Isnin, 4 Mac 2019

Siapa-siapa aje. 9214.


Kiblat Review: Siapa Taliban? 
Senin, 4 Maret 2019 17:42
KIBLAT.NET- Di tahun-tahun 1994-1996, muncul kelompok Taliban. dimana Taliban ini kemudian menjadi besar bahwa sampai berkuasa. Taliban, dan konflik yg ada di Afganistan, menjadi mercusuar pergerakan dan perjuangan umat islam dunia. Siapa Taliban? Bagaimana sejarah Taliban ini? Dan apa dampaknya terhadap umat islam Indonesia?

TITIAN

Saksikan selengkapnya di sini.
Editor: Abdullah Muhammad

BERITA TERKAIT


Kiblat Review: Siapa Taliban? - Kiblat

Milenial Tak Suka Rahasiakan Angka Gaji, Apa Benar?

SAKINA RAKHMA DIAH SETIAWAN
Kompas.com - 04/03/2019, 12:05 WIB
ilustrasi gaji
ilustrasi gaji(Thinkstockphotos.com)
KOMPAS.com - Bagi generasi milenial, agaknya besaran gaji bukan hal yang perlu dirahasiakan. Hal ini berbeda dengan generasi-generasi pendahulunya.

Menurut studi yang dilakukan Bankrate, para pekerja milenial cenderung membagikan informasi terkait gaji kepada orang lain bila dibandingkan dengan pekerja baby boomer. Di Amerika Serikat saja, satu dari empat pekerja mengaku pernah membeberkan angka gaji mereka ke rekan kerja.

Dikutip dari Parade, Senin (4/3/2019), untuk pekerja milenial, angkanya mencapai satu dari tiga pekerja. Ini dibandingkan dengan hanya 18 persen pekerja baby boomer yang membagikan informasi seputar gaji.


Nah, apakah membagikan informasi seputar gaji adalah hal yang salah?

Sebenarnya jawabannya adalah tidak. Nyatanya, transparansi soal gaji di antara rekan kerja dapat membantu memudahkan negosiasi gaji di masa mendatang.

Alison Green, penulis buku Ask a Manager mengungkapkan, merasa nyaman ketika berbincang perihal gaji dengan keluarga atau teman adalah hal penting.

"Nyamanlah berbicara tentang uang! Sebagai anggota masyarakat, kita kadang tidak nyaman berbicara tentang uang dan ini sebenarnya membuat para pekerja dirugikan," ujar Green.


Ia mengungkapkan, dirinya kerap mendengar keluhan dari banyak orang yang tidak pernah mengajukan kenaikan gaji, lantaran menurut mereka pembicaraan soal gaji sangat menegangkan. Padahal, semakin Anda mampu berbicara tentang uang tanpa merasa canggung, maka akan semakin baik.

Studi tersebut pun mengungkapkan pula bahwa 64 persen pekerja milenial membagikan informasi soal gaji kepada anggota keluarga, tak hanya pasangan. Angka itu lebih tinggi dibandingkan pekerja baby boomer yang mencapai 43 persen.

Selain itu, 58 persen pekerja berusia 18-37 tahun, yakni milenial dan Gen Z, juga membagikan informasi tentang gaji kepada teman.

Lalu, bagaimana dengan kamu? Apakah kamu berani membagikan informasi soal gaji ke orang-orang terdekat atau rekan kerja?

https://money.kompas.com/read/2019/03/04/120500226/milenial-tak-suka-rahasiakan-angka-gaji-apa-benar-

Cahaya Bekas Sujud Meski Terlanjur Masuk Neraka
KITA menemukan hadits yang shahih terkait dengan fungsi ‘bekas sujud’ ini. Namun manfaatnya bukan untuk dikenal orang di alam dunia ini, melainkan untuk bisa dikenali Allah Ta’ala di akhirat nanti.
“Jika Allah ingin memberikan rahmat kepada ahli neraka, maka Dia memerintahkan malaikat untuk mengeluarkan mereka yang menyembah Allah. Lalu malaikat mengeluarkan mereka. Mereka dikenali karena ada bekas sujud pada wajahnya. Dan Allah mengharamkan neraka untuk memakan tanda bekas sujud sehingga mereka keluar dari neraka. Seluruh anak Adam bisa dimakan api neraka, kecuali bekas sujud.” (HR Bukhari dan Muslim)
Hadits ini menjelaskan kepada kita bahwa orang yang shalatnya baik di dunia ini dan punya bekas sujud, nanti di akhirat kalau sudah terlanjur masuk neraka, akan dikeluarkan dari dalamnya. Dan cara untuk mengenalinya adalah dari cahaya bekas sujud yang memancar dari dahinya. Dan bahwa cahaya bekas sujud itu tidak akan hilang termakan oleh panasnya api neraka. Adapun bekas sujud yang sifatnya seperti cahaya di akhirat nanti, kita dapati keterangannya dari hadits lainnya berikut ini.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Tidak ada seorang pun dari umatku kecuali aku mengenalnya pada hari kiamat kelak.” Para shahabat bertanya, “Ya Rasulallah, bagaimana anda mengenali mereka di tengah banyaknya makhluk?” Beliau menjawab, “Tidakkah kamu lihat, jika di antara sekumpulan kuda yang berwarna hitam terdapat seekor kuda yang berwarna putih di dahi dan kakinya? Bukankah kamu dapat mengenalinya?” “Ya”, jawab shahabat. “Sesungguhnya pada hari itu umatku memancarkan cahaya putih dari wajahnya bekas sujud dan bekas air wudhu’. (HR Ahmad dan Tirmizy)
Semoga Allah Ta’ala menjadikan dahi kita ini memancarkan cahaya di akhirat nanti, sehingga termasuk orang yang akan dibela oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Aamiin. Wallahu a’lam bishshawab, wassalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Ahmad Sarwat, Lc]

RECENT POSTS


Cahaya Bekas Sujud Meski Terlanjur Masuk Neraka – Check Porsi Haji App.

Ramai nikah di Selatan Thai
Kerajaan Kedah anjur kempen ‘Jom Daftar Nikah’ mulai 1 Mac, beri jaminan denda kesalahan tidak membebankan pasangan  
admin  03/03/2019
ALOR SETAR, 26 Jamadilakhir 1440H, Ahad – Jumlah pasangan dari Kedah yang berkahwin tanpa kebenaran di Thailand dilihat semakin membimbangkan apabila sebanyak 799 kes dicatatkan tahun lalu, meningkat 233 kes daripada 566 kes pada 2017.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri, Datuk Dr Ismail Salleh berkata, jumlah itu merangkumi kesalahan pernikahan tanpa kebenaran dan berpoligami tanpa kebenaran yang direkodkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam negeri ini.
“Kesalahan nikah di Thailand ini terbahagi kepada pernikahan tanpa kebenaran seperti nikah di sana (Thailand) sebab keluarga menghalang iaitu kesalahan mengikut Seksyen 40(2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Kedah) 2008 dan poligami tanpa kebenaran yang menjadi kesalahan Seksyen 124 enakmen sama.
“Sebanyak 502 kes pernikahan tanpa kebenaran dan 297 kes poligami tanpa kebenaran dicatatkan tahun lepas, manakala 406 kes pernikahan tanpa kebenaran dengan 160 kes poligami tanpa kebenaran pula direkodkan berlaku tahun sebelumnya,” katanya ketika ditemui Bernama di pejabatnya di sini, baru-baru ini.
Katanya, berdasarkan statistik tahun lalu, pasangan dari daerah Kota Setar mencatatkan jumlah tertinggi yang melakukan kesalahan itu dengan 118 kes, diikuti Langkawi (116), kubang Pasu (110) dan Pendang (44 kes).
Dr Ismail berkata, beliau percaya masih ramai pasangan dari negeri ini yang berkahwin di negara jiran tidak mendaftarkan perkahwinan mereka di pejabat agama Islam di sini dan keadaan itu amat membimbangkan kerana akan memberi implikasi terhadap hak isteri dan urusan pendaftaran anak.
Bagi menangani masalah itu, Dr Ismail berkata kerajaan negeri telah mengambil inisiatif melaksanakan kempen ‘Jom Daftar Nikah’ mulai 1 Mac lalu yang bertujuan menggalakkan pasangan yang belum mendaftar perkahwinan mereka untuk berbuat demikian.
Katanya, menerusi kempen itu pejabat agama Islam negeri akan menjadi pemudah cara termasuk membantu menyediakan segala urusan dokumentasi untuk pasangan tersebut mendaftarkan pernikahan mereka.
“Kempen ini hasil kesinambungan Program Mai Daftar Nikah 2018 daripada kerajaan negeri terdahulu, tetapi ditambah baik lagi dalam kempen yang kerajaan negeri sekarang buat kerana program dahulu dilihat tidak berjaya,” katanya.
Bagaimana pun, Dr Ismail berkata, pasangan terbabit tetap dikenakan denda yang akan ditetapkan oleh Hakim Mahkamah Syariah berdasarkan kesalahan yang telah dilakukan.
“Saya jamin jumlah denda itu nanti tidak akan membebankan pasangan yang mendaftarkan pernikahan menerusi kempen ini dan saya pun dah jumpa Bahagian Keluarga Islam dan Yang Arif Datuk Mahkamah Syariah…kedua-dua (pihak) setuju dan akan mengambil tindakan sewajarnya untuk Kempen Jom Daftar Nikah ini,” katanya. – Bernama
Ramai nikah di Selatan Thai - Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb

‘Nak jaga telur pun tak lepas’
Penyokong DAP terkesan susulan kekalahan PH di PRK Semenyih 
admin  04/03/2019

BANGI, 27 Jamadilakhir 1440H, Isnin – Datuk Seri Najib Razak terus menghentam kerajaan Pakatan Harapan (PH), apabila beliau sekali lagi menyindir mengenai peningkatan harga telur ayam di pasaran sekarang, berbanding sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.
“Seorang Menteri jaga telur pernah umumkan dengan bangganya bahawa kerajaan PH berjaya turunkan harga telur 2 sen pada bulan Disember lalu.
“Tetapi mengikut data rasmi Kementerian Pertanian, harga telur ayam terus naik sehingga kini,” katanya sambil turut meletakkan statistik harga telur ayam yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Veterina, di dalam laman Facebooknya.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, sebelum PRU14 lalu, harga di ladang untuk telur ayam gred AAA adalah serendah 27 sen dan gred C ialah 24 sen sebiji.
“Tetapi harga telur gred AAA di ladang pada minggu lepas sudah naik 59.2% sehingga 43 sen. Harga telur gred C naik 67% kepada 40 sen. Itupun harga di ladang. Harga runcit tentu bertambah mahal. Ini data dari kementerian kerajaan PH sendiri. Bukan Najib reka.
“Ini jelas membuktikan Menteri PH berbohong lagi masa itu apabila dia kata kerajaan telah berjaya kawal harga telur dan harga turun 2 sen. Manifesto tipu. Sijil tipu. Hal telur pun nak tipu. Siapa ingat Menteri PH yang berjanji untuk siasat kenaikan harga KFC tahun lepas?
“Apa hasil siasatan? Harga KFC sudah turun atau tidak? Kata nak siasat, lepas tu senyap. Pada masa itu, mereka yang pertahankan PH kata Rakyat tak makan KFC tiap-tiap hari pun. Bagaimana dengan telur pula? Rakyat tak makan telur tiap-tiap hari?,” katanya.
Najib menempelak jika makanan asas seperti telur pun tidak dapat dikawal, bagaimana PH hendak mengawal harga barang lain.
“Nak jaga telur pun tak lepas,” katanya.
Pada masa sama Najib turut gembira berikutan pembukaan ibu pejabat baharu syarikat Razer – jenama gaya hidup khusus buat penggemar permainan elektronik – di negara ini minggu lalu, yang katanya dirancang sejak sebelum PRU14.
“Seperti pelaburan AliBaba, usaha untuk menarik pelaburan Razer ke Malaysia telah mula sebelum PRU14. Pada awal Mac 2018, beberapa mesyuarat dan perbincangan antara Razer, MDEC dan wakil Pejabat Perdana Menteri.
“Hasilnya, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC ketika itu, Datuk Yasmin Mahmood bersama pegawai saya telah membentangkan kepada saya konsep dan perancangan pelaburan Razer di Malaysia.
“Saya sangat kagum dengan perancangan mereka dan dapat melihat, ia ada potensi menjadi satu ‘game changer’ terutama bagi menganjakkan ekonomi digital Malaysia,” katanya sambil menjelaskan bahawa ia juga adalah antara usaha dalam Pelan Transformasi Negara kerajaan BN dahulu.

Najib juga memuat naik mengenai desakan yang kononnya dibuat oleh penyokong DAP susulan kekalahan PH pada PRK DUN Semenyih, kelmarin.
“Penyokong DAP nampaknya sangat terkesan dengan keputusan PRK semalam. Mereka mendesak kerajaan PH laksanakan 18 langkah ini segera.
“Saya post beberapa dari langkah mereka supaya Rakyat akan sedar tentang rancangan propaganda dan agenda mereka. Mereka boleh merancang, Allah juga merancang, Dan Allah adalah sebaik-baik perancang-Nya,” katanya.
'Nak jaga telur pun tak lepas' - Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb

Apa yang Anwar marah sangat PAS?
 
Anwar Ibrahim pun bukanlah mudah menyelesaikan kesnya hingga dua kali penjara atas fitnah liwat terhadapnya. Macam-macam pembelaan dibuat mahkamah tidak juga memihak kepadanya. Belasan tahun membela diri membersihkan maruahnya tidak berhasil. Yang membebaskan dia bukan mahkamah tapi pengampunan diraja. Sumber (gambar, kapsyen): Harakah Daily

Subky Latif
ENTAHLAH!

Habis-habisan dua hari sebelum PRK Semenyih semua tenaga, semua fikiran dan semua marahnya ditumpukan pada PAS, hingga seolah-oleh lepas ini tiada lagilah PAS.

Sedang PAS hendak menyelesaikan masalahnya dengan saman atas Sarawak Report. Meneruskan saman itu pada PAS, sekalipun harapan menangnya besar, untungnya tidak berbaloi. Baiklah tenaga, masa dan duit digunakan menghadapi ancaman dan bahaya kerajaan PH.
Kentut yang pemberian RM90 juta dikatakan dari Umno kepada PAS tidak banyak disebut dalam marah tetapi tumpuan marah itu adalah cara dan syarat penyelesaian di luar mahkamah itu.

Anwar Ibrahim pun bukanlah mudah menyelesaikan kesnya hingga dua kali penjara atas fitnah liwat terhadapnya. Macam-macam pembelaan dibuat mahkamah tidak juga memihak kepadanya. Belasan tahun membela diri membersihkan maruahnya tidak berhasil. Yang membebaskan dia bukan mahkamah tapi pengampunan diraja. 

Yang dia marah itu agaknya pertama disebabkan PAS tidak mahu dia jadi Perdana Menteri sejak masih bersama Pakatan Rakyat dulu lagi dan sebelum Anwar dipenjara kali kedua dulu. Kedua hendak memastikan Semenyih tidak mengulangi tragedi PH di Cameron Highlands.

Tidak setuju politik PAS adalah pilihannya, tapi janganlah marah macam dia marah sekarang. Bukan dia saja tidak suka PAS, ramai lagi. Tapi jangan marah seperti sekarang ini. Marah itu bukan cara berfikir orang berbudi tinggi.

Dan tiada sesiapa boleh meredakan orang yang suka marah melainkan oang itu sendiri. Islam ajar, siapa marah, ambillah wuduk. Wuduk nescaya menurunkan digri marah. Sama seperi nafsu berahi yang meruap, atasilah dengan puasa. Puasa menurunkan nafsu berahi, wuduk menurunkan api kemarahan.

Tiada apa yang kita dapat buat bila Anwar marah melainkan berdoa, dia sentiasa ambil wuduk bila naik darah.

Anwar itu memulakan perjuangan sejak pelajar hingga remaja, sebagai orang harakah, gerakan Islam. Dia seolah-olah orang PAS yang tidak jadi ahli. Kawannya semua orang PAS. Bila cukup umur nescaya jadi orang PASlah. PAS menyediakan Parlimen Permatang Pauh yang diwakili PAS, Almarhum Haji Zabidi Ali adalah untuknya.

Hinggalah dia tahun 1982 dicuri Mahathir jadi orang Umno. Saran Mahathir padanya, kira-kira kalau hendak jadi Perdana Menteri bukan melalui PAS tetapi melalui Umno. Mahathir buka seluas peluang kepadanya, rebutlah.

Tetapi yang jauh pandangan politiknya DAP dan Lim Kit Siang. Selepas 40 tahun berpolitik peluang Anwar jadi Perdana Menteri ialah melalui politik DAP.

Saya tidak menentang Anwar jadi Perdana Menteri. Kerana parti saya PAS tidak mahu dia jadi Perdana Menteri, sebagai ahli parti saya mesti setuju dengan parti saya. Kalau saya tidak setuju dengan PAS, maka saya masuk DAP. Jika dia jadi Perdana Menteri nanti tentu saya rapat dengannya.

Tapi saya hliang PAS.

PAS bukan sekadar tidak setuju dia, malah jumpa pula PM Mahathir minta jangan undur sebelum PRU15. Sudahlah tidak mahu dia jadi Perdana Menteri, minta pula Mahathir jangan berhenti.

Maka amat marahlah orang yang suka marah. BN di Semenyih menang atas sokongan PAS, masa depan PH terancam. Jadi PM melalui kemahuan DAP pun boleh melepas. Dengan marah, PAS mesti diganyang.

Sumber:
Apa yang Anwar marah sangat PAS? – The Third Force

Tengku Zulkarnain: Sebutan Kafir Bukan Ujaran Kebencian  
Senin, 4 Maret 2019 19:25
Foto: Wasekjen MUI, KH. Tengku Zulkarnain

TITIAN

KIBLAT.NET, Jakarta – Wasekjen Majelis Ulama Indonesia (MUI) Tengku Zulkarnain ikut angkat suara terkait sebutan non-muslim sebagai pengganti istilah kafir yang ditetapkan dalam Munas PBNU.

Dia mengatakan, jika memang tidak ingin menyebut kafir, maka sebutan agama secara langsung justru lebih baik dari pada menyebut non-muslim.

“Daripada Menyebut Non Muslim Bagus Mereka Disebut dgn Identitas Agamanya,” kata Tengku melalui cuitannya di akun Twitter pribadinya, @ustadtengkuzul pada Senin (04/03/2019).

“Warga Negara Kristen, Dia Kristen. WNI Hindhu, Dia Hindhu.WNI Budha, Dia Budha.Warga Negara Kong Hu Chu, Dia Kong Hu Chu. Tanpa Harus Bawa2 MUSLIM.Dia Non-Muslim. Buat Apa Bawa2 Islam?” tambahnya.

Dia kemudian menyinggung soal keadilan dalam penyebutan. Seharusnya jika ada istilah non-muslim, maka bagi pemeluk agama lain juga seharusnya diberlakukan hal yang sama.

“Saya Mau Nanya, Kapan Istilah Non Kristen, Non Buddha, Non Bandit, Non Koruptor dan Non Non yang Lain akan Diusulkan ke Pemerintah Juga? Kami Menunggu, Biar Tdk Ada Lagi yg Tersakiti,” katanya

Di sisi lain, tokoh kelahiran Medan itu membantah bahwa sebutan kafir memiliki muatan ujaran kebencian. “Kata Kafir bukan Ujaran Kebencian. Kamus Besar Bahasa Indonesia Juga Memuatnya,” ujarnya.

“Kami dan kawan-kawan Tidak pernah memanggil Teman atau Tetangga dgn Sebutan Hai Kafir! Itu Gila Namanya. Tapi Menghilangkan dari Agama Mustahil,” pungkasnya.

BACA JUGA  INDEF: Pemerintah Seharusnya Berdayakan Petani, Bukan Kerjasama Dagang dengan Australia

BERITA TERKAIT

Reporter: Fanny Alif
Editor: M. Rudy
Tengku Zulkarnain: Sebutan Kafir Bukan Ujaran Kebencian - Kiblat

BERIKAN PERHATIAN SEGERA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DAN MELAYU 
 
Dato’ Azwanddin Hamzah

SJKC KG BARU SEMENYIH*
Saluran 4 BN – 49 PH – 323 BEBAS – 10 PSM – 18 TOLAK – 6 
TOTAL = 400

SJKC KG BARU SEMENYIH*
Saluran 2 BN – 37 PH – 212 BEBAS – 6 PSM – 11 TOLAK – 3 
TOTAL = 266 

SJKC KG BARU SEMENYIH
Saluran 1 BN – 23 PH – 143 BEBAS – 9 PSM – 20 TOLAK – 0
TOTAL = 195
Saya minta umat Melayu-Islam bersatu. Saya tidak akan cakap bayak soal ini, nanti dikatakan rasis. Pikirlah, jadi lah umat Melayu dan Islam yang ambil perhatian kepada senario politik di Malaysia hari ini.

Satu ketika dulu, tanah ini dipangil Tanah Melayu. Hari ini, mereka berusaha mengambil alih kuasa kita kerana begitu taksub mahukan kuasa orang Melayu di hapuskan. Mereka lakukan semua ini di hadapan kita. Ya, lain yang mereka buat di belakang kita, lain pula mereka lakonkan di depan kita kerana mahukan sesuatu dari kita. Dan setelah mereka dapat apa yang mereka mahu, kita pula akan ditikam dari belakang demi menjaga kepentingan kuasa bangsa mereka.
Kepada semua umat Islam dan Melayu, gerakkan lah dan bisikan pada ibu, ayah, keluarga dan sahabat kita agar mendaftar sebagai pengundi. Percayalah, kita hari ini berada dalam satu lingkungan kuasa ancaman yang tersangat bahaya kepada bangsa kita dan agama kita. Umat Islam dan Melayu perlu sedar akan perkara ini dan akur, bahawa kita adalah kumpulan majoriti tetapi berjaya dipecahkan oleh Bangsa DAP 
Bermula dari sekarang, kita umat Islam dan Melayu perlu bangkit dan menjadi jentera dan panglima kepada perjuangan bangsa dan agama kita. Kita perlu lakukan perkara ini untuk generasi kita dan generasi-generasi yang akan datang, kerana kegagalan kita akan mendatangkan kemusnahan yang sungguh dasyat kepada bangsa dan agama. Bangkitlah, marilah kita lakukan sesuatu untuk memulihkan maruah bangsa dan agama.
Ketahuilah, bahawa sememangnya ianya mudah untuk kita melawan mereka tetapi menjadi sukar apabila kita terpaksa berhadapan menentang bangsa kita sendiri yang menjadi tali barut mereka kerana gilakan jawatan untuk kepentingan peribadi dan kekayaan tampa meperdulikan nasib bangsa dan agama.  Biar apapun, inilah cabaran yang perlu kita hadapi bersama dengan tekad menyatukan bangsa dan memelihara kedaulatan agama kita.
Ya, saya sedar mereka akan cuba mengambil tindakan terhadap saya di bawah akta hasutan. Saya terima dan yakin ini satu perjuangan yang perlu saya lakukan demi memelihara kepentingan bangsa, agama dan tanah melayu ini. Saya akur, bahawa setiap kemenangan dan perjuangan pasti ada risikonya. 
Bangkit bangsa ku untuk agama mu …
Demi Kesehatan, Sejumlah Hal ini Haram Kamu Lakukan di Atas Tempat Tidur 
Senin, 4 Maret 2019 00:25 Reporter : Rizky Wahyu Permana
Demi Kesehatan, Sejumlah Hal ini Haram Kamu Lakukan di Atas Tempat Tidur
ilustrasi tidur dengan tv menyala. ©healthcareaboveall.com
Merdeka.com - Kasur atau tempat tidur kita di rumah merupakan salah satu tempat penting untuk menjaga kesehatan kita. Oleh karena itu, terdapat sejumlah hal yang sebaiknya kamu hindari untuk dilakukan di atas tempat ini.

BERITA TERKAIT




Kondisi kasur yang sempurna untuk tidur bisa terwujud dengan melakukan sejumlah larangan. Dikumpulkan dari berbagai sumber, berikut sejumlah hal yang jangan kamu lakukan di atas kasur.

1. Menonton TV di Kasur
Menonton tv dari kasur merupakan salah satu kebiasaan banyak orang. Namun ternyata hal ini bisa berbahaya pasalnya cahaya dari TV akan merangsang otak untuk berhenti mengeluarkan hormon melatonin. Padahal hormon ini berfungsi untuk membuat tidurmu agar selalu nyenyak.

2. Menyalakan Smartphone
Selain TV, kamu juga harus mematikan smartphone saat akan tidur. Pasalnya, ketika smartphone menyala maka kamu akan tergoda untuk memainkannya dan hal ini akan mempengaruhi ritme sirkadian atau jam alami tubuh sehingga kamu sulit untuk terpejam.

3. Makan di Atas Tempat Tidur
Jangan pernah makan apa pun di atas tempat tidur. Pasalnya remahan makanan tersebut akan menarik kedatangan semut, kecoa, atau serangga lainnya yang pasti akan mengganggu kualitas tidurmu.

4. Bekerja
Menurut penelitian yang dilansir dari National Sleep Foundation, saat kamu membawa pekerjaanmu ke atas tempat tidur atau kamu lembur, kamu cenderung akan menderita insomnia. Selain itu hal ini juga bisa membuat kasur kamu menjadi lebih kotor karena banyaknya kertas yang bertebaran.

5. Bertengkar dengan Pasangan
Masalah dengan pasangan yang terjadi di atas kasur dapat mengakibatkan masalah baru bagimu. Pasalnya, ketika kamu bertengkar dengan pasangan, kamu pasti akan stres. Sebaliknya ketika kamu bermesraan dengan pasangan, tubuh akan melepaskan endorfin yang akan membuatmu rileks dan tidurmu jadi nyenyak.

Hindari melakukan sejumlah hal tersebut ketika kamu di atas kasur untuk menjaga kesehatan dan kualitas tidurmu. [RWP]























Demi Kesehatan, Sejumlah Hal ini Haram Kamu Lakukan di Atas Tempat Tidur | merdeka.com




Tiada ulasan: