Ahad, 10 Mac 2019

Tenang. 9240.











Kampung Tenang 
Malaysia / Johor / Labis /
Kampung Tenang telah dibuka oleh Mohamad Ariffin Bin Allauddin atau juga dikenali sebagai Tok Tenang, pada awal abad ke-19 iaitu dalam tahun 1806 Masihi bersamaan 22 Ramadhan 1221 Hijrah. Dari saat itu Kampung Tenang mula membangun mengikut peredaran masa.

Tenang telah ditadbirkan mengikut susunannya sendiri dimana Mohd Ariffin sebagai Ketua Pentadbir dan Ketua Agama. Keadaan ini berubah semasa pentadbiran anak Mohd. Ariffin iaitu Hj. Abu Bakar bin Mohd. Ariffin setelah setelah Perang Jementah berlaku pada tahun beliau berumur 117 tahun. Semasa pentadbiran Hj. Abu Bakar bin Mohd. Ariffin. Ketua Pentadbiran dipegang oleh beliau sendiri sementara Ketua Agama dipegang oleh abangnya iaitu Abu Hassan bin Mohd Ariffin.

Semasa Perang Jementah berlaku, Tenang menyebelahi Johor, menentang Segamat, Jementah dan Kesang. Setelah Segamat dan Jementah jatuh ke tangan Johor, Hj. Abu Bakar Bin Mohd. Ariffin telah dilantik oleh Maharaja Abu Bakar sebagai Penghulu Mukim Tenang/Juasseh. Hj. Abu Bakar tidak bersetuju dengan sikap Maharaja Abu Bakar dan telah melepaskan jawatannya sebagai penghulu Tenang/Juasseh kepada anak saudaranya iaitu Yaakob bin Abu Hassan. Semasa Dato Seri Amar Diraja Johor menjadi Menteri Besar Johor pemetaan Negeri Daerah dan Mukim dibuat semula. Mulai dari saat itu Mukim Tenang/Juasseh dikenali sebagai Mukim Labis.

Nearby cities:
Coordinates:   2°28'27"N   103°3'11"E

Similar places Nearby places Nearby cities
Sumber: 
Kampung Tenang

Rekreasi
Pusat Rekreasi Air Panas
Pintu Masuk Kolam Air Panas
Gambar Dahulu Pintu Masuk Kolam Air Panas
Dahulu
 Gambar Sekarang Pintu Masuk Kolam Air Panas
Sekarang


Pekan Air Panas adalah sebuah pekan kecil dalam daerah Segamat. Pekan ini terkenal dan mendapat nama sempena air panas yang terdapat di sini. Terletak kira-kira 14 kilometer dari Pekan Labis melalui jalan raya persekutuan. Pekan ini juga dikenali sebagai Tenang (jangan keliru dengan Tenang Stesen, salah satu pekan lain di dalam daerah Segamat juga).
Penduduk berbilang bangsa iaitu sebilangan kaum Cina mejalankan perniagaan di pekan kecil Pekan Air Panas dan juga komuniti masyarakat Melayu dan Orang Asli mendiami sebahagian Besar Kampung-kampung berhampiran. Selain daripada itu juga di sini terdapat beberapa perkampungan orang asli seperti Bekok, serta Empangan Juaseh dan juga di pekan ini terdapat dusun buah mata kucing yang banyak.
Asal Usul
Penerokaan Kampung Tenang bermula sejak awal tahun 1801. Kawasan tersebut telah dibuka oleh Tok Tenang. Tok Tenang seorang penghulu pada ketika dahulu. Beliau menjumpai ketika membersihkan kawasan hutan untuk tujuan membesarkan kawasan Kampung Tenang.
Kolam Air Panas terbahagi kepada 4 kolam dengan kedalam yang berbeza-beza. Kawasan ini sesuai dijadikan tempat beriadah seisi keluarga. Selain itu turut disediakan kemudahan awam seperti taman permainan kanak-kanak, surau, tandas lelaki dan perempuan. Selain air panas, kawasan ini dikelilingi oleh tasik buatan.
Pekan Air Panas ini diambil bersempena dengan air panas yang terdapat disini. Pekan ini juga dikenali sebangaiTenang. Pekan ini telah dibuka pada hari Khamis, 3 Disember 1806. Nama Tenang telah diberi oleh penduduk pertama yang membuka tempat ini iaitu Tuan Haji Muhammad Arifin Bin Aladin atau juga dikenali sebagai "Tok Tenang". Namun begitu, pekan ini telah dengan rasminya dinamakan Pekan Air Panas.

Misteri Kolam Air Panas
Waktu yang tunggu sudah tiba. Tuk Tenang masih bersila lagi tanpa menghiraukan anak buahnya yang lain. Sebenarnya Tuk Tenang sedang memikirkan sesuatu. Dia harus membuat keputusan yang tepat.
Setengah jam kemudian, Tuk Tenang kembali merenung anak-anak buahnya. Wajahnya kembai berseri lalu dia memberi sebuah senyuman kepada semua anak buahnya. Tuk Tenang mengambil keputusan nekad untuk meninggalkan bumi Segamat.
Pada hari yang ditetapkan, bersiap sedialah Tuk Tenang untuk merantau bersama dengan 30 orang keluarga anak buahnya. Tuk Tenang sendiri membawa kelima-lima anaknya yang terdiri dari Halimah, Abu Soat, Shahabudin, Hassan dan Abu Bakar.
"Tuk Tenang terpaksa meninggalkan tanah tumpah darahnya, Segamat kerana dia merasakan dirinya sudah tidak serasi dengan bumi Segamat itu," ujar Haji Ahmad Layot merupakan salah seorang dari keturunan Tuk Tenang.
Menurut Haji Ahmad Layot lagi, sehingga sekarang nama Tuk Tenang sentiasa menjadi kebanggaan penduduk Kampung Tenang. Malahan nama Tuk Tenang terus bersemadi bersama-sama dengan nama kampung tersebut.
Penerokaan Kampung Tenang bermula sejak awal tahun 1801. Lebih kurang 189 tahun yang lampau. Tuk Tenang membersihkan kawasan baru itu bersama anak buahnya. Pada mulanya bumi yang baru diterokai itu tidak begitu subur.
Tuk Tenang yakin bahawa segala usaha yang dilakukannya akan mendatangkan hasil. Oleh kerana itu, Tuk Tenang bercucuk tanam dan bersawah padi di Kampung baru itu. Segala yang diusahakan memberi manfaat yang besar kepada mereka. Semua tanaman termasuk padi terus menjadi-jadi. Malah zuriat Tuk Tenang terus bertambah dan berkembang sehingga ke hari ini.
Tuk Tenang sendiri menjadi penghulu di kampung tersebut. Dia yang mempunyai kepandaian dalam ilmu dunia dan akhirat, jadi tumpuan anak-anak buahnya, tempat mengadu dan meminta nasihat.
Pembukaan Kampung Tenang ini sering dikaitkan dengan penemuan sebuah kolam air panas. Tuk Tenang menjumpai kolam tersebut ketika sedang membersihkan kawasan hutan untuk membesarkan kawasan Kampung Tenang.Tuk Tenang mendapati seluruh kawasan kolam itu berair. Lalu dia mengambil kata sepakat dengan anak-anak buahnya untuk membuat sawah. Setelah membersihkan kawasan berair di sekitar kolam tersebut maka jadilah kawasan sawah.Lama-kelamaan Tuk Tenang mendapati di sekitar sawahnya mengeluarkan buih seperti buih air panas yang mendidih.
Akhirnya Tuk Tenang membiarkan saja kawasan itu dan menjadikannya sebuah kawasan kolam air untuk membasuh pakaian dan bermandi manda. Selain untuk kegunaan harian, mereka juga mempercayai air panas itu boleh memulihkan sebarang jangkitan penyakit kulit. Dipercayai air panas dari kolam itu juga menyegarkan badan. Kerana cerita-cerita itulah kolam air panas jadi tumpuan seluruh penduduk berhampiran.
"Ada juga pihak yang mengatakan, suatu waktu dulu, entah bila, sebuah kapal dagangan yang membawa belerang tenggelam di dasar kolam itu. Peliknya, di sekitar kawasan air panas itu tidak ada kesan-kesan yang kolam tersebut merupakan sebuah laluan sungai. Ini sukar untuk dipercayai," terang Haji Ahmad Layot dengan nada perlahan. Dia yakin dan percaya semuanya itu adalah cerita yang ditokok tambah.
Malah dalam sejarah pembukaan kampung tersebut menunjukkan yang kolam itu telah pun ada sebelum berlakunya Perang Jementah dalam tahun 1879. Mustahil pula ada kapal yang tenggelam di dasar kolam air panas itu diputar belitkan.
Sehingga sekarang, Kolam Air Panas, di Kampung Tenang terus menjadi misteri kepada penduduk sekitar serta orang luar. Apa yang disayangkan kolam air panas itu terus terbiar sepi tanpa perubahan. Beberapa tahun lalu ada juga pihak tertentu berusaha memulihkan kolam tersebut tetapi sekerat jalan saja. Namun sehingga ke hari ini, masih ada pelawat-pelawat dari jauh datang menjenguk kolam tersebut.
Sekitar kolam air panas itu sudah dipenuhi semak samun. Titi yang dibina sudah kelihatan usang tanpa dibaikpulih. Ini sungguh merbahaya jika tidak berhati-hati ketika menggunakannya. Keluasan kolam tersebut semangkin kecil disebabkan oleh rumput rampai yang tumbuh. Jika keadaan ini tidak diambil berat oleh pihak tertentu maka akan pupuslah satu anugerah yang diberikan oleh Allah kepada penduduk Kampung Tenang sejak dari zaman pembukaannya.Sekurang-kurangnya Kolam Air Panas di Kampung Tenang Labis, Johor ini boleh dijadikan salah satu tempat kunjungan pelancong dari luar dan akan menambahkan satu lagi kawasan rekreasi negara.
(Sumber petikan/Rujukan:/VS Februari 1991)
Rekreasi | Portal Rasmi Majlis Daerah Labis


Kemudahan yang disediakan
Dari segi kemudahan infrastruktur, terdapat beberapa kemudahan dan infrastruktur yang disediakan seperti berikut :-
  • 2 kolam mandian utama berbumbung
  • 2 kolam mandian utama tidak berbumbung
  • 2 bangunan bilik persalinan dan tandas untuk lelaki dan perempuan;
  • 1 bangunan surau
  • 1 bangunan kitar semula;
  • 1 pondok pengawal keselamatan
  • 5 buah pondok rehat gazebo
  • Taman Permainan Kanak-kanak dan “Outdoor Fitness Gym”
  • Tempat letak kenderaan dan
  • Sebuah tasik buatan.
.
.
.
 Surau
 wakaf
 taman permainan
Laman Nadir Dan Taman Permainan
 .
Konsep
“Berubat Sambil Berrekreasi“
Perubatan 
Proses penjanaan dan pemulihan untuk mengurangkan jumlah kerosakan yang merangkumi proses pembuangan dan penggantian tisu-tisu
Rekreasi
Pengisian masa terluang dengan aktiviti-aktiviti yang dapat memberikan kesegaran (refreshment) dalam bentuk aktif atau pasif.
Rekreasi | Portal Rasmi Majlis Daerah Labis


Keistimewaan Kolam Air Panas
  • Mengubati pelbagai jenis penyakit kulit seperti Panau, Kurap, Gatal-gatal, Kudis Buta dan sebagainya.
  • Mengubati sakit lenguh-lenguh badan dengan merendamkan diri di dalam kolam Air Panas.
  • Kandungan mineral yang tinggi serta suhu air panas mencecah sehingga 42°C.
  • Air sentiasa mendidih, ini dapat dilihat dari buih-buih gelembong panas yang terhasil di dalam kolam utama.
Kolam Air Panas mempunyai keistimewahan yang tersendiri sama ada dari segi berekreasi atau dari segi perubatan kerana di kolam Air Panas terdapat empat kolam yang dapat memberi keseronokkan kepada pengunjung untuk merasai nikmat Kolam Air Panas.. Selain itu, Kolam Air Panas, Labis merupakan salah-satunya Kolam Air Panas yang terdapat di Negeri Johor. Oleh yang demikian, Kolam Air Panas dapat memberi lebih keseronokkan kepada pengunjung kerana ia berbeza dengan tempat-tempat perkelahan dan rekreasi yang lain yang terdapat di negeri Johor, mahupun di semenanjung Malaysia.
Aktiviti yang boleh dijalankan
* Perkhemahan
* Berkelah
* Lawatan pelajar-pelajar
* Bermandi manda
* Beriadah
.
.
.
.
.
.

Rekreasi | Portal Rasmi Majlis Daerah Labis


Waktu Operasi Dan Kadar Masuk
Pusat Rekreasi Kolam Air Panas (Pusat Rekreasi Kolam Air Panas), Labis
Waktu Operasi
Hari
Isnin - Jumaat 3.00 ptg - 7.00 ptg
Sabtu & Ahad 9.00 pg - 7.00 ptg 
Cuti Sekolah & Cuti Umum 9.00 pg - 7.00 ptg 
Warganegara
Kategori
Dewasa RM 2.00
Kanak-kanak ( 12 tahun & ke bawah ) RM 1.00
Semua Jenis Kenderaan RM 2.00
Bukan Warganegara
Dewasa RM 6.00
Kanak-kanak ( 12 tahun & ke bawah ) RM 4.00
Semua jenis kenderaan RM 4.00
Kolam Jacuzzi
Kategori 
Warganegara RM 30.00 / jam 
Bukan Warganegara RM 50.00 / jam
Kapasiti Pelawat:
Hari Biasa : up to 100 people.
Hari Minggu @ Cuti Umum : 300 - 500 orang  
Rekreasi | Portal Rasmi Majlis Daerah Labis



Apa yang ada di Taman Nadir Dan Taman Permainan
Sekitar Taman Nadir
.
.
.
.
.
.
Sekitar Taman Permainan Dan Informasi
Taman Permainan Berbentuk  Labah – Labah Dan Arca Semut
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Rekreasi | Portal Rasmi Majlis Daerah Labis

Permata Johor - Mohammad Salleh bin Perang Dato' Bentara Luar Johor
https://youtu.be/18weqIY6_yI
Sejarah Mohammad Salleh bin Perang, Dato' Bentara Luar Johor.
Diterbitkan pada 4 Dis 2013


panglima perang salleh @temenggong salleh (melayu asal muar/ ke telok blangah(singapura)adalah saorang yang berjasa kepad sultan (s.abubakar 1840/50) .. ayahnda beliau temg.ismail bin temeng konitjuga orang yang berjasa kepada raja ahmad/raja muhamad@s.mahmud III ...tapi dari zuriat beliau lahirlah saorang penderhaka iaitu wan abd.rahman ( mengaku gaku serah singapura pada raffles..raffles dikata mati 1840 sementara dia lahir 1860 cerita fantasi inggris) sejak penderhakaan 1917/20 wan lahnatullah ini lah maka terputuslah (sejarah jadi tonganglanggang hasil ciptaan inggris) sejarah temenggung dengan sultan abubakar beliau (temg abd.rahman gunapakai nama sultan diberi gelaran inggris maharaja abubakar ....sedangkan nama baginda sultan abubakar diganti ke dato amar abd,rahman andak yang dipecat..dan belanda mengelar baginda (sul.abubakar) sultan abd.rahman muazammshah II ..kedua dua nama ganti sultan abubakar ini mangkat pada 1930..
 https://chipchip.site/chipchip/18weqIY6_yI/permata-johor-mohammad-salleh-bin-perang-dato-bentara-luar-johor


Sejarah SEKOLAH KEBANGSAAN JEMENTAH KM22 JALAN MUAR, 85200 JEMENTAH, SEGAMAT, JOHOR DARUL TAKZIM. 
Monday, 26 May 2008

Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1933. Tanah tapak sekolah ini seluas dua(2)ekar 0 rood tiga (3)pole, telah dihadiahkan oleh Allahyarham Encik Abdul Rahman bin Md Salleh, Naib Penghulu Mukim Jementah pada masa itu. 

Bangunan asal ialah sebuah bangunan beratapkan rumbia, berdindingkan kulit kayu kepong, bertiangkan kayu bulat dan telah dibina secara gotong- royong. 
Sekolah ini dinamakan Sekolah Melayu Jementah dan merupakan sekolah yang pertama dibina di Mukim Jementah. 

Dalam tahun 1936 sebuah bangunan batu telah dibina oleh kerajaan untuk menggantikan bangunan asal. Bangunan ini telah dirasmikan oleh Allahyarham Dato' Abdullah B. Esa, Pesuruhjaya Kerajaan di Segamat pada ketika itu. 


Sebuah rumah guru juga telah dibina berhampiran dengannya.Dalam tahun 1951 sebuah bangunan tambahan (bangunan atap) telah didirikan oleh orang ramai secara gotong-royong. Dalam tahun 1953 sebuah bangunan tambahan (papan/ asbestos) telah dibina oleh kerajaan untuk menggantikan bangunan tambahan yang didirikan pada tahun 1951. 
Dalam tahun 1981 sebuah bangunan baru dua tingkat berserta dengan kantin telah didirikan. Bangunan ini telah dirasmikan oleh Y.A.B. Dato'Musa B. Hitam S.P.M.J, S.S.I.J, S.P.M.S, D.U.N.M,S.P.N.S,B.S.I, P.I.S, S.P.D.K Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1985. 
PENGASAS SEKOLAH

Penubuhan sekolah ini adalah hasil daripada daya usaha individu yang berikut: 

1. Allahyarham En. Abdul Kahar B. Abdul Rahman (Penghulu Mukim Jementah)
2. Allahyarham En. Abdul Rahman B. Mohd. Salleh (Naib Penghulu Mukim Jementah)
3. Allahyarham Sarjan Mustaffa (Ketua Balai Polis Jementah)
4. Tuan Haji Abdul Majid B. Abdul Jalil (Ketua Kg. Sg. Siput, Jementah)

LATAR BELAKANG SEKOLAH


Butir-butir bangunan sekolah: 


1. Sekolah ini mempunyai 3 blok bangunan. 1 blok bangunan 3 tingkat, 1 blok bangunan 2 tingkat dan 1 bangunan kayu 1 tingkat.
2. Kemudahan bilik-bilik P&P dan bilik-bilik Sekolah ini dilengkapi dengan 12 buah kelas termasuk 1 buah Kelas Pendidikan Khas. Di samping itu, bilik-bilik khas terdiri daripada bilik- bilik pentadbiran, Bilik Mesyuarat/Bilik Gerakan, Pusat Sumber, Bilik Kemahiran Hidup,Makmal Sains, Bilik Muzik, Bilik Pemulihan, Bilik Bimbingan dan Bilik Komputer.
3. Sekolah ini mempunyai 2 kelas untuk setiap tahap iaitu Mahsuri dan Malinja. Nama tersebut diambil berdasarkan lencana sekolah yang mempunyai lambang padi iaitu padi Malinja dan padi Mahsuri.

SENARAI GURU-GURU BESAR
NAMA TAHUN
. En. Mohamad B. Hj. Mahadi 1933-1938
. En. Abdul Aziz B. Md. Awi 1938-1950
• En. Abdul Manaf B. Abdul Rahman 1950-1955
• Tuan Hj. Arif B. Hj. Dualim 1956-1959
• En. Sani B. Taha 1959-1962
• Tuan Hj. Jalil B. Salim 1963-1969
• En. Othman B. Hj. Sahab 1969-1971
• En. Kasran B. Isnin 1971-1981
• Tn. Hj Mohd Saat B. Rasul 1983-1984
• En. Roslan B. Hj Daud 1984-1989
• En. Abd. Majid B. Madisan 1989-1994
• Tn. Hj Roslan B. Hj Daud 1994-1995
• En. A. Aziz B. Ishak 1995-1998
• En. Mustaffa B. Hassan 1998-1999
• Pn. Halizah Bt. Maarof 1999 hingga sekarang


Sumber: 
Sejarah
























https://www.youtube.com/watch?v=3nOxDlPyCTc




Tiada ulasan: