Ahad, 27 Januari 2013

Bercakap Dengan Diri Sendiri. 26


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>>Entry sebelumnya ... Entry seterusnya<<< 
15 RABIULAWWAL 1434 (27 JANUARI 2013)

Kata seorang penderita:

Bercakap dengan diri sendiri. Kalau diperhalusi akan menjebak diri ke arah kehilangan kawalan pemikiran secara semula jadi dan akan membentuk jiwa separa normal atau tidak normal langsung.

Sebagai umat Islam, segala perkara kita buat, kita nawaitu kerana Allah S.W.T., In Syaa Allah kita sentiasa dalam laluan dan perjalanan yang patuh kepada perentah dan larangan Allah S.W.T..


Ada dua peringkat bercakap atau berbual dengan diri sendiri.

Peringkat pertama ialah bercakap dengan diri sendiri tanpa suara.

Individu yang berkeadaan sedemikian akan kelihatan sedang termenung, bermenung.

Gerak wajahnya akan ceria, tersenyum sendiri atau sebaliknya, bermuram durja, bersedih, kesayuan.

Peringkat kedua ialah berbual dengan diri sendiri sehingga mengeluarkan suara.

Asalnya butir percakapannya   tidak jelas kedengaran oleh orang lain.

Jika dibiarkan lambat laun butiran percakapannya akan menjadi jelas didengari oleh orang lain.

Ini tidak termasuk keadaan awal-awal penggunaan talipon mudah alih satu masa dulu, yang kelihatan pada asalnya orang menggunakan talipon bimbit seperti orang yang sedang bercakap sendiri.


Berwaspadalah sama ada kita sedang termenung atau sedang bercakap sendirian dan orang lain sedang memerhatikan kita.

Termenung dan bercakap sendiri, jika dibiarkan akan wujud satu lagi pergerakan dalaman yang disebut bisikan.

Bisikan pula akan melibatkan syaitan laknatullah. Nauzubillah.

Tanpa disedari akan menjadi penyakit iaitu penyakit psykiatri.

Tekanan kehidupan akan membawa individu ke arah bercakap dengan diri sendiri, apabila tiadanya Pendengar Setia.

Peranan pendengar setia penting untuk mengelakkan seseorang dari bercakap dengan diri sendiri dan menghindari individu itu dari gangguan dan bisikan syaitan laknatullah. Nauzubillahminzalik.
Tidak mendapat kerjasama dari ahli keluarga juga merupakan bebanan dan tekanan perasaan kepada seseorang.

Lebih malang lagi tidak terdapat pendengar setia dalam keluarga individu tersebut.

Berbual, berbincang adalah aliran kehidupan yang normal.

Corak kehidupan yang gemar menyendiri tanpa disedari akan menjebak kepada keadaan bercakap dengan diri sendiri tanpa terkawal.

Walau bagaimana pun bercakap dengan diri sendiri adalah perlu. Yang Pentingnya nawaitukan kerana Allah Subhanahuwatalla.

Apabila bercakap dengan diri sendiri akan dapat mengelak diri kita melakukan perbuatan tidak matang, seperti bercakap dahulu, baru berfikir atau langsung tidak berfikir.

Bercakap dengan diri sendiri atau berfikir terlebih dahulu, individu akan dapat menapis dan membezakan mana perbuatan yang baik dan buruk.

Wassalam.

Contoh Untuk Latihan:
Aku sering rasakan kehilangan keluarga. Kalau kau sesekali "sayu" ... aku??. Sebab bila kau sebut "sayu" ... aku diam je. Aku sentiasa "sayu" ... Lain-lain malas nak aku ingatkan. 


Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).
Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH KESENANGAN YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]

FIRMAN ALLAH S.W.T., YANG BERMAKSUD: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120]

                                                                                                        
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86). 

Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. (Peceq Admin). 

Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. 


Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>>Entry sebelumnya ... Entry seterusnya<<<

vctk. 

Tiada ulasan: