Memaparkan catatan dengan label Malaysia - MengEsakan Allah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Malaysia - MengEsakan Allah. Papar semua catatan

Ahad, 13 Mei 2018

Setiap arahan Dato' Rahman Dahlan dan Dato' Seri Salleh Said Keruak telah ditarik balik berkuat-kuasa serta-merta. 7593.

CEO TV3 dan RTM ditamatkan serta merta...

Bersekongkol dgn Najib menghina Dr Mahadhir tanpa belas kasihan..

Bilik Berita TV3 dan RTM telah digubal serta-merta atas arahan Tun Dr Mahathir Mohammad. Penggubalan diambilkira kerana banyaknya tohmahan dan berita-berita palsu terhadap Tun Dr. Mahathir Mohammad.

Setiap arahan Dato' Rahman Dahlan dan Dato' Seri Salleh Said Keruak telah ditarik balik berkuat-kuasa serta-merta. Pengerusi, CEO TV3 dan Pengarah Penyiaran RTM ditamatkan perkhidmatannya berkuatkuasa semalam.

Orang pertama yang dapat surat tunjuk sebab ialah Tan Sri Ismee Bin Ismail, Pengarah dilantik Media Prima dan Pengarah Kanan Tabung Haji.

Berita ini juga telah menjadi tular di media sosial dan menjadi bualan netizen, ramai yang menyokong tindakan ini.

Staff Bilik Berita TV3 & RTM telah di gubal / Shuffle secara besar besar besaran setelah Najib tidak lagi berkuasa..

Ramai yg di tukarkan terutama Manager level ke Department lain dan di berhentikan ..
Selama ini mereka bersekongkol dgn Najib menghina Dr Mahadhir tanpa belas kasihan..

Mereka juga butar belitkan story Skandal 1MDB & 2.6 Billion atas arahann Rahman Dahlan & Saleh Said Keruak ..

Mulai hari Isnin Berita TV3 & RTM & ASTRO Awani akan berubah wajah ..
Chairman & CEO TV3 akan di ganti dgn yang baru - 


Sumber : Safinar Khalid

tumpang sekole...?: Naik-Turun hubungan Anwar dengan Dr.Mahathir...







Selasa, 12 Disember 2017

6628. Rakyat Malaysia kini menikmati taraf hidup lebih tinggi daripada sebelumnya.

ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ

"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH KESENANGAN YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185] 

Usah memandang sesuatu dengan pandangan mata semata².

Mata Hati...

Usah memandang sesuatu dengan pandangan mata semata², tetapi pandanglah dengan pandangan hati. Kita bukan sahaja dapat melihatNya di mana², tetapi dapat merasa rahmat kurniaanNya jua.

Hati kita milik Allah. Bila rasa sedih. berbaliklah pada Allah. Bila rasa keliru, berbaliklah pada Allah. Bila gembira, berbaliklah juga pada Allah. 

Rakyat kini nikmati taraf hidup jauh lebih tinggi. 
Bilangan urus niaga dan pembelian dalam negeri mencatatkan aliran menaik serta rakyat Malaysia terus berbelanja di luar negara walaupun hidup dalam era dolar kukuh sejak akhir 2014. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 Disember, 2017. 

RAKYAT Malaysia kini menikmati taraf hidup lebih tinggi daripada sebelumnya, kata Pengarah Ekonomi, Perdagangan dan Integrasi Serantau di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS), Firdaos Rosli. 

Beliau berkata rakyat Malaysia secara beransur-ansur beralih kepada membeli kenderaan asing berbanding kereta nasional, di samping kurang berbelanja ke atas barangan keperluan dapur, sebaliknya lebih gemar makan di luar sebagaimana dinyatakan dalam Kajian Perbelanjaan Isi Rumah 2016. 

Firdaos berkata berdasarkan data diterbitkan Persatuan Automotif Malaysia, jualan jenama pertengahan kereta asing seperti Honda, Ford, Mazda dan Subaru mencatat kadar pertumbuhan tahunan yang lebih tinggi sejak 2009 berbanding juara automotif tempatan, Perodua. 

“Baru-baru ini, barangan yang dibeli melalui platform perdagangan dalam talian popular mencatat jualan lebih RM100 juta pada Singles Day pada 11 November. Malaysia pasaran permainan dalam talian terbesar di Asia Tenggara di mana kira-kira RM2.45 bilion dibelanjakan dalam tempoh 10 bulan lalu,” katanya dalam satu kenyataan. 

Beliau juga mempersoalkan sama ada penyusutan ringgit benar-benar menjadi isu, bagaimana rakyat Malaysia mahu menjelaskan yang dalam sembilan bulan pertama 2017, Malaysia mengimport kira-kira dua kali ganda nilai telefon mudah alih (RM6.85 bilion) berbanding kereta berenjin 1.5 hingga tiga liter (RM3.47 bilion). 

“Malah nilai import telefon mudah alih lebih tinggi daripada import makanan utama kita seperti beras, susu dan krim, kopi, bawang, kelapa, kacang soya, jagung, susu tepung dan krim digabungkan. Harga runcit produk terbabit selalunya jauh lebih tinggi,” katanya. 


Menurutnya, pengukuhan dolar AS berbanding ringgit sejak September 2014 tidak menghalang rakyat Malaysia daripada berbelanja ketika berada di seberang laut. 

Merujuk kepada data Bank Negara terbaru, pada 10 bulan pertama 2017, nilai transaksi kad kredit rakyat Malaysia di seberang laut meningkat daripada RM10.9 bilion pada 2015 kepada RM12.3 bilion pada 2016 dan RM13.2 bilion pada 2017. “Malah, nilai pendahuluan tunai oleh kad kredit Malaysia di luar negara meningkat 68.9% pada 2017 berbanding tempoh yang sama pada 2015.” 

Firdaos berkata bilangan urus niaga dan pembelian dalam negeri mencatatkan aliran menaik serta data menunjukkan rakyat Malaysia terus berbelanja di luar negara walaupun hidup dalam era dolar yang kukuh sejak akhir 2014. 

Menyentuh kadar pengangguran Malaysia yang berada di bawah 4%, yang ditakrifkan sebagai pekerjaan penuh oleh Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) sejak 1995, beliau berkata kadar pengangguran tidak melepasi paras 4% walaupun kejatuhan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia disebabkan Krisis Kewangan Global 2007/2008. 

Pada 2016, kadar pengangguran Malaysia sebanyak 3.4% lebih rendah daripada kebanyakan ekonomi maju seperti Amerika Syarikat (4.9%), Jerman (4.1%) dan Korea Selatan 3.7%,” katanya. 

Walaupun harga barangan dan perkhidmatan secara amnya meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Firdaos berkata sejak 2009 purata pendapatan isi rumah bulanan secara keseluruhannya meningkat dengan kumpulan pendapatan isi rumah bawah 40% (B40) berkembang paling cepat berbanding kumpulan pendapatan lain. 

Selain kenaikan bahagian pampasan pekerja kepada KDNK daripada 29.3% pada 2008 kepada 35.3% pada 2016, statistik rasmi juga menunjukkan purata pendapatan isi rumah bulanan Malaysia meningkat 6.6% setahun antara 2014 dan 2016,” katanya. 

Mengulas mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang bertujuan untuk meringankan beban kenaikan kos sara hidup dalam kalangan golongan berpendapatan rendah, Firdaos berkata rakyat Malaysia perlu mengiktiraf dua fakta utama mengenai inisiatif itu; sebilangan negara Eropah juga mula menerima idea tersebut tetapi dalam bentuk pendapatan asas sejagat, serta BR1M membantu mengurangkan ketidaksamaan pendapatan. 

Menurut statistik rasmi, koefisien GiNi Malaysia berkurang daripada 0.441 pada 2009 kepada 0.401 pada 2014. Trend sedemikian konsisten dalam semua kumpulan etnik, tetapi yang menariknya, komuniti Cina mencatat penurunan paling rendah daripada yang lain,” katanya. 

Firdaos berkata pengurangan cukai pendapatan peribadi secara beransur kepada golongan berpendapatan sederhana bermakna mereka mempunyai pendapatan boleh guna jauh lebih besar daripada sebelumnya seperti diumumkan dalam Bajet 2018 oleh Perdana Menteri Najib Razak pada Oktober lalu, yang dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 261,000 orang. 

Mengenai pengembangan dan pemantapan sistem pengangkutan awam sejak 2009, beliau berkata, ia memberi manfaat kepada penghuni Lembah Klang yang menawarkan tambang murah dan juga pilihan khidmat pengangkutan yang lebih luas berikutan pengesahan perkhidmatan e-hailing. 

Bagaimanapun, beliau juga menegaskan kerajaan perlu mengawasi golongan yang kurang bernasib baik sambil terus membantu rakyat untuk memperoleh pendapatan dan pekerja perlu diberi pampasan sewajarnya bagi kerja yang dilaksanakan, seterusnya meningkatkan produktiviti negara. Bernama, 12 Disember, 2017.

Rakyat Malaysia keseluruhan... 


1. Rakyat Malaysia kini menikmati taraf hidup lebih tinggi daripada sebelumnya. 

2. Rakyat Malaysia secara beransur-ansur beralih kepada membeli kenderaan asing berbanding kereta nasional. 

Kayu Pengukur... 

1. Kajian Perbelanjaan Isi Rumah 2016:  Kurang berbelanja ke atas barangan keperluan dapur, sebaliknya lebih gemar makan di luar. 

Data terbitan Persatuan Automotif Malaysia: Jualan jenama pertengahan kereta asing seperti Honda, Ford, Mazda dan Subaru mencatat kadar pertumbuhan tahunan yang lebih tinggi sejak 2009 berbanding juara automotif tempatan, Perodua.  

Barangan yang dibeli melalui platform perdagangan dalam talian popular mencatat jualan lebih RM100 juta pada Singles Day pada 11 November. Malaysia pasaran permainan dalam talian terbesar di Asia Tenggara di mana kira-kira RM2.45 bilion dibelanjakan dalam tempoh 10 bulan lalu. 

Kuasa beli Rakyat Malaysia... 

Jika penyusutan ringgit benar-benar menjadi isu, bagaimana rakyat Malaysia mahu menjelaskan yang dalam sembilan bulan pertama 2017, Malaysia mengimport kira-kira dua kali ganda nilai telefon mudah alih (RM6.85 bilion) dan kereta berenjin 1.5 hingga tiga liter (RM3.47 bilion). 

Mengatasi nilai import telefon mudah  daripada import makanan utama kita seperti beras, susu dan krim, kopi, bawang, kelapa, kacang soya, jagung, susu tepung dan krim digabungkan. Harga runcit produk terbabit selalunya jauh lebih tinggi. 

Pengukuhan dolar AS berbanding ringgit sejak September 2014 tidak menghalang rakyat Malaysia daripada berbelanja ketika berada di seberang laut. 

Data Bank Negara terbaru: pada 10 bulan pertama 2017, nilai transaksi kad kredit rakyat Malaysia di seberang laut meningkat daripada RM10.9 bilion pada 2015 kepada RM12.3 bilion pada 2016 dan RM13.2 bilion pada 2017. 

Nilai pendahuluan tunai kad kredit Malaysia di luar negara meningkat 68.9% pada 2017 berbanding tempoh yang sama pada 2015. 

Bilangan urus niaga dan pembelian dalam negeri mencatatkan aliran menaik serta data menunjukkan rakyat Malaysia terus berbelanja di luar negara walaupun hidup dalam era dolar yang kukuh sejak akhir 2014. 

Pengangguran... 

Kadar pengangguran Malaysia berada di bawah 4%, yang ditakrifkan sebagai pekerjaan penuh oleh Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) sejak 1995. 

Kadar pengangguran tidak melepasi paras 4% walaupun kejatuhan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia disebabkan Krisis Kewangan Global 2007/2008. 

Pada 2016, kadar pengangguran Malaysia sebanyak 3.4% lebih rendah daripada kebanyakan ekonomi maju seperti Amerika Syarikat (4.9%), Jerman (4.1%) dan Korea Selatan 3.7%. 

Barangan dan Perkhidmatan... 

Harga barangan dan perkhidmatan secara amnya meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. 

Sejak 2009 purata pendapatan isi rumah bulanan secara keseluruhannya meningkat dengan kumpulan pendapatan isi rumah bawah 40% (B40) berkembang paling cepat berbanding kumpulan pendapatan lain. 

Penggajian/Pampasan/Pendapatan/Bantuan Kewangan... 

Selain kenaikan bahagian pampasan pekerja kepada KDNK daripada 29.3% pada 2008 kepada 35.3% pada 2016, statistik rasmi juga menunjukkan purata pendapatan isi rumah bulanan Malaysia meningkat 6.6% setahun antara 2014 dan 2016. 

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang bertujuan untuk meringankan beban kenaikan kos sara hidup dalam kalangan golongan berpendapatan rendah. 

Rakyat Malaysia perlu mengiktiraf dua fakta utama mengenai inisiatif itu: 

a) Sebilangan negara Eropah juga mula menerima idea tersebut tetapi dalam bentuk pendapatan asas sejagat. 

b) BR1M membantu mengurangkan ketidaksamaan pendapatan. 

Strategi... 

Statistik rasmi, koefisien GiNi Malaysia berkurang daripada 0.441 pada 2009 kepada 0.401 pada 2014. Trend sedemikian konsisten dalam semua kumpulan etnik, tetapi yang menariknya, komuniti Cina mencatat penurunan paling rendah daripada yang lain. 

Pengurangan cukai pendapatan peribadi secara beransur kepada golongan berpendapatan sederhana bermakna mereka mempunyai pendapatan boleh guna jauh lebih besar daripada sebelumnya seperti diumumkan dalam Bajet 2018 oleh Perdana Menteri Najib Razak pada Oktober lalu dan dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 261,000 orang. 

Pengangkutan awam... 

Pengembangan dan pemantapan sistem pengangkutan awam sejak 2009: Ia memberi manfaat kepada penghuni Lembah Klang yang menawarkan tambang murah dan juga pilihan khidmat pengangkutan yang lebih luas berikutan pengesahan perkhidmatan e-hailing. 

Solusi... 

1. Kerajaan perlu mengawasi golongan yang kurang bernasib baik. 

2. Terus membantu rakyat untuk memperoleh pendapatan dan pekerja perlu diberi pampasan sewajarnya bagi kerja yang dilaksanakan. 

3. Seterusnya meningkatkan produktiviti negara. 

Firdaos Rosli., Pengarah Ekonomi, Perdagangan dan Integrasi Serantau di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS). 

Bernama, 12 Disember, 2017. 
http://wak-labu.blogspot.my/2017/12/rakyat-kini-nikmati-taraf-hidup-jauh.html 
” 

Apakah yang dimaksud dengan Koefisien Gini?

Koefisien Gini (Gini Ratio) atau Indeks Gini adalah ukuran yang dikembangkan oleh statistikus Italia, Corrado Gini, dan dipublikasikan pada tahun 1912 dalam karyanya, Variabilità e mutabilità. Koefisien Gini merupakan salah satu ukuran yang paling sering digunakan untuk mengukur tingkat ketimpangan pendapatan secara menyeluruh.

Koefisien Gini atau Indeks Gini merupakan indikator yang menunjukkan tingkat ketimpangan pendapatan secara menyeluruh. Nilai Koefisien Gini berkisar antara 0 hingga 1. Koefisien Gini bernilai 0 menunjukkan adanya pemerataan pendapatan yang sempurna, atau setiap orang memiliki pendapatan yang sama.

Rumus dari koefisien Gini adalah sebagai berikut: 
dimana,

  • GR : Koefisien Gini (Gini Ratio)
  • Pi : frekuensi penduduk dalam kelas pengeluaran ke-i
  • Fi : frekuensi kumulatif dari total pengeluaran dalam kelas pengeluaran ke-i
  • Fi-1 : frekuensi kumulatif dari total pengeluaran dalam kelas pengeluaran ke (i-1)

Ide dasar perhitungan koefisien Gini sebenarnya berasal dari upaya pengukuran luas suatu kurva yang menggambarkan distribusi pendapatan untuk seluruh kelompok pendapatan. Kurva tersebut dinamakan kurva Lorenz yaitu sebuah kurva pengeluaran kumulatif yang membandingkan distribusi dari suatu variabel tertentu (misalnya pendapatan) dengan distribusi uniform (seragam) yang mewakili persentase kumulatif penduduk.

Guna membentuk koefisien Gini, grafik persentase kumulatif penduduk (dari termiskin hingga terkaya) digambar pada sumbu horizontal dan persentase kumulatif pengeluaran (pendapatan) digambar pada sumbu vertikal. 
Pada gambar diatas, besarnya ketimpangan digambarkan sebagai daerah yang diarsir. Sedangkan Koefisien Gini atau Gini Ratio adalah rasio (perbandingan) antara luas bidang A yang diarsir tersebut dengan luas segitiga BCD.

Dari gambaran tersebut dapat dikatakan bahwa bila pendapatan didistribusikan secara merata dengan sempurna, maka semua titik akan terletak pada garis diagonal. Artinya, daerah yang diarsir akan bernilai nol karena daerah tersebut sama dengan garis diagonalnya. Dengan demikian angka koefisiennya sama dengan nol. Sebaliknya, bila hanya satu pihak saja yang menerima seluruh pendapatan, maka luas daerah yang diarsir akan sama dengan luas segitiga, sehingga Koefisien Gini bernilai satu.

Oleh sebab itu, dapat disimpulkan bahwa suatu distribusi pendapatan dikatakan makin merata bila nilai Koefisien Gini mendekati nol (0), sedangkan makin tidak merata suatu distribusi pendapatan maka nilai Koefisien Gini-nya makin mendekati satu.

Kriteria ketimpangan pendapatan berdasarkan Koefisien Gini adalah sebagai berikut: 


Koefisien Gini merupakan salah satu ukuran ketimpangan pendapatan yang memenuhi empat kriteria (Todaro dan Smith, 2006) yaitu:


  1. Prinsip anonimitas (anonymity principle): ukuran ketimpangan seharusnya tidak bergantung pada siapa yang mendapatkan pendapatan yang lebih tinggi. Dengan kata lain, ukuran tersebut tidak bergantung pada apa yang kita yakini sebagai manusia yang lebih baik, apakah itu orang kaya atau orang miskin. 

  2. Prinsip independensi skala (scale independence principle): ukuran ketimpangan kita seharusnya tidak tergantung pada ukuran suatu perekonomian atau negara, atau cara kita mengukur pendapatannya. Dengan kata lain, ukuran ketimpangan tersebut tidak bergantung pada apakah kita mengukur pendapatan dalam dolar atau dalam sen, dalam rupee atau dalam rupiah, atau apakah perekonomian negara itu secara rata-rata kaya atau miskin.

  3. Prinsip independensi populasi (population independence principle): prinsip ini menyatakan bahwa pengukuran ketimpangan seharusnya tidak didasarkan pada jumlah penerima pendapatan (jumlah penduduk). Misalnya, perekonomian Cina tidak boleh dikatakan lebih merata atau lebih timpang daripada perekonomian Vietnam hanya karena penduduk Cina lebih banyak.

  4. Prinsip transfer (transfer principle) : prinsip ini juga sering disebut sebagai prinsip Pigou-Dalton. Prinsip ini menyatakan bahwa dengan mengasumsikan semua pendapatan yang lain konstan, jika kita mentransfer sejumlah pendapatan dari orang kaya ke orang miskin (namun tidak sangat banyak hingga mengakibatkan orang miskin itu sekarang justru lebih kaya daripada orang yang awalnya kaya tadi), maka akan dihasilkan distribusi pendapatan baru yang lebih merata. 

  5. Sumber: https://www.dictio.id/t/apakah-yang-dimaksud-dengan-koefisien-gini/8371/2
    .

    Isnin, 31 Ogos 2015

    5847. Malaysia Independence Day 2015.

    #

    Bismillahirrohmanirrohim.

    malaysia-independence-day-2015-5106782590468096-hp


    MP Umno perlu berani buat undi tidak percaya - Mahathir

    atsixty pada ZAKRI ALI - 16 minit yang lalu
    *KUALA LUMPUR - Semua ahli Parlimen Umno perlu berani membuat undi tidak percaya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak jika mahu dipilih lagi dalam PRU akan datang.Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pemimpin Umno perlu berani bertindak jika mereka sayangkan parti."Kita nak singkir Najib sahaja, BN kekal, tetapi beliau tidak akan letak jawatan. Jika undi tak percaya mahu berjaya, MP Umno yang setia kepada parti perlu sokong undi tidak percaya."Lepas itu kerajaan Najib akan jatuh. Kerajaan selepas itu perlu BN kerana BN ada majoriti," k... lagi »

    BERSIH 4: Apa sebenarnya berlaku semalam

    PBO™ pada pen buruk online ™ - 27 minit yang lalu
    1.05 -  Jalan Raja – Penyelaras pasukan perubatan BERSIH Tan Gengta memberitahu Malaysiakini tiada kes melibatkan keganasan. Katanya, pasukan itu terlibat dalam 48 kes bermula 9 pagi Sabtu sehingga 12.30 tengah malam tadi. Menurut Tan, sebanyak 15 kes sejak jam 5 pagi Ahad tetapi kebanyakannnya kes kecil.  Selain 13 kes keracunan makanan, terdapat 13 lagi kes yang menyaksikan pesakit dihantar

    PM: Demo tak matang, minda cetek - Shakira Buang

    atsixty pada ZAKRI ALI - 34 minit yang lalu
    *Sejak semalam, beribu-ribu penunjuk perasaan berdemonstrasi di ibu negara untuk mendesak perdana menteri meletakkan jawatan ekoran kontroversi 1MDB serta sejumlah RM2.6 bilion derma yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau.* *Datuk Seri Najib Razak bagaimanapun berkata meskipun pihak polis telah mengisytiharkan acara itu menyalahi undang-undang, dan ia tidak dibenarkan tetapi mereka tetap meneruskan.* *Malah, Najib turut peserta himpunan BERSIH 4 sebagai “tidak matang” dan “berminda cetek” sekali gus memberi amaran kepada sesiapa sahaja yang menjadi dalang serta pengkhiana... lagi »

    Bersih 4: 27 laporan diterima, lima kertas siasatan dibuka

    Mohd Sulaiman pada Wak Labu Farm - 46 minit yang lalu
    *Polis menambah bilangan anggotanya berdekatan Dataran Merdeka, sejak jam 11 malam tadi.* - Foto TRP/ Noraizura Ahmad KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Polis menerima 27 laporan mengenai perhimpunan Bersih 4 sehingga jam 10.45 malam tadi dan telah membuka lima kertas siasatan. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa berkata, 14 daripada laporan itu dibuat kelmarin, selebihnya dibuat semalam. Beliau berkata, seorang lelaki berusia 21 tahun ditahan di Dataran Merdeka, pada Ahad, kerana berkelakuan lucah dan gagal menunjukkan kad pengenalan. Sejurus sebelum tengah malam, bilangan peserta... lagi »

    VIDEO ..... PENGERUSI BERSIH 4 MARIA CHIN ABDULLAH DITAHAN POLIS?????

    OMAK KAU!!!! pada Omak Kau!!!! - 59 minit yang lalu
    *Penganjur Bersih 4.0, Maria Chin Adullah ditahan pihak polis selepas lebih 34 jam berhimpun di Dataran Merdeka sebentar tadi.Menurut maklumat Maria Chin ditahan pada pukul 12.40 pagi tadi dan dibawa ke balai polis untuk siasatan.Salah seorang pegawai polis yang bertugas ketika ditemui enggan memberikan sebarang penjelasan berhububg tangkapan tersebut.Sementara itu salah seorang pegawai pengiring Maria memberitahu, Pengerusi Bersih itu telah dibawa ke hotel terlebih dahulu oleh sekumpulan pegawai polis untuk mengambil barangan peribadinya.Beliau kemudiannya di bawa memas... lagi »

    'Tiada tempat untuk Tun Mahathir di Perhimpunan Agung UMNO'

    kerengga pada KERENGGA - Sejam yang lalu
    KUALA LUMPUR: Kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad ke Perhimpunan Agung UMNO pada hujung tahun ini hanya akan mengundang persepsi negatif di kalangan ahli parti.Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata adalah lebih baik jika mantan perdana menteri itu tidak dijemput ke perhimpunan itu selepas hadir ke perhimpunan Bersih 4 di ibu negara pada Sabtu. "Elok beliau tidak perlu

    #