh kawasan desa massa menyokong Rejimen Ke-10 sehingga penjajah British menganggap Temerloh sebagai kawasan Merah.

Soalan: Bagaimana dengan penubuhan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)?

Abdullah C.D.: Gerakan kebangsaan di kalangan orang Melayu selepas perang lebih bergelora. Cita-cita kemerdekaan KMM diteruskan oleh PKMM. Kebanyakan penaja PKMM ialah bekas pemimpin dan anggota KMM dulu. Dalam PKMM, terdapat anggota daripada pelbagai aliran – nasionalis, agama, sosialis, komunis. Tapi, tak kira apa alirannya, kami dapat ketepikan perbezaan, dapat bersatu dan bekerjasama. Ini kerana kami adalah kaum patriot yang anti-imperialis, anti-kolonialis dan cintakan kemerdekaan, kebebasan. Kami menubuhkan PKMM pada bulan Oktober 1945 dalam kongres di Ipoh. Mokhtaruddin Lasso, Dr. Burhanuddin, Boestamam, Pak Sako, saya dan ramai lagi kawan masa itu bertanggungjawab mendirikan parti politik orang Melayu untuk memperjuangkan kemerdekaan. PKMM berkembang pesat dengan anggota kira-kira 100,000 orang.

Soalan: Bagaimana dengan UMNO?

Abdullah C.D.: UMNO lahir kemudian, iaitu pada bulan Mei 1946. Semboyannya waktu itu bukan “Merdeka”, tapi “Hidup Melayu”.

Soalan: Apakah sikap PKMM terhadap UMNO?

Abdullah C.D.: Dalam kongres perpaduan bangsa Melayu pada awal 1946, PKMM turut serta bersama UMNO. Pendek kata, kita nak kerjasama untuk menghalau British dan mencapai kemerdekaan. Tapi masa itu, saya masih ingat, sudah timbul perdebatan besar atas isu “Non” dan “Ko”. Kami dalam PKMM ambil sikap “Non”, yakni tidak bekerjasama dengan penjajah British, mesti terus berjuang untuk kemerdekaan.

Tapi, pemimpin UMNO ambil sikap “Ko”, iaitu bekerjasama dengan British. Mereka mengecam PKMM dan mengejek-ngejek semboyan “Merdeka”.

Kerana itu, PKMM ambil keputusan keluar daripada UMNO, dan terus membentuk gabungan pertubuhan-pertubuhan Melayu, lebih 60 buah semuanya, dalam Pusat Tenaga Rakyat atau PUTERA.

PUTERA kemudian bergabung dengan AMCJA. Gabungan PUTERA-AMCJA ini merupakan barisan bersatu anti-British berbilang kaum yang paling luas memperjuangkan kemerdekaan. Kami telah mengemukakan Perlembagaan Rakyat untuk menggantikan perlembagaan Melayu Union. Tapi British menolaknya dengan keras.

Soalan: Ada orang mengatakan PKMM tidak menentang Malayan Union. Benarkah?

Abdullah C.D.: Sebenarnya, sistem “Union” atau “Kesatuan” lebih baik daripada “federation” atau “Persekutuan”. Sistem persekutuan bagi negara kita meneruskan semangat kenegerian, kurang semangat kebangsaan yang menyeluruh. Dari segi ini, PKMM bersetuju dengan konsep “Union” pada prinsipnya. Tapi, “Malayan Union” ciptaan British, lain tujuannya. Ia bertujuan merampas kuasa raja-raja dan langsung tidak menyentuh soal kemerdekaan Malaya. Oleh itu, PKMM menentangnya bersama-sama dengan UMNO dan lain-lain pertubuhan waktu itu. Kerana tentangan menyeluruh inilah, rancangan Malayan Union British gagal.

Soalan: Apakah peranan Bapak dalam PKMM?

Abdullah C.D.: Dalam kongres kedua PKMM di Melaka, saya dipilih menjadi anggota Jawatankuasa Pusat dan juga Biro Politiknya. Dr. Burhanuddin menjadi Yang Dipertua, Ishak Naib Yang Dipertua. Saya juga bertanggungjawab atas pergerakan buruh Melayu dan kemudian menyatukannya dalam PMFTU yang berbilang kaum. Bersama Doktor, Rashid Maidin dan lain-lain, saya juga selalu berulang-alik ke Gunung Semanggol. Di sana, terdapat tokoh-tokoh agama yang penting dan berpengaruh, seperti Ustaz Abu Bakar Al-Bakir, mudir Maahad El-Ehya Assyarif. Tokoh-tokoh agama ini menubuhkan Parti Hizbul Muslimin yang bekerjasama dengan PKMM dan bergabung dalam PUTERA.

Soalan: Apakah tindakan yang diambil Bapak apabila British umumkan Darurat?

Abdullah C.D.: Gerakan PUTERA-AMCJA mendapat sambutan begitu luas daripada rakyat. Mogok dan hartal yang kami lancarkan cukup berkesan. Semangat “Merdeka” berkobar-kobar. Perpaduan kaum juga baik. Ini menyebabkan British sangat takut, lalu bertindak menindasnya.

Doktor, Boestamam dan saya telah mengadakan perbincangan khas di Kuala Lumpur dan mengambil keputusan, iaitu saya dan Boestamam membawa sejumlah kawan masuk hutan bergerila, Doktor dan kawan-kawan lain bergerak di bawah tanah. Boestamam telah menetapkan rancangannya untuk mendirikan pangkalan di Tanjung Malim dengan anak buahnya berjumlah kira-kira 60 orang. Tapi, Boestamam kena tangkap. Lepas itu, beliau dipenjarakan selama tujuh tahun. Saya juga kena tangkap di Ulu Dong, Pahang, tapi mujurlah, saya dapat melepaskan diri. Doktor bergerak di Singapura, tapi kena tangkap dan dipenjarakan kerana memimpin perjuangan orang Melayu dalam kes Natrah di Singapura pada akhir 1950. Rashid Maidin juga kena tangkap di rumahnya di Sungai Manik. Beliau dipenjarakan di Melaka, tapi dapat melepaskan diri lalu masuk hutan bergerila.

Ramai ahli PKMM masuk hutan bersama saya. Ramai juga yang tinggal di luar dan tak berparti telah masuk UMNO – seperti Mustapha Hussain, Hasnul Hadi dan ramai lagi, termasuk tokoh-tokoh penting UMNO selepas merdeka. Pada tahun 1950, UMNO Pahang telah mengemukakan semboyan merdeka. Kemudian kawan-kawan PKMM yang menyertai UMNO telah mengobarkan semboyan merdeka di dalam parti itu sehingga akhirnya telah mengubah semboyan UMNO dari “Hidup Melayu” menjadi “Merdeka”. Setelah Boestamam dan Doktor dibebaskan, mereka menubuhkan Partai Rakyat yang dipimpin oleh Boestamam. Doktor pula memimpin PAS. Semua ini telah tercatat dalam sejarah.

Soalan: Bolehkah ceritakan lebih sedikit bagaimana Bapak melepaskan diri daripada penangkapan penjajah?

Abdullah C. D.: Kami tiba di sebuah rumah di Ulu Dong hari hampir gelap. Belasan pemuda progresif datang bertemu dengan saya dan meminta hendak melihat bom tangan. Saya buka kep dan beri kepada mereka melihatnya dengan sepuas hati.

Kira-kira pukul 9.00 malam, tiba-tiba kami diserbu polis. Pada saat-saat yang genting itu, saya teringat akan bom tangan. Akan tetapi, saya berfikir pula kalau bom tangan itu dibuang, tentu para pemuda itu akan terkena. Jadi saya tidak membuangnya. Saya, Ah Tai dan pemuda-pemuda itu ditangkap, 14 orang semuanya, kalau tak salah ingat. Saya dan Ah Tai dibelenggu dengan satu gari, saya tangan kiri, manakala Ah Tai tangan kanan. Pemuda-pemuda itu diikat dengan tali. Kami digiring keluar dari rumah itu. Sejumlah dokumen yang saya bawa bersama dan bom tangan saya dirampas mereka. Saya masih ingat tarikh peristiwa itu ialah pada 10 Julai 1948.

Di depan saya dan Ah Tai ialah OCPD Raub, dan di belakang pula, OCPD Lipis. Kedua-duanya berbangsa Inggeris. Sambil mengancung pistol ke belakang kami, OCPD Lipis memberi amaran: “Jangan lari, nanti saya tembak”. Saya berbisik dengan Ah Tai bertekad mahu melucutkan gari itu walau tangan putus sekalipun. Sekali gus, saya merentap kuat-kuat gari di tangan. Alhamdulillah, gari segera terlucut. Saya memberitahu Ah Tai. Kami serentak menerkam dan memukul OCPD yang berjalan di depan sehingga ia terjatuh, kemudian lari dengan pantas.

Beberapa saat kemudian, polis-polis itu menembak ke arah kami. Saya dan Ah Tai segera berpecah, mengambil hala masing-masing. Saya masuk ke dalam kebun pisang dan menanggalkan baju saya yang berwarna putih sambil merangkak keluar dari situ. Polis penjajah menumpukan tembakan mereka ke arah baju tersebut.

Ah Tai yang lari membawa gari di tangan, mahir dengan keadaan di situ. Manakala saya pula meraba dalam dua kegelapan, pertama kegelapan malam dan kedua kegelapan kerana tak tahu sedikit pun keadaan sekitar di situ. Beberapa jam mengharungi kegelapan malam, akhirnya, saya nampak cahaya api berkelip-kelip.

Alhamdulillah, sekali lagi, saya terlepas daripada bahaya. Tuan rumah itu penyokong PKMM. Dia memberikan saya makanan, dan pada malam itu juga, membawa saya bertemu dengan seorang anasir cergas Tionghua di kawasan itu. Esoknya, barulah saya bertemu semula dengan Ah Tai.

Kemudiannya, kami diberitahu oleh organisasi di Ulu Dong bahawa penangkapan itu dilakukan oleh dua pasukan polis dari Lipis dan Raub, kira-kira satu platun, dalam lingkungan 30 orang. Seorang anasir kontra-revolusi telah mengkhianati kami dengan membuat laporan kepada polis. Kemudian, atas desakan massa revolusioner, pasukan lasykar rakyat telah menembak mati pengkhianat yang mengabdi diri kepada penjajah itu.

Soalan: Bercakap tentang sejarah, kami mendapat tahu Bapak sangat ambil berat pengkajian sejarah tanah air dan telah menghasilkan beberapa buah tulisan tentang sejarah tersebut. Sebagai seorang ahli sejarah, bolehkah Bapak berikan sedikit pandangan mengenai masalah ini?

Abdullah C.D.: Saya bukan ahli sejarah, cuma peminat atau pencinta sejarah saja. Bahan-bahan yang ada pada saya pun terbatas. Cuma, saya rasa, sebagai ahli perjuangan, kita bukan saja perlu menguasai teori revolusioner dan gerakan praktikal dengan baik, tapi juga mesti mahir dengan sejarah. Tanah air kita mempunyai sejarah yang lama. Bangsa kita mempunyai tamadun yang tua lagi kaya-raya. Kita mengkaji sejarah untuk memahami hukum-hukumnya, menegakkan kesinambungannya, mengenal kawan dan lawan. Memahami masalah perjuangan kelas, mewarisi tradisi rakyat yang berani berjuang melawan penindasan sejak zaman-berzaman. Kita tak boleh memotong-motong sejarah. Di samping menegakkan kesinambungan sejarah, kita juga perlu meneliti perkembangan dan perubahan di atas dasar kesinambungan tadi. Perspektif begini, saya rasa, perlu kita gunakan untuk memahami dan memecahkan pelbagai masalah negara kita, misalnya, bagaimana masyarakat berbilang kaum terbentuk dan lain-lain.

Kita berjuang untuk mewujudkan masyarakat yang adil pada hari depan. Tanpa menguasai masa lampau dan masa kini, bagaimanakah kita boleh membina hari depan? Tentu tak mungkin. Yang perlu kita lakukan ialah menafsirkan semula sejarah tanah air secara objektif serta melengkapkan fakta sejarah.

Saya perhatikan tidak sedikit cerdik pandai kita hari ini tekun berusaha untuk melengkapkan sejarah tanah air kita, baik zaman peradaban mahupun zaman prasejarah, serta membetulkan penyelewengan sejarah yang dilakukan oleh sejarahwan kolonial. Ini sangat perlu dan sangat baik. Pengkajian dan penemuan di Kota Tampan, Perak, yang dilakukan oleh rombongan pengkaji Universiti Sains Malaysia mempunyai erti yang sangat besar bagi menegakkan zaman prasejarah negara kita di atas dasar ilmiah yang lebih kukuh. Saya ucapkan syabas kepada para sarjana dan lain-lain yang terlibat.

Soalan: Setahu kami, nama Bapak dan Rejimen ke-10 sama seperti darah dengan daging, tak terpisahkan kerana Bapak telah memimpinnya dari dulu hingga sekarang. Bolehkah Bapak ceritakan sedikit peranan Bapak dalam memimpin pasukan pahlawan ini?

Abdullah C.D.: Memang saya diberi tugas oleh PKM untuk mendirikan dan memimpin Rejimen ke-10, tapi bukan saya seorang saja yang memikul tugas berat ini. Masih ada beberapa orang lagi pemimpin Melayu bersama-sama saya membangun Rejimen ke-10 menjadi sebuah pasukan perkasa yang disegani kawan dan lawan.

Rejimen ke-10 ditubuhkan pada 21 Mei 1949, kira-kira 4 bulan setelah Tentera Pembebasan Nasional Malaya didirikan. Tulang belakangnya terdiri daripada anggota PKMM. Semasa penubuhannya, kekuatan induk Rejimen ke-10 berada di Temerloh, Pahang. Namun begitu, pelbagai unit dan pasukan Melayu di lain-lain negeri juga berada di bawah riayah Rejimen ke-10. Rejimen ke-10 telah melancarkan banyak pertempuran dan membuat sumbangan besar kepada usaha kemerdekaan tanah air. Pada tahun 1953, pasukan induk Rejimen ke-10 telah beredar dari Pahang menuju ke kawasan sempadan Malaya-Thai dan telah mendirikan pangkalan barunya di situ. Kalau kita bercakap tentang kesinambungan sejarah, boleh kita katakan bahawa perjuangan TPNM dan Rejimen ke-10 mencerminkan kesinambungan ini. Ini merupakan kesinambungan dan sekali gus juga perkembangan daripada perang patriotik dan perang tani orang Melayu dulu di bawah syarat-syarat sejarah yang baru.

Soalan: Apakah pertempuran penting yang Bapak sendiri pimpin secara langsung? Apakah benar Bapak pernah cedera dalam pertempuran?

Abdullah C.D.: Antara pertempuran penting yang saya pimpin secara langsung ialah pertempuran Jalan Chonur, Jerangsang, Ulu Teka, Damak, Gong, Estet Tekal dan lain-lain. Saya juga memandu peredaran Rejimen ke-10 dari Temerloh ke kawasan sempadan. Saya pernah tercedera terkena bom tangan askar British.

Soalan: Menurut pandangan Bapak, apakah peranan penting perang gerila dalam usaha mencapai kemerdekaan?

Abdullah C.D.: Kita tak boleh membesar-besarkannya, tapi kita tak patut juga memperkecil-kecilkannya, atau lebih-lebih lagi, menafikannya. Kita boleh bayangkan begini: Penjajah British begitu ganas, ia mengerahkan lebih 400,000 kekuatannya di negara kita waktu itu. Negara kita kecil, penduduknya kira-kira lima juta saja.

Apakah British bersedia memberikan kemerdekaan begitu saja sekiranya tiada perjuangan gigih rakyat dalam semua bentuk, baik bersenjata mahupun bukan bersenjata? Rasa saya, tak mungkin.

Kami di front gerila telah membuat pengorbanan yang tidak sedikit. Ramai pahlawan dan serikandi telah terkorban dalam perjuangan melawan British. Dari tahun 1948 hingga 1954, kami telah bertempur lebih 19,100 kali, seramai lebih 26,000 tentera penjajah mati atau luka-luka. Kerugian besar British dalam bidang ketenteraan ini memperhebatkan krisisnya dalam bidang ekonomi dan politik.

Di front bukan bersenjata pula, parti patriotik lainnya seperti PAS, Partai Rakyat, Partai Buruh Malaya dan kekuatan patriotik dalam UMNO memperhebatkan perjuangan kemerdekaan. Kedua-dua front ini, secara langsung atau tidak langsung, saling melengkapi, saling mengenakan tekanan ke atas British.

Saya tidak mengatakan perjuangan bersenjata saja yang memaksa British mengakui kemerdekaan. Tapi, sesiapa yang bersikap adil dan objektif dalam menilai sejarah, saya rasa sudah pasti akan mengakui peranan penting perang gerila ini. Bahkan Tunku Abdul Rahman sendiri dalam Rundingan Baling pada tahun 1955 dulu pernah mengakui sumbangan penting perang gerila ini untuk mencapai kemerdekaan.

Soalan: Bapak mengatakan perang gerila anti-British itu dilancarkan untuk mencapai kemerdekaan. Tapi, ada orang bertanya: Sekarang sudah lama merdeka, apa sebab terus berperang? Mengapa tidak berdamai?

Abdullah C.D.: Masalah perang dan damai ini amat kusut. Kalau saudara tengok dalam catatan sejarah, pada akhir 1957, setelah Malaya merdeka, PKM sekali lagi mengemukakan usul untuk menamatkan perang dan mewujudkan perdamaian dalam negeri. Tapi, perang kolonial warisan penjajah British itu diteruskan oleh pihak kerajaan.

Soalan: Maksud Bapak, PKM berperang kerana membela diri, kerana terpaksa?

Abdullah C.D.: Begitulah. PKM terpaksa membela diri, membela demokrasi dan kepentingan rakyat, maka PKM melancarkan perang adil untuk menghadapi perang tidak adil warisan penjajah itu. Di samping itu, PKM juga melancarkan gerakan massa dan perjuangan bentuk lainnya. Sungguhpun begitu, PKM bersedia untuk menamatkan perang ini di bawah syarat-syarat yang adil dan munasabah, dan, bersama-sama dengan pelbagai kekuatan patriotik-demokratik lainnya, berjuang dengan cara damai dan demokratik.

Soalan: Ada orang menuduh PKM dan TPNM sebagai “pengganas”. Apa komen Bapak?

Abdullah C.D.: Tuduhan ini sebenarnya propaganda yang dilemparkan oleh penjajah British kepada pejuang yang menentang kekuasaan dan kepentingannya. Pahlawan anti-penjajah dahulu seperti Maharajalela, Tok Sagor, Datuk Bahaman dan Tok Janggut semuanya dicap “penderhaka” oleh British. Yamtuan Raja Haji, yang melawan Belanda, dicap sebagai “lanun”. Ini tidak menghairankan.

Bahkan hari ini, pejuang Palestin juga dicap “pengganas” oleh imperialis Amerika dan Zionis Israel. Begitu juga, pejuang kulit hitam di Afrika Selatan. Pada hal, seluruh dunia tahu bahawa pengganas yang sebenar ialah kaum Zionis Israel dan kaum rasis Afrika Selatan yang kedua-duanya ditunjangi oleh imperialis Amerika itu sendiri.

Anggota PKM dan TPNM adalah kaum patriot, pejuang kemerdekaan dan kebebasan, bukannya pengganas. Penjajah British sengaja menghitamkan yang putih dan memutihkan yang hitam untuk memburuk-burukkan kami serta memperelokkan dirinya.

Soalan: Satu lagi Bapak, ada pula tuduhan kononnya tokoh-tokoh Melayu dalam PKM hanya “alat” dan “hiasan” saja. Mereka kata PKM “parti Cina” dan anti-Melayu.

Abdullah C.D.: Sebuah parti tak perlu ada hiasan. Program dan dasar-dasarnya serta praktiknya dalam perjuangan, itulah ukurannya. Kenyataan dasar PKM dengan jelas mengakui bahawa orang Melayu adalah pengasas masyarakat bertamadun negara kita, sejarahnya paling lama, dan orang Melayu pernah membuat sumbangan besar dalam melawan penjajahan. PKM menganjurkan harus menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dalam politik, ekonomi dan kebudayaan.

Di samping itu juga, perlu menghormati kedudukan penting kaum Cina, India dan kaum minoriti. Dasar begini, sesuai dengan kenyataan masyarakat negara kita. Terhadap agama, PKM menghormati kebebasan beragama rakyat dan hak mereka untuk mengamalkan kegiatan agama. Terhadap agama Islam, PKM mengakuinya sebagai agama rasmi negara kita.

Satu perkara lagi ialah soal raja-raja. Raja-raja adalah lambang ketuanan Melayu serta lambang perpaduan rakyat berbilang kaum. Baginda adalah raja berperlembagaan. Dalam sejarah, terdapat ramai juga raja berdiri di pihak rakyat melawan penjajah dan membela tanah air. Hari ini, raja mempunyai peranan yang istimewa dalam masyarakat berbilang kaum. PKM menyokong sistem raja berperlembagaan ini.

Tentang bahasa Melayu, atau bahasa Malaysia, PKM menyokong penggunaannya secara meluas dalam negara dan masyarakat, bahkan sebagai bahasa pengantar untuk hubungan antarabangsa.

PKM juga menyokong tanah simpanan (rizab) Melayu, menyokong kebudayaan Melayu sebagai bentuk utama kebudayaan negara dan lain-lain lagi.

Semua perkara tadi menyangkut kepentingan asasi orang Melayu. Kalau tokoh-tokoh Melayu dalam PKM hanya alat atau PKM anti-Melayu, apakah dasar-dasarnya dan tindakannya boleh sedemikian rupa?

Soalan: Kami mendapat tahu yang bapa pernah terkena racun. Apakah boleh ceritakan sedikit tentang masalah ini?

Jawapan: Benar, saya beberapa kali terkena racun, tapi keracunan yang saya alami pada tahun 1975 itu kesannya sangat ketara. Saya jatuh pengsan, tak boleh bercakap, bergerak pun tak boleh. Suriani juga terkena racun, tapi kesannya tidak begitu berat dan dapat segera diubati. Dalam masa saya ditimpa kemalangan itu, Surianilah yang menanggung semua kerja saya di samping tugas beliau sendiri.

Berkat perhatian kawan-kawan pimpinan Jawatankuasa Pusat, pimpinan-pimpinan Rejimen Ke-10 termasuk Suriani dan seluruh kawan-kawan serta dengan izin Allah, kesihatan saya beransur-ansur dapat dipulihkan. Selama setahun saya dirawat di pasukan sesaudara iaitu Organ Pasukan Khas. Kemudian barulah kembali ke Rejimen Ke-10. Kini di dalam usia 80 tahun lebih, saya masih hidup sihat.

Soalan: Pada tahun 1981, Bapak telah menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Revolusioner Malaya atau PKMRM. Kenapa?

Abdullah C.D.: PKMRM ditubuhkan dengan tujuan meneruskan cita-cita PKMM yang belum selesai itu. Sungguhpun kemerdekaan negara sudah wujud, tapi tugas mengisi kemerdekaan sangat berat dan rumit. Seperti PKMM dahulu, PKMRM berjuang untuk menyatupadukan orang Melayu daripada pelbagai aliran ideologi – nasionalis, agama, sosialis dan komunis dalam satu wadah yang bersatu demi mewujudkan demokrasi, hak asasi manusia, keadilan masyarakat dan perpaduan nasional. PKMRM juga berusaha bekerjasama dengan pelbagai parti dan pertubuhan lain, baik Melayu mahupun bukan Melayu, dan membentuk barisan bersatu yang luas bagi mencapai matlamat di atas.

Soalan: Bolehkah Bapak terangkan bagaimana Bapak dipilih menjadi Ketua PKMRM?

Abdullah C.D.: Sebenarnya, saya sendiri keberatan memegang jawatan ini, tapi kawan-kawan mendesak. Kata mereka, sebagai anggota pucuk pimpinan PKMM yang asal, saya dapat memainkan peranan sebagai lambang perpaduan golongan nasionalis, agama, sosialis dan komunis, serta sebagai jambatan bagi menghubungkan pejuang angkatan lama dengan yang baru. Menurut mereka, saya ada kewibawaan untuk meneruskan cita-cita PKMM dulu di bawah syarat sejarah sekarang.

Sebenarnya, penilaian kawan-kawan serta harapan mereka terhadap saya terlalu tinggi. Tugas yang begini berat tidak boleh dipikul oleh satu orang saja, ia perlu satu team atau satu pasukan. Saya cuma memikul tugas ini setakat yang saya mampu dan mengharapkan kawan-kawan lain bersama saya sanggup membenarkan saya melepaskan tugas ini dan mereka sendiri pula memegangnya.

Soalan: Apa sebab PKM memilih Bapak sebagai Pengerusi PKM sedangkan Bapak juga adalah Pengerusi atau Ketua PKMRM?

Abdullah C.D.: Memang ada kawan-kawan bertanya tentang masalah ini. Ramai kawan berpendapat pemilihan seorang tokoh Melayu menjadi pucuk pimpinan PKM memang selaras dengan sejarah dan perkembangan masyarakat negara kita serta dengan tuntutan orang ramai. Pendapat ini tepat. PKM menyedari keperluan ini dari dulu lagi.

Kami kawan-kawan angkatan lama dalam PKM, baik Melayu, mahupun bukan Melayu, ada kebaikan dan kekurangan masing-masing. Masing-masing ada pengalaman dan kecekapan dalam kerja memimpin. Mungkin kawan-kawan pimpinan yang lain dalam PKM merasakan pucuk pimpinan PKM paling sesuai disandang oleh saya, kerana itu, saya dipilih.

PKMRM pula meneruskan cita-cita PKMM, yang merupakan pewaris kepada KMM. Dalam sejarah, PKMM bekerjasama dengan PKM. Rejimen ke-10 pula merupakan kesinambungan PKMM, dan kemudian, lahirlah PKMRM. Dengan lain perkataan, perjuangan kaum patriot Melayu dalam KMM dulu diteruskan dalam PKMM, kemudian, sebahagian pokoknya dalam Rejimen ke-10, dan selanjutnya, dalam PKMRM. Adanya golongan komunis dalam PKMRM memang selaras dengan perkembangan sejarah ini.

Badan pimpinan PKMRM bukan seorang, dan bukan di hutan saja. Ia terdiri daripada satu kolektif golongan nasionalis, agama, sosialis dan komunis, masing-masing mempunyai hak untuk menentukan dasar PKMRM. Memang antara kami, kadang-kadang terdapat perbezaan pendapat. Ini perkara biasa. Prinsip dan cara kami ialah berbincang dan mencari titik-titik persamaan melalui musyawarah dan permuafakatan, akhirnya, mencapai kata bulat tentang dasar dan pelaksanaannya.

PKMRM juga bukan parti atas kertas. Ia ada perlembagaan dan programnya sendiri, ada susunan organisasinya sendiri, ada cawangan-cawangannya di pelbagai tempat di tanah air. Sebagai parti bawah tanah, sudah tentu organisasinya serta keanggotaannya tidak sebesar parti yang terbuka dan halal. Lagipun, PKMRM baru berumur tujuh tahun lebih saja pada masa itu. Tapi, saya percaya ia mempunyai pengaruh tertentu dalam arena politik nasional hari ini.

Memang PKMRM ada kelemahan dan kekurangan. Ini kami telah baiki dari semasa ke semasa. Sesiapa saja yang ada pendapat atau ingin mengkritik, menegur kami, kami sambut dengan hangat.

Soalan: Apakah pendapat Bapak tentang peranan orang Melayu?

Abdullah C.D.: Kita perlu melihatnya dari dua segi, iaitu segi sejarah dan masa sekarang. Dari segi sejarah, orang Melayu telah membangunkan satu tamadun yang besar di Alam Melayu. Dan apabila tamadun ini diruntuhkan dengan kejatuhan Kerajaan Melaka, orang Melayu bangkit silih berganti melawan penjajah. Orang Melayu pandai berperang, namun mereka kalah. Ini bukan kerana mereka kurang semangat berjuang, tetapi kerana mereka dibatasi oleh syarat-syarat sejarah. Pendek kata, orang Melayu adalah satu bangsa yang berani, yang tidak tunduk pada penjajahan, penindasan dan kezaliman. Sekarang, dalam arena politik tanah air kita, orang Melayu memainkan peranan yang amat penting dan menentukan, lebih-lebih lagi dengan pertambahan pesat kaum buruh dan kaum terpelajar Melayu.

Soalan: Bagaimana soal perpaduan orang Melayu dan bukan Melayu?

Abdullah C.D.: Orang Melayu telah menjalin hubungan persahabatan dengan orang Cina, India, Arab dan lain-lain sejak 2000 tahun dulu lagi. Lebih-lebih lagi, sejak Kerajaan Melaka, hubungan ini menjadi lebih erat. Setelah orang Cina dan India menetap di Malaya dan sama-sama membangun tanah air kita dan membelanya, orang Melayu beransur-ansur menerima mereka. Perpecahan berlaku kerana dasar pecah dan perintah penjajah.

Tapi sekarang, orang Melayu dan bukan Melayu semakin sedar yang mereka mempunyai kepentingan bersama. Pelbagai parti dan pertubuhan patriotik-demokratik juga ambil berat memupuk perpaduan antara kaum. Cadangan mereka supaya ditubuhkan Majlis Perundingan Kebangsaan Tentang Hubungan Antara Kaum memang munasabah. Pokoknya, pelbagai kaum mesti saling belajar, saling membantu dan saling memahami. Sekarang, ramai orang Cina, India dan lain-lain sudah menguasai bahasa Melayu serta memahami kebudayaan dan adat resam Melayu. Selain itu, semakin ramai pula anak-anak Melayu yang belajar bahasa Cina. Ini satu perkembangan yang sihat.

Soalan: Soalan kami yang terakhir, apa pendapat Bapak tentang barisan bersatu?

Abdullah C.D.: Ada sedikit orang, apabila saja disebut barisan bersatu, mereka akan segera memberikan cap yang ia front komunis dan mesti dijauhi atau ditentang. Orang ini lupa bahawa Barisan Nasional yang berkuasa sekarang ini pun terbentuk atas dasar barisan bersatu juga. Yang berbeza ialah isinya.

Yang kita perlukan ialah barisan bersatu yang demokratik, di mana pelbagai parti, pertubuhan dan orang perseorangan yang patriotik-demokratik berpadu tenaga, menggabung kekuatan dan bekerjasama atas dasar satu program bersama yang diterima oleh semua pihak.

Parti politik Melayu yang awal seperti KMM, PKMM, kemudian Partai Rakyat di bawah pimpinan Boestamam, dan PAS di bawah pimpinan Dr. Burhanuddin juga terbentuk atas dasar gabungan kekuatan patriotik demokratik pelbagai aliran khasnya nasionalis, sosialis dan agama.

Nota: temubual ini dibuat pada tahun 1989 oleh wartawan majalah Suluh Rakyat.


APA KATA MAHATMA GHANDI MENGENAI PALESTINE

Mat Amin pada Kini Dan Silam - 3 tahun yang lalu
Konflik Israel Palestin bukan perkara baru, ia sudah berlangsung hampir seratus tahun dahulu. Konflik ini merupakan salah satu dari agenda jahat kuasa-kuasa imperialisme yang mahu membelah bahagi bumi ini mengikut kepentingan mereka. Apapun, itulah sifat sebenar kaum imperialis sebagai tahap tertinggi dari sistem kapitalisme. Yang amat dikesalkan ialah masih ada di antara kita yang tidak dapat mengenal dengan tepat masalah ini, ada yang secara lahirnya menyokong perjuangan adil rakyat Palestin tetapi secara diam-diam bercumbu-cumbuan dengan kaum Zionis Isreal. Berikut adalah sebuah... lagi »


- ON 5:15 PTG - NO COMMENTS

Konflik Israel Palestin bukan perkara baru, ia sudah berlangsung hampir seratus tahun dahulu. Konflik ini merupakan salah satu dari agenda jahat kuasa-kuasa imperialisme yang mahu membelah bahagi bumi ini mengikut kepentingan mereka. Apapun, itulah sifat sebenar kaum imperialis sebagai tahap tertinggi dari sistem kapitalisme. Yang amat dikesalkan ialah masih ada di antara kita yang tidak dapat mengenal dengan tepat masalah ini, ada yang secara lahirnya menyokong perjuangan adil rakyat Palestin tetapi secara diam-diam bercumbu-cumbuan dengan kaum Zionis Isreal.

Berikut adalah sebuah tulisan dari wall facebook Saudara Aris Awang yang boleh menjadi bahan renungan kepada kita semua untuk memandang konflik ini secara tepat.

BismillahirRahmanirRahim
APA KATA MAHATMA GHANDI MENGENAI PALESTINE 76 TAHUN LALU

Saya cukup bersimpati kepada masyarakat Yahudi. Saya telah mengenali mereka secara rapat ketika di Afrika Selatan. Ada di antara mereka menjadi sahabat sepanjang hayat. Melalui merekalah, saya banyak belajar mengenai penganiayaan disepanjang sejarah kehidupan mereka. Mereka telah pernah ditindas masyarakat Kristian dan pernah diberi perlindungan oleh pihak Kristian dan perkara itu amat dekat dengan jiwa penganut Hindu. Kebenaran agama telah digunakan dalam kedua-dua insiden untuk menjustifikasi amalan berperikemanusiaan dan yang tidak berperikemanusiaan terhadap mereka. Selain daripada persahabatan, Simpati saya kepada masyarakat Yahudi adalah atas sebab keadilan sejagat. 

Tetapi simpati saya tidak membutakan mata saya untuk bersikap adil. Seruan untuk sebuah negara khusus kepada orang Yahudi membuat saya tidak boleh bersimpati. Sebab telah dicari dan rekayasa dalam menafsir kitab mereka sehingga orang Yahudi merasa rindu untuk kembali ke Palestin. 

Mengapa mereka tidak seperti orang lain di muka bumi?  

Menjadi warga negara di negara mereka dilahirkan dan di mana-mana negara mereka membina kehidupan mereka? 

Palestin adalah milik orang-orang Arab dalam erti kata yang sama England untuk orang England dan Perancis untuk orang Perancis. Ia adalah salah dan tidak berperi kemanusiaan untuk orang-orang Yahudi merampas hak orang Arab. Apa yang sedang berlaku di Palestin hari ini tidak boleh dibenarkan oleh mana-mana kod etika kemanusiaan..  

Sesungguhnya ia adalah satu jenayah terhadap kemanusiaan apabila bertindak mengurangkan orang-orang Arab dan berbangga agar Palestin boleh dikembalikan kepada orang-orang Yahudi sebahagiannya atau keseluruhannya sebagai negara mereka. 

Sepatutnya adalah lebih baik mendesak diterima sebagai warga negara terhadap orang-orang Yahudi di mana sahaja mereka dilahirkan dan dibesarkan. Individu Yahudi yang lahir di Perancis adalah warga Perancis dengan keadaan yang sama iaitu orang Kristian yang lahir di Perancis juga adalah warga Perancis. Jika orang-orang Yahudi tidak mempunyai negara selain Palestin, apakah mereka bersetuju untuk dipaksa meninggalkan tempat kelahiran mereka dan adakah ia boleh selesaikan masalah? Atau adakah mereka mahu menjadi dua warga negara iaitu negara asal kelahiran dan Palestine? Mereka menangis buaya untuk sebuah negara baru dengan menjustifikasi secara licik peristiwa penyingkiran Jerman terhadap orang Yahudi. 

Akhirnya ... 

Sebuah seruan untuk pendatang Yahudi di Palestin. 

Saya tidak ragu-ragu bahawa mereka telah menafsir secara salah kitab mereka sendiri bahawa Palestin adalah hak mereka tanpa asas geografi. Sebaliknya jika mereka berfikir Palestin dari segi geografi sebagai negara mereka, ia juga salah untuk mereka berlindung di balik bayang-bayang muncung senapang British. Satu amalan agama yang suci tidak boleh dilakukan dengan bantuan senapang dan bom. 

Ya, mereka boleh menetap di Palestin hanya dengan mengubah kebencian kepada belas ehsan masyarakat Arab. Mereka perlu berusaha untuk menarik belas ehsan masyarakat Arab bukan sebaliknya .... 

Mohandas Karamchand Gandhi November 1938
Terima Kasih Penarik Beca kerana memberi link ini.
Nota: Sila baca teks dalam English dilink di bawah untuk lebih jelas maksud yang ingin disampai Ghandi.
http://www.palestineposterproject.org/poster/dying2live-gandhi


PEMBENTUKAN MASYARAKAT BERBILANG BANGSA DAN KEMUNCULAN KELAS BURUH MALAYA

Mat Amin pada Kini Dan Silam - 3 tahun yang lalu
Semenanjung Tanah Melayu *Pembentukan Masyarakat Berbilang Bangsa* * dan Kemunculan Kelas Buruh Malaya* *Oleh Cuan* *Pembentukan Masyarakat Berbilang Bangsa * Malaya (kini Malaysia) terletak di sisi khatulistiwa, merupakan hub Asia Tenggara, menguasai laluan air selat Melaka, merupakan persimpangan laluan air antara Timur dan Barat. Selama dua ribu tahun ini terus menjadi laluan penting perdagangan. Oleh itu ia juga merupakan tempat percantuman umat berbilang bangsa. Ia juga pernah menjadi hub tumpuan pelbagai budaya dan agama seperti Buddha, Hindu dan Islam. Berkumpulnya aspek-a... lagi »

PEMBENTUKAN MASYARAKAT BERBILANG BANGSA DAN KEMUNCULAN KELAS BURUH MALAYA

Semenanjung Tanah Melayu
Pembentukan Masyarakat Berbilang Bangsa
 dan Kemunculan Kelas Buruh Malaya
Oleh  Cuan

Pembentukan Masyarakat Berbilang Bangsa 

Malaya (kini Malaysia) terletak di sisi khatulistiwa, merupakan hub Asia Tenggara, menguasai laluan air selat Melaka, merupakan persimpangan laluan air antara Timur dan Barat. Selama dua ribu tahun ini terus menjadi laluan penting perdagangan. Oleh itu ia juga merupakan tempat percantuman umat berbilang bangsa. Ia juga pernah menjadi hub tumpuan pelbagai budaya dan agama seperti Buddha, Hindu dan Islam. Berkumpulnya aspek-aspek perdagangan, kebudayaan, agama dan sebagainya memberi impak amat mendalam kepada masyarakat Malaya amnya dan kepada aspek kemajuan tamadun khasnya.

Semenanjung bumi Malaya telah merdeka pada 31 Ogos 1957. Kemudian, untuk menyelesaikan per-juangan rakyat Kalimantan Utara menuntut kemerdekaan, penjajah British telah mencantumkannya ke dalam Malaysia pada 16 September 1963, Pencatuman itu dinyatakan dengan perkataan yang muluk-muluk kononnya Sarawak dan Sabah mencapai kemerdekaan menerusi percantuman dengan Malaysia, namun hakikatnya ditadbir oleh proksi pupukannya di Malaya, supaya kepentingan ekonomi, politik, ketenteraan dan sebagainya di Kalimatan Utara itu dilanjutkan.

Kini, walaupun hanya sedikit saja perbezaan dalam aspek budaya dan bahasa antara Malaysia dengan lain-lain negeri dalam Kepulauan Melayu, tetapi atas sebab pengaruh kuasa pemerintahan penjajah yang berlainan, Kepulauan Melayu telah terbahagi kepada negara-negara berdaulat yang berlainan, iaitu Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Burnai dan Timur Leste. 

Sebelum menyentuh masyarakat berbilang bangsa, ringkasan sejarah pembentukan Malaysia perlulah dibentangkan terlebih dulu. Proses pembentukan Malaysia terbahagi secara kasar kepada 4 tahap:

Tahap pertama: Pengaruh  budaya Hindu. Agama Hindubudaya dan agama Buddha dari India telah mendominasi sejarah Malaya zaman awal. Dari abad ke-7 hingga ke abad ke-14, budaya SriWijaya di selatan Sumatera telah meningkat ke puncaknya, pengaruhnya meluas kepada seluruh Sumatera, Jawa, Semenanjung Malaya dan bahagian terbesar Borneo.

Tahap kedua: Kemakmuran Budaya Islam. Jauh pada abad ke-10 lagi Islam telah bersebar di Malaya, namun sehingga ke abad ke-14 dan ke-15 barulah Islam meletakkan asas yang mantap di Semenanjung Malaya tidak lama selepas kemusnahan Sri Wijaya. Rantau ini berpecahbelah menjadi banyak kesultanan yang berasaskan Islam, antara lain yang terkenal ialah kesultanan Melaka. Budaya Islam telah memberi pengaruh mendalam kepada orang Melayu, dan sementara itu ia juga dipengaruhi oleh orang Melayu.

Tahap ketiga pencerobohan kuasa penjajah Eropah. Portugal menduduki Melaka pada tahun 1511, merupakan bangsa  Eropah yang pertama menjajah Malaya, seterusnya diikuti oleh Belanda. Bagi pihak penjajah Inggeris pula, ia terlebih dulu mendirkani pangkalan di Api-Api, Kucing, Pulau Pinang dan Singapura, dan akhirnya ia berjaya membentuk penjajahan di Malaya (kini Malaysia). Persetujuan Britain dan Belanda 1824 telah menetapkan sempadan antara Malaya British dan Kepulauan Hindia Timur Belanda (kini Indonesia).

Tahap keempat: Kemasukan imigran baru. Penjajah membawa masuk sejumlah besar buruh Cina dan buruh India untuk memenuhi keperluan ekonomi tanah jajahannya di Malaya dan Borneo. Penjajah membawa masuk sejumlah besar buruh kontrak dari selatan China ke Semenanjung bumi Malaya untuk bekerja melombong dan meneroka estet; di India, penjajah juga memobilisasi keseluruhan penghuni kampung,  sekampung demi sekampung supaya berimigrasi ke Semenanjung bumi Malaya untuk meneroka estet, membina jalan raya dan landasan kereta api.

Demikianlah terbentuknya masyarakat berbilang bangsa di Malaya yang terdiri daripada tiga bangsa utama Melayu, Cina, India ditambah lagi Orang Asal/Orang Asli dan Serani. Manakala di Malaysia Timur (yang disebut juga Kalimantan Utara), bahagian Sarawak terbentuk menjadi masyarakat yang terdiri dari Iban, Melayu dan lain-lain etnik minoriti; manakala Sabah adalah masyarakat yang terdiri dari Kadazan, Cina, Melayu dan lain-lain etnik minoriti. 

Pertambahan Jumlah Penduduk Semua Bangsa

Perkadaran jumlah penduduk semua bangsa di Malaysia, selepas perang dunia kedua, Malaya yang pada umumnya dirujuk kepada Semenanjung dan Singapura, orang Cina paling banyak, merupakan 40 peratus lebih daripada jumlah penduduk, ditambah dengan orang India, melampaui separuh jumlah penduduk, orang Melayu juga merupakan 40 peratus daripada jumlah penduduk, namun setelah Tunku Abdul Rahman menyingkir Singapura dari Malaysia, Melayu telah menjadi bangsa yang paling banyak penduduknya mengatasi bilangan penduduk Cina.

Setelah peristiwa 13 Mei 1969, dengan tujuan mengekalkan kekuasaannya, UMNO yang mendominasi kerajaan telah memansuhkan fungsi parlimen, menubuhkan MAGERAN untuk menggantikan fungsi kerajaan, dan telah mengumumkan akta atau undang-undang sebanyak lebih seratus, malahan membentuk satu pasukan petugas rahsia, bertindak sewenang-wenangnya memberikan kewarganegaraan kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) dengan syarat mesti mengundi UMNO (Hal ini telah didedahkan oleh Anwar ketika memberi bukti di mahkamah Inquiry). Setelah perbuatan itu, perkadaran jumlah penduduk antara semua bangsa negara ini telah timbul perubahan tidak normal. Jumlah penduduk Melayu bertambah secara tidak normal, khususnya di Sabah, jumlahnya dari tangga ketiga selama belasan tahun tiba-tiba melonjak ke tangga pertama. Di Sabah, bilangan pandatang asing yang mendapat kewarganegaraan telah mengatasi seluruh penduduk yang asal, ini telah membolehkan UMNO tetap mencengkam kekuasaan politik. Dalam seluruh Malaysia, PATI yang diputihkan itu majoriti terbesarnya adalah muslim, dan sangat cepat telah mendapat kewarganegaraan, menambah bilangan orang Melayu. Banyaknya bilangan PATI yang terlibat seperti itu dibilang dengan jutaan. Anasir-anasir perkauman itu dengan ghairah menghasut perkaumann, pada lahirnya untuk kepentingan bangsa mereka, tapi hakikatnya adalah untuk menarik undi, dan untuk ini, mereka sanggup menggadaikan kepentingan negara dan kewarganegaraan.

Kesemuanya Adalah Pendatang, Bangsa Pembina Negara dan Kesamarataan

Berdasarkan konsep negara bertaulat kontemporari, kesemuanya adalah pendatang. Buat kesekian lama ini UMNO menamakan dirinya “bumiputera”, tetapi hakikatnya satu-satunya bumiputera sejati adalah Orang Asli (iaitu Orang Asal di Malaysia Timur dan Malaysia Barat, Orang Kadazan di Sabah dan Orang Iban di Sarawak, dan sebagainya). Orang Melayu adalah  satu koloni insan yang paling awal bermastautin di kepulauan Melayu. Jauh pada ribuan tahun sebelum Masihi ia telah berhijrah ke wilayah ini dan menginovasi tamadun. Manakala kebanyakan orang Cina, India dan sebagainya walaupun berhijrah ke mari kemudian dari Melayu, bagaimanapun sama-sama semuanya adalah bangsa pembina negara, masing-masing memberi sumbangan besar kepada kemerdekaan serta pembagunan negara kita, dan status kesemuanya adalah sama rata.

Rasialis UMNO sering menjerit-pekik menyuruh agar orang lain menyingkirkan diri mereka dari Ma-laysia, seolah-olahnya ini adalah tanah milik mereka, tetapi hakikatnya mereka adalah keturunan pendatang juga. Umpamanya cuba lihat darah apakah yang beralir dalam tubuh badan golongan pemimpin UMNO itu. Pertama, Tun Mahathir, telah didedahkan oleh Tunku Abdul Rahman bahawa Mahathir adalah Melayu tiga suku, datuk kepada Mahathir adalah orang Kerala, selatan India, bapanya setengah orang India. Lee Kuan Yew mengatakan Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar adalah keturunan Arab, lahir di Indonesia, bermastautin di Malaysia cuma beberapa tahun sahaja. Dan Tunku Abdul Rahman pula, nenek moyangnya berasal dari Thailand  dan sebagainya.

Dalam Perhimpunan Agung UMNO 2011, antara pemimpin-pemimpin UMNO itu saling mencemuh dan berseloroh mendedahkan latar belakang yang tidak baik masing-masing. Dalam ucapan Presiden,  Datuk Seri Najib Razak. secara berseloroh mengatakan Muhyudin, Hishammuddin Hussein dan Safie masing-masing adalah orang Jawa, Turki dan lanun (Bajayu, Sabah). Gambaran ini dialihkan kepada pertunjukan telatah mereka yang menghunus dan menjulang keris dan menjerit-pekik “Hidup Melayu” itu, terdedahlah wajah hodoh mereka di hadapan umum. Tujuan mereka gertak-gerantung dengan menonjolkan perkauman itu tidak lain dan tidak bukan hanya demi kepentingan diri sendiri sahaja.

Cemuhan dan seloroh mereka itu bagaimanapun telah membayangkan satu hakikat bahawa kesemua bangsa utama Malaysia datang dari rantau sekitar negara ini dan kesemuanya sama rata. Malaysia negara berbilang bangsa dan berbilang budaya. Hanya dengan melaksanakan dasar perpaduan berbilang bangsa barulah boleh mendapat sokongan rakyat semua bangsa.

Seyogia, wujudnya masyarakat yang berbilang bangsa dan budaya seharusnya dilihat sebagai suatu hakikat bahawa kepelbagaian itu sebenarnya suatu fitrah dari kurniaan dari Sang Pencipta menurut konsep Islam. Khazanah kepelbagaian budaya dari yang utamanya iaitu budaya-budaya  Melayu – Islam, Cina dan India ini merangkumi inti pati tamadun agung yang paling lama sejarahnya di dunia ini. Ini satu ciri keunggulan yang tidak terdapat pada banyak negara lain. Jika ianya dimanfaatkan, sudah tentu kita akan lebih mudah mengambil atau menerima nilai-nilai dan produk budaya, tamadun, sains teknologi dan sebagainya yang canggih dari China, India, negera-negera Arab dan juga dari Barat, supaya negara dan rakyat kita lebih maju makmur dan bahagia.

Padah Pelaksanaan Dasar Perkauman

Padah pelaksanaan dasar perkauman UMNO: Laporan media menunjukkan bahawa dalam masa 30 tahun ini, lebih kurang sejuta orang profesional telah berhijrah ke luar negeri. Lim Kit Siang juga me-nunjukkan jumlah orang profesional berhijrah yang sama. Di samping itu, Bendahari PKR menunjukkan bahawa pendapatan perkapita Malaysia pada 1970 hampir sama dengan Singapura, Taiwan dan Korea Selatan. Tetapi selepas 40 tahun, kini pendapatan per kapital Singapura telah lebih empat kali ganda daripada Malaysia, Korea Selatan lebih tiga kali ganda daripada Malaysia. Ditunjukkannya bahawa Dasar Ekonomi Baru itulah punca orang profesional berhijrah ke luar negeri, punca kehilangan daya persaingan negara, ketidakcekapan tadbir-urus yang melibatkan rasuah dan korupsi.

Kemunculan dan Perkembangan Kelas Buruh

Dalam masa masyarakat feudal dahulu, ekonominya mencukupi keperluan sendiri. Setelah diceroboh dan diduduki satu demi satu kuasa penjajah, kekuatan kapitalisme asing telah memusnahkan kuasa politik kerajaan feudal Melayu, malahan juga telah mempercepatkan kemerosotan ekonomi semula jadi dan pengusaha kecil; dan juga telah mempercepatkan perkembangan modal asing dan ekonomi komoditi.

Pencerobohan kapitalisme asing amnya, dan pemerintahan penjajah British ke atas Penempatan Selat dan selanjutnya merampas keseluruhan Malaya khasnya, telah mengubah masyarakat negara kita menjadi masyarakat kolonial dan separuh feudal. Dari penghujung abad ke-19 hingga awal abad ke-20, telah timbul dua perubahan besar di Malaya, iaitu kemunculan kelas buruh dan terbentuknya masyarakat berbilang bangsa. Pembinaan jalan raya, landasan kereta api, pelabuhan dan bangunan-bangunan, serta operasi estet dan lombong milik kapitalis penjajah memerlukan sebilangan besar buruh. Bilangan buruh amat besar telah dibawa masuk oleh penjajah British dari Cina dan India, mereka tinggal menetap di sini dan lama kelamaan terbentuklah kelas buruh. Jadi, terbentuknya kelas buruh Malaya sedikit berlainan dengan negara-negara Asia yang lain, iaitu bukan terbentuk dari kaum tani Melayu dalam masyarakat feudal, tetapi terbentuk dari kelompok buruh yang dibawa oleh Inggeris dari China dan India. Inilah sebabnya kenapa pergerakan buruh dan parti kelas buruh berkembang terlebih dahulu di kalangan orang Cina dan orang India.

Menentang Pencerobohan Asing Didahului Oleh Tani Melayu, Kemudian Diikuti Orang Cina yang Utamanya Buruh

Dalam sejarah negara ini, pada sebelum kelas buruh muncul, tani Melayu dan bangsawan patriotik pernah melancarkan perjuangan terus-menerus menentang pencerobohan dan penindasan penjajah Barat. Setelah kelas buruh muncul dan berkembang, kelas buruh yang berteraskan massa Cina dan India telah menjadi kekuatan pelopor menentang pencerobohan fasis Jepun dan penjajahan British.

Dasar Pecah dan Perintah Orang Inggeris

Cara-cara itu secara ekonominya orang Inggeris memperoleh buruh murahan; secara politiknya dengan memelihara sebahagian sistem feudal dan mengekalkan Sultan sebagai simbol pemerintahan, orang Inggeris boleh mengawal ketidakpuasan dan penentangan orang Melayu. Penjajah membiarkan buruh di dalam perusahaan dan membiarkan tani menetap di daerah desa itu adalah melaksanakan dasar pecah dan perintah. Menurut statistik rasmi, pada tahun 1931, buruh dalam estet dan lombong berjumlah 436,573 orang, antara lain buruh Melayu hanya 14.4%, iaitu 62,937 orang sahaja.

Perubahan Baru Kelas Buruh Selepas Merdeka

Selepas merdeka, struktur kelas buruh telah membentuk perubahan baru. Kumpulan berkuasa, konsor-tium dan syarikat multinasional mengusahakan pelbagai perusahaan mega untuk memperhebat penjarahan kekayaan negara, berikutan dengan perkembangan itu kelas buruh telah bertambah besar; bilangan buruh/pekerja Melayu juga bertambah dengan pesatnya selepas pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Menurut banci tahun 1980 yang dimuat dalam perut akhbar Barita Harian pada 18 Mei 1983, bilangan buruh Malaysia 1980 telah meningkat kepada 3.79 juta, antara lain Melayu 54%, Cina 35%, India 11%. Fakta ini telah menunjukkan bahawa melalui perjalanan sejarah seabad lebih ini amnya dan setelah merdeka khasnya, sebilangan besar tani Melayu telah bekerja di dalam perusahaan, menceburkan diri    ke dalam barisan kelas buruh. Perubahan ini mempunyai makna sangat mendalam kepada pembaharuan ma-syarakat negara kita.

Generasi Muda Menjadi Pelopor Pembaharuan

Setelah merdeka, seiring dengan perubahan masyarakat dan bertambah besarnya barisan kelas buruh, serta kemunculan barisan intelektual yang amat banyak, maka mulai dari dekad 1970-an, di dalam pergerakan pembaharuan masyarakat, intelektual dan generasi muda Melayu telah menjadi tulang belakang di dalam arus raksasa perjuangan. Memasuki zaman IT abad ke-21, seiring dengan perkembangan baru teknologi komunikasi, media portal semakin popular dari hari ke hari, generasi internet yang baru muncul kian hari kian memainkan peranan penting di dalam pergerakan pembaharuan masyarakat. Beberapa tahun kebelakangan ini, massa pelbagai kalangan Melayu, Cina, India dan lain-lain telah melancarkan perjuangan demi perjuangan menentang tindak tanduk rasuah, penyalahgunaan kuasa dan kronisme, ketidakadilan dan penipuan pilihan raya, pencemaran alam sekitar, diskrimisai kaum, dasar unitarianisme dan dasar perkauman; memperjuangkan demokrasi, kebebasan, hak asasi manusia dan hak kelangsungan hidup atau survival. Pergerakan dan perjuangan itu telah dengan hebat melanda golongan berkuasa yang rasuah dan melaksanakan dasar perkauman, dan di dalam pilihan raya umum telah menggoncangkan asas pemerintahan mereka selama lebih setengah abad, dan telah menimbulkan  situasi baru yang belum ada pada sebelumnya dalam pergerakan pembaharuan masyarakat.

Meninjau kembali masa silam, para pendahulu dengan rela menumpahkan darah dan menyumbangkan masa muda mereka demi kemerdekaan negara dan pembebasan nasional, mereka tidak mengecewakan harapan zamannya. Melayangkan pandangan ke masa hadapan, kita penuh yakin bahawa generasi baru pasti akan sanggup berdepan dengan megatrend arus globalisasi, pengintegrasian rantau dan gelombang pembaharuan besar masyarakat negara kita, akan dapat merejah suatu jalan yang sesuai dengan keadaan negara, dan membimbing rakyat semua bangsa maju menghala ke hari depan yang demokrasi, bebas, adil dan berbahagia.

dipetik dari Buletin Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 Malaysia, Bilangan 30, Disember 2013

KAWAN DONG YUN PEJUANG ANTI-JEPUN SEKALIGUS PEJUANG ANTI-BRITISH

Mat Amin pada Kini Dan Silam - 3 tahun yang lalu
Dong Yun (nama asalnya Chen Huang), ahli Gabungan Persatuan-Persatuan Perdamaian Thailand, telah meninggal dunia di kediamannya di Kampung Perdamaian Betong, Thailand pada petang 7 Jun 2014,berusia 85 tahun. Mendiang Dong Yun pernah menyertai Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya, merupakan beberapa survival pejuang anti- Jepun yang jarang didapati. Ia dilahirkan pada 1930 di suatu kampung daerah Huizhou, Wilayah Guangdong, China. Masa muda dia mengikut ibu bapa berpindah ke Malaya untuk mencari nafkah. Dalam masa Jepun menduduki Malaya, dia menerima pengaruh dari Tentera Anti-Jepun, me... lagi »

KAWAN DONG YUN PEJUANG ANTI-JEPUN SEKALIGUS PEJUANG ANTI-BRITISH
- ON 4:26 PTG
Dong Yun (nama asalnya Chen Huang), ahli Gabungan Persatuan-Persatuan Perdamaian Thailand, telah meninggal dunia di kediamannya di Kampung Perdamaian Betong, Thailand pada petang 7 Jun 2014,berusia 85 tahun.

Mendiang Dong Yun pernah menyertai Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya, merupakan beberapa survival pejuang anti- Jepun yang jarang didapati. Ia dilahirkan pada 1930 di suatu kampung daerah Huizhou, Wilayah Guangdong, China. Masa muda dia mengikut ibu bapa berpindah ke Malaya untuk mencari nafkah. Dalam masa Jepun menduduki Malaya, dia menerima pengaruh dari Tentera Anti-Jepun, menyokong perjuangan anti-Jepun. Di dalam desa dia membantu penyusun massa menghantar surat, dan seterusnya masuk Tentera Anti-Jepun dan melawan Jepun. 

Setelah Jepun menyerah kalah, Tentera Anti-Jepun didemobilisasikan, dia menyertai Persatuan Bekas Komrad Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya, dan ikut serta dalam gerakan kemerdekaan. Pertengahan 1948, pihak penjajah British mengumumkan Darurat untuk menindas perjuangan kemerdekaan rakyat Malaya. Dong Yun menyertai Tentera Pembebasan Nasional Malaya, terus memperjuangkan kemerdekaan Malaya. Pada 1949, dia dipindah ke pasukan pengawal Jawatankuasa Pusat PKM, bertugas sebagai pengawal. Berkat pertempuran bermandi darah Tentera Pembebasan Nasional Malaya dan perjuangan rakyat Malaya, penjajah British terpaksa mengakui Malaya merdeka pada 31 Ogos 1957. Setelah merdeka, kerajaan Persekutuan dikuasai UMNO yang dipupuk penjajah British mengikut telunjuk tuannya, meneruskan perang, menyerang Tentera Pembebasan Nasional. Dalam keadaan terpaksa, Tentera Pembebasan Nasional memindahkan pasukan ke kawasan sempadan Malaya-Thailand.

Setelah mengikut pasukan pengawal berpindah ke kawasan sempadan, Dong Yun dilantik menyandang jawatan Ketua Seksyen pada 1961, kemudian bertanggungjawab atas regu utusan perhubungan stesen radio Suara Demokrasi. Kemudian dia dipindah balik dalam pasukan pengawal bertugas sebagai Ketua Seksyen, lepas itu ia dinaikkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Pelatun, seterusnya Ketua Pelatun. 1986, beliau dinaikkan jawatan ke calon ahli Jawatankuasa kawasan.

Tahun 1982, Tentera Pembebasan Nasional Malaya ditukar nama kepada Tentera Rakyat Malaya. 1989, PKM yang memimpin Tentera Rakyat Malaya menandatangani Persetujuan Damai Hadyai bersama dengan kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand. Dong Yun tinggal menetap di Kampung Perdamaian Betong terus hingga akhir hayatnya.

Sumber: Buletin Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 Malaysia, Bilangan 32, 30 Jun 2014

UCAPAN KAWAN INDRADJAYA DALAM MAJLIS MEMPERINGATI 69 TAHUN PERANG ANTI-JEPUN

Mat Amin pada Kini Dan Silam - 3 tahun yang lalu
Kawan2 yang dikasihi dan para sahabat yang dihormati, Selamat malam! Harini, di dewan ini, kita dengan khidmatnya memperingati ulangtahun ke-69 kemenangan Perang Anti-Jepun. Tamatnya perang terhadap Jepun pada 15 Ogos tahun 1945, adalah juga pertanda tamatnya Perang Dunia Ke-2. Pada awal tahun-tahun 30-an abad yang lalu, kontradiksi di antara berbagai negara imperialis di seluruh dunia semakin tajam, bentrokan berlaku di berbagai tempat. Situasi antarabangsa bergolak hebat. Ancaman perang mengelubungi seluruh dunia. 5 orang bekas perajurit TAJRM menerima penghormatan sebagai pahlawa... lagi »


Tugu Negara: Daripada siapa kita merdeka?

zack harris pada Kini Dan Silam - 3 tahun yang lalu
Sejarah perjuangan kemerdekaan negara ini amat kusut dan serabut sebenarnya. Rakyat semakin hari semakin tidak menunjukkan semangat patriotisma walau sedikit kepada negara. Ia amat berbeza 15 tahun yang lampau, sewaktu saya masih dibangku sekolah rendah, pada bulan ini hampir semua kereta memasang bendera Malaysia termasuklah kereta bapa saya, memasang bendera pada kereta adalah sesuatu yang mengujakan apabila tiba hari merdeka. Tetapi hari ini, tiada siapa mengambil peduli hari yang sepatutnya disambut dengan perasaan patriotisma yang membara. Apakah yang menyebabkan hari kemerdeka... lagi »



MENGORBANKAN JAWATAN DEMI PERJUANGAN

Mat Amin pada Kini Dan Silam - 3 tahun yang lalu
Abdullah C.D. Pada tahun 1948 (sebelum perisytiharan darurat), PKMM mengadakan Kongres Kebangsaan Ke-3 di Singapura. Tanpa diduga dalam kongres itu telah timbul keretakan besar dalam pucuk pimpinan. Di luar jangkaan kami, timbul golongan Ishak Haji Mohamad yang terdiri daripada Ishak sendiri, Ahmad Boestamam dan Taha Kalu (Ketua PKMM Cawangan Singapura, bekas pesara OCPD). Golongan ini tidak suka melihat gabungan tenaga nasionalis dan komunis di dalam pucuk pimpinan PKMM. Oleh itu, dalam kongres kali ini mereka cuba menjatuhkan Dr. Burhanuddin dan menggantikannya dengan Ishak Haji M... lagi »



PERGINYA SEORANG KAWAN ASA

Mat Amin pada Kini Dan Silam - 3 tahun yang lalu
Kawan Jali @ Marak Satu-satunya kawan Orang Asli di Kampung Perdamaian Sukhirin, Kawan Marak @ Jali, berumur 40 tahun, telah meninggal dunia di Hospital Sungai Golok pada pukul 6.30 pagi hari ini (13/9/2014). Almarhum akhir-akhir ini bertubi-tubi diserang sakit jantung dan darah tinggi yang parah dan selalu keluar masuk hospital. Almarhum menyertai pasukan Penggempur Ke-15 Rejimen Ke-10 pada tahun 1987 bersama-sama kakaknya yang bernama Mekpah dan adiknya yang bernama Mail. Al-Fatihah. KINI DAN SILAM url: http://matamin02.blogspot.com emai: matamin48@live.com



UCAPAN KAWAN INDRADJAYA DI MAJLIS MEMPERINGATI ULANGTAHUN PERTAMA PEMERGIAN KAWAN CHEN PING

Mat Amin pada Kini Dan Silam - 3 tahun yang lalu
Kawan-kawan dan sahabat-sahabat yang dihormati, Harini, kita memperingati ulangtahun pertama wafatnya mendiang Kawan Chen Ping, Setiausaha Agong PKM dan pemimpin kita yang tercinta. Kawan Chen Ping adalah seorang yang rendah hati dan berhati-hati, memandang kawan dan sahabat sekeliling secara sama rata, hidup sederhana, memandang berat penyiasatan dan pengkajian, memandang berat orang bawahan dan suka membaca. Inilah Chen Ping yang saya kenal. Sudah tentu, Chen Ping adalah manusia biasa, bukannya nabi atau dewa. Chen Ping dilahirkan di Sitiawan, Perak pada 19 Oktober tahun 1924. ... lagi »



MENGENANGI PEMIMPIN YANG KITA CINTAI MENDIANG CHIN PENG

Mat Amin pada Kini Dan Silam - 3 tahun yang lalu
*Mengenangi Pemimpin Yang Kita Cintai, Mendiang Chin Peng* Kawan Afandi sedang menyampaikan ucapan *(Teks ucapan Kawan Afandi di Majlis Memperingati Ulangtahun Pertama Pemergian Kawan Chin Peng yang diadakan di Ipoh, Perak pada 16 September 2014)* Pengerusi, para tetamu yang terormat, kawan-Kawan Karib dan komrad-komrad. Pada hari ulang tahun pertama pemergian Chin Peng, pemimpin yang kita cintai, majlis peringatan diadakan di sini untuk mengennangi riwayat revolusionernya dan baktinya kepada usaha revolusi rakyat. Semua hadirin datang dengan membawa satu hasrat yang sama, dengan in... lagi »


INDRA DJAJA: KENANGAN 25 TAHUN SILAM

Mat Amin pada Kini Dan Silam - 3 tahun yang lalu
3 November tahun 1989, Kawan Chin Peng terbang ke Pulau Phuket untuk menyertai pusingan terakhir perundingan damai 3 pihak Kerajaan Malaysia - Kerajaan DiRaja Thailand - Parti Komunis Malaya. Gambar yang diambil oleh jurukamera Cawangan Khas Polis Malaysia di kantin Hotel Thavorn Palm Beach pada hari tersebut ini adalah perjumpaan pertama saya dengan Kawan Chin Peng setelah saya menyertai perjuangan bersenjata pada awal tahun 1982. KINI DAN SILAM url: http://matamin02.blogspot.com emai: matamin48@live.com



MENGENANGI KAWAN ALUN PERAJURIT CINA DI REJIMEN KE-10

Mat Amin pada Kini Dan Silam - 3 tahun yang lalu
Kawan Alun Kami baru mendapat khabar bahawa Kawan Alun telah meninggal dunia. Dengan ini, kami bekas perajurit Rejimen Ke-10 yang menetap di Selatan Thailand menyatakan rasa sedih atas pemergian Kawan Alun dan menyampaikan takziah kepada isteri beliau Kawan Desa @ Fajar, kaum keluarga dan rakan seperjuangan beliau yang pulang ke Malaysia. Kawan Desa @ Fajar Kawan Alun pernah bertugas di Kompeni Ke-23 di bawah pimpinan Rashid Maidin dan di Kompeni Ke-21 di bawah pimpinan Abdullah C.D. Di sepanjang perjuangan yang pahit maung ini, Kawan Alun telah memperlihatkan semangat juang yang... lagi »



SAJAK: SEJARAH KERAMAT

Mat Amin pada Kini Dan Silam - 3 tahun yang lalu
(Sempena Merayakan 25 Tahun Persetujuan Damai Hadyai) oleh Susila Pasir Puteh, Kelantan 10 November 2014 Dua bulan dua belas tahun lapan puluh sembilan tercipta sejarah keramat termaterai satu persetujuan berakhirlah satu perjuangan yang berlarutan puluhan tahun penuh liku dan ranjau. Melawan Jepun menentang British menyanggah kezaliman dan ketidak adilan inilah disebut perjuangan agung. Perjuangan ini Bukan perjuangan biasa Bukan perjuangan main-main kerana ia perjuan... lagi »




PILIHAN GAMBAR MAJLIS MEMPERINGATI 25 TAHUN PERSETUJUAN DAMAI

Mat Amin pada Kini Dan Silam - 3 tahun yang lalu
Majlis Memperingati 25 Tahun Persetujuan Damai Hadyai telah dilangsungkan pada 2 Disember 2014 di Hotel Lee Gaedens Plaza, Hadyai, Selatan Thailand. Berikut adalah gambar suasana majlis tersebut. KINI DAN SILAM url: http://matamin02.blogspot.com emai: matamin48@live.com



TINJAUN SEMULA TENTANG PERSETUJUAN DAMAI HADYAI

Mat Amin pada Kini Dan Silam - 3 tahun yang lalu
*Tinjauan Semula Tentang Persetujuan Damai Hadyai* *—— Memperingati Ulang Tahun Ke-25 Penandatanganan Perjanjian * *** Afandi *** Hari ulang tahun ke-25 penandatangan Persetujuan Damai Hadyai jatuh pada 2 Disember 2014. Perjanjian damai tiga pihak ini ditandatangani pada 2 Disember 1989 di Hotel Lee Garden Hadyai, Thailand. Upacaranya penuh istiadat dan kemegahan luar biasa, diperhatikan pelbagai pihak dan media sedunia. Persetujuan ini mendatangkan perdamaian dan keamanan kepada negara kita dan selatan Thailand, mengakhiri perang yang telah berlanjutan selama 41 tahun. Perang ini ... lagi »




TEKS UCAPAN KAWAN ABDULLAH C.D. SEMPENA MAJLIS MEMPERINGATI 25 TAHUN PERSETUJUAN DAMAI

Mat Amin pada Kini Dan Silam - 3 tahun yang lalu
*(Teks ucapan ini dibaca oleh Kawan Indra Djaja Abdullah sempena majlis memperingati ulangtahun ke-25 penandatanganan persetujuan damai Hadyai yang diadakan di Lee Gardens Plaza, Hadyai pada 2 Disember 2014)* Kawan Abdullah C.D. sedang menurunkan tandatangan pada majlis tersebut Salammualaikum warahmatullahi wabarahkatuh Para tetamu yang dihormati, Sahabat-sahabat yang dihormati, Kawan-kawan yang dikasihi, Salam sejahtera. Kawan Indra Djaja sedang membacakan teks ucapan Kawan Abdullah C.D. Pada 2 Disember 25 tahun yang lampau, wakil-wakil ketiga-tiga pihak Parti Komunis Malaya, ... lagi »




UCAPAN WAKIL RAKAN SEPERJUANGAN DARI SARAWAK DAN SABAH

Mat Amin pada Kini Dan Silam - 3 tahun yang lalu
*(Terjemahan ucapan Kawan. Yu Chin Lik wakil rakan seperjuangan dari Negeri Sarawak dan Sabah Malaysia Timur dalam majlis memperingati ulang tahun ke-25 penantanganan persetujuan damai Hadyai)* Kawan Yu Chin Lik sedang menyampaikan ucapanGen. Suriat, Gen. Chamlong dan Mej. Gen. Manni dari Negeri Thai, Encik Zhang Jin Xiong(张晋雄) Konsol Besar Negeri China Untuk Songkla, Thai, Pengerusi Kehormat Kekal Persatuan Perdamaian Thai Encik Abdullah C.D. dan Bekas Pemimpin-Pemimpin Parti Komunis Malaya, Pengerusi Persatuan Perdagangan Hadyai Encik Fong Zhi Xiong, Wakil Persatuan Persahabatan ... lagi »




25 TAHUN BERLALU JANJIPERDAMAIAN KEPADA BEKAS KOMUNIS MASIH TIDAK TERTUNAI - THE MALAYSIAN INSIDER

Mat Amin pada Kini Dan Silam - 3 tahun yang lalu
*25 tahun berlalu, janji perdamaian kepada bekas komunis masih tidak tertunai * Oleh Hasnoor Hussain dan Looi Sue-Chern Published: 2 December 2014 dipetik dari http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/25-tahun-berlalu-janji-perdamaian-bekas-komunis-masih-tidak-tertunai#sthash.twxIx1Uw.dpuf Bekas pemimpin Parti Komunis Malaya Abdullah Che Dat menonton televisyen di rumahnya di Ban Chulabhorn Pattana 12 di Sukhirin, Narathiwat, Thailand. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 2 Disember, 2014.Perjanjian damai ditandatangani dan pemberontakan pun sudah lama bera... lagi »



TEKS UCAPAN SAUDRA AZIZ SURIANI SEMPENA MEMPERINGATI 25 TAHUN PERJANJIAN DAMAI HADYAI

Mat Amin pada Kini Dan Silam - 3 tahun yang lalu
*UCAPAN MEMPERINGATI PERJANJIAN DAMAI HADYAI KE – 25* Tarikh : 29 Nov.2014 aziz suriani Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Persatuan Persahabatan Abad 21 kerana telah memberi peluang kepada saya – seorang dari luar untuk berkongsi kisah suka – duka bersama seluruh anggota persatuan ini yang telah diharung dalam tempoh yang begitu panjang. Saya tidak menyertai mana-mana parti politik untuk mencari pengaruh atau kuasa. Jika saya terlibat dalam politik sama ada secara langsung atau tidak langsung maka itu adalah kerana soal kemanusiaan. Saudara-saudara... lagi »



Suriani Abdullah — Serikandi Terulung

zack harris pada Kini Dan Silam - 3 tahun yang lalu
Eng Min Ching alias Suriani Abdullah, seorang perintis revolusi wanita negara kita yang meraih gelaran mulia *Serikandi Anti-Jepun*. Jauh pada dekad 1920-an lagi, gadis yang dihargai bagaikan mutiara bersinar dalam satu keluarga agak kaya di Setiawan, Perak, telah menyertai gerakan antiJepun dan menerima cita-cita revolusioner semasa bersekolah. Rakan sekampung, teman sekolah dan kawan seperjuangan Ong Boon Hua (Chin Peng), Eng Min Ching selepas kelulusan sekolah, segera menceburkan diri ke dalam pergerakan revolusioner. Ia bertindak bagaikan helang mengembangkan sayap berterbang me... lagi »


DEMONSTRASI MAY DAY TERBESAR DALAM SEJARAH

Mat Amin pada Kini Dan Silam - 3 tahun yang lalu
Pada 1 Mei 1947, demonstrasi Hari Buruh “May Day” terbesar dalam sejarah Malaya dan Singapura sebelum Merdeka telah diadakan di bandar Singapura. Demonstrasi yang dianjurkan oleh kesatuan buruh terbesar di Malaya, PMFTU (Pan-Malayan Federation of Trade Unions) dan SFTU (Singapore Federation of Trade Unions) itu telah dihadiri oleh 50,000 orang pekerja yang telah berhimpun di Farrer Park, diikuti dengan perarakan sejauh 3 km di tengah bandar Singapura. Akhbar The Straits Times bertarikh 2 Mei 1947 telah melaporkan, “While police riots squads stood by with tear gas and radio patrol ... lagi »




UCAPAN PENGERUSI GABUNGAN PERSATUAN PERDAMAIAN THAILAND SEMPENA MEMPERINGATI 70 TAHUN PERANG PASIFIK

Mat Amin pada Kini Dan Silam - 3 tahun yang lalu
Pengerusi Gabungan Persatuan Perdamaian Thailand, Kawan Indra Djaja Abdullah Salammualaikum warahmatulah wabarakatuh Wakil Ketumbukan Ke-4 Tentera Thai yang dihormati, Wakil Konsul Besar Republik Rakyat China Untuk Songkhla yang dihormati, Para pemimpin dan penanggungjawab pertubuhan-pertubuhan perantau Cina yang dihormati, Para tetamu dan sahabat yang dihormati, Hari ini ialah Hari Peringatan Ulta Ke-70 Kemenangan Perang Pasifik dan sekaligus adalah juga Hari Peringatan Ulta Ke-70 Tamatnya Perang Dunia Ke-2. Pada saat yang khikmat dan meriah ini, kita menyatakan takziah yang sed... lagi »




PILIHAN GAMBAR MEMPERINGATI 70 TAHUN PERANG PASIFIK

Mat Amin pada Kini Dan Silam - 3 tahun yang lalu
Majlis Memperingati 70 Tahun Perang Pasifik yang diadakan di Lee Gardens Plaza, Hadyai pada 15 Ogos 2015 KINI DAN SILAM url: http://matamin02.blogspot.com emai: matamin48@live.com



UCAPAN MEJ. JEN VIRAJ DI MAJLIS MEMPERINGATI 70 TAHUN PERANG PASIFIK

Mat Amin pada Kini Dan Silam - 3 tahun yang lalu
Mej. Jen. Viraj sedang menyampaikan ucapan 70 tahun yang lalu, Amerika Syarikat menggugurkan 2 biji bom atom di Jepun. Jepun akhirnya terpaksa menyerah diri tanpa syarat pada 15 Ogos tahun 1945. Dan Perang Anti Fasis Sedunia tamat dengan menang. Pada 8 Disember 74 tahun yang lalu, Jepun telah melancarkan Perang Pasifik. Jepun telah mengerahkan tenteranya menduduki Thailand. Free Thai, satu pertubuhan progresif di Thailand, telah membentuk dan memimpin Pasukan Sukarelawan Anti Jepun Thailand berjuang melawan tentera penceroboh Jepun. Pasukan Sukarelawan Anti Jepun adalah satu pertubu... lagi »



UCAPAN PENGERUSI MAJLIS MEMPERINGATI ULANGTAHUN KE DUA PEMERGIAN CHIN PENG

Mat Amin pada Kini Dan Silam - 3 tahun yang lalu
Kawan Indra sedang memberikan ucapanSalammualaikum warahmatulahi wabarahkatuh, Selamat petang, Yang dihormati Bapak Abdullah C.D., Pengerusi Parti Komunis Malaya, Yang dihormati wakil dari Pejabat Daerah Sukhirin, Yang dihormati para anggota Jawatankuasa Kerja Gabungan Persatuan Perdamaian Thailand dan para penasihat, Yang dihormati rombongan dari Persatuan Abad Ke-21 Malaysia, Yang dihormati rombongan dari Persatuan Sahabat Karib Malaysia, Yang dihormati para tetamu sekalian, Yang dihormati rombongan-rombongan dari Kampung-Kampung Perdamaian Banlang, Betong dan Kabang, Kawan-kawan dan... lagi »




PROFAIL RINGKAS CHIN PENG

Mat Amin pada Kini Dan Silam - 3 tahun yang lalu
Chin Peng Chin Peng, nama sebenarnya Ong Boon Hua dilahirkan pada 19 Oktober 1924 di Sitiawan, Perak, Malaya (kini Malaysia). Beliau belajar sehingga tingkatan 4 sekolah menengah Tionghua, kemudian beralih ke sekolah Inggeris. Beliau aktif dalam Gerakan Membantu Tiongkok Melawan Pencerobohan Jepun yang bermula sejak tahun 1937. Januari 1940 menjadi calon anggota PKM, Julai disahkan menjadi anggota penuh. Disember 1941, memimpin pasukan gerila anti-Jepun di Perak dan menjadi pegawai penghubung PKM dengan Spencer Chapman, wakil pihak Inggeris. Julai 1943, dilantik menjadi Seti... lagi »




MAKNA SEJARAH DAN MASA DEPAN DI SEBALIK SEKEPING GAMBAR

Mat Amin pada Kini Dan Silam - 3 tahun yang lalu
Gambar ini tidak asing lagi bagi kebanyakan orang dalam masyarakat kita terutama kepada mereka yang mempelajari sejarah tanah air kita. Namun tanggapan setiap orang boleh jadi berbeza antara satu sama lain. Satu sosok tubuh tergantung kaki ke atas kepala ke bawah dikatakan jenazah Tok Janggut, pejuang anti British, putera terpuji dari Kelantan. Satu sosok lagi ialah seorang askar atau perwira yang berperang menentang angkatan Tok Janggut. Di antara mereka terdapat perbezaan pokok yang bersifat berlawanan sama sekali iaitu yang satu menentang penjajah walau terpaksa menumpahkan da... lagi »




HORMAT KEPADA PEJUANG VETERAN ANTI JEPUN

Mat Amin pada Kini Dan Silam - 3 tahun yang lalu
Bergambar bersama pejuang anti Jepun Majlis Perayaan Hari Ulang Tahun Ke-70 Kemenangan Perang Anti-Jepun diadakan di Lee Gardens Plaza Hotel Hadyai Thailand. Keadaan dan suasananya sangat meriah dan mesra, kira-kira 700 tetamu dan rakan seperjuangan berkumpul di satu dewan, dan lima orang veteran pejuang anti-Jepun dari bekas perajurit Tentera Anti- Jepun Rakyat Malaya dipelawa hadir, mereka dialu-alukan dan menjadi fokus hadirin. Ketika mereka yang mengenakan pita merah bertulisan VETERAN PEJUANG ANTI JEPUN itu melangkah masuk ke dalam dewan, segenap hadirin berdiri dan memberika... lagi »



GERAKAN ORANG MELAYU MENENTANG JEPUN

Mat Amin pada Kini Dan Silam - 3 tahun yang lalu
-Memperingati Ulang Tahun Ke-70 Kemenangan Perang Anti-Jepun- Oleh: Afandi Ketika pelbagai negara sedunia bersiap meraikan Hari Ulang Tahun Ke-70 Kemenangan Perang Anti-Jepun, mengapakah pihak berkuasa dan media perdana berbahasa Melayu sunyi senyap sahaja? Ini ada sebab sejarahnya, semasa Malaya di bawah pemerintahan penjajah British, Jepun menceroboh pada 8 Disember 1941, 100 ribu tentera British kalah kepada 50 ribu tentera Jepun. Tentera British berundur terus-menerus ke selatan, hanya 60 hari sahaja telah berundur di pulau Singapura. Pada 15 Februari 1942, Jeneral Pemerintah t... lagi »




ALFATIHAH BUAT KAWAN SUKUR

Mat Amin pada Kini Dan Silam - 3 tahun yang lalu
Sukor @ Awang IsmailHari ini seluruh Kampung Perdamaian Sukhirin atau Ban Chulabhorn Patana 12 berduka atas Pemergian Mantan Ketua Kampung yang pertama, Saudara Sukor. Nama sebenar beliau ialah Awang Ismail, menghadap Illahi pada pukul 2.45am (waktu Thailand) dalam usia 87 tahun kerana sakit tua. Jenazah beliau akan disemadikan di tanah perkuburan Kampung Perdamaian Sukhirin. Kawan Sukur adalah antara ribuan anak terpuji Sungai Pahang yang memilih jalan berjuang menghalau penjajah Inggeris secara bersenjata. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham. Menyusul berita se... lagi »




KAWAN SUKOR PUTERA TERPUJI SUNGAI PAHANG

Mat Amin pada Kini Dan Silam - 3 tahun yang lalu
Sukor @ Awang Ismail KAWAN SUKOR PUTERA TERPUJI SUNGAI PAHANG Kawan Sukor (nama sebenarnya Awang bin Ismail) adalah antara putera terpuji Sungai Pahang yang tidak rela melihat tanahairnya diperkosa dengan sesuka hati oleh kaum penjajah. Perlawanan pejuang2 Pahang dibawah pimpinan Datok Bahaman telah memberikan kesedaran yang amat tinggi dalam sanubarinya. Selepas kekalahan Jepun, perjuangan menuntut kemerdekaan yang dilancarkan oleh PKMM, API, AWAS, BATAS dan lain-lain mendapat sambutan hangat di kalangan kaum tani Melayu di seluruh Tanah Melayu termasuk Pahang. Serasi dengan seman... lagi »






PILIHAN GAMBAR SEKITAR PENGEBUMIAN ALLAHYARHAM SUKOR

Mat Amin pada Kini Dan Silam - 3 tahun yang lalu
KINI DAN SILAM url: http://matamin02.blogspot.com emai: matamin48@live.com



IBU ZALEHA KETUA AWAS LUBUK KAWAH

Mat Amin pada Kini Dan Silam - 3 tahun yang lalu
IBU ZALEHA KETUA AWAS LUBUK KAWAH Zaleha Mat RoniIbu Zaleha Mat Roni adalah serikandi terpuji puteri Sungai Pahang yang rela bergalang tanah demi kemerdekaan tanah air. Dengan mendapat pengaruh patriotisme dari datuknya yang menjadi angkatan perang Datok Bahaman, Ibu Zaleha membenci penjajah British sejak kecil lagi. Begitu gerakan kemerdekaan berkobar di Temerloh selepas kekalahan Jepun, beliau lantas menyertai AWAS (Angkatan Wanita Sedar) - pertubuhan wanita Melayu yang pertama memperjuangkan kemerdekaan tanah air. Beliau telah diberi kepercayaan memimpin AWAS Cawangan Lubuk Kaw... lagi »





ALFATIHAH UNTUK KAWAN DAUD

Mat Amin pada Kini Dan Silam - 3 tahun yang lalu
Kawan Daud Baru mendapat khabar bahawa Kawan Daud telah meninggal dunia pada pagi ini di pangkuan keluarganya di Kampung Lokchut, daerah Weng Narathiwat. Jenazah beliau juga akan dikebumikan di sana. Beliau yang telah beberapa tahun mendapat sakit lumpuh tidak boleh bergerak sendiri menetap di rumahnya di Kampung Chulabhorn Patana 12. Akan tetapi, mendapati sakitnya menjadi parah, pada hari semalam, pihak keluarga membawa beliau pulang ke kampungnya di Weang. Rupanya itulah perpisahan terakhir beliau dengan kampung perdamaian ini. Alfatehah untuk Kawan Daud, semoga Allah meletakka... lagi »



ALFATIHAH UNTUK KAWAN TAUFAN

Mat Amin pada Kini Dan Silam - 3 tahun yang lalu
Taufan@Aminah binti Hj. Hassan Pagi ini 13 November 2015, Kampung Perdamaian Sukhirin mendapat berita Kawan Taufan telah meninggal dunia di Raub Pahang pada pukul 1.30am. Kawan Taufan atau nama sebenarnya Aminah binti Haji Hassan menyertai perjuangan bersenjata pada tahun 1961, dalam kumpulan terawal warga Selatan Thai menyertai Rejimen Ke-10. Dalam memoirnya bahagian ketiga PERJUANGAN DI SEMPADAN DAN PENAMATAN TERHORMAT, Kawan Abdullah C.D. menulis: Aminah – Beliau seorang anasir cergas wanita dari Kampung A dalam satu organisasi massa di bawah pimpinan Sukor dan Rosmah. Kerana pe... lagi 




MENGENANGI ARWAH KAWAN TAUFAN, KAWAN SUKOR DAN KAWAN DAUD

Mat Amin pada Kini Dan Silam - 3 tahun yang lalu
oleh Srikandi Kawan Sukor, Kawan Taufan dan Kawan Daud adalah pejuang nasional sejati. Mereka berasal dari kelas tani pertengahan, tapi kerana semangat nasionalisme yang membara dijiwa dan gerakan menuntut kemerdekaan sedang berkobar-kobar ketika itu, mereka dengan rela hati meninggalkan semua kesenangan terjun ke kancah perjuangan kemerdekaan tanah air Malaya yang tercinta ini. Semoga jasa mereka yg tak ternilaikan ini akan abadi dalam lipatan sejarah kemerdekaan negara kita. Semoga kisah dan teladan unggul yang ditinggalkan mereka akan menjadi pengajaran dan iktibar yang ... lagi »



ABADILAH KAWAN YI MIN BERSAMA SEJARAH PERJUANGAN BANGSA UNTUK KEMERDEKAAN

Mat Amin pada Kini Dan Silam - 3 tahun yang lalu
*Wong Soon Fong @ Yi Min * Kawan Yi Min, seorang kader PKM, bekas anggota Parlimen Singapura dan juga Pengurus Umum Gabungan Persatuan Perdamaian Thailand (GPPT) dan Ketua Persatuan Perdamaian Banlang telah pergi untuk selamanya pada 1 Disember 2015 di Kampung Perdamaian Banlang dalam usia 81 tahun. Berikut adalah pengumuman dari Gabungan Persatuan Perdamaian Thailand. *LAGI SEORANG ANGGOTA PEMBINA NEGARA MENINGGALKAN KITA* Terjemahan oleh Indra dari 泰和联 Pada 1 Disember tahun 2015 pukul 3.00 petang, Pejuang Kemerdekaan Singapura, bekas anggota Parti Komunis Malaya (PKM), 



PETUGAS RADIO PKM MENINGGAL DUNIA

Mat Amin pada Kini Dan Silam - 3 tahun yang lalu
Chang Yuan @ Luo Chien Chang Yuan @ Luo Chien, bekas petugas Bahagian Bahasa Melayu stesyen radio Suara Revolusi Malaya (SRM) dan Suara Demokrasi Malaya (SDM) meninggal dunia. Anggota Gabungan Persatuan Perdamaian Thailand (GPPT), bekas anggota Parti Komunis Malaya (PKM), dan juga bekas petugas stesyen radio SRM dan SDM, Chang Yuan @ Luo Chien (75 tahun), meninggal dunia pada pukul 12.35 tengahari 18 Januari tahun 2016 di sebuah hospital di Bangkok, Thailand kerana sakit kanser limpa. Chang Yuan @ Luo Chien nama aslinya Chang Kuo Phing dilahirkan di Sungai Siput, Perak, Malaya... lagi »



ALFATIHAH BUAT KAWAN BUSU BEKAS PERAJURIT REJIMEN KE-10

Mat Amin pada Kini Dan Silam - 2 tahun yang lalu
Awang Ngah bin Harun @ Busu Kawan Busu atau nama sebenarnya Awang Ngah bin Harun telah meninggal dunia dalam usia 93 tahun kerana sakit tua di Kampung Perdamaian Sukhirin atau Kampung Chulabhorn Patana 12, Sukhirin, Narathiwat pada 1 April 2016, pukul 3.10 pm waktu tempatan. Jenazahnya selamat disemadikan di tanah perkuburan kampung perdamaian. Allahyarham Awang Ngah bin Harun dilahirkan di Kampung Pasir Sena, Daerah Temangan, Kelantan pada tahun 1923. Kerana keadaan keluarga dan kewangan masa itu, beliau tidak sempat bersekolah. Selepas kekalahan Jepun, beliau menetap dan berumaht... lagi »



HILANGNYA SEBUTIR BINTANG DI ANGKASA NUSANTARA

Mat Amin pada Kini Dan Silam - 2 tahun yang lalu
oleh Datok Abdul Rahman Embong (dipetik dari http://www.malaysiakini.com/news/338005) Berita pemergian secara mengejut Allahyarham Said Zahari - seorang patriot ulung, pejuang kebebasan dan ikon kewartawanan di Malaysia dan Singapura bahkan di rantau Nusantara - telah tersebar luas di dalam dan luar negara. Walaupun tersentak dengan berita sedih ini, ahli-ahli keluarga, kawan-kawan seperjuangan dan para peminat Pak Said sudah mula menerima hakikat bahawa beliau sudah tidak ada lagi dalam kalangan kita semua. Pak Said telah meninggal dunia semasa tidur di rumah kediaman anaknya Rismaw... lagi »



68 TAHUN UNDANG2 DARURAT PENJAJAH INGGERIS

Mat Amin pada Kini Dan Silam - 2 tahun yang lalu
68 tahun yang silam, tepatnya pada bulan Jun 1948, penjajah Inggeris telah mengisytiharkan apa yang dinamakan Undang2 Darurat di seluruh Malaya. Agensi Berita BBC menyebutnya sebagai PERANG YANG TIDAK DIISYTIHARKAN. Undang2 Darurat sebenarnya bertujuan menekan gerakan kemerdekaan yang sedang marak berkobar baik di kota dan desa. Dalam rangka undang2 zalim ini semua pertubuhan yang memperjuangkan kemerdekaan diharamkan, para aktivisnya ditangkap dan dihumban ke dalam penjara. Ketika itu hanya UMNO satu2nya parti yang tidak diharamkan. askar upahan Inggeris melakukan penggeledahan B... lagi »




UCAPAN SELAMAT HARI RAYA OLEH DR. BURHANUDDIN

Mat Amin pada Kini Dan Silam - 2 tahun yang lalu
*SELAMAT HARI RAYA PUASA**Oleh: Dr. Burhanuddin* Dalam kuasa2 atau kerajaan2 besar diseluroh dunia sekarang memperjuangkan dengan hebatnya ideology masing2 selaku peperangan dingin. Dan disekitar tanah ayer kita dikelubongi dengan mendung dzarurat. Keadaan bangsa dan tanah ayer kita dalam dzarurat dan chemas. Pertarungan faham politik kebangsaan kita diantara kiri dan kanan. Pertelingkahan dan keributan timbul pula dalam golongan kanan sendiri disebabkan anasir2 mempertopengkan kebangsaan untuk merebut kepentingan diri dan keroni, orang2 yang ta’mempunyai principle atau pendirian ... lagi 





KAWAN SUTI – PAHLAWAN ANTI PENJAJAH YANG GAGAH BERANI

Mat Amin pada Kini Dan Silam - 2 tahun yang lalu
Kawan Suti Pada tanggal 29 Julai 2016, Kawan Suti sorang tokoh penentang penjajah yang gagah berani telah menutup usia kira2 pukul 10:pm waktu Malaysia di kediamannya di Kampung Sungai Buluh, Mentakab, Pahang dalam usia 84 tahun. Kesedaran nasional Kawan Suti mula berkobar apabila ia mengikuti aktiviti2 API dan kemudian PETA di kawasan Mentakab dan Temerloh. Semboyan2 yang digunakan API ketika itu sangat membangkitkan semangat rakyat. Antaranya ialah Merdeka Dengan Darah! Di dalam perarakan besar-besaran yang diadakan di Temerloh sekitar tahun 1946 – 1948 sudah pasti dipelopori o... lagi »




SAJAK: ENGKAU YANG KAMI PANGGIL AYAH

Mat Amin pada Kini Dan Silam - 2 tahun yang lalu
Engkau yang kami panggil ayah... Engkau yang aku panggil ayah Telah berangkat Kesempadan akhrat.. Membawa seribu cerita Pejuangan menentang penjajahan Di tubuh mu tebenam serepahan bom Peluru menembusi peha dan perut mu Memastikan melaya merdeka., Nama engkau si geruni Segerun nama bahaman , mat kilau Tok jangut , Berangkatlah dengan aman Di sisi tuhan mu Engkau yang kami panggil ayah Yang tidak pernah di pandang Sebagai perjuang Yang di cop sebagai pengkhinat Oleh pewaris Penjajah bangsat Selamat berangkat ayah Pak suti Semoga allah merestui Perjuangan mu Oleh... lagi »


ABDULLAH C.D. - TOKOH CEMERLANG DALAM SAYAP KIRI MELAYU

Mat Amin pada Kini Dan Silam - 2 tahun yang lalu
*Abdullah C. D. - * *Tokoh Cemerlang* * Dalam Sayap Kiri Melayu* *-Oleh **Afandi**-* Abdullah C.D.Pengerusi Parti Komunis Malaya (PKM), Abdullah C.D. dilahirkan pada 2 Oktober 1923 di Lambor Kiri, Parit. Perak, tempat bermulanya Perang Perak 1875. Beliau menerima pengaruh dari pahlawan anti-penjajah seperti Datuk Maharajarela dan Datuk Sagor. Semasa belajar di Clifford School Kuala Kangsar, beliau berhubungan erat dan menimba sejarah dari pejuang revolusi Indonesia yang juga ahli Kesatuan Melayu Muda (KMM). Dengan itu keinsafan anti penjajahan dan semangat kemerdekaan bertunas ... lagi »



MERAIKAN HARI JADI KE-93 TAHUN BAPA ABDULLAH C.D.

Mat Amin pada Kini Dan Silam - 2 tahun yang lalu
Kampung Perdamaian Sukhirin, 1 Oktober 2016 – Suatu majlis sederhana yang meriah telah diadakan di sini untuk meraikan hari jadi ke-93 tahun Bapa Abdullah C.D. Rakan seperjuangan dari berbagai tempat Thailand yang tergabung dalam Gabungan Persatuan Perdamaian Thailand telah menghantar wakil masing-masing2. Rakan seperjuangan dari luar negeri juga telah hadir dengan 4 buah bas. Mereka terdiri dari Persatuan Persahabatan Abad Ke-2 Malaysia, Kelab Persahabatan Wilayah Selatan Sarawak, Pusat Pengajian Malaysia – Singapura- Hongkong, Persatuan Sahabat2 Lama Perak. Yang paling istimewa l... lagi »


UCAPAN PENGERUSI DALAM MAJLIS MERAIKAN 93 TAHUN BAPA ABDULLAH C.D.

Mat Amin pada Kini Dan Silam - 2 tahun yang lalu
Bapak Abdullah C.D., Pengerusi Parti Komunis Malaya dan bekas Komisar Politik Rejimen Ke-10 yang dihormati, Rakan-rakan lama dan sahabat-sahabat dari Hong Kong, Singapura, Malaysia (termasuk Sabah-Sarawak) yang dihormati, Kawan-kawan dari berbagai unit Persatuan Perdamaian dan kampung perdamaian yang dihormati, Rakan-rakan lama dan sahabat-sahabat sekalian yang dihormati, Salam sejahtera! Harini, kita beramai-ramai mengadakan majlis untuk merayakan ulangtahun ke 93 hari jadi Bapak Abdullah C.D.. Pertama-tama, izinkanlah saya, atas nama beliau, menyatakan ribuan terimakasih. Par... lagi »


UCAPAN PENGERUSI SEMPENA MEMPERINGATI ULTA KE-2 GPPT

Mat Amin pada Kini Dan Silam - 2 tahun yang lalu
*Para tetamu yang dihormati,* *Kawan-kawan, rakan-rakan lama dan para sahabat yang dihormati,* *Selamat malam!* *Harini kita mengadakan perhimpunan memperingati ulta ke-2 Gabungan Persatuan Perdamaian Thailand (GPPT). 2 tahun amat singkat, masih terlalu muda.* *Kami amat berterimakasih atas sokongan dan dukungan penuh yang diberikan oleh seluruh anggota GPPT kepada kami. Kami juga amat berterimakasih atas sokongan dan dukungan yang diberikan oleh berbagai persatuan ataupun kesatuan sesaudara dan tokoh-tokoh bersahabat kepada kami. * *Exco penggal pertama telah melakukan pekerjaan s... lagi »



KAMARULZAMAN TEH - SUMBANGKAN SEUMUR HIDUP DEMI RAKYAT

Mat Amin pada Kini Dan Silam - 2 tahun yang lalu
*- kenangan ini ditulis oleh Peng Ting Chou,rakan seperjuangan Kamarulzaman yangsama-sama meringkuk dalam penjara -* “Peng, tengok dagu saya, lebat ditumbuhi janggut!” Kamarulzaman melemparkan senyuman yang penuh erti. “Biasa saja, orang lelaki tentu tumbuh janggut!” ujar saya. “Masa kena tangkap, dagu ini belum ada janggut lagi!” “Ini menunjukkan awak sudah tua kan?” ujar saya sambil membuat gaya orang tua bongkok udang. Kami ketawa. “Bapak sudah tua, rambutnya uban saja......”, saya bernyanyi perlahan-lahan. “Pandai sungguh awak bergurau.” “Kalau tak pandai bergurau, hati k... lagi »




KAMARULZAMAN TEH - SUMBANGKAN SEUMUR HIDUP DEMI RAKYAT

Mat Amin pada Kini Dan Silam - 2 tahun yang lalu
*- kenangan ini ditulis oleh Peng Ting Chou,rakan seperjuangan Kamarulzaman yangsama-sama meringkuk dalam penjara -* “Peng, tengok dagu saya, lebat ditumbuhi janggut!” Kamarulzaman melemparkan senyuman yang penuh erti. “Biasa saja, orang lelaki tentu tumbuh janggut!” ujar saya. “Masa kena tangkap, dagu ini belum ada janggut lagi!” “Ini menunjukkan awak sudah tua kan?” ujar saya sambil membuat gaya orang tua bongkok udang. Kami ketawa. “Bapak sudah tua, rambutnya uban saja......”, saya bernyanyi perlahan-lahan. “Pandai sungguh awak bergurau.” “Kalau tak pandai bergurau, hati k... lagi »



TABUNG PENDIDIKAN 21 MEI

Mat Amin pada Kini Dan Silam - 2 tahun yang lalu
24 hb pagi: Tabung Pendidikan 21 Mei Kampung Perdamaian Sukhirin telah membagi-bagikan wang bantuan tahun 2016 sebanyak 2,000Baht seorang kepada 21 orang pelajar-pelajar yang belajar di pusat pengajian tinggi. 9 orang pelajar yang balik kampong telah menerima wang bantuan itu secara langsung, manakala 12 orang pelajar yang tidak berada di kampong oleh sebab sedang praktik ataupun lokasi sekolah terlalu jauh dan sebagainya diwakili oleh orangtua masing-masing. Tabung Pendidikan 21 Mei Kampung Perdamaian Sukhirin didirikan pada pertengahan tahun ini, dengan tujuan menggalakkan jenerasi ... lagi »



ALFATIHAH UNTUK KAWAN NOH

Mat Amin pada Kini Dan Silam - 2 tahun yang lalu
Kawan Noh Hari ini seorang lagi bekas anggota Rejimen Ke-10 dari kawasan sempadan meninggal dunia kerana sakit tua. Beliau ialah Kawan Noh, seorang kader pertengahanan berasal dari Kampung Cabang Dua, Sungai Padi. Setelah Rejimen Ke-10 menyusun kampung2 Melayu di sekitar Sungai Padi, Kawan Noh telah menyertai pasukan lasykar rakyat di Kampung kemudian menyertai pasukan. Beberapa tahun beliau berkhidmat dalam regu menyusun massa. Tahun 1973, Ketika Pasukan Penggempur Ke-15 di bawah pimpinan Rashid Maidin ditubuhkan, beliau telah ditugaskan di pasukan itu sehingga perjuangan bersen... lagi »




PERGINYA BEKAS PERAJURIT REJIMEN KE-10 KAWAN FAUZIAH

Mat Amin pada Kini Dan Silam - Setahun yang lalu
Kawan Fauziah, seorang bekas perajurit wanita Rejimen Ke-10 berasal dari kawasan sempadan telah pergi menghadap Illahi kira-kira pukul 4,00pm 27 Mac 2017 di kediamannya di Kampung Perdamaian Sukhirin @ Ban Chulabhorn Patana 12 dalam usia 69 tahun. Kawan Fauziah yang nama sebenarnya Selamoh Samoh adalah seorang puteri terpuji Daerah Kabang, Yala menyertai perjuangan bersenjata pada akhir 1960-an. Sepanjang tempoh perjuangan tersebut beliau telah memberikan banyak sumbangan kepada usaha perjuangan Rejimen Ke-10 di kawasan sempadan terutama dalam kerja menyusun massa dan membangun kaw... lagi »




KAWAN TUAH ANAK TEMERLOH BERSEMANGAT BAHAMAN

Mat Amin pada Kini Dan Silam - Setahun yang lalu
Kawan Tuah telah pergi menemui penciptanya pada pukul 3.00 am (waktu Thailand) tanggal 24 Jun 2017 di kediamannya Kampung Perdamaian Balok @ Ban Chulabhorn Patana 11, Daerah Kabang, Wilayah Yala, Selatan Thailand dalam usia 76 tahun. Beliau pergi dengan meninggalkan seorang isteri yang pernah sama2 berjuang suatu ketika dahulu dan seorang anak perempuan. Nama sebenar Kawan Tuah ialah Mat Amin bin Awang Chik, lahir di Kampung Tualang, Temerloh Pahang pada tahun 1941. Tuah @ Mat Amin Awang Chik Jun 1948 kaum kolonial Inggeris yang menguasai Malaya (kini Malaysia) telah memberlakuka... lagi »



MAT INDERA YANG TIDAK MATI

Mat Amin pada Kini Dan Silam - Setahun yang lalu
MAT INDERA YANG TIDAK MATI Dalam arus perjuangan kemerdekkaan kau ikut berjuang di jalan kiri bersama PKMM dan API. Bila parti kiri diharamkan kau bergerila di hutan belantara demi perjuangan yang perlu diteruskan. Kau berhak membuat pilihan dan dalam perjuangan kemerdekaan jalan yang kau pilih tidak semestinya satu kesalahan. Kau patriot dan nasionalis sejati yang menyerahkan jiwa dan raga untuk kemerdekaan bangsa tercinta. Kau dikhianati oleh kawan sendiri yang menangkapmu atas arahan penjajah dan kau dihukum mati. Tapi di hati kami kau tidak mati kau sentiasa di kenang dan diingat... lagi »



RINGKASAN PERJALANAN HIDUP BONG SOEMAUN UTOMO PEJUANG VETERAN INDONESIA

Mat Amin pada Kini Dan Silam - Setahun yang lalu
Soemaun Utomo *Sekelumit cerita dari perjalanan hidup seorang bernama Soemaun Utomo (ayah & bapak mertua, eyang & eyang buyut kita): * Terlahir dari keluarga petani muslim di Dusun Tlanak, Desa Kedungpring, Babat, Lamongan, Jatim, 94 tahun yang lalu. Diusianya yang relatif muda ia sudah meninggalkan desa, orang tua, saudara dan teman2nya kerana keinginan yang sangt besar untuk meraih pendidikan tinggi. Ia hijrah ke Surabaya untuk melanjutkan pendidikan hingga bergabung ke dinas militer dan kemudian hidup berpindah pindah sesuai pergerakan perjuangan bersenjata pada masa revolusi k... lagi »



RINGKASAN PERJALANAN HIDUP PAK HASSAN SALLEH KOMANDER VETERAN REJIMEN KE-10

Mat Amin pada Kini Dan Silam - Setahun yang lalu
Nama sebenar beliau ialah Hassan bin Salleh. Nama perjuangannya Waiming, Ayub dan Tok Ayah. Beliau dilahirkan pada tahun 1929 di Kampung Sungai Buluh, Mentakab, Pahang. Beliau belajar Arab dan Quran dan Inggeris semasa sekolah Melayu dan meneruskan pelajaran ke sekolah pondok di Mentakab. Tahun 1946 beliau terlibat dengan gerakan kemerdekaan yang dianjurkan oleh API. Setelah API diharamkan gerakan ini diteruskan oleh PETA. Beliau ikut serta dalam kerja2 propaganda, mengadakan sandiwara dan lain2 untuk membangkitkan semangat kemerdekaan rakyat. Jun 1948 kerajaan penjajah yang meng... lagi »




GAH DI PERSADA TANAHAIR

Mat Amin pada Kini Dan Silam - Setahun yang lalu
*Abdullah C,D, @ Cik Dat Anjang Abdullah* Abdullah CD Nama yang gah di persada tanahair Nama yang menggerunkan lawan Nama yang meyakinkan kawan 94 tahun Nama ini meniti dari bibir ke bibir Kawan apa lagi Lawan Tentang semangat juangnya Tentang keberaniannya Tentang proletariatnya Tentang pendiriannya Tentang kesederhanaannya Dan .... Dan... Dan .. Ayahanda Abdullah CD Betapa kami bangga dengan mu Betapa kami kagum dengan semangat mu Betapa kami menghormati mu Betapa kami menyayangi mu Semoga Pencipta mu Mengurniakan kesihatan yang kukuh Memberkati segala usaha mu ... lagi »




DENYUT NADIMU ADALAH PERJUANGAN

Mat Amin pada Kini Dan Silam - Setahun yang lalu
(Sempena hari jadi 94 tahun Bapa Abdullah C.D.) Jika Bahaman, Maharajalela, Sagor, Tok Janggut (dan yang seangkatan dengannya) diiktiraf sebagai pahlawan bangsa ku pahatkan namamu sebaris dengan mereka kerana ku menyaksikan setiap denyut nadimu, setiap sedut hembus nafasmu adalah perjuangan biarpun gantinya darah dan nyawa demi bangsa dan pertiwi tercinta Persetan apa kata penjajah Persetan putar belit anjing buruannya Persetan profesor sejarah hatinya buta Sumbanganmu yang agung tetap gemerlapan menyuburi semangat juang bangsa demi sebuah hari cepan ya... lagi »



MAJLIS MEMPERINGATI ULANGTAHUN KE-70 PERANG PEMBEBASAN NASIONAL ANTI-BRITISH

Mat Amin pada Kini Dan Silam - 8 bulan yang lalu
Pada 19 Jun 2018 sebuah majlis ringkas dan sederhana telah diadakan di bawah anjuran Gabungan Persatuan Perdamian Thailand untuk memperingati ulangtahun ke-70 meletusnya perang pembebasan nasional anti-British yang pernah menggoncangkan kekuasaan penjajah British di Malaya (kini dikenali sebagai Malaysia) bertempat di Golden Crown Hotel, Hadyai Selatan Thailand. Selain dari wakil2 dari berbagai pertubuhan perdamaian Thailand 4 buah kampung perdamaian iaitu Kampung Perdamaian Banlang, Kampung Perdamaian Betong, Kampung Perdamaian Balok dan Kampung Perdamaian Sukhirin juga men... lagi »


TEKS UCAPAN SEMPENA ULANGTAHUN KE-70 PERANG PEMBEBASAN NASIONAL ANTI-BRITISH

Mat Amin pada Kini Dan Silam - 8 bulan yang lalu
Berikut adalah teks ucapan Kawan Indrajaya dalam majlis MEMPERINGATI ULANGTAHUN KE-70 PERANG PEMBEBASAN NASIONAL ANTI-BRITISH yang diadakan di Golden Crown Grand Hotel, Hadyai, Selatan Thailand pada 19 Jun 2018. Para jenerasi lama, kawan2 dan sahabat2 yang dihormati, Esok, 20 Jun tahun 2018, adalah Ulang Tahun Ke-70 Perang Pembebasan Nasional Anti British Rakyat Malaya, yang kemudiannya disambung pula oleh Perang Revolusioner Dalam Negeri. Pada saat yang amat khidmat dan bersejarah ini, benarkan saya menyatakan takziah yang mendalam kepada para pahlawan dan kesatria kita yang tak... lagi »



POLEMIK SUMBANGAN GERAKAN KIRI DALAM SEJARAH PERJUANGAN KEMERDEKAAN

Mat Amin pada Kini Dan Silam - 6 bulan yang lalu
Dalam forum yang bertajuk “Perlukah Kita Mengubah Kandungan Buku Teks Sejarah?”, pihak penganjur telah menampilkan dua orang panel iaitu saudara Fahmi Reza dan saudari Fadiah Nadwa. Saudara Imran Rashid pula ditugaskan selaku moderator. Forum ini merupakan acara penutup kepada program mengenang pengisytiharaan Darurat pada tahun 1948 yang dilangsungkan selama tiga hari pada 27 hingga 29 Julai yang lepas. Dalam forum yang bertajuk “Perlukah Kita Mengubah Kandungan Buku Teks Sejarah?”, pihak penga Bermula dengan saudari Fadiah yang memberikan pandangan mengenai pengalamannya semasa m... lagi »



PAS: PARTI KOMUNIS BANTU CAPAI KEMERDEKAAN

Mat Amin pada Kini Dan Silam - 6 bulan yang lalu
Di bawah ini kami siarkan terjemahan sebuah rencana dalam Bahasa Inggeris yang diterbitkan oleh Malaysiakini pada 29 Ogos, 2006 mengenai sumbangan PKM dalam perjuangan kemerdekaan tanahair. *PAS: Parti Komunis Bantu Capai Kemerdekaan* Sejarah tidak boleh menafikan hakikat bahawa Parti Komunis Malaya (PKM) berperanan dalam perjuangan kemerdekaan negeri ini, demikian kata seorang think-tank PAS. Dalam sebuah artikel terbitan Harakahdaily.net pada hari Ahad, pusat penyelidikan PAS itu berkata, semenjak tertubuhnya PKM pada bulan Mei 1930, parti itu sangat aktif dalam kempen untu... lagi »


KESENIAN DAN KEBUDAYAAN DI REJIMEN KE-10

Mat Amin pada Kini Dan Silam - 5 bulan yang lalu
Di dalam kehidupan gerila yang berpindah randah dan sentiasa dalam buruan pihak lawan, kawan-kawan anggota pasukan Rejimen Ke-10 tak pernah mengeluh atau patah semangat. Bagi mereka ini adalah ujian dan lumrah perjuangan. Tanpa ini semua tiadalah pahit manis perjuangan. Walau di bawah keadaan kusut masai macam manapun mereka tetap mempertahankan kehidupan ketentera revolusioner yang segar bogar. Oleh sebab itulah kehidupan ketenteraan di Rejimen Ke-10 beranika ragam. Cuba bayangkan di pasukan Rejimen Ke-10 ada tem nyanyi, tari, sukan, kebudayaan dan lain2. Ini menambah keceri... lagi »


SEJENAK BERSAMA SITI MARIAM IDRIS

Mat Amin pada Kini Dan Silam - 5 bulan yang lalu
KINI DAN SILAM url: http://matamin02.blogspot.com emai: matamin48@live.com


PENGATURAN PENTADBIRAN DI ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DAN PARTI KOMUNIS MALAYA SELARAS DENGAN PERSETUJUAN MENAMATKAN PERMUSUHAN

Mat Amin pada Kini Dan Silam - 2 bulan yang lalu
Dalam pusingan kelima atau yang terakhir, dihadiri sendiri oleh Chen Ping. Persidangan telah mengeluarkan 2 buah persetujuan bersama secara berasingan iaitu persetujuan antara PKM dengan Kerajaan Malaysia dan persetujuan antara PKM dengan Kerajaan Diraja Thailand. Sebuah keputusan bersama 3 pihak juga telah dikeluarkan dan sebuah jawatankuasa kerja 3 pihak telah dibentuk untuk menguruskan masalah berkenaan pelaksanaan konkrit perjanjian bersama. Persetujuan antara PKM dengan Kerajaan Malaysia sebagai berikut: *PENGATURAN PENTADBIRAN** DI ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DAN * *PARTI KOM... lagi »


Dikir Revolusioner: MENGHAYUN LANGKAH DI TAHUN BARU

Mat Amin pada Kini Dan Silam - 2 bulan yang lalu
Ini adalah sebuah dikir revolusioner gubahan perajurit Rejimen Ke-10 untuk menyambut ketibaan tahun baru. Senikata dikir ini jelas melukiskan tekad juang mereka yang teguh tidak berganjak dalam mempertahankan perjuangan. Senikata dikir ini sebagai berikut: MENGHAYUN LANGKAH DI TAHUN BARU Merekah fajar terangi buana Tahun lalu meninggal kita Tahun baru sudah menjelma Ucap selamat parti nan mulia Di saat kita menoleh kembali Tahun baru sinar berseri Berbagai kesukaran kita atasi Hasil cemerlang kita perolehi Di tahun baru menghayun langkah Semangat kita bertambah gagah Panji mer... lagi »


Tiada ulasan: