Khamis, 31 Januari 2013

Kasih dan Sayang itu Bahagianya Cinta. 31


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
آمين...آمين... آمين... ياالله يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ
 •
19 RABIULAWWAL 1434 (31 JANUARI 2013)

Allah S.W.T., Maha Pemurah, Maha Penyayang, Lagi Maha Mengasihani. Pemurah, Penyayang dan Pengasih kepada hamba-hambaNya, manusia insan yang berIman dan bertaqwa kepadaNya.

Slot ini aku ingin meluahkan sesuatu yang sering manusia lakukan, melakukan, dialami, mangalami, dirasai dan merasakan. Memberi dan menerima kasih dan sayang. Yang tidak sekadar hanya ucapan terima kasih. Kasih dan sayang wujud antara ibu dengan bapa dan sebaliknya.

Anak menerima kasih dan sayang ibu dan bapanya. Anak akan melakukan perkara serupa, menumpahkan kasih dan sayangnya kepada ibu dan bapanya.

Pernikahan adalah kemenangan hamba Allah S.W.T., dalam menyatukan dua jiwa berlainan jenis dan sama-sama Islam. Pasangan yang normal kebiasaannya akan sama-sama membentuk nilai kasih dan sayang dalam diri untuk dicurahkan kepada pasangannya.

Melalui perbuatan, tingkah laku, penghargaan, pengucapan atau dalam bentuk penulisan seperti warkah, surat, kad-kad ucapan dan nukilan-nukilan. Melalui media juga masing-masing boleh meluahkan perasaan kasih dan sayang kepada pasangan masing-masing.

Lainlah kalau hanya bertepuk sebelah tangan. Sudah tahu hanya bertepuk sebelah tangan, jangan buang masa. Nanti jadi sakit hati yang membentuk dendam dan pastinya syaitan laknatullah mempunyai ruang, peluang dan kesempatan untuk menyuburkan tipu muslihatnya untuk menyesatkan hamba Allah S.W.T..

Nawaitu kerana Allah S.W.T., itu adalah keutamaan. Kasih, sayang, bahagia dan cinta itu milik Allah S.W.T., kita hambaNya sekadar diberi pinjaman.

Kasih, sayang, bahagia dan cinta sesama makhluk Allah S.W.T., lebih afdal masing-masing mendahulukan dengan kasih kepada Allah S.W.T., sayang kepada Allah S.W.T., bahagia kerana Allah S.W.T., dan kecintaan kepada Allah S.W.T..

In Syaa Allah  kasih dan sayang itu bahagianya cinta akan menyerlah dalam kehidupan masing-masing.

Tidak kiralah sama ada hambaNya sebagai suami, isteri, anak lelaki, anak perempuan, pendidik, ahli politik, bloger, ustaz, ustazah, pemimpin, imam, khatib, noja, bilal, menteri, perdana menteri, timbalan perdana menteri, timbalan menteri, tentera, polis, peguam, hakim dan sebagainya. Yang penting cinta kepada Allah S.W.T., adalah teras kepada kasih dan sayang sesama makhluk, sesama manusia hambaNya.
In Syaa Allah melalui perasaan kasih dan sayang kepada diri sendiri, setiap hamba Allah S.W.T., akan melaksanakan tanggung jawabnya menurut Dua Khalimah Syahadah.
Aku Naik Saksi Bahawa Sesungguhnya Tiada Tuhan Yang Wajib DiSembah Melainkan Allah dan Aku Naik Saksi Bahawa Sebenar-benarnya Nabi Muhammad S.A.W., itu Pesuruh Allah.

Wassalam.

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..

>>>Entry sebelumnya ... Entry seterusnya<<<

Tiada ulasan: