Dari satu sudut... siapa sebenarnya yang berperanan membentuk nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar berkenaan? Sudah pastinya ibu bapa mereka, kaum keluarga dan peranan guru-guru dan rakan sebaya mereka sehinggalah mereka menjana diri dengan kesinambungan ilmu di IPT.
Malangnya bila mereka dewasa dan keluar dari bumbung pendidikan, siapa pula perosak nilai-nilai murni dalam jiwa individu tersebut?
Ahli Politik? Ketua Politik? Penyokong Politik? Pembodek dan Pengampu Politik? Samseng Politik? Pondan Politik? Pelongkang Politik? Orang Kampung? Orang Kota? Orang Ulu? Orang Taman? Pelombong Boksait? Perasuah? Orang yang dusta?
Fikirkanlah dan sudah baca dan faham tidak maksud Firman Allah yang di atas tu? (Surah Al-Hujurat ayat 13) & (Surah Hud ayat 113)
<><Satu><>
RAKAMAN GAMBAR PELAJAR CINA DAN INDIA SEDANG MEMAYUNGI PELAJAR ISLAM SEDANG BERSOLAT DALAM HUJAN RENYAI MENJADI VIRAL DI MEDIA SOSIAL.
SEHATI SEJIWA SATU MALAYSIA. Pelajar Cina dan India sedang memayungi pelajar Islam yang sedang menunaikan solat dalam hujan renyai. “Sehati sejiwa hubungan etnik bertepatan Bulan Kemerdekaan. Perbezaan bangsa dan agama tidak membataskan hubungan apabila pelajar berbangsa Cina dan India memayungi pelajar beragama Islam yang sedang menunaikan solat dalam hujan renyai di Kem PPMS UniMAP di Kaki Bukit, Perlis.
Syabas anakanda pelajar UniMAP!” — Datuk Prof Dr Kamarudin Hussin
Sumber: <SINI>
<><Dua><>
Isnin, 24 Ogos 2015
Jagalah Diri Dan Hati.
Oleh Atriza Umar
Serasa ingin melakarkan sesuatu sebelum menduduki peperiksaan hari ini (doakan segalanya dipermudahkan Allah). Moga ia menjadi inspirasi buat diri dan sesiapa sahaja yang mahu mengambil pengajaran daripadanya. Jujur, sehingga kini saya tidak henti-henti mendapat mesej yang 'bermacam'
Dalam lambakan yang saya terima,
Yang masuk ke inbox hp mahupun inbox fb, ia berkaitan penglibatan saya bersama Harapan Baru, Alhamdulillah masih ada 3 mesej yang saya akan kenang dan ingat sampai bila-bila.
Mengapa saya katakan demikian?
Jawapannya ialah kerana mesej itu berisi Nada Ketulusan dan Menggambarkan Sosok Yang Benar-benar Menghadam Manhaj Tarbiah yang diikuti dalam Usrah mahu pun Halaqoh yang benar.
Walhal mereka itu bukanlah Qiyadah mahupun Amirah dalam Jamaah yang saya bersama sebelum ini. Bahasanya teratur dan indah dibaca, tanpa ada intonasi benci mahupun tuduhan yang melulu.
Allahu Akbar.
Kagum saya dengan Muslimat itu!
Moga Allah sentiasa meredhai kalian.
Insya'Allah, saya tidak akan mengingati mesej-mesej 'keterlaluan' yang dikirimkan insan-insan yang pernah sama dalam jamaah itu.
Bukan dendam apalagi menganggap musuh,
Tetapi kerana saya tahu pilihan saya buat masa ini, inilah yang terbaik, (Al Khyr Mukhtarallah)
Insya'Allah. Saya tidak pernah melarang adinda-adinda yang pernah saya bawa Usrah mereka, rakan-rakan seusrah saya, bonda-bonda dalam kumpulan pengajian saya, guru-guru saya mahupun saudara-saudara saya untuk memilih jalan mana yang mereka sukai.
Namun saya tidak pernah mengajar atau menyampaikan kepada mereka membenci mahupun menghina (melabel) orang lain mengikut sukanya. Wal Iyyadzubillah.
Ketika membawa pengajian, di lingkungan yang saya hadir itu bukan sahaja yang mengikutinya daripada satu 'bendera' tetapi dari berbilang keyakinannya. Saya usahakan untuk tidak menceritakan tentang politik, sekiranya mereka tidak memintanya.
Kerana saya tahu, tugasan saya ketika itu bukanlah sebagai penceramah atau ahli politik, tugas saya waktu itu adalah sebagai pendidik, menyampaikan ilmu, Insya'Allah.
Belajarlah menerima kenyataan selagi hidup, siapa pun kita, kita mempunyai pilihan. Dan didiklah diri menerima dan menghormati pilihan orang lain.
Jujur, saya ukirkan bicara ini di pagi yang masih awal ini, untuk memperingati diri sendiri dan sekalian yang saya sayangi kerana Allah.
Gunungan kemaafan daripada saya, seandainya kalian tidak suka dengan pilihan saya.
Sesungguhnya saya kenali dan bersahabat dengan kalian bukan atas dasar Nama Parti atau Keyakinan kalian, tetapi Kerana Allah Subhanahu Wa Taala, Insya'Allah.
Buktikanlah bahawa kita adalah penerus Agama Allah. Bicaralah dengan akhlak yang sopan dan berhikmah tanpa meminggirkan adab-adab yang sepatutnya. Allah lebih tahu apa yang terbaik buat hambaNya.
Boleh jadi apa yang kita suka, Allah tidak suka dan begitujuga sebaliknya! Inilah Kata-Kata Cinta daripada saya setakat ini. Insya'Allah, ada waktu akan saya sambungkan lagi penulisan ini Salam Sayang Kerana Allah;
Posted & copy by RAKYAT MARHAEN at 8/24/2015 11:03:00 PG
<><Tiga><>
Terbukti Malaysia telah pun dimamah Singapura. Tetapi belum lagi berapa kenyang?
Monday, August 24, 2015
PM Singapura Mngeluarkan "PERIBAHASA"
Isnin, 24 Ogos, 2015.
Perdana Menteri Singapura mengeluarkan ‘peribahasa’ mengatakan bahawa ‘Orang yang mengantuk adalah makanan si jaga dan si bodoh adalah makanan si cerdik’
Tentu ada sebabnya mengapa beliau menyatakan ‘peribahasa’ berkenaan. Yang aku boleh rasakan bahawa beliau menyatakan demikian ialah dalam suasana orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu ketika itu, dilihat sebagai golongan yang tidak begitu cerdik dan boleh diputar-belitkan, disamping mengingatkan rakyat Singapura supaya sentiasa cerdik dan waspada dalam menghadapi apa juga keadaan ketika itu (Dalam suasana politik yang amat genting yang akhirnya membawa kepada perpisahan antara Singapura dari Malaysia).
Suasana politik di Malaysia kini kelihatan seolah-olah DS Najib bergantung kepada ‘talian hayat’ yang menghubungkan beliau dengan sebahagian besar ahli UMNO yang masih boleh ‘diperkotak-katikan’
Kepada merekalah para pemimpin memberikan berbagai alasan (yang diciptakan sendiri oleh mereka) untuk meyakinkan para ahli UMNO peringkat akar umbi bahawa sebenarnya DS Najib menerima sumbangan wang sejumlah RM 2.6 billion dari seseorang penderma dari Timur Tengah.
Ahli UMNO akar umbi yang merupakan golongan yang mudah percaya tentang apa saja yang dikatakan oleh pemimpin mereka terus percaya dan yakin tanpa banyak bicara dan tidak pernah terfikir untuk mempersoalkan rasional dan lojik tidaknya penjelasan yang diberikan.
Rakyat Malaysia yang waras cara berfikirnya telah melemparkan tuduhan ‘bodoh’ kepada ahli UMNO yang bersikap demikian.
Ada juga alasan mengapa golongan yang berpelajaran ini menggelarkan golongan ahli UMNO itu sebagai golongan yang agak ‘bodoh’ kerana boleh ditipu dan diputar-belit oleh pemimpin mereka.
Hairan juga mengapa golongan UMNO yang sebegini boleh yakin dan percaya dengan penjelasan yang diberikan sedangkan terlalu banyak fakta yang ‘tidak masuk akal’ yang diberikan oleh para pemimpin dalam usaha meyakinkan golongan UMNO akar umbi itu.
Namun dengan penjelasan yang sedemikian para pemimpin UMNO berjaya dalam usaha meyakinkan pengikut supaya memberikan sokongan kepada kepimpinan tertinggi UMNO.
Aku merasakan bahawa pemimpin akar umbi UMNO tidak bodoh tetapi ‘lurus bendul’. Mereka tidak langsung mahu menyusahkan fikiran mereka memikirkan perkara-perkara yang semacam tidak kena mengena dengan kehidupan seharian mereka.
Mereka tidak merasakan keperitan hidup seharian mereka sekiranya nilai mata wang kita terus merudum kerana mereka tidak merasakan keperitannya sekiranya berkunjung ke laur negara.
Mereka tidak pernah pun keluar negara. Dengan demikian mereka tidak akan dapat merasakan keperitan sedemikian. Mungkin bagi mereka yang mempunyai anak belajar di luar negara akan merasa keperitan sedemikian. Itupun atas tajaan kerajaan.
Justeru mereka semacam ‘tidak peduli’ tentang apa yang berlaku. Mereka begitu ‘bersyukur’ dengan kehadiran pemimpin negara di mesyuarat UMNO di tempat mereka dan dapat pula bertemu muka dan beramah mesra dengan pemimpin ‘kesayangan’ mereka.
Disamping itu pasti pula diberikan ‘cenderahati’ dan ‘buah tangan’ yang pastinya lumayan yang semacam seumur hidup tidak pernah dinikmati oleh mereka.
Lantas mereka akan ‘mengangguk’ dan ‘terus mengangguk’ dengan apa saja yang diperkatakan oleh pemimpin mereka tanpa berfikir panjang, apatah lagi untuk mempersoalkan kerasionalan apa yang diperkatakan oleh pemimpin mereka.
Aku tak kata semuanya begitu tetapi kebanyakannya semacam begitulah. Sebenarnya bukan ahli UMNO itu yang bodoh tetapi diperbodohkan oleh setengah pemimpin UMNO yang memberikan penjelasan yang cuba ‘membohongi’ ahli UMNO itu sendiri.
Rakyat Malaysia pada umumnya sudah faham dan jelas tentang hal-hal yang berkaitan dengan IMDB dan RM 2.6 billion itu. Jelas.
Tetapi yang nampak kurang jelas ialah para ahli UMNO yang terus mengangguk apabila dijelaskan oleh para ‘pemimpin’ mereka. Maknanya mereka setuju 100% apa yang disampaikan oleh para pemimpin mereka.
Sampai bila agaknya keadaan jadi begini. Golongan yang bimbang dengan keadaan yang akan menimpa negara ini terus menerus ‘melolong’ dan ‘melalak’ seperti anjing menyalak bukit sedangkan golongan yang mempertahankan ‘status Quo’ menggunakan ahli UMNO peringkat akar umbi sebagai menyambung ‘talian hayat’ mereka untuk terus menerus memerintah negara ini.
Dan yang paling malangnya ialah sudah kelihatan semacam negara ini sudah tidak berperaturan dan undang-undang dimana para pemimpin sudah sewenang-wenangnya melakukan apa saja yang terlintas di hati dan kepala mereka. Mungkin agaknya masih ramai lagi rakyat Malaysia yang menunggu saat-saat negara tercinta ini menjadi ‘padang jarak padang terkukur’.
Atau pun mungkin mahu mellihat negara ini menjadi nasi yang sudah menjadi bubur. Dan sekiranya negara ini dapat diselamatkan, kedudukan UMNO belum tentu selamat.
Mungkin DS Najib menunggu dan menanti saat UMNO pecah berderai……
abuhassanadam ( KERENGGA )
<><Empat><>
Isnin, 24 Ogos 2015
Buat pertama kalinya Rio de Janeiro, Manila dan San Diego sertai Bersih
OLEH EILEEN NG Published: 24 August 2015 1:35 PM
Lima bandar Rio de Janeiro, Manila, San Diego, Seattle dan Boise
adalah antara 40 bandar di 20 negara yang menyatakan solidariti dengan rakan mereka dari Malaysia yang menganjurkan perhimpunan Bersih 4 selama 34 jam bermula 29 hingga 30 Ogos ini.
Rio de Janeiro, Manila, San Diego, Seattle dan Boise akan menjadi antara bandar dari seluruh dunia yang akan menyertai perhimpunan Bersih buat julung-julung kalinya hujung minggu ini. Meskipun bilangan pesertanya agak kecil, semangat dan keterujaan mereka akan memungkinkan perhimpunan tersebut diadakan di luar negara.
Lima bandar tersebut adalah antara 40 bandar di 20 negara yang menyatakan solidariti dengan rakan mereka dari Malaysia yang menganjurkan perhimpunan Bersih 4 selama 34 jam bermula 29 hingga 30 Ogos ini. Sebahagian daripada mereka turut berpendapat ia peluang untuk mengenali rakyat Malaysia yang tidak selalu ditemui di luar negara itu.
Seorang penganalisis yang menetap di Sao Paulo, Brazil yang hanya mahu dikenali sebahai JC berkata, beliau percaya ini kali pertama perhimpunan Bersih dianjurkan di Amerika Selatan. Perhimpunan Bersih di Brazil akan dianjurkan di bandar Rio de Janeiro pada 29 Ogos bermula 3 petang waktu tempatan. "Saya memutuskan untuk melakukan di Rio kerana lebih mudah bagi rakyat Malaysia yang menetap di sekitar Rio.
Ia terletak pertengahan antara Sao Paulo dan beberapa bandar di utara. Rakyat Malaysia dari bandar-bandar di utara akan terbang ke Rio untuk turut serta. "Secara peribadi saya kagum dengan keinginan mereka untuk hadir dan menyertai Bersih 4," kata JC kepada The Malaysian Insider, melalui emel.
Kumpulan itu, dianggarkan seramai 10 hingga 15 orang, akan bertemu di Fort Copacabana, bersebelahan pantai Copacabana dan Ipanema. Agenda yang dirancang adalah menyanyikan lagu Negaraku, mengambil gambar dan membincangkan isu yang membelenggu negara ini dan akan ditamatkan dengan makan malam bersama.
"Kami juga berupaya mendapatkan bendera Malaysia dan t-shirt Bersih 4.0 dari Malaysia ke Brazil," kata JC, 26, yang bertindak sebagai penyelaras program. JC berharap himpunan itu akan dapat menaikkan semangat moral mereka di tanah air, untuk menunjukan meskipun jarak antara mereka begitu jauh, mereka turut merasai kebimbangan rakyat Malaysia.
"Bukan jarak menjadi persoalannya. Saya harap dapat meningkatkan kesedaran rakan-rakan, lebih-lebih lagi ia kini lebih mudah dengan media sosial hari ini. Mereka yang ingin turut serta juga akan memberikan kesan kepada rakan di Malaysia. "Mereka yang melihat kami melakukannya di Brazil akan bertanya, kenapa mereka di Brazil boleh meluangkan masa menyokong Bersih 4.0.
Apa yang kami lakukan mungkin tidak berapa signifikan tetapi ia boleh menimbulkan lebih kesedaran dan melahirkan seorang pemimpin sebenar antara kami," katanya.
Gibson Santa Maria merupakan antara 17 rakyat Malaysia di Filipina yang akan menyertai Bersih 4 di Manila yang akan dianjurkan di pasar minggu Legazpi pada jam 8 pagi, 30 Ogos. "Lebih penting lagi, saya mengharapkan acara di Manila ini, dan setiap lokasi di luar Malaysia, walau betapa kecil pun, akan membawa mesej kepada orang biasa rakyat Malaysia, yang kita harus lakukan apa yang perlu bagi memastikan anak cucu kita menikmati sebuah negara yang lain daripada sekarang.
"Kami mahu rakyat Malaysia yang progresif bersama dengan negara maju lain, dari segi kenegaraan dan kemajuan, tidak disimpangkan oleh isu agama dan perkauman. Cukuplah dengan aparteid," katanya kepada The Malaysian Insider.
Sementara itu, Sharon Sundlas yang pernah menyertai Bersih di San Jose, California, kali ini akan menganjurkan himpunan di San Diego selepas berpindah ke bandar di selatan California itu. Perhimpunan Bersih akan dianjurkan di pantai Del Mar pada 29 Ogos jam 9 pagi waktu tempatan, dengan kira-kira 10 rakyat Malaysia berkumpul untuk membaca tuntutan Bersih sambil membawa hidangan “potluck”
"Saya mahu bersolidariti dengan rakyat Malaysia di Malaysia," katanya. "Saya mahu membawa kesedaran kepada rakyat Malaysia di San Diego berkenaan pendirian Bersih dan menyokong perjuangan rakyat Malaysia.
"Walaupun kami jauh, kami mampu menaikkan semangat dan motivasi rakyat untuk terus menjadi negara yang lebih baik,' kata wanita berusia 36 tahun yang bekerja dalam bidang pengurusan projek itu.
Posted & copy by RAKYAT MARHAEN at 8/24/2015 03:39:00 PTG