Jumaat, 1 Februari 2013

Menangis Tak Berlagu. 32

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
آمين...آمين... آمين... ياالله يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ
 •
20 RABIULAWWAL 1434 (01 FEBRUARI 2013)

Menangis tidak berlagu hanya dialami orang yang sedar kesilapannya., walau pun ibaratnya nasi telah menjadi bubur.
Sekadar foto hiasan. 
Walau pun terlambat, tetapi kerana masih ada rasa malu, In Syaa Allah ruang pintu taubat sentiasa ada dengan izinNya.

Menyesali dengan apa yang telah terjadi dengan berMuhasabah diri kerana Allah S.W.T., itulah sebaik-baik jalan.

Hanya yang sedar diri sahaja akan merasai rasa rendah diri dengan kesilapan yang berpunca dari dirinya sendiri, memiliki ruang dan peluang untuk memperbaiki diri. Rasa rendah diri inilah yang akan membawa kepada wujudnya rasa insaf dalam diri.
Perjuangan untuk mengatasi permasalah menangis tak berlagu, bukanlah satu perkara yang begitu mudah. Akan tetapi halangan itulah yang akan mendewasakan seseorang. Belajar dari kesilapan, belajar dari kegagalan., untuk mengecapi kesejahteraan dan kejayaan serta kebahagiaan hidup di masa depan.

Cermenilah diri agar menjadi manusia yang lebih tabah dalam memperjuangkan sikap dan sifat berIman kepada Allah Yang Maha Esa.

Berpeganglah dan kembalilah serta dekatilah Allah S.W.T., Allah Maha Mengetahui aduan hambaNya.
Merintihlah denganNya, Pohonlah seberapa banyak yang kita mahu dariNya., tiada had, tiada halangan, tiada larangan. Mohonlah keAmpunan dariNya. Minta bukakan pintu hati kita, minta denganNya bukalah pintu rezeki untuk kita supaya kita beroleh kejayaan dengan perjuangan kita keranaNya.

Beroleh kesihatan, ketabahan, kekuatan dari Allah S.W.T., dalam menghadapi kehidupan yang lebih lanjut dalam keadaan sentiasa berIman kepadaNya. Tuhan Yang Esa.

Mohon perlindungan dari Allah S.W.T., dihindari dari ganguan dan bisikan iblis, syaitan laknatullah. Mantapnya supaya kita tidak lagi leka dan lalai dari landas kehidupan sebagai seorang Islam.

Usah golongkan diri kita dikalangan yang bersikap sombong dan ego. Merana badan kita satu hari nanti, jika sombong menjadi wajah peribadi. Kesombongan tidak akan menjadikan individu itu tenang hidupnya, nampak tenang hanya bila di depan orang lain. Seksanya bila sendirian, hanya Allah S.W.T., yang tahu.

Sikap sombong perlu ada orang lain baru sikap itu menjadi praktikal. Berbeza dengan sikap Insaf dan bermuhasabah diri kerana Allah S.W.T., tidak perlukan manusia untuk menampilkan sifat itu, memadai memanjakan diri kepada Allah S.W.T.. In Syaa Allah.

Wassalamu.


Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
>>>Entry sebelumnya ... Entry seterusnya<<<

Tiada ulasan: