Sabtu, 26 Januari 2013

Pendengar Setia. 25

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
آمين...آمين... آمين... ياالله يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ
 •
Innalilla hiwainna illaihirojiun

Sebenarnya dalam hidup ini, rupa-rupanya aku perlukan seseorang yang wajar dinobatkan sebagai pendengar setia. Pendengar setia berperanan besar dalam membentuk keseimbangan jiwa. Prasangka seharusnya tiada dalam lembaran kehidupan pendengar setia. Semua diniatkan kerana Allah. Ibadah kerana Allah.


Pada aku hendak mengenal pendengar setia bukanlah perkara mudah. Pengetahuan dan pengalaman hidup amat penting dan itulah sebab perlunya aku sentiasa bermuhasabah diri. Aku berpendapat kalau aku sedang meluahkan sesuatu hal atau masalah hidup (one by one lah) dan dia sering mencelah serta cuba mematahkan percakapan kita, itu bukan pendengar setia namanya. Lebih malang lagi, aku ditempelak dikemudian hari berdasarkan maklumat atau luahan perasaan yang pernah aku luahkan dulu dengannya.


Pendengar setia, bijak menjaga hati aku. Tekun mendengar dan teliti dengan luahan perasaanku.

Tutur kata yang lembut dan bersopan santun, dalam mendamaikan jiwa aku, adalah satu bonus peribadi pendengar setia. Pendengar setia tidak akan mempertikai sesuatu perkara atau luahanku, sembarangan.







Pendengar setia dapat menenangkan aku dari tekanan perasaan dan tekanan hidup. Dalam sesetengah kes, seseorang dengan ghairahnya mempertikaikan peribadi pendengar setia, sedangkan orang itu tidak pernah kenal pun pendengar setia itu semasa hayatnya.

Sewenang-wenangnya yang mempertikai itu meluahkan kata "mana engkau tahu, perasaan dan hati dia" Sedangkan pendengar setia itu telah pun tiada di dunia ini. In Syaa Allah, Allah mencucuri rahmatNya keatas rohnya. Amin Ya Rob.


Pendengar setia juga bijak menyimpan rahsia aku. Dia bukan pengaib dan dia bukan penempelak, malah penasihat yang baik dan jujur serta amanah disisi hidup aku.

Pendengar setia tidak sewenang-wenangnya mengkritik aku atau mengambil kesempatan di atas kelemahan peribadi aku.



In Syaa Allah, pendengar setia, tidak akan mengorek rahsia kita. Kalau peribadi pendengar itu pengorek rahsia peribadi aku, itu bukan orangnya.

Lebih-lebih kalau orang itu bersikap perahsia tentang dirinya, susah  hendak menjawab bila aku tanya, disebalik usahanya mengorek rahsia peribadi aku. Memperibadikan sesuatu yang patut aku tahu, dia bukan pendengar setia.
 

Orang yang sentiasa mencari kesilapan dan berat untuk menunjuk jalan cara yang sebenar, bukanlah kategori pendengar setia. Orang jenis ini juga pastinya tidak akan menghargai akui seadanya. Pendengar setia ialah kawan dan layak dipanggil sahabat.  Pendengar setia, tidak mudah terasa hati, tersinggung atau penyinggung perasaan. Pendengar setia tidak akan menunjukkan kehebatan ilmu pengetahuannya. Malah pendengar setia sudi berkongsi ilmu dengan aku, tanpa menunjukkan rasa bangga atau serba tahu dalam sesuatu hal. In Syaa Allah, pendengar setia mempunyai sifat rendah diri dan terpuji sebagai hamba Allah S.W.T..

Walau apa pun berharaplah pada Allah dan jangan sesekali dengan yang lain selain Allah Tuhan Yang Maha Esa.

Wassalam.





Bukan senang ada pendengar setia dalam hidup kita. Contoh: Apakah  Dun seorang pendengar setia untuk Din?.
------------------------------1---------------------------------
Salam Dun (nama olok-olok). Maaf kata, kalau kita jumpa ada Don (nama rekaan), Din (nama bayangan) tarik diri Dun.Din tak tahu, apa dendam Don terhadap Din. 

Bertahun Din bersabar. Banyak kali aduan Don mengenai harta Din kepada Majlis Daerah. Bakar tanaman Din sampai mati. Itu sebab Din sanggup sebelah belakang rumah tidak bertingkap. Pun ada sebab untuk selesakan Don sekeluarga.  
----------------------------------------------------------------
Dun....nampak Din ok je. .....Dun da cakap, kita, kita. Apa yang kita rasa betul..buat. Janji tak ganggu orang. Orang nak kata, nak gelak, lantak. Janji kita tak minta sedekah dengan dia. Tapi aku seronok bila tengok Din elok berbual. 

Din faham maksud Dun..lebih-lebih lagi orang dah naik Haji. Pasti tau tuju halanya. Lain la macam kita...
------------------------------2---------------------------------
Itu yang Dun nampak usaha Din kekalkan kejernihan keadaan. Tentu Dun perasan, beberapa kali kita jumpa dengan Don, Don langsung tak sebut nama Din. Din tak kisah. 

Tapi lepas ni memang nak jauhkan diri dari Don. Terserempak Don, tegur dan terus berlalu. Terima kasih Dun.
----------------------------------------------------------------
Telan Din ...Dun tak cerita dengan Din "Bagaimana seseorang menyuruh Dun, menyuruh menantu Dun azan didalam rumah Dun...apa salah kalau kata, awak sebelum sembahyang awak azan dulu." ....Dun telan pada apa yang orang pandang pada Dun.... 

Dalam hal Din ni...buat relek. Jangan buat tindakan apa-apa.... tak pandang rakan..pandang sebagai jiran.
------------------------------3---------------------------------
Memang tu Dun yang Din amalkan. Walau apa Don buat. Pada Din cukuplah dan Din akan elak dari jumpa Don. Din boleh bual semeja dengan Don pun sebab Din hormatkan Dun.
----------------------------------------------------------------
...Dun cuma boleh dengar. Pasal..siapa Don, Dun tau. Don pandang Dun sebelah mata je, Jadi Dun cuma mengharap pada Din...cuba buat tak tahu. 

Dun nak jumpa Din, Dun direct rumah Din. Sebenarnya Dun kurang nak berjumpa dengan Don. Tapi dah terserempak...tak boleh buat apa-apa. Untuk rapat dengan Don, Dun sedar sapa Dun.
------------------------------4---------------------------------
Betul Dun apa Dun kata. Apa pun Din ingat pesan baik dan nasihat (A)Mai, Din. Din dulu nak pindah ke lain daerah pun hal ini antara sebabnya. 

Din dengar hal fitnah habis dijaja dengan segala umat, kawan-kawan, sampai muntah keluar daerah, orang luar daerah pun tahu. Din terus brake 2 tahun tak kerja. Terima kasih Dun.
----------------------------------------------------------------
Bukan Dun nak menangkan Din...tapi Dun boleh menilai, bukan masa ni je. dah lama. Jadi...biarkan la Don. Kita dengan cara kita. K....da...sok kalau Dun sihat kita gi sarapan .
------------------------------5---------------------------------
In Syaa Allah Dun untuk esok. Din kenang 3 kawan Din yang gerak Din kerja semula. Seorang dah tak ada. (A)Den (nama samaran). Al-Fatihah untuk kawan kita n kita n keluarga kita etc. Terima kasih bro n so sorry about this story.
----------------------------------------------------------------
Da Din....tapi Dun nak tau juga. Apa hal yang terkini Don buat pada Din. Nanti Dun x tanya Din kata Dun macam tak amek tau hal Din...sebagai kawan Din anggap Dun kawan Din....apa cerita yang Dun dengar ..masuk kanan keluar kiri...dari dulu lagi. 

Sebab tu cerita-cerita dalam blog dan fb Dun tak caya...x de bukti....kalau betul kat mahkamah ceta. Macam Din dot dot, dot dot dot dot, di dot dot dot...aku caya...he..he...he marah...marah la.
------------------------------6---------------------------------
He3 Dun. Din balik tadi jcb buat projek longkang, Don suruh orang projek tu tebang pokok di depan rumah "dot dot dot" (malas nak bubuh nama samaran, sudah). Ketua projek tu nak buang sisa pokok tu guna lori. Don kata tak payah. Tolak aje ke arah kebun tu. Jcb tu nak elak pokok tanaman Din, Don kata langgar aje. 

Patut Din tengok Don dengan jiran yang sudah tidak bertegur tu macam termangu bila Din balik dari jumpa Dun. Din msg Dun, mula-mula tadi, lepas Din siap kemas tolakkan sisa pokok oleh jcb yang melendad kat pokok rambutan n manggis di kebun tu.
----------------------------------------------------------------
Marah ke.....x jawab.
------------------------------7---------------------------------
He3, Din taip panjang, tu Dun ingat Din tak jawab. Hmm apa boleh buat Dun, masa ada kuasa tak ingat orang boleh lawan balik.
----------------------------------------------------------------
Entah Din... mungkin kalau Dun yang Din maksudkan salah satu 3 orang tu...lahir dari erti kawan dalam diri Dun. Dun..Din hot dengan Dun pun, Dun tak amek hati. Janji Dun rasa sesuai...k..c u 2morrow. Kalau sihat.
------------------------------8---------------------------------
3 orang tu memang aku kenang sampai mati. Berkuat 3 orang tu, bangkitkan Din supaya kerja semula, siapa lagi Dun, engkau la bro, (A)Den dan Dan(nama tak sebenar). Tq every' Bro. K esok
----------------------------------------------------------------
Sabar Din
----------------------------------------------------------------
Amalan Pelembut Hati dan Pendinding Diri. 

HANYA TUHAN YANG TAHU 

(Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui).

اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْ لِيْ فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ 

Ya Allah! Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau. Engkaulah yang menciptakanku. Aku adalah hamba-Mu. Aku akan setia pada perjanjianku dengan-Mu semampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan yang kuperbuat. Aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku, oleh karena itu, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau 
سبحان الله و بحمده ... سبحان الله العظيم 

 

PETUA : SURAH TAHA (AYAT 1- 5) PELEMBUT HATI DAN PENDINDING DIRI

Surah Taha adalah surah yang ke 20, juzuk 16. Surah yang baik untuk melembut hati yang keras terutama sekali dibacakan kepada ahli keluarga yang keras hati, malas dan degil untuk beribadat kepada Allah SWT. Boleh diamalkan sebagai ayat pendinding diri. Ayat 1 hingga 5 yang dibaca oleh Saidina Umar Al-Khattab r.a yang pada masa dan ketika itu belum lagi memeluk Agama Islam, tersentuh hatinya dan beliau terus memeluk agama Islam pada hari itu juga dihadapan Nabi Muhammad SAW.

Beliau seorang yang berani semasa kafir dan bertambah berani sesudah beriman. Sifat berani dan garang sehingga iblis atau syaitan pun tidak berani melintas dihadapan beliau lari lintang pukang jika bersua dengan Saidina Umar, inikan pula kita yang lemah semangat.

Semasa Nabi Muhammad s.a.w. mula menyebarkan Islam secara terang-terangan, Saidina Umar mempertahankan ajaran tradisi masyarakat Quraisy. Saidina Umar ialah antara orang yang paling kuat menentang Islam pada masa itu.

Menurut ahli sejarah Islam, semasa Saidina Umar dalam perjalanan untuk membunuh Rasulullah s.a.w., beliau bertembung dengan seseorang yang mengatakan bahawa beliau haruslah membunuh adik perempuannya dahulu memandangkan adiknya telah memeluk Islam.

Saidina Umar pergi ke rumah adiknya dan mendapati adiknya sedang membaca Al-Quran. Dalam keadaan yang marah dan kecewa beliau memukul adiknya. Apabila melihat adiknya berdarah, beliau meminta maaf dan sebagai balasan beliau akan membaca secebis ayat Al Quran kepada adiknya. Beliau berasa terharu apabila membaca dan mendengar ayat-ayat Al Quran yang begitu indah sehinggakan beliau memeluk Islam pada hari itu juga. Itulah kelebihan Surah Taha yang dibaca oleh beliau.

Selepas peristiwa terbabit, beliau berjanji akan melindungi Islam sehingga ke titisan darah terakhir. Dia menjadi khalifah kedua Islam pada 23 Ogos (633-644) bersamaan 22 Jamadilakhir tahun 13 Hijrah dan merupakan salah satu khalifah di dalam Khulafa al-Rasyidun.

P/S : Al-quran merupakan mukjizat terbesar yang diturunkan kepada semulia-mulia manusia iaitu Nabi Muhammad saw.

"Ya ALLAH, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah pekerjaanku dan lancarkanlah lidahku agar mereka faham pembicaraanku". Ku hanya insan biasa yang berazam untuk menjadi khalifah yang sentiasa tunduk akur pada setiap perintah yang MAHA KUASA. Adakalanya ku juga tergelincir dari laluan yang lurus, terpedaya dengan godaan dunia, namun ku harap ku sentiasa diberi ruang dan peluang oleh ALLAH untuk kembali PADANYA. Sembah Sujudku hanya PADANYA. Rasa kasih dan cintaku PADANYA dan kekasihNYA biarlah DIA sahaja yang tahu. Kuharap rahmat kasihNYA sentiasa bersamaku....

Kita adalah kaum yang telah dimuliakan oleh Allah dengan Islam. Jika sekiranya kita hendak mencari kemuliaan dengan selain yang Allah muliakan kita (iaitu dengan Islam), maka nescaya Allah akan menghinakan kita!!!. (Umar Al-Khattab r.a)

Rasulullah saw bersabda, "Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat terhadap iman ) seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman di waktu pagi, kemudian di waktu petang dia sudah menjadi kafir atau seseorang yang masih beriman di waktu petang, kemudian pada esok harinya ia sudah me...njadi kafir. Ia telah menjual agamanya dengan sedikit dari mata benda dunia." (Hadis Riwayat Muslim)

Usah dipinta kehidupan mudah, tapi pintalah hati yang tabah. Usah dipinta kecilkan ujian tetapi pintalah dibesarkan Iman.

Barang Siapa yang tidak meredhai qadha-KU dan tidak bersabar atas bencana yang Aku timpakan atasnya, maka carilah Tuhan yang lain selain dari pada-Ku(HR.Thabrani)

If Allah is with you, then whom do you have to fear? If Allah is against you, then what hope do you have?


Sumber: (http://diariperjalananku.blogspot.com/2011/04/petua-surah-taha-ayat-1-5-pelembut-hati.html

FIRMAN ALLAH S.W.T., YANG BERMAKSUD: "..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH KESENANGAN YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185] 

FIRMAN ALLAH S.W.T., YANG BERMAKSUD: "Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] 

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).
Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.  
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: "Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86). 

Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. (Peceq Admin). Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. 
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH. 

استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه

™. 

Tiada ulasan: