Selasa, 5 Mac 2019

Tepon rosak. 9220.




Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan teks

Imej mungkin mengandungi: teks

Moyangku badan Sado! kau ado ?
Ahmad Ismail am@hmetro.com.my
ADA memanggilnya Atok Sado atau Hulk Hogan Malaysia. Malah dia turut terkenal dengan gelaran Din Besi.
Dikala usia menjangkau 76 tahun, pesara Keretapi Tanah Melayu (KTM) Mohd Nor Embong ternyata masih sasa dan bertenaga tidak ubah seperti orang muda.
Biarpun sudah mempunyai 15 cucu dan lima cicit namun tubuhnya masih pejal dan tidak langsung menunjukkan kesan penuaan.



Mohd Nor yang menetap di Buloh Kasap, Segamat, Johor, memberitahu bersyukur masih diberikan kekuatan serta kesihatan untuk meneruskan hobi mengangkat berat diamalkan sejak lebih 50 tahun lalu.
Menurutnya, minatnya itu bermula selepas dia kerap dipersenda dan menjadi mangsa buli ketika bekerja sebagai penjual tiket wayang.
“Ketika itu saya baru berusia 19 tahun dan bekerja di pawagam di Bandar Segamat sekitar 1961.
“Tubuh saya yang kurus ketika remaja menyebabkan saya kerap menjadi mangsa belasahan samseng ketika itu yang sengaja enggan membeli tiket wayang selain kerap melanggar badannya,” katanya.
Menurutnya, dia yang berbadan ‘lidi’ ketika itu bertekad memiliki tubuh badan sasa supaya tidak terus menjadi mangsa buli.
“Akibat tidak mampu membeli peralatan besi untuk senaman angkat berat, saya bersenam dengan kaedah unik iaitu menjunjung motosikal ‘kapcai’ seberat 85 kilogram lima kali sehari.
“Saya kemudian mengambil keputusan berhenti kerja di panggung wayang dan sekadar melakukan kerja kampung dan upah bertukang untuk menyara hidup,” katanya.
Menurutnya, selepas berjaya membentuk tubuh sasa tujuh bulan kemudian, dia bekerja semula di panggung wayang sama.
“Semua kaki buli yang melihat perubahan saya ketika itu terkejut dan tidak lagi berani membuli saya. Saya kemudian menerima tawaran bekerja sebagai pekerja am di KTM Segamat.
“Secara kebetulan tugasan harian adalah menggunakan penukul besi seberat belasan kilogram untuk memaku kayu pada landasan besi kereta api. Kerja ini menggunakan banyak kudrat dan membantu mempercepatkan pertumbuhan otot badan hingga saya digelar Din Besi,” katanya.
Mohd. Nor berkata, bentuk badannya yang sasa mengundang pelbagai memori lucu antaranya terdapat jejaka kampung yang gerun mengurat anak gadisnya.
Dia sehingga kini masih meneruskan hobinya itu walaupun sudah memilik tujuh anak, 15 cucu dan lima cicit.


Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Mac 2019 @ 9:24 PM
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/03/430298/moyangku-badan-sado-kau-ado


Tiada ulasan: