•
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
•
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
•
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
•
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
•
آمين...آمين... آمين... ياالله يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن
•
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
•
ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ
•
14 RABIULAWWAL 1434 (26 JANUARI 2013)
ه
سورة الفاتحة
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ ,
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ .
Murid 1 => "Orang tua"
Murid 2 => "Guru"
Murid 3 => "Teman"
Murid 4 => "Kaum kerabat"
Imam Ghazali => "Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu
janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati" ( Surah Ali-Imran :185).
-------------------------------------
Imam Ghazali => "Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?"
Murid 1 => "Negeri China"
Murid 2 => "Bulan"
Murid 3 => "Matahari"
Murid 4 => "Bintang-bintang"
Iman Ghazali => "Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimana pun
kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh
sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan
perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".
------------------------------------
Iman Ghazali => "Apa yang paling besar didunia ini?"
Murid 1 => "Gunung"
Murid 2 => "Matahari"
Murid 3 => "Bumi"
-----------------------------------
Imam Ghazali => "Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf:
179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke
neraka."
-----------------------------------
Imam Ghazali => "Apa yang paling berat di dunia"
Murid 1 => "Baja"
Murid 2 => "Besi"
Murid 3 => "Gajah"
-----------------------------------
Imam Ghazali => "Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah
Al-Ahzab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu
ketika Allah S.W.T., meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi
manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah S.W.T.,
sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."
-----------------------------------
Imam Ghazali => "Apa yang paling ringan di dunia ini?"
Murid 1 => "Kapas"
Murid 2 => "Angin"
Murid 3 => "Debu"
Murid 4 => "Daun-daun"
--------------------------------
Imam Ghazali => "Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah
MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita
tinggalkan solat"
---------------------------------
Imam Ghazali => "Apa yang paling tajam sekali di dunia ini"
Murid-Murid => Dengan serentak menjawab = "Pedang"
---------------------------------
Imam Ghazali => "Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana
melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasan saudaranya
sendiri."
=============================================
Gembira bukan kepalang melihat sampainya suami ke rumah dengan selamat. Pintu di buka dengan senyuman yang lebar... tanpa disuruh, tangan dihulur untuk bersalaman dan memberi ciuman rindu buat suami tanpa peduli mata-mata lain yang memandang.
Disangka cerah hingga ke subuh, rupanya hujan di tengah malam.
Silap sendiri berkongsi cerita disaat sang suami perlukan rehat dan tidur. Kata-kata
yang menyakitkan hati dilontar satu per satu biarpun sebaik-baik layanan yang
diberikan.
Bila hati disakiti, kecenderungan untuk memulangkan paku buah
keras amat tinggi. Namun, langkah terbaik adalah mendiamkan diri atau jawab
seadanya bila ditanya. Diam itu lebih baik dari menyakiti. Berkata-katalah
kerana Allah, diam juga kerana Allah.
Wassalamu.
Sumber gambar:Lebih baik diam. .
Kesegarannya dia tidak semeriah yang diimpikan dan lebih baik dia diam.
"..... langkah terbaik adalah mendiamkan diri atau jawab seadanya bila ditanya. Diam itu lebih baik dari menyakiti. Berkata-katalah kerana Allah, diam juga kerana Allah. Lanjut di Ummu Allysyar.
Hubungan manusia dengan lain-lain makhluk Allah seperti haiwan:
Maksud firman Allah, “Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah, buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat yang dibuat manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang dimudahkan bagimu. Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia,” (QS An-Nahl ayat 68-69).
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH KESENANGAN YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185] FIRMAN ALLAH S.W.T., YANG BERMAKSUD: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120]
Perhatian:
Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan
dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perintah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
eaho™.
2 ulasan:
...Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ).
*surah Al-Ahzab...
Terima kasih.
Catat Ulasan