Sabtu, 9 Mac 2019

Johor Oh Johor. 9238.









Perang Jementah lebih kepada bersebabkan kuasa. Islam diketepikan.  

Berita kemangkatan Sultan Ali mengejutkan seluruh penduduk Umbai-Kesang. Sebelum mangkat, baginda mewasiatkan supaya Tengku Mahmod dilantik menjadi sultan menggantikan baginda. Tengku Mahmod adalah Putera Almarhum Sultan dengan isteri ketiga baginda, iaitu orang kebanyakan. Pelantikan ini ditentang oleh Tengku Alam, putera sulung baginda daripada isteri tuanya. Akibat tentangan itu, tercetuslah perang saudara yang pertama di Johor. 


MAHARAJA ABU BAKAR

SR



  • Mengarahkan bendera Union Jack di kibarkan lebih rendah dari bendera Negeri Johor.
  • Berjaya menyelesaikan pergaduhan di Pahang dan Klang sekaligus di anugerahkan darjah kebesaran oleh Queen Victoria atas kejayaan beliau.
  • Kerjaya dalam kerajaan bermula sebagai Pelatih Kerani di pejabat Temenggung Ibrahim pada usia 16 tahun.
  • Di lantik sebagai Pemangku Raja oleh Sultan pada tahun 1904.
  • Mengiringi Sultan Abu Bakar dalam lawatan ke Eropah pada 1866.

`

  • Dilahirkan pada 1841 dan meninggal dunia pada 21 Julai 1915
  • Di gelar Dato' Bentara Luar
  • Tugas utamanya ialah merancang pembangunan Negeri Johor
  • Seorang birokrat yang bertanggungjawab dalam pertahanan negeri dan perladangan lada hitam.
  • Seorang yang fasih berbahasa Cina dan membantu Negeri Johor dalam menguruskan Sistem Kangcu.
  • Seorang Ketua Jabatan Tanah dan Ukur, berjaya mengeluarkan peta lengkap Negeri Johor.
  • Bertanggungjawab dalam pembukaan Bandar Maharani ( 1888) dan Bandar Penggaram (1893).
  • Membuka Bandar Batu Pahat yang di rancang secara moden pada 1 Januari 1894 selepas di titahkan pembukaan bandar tersebut oleh Maharaja Abu Bakar pada 11 November 1893.
  • Pernah berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Polis Johor, Ahli Dewan Negeri dan Jemaah Menteri.
  • Pegawai Kerajaan yang bertanggungjawab meraikan kedatangan Putera Arthur of Connaught.
  • Mewajibkan semua kakitangan kerajaan berpakaian rasmi Kerajaan Johor.
  • Pernah berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Polis Johor, Ahli Dewan Negeri dan Jemaah Menteri.

  • Di lahirkan pada 1838 dan meninggal dunia pada 31 Julai 1919.
  • Menteri Besar Johor yang pertama setelah di lantik Sultan Abu Bakar pada 1882.
  • Mengetuai angkatan tentera semasa Peperangan Jementah 1879
  • Mendapat pendidikan Melayu dan Inggeris.
  • Seorang yang mementingkan pendidikan Barat, Agama Islam dan kebudayaan Melayu.

SUMPAH JANJI DI BUMI JAUHAR

  • Tugas utamanya ialah merancang pembangunan Negeri Johor
  • Seorang birokrat yang bertanggungjawab dalam pertahanan negeri dan perladangan lada hitam.

DATO' JAAFAR BIN MUHAMMAD

DATO' JAAFAR BIN MUHAMMAD

DATO' MUHAMMAD SALLEH BIN PERANG

`

`
  • Sultan Negeri Johor ke - 20

Temenggung Daeng Ibrahim

  • Di puterakan pada 8 Disember 1810 dan mangkat pada 31 Januari 1862.
  • Menggunakan gelaran Raja sebagai menghormati Sultan Ali.
  • Membuka Johor Bahru sebagai pusat pentadbiran kerajaan Johor pada 10 Mac 1855
  • Kerja-kerja merintis dan membina bandar Johor Bahru yang dikenali sebagai Iskandar Puteri bermula di Teluk Belanga.Menggunakan gelaran Raja sebagai menghormati Sultan Ali.
  • Di lahirkan pada 1838 dan meninggal dunia pada 31 Julai 1919.
  • Menteri Besar Johor yang pertama setelah di lantik Sultan Abu Bakar pada 1882.
  • Mendapat pendidikan Melayu dan Inggeris.
  • Seorang yang mementingkan pendidikan Barat, Agama Islam dan kebudayaan Melayu.
  • Kerjaya dalam kerajaan bermula sebagai Pelatih Kerani di pejabat Temenggung Ibrahim pada usia 16 tahun.
  • Di lantik sebagai Pemangku Raja oleh Sultan pada tahun 1904.
  • Mengiringi Sultan Abu Bakar dalam lawatan ke Eropah pada 1866.
  • Pegawai Kerajaan yang bertanggungjawab meraikan kedatangan Putera Arthur of Connaught.
  • Mewajibkan semua kakitangan kerajaan berpakaian rasmi Kerajaan Johor.
  • Mengarahkan bendera Union Jack di kibarkan lebih rendah dari bendera Negeri Johor.
  • Berjaya menyelesaikan pergaduhan di Pahang dan Klang sekaligus di anugerahkan darjah kebesaran oleh Queen Victoria atas kejayaan beliau.

1855

1879

1866

1885

TEMENGGUNG DAENG IBRAHIM

MAHARAJA ABU BAKAR

DATO' MUHAMMAD SALLEH BIN PERANG

  • Menaiki tahkta pada 1862 sehingga 1895 pada usia 28 tahun menggantikan ayahandanya.
  • Di gelar Bapa Johor Moden.
  • Memindahkan pusat pemerintahan Negeri Johor dari Teluk Belanga ke Johor Bahru pada 1889.
  • Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor di tubuhkan oleh Sultan Abu Bakar pada 14 April 1895.
  • Di puterakan pada 3 Februari 1833 dan mangkat pada 10 Mei 1895.
  • Merupakan putera sulung Temenggung Daeng Ibrahim.
  • Mengaplikasikan sistem pentadbiran yang cekap dan tersusun sekaligus mengelakkan campur tangan British di Johor.
  • Menggunakan gelaran Maharaja yang merupakan anugerah dari Queen Victoria pada tahun 1868.
  • Menandatangani perjanjian persahabatan dengan British di mana British mengiktiraf Johor sebagai negeri yang bebas dan berdaulat di samping Maharaja Abu Bakar sebagai Sultan Johor.
  • Menguasai seluruh wilayah jajahan Johor atas kemangkatan Sultan Ali pada tahun 1877.
  • Memenangi Perang Jementah 1979 melalui askar yang di pimpin oleh Dato' Bentara Luar.
  • Pada tahun 1883, Sultan Abu Bakar merasmikan Penjara Johor Bahru.
  • Menggunakan gelaran Sultan pada 1 Julai 1886.

MAHARAJA ABU BAKAR

Sumber: 
MAHARAJA ABU BAKAR by shafique rahman on Prezi


Wednesday, March 2, 2011
Disebalik tabir Dinasti Temenggong Johor. 
POSTED BY USOPKUCHAI ON 3:53 PM
ini bahagian terakhir dari bab kesultanan Johor. 

Kemangkatan Sultan Mahmud Shah memperlihatkan pertelingkahan antara keturunan India-Muslim dgn keturunan dari Sumatera. 

Kemangkatan Sultan Mahmud Shah II pula menyaksikan peluasan pengaruh antara Minangkabau dan Bugis. Dalam episod kemangkatan Sultan Mahmud III pula kita akan menjengok kesan permainan politik antara Bugis dengan Inggeris. 

Akhirnya nanti kita melihat bagaimana kesultanan Melayu itu ditamatkan selepas kemangkatan Sultan Mahmud Muzaffar Shah.

sebermula kisah ketika Sultan Mahmud Shah III mangkat pada tahun 1812, Tengku Hussein (Tengku Long) tidak berada di Johor kerna diceritakan baginda sedang melangsungkan pernikahan di Pahang. Yam Tuan Muda Riau, Raja Jaafar, menabalkan adindanya Tengku Abdul Rahman sebagai Sultan Johor, namun tidak dipersetujui oleh kakak Raja Jaafar, yg merupakan isteri kepada Sultan Mahmud Shah III, dan enggan menyerahkan kebesaran diraja utk digunakan dalam adat pertabalan.

Bendahara Ali kemudian pergi ke Riau utk memulihkan adat, tetapi ditahan dipertengahan jalan oleh Raffles. dan dgn bantuan Temenggung, Tengku Hussein diculik dan dibawa ke Singapura, dan kemudiannya dipaksa oleh Raffles utk menandatangai perjanjian dengan British.

perjanjian ini dimaterai pada 6 februari 1819, antara lain menyebut bahawa British mengakui Tengku Hussein sebagai Sultan Johor yg sah, seterusnya Tengku Hussein dan Temenggung akan menerima gaji dari British, dan sebagai balasan Tengku Hussein membenarkan Raffles utk membuka tempat perniagaan di Singapura.

Bendahara juga diminta oleh British utk mengakui Tengku Hussein tapi beliau menolak dan mengatakan bahawa itu semua adalah ulah Temenggung serta menyatakan taat-setianya hanya pada Sultan Johor yg berada di Lingga. maka ketika itu Johor mempunyai dua org sultan.

sultan yg pertama, Sultan Abdul Rahman bersemayam di Lingga dan disokong oleh Raja Jaafar. baginda mangkat pada tahun 1832 dan digantikan dengan anakandanya, Sultan Muhammad Shah dan seterusnya oleh Sultan Mahmud Muzaffar Shah pada tahun 1841. namun Sultan Mahmud Muzaffar Shah dimakzulkan pada tahun 1857 oleh belanda, dengan sokongan dari Raja Jaafar. baginda dikatakan memungkiri perjanjian antara Raja Jaafar dan belanda pada tahun 1830, perjanjian itu hanya diketahui oleh Sultan pada tahun 1855. baginda kemudiannya menuntut haknya sebagai pemerintah empayar Johor-Riau yg sah dengan meminta bantuan dari Johor, namun dinastinya berakhir pada 3 februari 1911, dimana ketika itu belanda menguasai sepenuhnya daerah Riau dan Lingga, dan menabalkan Sultan Sulaiman Badrul Shah sebagai sultan abru kerajaan Riau-Lingga.

sultan yg kedua, Tengku Hussein bersemayam di Johor dan dibayangi oleh pengaruh Temenggung. pengaruh Temenggung menjadi semakin kuat pada zaman Sultan Ali yg ditabalkan pada tahun 1835. pada tahun 1852, Sultan Ali membuat keputusan mengembalikan Johor kepada empayar Johor-Riau dan menemui Sultan Mahmud Muzaffar Shah di Lingga. manakala Temenggung Abu Bakar yg bercita2 menjadi sultan membuat hubungan dengan inggeris dan dengan menggunakan pengaruh inggeris, Sultan Ali terpaksa menyerahkan takhta Johor kepada Temenggung Daeng Ibrahim, bapa kepada Temenggung Abu Bakar, pada tahun 1855. Sultan Ali mangkat pada tahun 1877. Temenggung Daeng Ibrahim adalah dari keturunan Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV, dari anaknya Tun Abbas. dan seterusnya dari keturunan inilah jurai Sultan Johor yg ada sekarang.

Temenggung Ibrahim mangkat pada tahun 1862 dan digantikan oleh anaknya Temenggung Abu Bakar dengan memakai gelar Sri Maharaja Johor. Temenggung Abu Bakar kemudiannya menyerang dan menawan Muar, yg dibawah kekuasaan Raja Temenggung, dengan bantuan inggeris pada tahun 1877. peristiwa ini dikenali sebagai Perang Jementah.

Temenggung Abu Bakar kemudiannya pergi ke Istanbul utk mendapat pengiktirafan sebagai Sultan Johor. pada tahun 1885, Sultan Abu Bakar menemui Ratu Victoria utk membuat perjanjian persahabatan dan mendapat pengiktirafan. Sultan Abu Bakar kemudiannya memindahkan pusat pemerintahan ke Johor Bahru dan menemukan Kesultanan Johor Moden.

balik pada cerita inggeris, Thomas Stamford Raffles mula-mula melangkahkan kaki di muara Sungai Singapura pada 28 januari 1819. dia berpendapat Singapura sangat strategik utk dijadikan pusat perdagangan. Raffles membuat perjanjian dengan Temenggung utk membuka kilang, namun itu memerlukan kebenaran dari sultan. Major William Farquhar dihantar ke Riau utk mendapatkan kebenaran tersebut, namun sultan dipengaruhi oleh Raja Muda Bugis dan belanda.

kerna itulah ketika dia mendapat tahu perihal yg berlaku di istana Johor, dia mengambil kesempatan mengangkat Tengku Hussein menjadi Sultan dan memaksa baginda membuat perjanjian dengannya sebagai wakil Syarikat Hindia Timur British (British East India Company). British bersetuju membayar Sultan Hussein sebanyak $5,000 setahun dan Temenggung sebanyak $3,000 setahun. Raffles kemudiannya menjadikan Singapura sebagai pelabuhan bebas cukai dan menarik banyak kapal berlabuh.

sewaktu pecahnya Perang Napoleon (1795-1818) di eropah, british menguasai kebanyakan dari tanah jajahan belanda. pada tahun 1824, termetarailah Perjanjian Inggeris-Belanda, yg menyaksikan empayar Melayu dibahagi dua oleh kuasa penjajah; Johor dan Singapura dibawah inggeris, manakala Riau dan Lingga dibawah belanda. pada tahun 1826, Singapura menjadi sebahagian dari Negeri Selat, yg kemudiannya menjadi pusat Negeri Selat pada tahun 1832. manakala Johor pula disatukan dalam Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1895.

begitulah keadaan yg berlaku di negeri Johor sehinggalah pecah Perang Dunia ke-2 pada tahun 1939.

Sumber: 
disebalik tabir dinasti temenggung Johor ~ blogologue

Sejarah Johor
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Rencana ini memerlukan petikan dan rujukan tambahan untuk pengesahan. Sila bantu memperbaiki rencana ini dengan menambahkan petikan ke sumber-sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dan dipadam. (Ketahui bagaimana dan bila untuk membuang pesanan templat ini)


Sejarah Johor sudah pun bermula pada tahun 801 M sebagai suatu petempatan perdagangan yang penting. Semasa abad ke-14, kawasan itu menjadi wilayah tanggungan Empayar Majapahit sehingga pemerintahan Kesultanan Melaka (1400-1511) yang mana negeri Johor menjadi pula salah sebuah jajahan pemerintahannya. 


Pada tahun 1511, Melaka dikuasai oleh pihak Portugis dan Sultan Mahmud Shah , Sultan Melaka ketika itu, melarikan diri ke Pahang dan kemudiannya ke Bintan di Johor


Kesultanan Johor ditubuhkan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah II, anakanda Sultan Mahmud Shah, Melaka pada tahun 1528 dimana wilayah jajahan yang diperintah oleh kerajaan ini ialah Johor, Riau, wilayah yang terbentang dari Sungai Klang hingga ke Linggi dan Tanjung Tuan, Muar, Batu Pahat, Singapura, Pulau Tinggi dan pulau-pulau lain di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu serta Kabupaten Karimun, Bintan, Bulang, Lingga, Bungaran, Kota Baru, Kampar dan Siak di Sumatera.[1][2]


Pada tahun 1946, negeri Johor menjadi sebahagian daripada Malayan Union. Dua tahun kemudian, Johor menyertai Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya persekutuan Malaysia pada tahun 1963.



Isi kandungan


Kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka

Di Bentan, Sultan Mahmud Shah mengumpulkan semula semua askarnya dan menyerang Melaka beberapa kali dan membuat sekatan perdagangan. Portugis merana kerana banyak serangan dilakukan oleh Sultan Mahmud Shah. 


Beberapa percubaan untuk menewaskan askar-askar Sultan Mahmud Shah dilakukan. Akhirnya, pada tahun 1526, seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dihantar oleh Portugal untuk memusnahkan bandar Bentan


Sultan Mahmud Shah terpaksa melarikan diri melintasi Selat Melaka ke Kampar, Sumatera di mana baginda mangkat disana. Baginda meninggalkan beberapa orang putera dan puteri antaranya Raja Mudzaffar dan Raja Ali.[petikan diperlukan]


Raja Mudzaffar seterusnya menjadi Sultan Perak manakala Raja Ali menjadi sultan Johor yang pertama. Kesultanan Johor juga dikenali sebagai "Kesultanan Johor-Riau-Lingga".


Kemunculan Kesultanan Johor Lama serta kuasa dan pengaruh luar

Perang Tiga Segi

Sultan Alauddin Riayat Shah II menubuhkan sebuah kota di Johor Lama yang terletak di tebing Sungai Johor dan dari situ terus melancarkan serangan ke atas kedudukan Portugis di Melaka. Baginda sentiasa bekerjasama dengan saudaranya di Perak dan juga dengan Sultan Pahang untuk menawan semula Melaka (pada ketika itu kota A Famosa telah dibina).

Di sebelah utara Sumatera pula pada masa yang sama, Aceh mula mengembangkan pengaruhnya untuk menguasai Selat Melaka. Selepas kejatuhan Melaka kepada Portugis yang beragama Kristian, pedagang-pedagang Muslim mula menjauhkan diri daripada Melaka dan singgah di Aceh. Melihat keadaan itu Portugis merasa tercabar kerana hasil perdagangannya semakin kurang.


Portugis dan Johor sentiasa berperang menyebabkan Aceh melancarkan serangan ke atas kedua-dua belah pihak. Kebangkitan Aceh di Selat Melaka mengakibatkan Johor dan Portugis berdamai dan bekerjasama melemahkan Aceh. Tetapi selepas Aceh menjadi lemah, Johor dan Portugis kembali berperang.


Perang Johor-Jambi

Semasa Perang Tiga Segi, Jambi yang berada di bawah kekuasaan Johor menjadi tumpuan ekonomi dan politik. Pada tahun 1666, Jambi cuba membebaskan diri daripada kekuasaan Johor dan di antara tahun 1666 hingga tahun 1673 terjadilah peperangan di antara Johor dan Jambi. Ibu kota Johor iaitu Batu Sawar dimusnahkan oleh angkatan Jambi. Hal ini menyebabkan ibu kota Johor sentiasa berpindah-randah.


Sepanjang perang itu, Jambi yang sentiasa mendapat keuntungan. Tetapi pada tahun 1679, Laksamana Tun Abdul Jamil mengupah askar upahan Bugis untuk bersama-sama dengan tentera Johor menentang Jambi. Tidak lama kemudian Jambi pun tewas.


Krisis antara Johor dan Jambi bermula apabila kedua-dua pihak berselisih faham mengenai perebutan kawasan yang bernama Tungkal. Pada masa ini Johor diperintah oleh Sultan Abdul Jalil Shah III dan peranan pentadbiran lebih banyak dimainkan oleh Raja Muda. Dalam usaha untuk mendapatkan semula Tungkal dari tangan orang Jambi, orang Johor telah menghasut penduduk Tungkal untuk memberontak. Hal ini menimbulkan kemarahan Pemerintah Jambi. Namun kekuatan ketenteraan Johor yang disegani pemerintah Jambi pada waktu itu menyebabkan Jambi memilih untuk berdamai. Ketegangan antara Johor dan Jambi telah dapat diredakan menerusi perkahwinan antara Raja Muda Johor dengan Puteri Sultan Jambi pada tahun 1659.


Namun persengketaan antara Johor dan Jambi kembali meletus berpunca daripada tindakan kedua-dua pihak yang saling menghina kedaulatan kerajaan masing-masing. Johor telah memulakan episod perperangan dengan Jambi apabila menghantar 7 buah kapal untuk menyerang perkampungan nelayan Jambi pada bulan Mei 1667. Kegiatan perdagangan semakin merosot akibat perperangan yang berlaku kerana tiada jaminan keselamatan kepada pedagang untuk menjalankan urusniaga di kawasan bergolak ini. Hal ini menyebabkan kerugian ekonomi kepada Johor. Kemuncak peristiwa perperangan ini berlaku apabila Pangeran Dipati Anum mengetuai sebuah angkatan perang untuk menyerang dan memusnahkan Johor secara mengejut pada 4 April 1673. Serangan ini telah melumpuhkan sistem pentadbiran kerajaan Johor. Dalam usaha menyelamatkan diri, Raja Muda bersama seluruh penduduk Johor telah lari bersembunyi di dalam hutan. Bendahara Johor telah ditawan dan dibawa pulang ke Jambi.


Sultan Abdul Jalil Shah III pula melarikan diri ke Pahang. Baginda akhirnya meninggal dunia di sana pada 22 November 1677. Perperangan yang menyebabkan kekalahan kerajaan Johor ini telah mengakibatkan kerugian yang besar kepada Johor kerana Jambi telah bertindak merampas semua barang berharga milik kerajaan Johor termasuk 4 tan emas, sebilangan besar senjata api yang merupakan simbol kemegahan dan kekuatan Johor. Kehilangan senjata api dan tentera yang ramai menyebabkan kerajaan Johor tidak berupaya berbuat apa-apa secara tidak langsung menyebabkan kerajaan Johor runtuh.


Pengaruh Bugis dan Minangkabau


Sultan Mahmud Shah II mangkat pada tahun 1699 tanpa meninggalkan sebarang waris. Melihatkan keadaan itu, Bendahara Abdul Jalil melantik dirinya sebagai sultan baru dengan digelar Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV. Tetapi timbul perasaan tidak puas hati di kalangan pembesar-pembesar lain di atas perlantikan itu.

Orang Bugis yang memainkan peranan penting sewaktu Perang Johor-Jambi mempunyai pengaruh yang kuat di Johor. Selain daripada orang Bugis, orang Minangkabau juga mempunyai pengaruh yang kuat. 


Orang Bugis dan Minangkabau percaya dengan kematian Sultan Mahmud II, mereka dapat mengembangkan pengaruh mereka di Johor. Dalam kalangan orang Minangkabau terdapat seorang putera dari Siak iaitu Raja Kecil yang mengaku dirinya sebagai waris tunggal Sultan Mahmud II. 


Raja Kecil menjanjikan kepada orang Bugis bahawa sekiranya mereka menolongnya menaiki takhta dia akan melantik ketua orang-orang Bugis sebagai Yang Dipertuan Muda Johor. Pada masa itu orang-orang Bugis telah memberikan alasan untuk pergi ke Selangor bagi mengumpul orang-orangnya sebelum melancarkan serangan. Walau bagaimanapun, pada tahun 1717, Raja Kecil dan askar dari Siak (Minangkabau) telah menyerang Johor terlebih dahulu setelah terlalu lama menunggu kedatangan orang-orang Bugis. 


Pada 21 Mac 1718, Raja Kechil telah menawan Panchor. Raja Kechil melantik dirinya sebagai Yang di-Pertuan Besar Johor dan bergelar Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah. Setelah Raja Kecil berjaya menduduki tahta Johor orang-orang Bugis telah datang menuntut janji untuk dilantik sebagai Yang Pertuan Muda. Permintaan ini telah tidak diperkenankan oleh Raja Kecil kerana orang-orang Bugis tadi telah tidak memberikan bantuan sebagaimana yang diminta oleh Raja Kecil.


Tidak puas hati dengan perlantikan Raja Kecil, bekas Bendahara Abdul Jalil meminta Daeng Parani ketua orang Bugis untuk menolongnya mendapatkan semula takhta. Permintaan ini telah dipersetujui oleh orang-orang Bugis kerana mereka juga kecewa kerana tidak dapat menuntut jawatan Yam Tuan Muda. 


Pada tahun 1722, Raja Kecil terpaksa meletakkan takhta kerana pengaruh Bugis. Anak Bendahara Abdul Jalil kemudiannya dilantik menjadi sultan dengan gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Tetapi Sultan Sulaiman hanyalah seorang sultan tetapi tidak mempunyai kuasa kerana Daeng Merewah, daripada orang Bugis yang memegang kuasa sebagai Yang Dipertuan Muda.


Kekuasaan Kesultanan Johor


Pentadbiran Empayar Johor

Kesultanan Johor meneruskan sistem pentadbiran terdahulu seperti yang diamalkan di Melaka. Kuasa pemerintah tertinggi ialah Yang di-Pertuan yang dikenali juga sebagai Sultan

Sultan dibantu oleh Majlis Orang Kaya yang berperanan menasihati Sultan. Ahli majlis ini ialah Bendahara, Temenggong, Laksamana, Shahbandar dan Seri Bija Diraja. 


Pada kurun ke 18, Bendahara tinggal di Pahang dan Temenggong Johor di Teluk Belanga, Singapura. Setiap mereka berperanan mentadbir kawasan mereka itu dengan kuasa yang diberikan oleh Sultan Johor. 


Oleh itu, kuasa pusat Empayar Johor dipecahkan.Ia menjadikan Empayar Johor terdiri dari 4 vasal/wilayah pegangan atau wilayah yang dipertanggungjawabkan kepada pembesar tertentu. Wilayah Muar dibawah Raja Temenggung Muar, Pahang dibawah kekuasaan Bendahara Johor, Riau dibawah Yang Dipertuan Muda dan tanah besar Johor dan Singapura dibawah kekuasaan Temenggung JohorSultan hanya berkuasa di Lingga dan pulau-pulau sekitarnya sahaja. Seluruh empayar Johor diketuai oleh Sultan yang bersemayam di Pulau Lingga


Semua Orang Kaya kecuali Raja Temenggong Muar melapor terus kepada Sultan, Raja Temenggong Muar adalah berdaulat dan diakui oleh Sultan kerana Muar adalah jajahan yang dikurniakan oleh Sultan kepada pembesar yang bergelar Dato' Pasir Raja. Muar kemudiannya diambil oleh Sultan Abu Bakar dari wangsa Temenggung dengan syarat dibayar pencen setiap bulan kepada pewaris Raja Temenggong Muar untuk selama-lamanya.


Pengaruh Empayar Johor


Sebagai Kesultanan menggantikan Kesultanan Melayu Melaka, maka pengaruh wilayahnya meliputi semenanjung selatan Malaysia, bahagian selatan-timur Sumatera dan Kepulauan Riau dan kawasan sekitarnya. 


Empayar ini termasuk negeri Pahang, Muar, Johor darat, Kepulauan Riau dan Pulau Lingga. Pentadbiran pusat kekuasaan telah beberapa kali berpindah di Sayong Pinang, Kota Kara, Seluyut, Johor Lama, Batu Sawar dan Kota Tinggi, semua di Johor darat dan kemudian ke Riau dan Pulau Lingga. Kemudian beralih dengan kelahiran Kesultanan Johor moden di Tanjung Puteri, yang sekarang dikenali sebagai Johor Bahru.


Kedatangan kuasa Barat dan kejatuhan Kesultanan Johor Lama


Belanda dan Melaka

Pada abad ke-17, Belanda tiba di Asia Tenggara. Belanda bukanlah sekutu atau kawan Portugis dan ini menyebabkan Belanda bersekutu dengan Johor untuk memerangi Portugis di Melaka. Akhirnya pada tahun 1641, Belanda dan Johor berjaya menewaskan Portugis. Melaka kemudiannya menjadi milik Belanda sehinggalah Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 ditandatangani.


Singapura dan British

Pada tahun 1818, Sir Stamford Raffles dilantik sebagai Gabenor Bengkulu di Sumatera Barat. Namun, ia yakin bahawa Inggeris diperlukan untuk mendirikan pangkalan baru di Asia Tenggara untuk bersaing dengan Belanda. Meskipun banyak di British East India Company menentang idea seperti itu, Raffles berjaya meyakinkan Lord Hastings ketua Syarikat, kemudian Gabenor Jeneral India, untuk menyokongnya. Dengan persetujuan gabenor jeneral, dia dan ekspedisi berangkat untuk mencari markas baru.


Ekspedisi Raffles tiba di Singapura pada 29 Januari 1819. Ia terjumpa sebuah penempatan kecil Melayu di kuala Sungai Singapura yang dipimpin oleh seorang gabenor (Temenggung) Johor. Walaupun pulau itu ukuran dasar diperintah oleh kesultanan, situasi politik di sana sangat keruh. Sultan saat ini, Sultan Abdul Rahman, berada di bawah pengaruh Belanda dan Bugis. Oleh kerana itu, dia tidak akan pernah bersetuju untuk menubuhkan pangkalan British di Singapura. 


Namun, Tengku Abdul Rahman adalah penguasa hanya kerana abangnya, Tengku Hussain atau Tengku Long, telah pergi di Pahang berkahwin ketika bapa mereka meninggal dunia pada tahun 1812. Dia dilantik oleh Yam Tuan Muda Riau, Raja Jaafar kerana menurut dia, dalam tradisi Melayu, pengganti sultan itu harus berada di sisi sultan ketika sultan mangkat agar boleh dianggap sebagai penguasa baru. Namun hal ini harus diputuskan oleh Bendahara sebagai penjaga "adat".[3][4]


Bendahara Ali (Raja Bendahara Pahang, Bendahara Empayar Johor) sedar akan masalah ini dan memutuskan untuk bertindak. Dia telah menyiapkan armada kapal ke Riau untuk "memulihkan adat". 


Inggeris setelah mengetahui hal ini mengutus armada dan mengepung angkatan Bendahara Ali untuk menghalangnya pergi ke Riau. Dengan bantuan Temenggung, Raffles berjaya menyeludup Tengku Hussain , yang tinggal dalam buangan di salah satu Kepulauan Riau, kembali ke Singapura. 


Berdasarkan surat antara Tengku Hussain yang diutuskan kepada saudaranya (Sultan Abdul Rahman), ia berangkat ke Singapura kerana bimbang tentang keselamatan anaknya. Sayangnya dia ditangkap oleh Raffles dan dipaksa untuk membuat perjanjian. Perjanjian mereka menyatakan bahawa Inggeris akan mengakui Tengku Hussain sebagai 'penguasa sah' "Johor", dan dengan demikian Tengku Hussain dan Temenggung akan menerima gaji tahunan dari Inggeris itu. 


Sebagai ganjaran, Tengku Hussein akan membolehkan Raffles mendirikan pos perdagangan di Singapura. perjanjian ini telah disahkan pada 6 Februari 1819. Bendahara Ali diminta oleh Inggeris untuk mengakui Tengku Hussain sebagai Sultan yang sah. Namun, Bendahara Ali telah menyatakan bahawa ia tidak ada hubungannya dengan kejadian di Singapura, kerana ia merupakan tanah kekuasaan Temenggung dan menyatakan bahawa kesetiaannya terletak pada Sultan Johor sebenar di Lingga.


Perjanjian Anglo-Belanda

Belanda sangat tidak senang dengan tindakan Raffles. Ketegangan antara Belanda dan Inggeris di Singapura berterusan sehingga tahun 1824, ketika mereka menandatangani Perjanjian Anglo-Belanda. 


Menurut syarat-syarat perjanjian itu, Belanda secara rasmi menarik balik penentangan mereka terhadap kehadiran British di Singapura. Banyak sejarawan berpendapat bahawa perjanjian itu membahagikan lingkaran pengaruh antara Belanda dan Inggeris; 


Kesultanan Johor ke Johor moden dan kelahiran negeri baru Riau-Lingga selepas pemecatan Sultan terakhir dari Johor. 


Namun perjanjian ini ditandatangani diam-diam tanpa sepengetahuan bangsawan tempatan termasuk Sultan dan kerananya legitimasinya dipertanyakan. Hal ini serupa dengan Perang Dunia 2 persidangan di Yalta di mana Stalin, Roosevelt dan sekutu lain bersetuju untuk berkongsi dunia yang dikenal dalam blok-blok kuasa timur dan barat sementara Jerman dan Jepun masih berdaulat.


Inggeris berjaya dikesampingkan pengaruh politik Belanda dengan mewartakan Tengku Hussain sebagai Sultan Johor dan Singapura untuk mendapatkan pengakuan hukum dalam lingkup pengaruh mereka di Singapura dan Semenanjung Malaysia. 


Legitimasi proklamasi Sultan Hussein sebagai Sultan Johor dan Singapura, adalah tidak diakui oleh semua pemerintah Melayu dan gelaran 'sultan'nya hanya sekadar nama. kedudukan Temenggong Abdul Rahman, di sisi lain, diperkuatkan sebagai penandatanganan perjanjian yang mengasingkannya dari pengaruh Raja Ja'afar (Yam Tuan Muda Riau). 


Sementara itu, Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah dilantik sebagai Sultan Johor dan bersemayam di Pulau Lingga pada bulan November 1822, lengkap dengan alat-alat kebesaran diraja Empayar Johor. 


Sultan Abdul Rahman, seorang yang warak, menjadi puas hati dengan lingkup politik pengaruhnya di Lingga, di mana keluarganya terus mempertahankan rumah tangganya pentadbiran di bawah arahan Raja Ja'afar yang memerintah di bawah naungan dari Belanda.


Kuasa-kuasa yang berminat


Terdapat tiga pihak iaitu kuasa Penjajah Inggeris dan Belanda, para bangsawan yang membuat perjanjian dengan Belanda iaitu Raja Jaafar, Yam Tuan Muda dari Riau dan Temenggung Abdul Rahman, dari Johor dan Singapura, pihak istana Johor yang terdiri dari Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah dan Bendahara tidak menyedari perjanjian ini kerana perjanjian ini tidak ditandatangani tanpa pengetahuan mereka.[5] Disebabkan perjanjian tidak diiktiraf oleh Sultan dan Bendahara, orang Melayu tidak memberi memperhatikan setiap tindakan kuasa penjajah.


Yam Tuan Muda (Gabenor Riau) telah melakukan pengkhianatan dengan "menjual" kedaulatan Johor,[6] tetapi tidak Sultan atau Bendahara kerana mereka bukan merupakan pihak yang terlibat dalam perjanjian. 


Adalah salah untuk membuat penilaian bahawa Sultan tidak mematuhi perjanjian 1830. Perjanjian itu ditandatangani secara rahsia dan butirannya hanya diketahui pada tahun 1855.[7] 


Pada kenyataannya, Sultan adalah memiliki hak kedaulatan dan menuntut taat setia dari semua pembesar Empayar Johor. Adapun Temenggung, ia menguatkan kedudukannya dalam persiapan perubahan nasib Kesultanan Johor, bersiap-siap untuk memiliki persahabatan dengan United Kingdom dan berkongsi kekayaan dengan British di saat keruntuhan Kesultanan Johor. 


Hal ini terbukti benar berlaku apabila anak Temenggung Daeng Ibrahim, Temenggong Abu Bakar (kemudian menjadi Sultan Abu Bakar) bercita-cita menjadi Sultan Johor.


Sultan cuba membaiki keadaan


Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah meninggal dunia pada tahun 1832 dan digantikan oleh puteranya, Sultan Muhammad II Muazzam Shah (berkuasa 1832-1841). Raja Jaffar, Yam Tuan Muda Riau meninggal dan Sultan tidak tergesa-gesa untuk mengangkat pengganti. Sultan melihat kerosakan yang dilakukan ke Istana dalam kerajaan ayahnya dan memutuskan untuk memperbetulkan dan mengembalikan adat sebagai peraturan yang mengatur perilaku peribadi dan politik.[8] Dia memanggil Bendahara Ali (Raja Bendahara Pahang) untuk Lingga. 

Di Lingga, pendalaman fungsi adat diadakan.[9] Bendahara melakukan upacara (sesuai adat) yang bertujuan untuk mendidik bangsawan dan Sultan tentang tugas dan tanggung jawab masing-masing. 


Islam dan politik telah dibahas. Ini dihadiri oleh seluruh bangsawan dari seluruh Empayar Johor, maka, membuktikan bahawa 'Sultan' di Singapura (Tengku Hussain) tidak diakui oleh orang Melayu. Upacara juga meliputi penabalan Tengku Mahmud (kemudian memerintah sebagai Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah) sebagai putera mahkota dan Tun Mutahir sebagai bakal Bendahara.

Pada tahun 1841, Bendahara Ali melantik Temenggung Ibrahim untuk menggantikan ayahnya yang meninggal pada 1825.[10] Jarak waktu yang lama ini kerana ketidaksenangan Bendahara atas isu Singapura. Syarat telah dikenakan selama pelantikan termasuk dikehendaki membuat kunjungan kepada Sultan Mahmud Muzaffar yang berkuasa di Lingga sebagai tanda taat setia yang mengembirakan Tuanku Sultan. 


'Sultan Hussein' Singapura telah meninggal pada tahun 1835 dan puteranya, Tengku Ali berharap legitimasi yang diberikan kepada Temenggung Ibrahim dberlakukan juga kepadanya. Inggeris meneruskan permintaan itu pada tahun 1841 kepada Bendahara. Bendahara Ali menolak untuk mengambil bahagian dalam pengkhianatan ini.


Setelah menunggu sejak 1835 untuk ditabalkan sebagai Sultan, pada tahun 1852 Tengku Ali memutuskan untuk 'kembali ke Johor' dengan menyatakan penghormatan dan taat setia kepada Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah di Pulau Lingga.[11] 

Selama tiga tahun Empayar Johor bersatu kembali lagi kecuali Singapura. Bimbang dengan keadaan keadaan ini, Inggeris memanggil Tengku Ali kembali ke Singapura dan mengancam untuk membatalkan persaraannya. Di Singapura, ia sering dikunjungi oleh Sultan Mahmud IV Muzaffar Shahdan hubungan mereka rapat.


Kejatuhan Empayar Johor


Kebimbangan Inggeris telah memaksa mereka melaksanakan perjanjian 1855 antara Tengku Ali dan Temenggung Ibrahim. Dalam pertukaran untuk pengakuan sebagai 'Sultan', Tengku Ali bersetuju untuk 'menyerahkan semua Johor'. Perjanjian itu hanya mengesahkan terus kekuasaan Temenggung di wilayahnya di tanah daratan Johor


Perjanjian ini bertujuan untuk menguatkan kedudukan Temenggung Ibrahim, sekutu utama Inggeris. 


Bendahara Ali ditanya oleh Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah tentang perjanjian 1855.[12][13] Dalam jawapannya, Bendahara menegaskan kembali tentang Temenggung seharusnya bersumpah setia kepada baginda dan perbuatan Tengku Ali, Bendahara tidak mengetahuinya. Beliau juga menegaskan bahawa dia bukan merupakan pihak yang terlibat dalam sebarang perbincangan dengan Inggeris atau Belanda. 


Belanda juga sangat bimbang. Tampaknya Sultan bertindak sendiri dan tidak mahu mendengar nasihat Yam Tuan Muda Riau yang dipengaruhi Belanda dan bangsawan Bugis.

Hal ini mencetuskan menjadi pertikaian terbuka antara Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah dan bangsawan Bugis atas perlantikan Yam Tuan Muda Riau yang baru. Calon untuk jawatan itu dipersetujui oleh bangsawan Bugis dan Belanda.[14] 


Sultan tidak suka mempunyai Yam Tuan Muda yang dipengaruhi kuasa asing. Kebuntuan ini menyebabkan Sultan belayar ke Singapura untuk bertenang. Semasa Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah berada di Singapura, baginda disingkirkan dari jawatan Sultan Empayar Johor oleh bangsawan Bugis pada 1857.


Kemunculan kuasa bekas jajahan Johor 


Pemisahan tanah daratan Johor dengan Riau 


Setelah penggulingan bekas Sultan Johor, bangsawan Bugis melantik sultan baru, Sultan Sulaiman II Badrul Alam Shah, Sultan "baru" bagi kerajaan Riau-Lingga didirikan atas sisa Empayar Johor.[15] 


Sultan Sulaiman menandatangani perjanjian dengan Belanda.[16] Dalam perjanjian tersebut baginda bersetuju untuk mengakui kedaulatan Belanda terhadap kerajaannya. Hanya dengan sebatang pena, dia memecahkan Empayar Johor menjadi 2 bahagian besar dan telah menyerah kedaulatan bahagian wilayah kekuasaannya kepada Belanda


Ini juga menandakan berakhirnya kesultanan Johor sebagai penerus Kesultanan Melaka. Pembahagian ini berlangsung tetap hingga ke hari ini sebagai sempadan Malaysia-Indonesia.


Johor dan Pahang


Selepas Sultan Mahmud Muzaffar digulingkan dan Sultan baru menyatakan wilayahnya yang baru sebagai berasingan dari Empayar Johor dahulu, itu mirip dengan seekor kambing disembelih dengan Sultan (sebagai badan) dan Riau-Lingga yang diwakili oleh kepala. 


Bendahara sekarang ini menjadi ketua besar kepada sisa-sisa Empayar Johor berperanan sebagai pelindung adat.[17] Temenggung Ibrahim dari Johor memahami situasi ini dan akan menandatangani perjanjian dengan Bendahara Tun Mutahir dari Pahang pada 1861.[18]


Perjanjian itu mengakui wilayah Johor (darat), dimiliki oleh keturunan Temenggung dan keturunannya untuk memerintah, pengakuan perlindungan bersama antara Pahang dan Johor. Dengan penandatanganan perjanjian ini, sisa-sisa Empayar menjadi 2 negara merdeka, Johor dan Pahang.


نڬري جوهر دارالتّعظيم
Johor Darul Ta'zim
1914-1942
1945-1957
Flag of Johor
Flag
{{{coat_alt}}}
Coat of arms
Cogan kata: Kepada Allah Berserah
كڤدالله برسراه
Johor dalam Malaysia kini
Johor dalam Malaysia kini
Status Negeri naunganBritish
Ibu kota Johor Bahru(dahulu dikenali sebagai Tanjung Puteri)
Bahasa lazim Bahasa Melayu(menggunakan tulisan Jawi)  Bahasa Inggeris
Agama Islam
Sultan • 1895-1959 Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar

Penasihat Am

• 1914-1918 D.G. Campbell
• 1940-1941 W.D. Barron

Era sejarah Empayar British


• Diiktiraf sebagai negeri yang bebas dan berdaulat oleh BritishDiiktiraf sebagai negeri yang bebas dan berdaulat oleh British 11 Disember 1885


• Naungan British 12 Mei 1914


• Pendudukan Jepun 31 Januari 1942


• Jepun menyerah kalah 14 Ogos 1945


• Kemasukan ke dalam Persekutuan Tanah MelayuKemasukan ke dalam Persekutuan Tanah Melayu 1 Februari 1948 


Matawang


Dolar Selatsehingga 1939 

Dolar Malayasehingga 1953

Didahului oleh  Johor

Diganti oleh 

Pendudukan  Jepun

Persekutuan Tanah Melayu 

Hari ini sebahagian daripada  Malaysia

Sejarah Johor moden

Wangsa Temenggong

Pada 10 Mac 1855, di bawah perjanjian di antara British di Singapura dan Sultan Ali dari Johor, kuasa memerintah Johor diserahkan kepada Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim dengan Muar masih lagi di bawah kekuasaan sultan. Muar kemudiannya diserahkan kepada Temenggung Ibrahim pada tahun 1877. Temenggung Ibrahim membuka sebuah bandar iaitu Bandar Tanjung Puteri di selatan Johor dan menjadikannya sebagai sebuah bandar utama. Bandar Tanjung Puteri kemudiannya dikenali sebagai Johor Bahru.

Temenggung Ibrahim kemudiannya digantikan oleh anaknya, Temenggung Abu Bakar yang kemudiannya memegang gelaran Seri Maharaja Johor. Pada tahun 1866, dia dilantik menjadi sultan Johor secara rasmi. Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim memperkenalkan sebuah perlembagaan dan menubuhkan sebuah sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan. Baginda juga memerintahkan dibinanya Istana Besar, tempat tinggal rasmi sultan. Sultan Abu Bakar kemudiannya dikenali sebagai Bapa Johor Moden.

Pada 11 Disember 1885, Sultan Abu Bakar telah menandatangani perjanjian persahabatan dengan wakil kerajaan British, Sir Frederick Arthur Stanley yang merupakan Setiausaha Tanah Jajahan British. Melalui perjanjian ini, kerajaan British mengiktiraf Johor sebagai sebagai sebuah negeri yang bebas dan berdaulat. Baginda juga diiktiraf sebagai Sultan Johor. Baginda bersetuju menerima seorang pegawai British yang bertugas sebagai Konsul British di Johor dan bukan sebagai penasihat. British juga bersetuju melindungi Johor jika berlaku sebarang ancaman dari luar.

Johor juga menikmati pembangunan ekonomi yang cemerlang. Permintaan lada hitam dan gambir yang tinggi pada kurun ke-19 menyebabkan pembukaan ladang-ladang baru dan kemasukan buruh Cina secara beramai-ramai. Sistem Kangchu dilaksanakan.

Pada 12 Mei 1914, Sultan Sir Ibrahim Al-Masyhur ibni Sultan Abu Bakar telah menandatangani perjanjian dengan Sir Arthur Henderson Young, Gabenor Negeri-Negeri Selat. Dalam perjanjian ini, jawatan Konsul ditukar kepada Penasihat Am. Dengan ini, Douglas Graham Campbell yang merupakan Residen British di Negeri Sembilan yang kelapan telah dilantik sebagai Penasihat Am British pertama di Johor. Ini juga telah menukarkan taraf Johor daripada sebuah negeri yang bebas dan berdaulat kepada sebuah negeri naungan British.[19]

Walaupun Sultan Sir Ibrahim menerima Penasihat Am British, kuasa pemerintahan baginda kekal dan tidak berkurangan seperti raja-raja Melayu yang lain di mana kuasa mereka dikawal oleh Residen dan Penasihat British.[20] Mereka hanya berkuasa terhadap agama Islam dan adat-istiadat Melayu sahaja.

Senarai Penasihat Am British Johor
No.NamaTahun
1.Douglas Graham Campbell1914
2.F.G. Weld (pemangku)1914-1916
3.Douglas Graham Campbell1916-1917
4.F.J. Hallifax (pemangku)1917-1918
5.J.F. Owens1918-1921
6.Hayes Marriot1921-1926
7.Charles Walter Hamilton Cochrane1926-1928
8.George Ernest Shaw1928-1931
9.Richard Olaf Winstedt1931-1935
10.Walter Evelyn Pepys1935-1940
11.W.D. Barron1940-1941

Pendudukan Jepun

Perang Dunia II meletus pada tahun 1939. British yang bertanggungjawab dalam aspek pertahanan Johor dikalahkan dengan mudah oleh tentera Jepun. Jepun menduduki Johor dari tahun 1941 hingga tahun 1945. Pendudukan Jepun di Johor menggantikan British tidak membawa apa-apa perubahan kepada pemerintahan Johor malahan tentera dan pegawai Jepun amat menghormati baginda Sultan Sir Ibrahim kerana baginda memiliki 'Order of The Rising Sun', darjah kebesaran Jepun yang dikurniakan oleh Maharaja Meijipada tahun 1934.

Jepun meneruskan dasar British dengan meletakkan seorang penasihat negeri di Johor untuk membantu Sultan Sir Ibrahim dalam urusan pentadbiran negeri. Ini menjadikan Johor sebahagian daripada Empayar Jepun. Ini juga berbeza dengan negeri-negeri Melayu yang lain di mana setiap negeri ditadbir oleh seorang Gabenor Wilayah dan raja-raja Melayu tidak lagi menjadi pemerintah negeri tersebut. Berikut ialah senarai penasihat negeri di Johor semasa zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu:
No.NamaTahun
1.Kenji Doihara1943-1945
2.Seishirō Itagaki1945

Pra-kemerdekaan Tanah Melayu

Selepas tamatnya peperangan, British kembali ke Johor dan pada tahun 1946, Johor menjadi sebahagian daripada Malayan UnionNasionalisme Melayu yang diketuai oleh Dato' Onn Jaafar daripada UMNO menyebabkan Malayan Union dibatalkan. Selepas itu, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dimeterai di King House (kini Carcosa Seri Negara) pada 21 Januari 1948. Mengikut perjanjian ini, 11 negeri-negeri Melayu termasuk Pulau Pinang dan Melaka bergabung dan membentuk Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya mencapai kemerdekaan.

Walau bagaimanapun, Sultan Sir Ibrahim masih tidak yakin dengan cadangan kemerdekaan Tanah Melayu. Pada bulan September 1953, Sultan Sir Ibrahim menulis surat bertajuk "Straits Settlement Forever" (Negeri-Negeri Selat Selama-lamanya) kepada akhbar The Straits Times yang berharap agar sistem Penasihat British dapat diteruskan dan negeri Pulau Pinang dan Melaka tidak perlu berada di dalam Persekutuan Tanah Melayu dan patut bersama-sama Singapura menjadi tanah jajahan British sampai bila-bila.[21]

Sultan Sir Ibrahim juga telah menyuarakan hasrat baginda untuk menolak kemerdekaan Tanah Melayu semasa sambutan Jubli Intan pemerintahan baginda pada 17 September1955. Baginda juga memberi amaran kepada negeri-negeri Melayu untuk menolak cadangan kemerdekaan dengan berkata "You Will Suffer If British Go!" (Kamu Akan Sengsara Jika British Pergi!).[22]

Penolakan Sultan Sir Ibrahim terhadap kemerdekaan Tanah Melayu membawa kepada penubuhan Persatuan Kebangsaan Melayu Johor (PKMJ) pada 22 Oktober 1955 oleh seorang kerabat istana Johor iaitu Ungku Abdullah bin Ungku Omar. PKMJ bukan saja menyokong saranan Sultan Sir Ibrahim untuk terus berada di bawah naungan British tetapi berusaha untuk memisahkan Johor dari Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya menggagalkan kemerdekaan Tanah Melayu. [23]

PKMJ bukan saja mendapat tentangan daripada Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dan Parti Perikatan, tetapi turut mendapat kecaman daripada orang Johor sendiri. Pada bulan November 1955, penduduk daerah Segamat yang mengelarkan kumpulan mereka 'Pasok Melaya Daerah Segamat' mengugut untuk meninggalkan daerah Segamat dari negeri Johor jika Johor tidak menyertai Persekutuan Tanah Melayu.[24]

Menjelang kemerdekaan, semakin ramai ahli-ahli PKMJ meninggalkan persatuan itu dan akhirnya persatuan ini terkubur. Ini bermakna cadangan Sultan Sir Ibrahim untuk menolak kemerdekaan dan dibawa oleh Ungku Abdullah melalui PKMJ tidak dapat diterima oleh rakyat Johor sendiri. [25]

Pada ketika itu, Sultan Sir Ibrahim sedang gering. Baginda menghabiskan hayatnya selama 2 tahun di Rumah GrosvenorLondon dengan menonton televisyen, melawat teater bersama isterinya yang ke-6, Marcella Mendl dan puterinya, Tunku Meriam. Baginda telah menyerahkan pentadbiran Johor kepada puteranya, Tunku Ismail. Ungku Abdullah telah menasihati Tunku Ismail agar tidak menandatangani Perlembagaan Kemerdekaan tetapi beliau tidak diendahkan dan baginda terus menandatangani perlembagaan tersebut sejurus menjadikan Johor sebagai salah sebuah negeri yang menyertai Malaysia dan mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.[26]

Garis masa
Rencana utama: Sultan Johor
  1. 1511-1528: Sultan Mahmud Shah I
  2. 1528-1564: Sultan Alauddin Riayat Shah II (Raja Ali/Raja Alauddin)
  3. 1564-1579: Sultan Muzaffar Shah II (Raja Muzafar/Radin Bahar)
  4. 1579-1580: Sultan Abdul Jalil Shah I (Raja Abdul Jalil)
  5. 1581-1597: Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II (Raja Umar)
  6. 1597-1615: Sultan Alauddin Riayat Shah III (Raja Mansur)
  7. 1615-1623: Sultan Abdullah Ma'ayat Shah (Raja Mansur)
  8. 1623-1677: Sultan Abdul Jalil Shah III (Raja Bujang)
  9. 1677-1685: Sultan Ibrahim Shah (Raja Ibrahim/Putera Raja Bajau)
  10. 1685-1699: Sultan Mahmud Shah II (Raja Mahmud)
  1. 1699-1720: Sultan Abdul Jalil IV (Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Jalil)
  2. 1718-1722: Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah (Raja Kecil/Yang DiPertuan Johor)
  3. 1722-1760: Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (Raja Sulaiman/Yang DiPertuan Besar Johor-Riau)
  4. 1760-1761: Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah
  5. 1761-1762: Sultan Ahmad Riayat Shah
  6. 1762-1812: Sultan Mahmud Shah III (Raja Mahmud)
  7. 1812-1819: Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah (Tengku Abdul Rahman)
  8. 1819-1835: Sultan Hussain Shah (Tengku Husin/Tengku Long)
  9. 1835-1877: Sultan Ali (Tengku Ali; tetapi baginda tidak diiktiraf oleh Inggeris)
  1. 1855-1862: Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim (Seri Maharaja Johor)
    Tidak memakai gelaran Sultan kerana menghormati Sultan Ali yang masih hidup.
Sultan Johor Moden
  1. 1862-1895: Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim (Temenggung Che Wan Abu Bakar/Ungku Abu Bakar)
  2. 1895-1959: Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar
  3. 1959-1981: Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim
  4. 1981-2010: Sultan Mahmud Iskandar Al-Haj
  5. 2010-Kini: Sultan Ibrahim Ismail Ibni Sultan Mahmud Iskandar

Nota dan rujukan sila rujuk; 
Sumber: 


Sejarah Lanun Sultan Johor
SULTAN JOHOR LANUN

Sejarah Sultan Lanun Johor

Pada 11 Julai 2012 yang lalu, artikel CD bertajuk Polis diraja Johor mempersoalkan kewujudan Polis diraja Johor yang tidak diketahui tujuan penubuhannya - adakah di bawah Askar Timbalan Setia Negeri Johor atau dikenali sebagai Johor Military Force (JMF) atau adakah ditubuhkan sebagai polis bantuan yang dibenarkan di bawah penubuhan Akta Polis 1967 atau adakah hanya sebagai security guard?

Blog entry kali ini cuba membuat ulasan mengenai salah satu tulisan Uncleseekers bertajuk Sultan Johor Atau Kerabatnya? (Part 62) - Johor Military Force (JMF) Relevan atau Tidak? Ditegaskan sekali lagi, semua dakwaan Uncleseekers melalui artikel-artikel di blognya bukan semuanya benar dan bukan semuanya salah. Di dalam artikel berkenaan (yang ditulis melalui e-mail oleh Kamal Hisham mengenai JMF), dinyatakan JMF diwujudkan ekoran daripada kes Mighell v. the Sultan of Johore.

“Adakah betul JMF ditubuh hanya untuk menyelamatkan Sultan Johor yang telah disaman di England kerana melakukan pecah janji atau tak jujur pada janji nya kepada seorang wanita ? Ini berkaitan kes Mighell vs The Sultan of Johor? Adakah benar dari fakta kes itu, sudah pasti Sultan akan kalah kes , jadi dia cuba mengguna taktik berbelit sedikit iaitu mengunakan alasan ‘raja berkedaulatan atau sovereign’ sebagai cara lepaskan diri dari tindakan mahkamah - E-mail Kamal Hisham yang disiarkan dalam blog Unclessekers 
image
Petikan akhbar Straits Times, 12 Disember 1893

Itu tidak benar! Kes tersebut dibicarakan pada tahun 1894, sedangkan JMF ditubuhkan pada tahun 1886 oleh Sultan Abu Bakar. Bermakna JMF ditubuhkan bukan disebabkan oleh kes Mighell v. Sultan of Johore (1894) 1 QB.

Mengikut akhbar Straits Times Weekly Issue, 12 December 1893 (muka surat 5), Albert Baker dan Jenny Mighell berkenalan pada bulan Ogos 1885. Walaupun kemudiannya Jenny Mighell mengetahui Albert Baker adalah seorang Maharaja, wanita itu masih menantikan Albert Baker selama 5 tahun. Hanya pada 30 Ogos 1893 Mighell membawa kes ini ke mahkamah. Akhirnya pada tahun 1894, Albert Baker terlepas daripada pengadilan kerana sebagai seorang Raja negeri-negeri Melayu, baginda adalah kebal dari sudut undang-undang. 

Melihat daripada tarikh-tarikh tersebut jelas menunjukkan penubuhan JMF tiada kena-mengena dengan kes Mighell v. the Sultan of Johore seperti yang didakwa di dalam blog Uncleseekers.

Jadi, apakah alasannya JMF ditubuhkan?

Umum mengetahui keturunan Kesultanan Johor yang memerintah negeri Johor pada hari ini bukanlah waris kesultanan Johor yang sah. Mereka hanya berketurunan Temenggong, bermula dari Temenggung Daeng Ibrahim yang menggunakan tipu-helah dan muslihat untuk memerintah negeri Johor. 
image
Si katik cuba mengingatkan rakyat Johor belajar sejarah. Harap dia pun tahu sejarah asal-usul nenek moyangnya hanyalah Temenggung Johor yang merampas takhta dengan tipu-helah dan muslihat bersama British. 

Temenggung Daeng Ibrahim dan kemudian anaknya Temenggung Abu Bakar merupakan pemerintah Johor de facto bukan bertaraf raja atau Sultan.

Untuk menjadi Sultan perlu mendapat pengikhtirafan dari Sultan-sultan yang berdaulat seperti Perak, Siak dan Lingga. Sebagai contoh Daeng Lumu ditabalkan menjadi Sultan Selangor yang pertama oleh Sultan Perak dan dihadiahkan sebahagian alat nobat Perak yang diwarisi dari Kesultanan Melayu Melaka untuk dijadikan alat kebesaran diraja Selangor. 

Begitu juga Bendahara Tun Zainal Abidin bin Tun Habib Abdul Majid diikhtiraf menjadi Sultan oleh Raja Pattani. Alat-alat kebesaran diraja Johor Lama semuanya disimpan di Pulau Penyengat oleh Engku Hamidah (isteri Sultan Mahmud Shah III) kerana tidak mahu ianya terlepas ke tangan lanun iaitu Temenggung yang ingin menjadi raja. 

Untuk menampakkan Temenggung Abu Bakar setaraf raja-raja di negeri Melayu yang lain, British menyarankan Temenggung Abu Bakar menggunakan gelaran Maharaja seperti raja-raja di India.
image
Nobat Kesultanan Johor Lama yang diberikan kepada Kesultanan Terengganu apabila Kesultanan Riau-Lingga runtuh. Nobat ini tidak diserahkan kepada keturunan Temenggong yang merajakan diri di Johor. 

Umum juga mengetahui JMF ditubuhkan ekoran daripada perjanjian Anglo-Johor Treaty 1885. British menasihati Sultan Johor untuk memiliki sebuah kekuatan tentera sendiri bagi melindungi institusi diraja dan juga negeri Johor. Selepas ini juga lah iaitu pada 1 Julai 1886, Maharaja Abu Bakar mula memakai gelaran Sultan.

Persoalannya, mengapakah British menasihati Maharaja Abu Bakar untuk memiliki tentera sendiri?

1. Serangan Si Bongkok terhadap Temenggung dan British 

Lagu rakyat negeri Johor "Tanjung Puteri” dikatakan dicipta sekitar tahun 1950an bukan sahaja menceritakan mengenai keindahan negeri Johor, tetapi terdapat perkara yang perlu dikaji sejarahnya. Dalam lirik lagu tersebut ada disebut “Pusara Si Bongkok di lereng bukit, di tepi pantai Tanjung Puteri”.
image


Pusara Si Bongkok yang hanya bernesankan sekeping papan diletakkan seorang lelaki pada 23 Januari 1981 selepas dia bermimpi didatangi Si Bongkok yang menyuruhnya menanda pusara berkenaan. Penulis novel sejarah, Abdul Latip Talib mengambil inisiatif sendiri untuk meletakkan nesan batu di pusara tersebut. Mana pergi kerajaan negeri?

Siapa Si Bongkok yang dimaksudkan? Si Bongkok memang nama asalnya manakala nama bapanya adalah Damak. Si Bongkok adalah merupakan seorang pahlawan Melayu yang menentang campur tangan British dalam pentadbiran dan ekonomi Johor dan juga menentang Temenggung Johor yang menjadi pemerintah de-facto Johor. 

Si Bongkok juga inginkan takhta kesultanan Johor yang ketika itu dikuasai Temenggung Daeng Ibrahim dikembalikan kepada pewaris asal iaitu Sultan Ali. 

Si Bongkok dan pengikutnya menyerang kapal-kapal yang melalui perairan Johor untuk berdagang di pelabuhan Tanjung Puteri dan Singapura. Tindakan itu menyebabkan aktiviti perdagangan dan ekonomi di Tanjung Puteri dan Singapura semakin merosot. British dan Temenggung Ibrahim menghantar angkatan laut Johor diketuai Laksamana Daeng Alek untuk menyerang Si Bongkok. 

Serangan demi serangan gagal untuk mengalahkan Si Bongkok. Paglima Putih yang merupakan adik Si Bongkok adalah pengikut kepada Temenggung Ibrahim. Dikatakan Si Bongkok dan Palima Putih mencintai gadis yang sama iaitu Tanjung, anak kepada Datuk Penggawa Timur. Berlaku pergelutan antara mereka berdua dan Si Bongkok terbunuh. 

Ada sumber mengatakan dalam pergelutan tersebut Si Bongkok membunuh diri dengan menggunakan senjatanya kerana tidak sanggup untuk bergaduh dengan adiknya sendiri. Persoalannya benarkah Si Bongkok membunuh diri? Mungkin sengaja direka-reka oleh mereka yang membenci perjuangan Si Bongkok yang menentang British dan Temenggung Ibrahim.

Kisah Si Bongkok yang menentang Temenggung Ibrahim dan British ini kemungkinan berlaku sekitar tahun 1855 hingga 1877. Mengapa 1855? Kerana ini adalah tahun dimana pusat pentadbiran Johor dipindahkan dari Teluk Belanga, Singapura ke Tanjung Puteri. Dan 1877 adalah tahun dimana Sultan Ali mangkat. Penentangan Si Bongkok mungkin berlaku di dalam tempoh tersebut. 

Si Bongkok seakan dilupakan sejarahnya tidak seperti pahlawan menentang penjajah yang lain seperti Dol Said, Tok Janggut, Datuk Bahaman dan lain-lain adalah kerana Si Bongkok bukan sahaja membenci penjajah tetapi turut membenci Temenggung yang merampas hak Kesultanan Johor yang sah. Dan keturunan Temenggung yang dibenci itu lah merupakan keturunan Kesultanan Johor pada hari ini.
image
2. Perang Jementah 

Perang Jementah berlaku disebabkan sikap imperialis Temenggung Ibrahim dan anaknya Temenggung Abu Bakar yang ingin meluaskan lagi kekuasaannya ke atas Muar-Kesang yang menjadi hak Sultan Ali dan keturunannya di bawah Perjanjian 10 Mac 1855. ***** sangat kah Sultan Ali yang hanya menerima Muar-Kesang sedangkan lain-lain daerah dikuasai Temenggung Ibrahim? Ini lah muslihat Temenggung Ibrahim dan British yang kononnya akan menjadikan Melaka sebagai kota pemerintahan baginda. Itu sebabnya Sultan Ali dibenarkan tinggal di Melaka dan mangkat di Umbai, Melaka.
image
Tengku Mahkota Muar jauh lebih handsome dari TMJ katik

Sejak itu Sultan Ali dikenali sebagai Sultan Muar. Sultan Ali meneruskan tradisi dengan mewakilkan Raja Temenggung Muar sebagai wakil Sultan dalam pemerintahan. Muar diberikan kuasa autonomi dan diperintah oleh Raja Temenggung Muar sejak zaman Sultan Ibrahim (1677–1685). Muar adalah anugerah Sultan Ibrahim kepada Sayyid Ibrahim sebagai mas kahwin semasa perkahwinan Sultan Ibrahim (ayahanda kepada Sultan Mahmud Mangkat Dijulang) dan adinda Sayyid Ibrahim. Keturunan Raja Temenggung Muar inilah yang memerintah Muar sehingga Maharaja Abu Bakar menjajah Muar-Kesang.

Sultan Ali mangkat di Umbai, Melaka pada tahun 1877. Bermula lah pertikaian diantara 2 putera - Tengku Mahmood dan Tengku Alam. Pembesar Muar-Kesang termasuk Raja Temenggung Muar memberi sokongan kepada Tengku Alam kerana beliau adalah putera sulung Sultan Ali dari isterinya bernama Daeng Siti iaitu anak pembesar Bugis. Disebabkan pertikaian ini, British menawarkan Maharaja Abu Bakar sebagai pemerintah sementara Muar-Kesang sehingga krisis diantara 2 putera itu berakhir. 

Untuk mendapat persetujuan pembesar-pembesar di Muar-Kesang, satu undian di Kuala Kesang dibuat. Maharaja Abu Bakar dan British menggunakan tipu muslihat sekali lagi dengan membeli dan mengugut pembesar-pembesar Muar-Kesang supaya mengundi Maharaja Abu Bakar. Jadi, British pun menyerahkan pentadbiran wilayah Muar-Kesang kepada Maharaja Abu Bakar. 

Ini menyebabkan Tengku Alam tidak berpuas hati dan akhirnya tercetuslah Perang Jementah pada 25 Oktober 1879. Dengan sokongan British, Maharaja Abu Bakar telah menang dalam Perang Jementah. Muar-Kesang jatuh sebagai wilayah jajahan Maharaja Abu Bakar dan sekaligus menghapuskan kekuasan Raja Temenggung Muar yang akhirnya dihapuskan oleh British pada 1902.
image
Jadi, penentangan yang berterusan terhadap keturunan Temenggung yang merajakan diri sendiri dan menjadi penjilat tegar penjajah British adalah sebenarnya faktor mengapa JMF ditubuhkan. Ini adalah fakta yang tidak berani disentuh oleh mana-mana buku sejarah yang kebanyakannya dikarang oleh pihak yang menang.

Berbalik kepada persoalan yang dikemukakan oleh Uncle Seekers, masih relevan atau tidak JMF? Jawapannya adalah YA! 

1. Kebencian terhadap keturunan Temenggung yang semakin melebarkan empayar dan menjadi penjilat tegar British menyebabkan berlakunya pemberontakan dan peperangan di Johor. Oleh sebab itu, British menasihati Sultan Johor untuk memiliki sebuah kekuatan tentera sendiri bagi melindungi institusi diraja dan juga negeri Johor. Tanpa kekuatan ketenteraan, penentangan dari waris yang sah bagi Kesultanan Johor mungkin boleh berlaku sama ada dari keturunan Tengku Alam ibni Sultan Ali atau dari Tengku Mahmood ibni Sultan Ali. Tidak mustahil juga waris Raja Temenggung Muar yang selama ini memerintah Muar sebagai sebuah negeri yang merdeka turut akan membuat serangan. 

Hingga kini tiada lagi kedengaran tuntutan takhta daripada Sultan Johor oleh waris-waris Kesultanan Melayu Melaka kerana tiada yang berani. Semua pergi kacau negeri Melaka yang tidak bersultan seperti kes Raja Norjan Shah atau Raja Ahmad Nasir yang menuntut takhta Kesultanan Perak. Umum mengetahui selepas jatuhkan Kesultanan Melayu Melaka, warisnya menjadi Sultan Johor dan Perak. 

Jadi, adalah relevan penubuhan JMF disini bagi melindungi Sultan-sultan dari keturunan Temenggung yang bukan berasal dari susur-galur raja yang sah bagi Kesultanan Johor daripada sebarang penentangan dan tuntutan takhta daripada waris yang sah. Dan kini JMF terus menjadi bodyguard anak-cucu Sultan Johor dan dibayar gaji oleh kerajaan menggunakan duit rakyat.
image
JMF berbangga kerana berjaya mematahkan pemberontakan oleh askar-askar India Muslim dari pasukan 5th Light Infantry di Singapura pada tahun 1915. Peristiwa yang dinamakan 1915 Singapore Mutiny (atau 1915 Sepoy Mutiny) juga dinamakan 1915 Dahagi Singapura bermula apabila British bercadang untuk menghantar pasukan tentera India Muslim dan Melayu untuk menentang Turki Uthmaniyyah. 

Seorang ulama tempatan bernama Nurul Alam Syah dan seorang saudagar Gujerat bernama Kassim Ali telah meniup semangat jihad di kalangan tentera Islam supaya tidak patuh kepada arahan British, ditambah pula dengan fatwa berjihad yang dikeluarkan oleh kerajaan Uthmaniyyah. Pada 15 February 1915, seramai 815 askar India Muslim dan 100 askar Melayu telah menyerang British menyebabkan 33 orang askar British terkorban. 

British telah memohon bantuan dari JMF untuk mematahkan pemberontakan ini. Akhirnya JMF berjaya menangkap askar-askar yang memberontak yang menyeberang ke Johor merentasi Selat Johor semasa melarikan diri daripada buruan pihak British. Askar-askar India Muslim yang ditangkap oleh JMF ini akhirnya dijatuhkan hukuman bunuh dengan firing squad (rujuk gambar) manakala Nurul Alam Syah dan Kassim Ali di hukum gantung. 

Boleh baca tulisan Prof. Madya Dr. Hafidzi Md Noor di link ini. Sejarah JMF menjadi tali barut British dan sanggup menyebabkan saudara sesama Islam terbunuh mungkin membanggakan mereka. Itulah relevannya penubuhan JMF sebagai sekutu British yang sanggup melebihkan British dari umat Islam.
image
3. Mengikut tulisan Dato’ Onn Jaafar bertajuk “Tyranny in Johore” semasa menjadi wartawan Sunday Mirror (boleh dibaca buku bertajuk One Man’s Will - A Portrait of Dato’ Sir Onn Bin Jaa'afar di mukasurat 264, semasa pemerintahan Sultan Ibrahim, askar-askar JMF dikerah sebagai buruh paksa untuk membina padang lumba kuda dan juga membuka ladang di Pagoh, Tasek Utara dan Pasir Pelangi untuk Sultan. Ini boleh dikatakan sebagai antara sumbangan terpenting askar-askar JMF di dalam sejarah negeri Johor kerana berkhidmat sebagai buruh paksa untuk Sultan Johor.
image
4. Apabila pasukan tentera Jepun dibawah Jeneral Tomoyuki Yamashita memasuki negeri Johor, khususnya bandar Johor Bahru, pasukan JMF tidak langsung memberikan sebarang tentangan atau terlibat dalam pertempuran menentang tentera Jepun. Sultan Ibrahim terpaksa meninggalkan istana dan berpindah ke Batu Pahat. Jeneral Yamashita dan tentera Jepun menjadikan Istana Bukit Serene, Johor Bahru sebagai markas tentera. Persoalannya, mengapa askar-askar JMF tidak berani melawan Jepun? 

Begitu juga semasa Konfrontasi Indonesia-Malaysia (1962-1966), askar-askar dari Singapore Infantry Regiment seramai 25 orang telah diserang hendap oleh sekumpulan pengganas Indonesia pada 28 Februari 1965. Dalam kejadian itu, 8 orang askar telah terkorban manakala 5 orang tercedera. Sekali lagi, di mana askar-askar JMF dibawah pemerintahan Sultan Ismail pada masa itu yang hebat-hebat kononnya ditubuhkan untuk mempertahankan negeri Johor? 

Masih relevan kah JMF? Ya, masih relevan sebagai bodyguard Sultan dan kerabatnya. Biar lah negara kena serang dengan musuh, yang penting Sultan dan kerabatnya selamat. Apa terjadi kepada rakyat jelata tidak penting. 

5. JMF juga memainkan peranan penting bagi kes-kes yang rakyat secara umumnya sudah pun tahu. Sebagai contoh rujuk kes-kes Public Prosecutor v. Tengku Mahmood Iskandar & Anor., (1973) Public Prosecutor v. Tengku Mahmood Iskandar & Anor., (1977), Peristiwa Gomez 1992 dan lain-lain lagi. Peristiwa Gomez 1992 sudah cukup menceritakan tugas JMF. 

Menurut kisahnya, Douglas Gomez dipanggil mengadap di Istana Bukit Serene pada 30 November 1992. Sultan Johor yang memukulnya dikelilingi 6 lelaki berseluar jeans dan berbaju-T serta antara 10-12 orang askar JMF. Itu satu contoh penglibatan JMF memukul rakyat, banyak lagi kes yang rakyat pun tahu. Begitu banyak jasa dan bakti JMF kepada rakyat jelata yang membayar gaji mereka.
image
Contoh jadual gaji askar JMF berpangkat Kapten

Jadi, berbalik kepada soalan Uncleseekers sama ada JMF masih relevan atau tidak - jawapannya mudah, YA! 

JMF adalah perlu untuk memastikan keselamatan Sultan dan kerabatnya yang takut dengan bayang-bayang sendiri, juga penting sebagai kuli batak dan bodyguard. Mungkin itu saja yang mampu dibuat kerana sejarah menunjukkan betapa pengecutnya mereka sewaktu negara betul-betul memerlukan mereka. 
image
Kem baru JMF seluas 20.71 hektar dijangka siap 2014

Kerajaan Johor memperuntukkan RM118.7 juta untuk membina kem baru JMF di Jalan Datin Halimah, Johor Baharu harus dipuji. Biarlah rakyat menanggung perbelanjaan askar-askar yang menjaga Sultan Johor dan kerabatnya. Sebagai balasan kepada rakyat yang memberi askar-askar dan anak isteri mereka makan dan minum - mungkin akan ada lagi rakyat yang ditumbuk dan disepak terajang. Persetankan dengan rakyat, yang penting bayangan tuhan dimuka bumi ini dijaga dengan sebaik-baiknya. 

Sejarah di sekolah ditulis oleh orang-orang yang menang.
…FIN..

Sumber: 
Sejarah Lanun Sultan Johor

Nota: Banyak istilah jalan raya diperolehi dari rencana di bawah. Baik untuk tambah ilmu pengetahuan. 

WEDNESDAY, DECEMBER 2, 2015

Reviu eksklusif Lebuhraya Segamat-Muar FT23 (Pakej 1b & 2) / Segamat-Muar Highway FT23 (Package 1b & 2) exclusive review

Salam sejahtera,

Kini kita sudah pun memasuki bulan terakhir bagi tahun 2015 sebelum kita meninggalkannya buat selama-lamanya. Sebagai pembuka tirai bulan Disember 2015, saya bawakan kepada anda satu reviu jalan raya yang amat dinanti-nantikan oleh para peminat Blog Jalan Raya Malaysia khususnya orang-orang Segamat. Jalan raya yang menjadi pilihan kami untuk reviu kali ini tidak lain dan tidak bukan ialah Lebuhraya Segamat-Muar FT23. Reviu Lebuhraya Segamat-Muar FT23 ini diadakan setelah 10 bulan tanpa sebarang reviu jalan raya, menjadikan tahun 2015 sebagai tahun paling tidak produktif buat kami; reviu terakhir sebelum ini sudah tentulah reviu Lebuhraya Jerangau-Jabor FT14 yang merupakan sebahagian daripada siri reviu XPDC Teganu Kita 2015.

Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kerana lambat menyiarkan reviu Lebuhraya Segamat-Muar FT23 ini berikutan masalah kesihatan, sungguhpun sepatutnya saya menyiarkannya Sabtu lalu (28 November 2015). Reviu kali ini dihasilkan susulan lawatan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof ke Segamat pada 14 November 2015 bagi meninjau projek lebuh raya yang sudah 98% ini.

Sebelum saya teruskan, biar saya ceritakan serba-sedikit mengenai sejarah Lebuhraya Segamat-Muar FT23 ini. Sejarah pengangkutan antara Segamat dan Muar sebenarnya bermula sejak tahun 1511 lagi semasa Bendahara terakhir Melaka, Bendahara Paduka Tuan, atau lebih dikenali sebagai Bendahara Tepok, terpaksa melarikan diri setelah kejatuhan kota Melaka ke tangan Portugis. Tatkala Sultan Mahmud melarikan diri ke Johor Lama, Bendahara Tepok dan para pengikutnya pula memilih untuk ke Muar dan seterusnya mudik ke kawasan hulu Sungai Muar, memandangkan keadaan fizikalnya yang lumpuh dan perlu diusung ke sana ke mari. Namun, beliau dan para pengikutnya tidak betul-betul menyelusuri sepanjang Sungai Muar; sebaliknya, beliau memilih untuk memasuki satu sungai yang belum pernah diteroka sebelum ini. Setelah tiba di kawasan lubuk yang berbatu-batan, Bendahara Tepok dan para pengikutnya mengambil keputusan untuk berhenti rehat dan mandi. Air sungai di lubuk tersebut begitu sejuk dan menyegarkan, lantas Bendahara Tepok memberitahu kepada salah seorang pengikutnya iaitu Selamat Gagah, "Segar amat badanku ini!" Daripada ungkapan tersebutlah lahirnya nama Segamat, manakala kawasan lubuk tersebut dinamakan sebagai Kampung Lubuk Batu.

Selama berabad-abad lamanya, Sungai Muar dan Sungai Segamat menjadi nadi pengangkutan utama di antara Segamat dan Muar. Proses urbanisasi berlaku dengan rancaknya di Segamat bermula penghujung abad ke-19. Namun, pada masa itu bandar Segamat bukan dikenali dengan nama Segamat tetapi dikenali sebagai Rantau Panjang. Hanya pada awal kurun ke-20 sahaja barulah bandar Segamat dikenali dengan nama sekarang. Pada masa itu, pengkalan sungai utama di bandar Segamat dikenali sebagai Pengkalan Esah, dinamakan sempena nama isteri kepada bekas Residen Muar dan Kesang pada masa itu. Namun, segalanya berubah semasa kerajaan negeri Johor merancang untuk membina rangkaian jalan raya di Segamat hasil kerjasama dengan pihak penjajah British.

Pada tahun 1914, dua batang jalan raya mula dibina untuk menghubungkan antara bandar Segamat dengan bandar-bandar utama lain di Johor, iaitu Jalan Persekutuan 1 dan Jalan Persekutuan 23, yang mana kedua-duanya siap pada tahun 1939. Akibatnya, masyarakat mula beralih kepada mod pengangkutan jalan raya yang lebih memudahkan, menyebabkan mod pengangkutan sungai tidak lagi digunakan. Bekas tapak Pengkalan Esah pula kini menempatkan Jambatan Kedua Segamat J217.

Jalan Segamat-Muar FT23 itu sendiri menerima banyak penambahbaikan sejak pembukaannya pada tahun 1939. Antaranya, banyak selekoh tajam di Kampung Lubuk Batu, Kampung Batu 7 dan Kampung Bukit Tunggal yang dipintas. Namun, Jalan Segamat-Muar FT23 tetap terkenal sebagai jalan raya yang mempunyai banyak selekoh tajam, kerana selekoh-selekoh maut dalam daerah Ledang pula langsung tidak dipintas. Turut menambah parah keadaan, Lebuhraya Tun Razak FT12 dibuka pada tahun 1983, menyebabkan kadar aliran trafik di FT23 meningkat mendadak berikutan pertambahan pengguna jalan raya dari Muar dan Melaka yang menggunakannya untuk ke Kuantan. Susulan dengan itu, pada tahun 1997, Menteri Kerja Raya pada masa itu, Datuk Seri Samy Vellu, mengumumkan pembinaan Lebuhraya Segamat-Muar sebagai laluan lebuh raya ekspres baharu yang dibina selari dengan jalan FT23 sedia ada. Malangnya, seperti kebanyakan projek lebuh raya ekspres yang diumumkan pada masa itu, projek Lebuhraya Segamat-Muar dibatalkan susulan kesan kegawatan ekonomi tahun 1997.

Hanya pada November 2011 barulah projek Lebuhraya Segamat-Muar dihidupkan semula, tetapi sebagai naik taraf jalan FT23 sedia ada dan bukannya laluan lebuh raya ekspres baharu. Ia samalah seperti kes Lebuhraya Ipoh-Lumut FT5 yang turut menerima nasib yang sama. Projek Lebuhraya Segamat-Muar FT23 yang dihidupkan semula ini asalnya dianggarkan memakan belanja sebanyak RM770 juta, tetapi Pakej 1b dan 2 sepanjang 22 km dari Kampung Gemereh ke Ulu Jementah itu sahaja sudah memakan belanja sebanyak RM330 juta. Kenapa kosnya semakin naik pula...? Untuk pengetahuan anda semua, peningkatan kos ini didorong oleh pelbagai faktor, antaranya termasuklah kerja-kerja pengalihan kubur serta mekanisme pencegahan banjir di sepanjang jajaran lebuh raya ini. Secara keseluruhannya, projek Lebuhraya Segamat-Muar FT23 dibahagikan kepada 5 pakej, dengan anggaran baharu kos keseluruhan projek sejumlah hampir RM1 bilion.

Masa untuk subjek Sejarah sudah tamat, jadi jom kita beralih pula kepada reviu Lebuhraya Segamat-Muar FT23 (Pakej 1b dan 2) ini.

Jajaran lebuh raya yang sudah hampir siap sepenuhnya ini bermula di pencawang masuk utama lama Tenaga Nasional Berhad di Kampung Gemereh. Kenapa pula tidak dibina terus dari bandar Segamat...? Untuk pengetahuan anda, Pakej 1a tidak akan menggunakan laluan FT23 sedia ada, tetapi sebaliknya akan menggunakan laluan baharu yang akan disambung sehingga ke Jalan Bulok Kasap FT1. Jadi, sudah tentulah belum ada peruntukan untuk membinanya. Jajaran FT23 sedia ada dari Kampung Lubuk Batu sehingga ke penamatnya di Persimpangan Permaisuri di bandar Segamat pula tidak dapat dilebarkan kerana melalui banyak kawasan sensitif seperti Tanah Perkuburan Kampung Lubuk Batu. Tidak seperti tanah-tanah perkuburan lain di sepanjang FT23, Tanah Perkuburan Kampung Lubuk Batu tidak boleh dialihkan sama sekali berikutan statusnya sebagai tempat bersejarah, memandangkan ia turut menempatkan makam Bendahara Tepok. Sementara itu, jajaran dari hospital lama Segamat sehingga ke Persimpangan Permaisuri pula tiada rizab mencukupi untuk dilebarkan. Maka, anda boleh menjangkakan bakal wujud laluan alternatif bagi FT23 di Segamat setelah keseluruhan projek siap kelak.

Memandangkan projek Lebuhraya Segamat-Muar dihidupkan semula sebagai naik taraf jalan FT23 sedia ada, jadi anda boleh menjangka terdapat sebegitu banyak persimpangan searas berlampu isyarat, samalah perangainya seperti Lebuh AMJ FT19mahupun Lebuhraya Ipoh-Lumut FT5. Persimpangan pertama sudah tentulah Persimpangan Gudang Garam yang menghubungkan Jalan antara Kampung Gudang Garam ke lebuh raya ini melalui Jalan Negeri Johor J161. Buat perokok tegar, anda sama sekali tidak akan menemui kilang mahupun gudang rokok kretek jenama Gudang Garam di sini. Memandangkan lebuh raya ini dibina sebagai lebuh raya kembar dengan piawaian JKR R5 (lebar lorong 3.5 m; had laju reka bentuk 100 km/j), maka setiap persimpangan lampu isyarat boleh digunakan oleh kenderaan ringan sebagai tempat membuat pusingan U.

Persimpangan kedua pula ialah Persimpangan Taman Bunga Raya. Berdasarkan maklum balas yang saya perolehi daripada orang-orang Segamat semasa saya memuat naik gambar teaser bagi reviu kali ini, saya dapati bahawa persimpangan inilah yang merupakan persimpangan yang paling kontroversi, kerana pengguna lebuh raya dari Taman Gemereh menghadapi kesulitan kerana terpaksa membuat pusingan U di tempat yang jauh untuk ke bandar Segamat. Hendak memasuki taman perumahan tersebut juga memerlukan anda bersilat sakan akibat reka bentuk jalan masuk baharu ke taman perumahan tersebut. Kenapa boleh jadi begitu...? Untuk pengetahuan anda, Lebuhraya Segamat-Muar FT23 memang ditambak tinggi bagi mengelakkan daripada banjir. Dalam kes Taman Gemereh, lebuh raya FT23 ditambak tinggi sehinggakan jalan masuk asal terpaksa ditutup. Sebaliknya, jalan masuk baharu dibina, tetapi ramai yang merungut kerana terpaksa bersilat sakan dan terpaksa pusing jauh. Justeru, sebagai jalan penyelesaian, saya cadangkan agar Taman Gemereh diperbesarkan dengan membina lebih banyak rumah baharu, sekaligus membolehkan jalan masuk yang lebih sempurna dibina. Namun, ia sudah tentulah memerlukan kesanggupan oleh tuan tanah sendiri. Seterusnya, simpang LILO sedia ada untuk memasuki Taman Gemereh boleh digantikan dengan persimpangan lampu isyarat biasa dan berkongsi pemasaan dengan Persimpangan Taman Bunga Raya.

Persimpangan ketiga iaitu Persimpangan Batu Badak merupakan salah satu persimpangan terpenting di Lebuhraya Segamat-Muar FT23 ini. Ia bukan sahaja penting untuk memasuki Jalan Tasek Alai J153 yang menjadi laluan pintas utama ke Lebuhraya Tun Razak FT12, malah turut menempatkan jambatan baharu bagi menghubungkan antara Kampung Batu Badak dengan Jalan Pogoh J41.

Jika anda memilih untuk menggunakan lebuh raya FT23 untuk memasuki Lebuhraya Utara-Selatan E2, perjalanan masih berbaki 47 km dari Persimpangan Batu Badak. Keadaan jalan begitu lurus dan lebar, menjadikan perjalanan begitu seronok, selesa dan menjimatkan masa. Namun, saya amat tidak berpuas hati akan papan tanda had laju 80 km/j di lebuh raya ini, yang mana saya sifatkan terlalu perlahan dan tidak sesuai sama sekali. Jika dibandingkan, jalan lama yang lebih berbahaya dan lebih sempit itu pula mempunyai had laju 90 km/j, menjadikan had laju 80 km/j yang dipacakkan itu sangat mengarut dan tidak masuk akal sama sekali. Kalau setakat melebarkan lebuh raya untuk dipandu pada had laju yang lebih perlahan, lebih baik tak payah bina langsung. Tambahan pula, piawaian JKR R5 yang digunakan itu sebenarnya menyokong had laju reka bentuk setinggi 100 km/j, menjadikan had laju 80 km/j di Lebuhraya Segamat-Muar FT23 sebagai tidak relevan sama sekali.Dengar baik-baik,, lebih 90% pemandu di Lebuhraya Segamat-Muar FT23 tidak akan memandu pada kelajuan 80 kmj - sebaliknya, majoriti besar pemandu pasti akan memecut laju sehingga ada yang melebihi 180 km/j. Malah, semasa perjalanan pulang pun tanpa disedari jarum speedometer sudah melepasi angka 120 km/j, jadi saya terpaksa banyak berdoa agar tidak menerima "surat cinta" daripada Cik P. Begitulah gambaran betapa bagusnya kualiti pembinaan Lebuhraya Segamat-Muar FT23 ini sehinggakan had laju 80 km/j yang dikenakan tidak bersesuaian langsung dengan kualiti pembinaannya. Di samping itu juga, memandangkan hampir kesemua persimpangan di sepanjang Lebuhraya Segamat-Muar FT23 terdiri daripada persimpangan lampu isyarat, maka sudah tentulah had laju 80 km/j hanya akan mengganggu dan melambatkan perjalanan. Justeru, satu-satunya had laju yang paling sesuai, paling selamat dan paling relevan bagi Lebuhraya Segamat-Muar FT23 hanyalah 90 km/j sahaja, tidak lebih dan tidak kurang - itu pun hanya kerana Arahan Teknik 11/87: A Guide to the Design of At-Grade Intersections oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) telah menetapkan bahawa had laju maksimum yang dibenarkan di mana-mana jalan raya yang mempunyai persimpangan searas tidak boleh melebihi 90 km/j.

Lebuhraya Segamat-Muar FT23 menggunakan pembahagi jenis konkrit bebendul yang biasa digunakan oleh kebanyakan jalan raya kembar di bandar-bandar ataupun pekan-pekan. Meskipun tidak salah menggunakan pembahagi jenis ini, namun ada satu lagi kelemahan yang wujud hasil penggunaan pembahagi jenis ini di lebuh raya FT23. Kelemahan yang saya maksudkan sudah tentulah dari segi pencahayaan.Memang ada banyak kawasan di sepanjang Lebuhraya Segamat-Muar FT23 yang diterangi lampu jalan, tetapi tidak semua jajaran dipasang lampu jalan. Maka, sudah tentulah jajaran yang tiada lampu jalan itu begitu gelap, dan pembahagi jenis sebegitu boleh jadi sangat berbahaya pada waktu malam kerana keadaan yang gelap. Pakcik-pakcik dan makcik-makcik di kampung-kampung di sepanjang lebuh raya ini sudah tentu akan mengalami masalah sekiranya mereka menggunakan motosikal yang mentol lampu kepalanya tidak cukup terang. Jika pembahagi yang digunakan itu daripada jenis pengadang keluli ataupun konkrit, kedua-dua jenis pembahagi itu memang didatangkan dengan pemantul untuk memudahkan penglihatan. Justeru, pembahagi jenis konkrit bebendul yang digunakan di Lebuhraya Segamat-Muar FT23 ini memerlukan pemasangan banyak pemantul di sepanjang pembahagi jalan; sekurang-kurangnya, pemantul plastik silinder yang sudah mula digunakan oleh JKR pun sudah cukup berguna bagi tujuan ini.


Saya semakin menghampiri Jambatan Sungai Muar FT23. Kawasan di sekitar jambatan ini terdiri daripada kawasan berpaya yang sangat mudah mengalami banjir. Ia diburukkan lagi dengan sifat jalan lama FT23 yang bersifat seolah-olah seperti empangan, menyebabkan air banjir naik lebih tinggi disebabkan tahap saliran yang teruk. Sehubungan dengan itu, jajaran di sini ditinggikan - bukan sekadar ditinggikan, malah beberapa buah jambatan kecil atau pembetung turut dibina. Semasa Datuk Seri Fadillah Yusof datang ke Segamat, beliau sendiri memang ada menjelaskan bahawa Lebuhraya Segamat-Muar FT23 memang direkabentuk agar tidak mudah ditenggelami air banjir. Selain Kampung Batu 7, jajaran antara Kampung Batu Badak dengan persimpangan Taman Bunga Raya turut ditambak tinggi bagi mengelakkan lebuh raya ini daripada ditenggelami air banjir. Reka bentuk sebegini sangat penting supaya orang-orang Segamat tidak terputus hubungan sekiranya berlaku banjir besar seperti pada tahun 2006 dan 2011 dahulu.

Di kawasan sama juga terdapat sepasang pusingan U jenis lorong laju ke lorong perlahan, sama seperti yang digunakan di Lebuh AMJ FT19. Memandangkan jajaran lama Jalan Segamat-Muar FT23 dinaiktaraf menjadi lebuh raya kembar, maka sudah tentulah bilangan lintasan searas dikurangkan untuk kelancaran lalu lintas. Namun, penduduk tempatan sudah tentulah akan komplen kerana terpaksa membuat pusingan U di tempat jauh untuk ke rumah berhampiran di seberang jalan sahaja. Apa boleh buat, inilah harga yang anda perlu bayar bagi memperoleh tahap keselesaan serta keselamatan yang lebih baik. Jika dibandingkan dengan Jalan Batu Pahat-Kluang FT50 yang dibina sebagai jalan super four yang amat memudahkan penduduk kampung membelok ke kanan di mana-mana sahaja, rekaan sebegitu sebaliknya menyumbang kepada kadar kemalangan yang mencanak tinggi di sana. Justeru, biarlah kita bersakit-sakit dahulu supaya kita memperolehi kesenangan dan keselamatan di kemudian hari.

Seterusnya, saya melintasi Jambatan Sungai Muar FT23. Jambatan ini dibina sebagai jambatan baharu sepenuhnya kerana jambatan lama itu sempit dan hanya sekadar memenuhi piawaian JKR R3 atau R4 sahaja. Jambatan lama diruntuhkan selepas jambatan baharu yang lebih tinggi dan lebih lebar siap. Di Kampung Batu 7 ada 2 buah persimpangan yang menghubungkan antara FT23 dengan UiTM Johor dan Jalan Pintasan Jementah-Batu Anam J43, tetapi hanya satu sahaja persimpangan yang dibina sebagai persimpangan berlampu isyarat iaitu di sebelah barat. Persimpangan di sebelah timur pula hanya dijadikan sebagai persimpangan LILO sahaja.

Di Persimpangan UiTM Johor, ada satu perkara lagi yang saya perlu tegur di sini. Selekoh di persimpangan ini dibina di kawasan berpaya, tetapi ia menggunakan pengadang jenis kabel yang tidak sesuai sama sekali. Pengadang jenis kabel sama sekali tidak berupaya menghalang pemandu daripada terjunam ke dalam gaung ataupun paya, tetapi pengadang jenis keluli serta konkrit pula lebih berkeupayaan. Dalam kes selekoh di Persimpangan UiTM Johor ini, jika ada kenderaan yang terbabas di situ, kenderaan tersebut pasti akan terjunam ke dalam paya, walaupun pada kelajuan yang rendah. Saya berharap agar JKR Johor dan JKR Segamat lebih peka akan isu sebegini kerana kita tidak mahu selekoh tersebut memakan korban secara sia-sia sahaja, sedangkan ia boleh dikurangkan dengan menggunakan jenis pengadang yang lebih bersesuaian.

Tidak jauh daripada Persimpangan UiTM Johor ialah Persimpangan Tebing Tinggi untuk ke Felcra Tebing Tinggi dan Kampung Bukit Tunggal melalui Jalan Negeri Johor J163. Di Felcra Tebing Tinggi inilah terletaknya pertemuan antara Sungai Segamat dengan Sungai Muar. Persimpangan Tebing Tinggi turut menempatkan sebuah medan selera yang dikendalikan oleh Majlis Daerah Segamat. Memandangkan Jalan Segamat-Muar FT23 dinaik taraf menjadi lebuh raya kembar, ada baiknya sekiranya pihak Majlis Daerah Segamat dapat menaik taraf medan selera ini menjadi sebuah kawasan rehat dan rawat yang turut dilengkapi tandas awam dan stesen minyak bagi kemudahan pengguna lebuh raya.

Saya kembali disajikan dengan lanskap pemandangan desa di Kampung Lubuk Bandan. Kampung ini merupakan salah satu daripada beberapa buah perkampungan yang dibuka oleh bekas pejuang yang pernah menyertai Perang Jementah pada tahun 1879. Perang Jementah merupakan perang saudara pertama yang berlaku pada era Johor moden, melibatkan antara puak-puak Tengku Alam dengan tentera kerajaan negeri Johor. Pertelingkahan berlaku kerana sebelum Maharaja Abu Bakar memerintah Johor, daerah Muar (termasuk Ledang dan Segamat) terletak di bawah pemerintahan Sultan Ali yang begitu lemah dan tidak digemari kerajaan penjajah British, manakala kawasan selebihnya di bawah pemerintahan Temenggung Ibrahim. Setelah Temenggung Ibrahim mangkat, putera baginda iaitu Temenggung Abu Bakar dimahkotakan sebagai Maharaja Johor dan seterusnya Sultan Johor moden pertama dari Wangsa Temenggung. Setelah Sultan Ali mangkat, daerah Muar diletakkan di bawah pemerintahan sementara Maharaja Abu Bakar. Perkara ini mencetuskan rasa tidak puas hati Tengku Alam, putera sulung Sultan Ali dengan isteri tuanya. Tengku Alam mengumpulkan pengikut-pengikutknya dan melancarkan Perang Jementah bagi menentang pengambilalihan daerah Muar oleh Maharaja Abu Bakar. Perang tersebut berakhir dengan kemenangan di pihak kerajaan negeri Johor, yang seterusnya membawa kepada peristiwa pembukaan bandar Muar yang diberi nama sebagai Bandar Maharani.

Tidak lama kemudian, saya tiba di selekoh Kampung Kubu Dedap yang juga dibuka oleh bekas perajurit Perang Jementah. Selekoh Kampung Kubu Dedap ini menandakan bahawa saya sudah pun memasuki kawasan pekan Jementah, bandar ketiga terbesar di daerah Segamat selepas bandar Segamat dan Labis. Impak pembangunan di pekan Jementah sangat terasa bukan sahaja hasil pembinaan Lebuhraya Segamat-Muar FT23 ini, tetapi juga disebabkan satu lagi projek jalan raya di Jementah, tetapi kali ini berstatus jalan negeri. Projek jalan negeri yang saya maksudkan itu ialah projek Jalan Jementah-Asahan J125 bagi menghubungkan antara daerah Segamat dengan negeri Melaka. Projek ini merupakan sambungan bagi Jalan Asahan M125 sedia ada, maka kita boleh jangkakan bahawa Jalan Jementah-Asahan ini akan diberi kod laluan J125 di sebelah negeri Johor.

Kampung Paya Jakas dan Ulu Jementah merupakan dua kawasan terakhir di sepanjang jajaran Lebuhraya Segamat-Muat FT23 Pakej 1b & 2. Sebaik melepasi kawasan Ulu Jementah, satu pusingan U didirikan dengan gaya yang sama seperti di pangkal lebuh raya ini di Kampung Gemereh dan seterusnya lebuh raya ini bertukar menjadi jalan super two pendek sebelum ditemukan semula dengan jalan lama FT23. Jalan super two pendek ini sengaja dibina sebegitu rupa sebagai laluan perintis bagi Pakej 3 yang akan dimulakan pembinaannya pada tahun hadapan (2016). Pakej 3 akan memanjangkan lebuh raya ini sebanyak 10.5 km lagi dari Ulu Jementah sehingga Persimpangan Taman Negara Gunung Ledang, dengan anggaran kos sebanyak RM78.6 juta, tetapi saya jangkakan kos sebenar pasti akan meningkat kerana Pakej 3 ini akan melibatkan banyak pemotongan selekoh.

Selain Pakej 3, Pakej 1a dari Kampung Gemereh ke Jalan Buloh Kasap FT1 juga akan dimulakan pembinaannya sebaik peruntukan diterima oleh Kementerian Kerja Raya. Hanya 3 sahaja persimpangan utama bagi Pakej 1 ini nanti iaitu Persimpangan Lubuk Batu bagi melencongkan laluan lama FT23 ke Kampung Lubuk Batu dan seterusnya bandar Segamat, Persimpangan Gudang Garam yang merupakan simpang empat dengan Jalan Gudang Garam J161, dan akhir sekali Persimpangan Jalan Buloh Kasap FT1. Memandangkan Pakej 1a ini masih lagi dalam proses perancangan pelan laluan, maka saya ingin menggesa agar Persimpangan Lubuk Batu dan Persimpangan Jalan Buloh Kasap dibina sebagai persimpangan bertingkat dan bukannya persimpangan searas sebagaimana persimpangan lain di sepanjang lebuh raya FT23 ini. Kenapa mesti persimpangan bertingkat...? Kerana saya menjangkakan kesesakan teruk pasti akan berlaku sekiranya kedua-dua persimpangan ini dibina sebagai persimpangan searas biasa sahaja. Jalan lama FT23 tetap penting sebagai laluan utama ke bandar Segamat, khususnya bagi yang menaiki bas ekspres. Bagi kes Persimpangan Jalan Buloh Kasap pula, kita tidak mahu longgokan kesesakan teruk sehingga hampir 2 km di mana-mana arah di Persimpangan Permaisuri berulang di Persimpangan Jalan Buloh Kasap. Sekiranya kedua-dua persimpangan tersebut dibina hanya sekadar persimpangan searas, kesesakan teruk pasti akan berlaku, yang pastinya akan menggagalkan matlamat utama pembinaan Lebuhraya Segamat-Muar FT23 bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas. Selain itu, sebab utama kenapa saya ingin menggesa agar Persimpangan Jalan Buloh Kasap dibina sebagai persimpangan bertingkat adalah bagi membolehkan pusingan U yang lebih sesuai digunakan oleh kenderaan berat dihasilkan bagi pengguna Jalan Buloh Kasap FT1. Bagi reka bentuk Persimpangan Jalan Buloh Kasap, saya menyarankan agar JKR mengkaji reka bentuk Exit 3303 Persimpangan Sentul Pasar di Lebuhraya Duke E33 ataupun Exit 1807 Persimpangan Sungai Ramal di Lebuhraya Kajang Silk E18, kerana kedua-dua persimpangan bertingkat ini dibina dengan sebegitu bagus walaupun di kawasan tanah terhad.

Setakat ini sahajalah reviu eksklusif Blog Jalan Raya Malaysia di Lebuhraya Segamat-Muar FT23. Secara umumnya, saya amat berpuas hati dengan kualiti pembinaan dan pengalaman saya menggunakan lebuh raya ini. Namun begitu, masih ada beberapa perkara yang saya perlu tegur sebagai langkah penambahbaikan yang berterusan agar keselamatan dan keselesaan pengguna lebuh raya diutamakan. Malangnya, JKR Segamat tiada laman Facebook mahupun akaun Twitter bagi membolehkan saya menyalurkan maklum balas sebegini, namun memandangkan Encik Mohd. Isa bin Sulaiman selaku Jurutera Daerah JKR Segamat memang ada berkongsi gambar teaser yang saya muat naik itu, maka sudah tentulah beliau amat menanti-nantikan reviu ini yang dihasilkan oleh anak Segamat sendiri.

Berikut saya rumuskan beberapa isu yang perlu diambil perhatian oleh JKR Segamat:-


  1. Pencahayaan - Secara amnya tahap pencahayaan di sepanjang Lebuhraya Segamat-Muar FT23 boleh dikatakan sangat bagus kerana banyak kawasan diterangi lampu jalan, tetapi tidak semua jajaran dipasang lampu jalan. Ia menjadikan keadaan lebuh raya begitu gelap dan berbahaya pada waktu malam, lebih-lebih lagi lebuh raya FT23 ini menggunakan pembahagi jenis konkrit bebendul biasa yang tiada pemantul cahaya. Justeru, JKR Segamat perlu memasang banyak pemantul cahaya di sepanjang pembahagi lebuh raya yang tidak diterangi lampu jalan; saya paling syorkan pemantul silinder plastik seperti yang dipasang di Jalan Buloh Kasap FT1 antara Persimpangan Jabi dengan selekoh Kampung Kadut.
  2. Had laju - Serius saya katakan bahawa kualiti pembinaan Lebuhraya Segamat-Muar FT23 ini sangat bagus, begitu lebar dan sangat selesa. Namun, had laju 80 km/j yang dikenakan itu sangat tidak berpadanan dengan kualiti lebuh raya ini yang memenuhi piawaian JKR R5. Jika dibandingkan, jalan lama FT23 pula lebih sempit dan lebih berbahaya tetapi tetap boleh dikenakan had laju 90 km/j, yang mana saya sifatkan sebagai terlalu ironik. Justeru, satu-satunya had laju yang sepatutnya dikenakan di Lebuhraya Segamat-Muar FT23 ialah 90 km/j dan hanya 90 km/j sahaja, tidak lebih dan tidak kurang.
  3. Pengadang kabel di selekoh Persimpangan UiTM Johor - Selekoh Persimpangan UiTM Johor dibina di kawasan berpaya, jadi pengadang yang sepatutnya digunakan ialah pengadang keluli biasa dan bukannya pengadang kabel. Dalam aplikasi sebegini, pengadang kabel sangat berbahaya dan sangat tidak sesuai kerana ia tidak mampu menghalang kenderaan yang terbabas daripada terjunam ke dalam paya ataupun gaung.
  4. Simpang masuk Taman Gemereh yang menyulitkan penduduk - Saya faham, jalan masuk asal ke Taman Gemereh terpaksa ditutup untuk membolehkan Lebuhraya Segamat-Muar FT23 ditinggikan bagi mengelak banjir. Namun, jalan masuk pengganti yang dibina pula bukan sahaja memerlukan penduduk Taman Gemereh bersilat sakan untuk keluar masuk ke jalan masuk ke rumah mereka, malah mereka terpaksa membuat pusingan U yang jauh sehingga ke Kampung Batu Badak. Maka, penyelesaian yang lebih baik ialah dengan membesarkan Taman Gemereh agar jalan masuk yang lebih lurus dan lebih baik dapat dibina, malah boleh dibina sebagai persimpangan lampu isyarat.

Di samping empat isu utama ini, saya juga ingin merumuskan beberapa penambahbaikan yang perlu diterapkan bagi jajaran Lebuhraya Segamat-Muar FT23 yang akan dibina, selain penambahbaikan kepada laluan yang sudah siap:-
  1. Menaik taraf Medan Selera Persimpangan Tebing Tinggi kepada kawasan rehat dan rawat (R&R) penuh, di samping membina beberapa buah lagi kawasan R&R yang lain di sepanjang Lebuhraya Segamat-Muar FT23
  2. Membina Persimpangan Jalan Buloh Kasap dan Persimpangan Lubuk Batu bagi Pakej 1a sebagai persimpangan bertingkat dan bukannya persimpangan searas. Begitu juga dengan persimpangan masuk ke Exit 235 Persimpangan Tangkak untuk ke Lebuhraya Utara-Selatan E2; ia juga perlu dibina sebagai persimpangan bertingkat bagi mengelakkan daripada masalah kesesakan di situ

Untuk galeri gambar penuh, sila klik sini.
Permulaan Lebuhraya Segamat-Muar FT23 Pakej 1b & 2 berhampiran pencawang masuk utama lama TNB di Kampung Gemereh
Persimpangan Gudang Garam - Anda tidak akan menemui sebarang kilang rokok kretek mahupun gudangnya di sini
Persimpangan Taman Bunga Raya - jalan masuk asal ke Taman Gemereh sudah ditutup dan digantikan dengan jalan masuk baharu yang memerlukan penduduk Taman Gemereh bersilat sakan
Keadaan Lebuhraya Segamat-Muar FT23 yang sangat bagus kualiti pembinaannya dan beraspal mulus
Lebuhraya Segamat-Muar FT23 banyak menggunakan papan tanda bergrafik seperti di Persimpangan Batu Badak ini
Persimpangan Batu Badak untuk ke Lebuhraya Tun Razak FT12 melalui Jalan Tasek Alai J153
Had laju 80 km/j terlalu perlahan dan sangat tidak sesuai bagi lebuh raya sebagus ini
JKR Segamat perlu memasang pemantul silinder plastik di sepanjang pembahagi jalan bagi menambah baik tahap pencahayaan di kawasan yang tiada lampu jalan seperti ini
Pusingan U jenis lorong laju ke lorong perlahan seperti yang banyak didapati di Lebuh AMJ FT19
Jambatan baharu Sungai Muar
Persimpangan UiTM Johor Timur kali ini hanya dijadikan persimpangan LILO...
...tetapi hanya Persimpangan UiTM Johor Barat sahaja yang dijadikan persimpangan searas penuh
Pengadang kabel di selekoh Persimpangan UiTM Johor ini tidak berupaya untuk menghalang kenderaan yang terbabas daripada terjunam ke dalam paya
Persimpangan Tebing Tinggi
Kampung Lubok Bandan, salah satu daripada perkampungan yang dibuka oleh bekas pejuang yang pernah menyertai Perang Jementah 1879
Kawasan ini asalnya beralun dengan banyak naik turun bukit, tetapi banyak bukit yang ditarah serta kawasan lembah yang ditambak bagi menjamin keselesaan pengguna lebuh raya
Kampung Kubu Dedap yang menandakan bahawa saya sudah pun sampai di Jementah. Perhatikan bekas jalan lama FT23 yang sudah pun dipintas
Jalan di sebelah kanan itu akan membawa ke projek Jalan Jementah-Asahan J125
Suasana di pekan Jementah
Jementah menerima limpahan pembangunan hasil daripada dua projek jalan raya utama
Hampir meninggalkan pekan Jementah
Pusingan U terakhir di Ulu Jementah sebellum lebuh raya tamat
Lebuh raya tamat - Pakej 3 dari Ulu Jementah ke Persimpangan Taman Negara Gunung Ledang akan disambung bermula di sini

Sumber: 
Blog Jalan Raya Malaysia (Malaysian Highway Blog): Reviu eksklusif Lebuhraya Segamat-Muar FT23 (Pakej 1b & 2) / Segamat-Muar Highway FT23 (Package 1b & 2) exclusive review

MERIAM ‘KERAMAT’ MASJID MAKAM LUBOK BATU
Cerita mengenai Bendahara Tepok atau juga dikenali sebagai Bendahara Lubok Batu tidak asing lagi bagi warga Segamat namun misteri cerita dan mitos sentiasa menjadi bualan sehingga kini.

Ramai yang tidak mengetahui bahawa meriam yang dijumpai pada tahun 80an di bawah tapak Masjid Makam Lubok Batu kini dijaga dan disimpan rapi oleh pihak Muzium Melaka. 

Apabila kita menceritakan tentang meriam keramat tersebut secara tidak langsung hal ini berkaitan tentang sejarah Masjid Makam Lubok Batu dan kisah sejarah Bendahara Tepok.
Meriam Keramat yang dipamerkan di Muzium Stadthuys, Melaka. | Gambar oleh Kahirul Faizee.
Meriam Keramat yang dipamerkan di Muzium Stadthuys, Melaka. | Gambar oleh Kahirul Faizee.

Masjid Makam Lubok Batu ini asalnya adalah pondok singgah untuk berteduh dan berehat bagi penziarah makam tersebut. Penduduk kampung mempercayai pondok itu didirikan oleh pengikut-pengikut Bendahara Tepok. Sebelum tahun 1918 orang-orang luar yang menyusur atau memudik sungai Segamat akan bersolat di Masjid Tebing Sungai di Pengkalan Esah. 

Sebagaimana yang diceritakan oleh Allahyarham Tuan Haji Yahya Bin Kubu, Ahli Pakar Sejarah Tempatan, bahawa Tuan Haji Ibrahim Bin Kindang, Imam Masjid Teluk Belanga telah balik sementara ke Kampung Lubok Batu lalu mencadangkan supaya dibina sebuah surau untuk penduduk Kampung Lubok Batu dan dengan terbinanya surau itu Tuan Haji Dasil bin Mahmud telah dilantik menjadi Imamnya manakala bilal disandang oleh A. Bakar Bin Sudin.

Sekitar tahun 20an Sungai Segamat masih menjadi laluan penting bagi orang-orang luar datang ke Segamat. Secara tidak langsung aktiviti-aktiviti perniagaan telah bertambah pesat kerana wujudnya “Pasar Tepi Sungai” di Pengkalan Lubok Batu. Kemudian surau itu dijadikan sebagai wakaf oleh Sultan Ibrahim dan tiada sesiapa yang berani merobohkan surau tersebut kerana surau itu dijaga oleh Istana Johor.
Keadaan Masjid Makam Lubok Batu pada tahun 1995. Bekas laluan Jalan Segamat-Muar yang lama. | Gambar Oleh: Tuan Haji Abd Latip bin Haji Idris
Keadaan Masjid Makam Lubok Batu pada tahun 1995. Bekas laluan Jalan Segamat-Muar yang lama. | Gambar Oleh: Tuan Haji Abd Latip bin Haji Idris

Pada tahun 1928 atas usaha Mohd Tap, Pegawai Daerah Segamat ketika itu telah membina sebuah surau baru dari binaan batu yang pelan tapak dan reka bentuknya diambil dari Kota Tinggi setelah mendapat perkenan DYMM Sultan Ibrahim Al-Marhum Sultan Johor .

Semasa pengubahsuaian surau tersebut jemaah surau telah menemui sebuah meriam lama yang diperbuat daripada batu berukuran empat kaki panjang yang tertanam dibawah mimbar masjid serta peluru-peluru diperbuat daripada batu (buat masa ini penulis masih tidak ketahui dimana simpannya meriam yang dijumpai pada tahun 1930) . Hal ini menyebabkan wujudnya mitos meriam keramat tersebut oleh orang-orang kampung.

Sebelum meriam itu dijumpai, cerita-cerita mengenai meriam keramat tersebut sudah lama jadi bualan cerita rakyat daerah Segamat khususnya penduduk Kampung Lubok Batu. Ini kerana pada tahun 1926 banjir besar telah melanda daerah Segamat yang dikenali sebagai Bah Merah 1926.

Banjir itu telah menyebabkan harta benda dan nyawa terkorban. Sungai Segamat menjadi lengang dan tidak berfungsi lagi sebagai laluan orang-orang luar datang ke Segamat. Kata sesetengah orang-orang tua, terdapat beberapa petanda sebelum berlakunya banjir besar itu antaranya orang-orang kampung akan terdengar bunyi tembakan meriam tiga hari berturut-turut pada waktu Asar (kononnya bunyi meriam keramat).
Meriam yang dijumpai di Masjid Lubok Batu pada bulan Mac 1979 | Gambar oleh: Media Prima
Meriam yang dijumpai di Masjid Lubok Batu pada bulan Mac 1979 | Gambar oleh: Media Prima

Pada tahun 1943 dalam pemerintahan Jepun surau tersebut dinaiktaraf kepada masjid. Perasmian menaiktaraf surau kepada masjid itu dilakukan oleh Tuan Syed Ahmad Bin Syed Abdullah Al-Habshee, Kadi Daerah Segamat. Pegawai-pegawai pula telah bertukar dan digantikan oleh Tuan Haji Ibrahim Bin Kindang sebagai Imam manakala Tuan Haji Abdul Samad bin Haji Karim sebagai bilal. Ketika perasmian itulah nama masjid itu diberi nama dengan Masjid Makam Lubok Batu.

Pada bulan Mac 1977 YB Dato’ Haji Ahmad Bin Arshad didalam ucapannya sebagai Pengerusi Sambutan Jubli Emas Sekolah Kebangsaan Gemereh, telah memohon dana bagi peruntukan membangunkan semula Masjid Makam Lubok Batu kerana penduduk Kampung Lubok Batu telah bertambah ramai dan masjid tersebut tidak dapat lagi menampung jemaah sedia ada.

Permohonan beliau telah dipersetujui oleh YAB Dato’ Haji Othman Bin Saat, Menteri Besar Johor pada ketika itu dalam ucapan balasnya pada hari perasmian Sambutan Jubli Emas sekolah tersebut.

Pada awal tahun 1980 masjid lama dirobohkan dan dibina bangunan masjid yang baharu. Sekali lagi berita mengenai meriam keramat tersebut menggemparkan dan mengejutkan penduduk Kampung Lubok Batu setelah hampir 50 tahun berlalu mitos meriam lama dijumpai.

Peringkat awalnya meriam pertama ditemui pada bulan Mac 1979. Setelah hampir keseluruhan masjid telah dirobohkan ahli jemaah masjid menjumpai lagi sebuah meriam pada bulan Disember 1981. Meriam tersebut dipercayai sebahagian daripada senjata Bendahara Tepok serta pengikut-pengikutnya ketika menentang Portugis.

Sejak puluhan tahun lagi penduduk Kampung Berata, Jalan Temenggong, Kampung Paya Dalam dan Taman Bendahara seringkali mendengar bunyi meriam berdentum sebelum turunnya hujan lebat dan banjir. Hampir keseluruhan penduduk telah mendengar tembakan meriam keramat tersebut yang dahulu dipercayai mitos semata-mata kini menjadi bualan cerita benar rakyat daerah Segamat. 
Tuan Imam Hj. Zakaria Yaacob, 81. Penduduk yang sudah lama menetap di Kg. Alai, Gemereh.
Tuan Imam Haji Zakaria Yaacob, 81. Penduduk yang sudah lama menetap di Kg. Alai, Gemereh.

Temu bual penulis bersama bekas Imam Masjid Jamek Gemereh, Tuan Haji Zakaria Bin Yaacob. Masih segar dalam ingatan beliau menceritakan ketika usia kanak-kanak sekitar tahun 1939 beliau melihat pasir yang memutih dan keindahan jernih air sungai Segamat disekitar masjid tersebut.

Pada ketika itu jelas batu gajah yang dipercayai menjadi tempat beradu dan bersiram Bendahara Tepok. Penambakan dan pengukuhan tebing sungai dan jalan raya yang hampir sama paras bahagian bumbung masjid tersebut menyebabkan batu gajah itu telah tertimbus ke dalam tanah.

Selain itu, terdapat juga meriam lama yang turut ditemui sekitar tahun 1980an semasa pengubahsuaian masjid lama dan menurut cerita daripada sumber yang boleh dipercayai meriam itu tertanam sejak begitu lama selepas Perang Jementah yang berakhir pada tahun 1879.

Mengikut cerita, Kampung Lubok Batu adalah persinggahan orang-orang yang sama-sama berperang pada masa itu. Ada kemungkinannya salah seorang yang mengusung meriam itu telah berkahwin dengan orang Kampung Lubok Batu, iaitu keluarga Wan Ambak.

Namun tidak dapat dipastikan kerana anak cucu dan cicit mahu pun piot Wan Ambak tidak mengetahuinya cerita sebenar dan orang yang tahu akan ceritanya juga sudah meninggal seperti Mak Ngah Sa’odah serta keluarganya, Tok Hitam, Haji Sirat dan ramai lagi.

“Mereka semua telah meninggalkan kita semua sebelum kita sempat mengetahui akan sejarahnya dan semasa hayat mereka hidup kita hanya menganggap cerita itu sebagai misteri dan mitos sahaja.” Kata Tuan Azahan Saad, salah seorang penduduk yang sudah lama menetap di Kampung Lubok Batu, Segamat.
Meriam yang dipercayai milik Bendahara Tepuk ditemui pada bulan Disember 1981 | Gambar oleh: Media Prima
Meriam yang dipercayai milik Bendahara Tepuk ditemui pada bulan Disember 1981 | Gambar oleh: Media Prima

Pada akhir tahun 1983 bangunan masjid ini telah siap dibina. Kemudian bulan November 1984 bersamaan bulan Safar, 1405, Masjid Makam Lubok Batu dibuka dengan rasminya oleh YAB Menteri Besar Johor.

Ulamak Sheikh al-Muqari’ Haji Hassan bin Ismail Al-Hafiz merupakan kadi pertama Segamat telah mengimarahkan Masjid Makam Lubok Batu dengan mengajar Al-Quran dan agama Islam.

Beliau merupakan guru kepada Imam Besar Masjid Negara iaitu Sheikh Ismail bin Mohamad al-Hafiz dan juga guru kepada Ustaz Abu Hassan Din al-Hafiz.

Pada masa kini Masjid Makam Lubok Batu masih memerlukan dana untuk peruntukan memperbesarkan lagi bangunan masjid tersebut kerana populasi penduduk yang semakin hari semakin meningkat serta memerlukan ruang yang lebih luas dan selesa bagi ahli Jemaah yang ingin bersolat.

Selain daripada itu, Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Segamat telah merasmikan Perletakan Batu Asas Makam Al-Marhum Bendahara Lubok Batu Segamat bertujuan menimbulkan kaitannya Sejarah Masjid dan Makam Al-Marhum Bendahara Lubok Batu.

Mudah-mudahan dengan terpapar cerita-cerita ini dapat dijadikan sebagai panduan untuk membongkar sejarah Segamat yang terpendam selama ini.

Nota : Mohon maaf sekiranya terdapat kesilapan maklumat yang disampaikan oleh penulis. Sebarang pembetulan boleh dimaklumkan kepada penulis melalui email admin_support@segamat.com.my

Sumber: 










1 ulasan:

Sapri Pamulu, Ph.D. berkata...

Naskah Silsilah Yang diPertuan Muda Riau, disusun pada bulan Januari tahun 1855 oleh Residen Belanda T.J. WIller berdasarkan pernyataan dari Pangeran yang berkuasa, Raja Ali.
https://www.scribd.com/document/477545647/Family-Tree-of-the-Viceroys-of-Riau-Silsilah-Yang-diPertuan-Muda-Riau-Willer-1855