Rabu, 9 Januari 2013

Rintihanku Dalam Doaku. 04


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh.

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
آمين...آمين... آمين... ياالله يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ

 •
26 SAFAR 1434 (09 JANUARI 2013)
Ya Allah Ya Tuhan Pencipta Alam dan Pemilik Segala Isinya. Ya Allah Ya Tuhan Sekelian Alam dan Pemilik Segala Isinya. Ya Allah Ya Tuhan Sekelian Alam dan Pemilik Segala Isinya.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim aku hambaMu Ya Allah, aku hambaMu Ya Allah, aku hambaMu Ya Allah. Ampunilah aku Ya Allah, ampunilah aku Ya Allah, ampunilah aku Ya Allah. Berdosanya aku terhadapMu Ya Allah. Ampunilah aku Ya Allah kerana aku telah menzalimi perentahMu Ya Allah dengan melakukan dosa kecil dan dosa besar Ya Allah., Ya Allah., Ya Allah.

Tiada Perentah Yang Lebih Agong dari PerentahMu Ya Allah. Sering lalai, aku Ya Allah. Kelalaian aku adalah kelemahanku Ya Allah. Ampunilah aku Ya Allah. Alfanya aku Ya Allah kerana aku telah menzalimi rohku pinjamanMu Ya Allah kerana aku tidak mempergunakan jasadku pinjamanMu Ya Allah sebagaimana yang telah Engkau Perentahkan Ya Allah., sementara Engkau izinkan aku hidup di dunia milikMu Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim amat hinanya aku sebagai hambaMu Ya Allah Tuhan Yang Maha Pengampun, Tuhan Yang Maha Pengasih, Tuhan Yang Maha Penyayang, Tuhan Yang Maha Agong.

Kejamnya aku Ya Allah terhadap PengampunMu Ya Allah, PengasihMu Ya Allah, PenyangMu Ya Allah, AgongMu Ya Allah., kerana aku lalai mengucap syukur Alhamdulillah kepadaMu Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Malunya aku kepadaMu Ya Allah, rezekiMu aku pergunakan semahuku, kesihatanku dengan izinMu Ya Allah, kegembiraanku izinMu Ya Allah, bahagiaku kurniaMu Ya Allah., ampunilah aku Ya Allah.

Syukur Alhamdulillah Ya Allah kerana Engkau mengizinkan aku mengingatiMu Ya Allah, mengizinkan aku merintih keampunan daripadaMu Ya Allah. Mengizinkan aku merintih memohon Petunjuk dan HidayahMu Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.

Jadikan aku bernafas dalam iman, kelipan mataku dalam iman, pergerakanku dalam iman, perjalananku dalam iman, jagaku dalam iman, tidurku dalam iman, bangkitku dalam iman, kata-kataku dalam iman, jari-jemariku mencoret dalam iman dan matiku dalam iman Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim., ampunilah aku Ya Allah., Tuhan Pemilik Alam dan Segala Yang Terkandung Didalamnya.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Tuhanku., ampunilah aku hambamu yang amat hina ini. Limpahkanlah aku dengan Nikmatmu dan RahmatMu, serta izinkan aku memperolehi Syafaat Nabi Junjunganku Nabi Muhammad SAW.

Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim kurniakanlah tempat yang terpuji kepada Junjunganku Nabi Muhammad SAW., sebagaimana yang telah Engkau janjikan.

Terlalu malu aku kepadaMu Ya Allah dengan perbuatan zalimku dan kejamku tidak mengucap syukur kepadaMu Ya Allah di masa lalu., tetapi aku memohon dengan NikmatMu Ya Allah dan RahmatMu Ya Allah berserta Syafaat Nabi Muhammad SAW., izinkan aku terhindar dari tercebur ke dalam api neraka., Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim dengan NikmatMu Ya Allah dan RahmatMu Ya Allah serta Syafaat Nabi Muhammad SAW., izinkan aku menikmati SyurgaMu Ya Allah setelah Engkau izinkan aku melepasi Kehidupan Alam Nyata dan kemudiannya Engkau Perentahkan Malaikat Izrail mencabut nyawaku untuk ke Alam Barzah yang kemudiannya dituruti kehadiran Malaikat Mungkar dan Malaikat Nangkir dengan PerentahMu Ya Allah., setelah 7 langkah orang terakhir meninggkalkan tempat pengkebumianku, dituruti PenghakimanMu Ya Allah di Padang Mahsyar dan melepasi Titian Sirotolmustaqim ciptaanMu Ya Allah.

Ya Allah ampunilah aku kerana aku berdoa memohon sedemikian rupa kepadaMu Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim jadikan aku hambaMu yang hina ini sentiasa menjadi hambaMu yang berMuhasabah Diri keranaMu Ya Allah Tuhan Yang Maha Agong, Tuhan Pencipta Alam dan Pemilik Sekelian Isinya.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Tuhan Yang Maha Pencipta, Tuhan Pemilik Nikmat dan Rahmat, ampunilah ibu bapaku Ya Allah. Kurniakanlah Nikmat dan Rahmat untuk ibu bapaku. Dengan KuasaMu Ya Allah, izinMu Ya Allah hindarilah ibu bapaku dari siksaan kubur, terangilah Alam Barzah ibu bapaku dengan cahaya keizinanMu Ya Allah Tuhan Yang Maha Pengampun, Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Tiada Tuhan Yang Disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad PesuruhMu Ya Allah. Ya Allah cucuri Rahmat ke atas roh ibu bapaku Ya Allah. Berilah Syafaat Nabi Muahammad SAW kepada ibu bapaku Ya Allah. Ya Allah Ya Allah Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pengampun.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, ampuni aku Ya Allah Tuhan Yang Maha Pengampun, Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Amin, Amin, Amin, Ya Rob. In Na Wa Min Kum Ta Qob BaL Ya Karim.
Zulfarizan Zakaria "FABI AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah S.W.T.....

FIRMAN ALLAH S.W.T., YANG BERMAKSUD: "..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH KESENANGAN YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185] 

FIRMAN ALLAH S.W.T., YANG BERMAKSUD: "Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
. eaho™.
vmct7.

7tcmv.

Tiada ulasan: