Isnin, 15 April 2019

Kok tidak ada rasa memiliki. 9344.



Habiskan Dana Rp 480 M, Jembatan Baru Ini Terancam Ditutup, Kenapa
by Sodikin
Habiskan Dana Rp 480 M, Jembatan Baru Ini Terancam Ditutup, Kenapa?
RIAU–Dinas Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat (PUPR) Provinsi Riau mempertimbangkan untuk menutup sementara Jembatan Siak IV yang baru saja diresmikan tahun 2019 ini. Pasalnya, ratusan baut jembatan hilang akibat dicuri.
Kepala Bidang Jalan dan Jembatan Dinas PUPR Provinsi Riau Yunnas Haris mengatakan sekitar 100 baut hilang hingga dikhawatirkan membahayakan jika tetap dibuka untuk umum.
BACA JUGA: Banyak Anak Bolos Ngaji dan Aksi Pencurian, Desa di Aceh Larang WIFI

“(Hilangnya baut-baut) ini berpengaruh terhadap kekuatan jembatan. Kalau memang nanti membahayakan, (jembatan) kita akan tutup sementara,” kata Yunnas sebagaimana dilansir Antara, Ahad (14/4/2019).

“Bingung kita melihat kondisi ini. Kok tidak ada rasa memiliki,” tambahnya.

Selain baut, dia menyebut sejumlah material lainnya juga hilang dalam beberapa waktu terakhir. Di antaranya penangkal petir, yang juga raib diambil orang tidak bertanggung jawab.

“Kemarin penangkal petir juga hilang. Tapi sudah kita ganti,” tuturnya.

Yunnas mengaju pihaknya telah melakukan pengawasan meski dilakukan secara acak, karena tidak mungkin menempatkan personel 24 jam untuk mengawasi maling.
“Kita kan tidak bisa awasi 24 jam. Memang kita awasi, tapi lengah saja sedikit, baut-baut itu langsung dicuri, padahal besinya itu kan tertanam,” ujarnya.
Pembangunan Jembatan Siak IV telah dimulai sekitar 10 tahun lalu, yakni dari tahun 2009 dengan program tahun jamak (multi-years). Total dana pembangunan jembatan tersebut mencapai sekitar Rp 483,68 miliar.
BACA JUGA: Akan Diadili, Tersangka Kredit Fiktif di Bank Riau Mendadak Dinyatakan Gila
Jembatan Siak IV memiliki total panjang 800 meter, dengan konstruksi steel deck girder yang memiliki 14 titik kabel di bagian hulu dan hilir. Tinggi pylon jembatan 75 meter dengan jenis konstruksi beton. []
SUMBER: DETIK
https://www.islampos.com/habiskan-dana-rp-480-m-jembatan-baru-ini-terancam-ditutup-kenapa-143957/?

Masjid jadi kelab malam 
Sinar Harian
Masjid jadi kelab malam
Pendatang Yahudi menari di dalam Masjid Al Ahmar yang ditukar menjadi kelab malam. -Foto Sinar Harian

BAITULMAQDIS: Pihak berkuasa Israel mencetuskan kemarahan umat Islam Palestin apabila menukar Masjid Al Ahmar di wilayah yang diduduki menjadi sebuah kelab malam.

Permohonan bagi menukar masjid bersejarah itu menjadi bar dan dewan perkahwinan mendapat kelulusan Majlis Perbandaran Israel di wilayah Safad.

Difahamkan, Masjid Al Ahmar dibina pada abad ke-13 dan namanya kini ditukar kepada Khan Al Ahmar.

Ia mula diceroboh pelampau Yahudi pada 1948. 

Bangunan itu pada mulanya dijadikan sekolah Yahudi, kemudian pusat bagi kempen pilihan raya Parti Likud dan kemudian kedai pakaian sebelum ditukar kepada kelab malam.

"Masjid Al Ahmar mendapat namanya kerana ia dibina menggunakan batu berwarna merah. Hari ini, masjid itu dibuka untuk hampir semua acara kecuali solat bagi penduduk Muslim.

"Masjid ini mempunyai nilai sejarah dan seni bina tersendiri. Ia dibina oleh Mameluke Sultan Al Daher Baibar (1223-1277 Sebelum Masihi)," kata ahli sejarah dan penduduk tempatan, Mustafa Abbas.

Tambahnya, penduduk Islam yang melawat masjid berkenaan sering berdepan serangan pendatang Yahudi.

Sementara itu, Setiausaha Infak Safed dan Tiberias, Khair Tabari berkata beliau menunggu mahkamah Nazareth membuat keputusan mengenai aduan yang difailkan meminta masjid itu dikosongkan dan dikembalikan kepada agensi itu.

Tabari menambah, beliau menyertakan dokumen membuktikan pemilikan masjid berkenaan dan menggesa parti politik dan badan popular meningkatkan kerjasama dengannya dalam usaha menyelamatkan masjid itu daripada sebarang pelanggaran.

Beberapa tahun lalu, rejim Zionis dilihat sengaja mencetuskan konfrontasi apabila membuka beberapa bar dan pusat hiburan berhampiran Masjid Al-Aqsa yang merupakan tempat suci ketiga umat Islam.

http://www.astroawani.com/berita-dunia/masjid-jadi-kelab-malam-204611?

Amerika Syarikat digesa keluarkan Malaysia daripada senarai 'K'
Bernama
Amerika Syarikat digesa keluarkan Malaysia daripada senarai 'K'
Wisma Putra berkata kawasan timur Sabah terus menarik perhatian penyelam bertaraf dunia dan kejayaan itu adalah hasil langkah proaktif yang diambil kerajaan Malaysia. - Bernama 

KUALA LUMPUR: Malaysia membantah sekeras-kerasnya keputusan kerajaan Amerika Syarikat meletakkan Malaysia dalam Indikator 'K' seperti diumumkan dalam nasihat perjalanan yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat pada 9 April lalu.

Justeru, Kementerian Luar (Wisma Putra) menggesa negara itu supaya segera mengeluarkan Malaysia daripada senarai itu dan akan memanggil Duta Amerika Syarikat di Malaysia untuk memberi penjelasan berhubung nasihat perjalanan baharu itu.

Wisma Putra dalam kenyataan pada Ahad memberitahu indikator itu menunjukkan kebimbangan kerajaan Amerika Syarikat terhadap potensi penculikan atau situasi tebusan di kawasan-kawasan tertentu di wilayah timur Sabah. 

Kementerian itu berkata nasihat perjalanan baharu itu dilihat kurang objektif dan tidak mencerminkan hakikat sebenar di lapangan khusus situasi keselamatan di wilayah timur Sabah yang kekal selamat dan terkawal bagi pelancong.

"Ini bersandarkan kepada fakta bahawa angka ketibaan pelancong di Sabah meningkat kepada 5.5 peratus, iaitu memcecah 3.87 juta tahun lalu. Malah, angka insiden penculikan telah menurun secara ketara kepada hampir sifar," katanya.

Menurutnya, kawasan timur Sabah terus menarik penyelam bertaraf dunia dan kejayaan itu adalah hasil langkah proaktif yang diambil oleh kerajaan Malaysia seperti meningkatkan rondaan, kerjasama keselamatan erat dengan negara-negara jiran dan pengaturgerakan strategik aset-aset keselamatan.

"Berdasarkan fakta-fakta ini, Malaysia menggesa Amerika Syarikat supaya lebih objektif dalam penilaiannya. Kami menggesa Amerika Syarikat segera mengeluarkan Malaysia daripada senarai 'K' itu," katanya.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/amerika-syarikat-digesa-keluarkan-malaysia-daripada-senarai-k-204593?





Tiada ulasan: