Selasa, 22 Januari 2013

Ruang dan Waktu. 21


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
آمين...آمين... آمين... ياالله يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ
 •
Baca Juga:  1214. Kemanakah Perginya Air Mandian Jenazah Rasulullah SAW?.
12 RABIULAWWAL 1434 (22 JANUARI 2013).
Manusia pada kebiasaannya menitik-beratkan ruang sebagai permasalahan hidup. Manusia ingin hidup selesa. Memerlukan ruang yang lebih besar dengan memiliki rumah yang lebih besar. Kenderaan yang lebih selesa dengan berkereta besar. Semuanya besar.
Semasa ada hayat bila pergi ke tanah perkuburan kita akan dapat melihat ruang yang sedemikian rupa ukurannya "standard". Berbeza dengan kehendak masing-masing semasa hidup.

Allah S.W.T., Maha Adil Lagi Maha Bijaksana. Allah S.W.T., memberikan ruang kubur yang luas dan terang benderang kepada hambaNya yang terpilih dan orang-orang yang berIman semasa hidupnya. Sebaliknya ada ruang kubur yang semakin menyempit dan semakin gelap gelita. Bagaimana untuk mendapatkannya dan menghindarinya. Allah S.W.T., Perentah dan Larang. Ikut.

Mari kita mengaji dan memahami serta mengamalkan apa yang terkandung dan yang dikehendaki didalam Surah Al Fatihah. In Syaa Allah beroleh Berkat dan RahmatNya.

Surah Al-Fatihah (سورة الفاتحة) - Pembukaan - surah yang diturunkan di Makkah dan diturunkan selepas Surah Al-Muddathir. Surah ini mempunyai 7 ayat dan inilah surah pertama yang diturunkan lengkap keseluruhan ayat bagi sebuah surah dan termasuk dalam golongan surah Makkiyyah.
Surah ini dinamakan Al-Fatihah (Pembukaan) kerana ia dijadikan sebagai pembuka dan permulaan Al-Quran.

Surah ini juga dinamakan Ummul Quran (ام القــرآن - Ibu Quran) atau Ummul Kitaab (ام الكتاب - Ibu Kitab) kerana ia merupakan ibu atau induk kepada semua isi Al-Quran dan menjadi inti sari dari kandungan Al-Quran itu sendiri.

Surah ini turut dinamakan As-Sab'ul Matsaani yang bermaksud tujuh yang berulang-ulang kerana ayat ini diulang-ulang bagi setiap solat. (Rujuk: Al Fatihah)
Terjemahannya:

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang Segala Puji Bagi Allah Tuhan Semesta Alam Yang Maha Pengasih Maha Penyayang (Yang) Merajai Hari Pembalasan Hanya Engkau Kami Menyembah Dan Hanya Kepada Engkau Kami Mohon Pertolongan Tunjukanlah Kami Jalan (Yang) Lurus (Iaitu) Jalan Yang Engkau Telah Beri Nikmat Atas Mereka Bukan Jalannya Yang Kau Murkai Atas Mereka Dan Bukan Jalan Orang-Orang Tersesat Kabulkanlah Doa Kami.
Surah-Surah Al Quran

Bila menyentuh tentang waktu pula., kita sering dengar perkataan "sibuk" dan ada yang kata "tak cukup masa". Kita renung semula berMuhasabah Diri keranaNya. Hendak masa yang macam mana lagi., sehari mahu jadi 50 jam?. Ialah manusia tidak pernah puas. Sentiasa mencari-cari titik kepuasan yang tidak akan ditemuinya. Lebih-lebih lagi jika kepuasan hidup antara seseorang dengan seseorang yang lain masuk dalam bab memperbandingkan. Itu sebab saat tepat kematian menjadi rahsia Allah S.W.T., tanpa dapat diketahui oleh hambaNya., walau sedetik pun.





Melihat kepada gambar ini, aku sendiri mengaku tidak pasti semasa usia aku macam kanak-kanak itu, aku ada atau tidak berdoa seperti dalam suasana kanak-kanak tersebut.

Semasa hayat, kita kena rajin berusaha, kena rajin berdoa, kena banyak bersabar. Kena bersederhana dalam usaha untuk mencapai segala harapan dan kehendak hidup. Berpegang kepada Allah S.W.T., Maha Pengampun dan Maha Pemurah.



Rajah diatas mengajak aku mengingat semula apa yang aku pernah pelajari dan dimana kekurangan yang perlu aku perbaiki dan perbetulkan. Menuntut ilmu sehingga ke liang lahat. Semuanya kerana Allah S.W.T.. kerana menggunakan ruang dan waktu yang diberiNya pinjam., aku hambaNya.
Zikir kerana Allah S.W.T., membawa kepada ketenangan jiwa dan rohku. Dengan amalan zikir tiada ruang dan waktu yang terbiar kosong dalam hidup.

Sebagai renungan bersama dalam melayari bahtera hidup di dunia ini. Kita analisakan data dan gambaran di bawah. Ke mana arah kita sebenarnya. Siapa kita sebenarnya jika tidak hidup sebagai hamba Allah S.W.T.. yang kena patuh kepada PerentahNya dan Menghidari LaranganNya.
Wassalamu...

Kredit: Kepada penyumbar gambar-gambar dari internet yang digunakan didalam post ini. Dia lesu dalam kamu mengharapkan kesetiaan, setelah segala-gala toleransi yang engkau mahu terpenuh.

"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH KESENANGAN YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185] 

FIRMAN ALLAH S.W.T., YANG BERMAKSUD: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> Entry sebelumnya ... Entry seterusnya <<< . 
eaho 
('_') Google Translate ('_') 

Tiada ulasan: