Jumaat, 25 Januari 2013

Usiaku Semakin Kurang. 22

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
آمين...آمين... آمين... ياالله يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ
 •
Sesekali teringat waktu zaman kanak-kanak. Kebetulan tadi aku pulang ke kampung aku dibesarkan. Aku mohon tinggalkan tempat kerja jam 10.00am. Alhamdulillah prinsipal izinkan dan berpesan agar aku berhati-hati diperjalanan. Aku pulang melawat. Melawat keluarga adikku yang kematian bapa mertuanya jam 01.10am tadi, Jumaat 25.01.2013.
Dalam perjalanan ke tanah wakaf (kuburlah) sempat aku bertegur sapa dan bersalaman dengan kawan-kawan lama dan juga kawan-kawan Allahyarham Bapaku. Sempat pula kawan aku menyapa ... kurang lebih begini bunyinya ..."ni anak engkau ... dah besar dah" ... kawan aku merujuk kepada anak lelakiku yang ke dua.

Aku berseloroh dengan kawanku "ialah aku dan engkau dah tua" ... sama-sama senyum dengar ayat aku. Iaitu aku berseluruh dalam keadaan muhasabah diri sebagai hamba Allah S.W.T., dan Alhamdulillah selorohku tidak pun menyinggung perasaan sesiapa.

Sama-sama faham usia aku dan kawanku semakin mengurang. Hari-hari kematianku semakin mendekat. Teringat kata-kata pakcikku yang sebaya denganku semasa di usia belasan tahun dulu  ..."rambut dah putih (berubanlah tuu), gigi dah luruh (dah gongaklah kan), kulit dah mengendur, .mata dah rabun ... rumah kata pergi, kubur kata mari".

Persiapan merupakan gerak laku peribadi semula jadi manusia. Contohnya persiapan untuk ke satu tempat, melancung ke, menyambung pelajaran ke, menunaikan Fardu Haji di Mekah, menziarahi keluarga dan sebagainya. Dokumen perjalanan, pakaian, ongkos dan lain-lain, semua perlu disiapkan seberapa baik yang mungkin. Satu keperluan tu. Pentinglah kan. Cuma aku terkesan untuk sentiasa memikirkan apakah persiapanku sebelum datangnya hari kematianku. Pergi tak kan kembali lagi.

Semasa masih hayat di kandung badan... Jom ke surau, jom ke masjid, jom gi sambutan Maulidur Rasul ... itu pun perlu persiapan sebelum menghadirinya. Kena berpakaian bersih dan kemas, mengenakan bau-bauan yang sederhana dan yang sewajarnya. Sedia maklum hendak mendekatkan diri kepadaNya Yang Maha Pencipta, Pemilih dan Pengurnia Rezeki kepada hambaNya.

Bila usia semakin kurang, Allah S.W.T., tunjukkan aku seorang demi seorang, orang yang paling dekat denganku dipanggil pulang. Sedih juga aku, bila ada khalayak "... tak redha ke...". Tapi aku cepat-cepat pulangkan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku maafkan tanpa diminta. Siapalah aku, sedangkan yang mencipta aku Allah S.W.T., Maha Pengampun. Seboleh mungkin hal-hal sebegitu aku positifkan, supaya aku tidak mudah terasa hati, tidak berprasangka. Aku sedar perkara-perkara begitu bukanlah hal yang menjadi bekalan selepas aku mati kelak.

Hidup di dunia ini hanya sementara. Hidup sementara dan aku, Allah S.W.T., perentahkan menuruti perentahNya dan meninggalkan laranganNya. Sentiasa berIstigfar. In Syaa Allah matiku dalam iman. Anak-anakku sentiasa dalam iman, begitu juga isteriku sentiasa beriman. Ahli keluargaku yang beriman. Dalam perlindungan Allah S.W.T., sentiasa. Berusaha dan berdoa. Pada mengEsakan Allah S.W.T.. In Syaa Allah.


"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH KESENANGAN YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185] 

FIRMAN ALLAH S.W.T., YANG BERMAKSUD: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
.

Tiada ulasan: