Isnin, 18 Mac 2019

Khabar hari ini. 9261.



KKM gesa orang ramai henti guna kapsul 'Nan Bao'
Bernama | Diterbitkan pada Mac 18, 2019 10:32 MYT
KKM gesa orang ramai henti guna kapsul 'Nan Bao'
Orang awam yang sedang menggunakan produk ini dinasihatkan segera menghentikan penggunaannya.

KUALA LUMPUR: Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggesa orang awam supaya tidak menggunakan produk tradisional 'Nan Bao Capsule' yang dikesan mengandungi racun berjadual sildenafil dan tadalafil.

Menurut satu kenyataan, penjual dan pengedar produk ini perlu menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta-merta kerana melanggar Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

"Orang awam yang sedang menggunakan produk ini dinasihatkan segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers," katanya.

Kenyataan itu menjelaskan sildenafil dan tadalafil ialah sejenis ubat yang digunakan untuk merawat kegagalan fungsi erektil atau mati pucuk dan hanya boleh dibekalkan oleh doktor atau diperoleh daripada farmasi dengan preskripsi doktor.

"Penggunaan sildenafil dan tadalafil tanpa pengawasan doktor boleh menyebabkan kesan advers serius seperti pengurangan atau kehilangan penglihatan dan pendengaran, penurunan tekanan darah mendadak sehingga ke peringkat berbahaya dan kesan terhadap sistem kardiovaskular seperti strok dan serangan jantung.

"Sildenafil, tadalafil dan analognya adalah tidak dibenarkan dalam ubat yang dikelaskan sebagai ubat radisional. Penggunaan ubat ini adalah sangat berbahaya bagi orang awam yang berisiko tinggi terhadap kesan advers itu terutamanya pesakit bermasalah jantung seperti angina yang mengambil ubat nitrate," katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, nombor pendaftaran produk berkenaan ialah MAL19971474T dan ia telah dibatalkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) selepas pengesanan racun berjadual berkenaan.

Orang awam boleh menyemak status pendaftaran sesuatu produk melalui laman sesawang www.npra.gov.my atau memuat turun aplikasi 'NPRA Product Status' daripada Google Play Store, katanya.

-- BERNAMA
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kkm-gesa-orang-ramai-henti-guna-kapsul-nan-bao-201437



Tragedi solat Jumaat Christchurch: 'Bacul!' - Samseng pun kutuk Brenton Tarrant
Sinar Harian | Diterbitkan pada Mac 17, 2019 22:36 MYT
Tragedi solat Jumaat Christchurch: 'Bacul!' - Samseng pun kutuk Brenton Tarrant
Salah seorang anggota geng Mongrel Mob menenangkan keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden tembakan di Christchurch. -Foto Sinar Harian

CHRISTCHURCH: Geng bermotosikal paling berbahaya di New Zealand, Mongrel Mob mengecam tindakan pengganas kulit putih, Brenton Tarrant yang menyasarkan jemaah masjid di Christchurch pada Jumaat lalu.

Kumpulan samseng itu turut berkumpul di Sekolah Tinggi Hagley semalam untuk memberi bunga dan menawarkan sokongan kepada keluarga yang terjejas dalam tragedi pembunuhan beramai-ramai itu.

Seorang ahli kumpulan itu, Tanieli Fatu berkata tindakan Tarrant adalah paling bacul dan tidak menghormati rumah ibadat.

Katanya, apa yang dilakukan Tarrant tidak boleh diterima sama sekali dan jenayah dilakukan warga Australia itu amat kejam dan tidak berperikemanusiaan.

"Komuniti Islam yang sudah dianggap sebahagian daripada kami, tidak layak diperlakukan sedemikian.

"Serangan ganas kelmarin tidak mendatangkan apa-apa manfaat, tidak perlu melakukannya.

Difahamkan, Tarrant berkemungkinan ditahan dalam sel berasingan dengan kawalan keselamatan ketat, tiada bantuan lain boleh mendekatinya dengan mudah.

Namun, sudah ada mata yang memerhatikannya di penjara, kata salah seorang ahli geng tersebut. - Dailystar

Tragedi solat Jumaat Christchurch: Bacul! - Samseng pun kutuk Brenton Tarrant | Astro Awani

'Maafkan saya, saya menyesal...'
Hasbi Sidek
am@hmetro.com.my

PENUNTUT perubatan International Medical University (IMU), Kiren Raj, 27, meminta maaf secara terbuka berhubung komennya di Facebook (FB) yang berbaur lucah dan seksis ekoran kemalangan maut yang menimpa pelakon wanita tempatan, Emily Kong.
Permohonan maaf itu dibuatnya kepada keluarga mendiang Emily Kong, pihak IMU, netizen dan seluruh rakyat Malaysia.
Kiren berkata, dia sangat menyesal dengan tindakannya itu dan meminta semua pihak agar memberikannya peluang kedua, memandangkan selepas kejadian itu, dia mengalami kemurungan dan tekanan sehingga tidak dapat tidur dengan baik.

“Saya meminta maaf kepada keluarga dan rakan mendiang Emily, dan sesiapa sahaja yang terkesan dengan komen saya itu. Selepas saya menyedari mengenai komen itu, saya memadamnya kurang sejam selepas itu, namun ia sudah tular.
“Saya amat menyesal kerana komen itu menyinggung perasaan banyak pihak. Saya tidak akan mengulangi perkara seperti ini lagi dan meminta agar diberikan peluang kedua,” katanya ketika ditemui di sidang media permohonan maaf di Wisma MCA, hari ini.
Dia berkata, komennya di FB tidak menggambarkan pendirian IMU atau tenaga pengajar di kolej berkenaan.
“Saya juga meminta maaf kepada pengurusan tertinggi IMU, kakitangan, penuntut dan alumni IMU. Saya menyesal kerana perbuatan itu mencemarkan imej IMU,” katanya.
Dalam kejadian 9 Mac lalu, Kiren memuat naik komen jelik di FB sebuah portal berita mengenai kemalangan maut Emily Kong.
Komennya dalam bahasa Inggeris itu antaranya menulis, wanita tidak sepatutnya pulang sendirian selepas meninggalkan pusat hiburan dan kaum lelaki boleh membawa wanita pulang dengan selamat ke rumah, namun perlu ditukar dengan seks.
Susulan komen berkenaan tular, pihak IMU mengambil tindakan disiplin terhadap Kiren pada 11 Mac lalu selain, melakukan siasatan berhubung kejadian.


Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Mac 2019 @ 3:48 PM
https://www.hmetro.com.my/utama/2019/03/435123/maafkan-saya-saya-menyesal

Shalat Terakhir di Tanah Christchurch, Selandia Baru
by Saad Saefullah
6 Fakta Penembakan Brutal ke Masjid di Selandia Baru
Oleh: Raidah Athirah
Penulis, Kontributor Islampos, Tinggal di Polandia
قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
KATAKANLAH (Muhammad), “Sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan seluruh alam.” (QS.Al-An’am:162)
Orang-orang terpilih itu meninggal di hari Jumat, SubhanAllah, hari yang indah!
Jiwa yang khusyuk itu kembali kepadaNya ketika waktu Jumat belum juga naik ke langit.  SubhanaAllah, waktu yang mulia!

Jasad mereka kembali kepada-Nya di tanah tempat sujud itu belumlah mengering. Subhanallah, masjid tempat yang diberkahi!
Tangis ini masih tak henti-henti. Bukan saja menangisi tragedi di Christchurch tetapi mengingatkan diri bahwa kematian bisa datang kapan saja.
Setelah kejadian pelecehan yang saya alami perihal identitas sebagai seorang Muslimah, saya belajar satu hal, ” Shalatku, shalatku, shalatku.” 

Saya takut ketika kematian datang, shalat saya buruk, amanah belumlah selesai dan saya masih sibuk memikirkan pencapaian-pencapain dunia sedang kain kafan telah selesai ditenun.
Semoga Allah memberikan Jannatul Firdaus kepada orang-orang terpilih yang dipanggil Allah dengan menaikkan kalimat-Nya.
Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.
***
Saya ingin saudara semua paham bahwa ini bukan tentang ketakutan akan kematian.
Saya ingin mengingatkan saudara bahwa peristiwa tragis ini tidak akan pernah membuat jiwa-jiwa Muslim di Barat kehilangan harapan.
Saya berharap saudara bersyukur tentang rumah di tanah air yang dikelilingi dengan masjid dan rasa aman.
Saya berharap saudara dalam satu pemahaman dengan jiwa Muslim di sini bahwa peristiwa ini tak akan menjadikan iman menjadi lemah.
Saya ingin saudara menjadi saksi dengan tulisan ini bahwa hijab sebagai simbol seorang muslimah tidak akan terlepas sampai jasad kembali kepadaNya.
Peristiwa ini adalah pelajaran terbesar bagi seorang Muslim untuk jiwa yang dhoif untuk selalu menjaga waktu shalat karena bisa saja ini adalah  “Shalat terakhir di bumi”.
Jangan menjadikan peristiwa ini untuk menghasut kebencian.
Kemarahan dan kebencian bukanlah jalan seorang Muslim. Shalat adalah jalan suci lahir batin. Ketenangan adalah senjata untuk melangkah bahwa apapun yang telah tertuliskan kepada kita tak seorang pun mampu mencegah.
Mari memperbaiki shalat!
Mari melangkah ke masjid!
Mari ajarkan anak-anak kita tentang keutamaan shalat!
Polandia Ahad,17 Maret 2019


Geledah Kamar RP, Polisi Temukan Mesin ATM

RINDI NURIS VELAROSDELA
Kompas.com - 18/03/2019, 16:06 WIB
Ketua Tim Media Satgas Antimafia Bola Kombes Argo Yuwono memberikan keterangan kepada awak media di Mapolres Pelabuhan Tanjung Priok, Sabtu (2/3/2019).
Ketua Tim Media Satgas Antimafia Bola Kombes Argo Yuwono memberikan keterangan kepada awak media di Mapolres Pelabuhan Tanjung Priok, Sabtu (2/3/2019).(KOMPAS.com/Ardito Ramadhan D)

JAKARTA, KOMPAS.com - Kabid Humas Polda Metro Jaya Kombes Argo Yuwono mengatakan, pihaknya menangkap seorang pria berinisial RP (37) di Apartemen di Jalan Jenderal Sudirman, Jakarta Selatan dalam kasus dugaan pencurian atau akses sistem milik orang lain (skimming).

Menurut Argo, terkait penangkapan itu, polisi menyita sejumlah barang bukti, di antaranya mesin ATM. Barang bukti tersebut ditemukan di kamar RP.

Selain itu, polisi mengamankan dua kartu ATM, laptop, dua kartu putih yang berisi data-data nasabah, telepon genggam, masker, kerudung, dan uang tunai senilai Rp 300 juta.

"Tersangka menggunakan kerudung saat mengambil (uang di mesin) ATM di daerah Tangerang Selatan dan Jakarta Selatan. Dia kayak perempuan kalau diliat dari CCTV," ujar Argo di Polda Metro Jaya, Senin (18/3/2019).

https://megapolitan.kompas.com/read/2019/03/18/16064751/geledah-kamar-rp-polisi-temukan-mesin-atm

Pemandu parah pesawat langgar kereta

Hasbi Sidek
am@hmetro.com.my

PEMANDU kenderaan kejuruteraan parah pada bahagian kepala selepas kenderaan itu dilanggar pesawat peribadi yang baru mendarat di landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, di Subang, awal pagi hari ini.
Dalam kejadian 3.20 pagi itu, bahagian bumbung kenderaan jenis Perodua Kembara terbabit tercabut selepas terkena bahagian sayap pesawat berkenaan, manakala pemandunya tersepit di tempat duduk pemandu sebelum dibawa ke Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, untuk menerima rawatan.
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dalam satu kenyataan berkata, operasi penerbangan pesawat di lapangan terbang itu terganggu seketika bagi memberi ruang untuk siasatan dan mengalihkan kenderaan serta serpihannya.



"Satu kejadian kemalangan berlaku di landasan lapangan terbang itu, membabitkan sebuah pesawat peribadi dengan kenderaan kejuruteraan. Kami dukacita memaklumkan kakitangan yang juga pemandu Perodua Kembara parah.
"Mangsa kini sedang menjalani pembedahan dan kami memastikan dia mendapat rawatan terbaik dan mendoakan semoga dia cepat pulih," kata kenyataan itu.


Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Mac 2019 @ 5:23 PM
https://www.hmetro.com.my/utama/2019/03/435150/pemandu-parah-pesawat-langgar-kereta

Teroris Brenton Tarrant Beli Senjata secara Online
by Sodikin
Brenton Tarrant

Teroris pelaku penembakan masjid di Selandia Baru, Brenton Tarrant. Foto: St. Lucia News Online
SELANDIA BARU–Brenton Tarrant diketahui membeli senjata api dan amunisi secara online di sebuah toko. Tarrant menggunakan senjata untuk membantai jemaah Masjid Christchurch, Selandia Baru pada Jumat (15/3/2019). Warga negara Australia ini pun kini didakwa melakukan pembunuhan atas serangan brutalnya.
Namun pemilik toko mengaku tidak menjual senjata dengan kekuatan tinggi seperti digunakan Tarrant dalam penembakan masjid. Pemilik Gun City, David Tipple mengatakan, Tarrant membeli empat senjata dan amunisi pada Desember 2017 dan Maret 2018.
“MSSA otomatis bergaya militer, yang dilaporkan digunakan oleh pria bersenjata itu, tidak dibeli dari Gun City. Gun City tidak menjual MSSA, hanya senjata api kategori-A,” ucap Tipple.
Di bawah undang-undang senjata Selandia Baru dalam kategori-A, warga dapat membeli senjata semi-otomatis. Akan tetapi, pembelian terbatas pada tujuh tembakan saja.
Video dari penembakan di satu masjid menunjukkan penggunaan senjata semi-otomatis dengan putaran tempat peluru yang besar.
Tipple mengungkapkan, pembelian online itu mengikuti tahapan pemesanan yang diverifikasi polisi. Senjata api kategori-A tersebut dibeli dalam tiga atau empat pembelian.
“Kami mendeteksi tidak ada yang luar biasa tentang pemegang lisensi. Dia adalah pembeli baru, dengan lisensi baru,” kata Tipple.
Berawal dari serangan mengejutkan itu, membuat pemerintah Selandia Baru mengeluarkan aturan hukum yang ketat. Pemerintah mencoba membatasi akses ke beberapa senjata api, terutama senjata semi-otomatis.
Tipple mengungkapkan, ia mendukung seruan Perdana Menteri Selandia Baru Jacinda Ardern untuk reformasi hukum senjata. Sebab, penembakan di Christchurch telah menimbulkan kekhawatiran bagi banyak orang.
Selandia Baru, negara berpenduduk hanya lima juta orang, diperkirakan memiliki 1,5 juta senjata api. Usia minimum untuk lisensi senjata yakni 16 dan 18 tahun untuk memiliki senjata semi-otomatis.
Laporan Radio New Zealand, menyatakan lebih dari 99 persen orang yang mengajukan izin senjata api pada 2017 telah berhasil memilikinya. Angka tersebut berdasarkan data polisi melalui permintaan Undang-Undang Informasi Resmi.
Lisensi senjata api kategori-A Selandia Baru dikeluarkan setelah melalui pemeriksaan polisi. Selain itu, juga berdasakan latar belakang orang yang akan mendapatkan lisensi.
Tidak diperlukan lisensi untuk membeli tempat peluru bundar besar dalam senjata. Itu merupakan senjata yang dapat dimodifikasi secara ilegal. Hanya pemilik senjata api yang dilisensikan dan bukan senjatanya, sehingga tidak ada pemantauan berapa banyak senjata yang dimiliki oleh seseorang.
Pasar online teratas Selandia Baru, Trade Me Group menyatakan telah menghentikan penjualan senjata semi-otomatis. Kebijakan ini juga diambil setelah serangan penembakan pada Jumat lalu. []
SUMBER: ROL | RNZ 

Harimau Malaya pupus dalam masa 10 tahun - Dr Xavier
Wan Syamsul AmlyAstro Awani | Diterbitkan pada Mac 18, 2019 11:57 MYT
Harimau Malaya pupus dalam masa 10 tahun - Dr Xavier
Ketika ini hanya populasi harimau Malaya hanya dalam 200 ekor sahaja.

KUALA LUMPUR: Malaysia akan berhadapan kepupusan harimau Malaya dalam masa lima sehingga 10 tahun seandainya usaha proaktif dalam menjaga populasinya tidak dimulakan sekarang.

Menteri Air Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar berkata, jumlah 200 ekor harimau Malaya kini juga dilihat sangat membimbangkan.

"Data ini berada di tahap membimbangkan. Sekiranya tidak diamil tindakan drastik, harimau Malaya ini dalam lima tahun ke 10 tahun akan hilang selama-lamanya.

"Perhilitan dengan kerjasama agensi lain termasuk NGO alam sekitar sudah mengambil langkah proaktif menjaga populasi harimau Malaya ini," katanya.

Beliau menjawab soalan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PKR Lembah Pantai) yang mahu tahu jumlah populasi Harimau Malaya di seluruh Malaysia berdasarkan dapatan terkini Survei Harimau Kebangsaan Pertama, dan langkah-langkah yang akan dilaksana untuk mengekal dan meningkatkan populasi Harimau Malaya.

Dalam pada itu kata Dr Xavier, antara langkah diambil untuk menjaga populasi harimau Malaya adalah meningkatkan rondaan kawalan perlindungan operasi bersepadu bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Perhutanan Semenanjung yang dipersetujui Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sekitar tahun 1950-an, Semenanjung Malaysia memiliki lebih 3,000 ekor harimau Malaya yang mendiami kawasan hutan belantara yang pada ketika itu kurang ancaman kerosakan.

Harimau Malaya mempunyai keistimewaan tersendiri kerana hanya boleh ditemukan di negara ini.

Memiliki berat badan antara 90 hingga 130 kilogram, fizikal harimau Malaya adalah antara paling kecil dalam kalangan sembilan sub spesies harimau yang pernah atau masih hidup di muka bumi ini.


Serangan pengganas Christchurch: Suspek beli senjata api dari laman web
Nailah HudaAstro Awani | Diterbitkan pada Mac 18, 2019 10:46 MYT
Serangan pengganas Christchurch: Suspek beli senjata api dari laman web
Seorang pelanggan meneliti senapang AR-15 di sebuah kedai senjata di Utah, Amerika Syarikat - Foto REUTERS.

CHRISTCHURCH: Kedai senjata api di New Zealand, Gun City, mengesahkan bahawa suspek pengganas tragedi Christchurch telah membeli empat laras senjata api dari kedai tersebut secara atas talian.

Bagaimanapun, Pengarah Urusan Gun City, David Tripple berkata, senjata api yang dibeli dari kedai tersebut tidak digunakan dalam serangan ke atas dua buah masjid yang mengorbankan 50 nyawa pada Jumaat lalu.

Suspek pengganas tersebut telah didakwa di mahkamah dan dinamakan sebagai Brenton Tarrant.

“Saya melihat video itu dan senapang yang digunakan itu bukan dari mana-mana kedai yang berkaitan dengan Gun City,” kata beliau dalam satu sidang media pada Isnin.

Tambah beliau, semua senjata api yang dibeli oleh suspek tersebut dibeli dalam talian dan berasingan dalam tiga atau empat pesanan sejak sebulan selepas suspek tersebut pertama dapat lesen pemilikan senjata api.

Pesanan terakhir yang dibuat oleh suspek tersebut adalah pada Mac tahun lepas.

“Pihak kami tidak mengesan apa-apa yang luar biasa mengenai suspek itu yang memiliki lesen,” tambah Tipple lagi.
Di sidang media itu, beliau turut elak menjawab soalan mengenai undang-undang senjata.

“Hari ini tidak fokus kepada debat mengenai senjata. Hari ini, kita patut berbincang tentang bagaimana keluarga-keluarga terlibat sedang menangani tragedi yang dilakukan oleh ‘orang gila’ itu,” sambung beliau lagi.

Tipple memberikan sidang media pada hari sama Perdana Menteri, Jacinda Ardern mengemukakam usul mengenai pindaan undang-undang senjata api bersama ahli Kabinetnya.

Sementara itu, akhbar Guardian pada Ahad melaporkan, orang ramai berpusu-pusu membeli senjata di kedai Gun City di Christchurch selepas Ardern mengumumkan akan mempertimbangkan keputusan untuk melarang penjualan senapang separuh automatik.

Seorang kakitangan Gun City menggambarkan situasi di kedai Gun City pada Ahad sebagai 'membimbangkan'.

Sebelum ini, undang-undang di New Zealand menetapkan had umnur minimum untuk memiliki lesen senjata api ialah 16 tahun dan 18 tahun untuk memiliki senapang separuh automatik.


Gempa Lombok: 14 mangsa warga Malaysia pulang malam ini, 4 masih dirawat
Asyraf RoslanAstro Awani | Diterbitkan pada Mac 18, 2019 16:31 MYT
Gempa Lombok: 14 mangsa warga Malaysia pulang malam ini, 4 masih dirawat
Air Terjun Tiu Kelep, Desa Senaru, Lombok Utara ini menjadi lokasi tragedi apabila 40 pelancong terjejas akibat kesan tanah runtuh selepas gempa.

LOMBOK: Empat belas mangsa gempa Lombok rakyat Malaysia yang terselamat akan pulang ke Kuala Lumpur malam ini.

Kedutaan Malaysia dalam satu kenyataan berkata setakat ini, sembilan rakyat Malaysia yang mengalami kecederaan telah mendapatkan rawatan di hospital yang sama.

Sementara itu, empat daripadanya akan terus menjalani rawatan dan akan pulang ke Malaysia setelah pulih daripada kecederaan.

Proses membawa pulang dua rakyat Malaysia yang meninggal dalam kejadian tanah runtuh di kawasan Air Terjun Kelep Senaru, Lombok, pasca gempa bumi di pulau itu juga sedang giat dijalankan.

Pegawai kedutaan di Lombok juga sedang menyelaras dengan ahli keluarga bagi memastikan urusan membawa pulang jenazah ke Malaysia berjalan lancar.

BACA : Gempa Lombok: Seorang lagi rakyat Malaysia yang maut dikenal pasti

BACA : Gempa Lombok: Dua rakyat Malaysia yang terkorban dibawa pulang hari ini

Rakyat Malaysia yang masih berada di Lombok dan sekitarnya boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di talian +62 813 80813036‬ untuk bantuan.


Tembakan rambang di Utrecht, beberapa penumpang tram cedera
Firdaus AzilAgencies | Diterbitkan pada Mac 18, 2019 18:40 MYT Tembakan rambang di Utrecht, beberapa penumpang tram cedera
Polis mengesahkan beberapa penumpang tram cedera akibat tembakan itu.

UTRECHT : Satu kejadian tembakan rambang berlaku di dalam sebuah tram di Utrecht, Belanda pada petang Isnin.

Menurut laporan agensi berita antarabangsa, sehingga kini tujuh orang disahkan mengalami kecederaan dan polis anti-pengganas telah dihantar bagi menangani keadaan dengan segera.

Laporan itu turut menyebut, kawasan itu kini telah dikepung bagi mengesan dua penembak berkenaan.

Beberapa helikopter dan ambulans telah dihantar bagi membantu operasi memantau serta membantu mangsa yang tercedera.


Kakitangan Malaysia Airports parah kemalangan dengan pesawat persendirian
Astro AwaniKenyataan Media | Diterbitkan pada Mac 18, 2019 17:27 MYT
Kakitangan Malaysia Airports parah kemalangan dengan pesawat persendirian
Seorang pemandu kenderaan kejuruteraan lapangan terbang cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan dengan pesawat persendirian di landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang awal pagi tadi. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Seorang petugas lapangan terbang cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan di landasan dengan pesawat persendirian awal pagi tadi.

Ketika kejadian pada jam 3.20 pagi itu, pemandu kenderaan kejuruteraan tersebut sedang bertugas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang.

Penumpang dan kru pesawat berada dalam keadaan selamat dan tidak cedera dalam insiden pada 3.20 pagi itu.

Malaysia Airports dalam satu kenyataan berkata kakitangan itu telah menjalani pembedahan dan akan menerima penjagaan perubatan terbaik.

"Insiden itu mula sekali telah dilaporkan kepada pasukan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang yang tiba di tempat kejadian pada 3.21 pagi," kata kenyataan itu.

Insiden itu menyebabkan ketibaan beberapa penerbangan terjejas disebabkan kerja-kerja membersihkan serpihan di lapangan terbang akibat kemalangan tersebut.

Bagaimanapun, operasi penerbangan kembali pulih bermula dari 9 pagi, kata Malaysia Airports.

Kenyataan itu berkata Malaysia Airports telah menubuhkan pasukan penyiasat dan sedang bekerjasama rapat dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) bagi menyiasat punca kemalangan.

Dalam pada itu, Kementerian Pengangkutan telah mengaktifkan "Bahagian Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) untuk menjalankan siasatan menyeluruh mengenai insiden itu," kata kenyataan itu.

Tiada ulasan: