Sabtu, 18 Januari 2020

Ahli Neraka suka api dunia. 9601


Ahli Neraka Suka Api Di Dunia


بسم الله الرحمن الرحيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Mengapa Ahli Neraka Suka Api Di Dunia? - Ustaz Jafri Abu Bakar
  • KIta ini tiada pilihan lain, melainkan kena masuk syurga. MESTI masuk syurga! Kenapa mesti masuk syurga? Kerana kalau kita tidak masuk syurga, kemana lagi kita akan masuk melainkan neraka. Nauzubillahiminzalik (moga dijauhkan dari Allah oleh perkara tersebut). Neraka bukan sehari. "Takpalah, kita orang Islam, nanti hujung-hujung masuk syurga jugak". Bukan setahun, dua tahun dik, 20 tahun, atau 30 tahun, sehari pun kita takkan dapat tahan. Bahkan sekejap pun kita tak tahan di neraka. Allahuakbar!
  • Ulamak ada bercerita, seseorang yang hidupnya di dunia yang dulu dia nikmat, sentiasa seronok, ada segala-galanya sepanjang hidupnya, malah tak pernah rasa susah sekali pun, apabila diambil dia sekejap, dan dicelup sekejap dalam neraka. Celup sahaja! Maka celup yang sekejap dalam neraka itu menyebabkan dia LUPA! Lupa segala nikmat yang pernah dia ada sepanjang hidupnya di dunia. Ini adalah disebabkan oleh betapa seksanya azab api neraka itu. Allahuakbar!
  • Seksa yang paling ringan dalam neraka, yang orang akan rasa apabila duduk dalam neraka, ialah tapak kaki mereka diletakkan batu dari api neraka sehingga otaknya menggelegak. Jangan pula kita fikir, otak saja yang menggelegak tapi tubuh badan masih elok. Tidak! Kalau kaki itu sudah terkena api neraka sehingga menyebabkan otak menggelegak, bayangkan apa pula akan terjadi pada kaki itu sendiri, bayangkan badannya jadi macam mana, bayangkan tangannya jadi macam mana! Jadi itulah seksaan paling ringan. Allahuakbar!
  • Kemudian, apabila lapar pula, makanan yang ada hanyalah buah Zaqqum, iaitu buah yang berduri yang apabila dimakan, SAKIT, bukan kenyang. Minum pula air yang panas dari neraka sehingga pecah kerongkongnya. Tak hilang dahaga! Tak hilang lapar! Bahkan seksa! seksa! seksa! sehingga ulamak menyebut, jika orang yang berada dalam api neraka itu, diangkat sekejap dan diletakkan pula di atas api yang paling panas di dunia (Gunung Berapi, mungkin?), mereka ini boleh tidur dan boleh nyenyak. Pasal apa? Pasal sejuknya api di dunia itu. Jangan kita sekali-kali berfikir untuk tinggal di dalam neraka walau seminit pun, kerana sesaat pun kita tidak akan dapat menahannya. Allahuakbar!
Gambar sekadar hiasan.
SUBHANALLAH     ALHAMDULILLAH     ALLAHUAKBAR  

Harapan saya agar pihak pembaca dapat menyebarkan info/maklumat yang ada di dalam blog ini kepada rakan yang lain. Sama-samalah kita berdakwah. Insyaallah.

Sekian dahulu dari saya. Segala yang baik datang dari Allah, dan segala yang buruk datang dari saya. Kita akhiri pembacaan ini dengan Tasbih Kaffarah dan Surah Al-Asr.

Sekian dari saya. Assalamualaikum w.b.t
Sebarkan Ilmu, Walau Sedikit, Untuk Saham Akhirat!

https://qiamatmakinhampir.blogspot.com/2014/08/ahli-neraka-suka-api-di-dunia.html

Tanda-Tanda Besar Kiamat.
Assalamualaikum w.b.t - Bismillahirahmanirahim
Hampir 90% tanda-tanda kecil kiamat telah berlaku. 

Antara tanda kecil qiamat yang cukup banyak berlaku pada hari ini yang Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda, "Kalian akan lihat wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang. Kalian akan lihat satu wanita dengan dua sifat padanya iaitu berpakaian dan telanjang. Kain yang dipakai menampakkan bentuk tubuh

Kalian akan lihat sanggul kepala mereka seperti bonggol unta. Nabi Muhammad s.a.w menyebut wanita jenis ini tidak akan dapat masuk ke syurga malah bau syurga pun tidak."

Kemudian Nabi Muhammad s.a.w bersabda, apabila habis berlaku tanda itu, ada beberapa tanda besar yang akan berlaku. Nabi Muhammad s.a.w telah menyusun mengikut turutannya. Dalam Sahih Bukhari dan Muslim ada enam (6) sahaja tanda-tanda besar qiamat. Ada lagi tanda besar dalam sahih yang lain.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda, tanda besar yg PERTAMA ialah matahari terbit dari sebelah barat. Sebelum matahari terbit dari sebelah barat, Bumi ini akan menjadi gelap selama beberapa hari di semua waktu di semua negara. Manusia akan mula merasa resah tentang fenomena yang amat luar biasa ini yang tiada jawapan di seluruh bumi Allah. Bagi orang yang mendengar hadis tanda-tanda besar qiamat dia ada jawapan dengan maklumat yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w melalui hadisnya. Berapa ramai yang tidak mendengar hadis tanda-tanda besar qiamat?
Tanda Besar Kiamat: Terbitnya matahari dari arah barat! 
Manusia mula berasa takut dan mencari-cari jawapan, tetapi tidak ramai yang tahu. Ada riwayat mengatakan Bumi akan menjadi gelap selama 2 hari, dan ada pula berkata 3 hari. Seandainya bumi menjadi gelap hingga hari ketiga, ketahuilah bahawa pada hari keempat itu, matahari akan terbit dari arah barat. Pada hari keempat itu, kumpulan pertama yang akan merasa matahari terbit dari sebelah barat , sabda Nabi Muhammad s.a.w, mereka itu ialah orang yang bangun mendirikan ibadat/solat malam. Seluruh penduduk Bumi, iaitu orang Islam dan bukan Islam akan melihat matahari terbit dari sebelah Barat pada pagi itu. Ketika itu, sabda Nabi Muhammad s.a.w, semua orang ingin beriman kepada Allah. Tetapi Allah sudah pun menutup pintu taubat itu serapatnya buat selama-lamanya. Ketika itu juga, yang dedah aurat sibuk mencari tudung untuk menutup aurat. Yang tidak baca Al-Quran bertungkus-lumus berlari ke rumah mencari Al-Quran untuk dibaca. Yang tidak pernah bersedekah dan berzakat pula, berlari ke rumah masing-masing untuk mengeluarkan emas mereka, kemudian mengenggam emas itu dan berlari keluar mencari orang miskin!
Yang tidak pernah bersedekah dan berzakat pula, berlari ke rumah masing-masing untuk mengeluarkan emas mereka, kemudian mengenggam emas itu dan berlari keluar mencari orang miskin!
Sabda Nabi Muhammad s.a.w, pada hari pertama matahari terbit dari sebelah barat, tempoh masa siang itu panjangnya setahun, kemudian barulah manusia merasa nikmat Allah datangkan malam. Para sahabat bertanya bagaimana nak solat? Jawab nabi, kalian anggarkan satu waktu solat dengan satu waktu solat yang lain. Kemudian matahari tenggelam dan esok naik lagi dari sebelah barat. Hari kedua seperti mana sebulan panjangnya. Hari ketiga seperti mana seminggu panjangnya. Hari keempat Nabi Muhammad s.a.w bersabda, barulah matahari terbit berputar seperti biasa hari-hari kalian (sehari). Waktu itu, manusia menjadi tidak tenang. Yang tenang hanyalah mereka yang menyimpan bekalannya. Apabila muncul tanda besar qiamat, yang PERTAMA, maka nantikan pula kemunculan tanda besar qiamat yg KEDUA sejurus selesai yg pertama.
Adakah kita sudah bersedia? 
Sekian dahulu dari saya. Segala yang baik datang dari Allah, dan segala yang buruk datang dari saya. Assalamualaikum w.b.t

Sebarkan Ilmu Untuk Saham Akhirat!
https://qiamatmakinhampir.blogspot.com/2014/08/tanda-tanda-besar-kiamat-yang-ramai.html

Tiada ulasan: