Rabu, 16 Januari 2013

Keindahan dan Mengupayakan Diri Untuk Bersangka Baik. 12

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh.

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
آمين...آمين... آمين... ياالله يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ

 •
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas. 

04 RABIULAWWAL 1434 (16 JANUARI 2013) 

Bersangka baik adalah jalinan perasaan dan pemikiran yang terkawal. Mengawalnya dengan berIman kepada Allah S.W.T.. Bersangka baik adalah ciri-ciri yang menampakan kematangan, kejujuran dan keikhlasan seseorang hamba Allah S.W.T..
Bersangka baik akan dapat mententeramkan jiwa dan menjernihkan hati. Allah S.W.T., berfirman yang bermaksud "Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang. Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain..." (Surah al-Hujurat, ayat 12).

In Syaa Allah jiwa hamba Allah S.W.T., yang bersangka baik, sentiasa tenang dan tergambar dari kejernihan paras wajahnya. Keceriaan diri yang tulin. Ketabahannya terisi dengan wirid mengAgongkan Allah S.W.T., Tuhan Yang Maha Esa. Bersangka baik akan mewajarkan kelurusan peribadi, perwatakan, tingkah laku dan perbuatannya. Amalan-amalannya berupa kekuatan doa dan usahanya mendekatkan diri dengan Allah S.W.T., dan Allah S.W.T., In Syaa Allah mengurniakan rahmatNya kepada hambaNya yang bersangka baik.
In Syaa Allah bersangka baik membentuk jiwa sentiasa bermuhasabah diri kerana Allah S.W.T.. Membentuk sikap bersangka baik, tidak mudah. Proses pembentukan jiwa, mematangkan diri, pengalaman hidup, ilmu yang dipelajari dan dimanafaatkan, akan melancarkan kewujudan sikap bersangka baik dalam diri seseorang hamba Allah S.W.T.. Berbeza dengan individu yang memiliki sikap berprasangka. Prasangka akan menyebabkan seseorang itu mengiakan hasad dengki, khianat dan tidak amanah, memamah jiwanya.
Bersangka baik juga mendorong jiwa untuk membersihkan hati, jiwa dan nurani.  Bila perasaan sedemikian wujud dalam jiwa seseorang, telah berlaku asas muhasabah diri kerana Allah S.W.T.. 
Seterusnya hamba Allah S.W.T., akan terdorong ke arah kesempurnaan hidup di dunia dan memperkemas bekalan di alam akhirat.  Bersangka baik menampakkan keredhaan hambaNya terhadap apa yang tertullis di Loh Mahfodz, membentuk kekuatan Iman, mempercayai Qadha dan Qadar Allah S.W.T.. Bersangka baik juga membentuk norma hidup dan hala tuju seseorang dalam melayari bahtera hidup sementara di dunia.
Contoh melatih diri bersangka baik: bukan senang nak senang, bukan susah nak susah. 
Aku....nampak kan ok je. .....aku da cakap, kita, kita. Apa yang kita rasa betul..buat. Janji tak ganggu orang. Orang nak kata, nak gelak, lantak. Janji kita tak minta sedekah dengan dia. 

Tapi aku seronok bila tengok kau elok berbual. Kau faham maksud aku..lebih-lebih lagi orang dah naik Haji. Pasti tau tuju halanya. Lain la macam kita... 

Telan ...aku tak cerita dengan kau "bagaimana seseorang menyuruh aku, menyuruh menantu aku azan didalam rumah aku...apa salah kalau kata, awak sebelum sembahyang awak azan dulu." ....aku telan pada apa yang orang pandang pada aku.... 

Dalam hal kau ni...buat relek. Jangan buat tindakan apa-apa.... tak pandang rakan..pandang sebagai jiran. 

...aku cuma boleh dengar. Pasal..siapa dia aku tau. Dia pandang aku sebelah mata je, Jadi aku cuma mengharap pada kau...cuba buat tak tahu. 

Aku nak jumpa kau, aku direct rumah kau. Sebenarnya aku kurang nak berjumpa dengan dia. Tapi dah terserempak...tai boleh buat apa-apa. Untuk rapat dengan dia, aku sedar sapa aku. 

Bukan aku nak menangkan kau...tapi aku boleh menilai, bukan masa ni je. dah lama. Jadi...biarkan la dia. Kita dengan cara kita. K....da...sok kalau aku sihat kita gi sarapan . 

Da....tapi aku nak tau juga. Apa hal yang terkini dia buat pada kau. Nanti aku x tanya kau kata aku macam tak amek tau hal kau...sebagai kawan kau anggap aku kawan kau....apa cerita yang aku dengar..masuk kanan keluar kiri...dari dulu lagi. 

Sebab tu cerita-cerita dalam blog dan fb aku tak caya...x de bukti....kalau betul kat mahkamah ceta. Macam kau dot dot, dot dot dot dot, di dot dot dot...aku caya...he..he...he marah...marah la. 

Tu baru betul...da dapat ke tunggakkan kau...kesian mak cik tu kena tukar dot dot kecik..... 

Marah ke...x jawab. 

Entah... mungkin kalau aku yang kau maksudkan salah satu 3 orang tu...lahir dari erti kawan dalam diri aku. Aku..kau hot dengan aku pun, aku tak amek hati. Janji aku rasa sesuai...k..c u 2morrow. Kalau sihat. 

Sabar ... 

Wassalam. 

Uncalan: 
lebih baik hanya untukmu, tidak untuk dia.

FIRMAN ALLAH S.W.T., YANG BERMAKSUD: "..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH KESENANGAN YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185] 

FIRMAN ALLAH S.W.T., YANG BERMAKSUD: "Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
. eaho™.

Tiada ulasan: