Jumaat, 11 Januari 2013

Allah Maha Pencipta rohku dan jasadku. 05

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh.

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
آمين...آمين... آمين... ياالله يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ

 •
Sebagai hamba Allah S.W.T., Allah S.W.T., membahagikan aku kepada dua bahagian. Kedua-dua bahagian tersebut ialah antara nampak dan tersembunyi. Yang nampak merupakan alam nyata iaitu jasadku dan yang tersembunyi bermaksud alam ghaib  iaitu rohku.Di antara kedua-dua kejadian ini,  rohku dan jasadku ciptaan Allah S.W.T., timbul persoalan yang mana terdahulu (yang asal) dan yang mana terkemudian (yang baru).
Jelas kepadaku kini dengan ilmu pinjaman Allah S.W.T., rohku yang terdahulu dan jasadku yang terkemudian. Allah S.W.T., jadikan kedua ibuku dan bapaku. Allah S.W.T., ciptakan aku kemudiannya dari segumpal darah sebagai jasadku.

Setelah lengkap jasadku seperti yang Allah S.W.T., perintahkan, seawal tiga bulan dalam kandungan ibuku, Allah S.W.T., perintahkan rohku ditiupkan (dimasukkan) kedalam jasadku.

Rohku lebih menjurus kepada dekat dengan Allah S.W.T., Maha Pencipta. Jasadku Allah S.W.T., jadikan untuk dekat dengan dunia (alam nyata) dan dengan syarat jasadku tetap mengEsakan Allah S.W.T., Maha Penciptanya. Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab rohku untuk membawa jasadku dekat dengan Penciptanya Allah S.W.T.

Jasadku wajib bekerjasama dengan rohku supaya selari dan patuh dengan perentah Allah S.W.T. Entah mengapa dan di mana silapnya dan apakah bermuslihat, ilmu pengetahuan sekarang membahagikan manusia kepada dua bahagian juga tetapi mengubah nama roh sebagai mental dan jasad sebagai fizikal.

Di dunia yang fana ini jasad kedepan. Sementara roh seperti berperanan di belakang tabir. Dengan jasadlah manusia saling mengenal satu sama lain. 
Zulfarizan Zakaria "FABI AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah S.W.T.....


"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH KESENANGAN YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185] 

FIRMAN ALLAH S.W.T., YANG BERMAKSUD: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..

Tiada ulasan: